Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mukbang Girl

Rate this book
Hanis aktif bermukbang. Identitinya menjadi misteri kerana dia sering kali muncul bertopeng menggunakan nama Mukbang Girl. Dia diminati ramai kerana sesi mukbangnya sering diselit nasihat dan kata-kata semangat kepada penontonnya.

Ruby, Dahlia, dan Ayumi, tiga serangkai yang menjadi musuh Hanis di sekolah. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Hanis, yang mereka sangkakan seorang pelajar miskin sentiasa mengalahkan mereka dalam semua aspek, akademik dan juga sukan. Walaupun mencemburui Hanis, mereka bertiga sebenarnya adalah peminat tegar Mukbang Girl.

Kehadiran surat misteri yang mengetahui identiti sebenar Hanis membuatkan hidupnya jadi tidak tentu arah. Dapatkah Hanis terus menyimpan rahsianya sebagai Mukbang Girl? Siapakah yang mengkhianati Hanis?

137 pages, Paperback

First published March 1, 2020

1 person is currently reading
24 people want to read

About the author

Sharina Elisa

28 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (37%)
4 stars
11 (37%)
3 stars
7 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
September 14, 2023
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hanis. Dia mempunyai channel youtubenya iaitu Akira Foodie dan dia mempunyai identiti tersendiri yang dinamakan Mukbang Girl (MG). Tiada siapa tahu bahawa Hanislah youtuber mukbang yang terkenal itu. Termasuklah keluarganya. Dia mempunyai sebab tersendiri kenapa dia menyorokkan identiti serta aktiviti mukbangnya itu. Ada hal yang lebih mustahak yang perlu dia turutkan.

Namun, siapa sangka. Ada seseorang yang tidak dikenali telah menjadi haters Hanis/MG. Disebarkan video dan didedahkan identiti Hanis sebagai MG. Hanis keliru. Dia seperti tahu siapa yang dengki kepadanya di sekolah itu namun hakikatnya, adakah benar perbuatan itu dilakukan oleh seseorang yang Hanis syak?.

Pada saya, saya rasa penulis banyak berikan nasihat yang baik di dalam buku ini. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan buat para remaja. Namun, iya Hanis suka buat mukbang. Tapi boleh kira pakai jari apa menu yang dimakan oleh Hanis sepanjang cerita ini. Lagi best kalau dibanyakkan cerita mengenai mukbang hee. Mahu asyik telan air liur je sambil baca haha.

Kekeluargaan | Persahabatan | Dengki | Keberanian

Kita boleh dapat banyak pengajaran di dalam ini:-
• Kalau buat salah, berani mengaku salah.
• Sentiasa dahulukan keluarga dari orang lain.
• Jangan bemuka-muka : hipokrit di depan orang yang kita kawan.
• Fikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara
dll.

Ending cerita not bad for me. Sebagai pembaca, jika ending sebegini sudah cukup memuaskan hati. Ternyata ending nya bukan la ending yang menyakitkan hati. ✌🏻
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
December 5, 2020
I just have problems with not relating with the characters. Tapi untuk sesiapa yang baru nak membina habit membaca, buku ni menarik ;)

Saya explain in detail kat video ni: FULL REVIEW >> MUKBANG GIRL
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 21, 2021
Kisah pelajar sekolah yang sweet dan juga bertauladan.. Garapan penulis dalam menyampaikan cerita menarik dan sesuai dijadikan bacaan pelajar sekolah.. Cerita mengenai Hanis yang suka bermukbang secara senyap-senyap.. Namun bila terbongkar, ada masalah lain yang terpaksa Hanis selesaikan..
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
August 3, 2020
Menampilkan sebuah kisah tentang seorang remaja perempuan, Hanis, yang aktif ber-mukbang. Namun, tiada sesiapa yang mengetahui identiti dia sebagai Mukbang Girl, sehingga dia menerima surat misteri serta identitinya terbongkar. Bermula dari situlah, kehidupannya menjadi kacau-bilau.

Angkara siapakah???? He he he

Bagi aku, ia sebuah cerita yang penuh dengan konflik kehidupan, lepas satu, satu, kemudian datang yang lain. Tema dan nilai yang diterapkan ada unsur kekeluargaan dan persahabatan.

Yang aku suka dengan cerita ni adalah watak utamanya. Cukup matang dalam menjalani kehidupan dia. Ia juga boleh dilihat dalam setiap kata nasihat yang diberikan ketika ber-mukbang.

Penceritaan yang tersusun dan santai meskipun banyak konflik yang berlaku pada watak utama, dan, konflik tersebut dirungkaikan dengan baik. Puas hati jugalah dengan endingnya.

Bagi adik2 yang ingin berjinak-jinak dengan sesi Mukbang... bacalah buku ni. Jadilah seseorang yang punyai jati diri dan nilainya tersendiri; dapat menyumbang bakti pada masyarakat.

Pada penulis, well done! 🌟🌟🌟🌟

https://youtu.be/RPyzOp9YDhE
Profile Image for Nurin Insyirah.
33 reviews
February 13, 2021
Mukbang Girl • Sharina Elisa @sharinaelisanovelist • Bookiut @bookiut.pts

Seperti tajuknya, buku ini berkisar tentang kehidupan Hanis, seorang mukbanger yang merahsiakan identitinya. Setiap kali ber-mukbang, Hanis akan memakai topeng muka dan tidak lupa untuk menyelitkan nasihat dari hati ke hati yang menjadikan youtube channel-nya terkenal. Walaubagaimanapun, Hanis mempunyai tiga orang musuh di sekolah iaitu Ruby, Dahlia dan Ayumi yang suka sangat cari fasal dengannya😌. Hidup Hanis menjadi tidak tenang apabila dia mendapat 'surat ugutan' dan tiba-tiba sahaja, satu video telah tular di media sosial yang menjelaskan siapakah identiti sebenar 'Mukbang Girl'.
.
Gaya penulisan Sharina Elisa memang Nurin sangat suka. Bahasa yang digunakan agak 'cantik' dan tidak terlalu santai. Ada banyak nilai yang ditekankan dalam buku ni, antaranya nilai kekeluargaan dan nilai persahabatan. Penulis berjaya membuatkan Nurin tertanya-tanya dengan sikap Puan Zalina, ibu kepada Hanis yang agak dingin daripada mulanya, tapi akhirnya Nurin berjaya menemui jawapannya ketika sudah selesai baca😆. Watak Hanis sangat matang dalam menangani cabaran terutamanya ketika babak dia memaafkan kesilapan rakan baiknya iaitu Eila. Pengakhiran buku ini pula tidak begitu cliche dan Nurin sangat suka dengan cara penulis menggarapkan hubungan Hanis dan musuh-musuhnya pada akhir buku 😉.

Walaubagaimanapun, sepanjang pembacaan, Nurin rasa elemen 'Mukbang' tidak begitu ditonjolkan dalam buku ini😅. Lebih bagus jika penulis menyelitkan tips-tips bermukbang ataupun menceritakan tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Hanis ketika menghasilkan video Mukbang kerana buku ni lebih terarah kepada 'kehidupan' Hanis itu sendiri. Selain itu, Nurin rasa lagi best kalau ada flashback tentang kedua ibu bapa Hanis tuu(◡ ω ◡) Haha Nurin memang sangat curious, jadi kalau boleh nak baca semua babak dengan detail :) Apapun, Nurin faham yang buku² Bookiut memang nipis dan ringkas so yeahhh, no problem(つ≧▽≦)つ
.
Untuk buku 'Mukbang Girl' ni, Nurin bagi rating 4/5 STARS✨
.
Psssst: Cover buku ni sangat 'kiut'❤️
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.