Jump to ratings and reviews

Membumikan Tadabbur: Koleksi Artikel Berkenaan Al-Quran

Naskhah yang diberi judul "MEMBUMIKAN TADABBUR" ini merupakan sebuah kompilasi tulisan oleh para Asatizah dan ahli Dreamteam Tadabbur Centre dan ianya berteraskan penghayatan terhadap tadabbur Al Quran yang boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan seharian.

Paperback

First published January 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Abdullah Bukhari Abdul Rahim

14 books20 followers
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat, Darul Quran JAKIM, bermula tahun 1993 hingga tahun 1997, Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya bermula tahun 1997 hingga tahun 2000 dan Sarjana Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran, Universiti Malaya bermula tahun 2000 hingga tahun 2004. Bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2000. Bidang pengkhususannya adalah Tajwid, Tahfiz, dan Tafsir al-Quran. Beliau juga adalah seorang blogger dengan gelaran Hamba Allah dan Hamba al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (58%)
4 stars
12 (38%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Siti Nur Izzati.
144 reviews2 followers
February 26, 2021
Membumikan tadabbur

Buku yang terbit sejak 2019, dan jadi milik Disember lepas (dasar tunggu diskaun baru beli) ^o^

Fakta menarik tentang tadabbur:
- Tadabbur ialah kesan kepada hati dan amal yg terhasil setelah memikirkan (termasuk pemerhatian dan pendengaran) tentang ayat al Quran. Banyak yaaa step by step untuk buat tadabbur ni. Bukan semberono sahaja.
- Berujuan untuk menambah amal. Dah tadabbur, kena praktik ya.
- Tanggungjawab semua Muslim tanpa pengecualian. Yang ni boleh tengok pada ayat quran yang bertanya pada kita افلا يتدبرون القرءان
Banyak ayat macamni kan. Ini lah antara perintah allah kepada kita, yang disebut berulang kali dalam quran.

Apa lagi dapatan dari buku ni?
1. Dapat tahu tafsir lokal yang sesuai dengan kita. Selain taf sir al azhar terbitan pts, boleh juga rujuk Tafsir Pimpinan Arrahman Kepada Pengertian Al-Quran, Tafsir Mubin terbitan DBP, Tafsir al-Misbah.
Tahukah anda Tafsir Nurul Ihsan ialah satu-satunya tafsir lengkap 30 juzuk yang dijumpai hasil karya ulama Tanah Melayu iaitu dari Jitra, Kedah ( ^ω^ : respon anak Jitra)
2. Antara faktor yang halang tadabbur turut dibincangkan. Penulis bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rohani dan luaran. Penghalang rohani terdiri dari maksiat yang kita lakukan; luaran pula lebih kepada taktikal dan alasan-alasan yang kita cipta ~_~
..
Banyaaak lagi maklumat baru boleh dapat dari buku ni. Beli, faham dan cuba beramal.

"Simboliknya alQuran kepada nabi saw bukan dalam bentuk tulisan tetapi ianya bicara. Tempat jatuhnya ialah hati. Maka persiapkan hati. Al-Quran bukan hanya lembaran yang termaktub padanya bicara Tuhan, tetapi tujunya pada hati."

"Tidak mahu melihat mukjizat yang sedang diperlihatkan adalah sama dengan tidak mahu mendengar mukjizat yang sedang diperdengarkan."

#membumikantadabbur
Profile Image for Faridahyunos.
145 reviews5 followers
July 20, 2020
Saya sangat suka buku ni.. Sesuai utk mereka yg baru berjinak2 untuk mentadabbur.. Suka semua artikel, pendek2 tapi terkesan di hati.. Semoga lebih byk lagi buku sbegini di hasilkan. Well done team tadabbur centre👍
Profile Image for Book Surgeon.
20 reviews5 followers
January 5, 2024
RESENSI BUKU BERTULIS : MEMBUMIKAN TADABBUR, keluaran sulung Tadabbur Centre.

Aku memang sangat berminat dengan ilmu tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkenaannya sungguhpun aku tidak tahu berbahasa Arab, tidaklah begitu mahir ilmu tajwid dan masih jauh lagi ketinggalan dalam hal-hal berkaitan kefahaman teks agama. Menyedari akan hakikat itu, aku cuba mengikuti sedikit sebanyak kuliah pengajian oleh guru-guru atau asatizah yang giat menyampaikan mesej yang terkandung dalam wahyu yang terakhir ini. Alangkah terujanya diri aku apabila Tadabbur Centre bergiat dalam aktiviti membudayakan tadabbur al-Quran, dikhabarkan telah menerbitkan naskah sulung terbitan mereka, yang diberi nama Membumikan Tadabbur. Terima kasih kepada isteri yang dikasihi kerana menghadiahkan buku ini sebagai salah satu hadiah hari lahirku.

Mendengar akan tajuk buku ini sahaja sudah tentu memberikan kita sedikit sebanyak gambaran bahawa buku ini tidak lain dan tidak bukan cuba membawakan tadabbur sebagai aktiviti yang inklusif, yakni, melibatkan semua anggota masyarakat, tidak kira sama ada mereka itu marhaen atau pemimpin. Merujuk kepada kata pengantar buku (II) ini, pada halaman xx, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman ada menyatakan bahawa:

“Buku ini juga mengetengahkan panduan praktikal tadabbur untuk masyarakat awam.”

Ternyata, setelah aku menamatkan pembacaan buku ini, aku dapati Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman tidak berbohong. Bahkan, terdapat beberapa bahagian di dalam buku ini yang sememangnya menjelaskan bahawa usaha tadabbur ini penting dan boleh dijalankan oleh masyarakat awam, termasuklah orang yang tidak mahir berbahasa Arab.

Pada halaman 30, salah seorang penyumbang artikel buku ini iaitu Muhammad Uzair bin Izham memberikan beberapa persoalan yang boleh diajukan dalam proses tadabbur. Ternyata persoalan-persoalan ini amat membumi dan boleh diajukan oleh semua orang yang cuba membaca dan mentadabbur al-Quran. Antara soalan yang boleh ditanya, termasuklah mengapakah sesuatu kalimah/perkataan itu digunakan di dalam al-Quran, mengapa Allah mendahulukan sesuatu kalimah tetapi mengkemudiankan sesuatu kalimah dan mengapa berlakunya pengulangan penggunaan kalimah dalam al-Quran? Persoalan-persoalan ini barangkali kita anggap remeh tetapi ketahuilah bahawa deretan soalan ini sangat penting untuk direnung dan dicari jawapannya.

Lebih menambahkan kesedapan buku ini sudah tentulah tulisan Muhammad Syaari Abdul Rahman yang menukilkan pada halaman 32 tentang beberapa syarat hasil tadabbur orang awam yang tidak mahir berbahasa Arab yang perlu dipatuhi sebelum buah tadabbur itu dikongsikan kepada masyarakat umum. 4 syarat itu ialah hasil tadabbur itu mestilah tidak bertentangan dengan ayat al-Quran yang lain, hadith Nabi Muhammad SAW yang sahih, ijma’ para sahabat Nabi Muhammad SAW dan tidak bertentangan dengan makna bahasa setiap kalimah dalam ayat yang ditadabbur. Jujur, aku menghadapi kegusaran ketika membaca buku Renungan Spiritual karangan Setia al-Haq kerana aku lihat, tafsiran al-Quran yang dikemukakan oleh penulis tidak disertakan sumber rujukan dan kelihatan penulis menafsirkan ayat al-Quran sesedap rasa. Maka, apabila aku berjumpa 4 syarat ini, aku lega. Akhirnya orang awam seperti aku mempunyai sinar harapan untuk turut serta mentadabbur al-Quran disamping banyak keterbatasan yang ada.

Tetapi, jauh disudut hati aku, masih terngiang-ngiang kata-kata asatizah bahawa untuk menafsirkan al-Quran itu, banyak ilmu yang perlu diketahui. Proses menafsir al-Quran tidaklah boleh dilakukan secara semberono dan sambalewa. Disiplin-disiplin ilmu yang banyak perlu dikuasai. Ternyata, buku ini tidak terlepas dari menyatakan perkara yang sama, pada halaman 5.

“Untuk mentafsir al-Quran, seseorang itu perlu faqih dalam bahasa Arab, ilmu Ma’ani, ilmu Bayan, Ulum Quran, Maqasid Tafsir, Asbab-Nuzul, Ulum Hadith, Sunan Hadith dan lain-lain. Maka bukan calang-calang orang yang berautoriti untuk mentafsir al-Quran.”

Satu lagi keistimewaan buku ini ialah perkataan TADABBUR itu sendiri dijadikan akronim sebelum setiap huruf dihuraikan maksudnya sesuai dengan proses tadabbur. Untuk seseorang yang sangat sukakan akronim dalam menulis resensi buku, hal ini amat menarik minat aku. Maka lebih jelaslah sekarang bahawa bukan Tan Malaka sahaja yang mampu berakronim dalam MADILOGnya, tetapi Tadabbur Centre juga mempunyai kehandalan yang sama.

Dalam menghuraikan akronim tersebut, pada huruf ‘A’, Muhammad Uzair bin Izham sekali lagi menonjol dalam penulisannya. Beliau menjelaskan di bawah kata kunci “Ajukan soalan berkaitan al-Quran”, bahawa ramai antara kita yang terlepas sesi menanyakan soalan berkaitan al-Quran ini kerana tergesa-gesa mahu menamatkan bacaan al-Quran. 30 juzuk dikejar untuk dihabiskan, tetapi soalan-soalan tentang al-Quran gagal ditanya dan dicari jawapan. Jujur, teguran ini sangat kena dengan diri aku sendiri yang tidak ketinggalan berlumba-lumba mahu tamat atau khatam 30 juzuk al-Quran sehinggakan aku mengabaikan proses mencari makna bacaan itu kepada hidup aku sendiri.

Pada halaman 37 dan 38, Nur Atiqah binti Mohd Razin pula menyatakan dengan jelas perbezaan antara proses mentafsir dengan mentadabbur al-Quran. Dalam penjelasannya, beliau menjelaskan bahawa tafsir dilakukan oleh orang yang berautoriti seperti ulama’ tafsir al-Quran, tetapi untuk proses tadabbur, beliau menyatakan:

“Mentadabbur al-Quran boleh dilakukan oleh semua orang awam, samaada muda atau tua pokoknya, mereka itulah orang yang menggunakan akal dan hatinya yang berfikir dan bermuhasabah.”

Maka semua daripada kita yang membaca resensi buku kali ini, memenuhi syarat untuk mentadabbur al-Quran, kerana kita berakal dan mempunyai hati! Tinggal lagi, akal dan hati itu, sanggupkah kita gunakan dalam usaha cuba memahami kalam Allah? Itu sahaja halangannya.

Pujian-pujian dan kredit yang berterusan aku berikan ini tidaklah menghalang aku untuk menimbulkan satu dua kritikan dan soalan kepada barisan penulisan atau warga pendidik di Tadabbur Centre, berkenaan pernyataan-pernyataan di dalam buku ini, yang pada hemat aku, mengelirukan dan pada masa yang sama, tergantung persoalannya.

Persoalan-persoalan tersebut ialah:

1. Pada halaman 35, Muhammad Syaari Abdul Rahman menyatakan bahawa, “Tiada surah atau ayat-ayat al-Quran ketika diturunkan melainkan Nabi SAW atau para sahabat sangat-sangat memerlukan pedoman wahyu dan bimbingan dari langit.” Persoalannya, adakah setiap ayat al-Quran itu mempunyai sebab turun ayat atau asbab-nuzulnya? Kerana dalam pengutipan ilmu aku yang cetek ini, aku pernah mendengar bahawa tidak semua ayat al-Quran mempunyai sebab turun ayat. Adakah pernyataan ini benar? Atau, sebaliknya?

2. Pada halaman 163, Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi menyatakan bahawa, “Menurut Dr Amru Khalid, Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah r.h. (691-751H) merumuskan bahawa keseluruhan wahyu atau suhuf yang diturunkan Allah adalah berjumlah 104 buah semuanya. Makna kesemua wahyu itu terkumpul dalam tiga kitab yakni Taurat, Injil dan al-Quran.” Lantas satu persoalan terbit langsung di fikiran aku, “Bagaimana pula dengan kitab Zabur? Tidakkah ianya sebahagian daripada wahyu? Adakah makna dalam kitab Zabur tidak mempunyai makna menyeluruh daripada 104 wahyu dan suhuf yang diturunkan itu? Apakah yang membataskan kitab Zabur padahal kitab Taurat dan Injil juga ketinggalan atau out-dated jika dibandingkan dengan kitab al-Quran? Malangnya setelah aku menanyakan sendiri soalan ini melalui aplikasi Whatsapp kepada penulis artikel, penjelasan yang aku dambakan, tidak memuaskan. Jadi, untuk sesiapa sahaja warga Tadabbur Centre atau bukan, jika anda memiliki jawapan kepada soalanku ini, aku mohonkan dikongsi jawapannya kepadaku. Terima kasih.

3. Beberapa kesilapan teknikal seperti pengulangan ayat yang sama, tetapi dalam konteks ingin menjelaskan struktur ayat al-Quran itu yang diubah maknanya, pada halaman 196, dalam artikel yang ditulis oleh Abdul Muhaimin bin Mohd Rapingi dan pada halaman 177, ketika menukilkan ayat 2-4 dari surah al-Anfal, penulis artikel iaitu Ahmad Akram bin Mahmad Robbi terlupa untuk masukkan ayat ke-3, tetapi ayat ke-4 diulang sebanyak dua kali.

Kesilapan-kesilapan yang aku utarakan ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan manfaat yang amat besar yang telah disumbangkan oleh semua barisan penyumbang artikel buku ini. Cuma, aku terpanggil untuk mengemukakan beberapa persoalan-persoalan dan kesilapan ini untuk membantu usaha penambahbaikan buku ini, mungkin untuk cetakan dan keluaran seterusnya, insyaallah. (Difahamkan, telah pun dikeluarkan edisi kemaskini)

Buku ini juga berjaya menambah ketaajuban aku kepada ulama-ulama nusantara. Hal ini kerana, pada halaman 108 sehingga 110, disenaraikan nama-nama kitab tafsir yang ditulis oleh ulama-ulama tafsir nusantara antaranya ialah Shaykh ‘Abd al Rauf al-Fansuri dari Acheh, Haji Muhammad Said bin Umar dari Tanah Melayu, Prof HAMKA dari Sumatera Barat dan Salahuddin Abdullah serta Omar Khalid dari Malaysia. Ternyata, ulama dari nusantara juga menyumbang buah tulisan dalam penafsiran al-Quran dan mereka ini tidaklah kerdil atau lemah jika dibandingkan dengan ilmu ulama-ulama Islam yang lain. Motivasi yang boleh kita ambil disini ialah kebolehan dan kecekapan dalam mana-mana bidang ilmu itu terletak kepada kesungguhan dan kecintaan kepada proses mempelajari, bukannya pada genetik bangsa.

Antara bahagian-bahagian lain yang menarik perhatian aku sebagai pembaca ialah pada halaman 66, ketika Ahmad Akram bin Mahmad Robbi menyatakan perbezaan antara kalimah tanzil dengan anzala. Hanya dengan sedikit perubahan huruf atau baris, ternyata maksud perkataan itu berubah dan sekaligus menunjukkan ketepatan pemilihan perkataan oleh Allah SWT. Ini sangat menakjubkan!

Halaman 187 dan 188, dalam artikel sumbangan Ahmad Amirul Ihsan bin Che’ Zahari, aku terkesima dengan peristiwa perbezaan pendapat antara Umar al-Khattab dengan Nabi Muhammad SAW yang sangat-sangat dicintai oleh Umar R.A. Peristiwa ini berlaku dalam proses pengurusan jenazah Abdullah bin Ubai. Pembaca resensi buku ini sangat-sangat perlu membaca kisah ini, untuk mendapatkan penjelasan yang lebih utuh dalam kerangka memahami perbezaan kefahaman dalam penafsiran ayat al-Quran oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dengan para sahabat baginda yang diredhai dan dikasihi oleh Allah SWT Tuhan semesta alam. Sungguhpun begitu, harus diingat, peristiwa ini bukanlah aib kepada mana-mana pihak kecuali aib yang sangat dasyat itu terpalit kepada figura ketua para munafik iaitu Abdullah bin Ubai itu sendiri.

Peristiwa berkenaan seorang tokoh ulama iaitu Fudail bin Iyadh pada halaman 214, wajar memberikan kita motivasi untuk menangis dalam tadabbur yang seterusnya merintis perubahan yang besar dalam hidup kita, hanya berbekalkan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Hadid, ayat 16. Artikel yang ditulis oleh Nur Wasitah binti Azmi ini, wajar dibaca dan diambil iktibar dari kisah yang tercoret.

Isu LGBT dan pendekatan yang dicadangkan oleh al-Quran dan hadith yang sahih juga dicoretkan ke dalam buku yang hebat ini pada halaman 236 hingga 258. Ternyata pendekatan dalam tulisan Dr. Azrul Azlan bin Abdul Hamid iaitu pendekatan melalui teknik analisis isi kandungan dan analisis secara tematik ini, berjaya memberi kefahaman kepada aku secara peribadi tentang bagaimana berhadapan dengan golongan LGBT ini, adakah hanya dengan melaknat? Atau adakah perlunya ketegasan dan pemberian harapan, sesuai dengan situasi dan keadaan yang dihadapi oleh golongan ini?

Akhir sekali, artikel karangan Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim yang bermula pada halaman 260 menjawab persoalan yang penting iaitu berkaitan, bolehkah digunakan ayat-ayat al-Quran yang tertentu, untuk diamalkan bagi menyembuhkan sakit pinggang dan menghalau jin/hantu serta menghalang sihir? Isu ini sangat penting untuk difahami, kerana penggunaan ayat al-Quran secara selapis dan semberono tanpa memahami maksud sebenar penurunan ayat itu, adalah isu yang popular dalam kalangan masyarakat yang masih belum selesai.

Tahniah diucapkan kepada Tadabbur Centre atas terbitan sulung mereka ini. Semoga Tadabbur Centre semakin berjaya dari hari ke hari dan semoga manfaat yang dikongsi oleh Tadabbur Centre berkenaan al-Quran dapat mendekatkan masyarakat dengan kalam Allah yang mulia ini, dengan kehampiran yang lebih dari sebelum-sebelumnya.

Maaf kerana tidak dapat membedah dengan lebih terperinci dengan menyebut semua nama penulis yang terlibat. Maaf andai kata terdapat kritikan yang mengguris perasaan kumpulan penulis Tadabbur Centre atau pembaca resensi buku ini secara amnya.

Talhah Wasabi,
Salah seorang Book Surgeon.

#BookSurgeon
#ResensiBukuBertulis
#MembumikanTadabbur
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Fikri.
39 reviews2 followers
January 13, 2022
Membumikan Tadabbur, buku keluaran sulung Tadabbur Centre.

Buku yang sangat sarat dengan intipati dan panduan praktikal dalam mengamalkan nilai tadabbur yang disingkap dalam azam pembaca untuk lebih dekat dengan Al-Qur'an.

Aku sudah mula tertarik dengan buku ini sejak daripada awal tahun terbitannya lagi. Tahun 2019. Sewaktu aku bekerja di Shah Alam, mula berkecimpung dalam suasana (Niche) yang berlatar belakangkan pendidikan tahfiz.

Masih tersimpan kemas judul buku ini di dalam senarai 'wish list' sehingga lah pada tahun 2021, sampailah seru untuk membeli buku ini. Buku yang sangat menarik dibaca dan dijadikan panduan praktikal untuk kita semua dalam melunaskan misi pasca Ramadan. Bulan yang turunnya Al-Qur'an.

Kelebihan memiliki buku ini ialah pembaca dapat ketahui perkataan TADABBUR itu sendiri dijadikan akronim sebelum setiap huruf dihuraikan maksudnya sesuai dengan proses tadabbur.

Untuk pembaca yang sangat sukakan akronim dalam memahami lebih dekat bagi sesuatu kerangka konsep, buku ini sangat bagus untuk kalian.

Tadabbur merupakan proses untuk kita berfikir secara mendalam yang melibatkan akal dan juga hati sebagai panduan dalam menjernihkan tujuan dalam menelusuri perjalanan mendekatkan diri dengan panduan hidup kita, Al-Qur'an.

Dengan membaca buku ini juga sebenarnya akan membawa kita untuk menerbitkan persoalan asas kepada diri yang membaca kalamNya, "apakah yang sebenarnya Allah mahu sampaikan kepada aku melalui ayat ini"?

Antara kupasan khas yang menarik dalam buku ini juga ialah mengenai isu LGBT dan pendekatan yang dicadangkan oleh al-Quran dan hadith yang sahih juga dicoretkan.

Ternyata pendekatan dalam tulisan Dr. Azrul Azlan bin Abdul Hamid iaitu pendekatan melalui teknik analisis isi kandungan dan analisis secara tematik ini, berjaya memberi kefahaman kepada aku secara peribadi tentang bagaimana berhadapan dengan golongan LGBT ini, adakah hanya dengan melaknat? Atau adakah perlunya ketegasan dan pemberian harapan, sesuai dengan situasi dan keadaan yang dihadapi oleh golongan ini?

Dalam mengharungi tahun demi tahun, akronim terakhir yang digunakan sangatlah menarik iaitu Q.U.R.A.N dalam, dapat diaplikasikan sebagai pedoman dalam menetapkan azam dalam diri untuk lebih dekat dan bersahabat dengan Al-Qur'an.

Q: Quality
U: Upgrade
R: Responsibility
A: Aulawiyat
N: Never say never.

Semoga dengan terhidangnya segala isi yang terkandung dalam buku tadabbur ini, dapat membantu kita dalam menemukan bahagia sepanjang perjalanan yang merujuk Al-Qur'an sebagai panduan hidup dunia dan akhirat.

#MembumikanTadabbur
#bibliotherapy
#readingchallenge2022
#journeytowiseness
#lifelonglearner
Profile Image for books.bintulu.
304 reviews7 followers
February 10, 2021
Best sangat buku ni. Selama ni setakat tahu kena baca/ tilawah quran je. Alhamdulillah dah nampak jalan dan cara. Peringatan untuk diri sendiri bukan nak sibuk hal orang lain.

Ya Allah bantulah aku istiqamah, buang sifat ego.

[Mommy]
Displaying 1 - 7 of 7 reviews