Jump to ratings and reviews
Rate this book

A Playbook Reference: Ada Apa Dengan Bermain: Sebuah Advokasi

Rate this book
A shift from a 'too academic' environment towards a play based, less structured one is not easily accepted by many who's brain or thoughts have been shaped to the thinking that only those with good academic background can survive.

But little do we know that there is more to learning beyond the knowledge gained that is restricted to text book and classroom. Knowledge and Skills build the Attitude and there is a need to strike a good balance between these two. A play environment provides the acquiring of both knowledge and skills towards building a better attitude and character.

#ChampioningChildhood
#EmpoweringParenthood

Dapatkan A PlayBook Reference: Ada Apa Dengan Bermain: Sebuah Advokasi, olahan dan mendapat sentuhan eksklusif oleh Dr. Putri Afzan Maria sendiri.

Hasil tangan sulung beliau ini merupakan sebuah inspirasi semenjak 2014. Beliau menghasilkan buku ini, sebagai panduan mudah buat semua berkaitan BERMAIN.

Suatu perkara penting yang anda perlu tahu; sesuatu yang berkaitan inspirasi, mengambil masa untuk dilahirkan.

Dr. Putri yang mula mengadvokasikan bermain pada tahun 2014 setelah kembali dari 7 tahun menetap di England, cuba mencari jalan yang membolehkan beliau mengkaji permasalahan proses pembelajaran di Malaysia, yang masih tidak mencapai tahap sepertimana kanak-kanak yang beliau perhatikan di luar negara.

Maka lahirlah usaha mengadvokasikan bermain ini, walaupun beliau jelas maklum, ini sudah berlaku berdekad lamanya di seantero dunia.

Sudah sampai masanya, kita bukukan sedikit demi sedikit, dapatan untuk bacaan umum.

Buku pertama ini, bertujuan untuk berkongsi sedikit rujukan berkaitan BERMAIN.

Susulan buku ini adalah sebuah buku refleksi, penulisan saya yang akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi, berkaitan PLAY BRAIN FOREST.

Semoga buku ini menjadi satu rujukan mudah buat semua rakyat Malaysia.

Paperback

Published January 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Putri Afzan Maria Zulkifli is a Malaysian, born in Kuala Terengganu but was brought up in Petaling Jaya, a town next to Kuala Lumpur, Malaysia.

She had a Master's degree in Arts, MA Development in Global Society from LeedsMet, focussing her work more into the Education and Childhood Studies. She had a degree in Information Technology (Multimedia) from the University of Technology PETRONAS, Malaysia.

After returning to Malaysia, she now owns and runs a chain of over 40 early childhood education centres called KinderKaizen (https://www.kinderkaizen.com/). Inspired by the Early Years Foundation Stage that Putri experienced in the UK, KinderKaizen use a mixed method approach to teaching based on the Montessori, Reggio Emilia and Waldorf approach.

She is also the founder of KinderBebe, Sri Aria Elementary School, and Sri Aria Junior College (https://www.sriaria.com/).

She is also the module advisor for Untuk Malaysia (https://www.facebook.com/untukmalaysia/), a non-governmental organisation focusing on helping the lost generation of students.

YouTube: https://www.youtube.com/c/PutriAfzanM...

Facebook: https://www.facebook.com/drafzanmaria

Instagram: https://www.instagram.com/putriafzanm...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (64%)
4 stars
8 (32%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
September 16, 2019
Buku ini ditulis oleh Dr Putri Afzan Maria, pengasas sekolah Kinder Kaizen (yang berkonsepkan 'learning through play') dan Sekolah Sri Aria (yang berkonsepkan 'self directed learning').

Di dalam buku ini diperkenalkan jenis-jenis bermain yang disarankan oleh penulis berdasarkan kajian beliau yang dipercayai boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak (baca: proses mendapatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan melalui pemikiran, pengalaman, dan pancaindera).

Buku ini berkonsepkan 'easy-reading' dengan banyak gambar/rajah.

Buku ini juga mempunyai penerangan dwi-bahasa di dalamnya (penerangan dalam Bahasa Inggeris sebagai pengisian utama dan terjemahan Bahasa Melayu dalam saiz tulisan yang lebih kecil).

Isi kandungan buku ini sangat baik namun saya rasa pembaca akan lebih menikmati buku ini jika saiz tulisan (font size) untuk sebahagian tempat tidak terlalu kecil. Mungkin untuk cetakan akan datang, boleh dipertimbangkan untuk saiz buku yang lebih besar bagi memuatkan saiz tulisan yang bersesuaian dan selesa untuk pembacaan.

Maaf untuk komen panjang lebar tentang teknikal buku ini tetapi ia tidak mengurangkan sedikit pun mutiara berharga yang terkandung dalam buku ini. 👍😌

Buku ini adalah sebuah buku penting untuk menganjak paradigma para ibu bapa dan pendidik khususnya dan masyarakat secara amnya tentang pendidikan awal kanak-kanak.

Mesej utama yang cuba disampaikan oleh penulis semenjak dari awal mengikuti tulisan beliau di fb dan di dalam buku ini adalah perlunya kita memahami bagaimana otak kanak-kanak berkembang dan bagaimana kanak-kanak benar-benar dapat 'belajar' (baca: mendapatkan ilmu pengetahuan).

Telah menjadi kebiasaan dalam pemahaman masyarakat kita bahawa untuk kanak-kanak itu menjadi 'pandai' di sekolah dengan 'belajar' ABC seawal yang mungkin.

Hakikatnya, apa yang paling penting untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak adalah dengan memberikan pengalaman yang bersesuaian ketika mereka masih kecil dan semua pengalaman ini majoritinya boleh didapati melalui 'bermain'!

Kesimpulan: Wajib baca untuk semua yang mahukan yang terbaik buat kanak-kanak! :)
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
April 1, 2020
Buku ini sarat dengan kegembiraan dan keceriaan. Buku ini mengajak pembaca untuk back to basic dalam memahami emosi seorang manusia. Kenapa kita boleh jadi seorang yang kurang empati. Kenapa kita boleh jadi seorang yamg terlalu keras hati. Semua terungkai dari pelbagai laporan kajian saintifik berkenaan hak-hak emosi kita yang terabai sejak di awal usia terutama pada 7 tahun pertama. Sangat suka dengan design dan keceriaan yang terdapat pada setiap helaian buku ini. Setiap cadangan bermain serta berinteraksi yang di sertakan setelah selesai satu bab benar-benar membuatkan pembaca (terutama yang berstatus ibu dan ayah) untuk memanfaatkan buku ini bukan sekadar untuk di baca tetapi sebagai rujukan dan bantuan kepada mereka menyantuni anak² di rumah.

Terima kasih Dr.Putri Afzan Maria 🙂
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
October 9, 2025
Buku yang santai dan ringkas dari segi penyampaian mesej mengenai tip bermain dengan anak. Recommended buat ibu bapa dan penjaga, aunty dan uncle, abang dan kakak pun boleh baca. #playbookdrpamz
Profile Image for Mior Zainul Arif.
22 reviews
April 25, 2020
Buku yang sangat bagus. Menerangkan secara ringkas dan padat keperluan dalam menjaga perkembangan anak-anak. 6 tahun pertama, tempoh yang sangat penting untuk perkembangan otak anak. Banyak pilihan dan idea menarik untuk kita buat aktiviti yang sangat sesuai. Yang pastinya, semua aktiviti dapat menjauhkan anak dengan gajet.
Profile Image for Atifah Mariyah.
185 reviews4 followers
May 21, 2023
This is a very great introduction to kinder kaizen or play-based learning. If you want to understand what we do in kinder kaizen just pick up this book and you’ll understand a lot more.

PLAY is so powerful you’ll never imagine how much it impacts a person.

And especially if you’re a parent with younger kids, READ THIS. There are so many learning opportunities during play.

Most of the six years old I met there now can even read to me and spell uncommon words without be given any formal learning. They’re also very good at regulating their emotions, understanding boundaries, good problem solver and empathetic.

It’s been only two weeks since I’m a playleader there and I’ve seen what I needed to see to believe in PLAY, Masya-allah. Truly inspired by the founder for advocating this. To a brighter future in early childhood education in Malaysia❤️
Profile Image for Hijrah.
63 reviews4 followers
December 27, 2020
A good book with insight of importance playing in the early stage of development of children.
Profile Image for Izyan.
8 reviews
April 18, 2026
Buku ni bagus untuk parents yang nak tambah ilmu tentang nature kanak-kanak.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews