Buku hardcover ini dicetak hanya sekali untuk mengumpul dana untuk pembikinan GANTUNG The Movie. Cerita MUSKETEERS tak akan keluar dalam bentuk paperback atau ebook. Ia prekuel GANTUNG yang menceritakan kehidupan empat sahabat itu -- Gibbs, KJ, Troll dan Ray -- dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 4.
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.
Jelas lagi nyata, aku beli Musketeers kerana musketeers — Gibbs, Ray, KJ n Troll.
Aku memang suka giler dgn buku Gantung dan Gantung:2 — baca dua-dua buku ni memang buat perasaan happy dan sedih tu datang serentak.
Bila aku baca Musketeers, perasaan tu masih sama — cumanya taklah sesedih Gantung 1 dan 2.
Just, satu benda yg plg aku tak puas hati; ketebalan novel ni. Hahaha, nipis gila tak padan dgn harga pulak rasa. Hmm, tahulah hard cover... tapi hrplah jgk tebal sikit, kan...
Dah laa pages belakang-belakang tu just skrip filem jer. Sorry laa, takde feel baca skrip filem. Gantung the series dulu pun aku tengok sekerat jln jer, takleh hadam aku jln cerita byk berubah. Dgn nama-nama watak sekali berubah. Tak syok weh.
Apa-apa pun, walaupun pendek jer kisah dlm Musketeers ni, still rasa best baca. Jujur laa, rasa sayu jer dgn persahabatan empat org tu. Lebih-lebih lagi dgn keadaan family masing-masing yg... tak membahagiakan — arghh sedih sbb aku boleh bayang dan rasa apa yang diorang terpaksa hadap.
Gibbs dgn keadaan family yg selalu ignore dia.
Ray dgn status diri dia yg cuma sebagai anak angkat — layanan dia dpt tak lebih dari itu.
KJ pula mak dan ayah dah tak persefahaman. Pertahankan perkahwinan kononnya demi KJ. Tapi last sekali bercerai jugak.
Dan Troll terpaksa hadap perangai kakak yg kaki dadah.
Bila aku baca Musketeers, aku rasa perangai setiap watak tu lagi jelas. Terutamanya KJ laa yg baru aku perasan sebenarnya — yg dia tu walaupun suka usik dan kutuk-kutuk Troll, tapi memang dia caring pasal Troll. Paling terharu scene dia sanggup byr hutang bagi pihak Troll. Jadi tak hairan laa dlm Gantung:2, KJ ni mcm rindu gila kat Troll. Aku ingat ada satu scene dia persoalkan kenapa Troll takde dgn mereka, dan KJ memang sedih Troll takde. Satu lagi perangai KJ, even dia macam gila-gila-happy-go-lucky, tapi ada sesetengah hal dia mudah terasa. Gantung:2 lebih byk rasanya scene KJ mcm mudah sentap, nampak laa kat situ perangai budak dia, hahaha.
Actually, dalam musketeers semuanya caring kat kawan masing-masing. Troll sendiri pun, jaga Ray.
Ray tu, rasanya tiga-tiga orang tu memang jaga dan protect dia — bkn Gibbs sorang jer. Mungkin sbb personaliti Ray yg lebih lembut — tak selasak Troll, tak senakal KJ, tak setegas Gibbs — buatkan kawan-kawan dia automatik akan lindungi dia dari sesuatu yg bahaya. Gibbs tu tak payah cakap laa, paling protect Ray, sampai sanggup kena belasah demi lindungi Ray.
Baca kisah diorang ni buatkan aku rasa macam... arghh memang terharu giler laa ada kawan-kawan mcm diorang ni. Saling menjaga antara satu sama lain. ❤️
Tapi last scene memang sayu habis. Serta-merta teringat kat babak dlm Gantung. 😭💔
Padanlah Ray susah sangat nak move on, sebab kawan-kawan mcm Gibbs, KJ dan Troll ni, bukan sekadar kawan biasa. Tapi segalanya. Mungkin lebih dari keluarga sendiri.
Dah lama beli buku ni, baru teringat nak baca sebab tak lama lagi filem Gantung dah nak keluar.
Musketeers ni adalah prequel kepada Gantung di mana ia menceritakan tentang zaman awal persekolahan Gibbs, Ray, KJ dan Troll. Makanya dari sinilah kita tahu bagaimana kumpulan ni terbentuk sekali dengan kod solidariti mereka. Keseluruhan cerita menarik, lagipun aku dah biasa baca tulisan Nadia Khan makanya tak ada apa sangat yang dipertikaikan.
'Too short.....' . Ya, novel kali ini terlalu pendek. Teringin nak baca lagi dalam tentang 'life style' musketeers waktu diorang junior. Kisah diorang sambut raya dekat rumah anak yatim, memang memberi kesan. Ya, ini hanyalah fiksyen, tapi bayangkan budak Form 3, pagi raya bawa rendang dan nasi impit yang masak sendiri, gi rumah anak-anak yatim dan 'enjoy the food' dengan budak-budak tu. . Buku ni memang berjaya buat aku senyum, ketawa, rasa sedih dan kehilangan sewaktu 'scene' terakhir dalam novel ni. . "...sehinggalah beberapa saat kemudian, ketika pintu bilik Gibbs diketuk. Dan beberapa saat selepas tu, bila segala-galanya berubah buat selama-lamanya...." . Tak sabar nak tunggu Gantung The Movie. . #Letsاقرأ #syawalbookreview
. – 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 – Prequel untuk Gantung & Gantung 2, menceritakan backstory Musketeers – Gibbs, Ray, KJ & Troll daripada awal awal mereka mula masuk Tingkatan 1 Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang sehinggalah ke detik hitam mereka pada tahun akhir.
– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 – 100% beli buku ni sebab Gantung series. Hardback pun hardback lah, mahal sikit pun takpe lah asalkan ada 4 orang tu. I need my dose of Musketeers, am not ready to let them go. So kalau reviu ni macam bias, im sorry bcs i am 😭✋🏻
So, let’s start, shall we?
Surprisingly, buku ni kelakar, terharu and menangis semua dalam satu buku, cukup rempah rasa lemak manis! Takde plot twist pening pening, no critical thinking needed. Cuma sweet & happy moments of them four during their junior years.
Buku ni bind semua lompong lompong yang ada dalam Gantung series. Kenapa Sofil suka belasah Ray? Kenapa Ray jauhkan diri dari family? Macam mana terbentuknya geng Musketeers & the Musketeers code. Paling comel sekali kisah masing masing time form1 & nampak budak budak sangat 😭☝🏻
Backstory ahli Musketeers yang diceritakan dalam ni akan buat pembaca nampak new side yang selama ni kita takperasan pun. How caring is KJ even suka prank orang, how strong Troll is dengan masalah dia eventho dia sentiasa funny & how dean is from Ray’s point of view. Baca persahabatan diorang rasa sayu sangat bila masing masing dari broken family, creating their own small ‘family’ 🥺 (ah tak, tknak nangis)
However, yang kurangnya buku ni adalah: 1. ceritanya too short — 150+ pages in total tapi cuma 100+ pages cerita pasal Musketeers, the rest cuma skrip filem Gantung. 2. Buku ni is a bit pricey nak compare dengan harga tapi considering ini sebab nak kumpul dana untuk Gantung The Movie & dia tak reprint dah after restock, saya beli. (Kalau maklumat ni salah, bagitahu ya)
Jadi, I understand dilema pembaca Gantung. Up to you to decide, berbelanja ikut kemampuan and minat okie ☺️💓
– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 – * Gantung readers – if you miss Musketeers, this is it. Satu satunya buku yang 4 orang lengkap di dalam nya 🥲 iykyk * Pembaca MATANG only
Tapi aku rasa korang kena baca Gantung dan Gantung 2 baru baca Musketeers. Okay?
Karya ini macam petang yang panas dan kau teringin nak jilat aiskrim di sudu. Aku tersenyum dan setelah habis baca karya ini, aku rasa macam cukup bahagia. Biasa nya prekuel yang aku baca atau tengok macam tak best tetapi untuk Gantung ini terasa indah sangat. Benang-benang yang tersirat sudah tersimpul kembali.
Tak sangka KJ macam tu yaa. Hahaha. You are so cunning, boy. Troll, a huffepuff lah. Itu yang aku boleh bagitahu. Sabar, tekun dan seorang yang baik. Dan Ray seorang yang restrained introvert rupanya sebab dia boleh tahu “species” nya bila ada scene dekat rumah anak yatim itu. Dan aku harap Gibbs boleh ‘read more’ mengenai Ray pada pemulaan cerita ini. Aku berharap sangat. 😉
Terima kasih Nadia Khan untuk karya ini dan reply tweet I. I saw you at PBKL2009. My dream do came true. Terima kasih yaa, Allah.
P/S: rasanya buku Gantung dan Gantung 2 sudah di makan anai-anai setelah aku tinggalkan dekat kampung. Tapi kalau sudah tiada bukunya, aku beli yang baru sahaja lah.
Sejujurnya, saya pilih untuk baca buku ni disebabkan I need to take a break from reading buku yang sarat dengan emosi. Tapi lupa pulak yang ending Gantung sungguhlah tak indah huhuhu
“Musketeers” merupakan prequel, alternate ending dan juga sambungan ending daripada Gantung 2. Ya, buku ni terbahagi kepada tiga chapters utama dan seperti biasa, universe Gantung ini tak pernah gagal untuk menanam seribu satu perasaan dalam diri. Marah, gembira dan sedih bersama - sama gang Musketeers, Gibbs, Ray, KJ dan Troll menempuhi kehidupan mereka sebagai pelajar. Sejujurnya, alternate ending buku ini seperti yang saya harapkan iaitu Musketeers berjaya pada bidang masing masing dan dapat mencapai impian mereka di Amerika. Dalam kehidupan yang lain, empat bersahabat ini masih mengekalkan persahabatan mereka menempuh liku liku dan ranjau orang dewasa. Ya, itu yang berlaku di alternate ending sampailah penulis, Nadia Khan membawa saya kembali kepada realiti sebenar yang berlaku kepada mereka.
This is a prequel to Gantung and Gantung 2. For those who had read the two books, this one is a perfect place to revisit the characters. And if you haven’t read any of those two, now’s the perfect time to get a complete collection from where it all began.
I remember reading Gantung and noticing one strong point in it—the characters. I’ve always been a sucker for all things boarding school, male friendship, and the spirit of togetherness. Gantung delivered those aspects excellently, and Musketeers is a must-read if you want to see the beginning of everything.
Overall a satisfying fast read. Also contains a bonus chapter of several pages from the script for Gantung the Movie, which I honestly didn’t expect so it was a good surprise.
Musketeers mengisahkan empat orang pelajar yang berbeza latar belakang tetapi mempunyai satu pegangan yang sama iaitu Musketeer code.Ia merupakan sebuah prekuel kepada Gantung dan Gantung:2,bagaimana terbentuknya Musketeer dan juga kisah-kisah lain.
Buku ini asalnya dicetak dalam edisi terhad hardcover untuk tujuan crowdfunding pembikinan filem Gantung: The Movie (kemudian dikenali sebagai Musketeer Code), sebelum diterbitkan semula dalam bentuk paperback atas permintaan ramai.
Sama seperti Gantung, ia mengisahkan 4 sahabat - Gibbs, Ray, KJ, dan Troll - dari zaman mereka di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, sebelum peristiwa tragis dalam Gantung berlaku. Ia merakam bagaimana persahabatan dorang bermula, bagaimana dorang duduk sebilik, dan bagaimana “Musketeer Code” tercipta sebagai ikatan setia antara dorang.
Di sebalik imej pelajar elit yang tampak sempurna, novel ni banyak membongkar sisi rapuh kehidupan dorang: family orang kaya yang penuh cacat cela, konflik peribadi, dan keputusan-keputusan yang kelak membawa kesan besar.
Nada penceritaannya aku rasa lebih ringan berbanding Gantung, dengan momen-momen lucu dan bersahaja, tetap sarat dengan bayangan gelap yang menjadi benih tragedi kemudian hari. Ia jeneroka sebuah “alternate universe” di mana pengakhiran Gantung tak terjadi - sebuah jambatan kreatif antara dunia asal dan dunia yang diimaginasi semula oleh Nadia Khan.
Jika Gantung adalah nadi utama yang mengangkat misteri dan tragedi di sekolah elit, Musketeers pula akar yang menjelaskan cammana 4 watak utama terbentuk - dari segi psikologi, dinamika persahabatan, dan latar belakang keluarga. Ia memberi konteks kepada tindakan dorang dalam Gantung, so that pembaca lebih memahami mengapa dorang sanggup melanggar batas moral demi menjaga “code” yang dorang cipta.
Bagi aku, ia pelengkap dunia Gantung dengan latar yang kaya dan emosional.
Rasa beruntung dan istimewa sebab ada ayat ni di halaman pertama. 👇 Buku hardcover MUSKETEERS ini diterbitkan hanya sekali dan mula dijual di PBAKL 2020.
Jujurnya plot novel ni tak sama macam sebelum ni. No debaran, no kejutan, no complicated things. Just bacaan santai untuk kenal lebih dekat Musketeers ni. But, terasa kurang pun tak apa la, still nice gitu.
Persahabatan antara Gibbs, Ray, KJ dan Troll still padu. Chemistry tu still wujud.
Benda paling mahal tentang penulisan Nadia adalah kita dapat bezakan keempat-empat Musketeers dengan senang, melalui gerak/tingkah dan bahasa dialog je. Susah nak kerjakan ni. Nadia dah sampai tahap betul-betul faham kesemua karakter dia.
Sebab tu ianya menjadi satu fenomena sehingga membolehkan ia menjadi siri TV dengan sekuel yang tidak kurang hebatnya.
Untuk sebuah prekuel, mungkin Musketeers tidak mempunyai umph yang sama seperti novel Gantung. Tetapi, kita faham bahawa prekuel ini adalah satu usaha untuk mendapatkan sumbangan bagi menjayakan Gantung The Movie.
Untuk itu, saya ucapkan selamat maju jaya buat produksi Neddo Works.
Adakah saya cuba cakap yang Musketeers ni tak best? Tidak sama sekali.
Biarpun tiada umph kerana kita cuma dapat baca snippets of what happened each year from freshman year leading to the moment that changed everything for Gibbs, Ray, KJ and Troll, buku ini masih mempunyai taringnya yang tersendiri.
Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kita semua tahu apa yang dah jadi pada Ray dan rakan-rakan. Kita sendiri dah baca penghujungnya dalam Gantung 2. Dan dalam kedua-dua novel ini, kita dah tau serba sedikit tentang back story kesemua watak. Jadi, untuk faham sendiri apa yang prekuel ini cuba sampaikan adalah sangat mudah.
Jika anda belum pernah membaca Gantung, mungkin prekuel ini akan menjadi sebuah picisan yang sukar untuk difahami. Jadi saya galakkan anda untuk faham dulu apa sebenarnya cerita Gantung is all about sebelum anda baca Musketeers.
Musketeers bukanlah sebuah novel yang cuba untuk menutup mana-mana plot hole yang tertinggal dalam Gantung. Musketeers cuma melengkapkan plot di mana kita dapat lihat macam mana keempat-empat musketeers ni bersahabat.
Satu prekuel yang masih mampu membuat saya tersenyum-senyum.
Dan juga sebak. Sebab kita semua tahu apa yang akan berlaku di penghujungnya.
i cant count how many i cried or how many times im laughing while crying in the same time...My heart rasa ngilu sangat bila baca prekuel ni. Bijaknya Nadia Khan memberi hidup dan roh pada setiap karakter yang berbeza. Di saat semua penulis cinta sibuk menghidupkan watak Aplha male dominant mereka yang seakan-akan sama sahaja seperti plot drama penyondol tapi tajuk drama yang berbeza. Karya ini berjaya membuatkan saya berfikir sejenak dan ditenggelami seluruh emosi yang bercampur baur. Kisah ini melengkapkan kedua buku yang lain. All my friends ask me what is this novels about? romance? action? horror? or just bunch of teenagers doing haram things . im just say this book provides me the peace i want.
Nadia Khan also successfully portraying how depressed people thinks and behave which is how Ray always have maladaptive daydreaming about musketeers, struggling with time, suicidal thought and impulsive decision. Yeah some people who is successfully as Ray boleh depress.. and the alternate ending in the books just made it worse. Daripada panggil alternate ending baik kata tuh sebenarnya delusional Ray. Thank God Rahiza kenal semua musketeers and dia x kisah ponh dengar cerita persahabatan dorang berkali-kali sebab dia betul2 sayang Ray and dia cherishing everything Ray sayang termasuklah Gibbs, Troll and Kj
The saddest scene when farah nak kahwin. She needs to move on and she thinks by berkahwin dengan orng lain dia akan move on , and the way Gibbs lead her to the akad nikah by himself turun tangga...Its painful mcm all my heart nerves kena tarik .
This entire review has been hidden because of spoilers.
You don’t understand the chokehold the Gantung novel had on me back in high school — especially since I was in a boarding school too. That book wrecked me. So, reading Musketeers felt like an emotional comeback. It gave us the sequel we needed — the bond, the loyalty, the brotherhood of the Gantung boys, now grown up. It was nostalgic and painful in a beautiful way.
When Kak Rahiza entered the story — OMG, I adored how Ray saw her. That wasn’t just a crush; that was soul-level admiration. That man wasn’t just simping — he was down bad, and I ate it up.
✮What Felt Off:
I’m honestly struggling with how normalized LGBT themes have become in some books lately. I respect freedom of expression, but personally, it made me uncomfortable — especially the scenes involving Sofil and Ray. If I had read this years ago when I was more naïve, I probably would've brushed past it. But now, it hits differently — and not in a good way for me.
Also, the flashback chapters to their high school days didn’t feel as tight or impactful as they could’ve been. It felt like something was missing — the rawness and grit from Gantung didn’t fully carry over. Some parts felt rushed or underdeveloped.
⊱ ☆ ⊰ Favourite Moment ⊱ ☆ ⊰ All the scenes with the Gantung gang — no doubt. Seeing them together again made my heart ache. It hit hard thinking about the “what ifs”… what if they were all still alive? What if this was truly their reality? That pain lingered long after the last page.
♡ Final Thoughts ♡ I’ll always admire Nadia Khan’s writing — her voice is sharp, bold, and unique. But this book… it didn’t feel enough. Maybe it was written in a short span of time, maybe not — but the flashbacks, especially, felt too brief and lacked the intensity and depth we were used to in Gantung. I wanted to feel more — and that emotional weight didn’t fully land. Still, for the sake of the characters I loved, I’m glad I read it.
Nadia Khan memang menulis Musketeers dari hati, sama macam Gantung(s). Pengubat rindu buat peminat Gantung ♡ tapi... SEDIH! PEDIH! — i cried bcs rasa macam boleh relate.
• Gibbs-- i can relate with him cause I have a parent (mother) like his. Nak anak yang terus besar.
• KJ-- we are children of divorce. Broken home *hive5*
• Troll-- i love my besties sama macam mana dia sayang Musketeers. Tapi Troll lagi untung lah!♡
• Bagi Ray, Musketeers rumah dan keluarga —yang akhirnya mungkin bawa dia pulang. Sebagai seorang yang sentiasa bersedia untuk meninggal dan ditinggalkan (expect less, hurt less concept), saya faham Ray. Selalu sedar apa yang bermula pasti ada akhirnya. Tapi rumah yang paling selamat dan selesa TIBA-TIBA roboh dan hilang ..? Sakitnya dalam.
Mungkin, salah kita sebagai manusia selalu fikir dan berharap kemudian percaya good times will never end, padahal ...
❝Ni rendang apa? ❞ ❝Daging,❞ ❝Tahun depan try la buat rendang itik❞ Ray senyum. ❝Okay,❞ — tanpa Ray sedar. Saya yakin Ray mesti happy gila dan tak nak waktu ni berlalu. Ray... *hug*
ps: Jujur baca balik sebab patah hati tak dapat tengok Gantung The Movie. Terubat sikit, tapi... waktu terindah memang terbang paling cepat, kan? Kalau la masa boleh berhenti dan diputar... Payah la nak move on!
AKHIR, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KAK NEDDO 🧡💜💙🖤❤
This entire review has been hidden because of spoilers.
1. Alternate universe di mana mereka tidak ditembak dan menyambung pelajaran ke universiti di Amerika. Suka part bila masing-masing consider kos yg diambil semata-mata tak nak berpisah tapi pada masa yg sama pilih apa yg terbaik dan impian masing2.
2. Awalan kisah- seronok baca macam mana mereka boleh end up jadi roomate atau rakan rumah. Tanggapan masing-masing dan macam mana friendshio itu terbentuk. Sangat nastologis tapi sayangnya rasa kurang puas. Ada part yg bagi saya patut diceritakan lagi sbb ada dimention dlm siri sebelum ini, tapi tak diterapkan. Rasa tak cukup
3. Saya kurang selesa dgn isu LGBT yang cuba dinormalise. As much as I like Gibbs-Ray relationship atau suara hati Rays, saya sentiasa berharap Ray kembali pada nature asal dia. Saya rasa diri sendiri agak teruk. Kalau saya boleh sokong perasaan Ray pada Gibbs, its mean saya benarkan apa yg Sofil rasa pada Ray (yg saya agak jijik). Jadi masa tu baru saya sedar, well perasaan Ray pada Gibbs perlu diklasifikasi begitu jugak, sebab baru adil kan? Tak bolehlah berat sebelah hanya sebab Ray dan Gibbs tu main character.
4.walaupun tak normal, saya suka cinta tiga segi antara Fara-Gibbs-Ray. Harap sampai sini jelah. Satu lagi, walaupun persahabatn Muskeeter sangat toxic, penulis berjaya buat saya menyampah dan sayang pada asa yg sama.
5. Saya sangat invest dgn perasaan Ray terhadap akak Rehan. Ada vibe soul-mate di situ dan saya betul-betul harap perasaan Ray sangat ikhlas dan bukanlah sekadar nak lupakan cinta lama
tahniah buat penulis utk kelahiran naskhah prekuel ini dan smoga 'Gantung :the movie' berjalan dgn lancar as planned.
1st novel ever yg aq berjaya habiskan dlm masa 1 jam 15 minit. Thats mean ape? Best sgt² sampai tak mampu nk lpaskan. Walau rasa tak berapa cukup sbb pendek (hihi), tp persoalan yg wujud tntg permulaan persahabatan diewang semua berjaya penulis huraikan dlm naskhah ini.
So, buat semua bakal pembaca, please baca dulu Gantung and Gantung 2 sebelum baca naskhah ni sbb kalau korang tak baca, nnti byk blurr² dlm nk mengecam watak dan memahami plot cerita dgn baik.
Tak menyesal langsung beli this novel! utk peminat Gantung dan sis neddo korang mmg wajib beli, baca and simpan naskhah ni. Oh ye, akhir sekali pesanan aq, tlglah beli novel sbelum dia masuk pasaran gelap kalau korang memang nk sgt simpan naskhah ni, sbab ape, tak mustahil dlm masa dua atau 3 tahun lg, confirm harga novel ni dah tak masuk akal bila smpai kt tgn third parties. Hohoho77~
Buku yang diterbitkan khas untuk mengumpul dana bagi pembikinan filem Gantung the Movie. Di mana segalnya bermula dari hari pertama watak-watak masuk Tingkatan 1 dan mulai kenal antara satu sama lain sehinggalah menjadi 'Musketeers' yang dikenali ramai. Yang paling menyedihkan bahagian mereka bergembira sebelum 3 watak ditembak mati waktu Tingkatan 5. Perasaan itu arghh tak pernah tak sakit. Latar belakang dan perwatakan watak-watak diceritakan secara agak terperinci dari mula tetapi sayangnya keseluruhan cerita agak ringkas dan saya rasa seperti melompat-lompat jangka masanya, agak rushing gitu. Saya berasa cerita prequel ini mampu diceritakan dengan lebih banyak dan mendalam lagi...
Asalnya nak bagi 3 bintang sahaja tetapi saya dikejutkan dengan skrip permulaan Gantung The Movie. Nampaknya jalan cerita telah mengambil pusingan yang berbeza sangat dari novel (3 Musketeers tidak ditembak mati!), but well filem ini sambungan daripada Gantung the Series yang sememangnya punyai jalan cerita yang agak berbeza. Tak sabar nak tonton filemnya nanti! Semoga syabas selalu Kak Neddo!
“But sometimes it’s enough to see a reflection of yourself in somebody’s eyes.. and knowing you’re worth something.”
“Mesti ada sebab kenapa kau yang terpilih untuk teruskan perjalanan ni. You don’t know it, but you’re the strongest. It should be you, Ray. I’m happy it’s you.”
“But it doesn’t matter where we set up camp. Our tribe will always be our tribe.”
“Selain daripada tak dapat jadi yang terbaik dalam dunia kecil kita, orang yang dalam dunia kecil kita pun akan.. migrate ke luar?”
“You’re no longer the center of your own universe.”
pada penghujung cerita (sebelum part script) mmg bersambung dengan gantung 1 dimana semuanya berlaku, tersangat nipis dan macam sedikit hambar sebab i want more namun begitu saya amatlah berbahagia membeli novel ni tanpa hesitation (walaupun dekat 3 bulan ragu ii huhu) jangan pernah menyesal beli sebab mahal tapi menyesal sebab tak pernah baca gitchewww. maybe rasa menyesal sebab tak ikut expectations but hey at least we knew the small details yang actually big impact to it.
Tq Nadia Khan. Terubat rindu kat Musketeers. All i can say is, "You are a great author / writer as always" Things yg menyerlah dalam buku ni are :- 1. Handphones masa zaman sebelum orang beria² nak beli iPhone. 2. Iklan Bukit Merah Laketown Resort 3. Grey's Anatomy 4. PERMULAAN SKRIP GANTUNG THE MOVIE! ❤Congrats dear friend❤ P/S : Habis baca dlm 90minutes! N now rereading Gantung 1
Prequel Gantung dan Gantung2..Gibbs, Ray, KJ & Troll adalah kekuatan Musketeers. Seronok baca detik mula2 budak berempat ni melapor diri ke sekolah menengah umur 13 tahun. Innocent je masing2. Ending dia agak sedih juga.
Pendek sangat ceritanya. Tak puas baca. Rindu nak baca semula Gantung dan Gantung 2. Those who missed Gibbs, Ray, KJ & Troll you must read this.
Prekuel kepada Gantung dan Gantung:2. Agak ringan, tapi cukup untuk mengisi beberapa tanda tanya dari buku sebelum ini. Tentang bagaimana Musketeers Code dibentuk. Harap yang terbaik untuk Gantung The Movie!
Too short, I need more stories of them during school years. Their friendship is to die for, not the bad part but when they try to help one of their friends when in need without any hesitation. I can't wait for the movie, having high hope after reading a bit of the script.
There is no twisted plot like gantung and gantung 2. But it was in their good times - form 1 till form 4. Got to know how they got to be friends and how their early days were. It's like their journal throughout the years. It is fine but i wish it is longer than it is with that price.
Gelagat gibs, ray, kj, troll sgt memikat kali ini di huraikan ttg zaman di awal perkenalan mereka.. Sbg peminat gantung pd buku 1 dan ke2 karya ini adalah koleksi wajib yg harus dimiliki sbg pelengkap koleksi.