Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran

Rate this book
-Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.
-Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.
-Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
-Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.

Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.

268 pages, Paperback

First published January 1, 2020

16 people are currently reading
143 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

32 books121 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (59%)
4 stars
42 (39%)
3 stars
1 (<1%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Faraa Musa.
46 reviews38 followers
March 10, 2020
Penulisan Ust Syaari kali ini bertumpu kepada kisah pemuda-pemuda hebat yg terakam di dalam Al-Quran. Terus-terang, selepas membaca karya ini, aku rasa semakin bertambah banyak perkara dan kisah di dalam Al-Quran yg masih aku tak tahu lagi. Antaranya ialah : Apakah signifikan dan tujuan kita dituntut untuk membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat? Kenapa surah tersebut sangat penting untuk kita amalkan bagi melawan fitnah dajjal nanti? Apakah kehebatan nabi Ibrahim sehingga martabatnya diangkat di dalam Al-Quran dan kita turut perlu berselawat ke atas nama Baginda di dalam tahiyyat akhir setiap kali solat? Dari susur galur siapakah asal usul Bani Israel terlahir? Benarkah tangan Nabi Daud mampu melunakkan besi? Bagaimanakah Nabi Isa diangkat ke langit ketika Yahudi sedang mengejar untuk membunuh baginda? Semua nya terlalu menarik untuk kita pelajari dan renungi dari kisah-kisah dalam Al-Quran. Karya yg cukup baik dan mampu memberi kekenyangan minda dan rohani.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
November 18, 2023
29-2023

Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran - M. Syaari Abdul Rahman

Alhamdulillah. Target untuk membaca lebih banyak naskhah bukan novel cinta berjaya untuk tahun ini. 😂😂 Tertarik untuk membaca karya ini kerana tajuknya yang kelihatan gah bagi saya.

Ternyata pembacaan kali ini benar benar membawa saya kepada dimensi baru tentang sirah terdahulu. Bagaimana penulis menerangkan tentang kisah pemuda Kahfi sangat membuatkan saya ralit membaca naskhah ini. Sebegitu juga dengan kisah nabi yang terpilih dalam naskhah ini.

Keseluruhannya, buku ini sangat direkomendasi bagi mereka yang ingin mencari sejarah Islam yang padat dan mudah difahami.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
January 31, 2024
Kalau kita rasa baca Quran itu sudah terasa nikmatnya, sudah tentu bila baca tafsirnya bertambah lagi rasa teruja, rasa kagum, rasa yang sukar diungkapkan tentang makna atau pesanan yang terkandung di dalamnya.

Dalam naskah Lelaki Yang Hebat² Dalam al-Quran membawa pembaca untuk mengenal lelaki yang menunjukkan tauladan untuk kita ikuti antaranya pemuda Ashabul Kahfi yang mana penulis mengulas secara tuntas tentang surah Al-Kahfi bukan sekadar pelindung daripada dajjal bahkan lebih daripada itu.

Penulis mengajak membaca untuk mengambil tauladan betapa kuatnya kumpulan pemuda tersebut dalam mempertahankan akidah mereka daripada kesesatan dengan mengambil langkah berlindung di dalam gua sebelum ditidurkan oleh Allah. Polemik tentang bilangan pemuda tersebut, bilangan hari ditidurkan atau lokasi gua itu tidaklah penting, dan kerana itulah Allah tidak menjelaskannya di dalam Quran supaya kita memberi keutamaan pada yang sepatutnya.

Lelaki lain yang disebutkan dalam naskah ini juga adalah kisah Nabi Ibrahim berdakwah dengan menghancurkan berhala bagi memberi analogi siapa Tuhan yang sebenar, kisah Nabi Ismail (ada pendapat mengatakan Nabi Ishak) yang hampir disembelih sebelum digantikan dengan haiwan, kisah Nabi Daud yang berjuang membunuh Jalut yang merupakan kemuncak zaman bani Israel dan kisah Nabi Isa bersama Hawariyun pada makan malam terakhir sebelum diangkat ke langit.
Profile Image for Zmasturah.
4 reviews1 follower
February 29, 2020
Terima kasih Ustaz Syaari kerana berjaya membawa kita menyinggah peristiwa² yg seakan dekat dgn kita, membuat kita terawang² disetiap helaian bait² dari quran ini terselak, terpaling ketika ia mampu membuat kita benar² rindukan orang baik², apalagi ingin mengutip strategi mereka menjadi orang² yg hebat di mata Tuhan.
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
April 23, 2021
Orang yang benar-benar membaca al-Quran akan merasakan ia seperti sebuah pengembaraan sebagaimana kembara Rasulullah SAW sendiri. Dia akan menikmati dan menghayatinya satu persatu.’

MashaAllah. Buku yang sangat disyorkan untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat.

Isi kandungan utama buku ini adalah berkenaan tafsir surah Al-Kahfi daripada ayat 9-26 yang dapat mengukuhkan lagi pemahaman kita tentang kisah Ashabul Kahfi. Terdapat juga perbandingan antara sumber Al-Quran dan Kristian , di sini kita dapat lihat kisah pemuda Kahfi ni bukan eksklusif untuk orang Islam sahaja. Rupanya ada juga kisah pemuda-pemuda ini disebutkan di dalam agama yang lain. Semuanya tidak lain adalah untuk kita mengambil pengajaran dan membuat introspeksi diri , ada ke dalam diri kita ni ciri-ciri yang ada pada pemuda tersebut ? Apakah reaksi kita apabila keyakinan terhadap Tuhan dicabar?

Ada juga diceritakan tentang kisah pemuda pemuda yang hebat pada suatu masa dahulu seperti Nabi Ibrahim dan perjuangannya menentang kaum yang menyembah berhala, Nabi Ismail, Nabi Daud dan juga Nabi Isa bersama para hawariyyun. Kita sudah biasa mendengar kisah-kidah nabi dari kecil tetapi adakah kita mengambil ibrah daripada kisah tersebut ?

Dengan gaya bahasa yang menarik membuatkan pembacaan sejarah agung ini mudah diikuti dan difahami. Lepas ni nak baca buku #perempuanyangbaikbaikdalamalquran pula ✨✨
Profile Image for RajaFatin.
16 reviews
April 24, 2020
Penerangan dan kupasan mengenai surah Al-Kahfi sangat menarik. Selepas membaca buku ini, lebih bersemangat untuk membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat kerana lebih faham kenapa kita disarankan untuk membaca surat Al-Kahfi dan menghafal 10 ayat terawal surah ini. Terdapat juga ibrah daripada kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Daud, dan kisah Hawariyun dgn Nabi Isa. Penerangan berkenaan doa juga membolehkan kita berdoa dengan kefahaman dan lebih khusyuk dalam berdoa.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
December 31, 2022
Sebagai seorang yang cetek ilmu Sirah, dengan ini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang saya baru tahu dan dipelajari dari buku ini:

1. Pemuda Ashabul Kahfi itu 7 orang dan delapannya anjing lalu menjadikannya 8 (terdapat banyak percanggahan pendapat bagi isu ini)
2. Ayat berkenaan Ashabul Kahfi ini diturunkan kepada Rasulullah selepas kaum Quraisy mempersoalkan berkenaan pemuda yang hilang dan Rasulullah menjawab esok Baginda akan menjawabnya. Dan sehingga 15 hari wahyu tidak diturunkan kepada Baginda. Lalu turunnya ayat, kepentingan mengucapkan kalimah InsyaAllah (Al Kahfi, 24)
3. Pemuda Ashabul Kahfi tidur di dalam gua selama 300 tahun (juga terdapat percanggahan pendapat) kerana lari dari pemimpin yang syirik, Decius. Ketika mereka tidur, pendengaran penglihatan ditutup agar tidak terganggu. Badan juga dibalik balikkan agar tidak reput dimakan tanah.
4. Doa pemuda Ashabul Kahfi pada ketika melarikan diri dan masuk ke gua adalah untuk mendapatkan rahmat Allah.
5. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Sarah dan tidak mempunyai anak. Kemudiannya berkahwin dengan Hajar dan mendapat Nabi Ismail. Selepas 13 tahun, Sarah kemudiannya melahirkan Nabi Ishak yang kemudiannya mempunyai anak, Nabi Yaakub dan yang kemudiannya mempunyai anak, Nabi Yusuf.
6. Nabi Ibrahim berdoa untuk mendapatkan seorang anak kerana sudah tua, Allah mengatakan Nabi Ibrahim akan mendapat anak yang penyabar (Ash Shaffat, 101)
7. Terdapat percanggahan pendapat samada Nabi Ishak atau Nabi Ismail yang disembelih. Dan ketika Nabi Ibrahim memperolehi mimpi untuk menyembelih anaknya, Nabi Ibrahim bertanyakan kepada Nabi Ismail berkenaan mimpi tersebut, maka Nabi Ismail meminta bapanya menyegerakan perkara tersebut dan jelas menunjukkan Nabi Ismail lah anak yang penyabar tersebut (Ash Shaffat, 102)
8. Nabi Daud dinyatakan di dalam Al Quran sebagai Hamba Kami kerana amalannya yang suka bertasbih. Orang yang bertasbih, Allah akan sucikan hatinya, sehingga dia tidak lagi menjadi hamba kepada sesuatu selain daripada Allah.
9. Nabi Isa tidak dimatikan ketika 'the last supper' tetapi ditidurkan dan diangkat ke langit untuk diturunkan semula ketika akhir zaman kelak.
10. Menurut para ulama dan tabiin ketika Nabi Isa diangkat ke langit dan digantikan dengan pemuda Huwariyun, umur Nabi Isa 33 tahun dan ketika diturunkan semula, umurnya akan sama.

Penulisan yang ringkas. Yang paling saya suka akan buku ini apabila setiap perkataan di dalam ayat Al Quran itu dijelaskan maksudnya dengan terperinci.
Profile Image for Hasnidar.
35 reviews1 follower
October 22, 2022
Lelaki yang hebat adalah lelaki yang biasa-biasa, tetapi apabila diuji imannya, mereka sanggup melarikan diri masuk ke dalam gua mengasingkan diri dari kemungkaran. Mereka itah pemuda Al-Kahfi.

Lelaki yang hebat adalah lelaki yang biasa-biasa yang mengimani arahan tuhannya meski harus menyembelih anaknya persis kisah Nabi Ismail A.S.

Lelaki yang hebat adalah lelaki yang tetap dengan pendiriannya meski umatnya menafikan beliau. Mampu melawan arus demi membukti kebenaran. Itulah peribadi Nabi Ibrahim A.S.

Pemuda Al-Kahfi ditidurkan selama beratus tahun. Namun tubuh mereka tidak dimamah usia. Apabila mereka dibangunkan, mereka kemudiannya dimatikan pada hari yang sama. Ini bagi mengelakkan orang mula memuja mereka dan mengimani mereka.

Kisah pemuda Al-Kahfi mengajarkan kepada kita akan mengurus hal-hal keutamaan (Fiqh aulawiyat). Ketika membaca ini, saya baru tahu, perkara pertama yang mereka uruskan setelah dibangunkan dari tidur adalah, makan. Keutamaan menjaga nyawa (mencari makanan untuk mengisi perut) pada ketika itu adalah lebih utama berbanding membincangkan berapa lama sudah mereka tertidur.

Ketika pemuda Al-Kahfi dibangunkan, mereka sudah berada si suatu zaman yang berbeza. Mereka melantik sorang untuk keluar membeli makanan. Beliau yang dilantik adalah yang paling mereka thisqah. Yang mampu memilih makanan yang terbaik dalam kekangan dan keterasingan zaman. Beliau yang dipilih juga haruslah yang paling rasional dan pandai mengurus emosi. Hal ini kerana, pastilah penduduk sekitar pastilah mempersoal kehadiran mereka dek kerana penggunaan pakaian, matawang mereka adalah jauh terkebelakang dari zaman yang semasa.

Kisah Nabi Ibrahim, ketika beliau dibakar semua binatang bersimpati kepada baginda dan berusaha membantu memadamkan api kecuali cicak. Kerana cicak pada masa itu berusaha meniupkan api berkenaan supaya menjadi semakin marak.

'Seorang lelaki itu terbentuk oleh lingkungan (bi'ah) dan pendidikan yang diterima saat mudanya.'
Profile Image for 'Izzati.
12 reviews2 followers
November 27, 2020
Ini cerita tentang pemuda-pemuda yang hebat di dalam al-Quran. Bilamana Allah SWT memasukkan cerita tentang seseorang itu di dalam al-Quran bererti orang itu bukanlah biasa-biasa hebatnya.

Kisah tentang pemuda al-Kahfi berlindung di gua demi menyelamatkan iman dan akidah mereka.

Tentang Nabi Ibrahim AS yang dilantik menjadi Nabi ketika masih muda.

Tentang Nabi Ismail AS yang mendapat ujian korban ketika muda.

Tentang Nabi Daud AS menjadi tentera Talut ketika muda.

Tentang Nabi Isa AS dengan Pemuda Hawariyun yang mana salah seorang pemuda yang rela menggantikan Nabi Isa AS ketika itu adalah yang paling muda diantara yang lainnya.

Kisah-kisah ini tidak lain tidak bukan mengajar kita agar meletakkan sepenuh kebergantungan dan keyakinan pada kekuasaan Allah SWT.

Mengajar kita untuk sentiasa merendah diri dan tidak sombong seperti yahudi yang merasakan diri mereka lebih baik sehingga mempersoalkan kerasulan Nabi Musa AS pada ketika itu.

Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mendapat kemurkaan dan disesatkan oleh Allah SWT.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for LilGurl.
13 reviews
January 1, 2021
Sememangnya membaca hasil penulisan Ustaz Syaari sangat sarat dengan ilmu pengetahuan baru bagi saya dalam bidang tafsir Al Quran. Buku ini sangat membantu kita untuk mentadabbur Al-Quran, yang selama ini kita hanya baca dan kurang mengambil tahu mesej utama yang disampaikan Allah melalui Al-Quran. Subhanallah Masha Allah membaca kisah-kisah pemuda yang diceritakan dalam Al-Quran membuatkan saya bertambah kagum dan memberi pelajaran yang sangat besar bagi saya untuk kita sama-sama mencontohi nilai-nilai baik yang ada dalam diri mereka.

Terima kasih tuan penulis, Ustaz Syaari Abd Rahman. Semoga teruskan memberikan manfaat kepada semua melalui ilmu tafsir Al- Quran
Profile Image for Amira Nadhirah.
46 reviews1 follower
September 26, 2021
Sukka sangat buku ni. Penjelasan yang sangat sangat detail tentang beberapa kisah, terutama sekali kisah ashabul kahfi yang boleh dikatakan separuh daripada buku. Kisah2 lain adalah cerita tentang nabi ibrahim, nabi ismail, nabi isa dan nabi daud.

Take-home message:

- jangan persoalkan benda yang ALLAH rahsiakan atau tak cerita secara details dalam Al-quran atau tak ada dalam hadith nabi. tapi fokuslah kepada hikmah utama dan mesej utama yang sepatutnya kita amik panduan dan pengajaran daripadanya.

Kisah ashabul kahfi yang hanya beberapa ayat pun dah dapat banyak sangat pengajaran daripadanya apatah lagi kisah2 lain dalam Al-quran 😭
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
April 18, 2020
Alhamdulillah. Selesai menamatkan bacaan. Ini adalah buku ketiga karya Ustaz Syaari yang saya baca.

Dalam buku ini, pembaca dibawa menyusuri kembali sirah perjuangan Ashabul Kahfi, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Daud dan Nabi Isa AS. Pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini.

Antara pengajaran yang saya dapat ialah Al-Quran bukanlah buku sejarah yang kisahnya perlu diketahui dengan penuh ketaksuban, sebaliknya untuk menambah keimanan dan memberi petunjuk kepada kita.
Profile Image for Nazri Roslan.
24 reviews1 follower
August 16, 2023
Sebuah buku yang memaparkan kisah muhasabah daripada Al-Quran berdasarkan kisah lelaki disebutkan Allah dalamnya seperti Ashab Al-Kahfi - separuh buku ini mengulas tentang mereka - kronologi kisah Nabi Ibrahim yang sering berfikir cara berdakwah yang efektif, kisah Nabi Ismail yang sabar dan teguh dengan perintah Allah s.w.t di saat bakal disembelih, kisah Nabi Daud mengalahkan Jalut pada usia yang muda yang akhirnya menjadi raja dan kisah Nabi Isa dan Hawariyun yang setia bersama baginda sehingga diangkat ke langit.
Profile Image for Nur Hayati.
13 reviews
December 16, 2022
Menceritakan tentang kisah pemuda yang hebat pemikirannya pada zamannya, dan diolahkan untuk memberi semangat kepada pemuda pada zaman ini menghadapi cabaran hidup di akhir zaman dengan cara pemikiran seperti pemuda yang hebat pada zaman dahulu.

Seperti nabi yusuf a.s, pemuda al kahfi, dan lain lain. Pemuda lelaki sangat perlu untuk membaca ini untuk mendapatkan aura kepimpinan, bahkan wanita juga bisa membacanya untuk mendapatkan aura itu untuk mendidik anak anak. Inshaallah.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
July 11, 2020
Buku yang banyak mendedahkan cerita-cerita pemuda di dalam Al-Quran. Cerita-cerita ini bukan sekadar cerita bahkan banyak teladan yang patut diambil dan dijadikan penambah semangat untuk terus menuju ke jalan Allah. Banyak kisah yang baru saya tahu dengan lebih mendalam daripada buku ini. Harapnya banyak lagi buku-buku tadabbur Al-Quran dihasilkan di Malaysia.
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
August 14, 2020
Alhamdulillah. Bacaan ditamatkan dengan rasa puas. Naskah ini membawa kita menelusuri pengkisahan berkenaan Ashabul Kahfi dan beberapa orang nabi. Saya kira banyak iktibar dan ibrah yang dapat saya kutip dalam buku ini. Mungkin dapat dipanjangkan lagi dalam surah-surah yang lain kerana gaya kupasan seperti ini sangat menarik dan mudah difahami.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
November 7, 2020
Alhamdulillah. Buku yang sangat menarik. Setiap ayat al-Quran yang di tadabbur dikupas dgn sangat kemas dan tersusun. Banyak kisah di sebalik ayat al-Quran yang tak pernah saya tahu sebelum ni.. terima kasih ustaz syaari atas buku yang sangat-sangat menarik ini.
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
November 8, 2021
Kalau nak tahu mengapa kisah pemuda al kahfi dipilih oleh Allah untuk diletakkan di dalam al Quran, maka baca lah buku ni.

Apa yang kita boleh contohi dan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri supaya kita sentiasa di dalam lindungan Allah.
Profile Image for Wan Asma Wan Omar.
84 reviews
July 29, 2023
Sesungguhnya kita semua hidup untuk di uji bagi mengingatkan kita pada yang Esa.Nabi juga tidak lari dari di uji,sangat terkesan bila baca buku ini di mana Allah menegur Rasulullah dengan asbab lupa menyebut Insha Allah sahaja,kerana semua yang berlaku di atas dunia ini hanya dengan izin dariNya
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
March 8, 2021
Feb 2021: Lelaki yang hebat-hebat dalam Al-Quran

Alhamdulillah. Kita tahu dalam AlQuran banyak kisah yang majoritinya adalah lelaki. Tapi dalam buku ini diceritakan kisah2 pemuda yang mana Ustaz definisikan sebagai seorang anak yg masih mempunyai ibu bapa (tidak mudah untuk membuat keputusan bertentangan dengan kehendak mereka), mempunyai masa depan, meninggalkan keseronokan dan mungkin dijauhi oleh kawan2 kerana keputusannya itu ms64

-pengajaran yang diselit dalam setiap kisah. Antaranya memilih apa priority kita ms68, perbuatan menyembah berhala harta ms94, rahmat Allah dlm bentuk teguran ms114

-suka juga cara Ustaz menerangkan bagaimana harus kita mendepani sumber2 Israiliyat ms250

Ternyata banyak lagi perlu dipelajari. Saya berharap walaupun dah berusia tapi masih belum terlambat untuk refleksi makna pemuda dalam diri. Jika saya ada miss apa2 point daripada buku ini, sila kongsikan ya. Wallahualam.

#lelakiyanghebathebatdalamalquran
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mohammad Hafizuddin.
5 reviews
March 11, 2022
Kisah-kisah lelaki yang sangat hebat dalam ibadah mereka dan takwa kepada Allah SWT. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan diamalkan ! 10/10
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 21, 2024
Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran

Buku Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran menekankan bahawa lelaki hebat bukanlah malaikat, tetapi individu biasa yang berani menghadapi ujian. Contohnya, pemuda Ashabul Kahfi yang berani meninggalkan keselesaan demi iman, dan Nabi Ibrahim AS yang berdiri teguh atas kebenaran walau berhadapan dengan masyarakat yang jahil. Ustaz Syaari menjelaskan kisah-kisah lelaki yang mendapat penghormatan di sisi Allah SWT, meskipun mereka hanyalah insan biasa. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang ingin melahirkan lelaki dengan acuan al-Quran.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.