Fujiko F. Fujio (藤子・F・不二雄) was a penname of Japanese significant cartoonist Hiroshi Fujimoto. After leaving his native home for Tokyo, he started his drawing career collaborating with his partner and long-time friend, Abiko Motoo who later held the penname Fujiko Fujio A. Their co-penname was Fujiko Fujio, which became well-known in Japan and in many countries. Fujimoto and his companion became briefly students of the greatest Japanese cartoonist Osamu Tetsuka.
Fujiomoto saparated from his buddy in 1987 due to a cancer, and took the penname 'Fujiko F. Fujio'. He still released his many volumes of 'classic' manga which inspired numerous children and becoming adults all around the world.
Seperti biasa, cerita Doraemon tidak pernah mengecewakan! Teringat lagi sewaktu di bangku sekolah, komik Doraemon yang akan pasti dibeli sebulan sekali di kedai mamak berdekatan rumah. Setelah lama meninggalkan dunia Doraemon, bacaan ini mengimbau semula kenangan manis meneroka hidup bersama-sama Nobita, Doraemon dan rakan-rakan. Semudah menggunakan Pintu Suka Hati, rasa seolah dibawa terbang ke dunia lain dan kerap ketawa berdekah-dekah dek telatah Nobita dan Doraemon yang mencuit hati.
Koleksi Seram Sejuk ini bukanlah cerita hantu, tapi lebih kepada koleksi malapetaka yang selalu menimpa Nobita. Rasanya koleksi ini telah dikemaskinikan dengan penggunaan bahasa Melayu yang lebih tepat dan mudah difahami. Teringat lagi jilid zaman dahulu dengan penggunaan bahasanya yang agak janggal dan kosa kata yang tidak menepati konteks cerita (walaupun masih menghiburkan).
Sekiranya mahukan bacaan ringan atau komedi, koleksi ini menepati syaratnya.
Tajuknya koleksi seram sejuk, tapi cerita-ceritanya tiada kena mengena dengan seram hantu. Seram sejuk dalam judul ni lebih kepada erti perkara-perkara yang boleh dikatakan menakutkan kalau betul-betul terjadi kepada karakter-karakter dalam komik ni.
Semua cerita-cerita dalam koleksi ni amat menghiburkan.