Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jejak Rasulullah SAW Di Syurga Baqi’

Rate this book
Setelah penghijrahan Nabi SAW ke bumi Madinah. Satu persatu perubahan telah berlaku ke atas bumi bertuah ini. Bumi Madinah yang dahulunya merupakan tanah yang biasa berubah menjadi istimewa asbab daripada penghijrahan Rasulullah SAW. Di sana bermula segalanya, di sana juga terdapat lima tanda syurga. Antaranya adalah Jannatul Baqi'. Kawasan yang menyemadikan kebanyakan para sahabat, para tabiin, dan orang orang yang berjuang untuk agama.

Sehingga sekarang Jannatul Baqi' merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak 1400 tahun yang lepas. Sesiapa sahaja yang meninggal di Kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi', termasuklah jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke Kota Madinah. Kenapa dipanggil Jannatul baqi ? Kenapa tanah Baqi yang dipilih ? Apa bezanya Baqi' daripada tanah perkuburan yang lain ? Di manakah letaknya pusara sahabat sahabat dan keluarga Nabi SAW?

Selamilah seribu satu cerita mengenai Jannatul Baqi' dalam buku ini yang pastinya membuat para pembaca berasa ingin menjejak kaki ke bumi Madinah dan menziarahi Baqi'. Mudah - mudahan hasil bacaan akan menjadi asbab hidayah kepada seluruh umat untuk mencintai ahli Baqi'

143 pages, Paperback

Published September 1, 2019

2 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (57%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
March 6, 2020
Dari riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda : “Apakah kamu melihat perkuburan ini (Baqi’ al-Gharqad), Allah SWT akan membangkitkan darinya 70,000 daripada mereka pada hari kiamat dalam rupa bulan purnama dimalam purnama, mereka masuk syurga tanpa hisab.”

Mungkin ada diantara kita yang mengetahui tentang betapa istimewanya perkuburan Baqi’ ini disisi Nabi Muhammad SAW hinggakan beliau sering menziarahinya pada waktu malam dan mendoakan keampunan mereka. Tapi tahukah anda, apa yang menyebabkan ianya cukup istimewa dan dekat dihati Rasulullah?

Mendengar galakan dari sabda Rasulullah SAW (dari Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi) iaitu, “Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)”. Membuatkan Sayidina Umar bin Al-Khattab RA (dari Riwayat Al-Bukhari) kerap berdoa untuk mati di Madinah, “Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri rasulmu SAW (Madinah).” Namun, bolehkah kita berdoa untuk mati dan dikebumikan di Baqi’?

Apakah riwayat/kisah selanjutnya dari Aisyah RAH hinggakan Rasulullah SAW keluar secara senyap-senyap pada waktu malam tanpa mengejutkan beliau? Kenapa kita digalakkan menziarahi perkuburan Baqi’? Siapakah mereka yang terdekat dengan Rasulullah yang dikebumikan di sini? Cukup luaskah perkuburan Baqi’ sehingga boleh menempatkan begitu banyak jenazah? Mengapa pula, Rasulullah menggalakkan mereka yang lahir di Madinah supaya meninggal di luar Madinah tetapi bukan di Madinah? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang akan dijawab pada buku ini.

Dan yang paling menarik, buku ini turut menjelaskan serba padat dan ringkas mengenai sejarah Madinah. Bagaimana keadaan Madinah sebelum dan selepas kedatangan Rasulullah? Apakah kelebihan bumi Madinah berbanding negeri lain sehinggakan Nabi mendoakan keberkatannya? Serta apakah 5 tanda syurga yang ada di Madinah?
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.