"𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪𝘯𝘺𝘢, 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘵𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘳𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢."
-
𝐀𝐤𝐮 𝐃𝐢𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧: 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚-𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐏𝐬𝐢𝐤𝐢𝐚𝐭𝐫𝐢
Naskah ini merupakan hasil kolaborasi 4 pesakit psikiatri dan 4 perawat psikiatri yang menceritakan pengalaman mereka masing-masing. Sedikit ringkasan, kecelaruan mental yang disebutkan antaranya Schizoaffective disorder, Major Depressive disorder, obsessive compulsive, Bipolar disorder dan lain-lain.
Nota kaki Jargon Psikiatri amatlah membantu bagi memahami istilah-istilah psikiatri yang mungkin asing bagi orang awam. Terdapat juga Klinik Mini yang memberikan perincian berkenaan tema bab. Oleh itu, saya kira penerangannya cukup jelas. Setiap kali sebelum bermulanya anekdot pesakit, adanya ilustrasi yang menggambarkan kisah yang ingin diceritakan. Jika diteliti walau dalam mana sekalipun, tidaklah dapat saya fahami dengan sebetul-betulnya akan kesakitan mereka kerana kepayahan dalam mengharungi kecelaruan mental saya kira lebih dalam, lebih daripada sekadar lukisan. Namun ianya membantu pembaca untuk menyelami dengan lebih dekat akan perjuangan dalam senyap mereka.
Membaca buku ini menyedarkan saya bahawa janganlah kita terburu-buru memberikan sebab muktamad berkenaan mengapa seseorang itu menghidap kecelaruan mental kerana hal tersebut bersifat multifactorial dan rumit untuk dibincangkan. Juga, apa yang terlihat pada pandangan kita berkemungkinan hanyalah sebahagian daripada cerita. Oleh itu, tidaklah adil buat pesakit-pesakit psikiatri ini sekiranya kita lantas melontarkan persepsi tidak berasas terhadap mereka. Selain itu, saya tertarik dengan catatan salah seorang penulis yang menunjukkan kepentingan untuk seseorang pesakit mempunyai insight yang tinggi, yakni sokongan daripada orang-orang sekeliling serta majikan yang memahami.
TW: depression, suicidal, panic attack