Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penjejak Kristal

Rate this book
Semasa Alzroc dan rakannya, Balder, menyusup lari daripada rombongan Akademi, mereka terjumpa sebiji batu yang mempunyai ukiran aneh di hadapan sebuah gua yang tidak ada tercatat di dalam peta. Madam Blu, seorang wanita tua penjaga arkib di bandar mereka memberitahu ukiran batu tersebut mungkin sudah berusia beribu-ribu tahun!

Kerana teruja, Alzroc dan Balder memulakan misi mencari asal usul ukiran pada batu tersebut. Mereka kembali ke gua tidak bernama itu semula dan telah menemui lambakan kristal biru jauh di dalam gua itu.

Tanpa mereka ketahui, gua itu mempunyai rahsia yang unik dan juga penjaga yang sangat menakutkan!

110 pages, Paperback

First published September 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Simon Malik

5 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (26%)
4 stars
18 (34%)
3 stars
17 (32%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Lokman Hakim.
Author 63 books124 followers
September 29, 2019
Memulakan cerita dengan gambaran ringkas kronologi ke atas bumi itu dilakukan dengan baik. Tidak meleret, cukup jelas dan tepat demi membawa maksud 'world-building' yakni elemen penting di dalam penceritaan sebuah fiksyen sains dengan latar yang amat jauh berbeza dengan dunia nyata.

Penjanaan tenaga melalui kristal itu suatu idea sains yang menarik biarpun tidak berapa segar bahkan tidak begitu elok untuk bumi, tetapi eloklah dibangkitkan isu yang menyentuh hal-hal pemuliharaan alam sekitar ini. Ya, ini novela alam sekitar. Membawa mesej penting yang selari dengan isu perubahan iklim yang drastik mutakhir ini.

Watak-watak seperti Roc, Balder, Galena dan Vizia agak perlahan dibina karakternya. Dapat rasa novela ini sebenarnya sebuah novel yang dipotong. Mungkin pengembangan watak akan lebih menjadi kalau di dalam versi sebuah novel.

Moga-moga ia dapat dilanjutkan ke buku seterusnya. Premis ceritanya agak menyakinkan dan meninggalkan beberapa sub-plot yang perlu dikupas demi memahami lagi apa yang membentuk dunia yang digambarkan penulis. Hei, ia boleh jadi sebuah pemula novel fantasi sains yang epik kalau kena gayanya.

Profile Image for Azbaqiyah.
1,019 reviews1 follower
April 5, 2020
Plot - 4
Character - 4
Writing Style - 4
World Building - 5
Art - 4
Cover - 5

Overall - 4.3 / 5
Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
September 14, 2022
PETITION TO ASK FOR THE SEQUEL!!!!



Buku yang sangat fun & bersahaja untuk dibaca ketika waktu lapang. Konsep world-building pun sangat menarik, ditambah dengan sejarah konflik Kaum Passac ( nature clan ) Kaum Maegea ( magic user clan ) & Kaum Koloni ( futuristic clan giteww😅 ) ratusan tahun lalu yang tinggalkan banyak kesan di era kini.

Cumanya mungkin imaginasi author tersangat luas sampaikan ada certain things yang susah aku nak picture dalam kepala such as Jam Matahari. So, terpaksa lah stop baca kejap semata-mata nak buat gambaran dalam kepala😅

Apapun, sangat² mengujakan & tak sabar nak tunggu sequel siri ni....hihihi


( 5⭐ )
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
August 24, 2020
World-building yang bagus. Aku dapat nampak orangnya, peradabannya, teknologinya — kemas dan diceritakan dengan jelas.

Tapi aku rasa tak puas sebab aku tak capai 'klimaks' menerusi bacaan naskhah ini. Harap sambungannya dapat bagi yang terbaik dalam mengenali Roc dan tugasannya (juga backstory dia)! :)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,551 reviews1 follower
February 21, 2021
Alzroc dan rakannya, Balder telah menjumpai sebuah gua yang mengandungi fosil haiwan zaman dahulu dan juga batu kristal yang bertukar biru bila terkena sinaran bilan.. Namun untuk menjadikan kristal biru sebagai kajian adalah tidak dibenarkan.. Ada rahsia mengenai Alzroc yang disembunyikan.. Kenalah tunggu sambungannya..
2 reviews
February 10, 2021
Sebuah karya animasi yg sgt teliti dan menarik, jalan ceritanya bagus dan imaginasi penulis juga sgt hebat. Saya harap buku ini dapat disambung lagi kerana bnyak lagi rahsia tentang keturunan dan keluarga roc yg masih belum terungkai, syabas buat penulis, saya menunggu sambungan uku penjejak kristal ini
Profile Image for Zherets Hafiz.
5 reviews
September 14, 2021
Latar yang menarik tapi jalan cerita yang kurang pada saya. Suka dengan dunia yang dicipta. Sebelum membaca biodata penulis saya dah agak penulis ada latar belakang geologi sebab maklumat geologi yang banyak dalam buku ni. Bacaan yang ringkas dan dapat hilangkan bosan.
Profile Image for Fur Abid.
228 reviews8 followers
August 1, 2022
Sebuah kisah Roc yang mengharungi pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupannya apabila dibesarkan oleh PakYih dan PakYah setelah kematian ibunya akibat tragedi yang berlaku. Malah, tragedi tersebut mengorbankan ibu bapanya.

Sementelahan itu, pengembaraan beliau pada mulanya akibat tersesat di Hutan Santa Zeneza dan pencarian bahan kajian mereka di hutan tersebut bagi menyelesaikan projek akhir tahunan sekolah mereka merupakan pengembaraan yang begitu “adventure”. Penemuan-penemuan kristal, cara mereka membaca peta topografi diungkapkan oleh penulis dengan sangat teliti.

Secara keseluruhannya, watak Alzroc, Balder, Galena dan watak-watak sampingan memainkan peranan penting kesedapan jalan cerita ini. Binaan semesta (Baca: World Building) begitu sempurna dengan penulis mengetengahkan genre sci-fi.

Selain itu, aku perasan bahawa buku ini penuh dengan elemen-elemen saintifik. Cara pembacaan peta tipografi dan sebagainya diterangkan begitu terperinci. Namun, ia bukan satu perkara yang menghairankan kerana penulis merupakan seorang graduan lepasan dalam bidan Geologi.

Apapun, novel Penjejak Kristal ini aku percaya akan jadi lebih menarik lagi jika banyak plot dan subplot dikembangkan dengan lebih besar lagi. Maka, petisyen untuk penulis menulis novel sekuel bagi Novel Penjejak Krsital, bermula dari sekarang!!
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
May 15, 2022
Cerita ni mengisahkan tentang Alzroc. Seorang yatim piatu yang tinggal bersama pasangan kembar. Bertemakan fantasi yang memberi tumpuan pada keutamaan penggunaan tenaga kristal dalam kehidupan. Ada pelbagai nama kristal dan fungsi diterangkan.

Entah kenapa aku rasa cerita ni akan jadi bersiri. Siri satu, siri dua, siri tiga dan seterusnya. Penjejak Kristal ni pula hanyalah prolog je. Sekadar nak perkenalkan Alzroc dan penyebab misinya.

Lagipun dari persoalan yang ditinggalkan macam tak cukup untuk jelaskan dalam buku kedua je. Hehe 😅

Benda yang paling aku suka bila timbul masalah tu penulis sedaya upaya sekat penglibatan remaja-remaja ni. Seolah-olah tunjukkan bahawa hal dewasa yang berbahaya biarkan sahaja orang dewasa yang uruskan. Golongan remaja harus timba ilmu dahulu sebelum sertai mereka.

Untuk bacaan santai sila dapatkan buku ini ✌️
Profile Image for Hidayah Fauzi.
181 reviews3 followers
August 20, 2022
Baca buku ni lepas ramai cakap best. Dan memang best betul pun. Huhu. Perbualan antara watak bersahaja dan tak nampak sedikit kekok pun. Latar tempat dan masa dia bukan biasa2. Menarik. Bagaimana penulis dapat fikir macam ni skali ya. Haha. Kenapa buku ni nipis dan tak habiskan terus? Jadikan novel tebal terus ke. Haha. Dan menariknya buku ini, bilamana ada sedikit lakaran. Lagi bagus kalau lakaran tu menunjukkan tempat atau benda yang pembaca susah nak bayangkan. Hihi
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews5 followers
June 25, 2022
Novel ringkas yang menceritakan kisah Alzroc dan rakan-rakannya yang cuba untuk merungkai misteri. Tambah pula dengan misteri tentang asal usul keluarga Alzroc.

Kadang-kadang terbayang latar tempat filem Ejen Ali pula kalau part yang bandar semua tu.

Novel ni kalau nak habiskan dalam sehari pun boleh. Baca dari satu bab ke bab yang lain. Tapi, tak syoklah, tengah teruja nak tahu kesudahannya, tiba-tiba dah habis. Macam tergantung pula. Misteri kekal misteri. Harap ada sambungannya.

Oh ye, buku ni Dija dapat sebagai hadiah 'giveaway' dari Borak Borak Buku dan penulis sendiri, Simon Malik. Terima kasih. 🥰
25 reviews
December 30, 2024
Please...please please please please please please. Make another book. I want to know about the history of mc, his real family, and power. This book has a chance to go far, far away. Really recommended 👍🏻
Profile Image for Gina.
Author 11 books97 followers
October 5, 2020
Spotted some spelling mistakes but which book doesn’t have it. This is quite a read and it requires quite a bit of an imagination. I think it would be a cool one for the young readers.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books15 followers
December 27, 2019
Genre SaiFai ni aku jarang baca sikit sebab kadang-kadang ia memeningkan kepala dengan terma dan fakta yang ada. Tapi, disebabkan aku dah baca karya Lokman Hakim (Hipotesis Lunar) sebelum baca Penjejak Kristal ni, maka, bagi aku, ia tidaklah memeningkan kepala ini sangat. haha. #takdekaitan

Yang penting, penerangan sejarah di awal tu kena betul-betul hadamkan. Kalau tak, mungkin akan hadapi kekeliruan di tengah cerita.

Jujur, banyak ilmu geologi serta alam ada dalam buku ini. Gabungan teknologi tenaga kristal dan ilmu geologi. Menarik. Sesuatu yang baru bagi aku. Cerita teratur dan tak serabut. Gaya bahasa pun mudah faham dan tersusun.

Terselit juga nilai kekeluargaan & persahabatan. Dan, dapat juga kutip semangat watak utama dalam usaha beliau nak dapatkan sesuatu itu. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Tahniah buat penulis. Saya menantikan cerita seterusnya dari anda! hehe
Profile Image for Beelah.
364 reviews23 followers
October 29, 2025
Sekuel! Sekuel! Sekuel!

Jalan cerita yang tersangat menarik! Novel pengembaraan seorang remaja bersama sahabat baiknya mencari asal usul sebiji batu yang dijumpai mereka di dalam hutan.

Latar masa : masa hadapan setelah berlakunya peristiwa kemusnahan sebahagian manusia sejagat.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews