Tafsir Surah As-Saff, Al-Jumu'ah, At-Talaq dan Juzuk 28 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah ataupun HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in dan tafsir Al-Quran dengan muktabar yang lain. Disamping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Juzuk 28 mengandungi sembilan surah yakni al-Mujadalah; al-Hasyr; al-Mumtahanah; al-Saff; al-Jumu'ah; al-Munafiqun; al-Taghabun; al-talaq dan al-Tahrim. Kesemua sembilan surah ini diturunkan di Madinah. Secara umumnya, surah-surah Madaniyah adalah berkenaan dengan tatacara hidup bermasyarakat, hukum dan perundangan, institusi keluarga, kedudukan perempuan, perjuangan menghadapi musuh musyrikin dan munafiqin, penyusunan jemaah dll.
Dalam surah al-Mujadalah, kita akan bertemu dgn hukum zihar yg menghapuskan adat-istiadat buruk di zaman jahiliyyah; iaitu menyamakan belakang isteri dgn ibunya, lalu ditentukan hukuman kafarah bagi siapa yg melanggar hukum tersebut.
Dalam surah al-Hasyr pula kita dapat mengetahui sejarah bagaimana kaum yahudi Bani Nadhir diusir dari Madinah kerana melanggar perjanjian piagam Madinah; dan bagaimana golongan munafik yg tadinya beria hendak membela Yahudi, namun setelah nyata Yahudi itu di tempat yg salah dan kalah, pertolongan tersebut langsung tidak dipenuhi. Begitulah jahatnya orang munafiq yg hatinya sakit apabila melihat kemenangan Islam.
Surah al-Mumtahanah amat sesuai ditadabbur dalam susana politik di Malaysia yg rakyatnya hidup berbilang bangsa dan agama. Surah ini mengingatkan kita supaya bersikap toleransi, murah hati dan lapang dada dgn pemeluk agama lain yg sama-sama inginkan kehidupan aman dan harmoni. Janganlah kafir zimmi disamakan dgn kafir harbi. Walau bagaimanapun, perlu diingat bhw tauhid mesti terpelihara tanpa kompromi.
Surah al-Saff tentang bagaimana menyusun barisan saf yg teratur seperti susunan batu tembok yg rapi dalam membangunkan rumah yg kukuh. Diterangkan juga pertalian antara 3 orang Nabi iaitu Nabi Musa yg selalu disakiti oleh kaumnya; Nabi Isa yg mengakui kebenaran Taurat dan memberi khabar gembira dgn kedatangan "Ahmad", nabi terakhir kita kelak. Kita juga merenungi sikap sebahagian bani Israel yg percaya dgn Nabi Isa dan ajarannya, namun sebahagian lagi menolak dgn keras.
Surah al-Jumu'ah pula menekankan perintah mengerjakan solat jumaat. Surah al-Munafiqun menerangkan perangai org munafik yg di mulutnya lain, dan lain pula di hati. Surah al-Taghabun disangka surah Makkiyah, namun ia memang diwahyukan di Madinah dgn peringatan agar orang beriman berhati2 dengan godaan anak2 dan harta-benda. Sebab dua itulah boleh menjadi musuh yg akan menghambat langkah kita menuju Allah swt.
Surah al-Talaq pula menuntun kita dalam menuju rumahtangga yg rukun damai. Sekiranya berlaku perceraian, hendaklah si isteri dilepaskan dgn ihsan. Perkahwinan perlu didirikan dgn dasar taqwa.
Di hujung sekali ialah surah al-Tahrim. Terdapat 3 bandingan kaum perempuan. Pertama; isteri Nabi Luth & Nabi Nuh yg keduanya bersuamikan para Nabi namun kerana derhakanya mereka, maka nerakalah yg akan menjadi tempat berdiam mereka di akhirat. Kedua; perumpamaan isteri Firaun yg meskipun suaminya menderhakai Allah namun dia tetap dlm iman dan pengakhirannya adalah syurga buatnya. Ketiga; kisah mukjizat Maryam seorang gadis perawan mulia yg melahirkan Nabi Isa dgn kekuasaan Allah tanpa perantaraan seorang bapa.
Demikianlah 9 surah Madaniyah yg terkandung dlm Juzuk 28 ini.