Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ratu Kala Jengking Puteri Keranda

Rate this book
Siti, dia cantik dan menjadi kegilaan jejaka sekampung tetapi hatinya hanya terpaut dengan Awang, anak ketua kampung yang juga menjadi buruan gadis-gadis pingitan di kampung
mereka. Dia tidak bertepuk sebelah tangan apabila Awang juga mencintainya dalam diam. Bila cinta diikat, Siti dan Awang bagai belangkas yang tidak mampu dipisahkan.

Dalam leka menyemai kasih, gelora jiwa muda dan nafsu melangkaui akal. Mereka terkhilaf dan kerana khilaf itu Siti berdepan dengan dugaan yang tidak mampu diterima akal. Wajah cantik yang menjadi pujaan tiba-tiba bertukar jelik. Dia dihina, dibenci dan dipinggirkan. Kekasih hati yang selama ini dipuja-puja turut memandangnya jijik.

“Hurmmm… dah macam muka hantu abang tengok! Siti tahu tak satu kampung mengutuk abang. Abang malu tahu tak?!” – Awang

Siti nanar. Kata-kata Awang bagai belati yang menikam jauh ke dasar hati. Dia menjauh dan sedang dia berusaha mencari panawar, Mawar mencadangkan Siti mencari nenek kebayan.

Tekad untuk sembuh, Siti terus ke Gunung Panti menjejak wanita tua itu walau dihalang keras oleh ibunya. Setelah menempuh pelbagai rintangan, Siti berjaya bertemu nenek kebayan dan dengan bantuan nenek kebayan akhirnya Siti sembuh. Tetapi untuk sembuh dan cantik, ada janji yang perlu Siti tepati yang akhirnya memakan diri.

Kerana melanggar janji maka bermulalah sumpahan ke atas dirinya. Sejak itu, setiap suami yang Siti kahwini pasti akan mati keesokan harinya menyebabkan hidupnya menderita.

Mampukah Siti melepaskan diri dari sumpahan yang menimpanya atau selama-lamanya dia akan digelar sebagai Puteri Keranda?

221 pages, Paperback

First published February 1, 2020

6 people want to read

About the author

Ameera Ameer

25 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (35%)
4 stars
4 (28%)
3 stars
4 (28%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
February 28, 2020
Kisah siti yg cantik tapi berubah menjadi buruk. Siti bertemu dengan nenek kebayan yg tinggal jauh di hutan utk berubat. Utk sembuh ada pantang yg kena siti patuhi. Malangnya siti terlanggar pantang dan sumpahan berlaku ke atas dirinya. Setiap kali siti berkahwin, suaminya akan menemui ajal akibat digigit haiwan berbisa keesokan harinya.
Sebuah kisah lagenda yang diadaptasi menjadi sebuah filem dan akan ditayangkan februari 2020.
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
April 14, 2020
Pengajaran yang dapat saya simpulkan termasuklah jangan meninggikan suara terhadap ibu walaupun bukan ibu kandung. Buku yang dibaca dengan santai dan boleh dihabiskan dalam masa dua hungga tiga jam bergantung cara pembacaan masing-masing. Jangan lupa tonton movie juga.
Profile Image for Hermione Granger.
19 reviews
June 7, 2024
Penulisan yang sangat baik daripada penulis👏dulu pernah tengok movie ni dekat tv and bila baca balik novel dia feel tu tetap sama. Gempak👍
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.