Tidak semua orang benar-benar ‘hidup’ – menjalaninya seperti majoriti masyarakat. Belajar, bekerja, berkeluarga, bersosial dan tiba di akhir usia dengan happily ever after.
Kehidupan kadangkala satu tumor – tumbuh dan mencengkam pada batang tubuh, menyedut segala yang manis dan indah – lalu menukarnya menjadi racun dan mimpi ngeri. Kehidupan kadangkala satu sumpahan, membuatkan ia menjadi begitu hodoh dan menyakitkan.
‘Aku Dijangkiti Kehidupan’ adalah himpunan catatan oleh mereka yang menjalani hidup dengan rasa dan derita – yang berbeza dari manusia lainnya. Fizikalnya kelihatan sempurna – tetapi di dalam penuh liang luka. Ia catatan para penderita masalah kesihatan mental dan psikiatri serta perkongsian para perawatnya.
Ya. Buku tentang pesakit dan doktor psikiatri – tentang hidup, dan mungkin tentang kematian.
Juga tentang pertempuran sengit yang kelihatan senyap dari luar – tetapi bising, kalut dan huru-hara di dalamnya.
Buku ini mengandungi empat kisah yang ditulis oleh pesakit. Mereka menghidap OCD, bipolar disorder dan major depression disorder. Pembaca dibawa untuk menyelami perasaan dan peristiwa yang dilalui oleh penulis apabila berdepan dengan cabaran dalam diri.
Pada awalnya, penulis tidak menyedari yang mereka menghadapi masalah. Antara persamaan yang saya dapati ialah pesakit menyimpan perasaan atau memendam rasa yang teruk sehingga satu tahap ia tidak boleh dikawal.
Bukan mudah bagi individu yang berperang dengan diri sendiri. Lukanya tidak nampak di luaran. Konflik dalaman yang tinggi sehingga orang lain sukar untuk memahami dan sering kali tidak nampak kelainan pada diri pesakit.
Walaupun sukar, penulis yang berasa perlu mendapatkan pertolongan apabila penulis menyedari keadaan sudah tidak terkawal lagi. Sekali lagi penulis berperang sama ada mahu mendapatkan bantuan atau tertekan sendirian sehingga terpaksa melukakan diri.
Keberanian penulis untuk tampil berkongsi kisah perjuangan mereka sebagai pemandiri kesihatan mental patut dicontohi. Tidak dinafikan wujud stigma dalam masyarakat. Namun, kisah mereka ini memberi pendedahan dan kefahaman kepada orang sekeliling bahawa penyakit mental serupa dengan penyakit fizikal yang perlu dirawat.
Hal yang sama penting juga ialah sokongan moral dan emosi orang yang dekat dengan pesakit. Apabila hadirnya sokongan yang kuat daripada ahli keluarga mahupun rakan, pesakit mempunyai dorongan untuk pulih dan menjalani rawatan seperti yang dinasihatkan doktor.
Beberapa bab yang ditulis oleh doktor psikiatri juga memberi gambaran tentang tugas mereka dan cabaran yang mereka lalui sebagai perawat. Maklumat tambahan yang diberikan tentang penyakit mental menjadi panduan ringkas kepada pembaca.
Jangan ambil mudah tentang kesihatan mental. Pada zaman yang mencabar ini, kita semua mesti memainkan peranan supaya orang di sekeliling kita mempunyai tahap kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Satu usaha yang baik dalam menyampaikan suara pemandiri kesihatan mental. Tidak banyak buku bahasa Melayu yang ditulis tentang penyakit mental.
Buku ini adalah antara buku yang wajib dibaca oleh pesakit, caregiver... Semua orang. Ia memaparkan 4 jenis diagnosis iaitu schizoeffevtive disorder, major depressive disorder with psychosis, obsessive compulsive disorder dan Bipolar Disorder. (Antara diagnosis yang banyak dihidapi oleh pesakit mental di Malaysia) Pesakit² menceritakan pengalaman mereka ketika menjalani kehidupan seharian, layanan yang diterima oleh masyarakat, stigma, masaalah² yang perlu dihadapi (berlawan dengan fikiran sendiri) dan banyak lagi. Buku ini amat berguna bagi mereka yang ingin membantu pesakit mental dan memahami apa itu penyakit mental. Terdapat juga pengalaman para psikiatrik semasa mereka menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu pesakit. Ada yang buat home visit, ada yang berjaya mendapat cerita sebenar disebalik penyakit yang dihadapi pesakit dan ada juga yang tidak dapat makan kerana ada kes emergency. Buku ini juga mempunyai nota² yang dapat membantu pembaca untuk lebih memahami jargon² psikiatrik yang mungkin asing bagi pembaca. Terdapat juga trivia, klinik mini, pamplet psikitri, tips dan lukisan oleh pesakit. Tahniah saya ucapkan kepada rakan seperjuangan saya Faris Nazrin kerana berjaya menceritakan pengalaman beliau! Syabas kepada semua penulis dan penerbit! - Sizarifalina : Diagnosis pertama pada tahun 2007 -
Naskah ini merupakan hasil kolaborasi 4 pesakit psikiatri dan 4 perawat psikiatri yang menceritakan pengalaman mereka masing-masing. Sedikit ringkasan, kecelaruan mental yang disebutkan antaranya Schizoaffective disorder, Major Depressive disorder, obsessive compulsive, Bipolar disorder dan lain-lain.
Nota kaki Jargon Psikiatri amatlah membantu bagi memahami istilah-istilah psikiatri yang mungkin asing bagi orang awam. Terdapat juga Klinik Mini yang memberikan perincian berkenaan tema bab. Oleh itu, saya kira penerangannya cukup jelas. Setiap kali sebelum bermulanya anekdot pesakit, adanya ilustrasi yang menggambarkan kisah yang ingin diceritakan. Jika diteliti walau dalam mana sekalipun, tidaklah dapat saya fahami dengan sebetul-betulnya akan kesakitan mereka kerana kepayahan dalam mengharungi kecelaruan mental saya kira lebih dalam, lebih daripada sekadar lukisan. Namun ianya membantu pembaca untuk menyelami dengan lebih dekat akan perjuangan dalam senyap mereka.
Membaca buku ini menyedarkan saya bahawa janganlah kita terburu-buru memberikan sebab muktamad berkenaan mengapa seseorang itu menghidap kecelaruan mental kerana hal tersebut bersifat multifactorial dan rumit untuk dibincangkan. Juga, apa yang terlihat pada pandangan kita berkemungkinan hanyalah sebahagian daripada cerita. Oleh itu, tidaklah adil buat pesakit-pesakit psikiatri ini sekiranya kita lantas melontarkan persepsi tidak berasas terhadap mereka. Selain itu, saya tertarik dengan catatan salah seorang penulis yang menunjukkan kepentingan untuk seseorang pesakit mempunyai insight yang tinggi, yakni sokongan daripada orang-orang sekeliling serta majikan yang memahami.
Sebuah buku perkongsian pengalaman pesakit dan doktor psikiatri.
Antara penyakit mental (mental disorder) yang disebut di dalam buku ini adalah 'major depressive disorder', 'schizoaffective disorder', 'obsessive compulsive disorder', 'bipolar disorder', dan 'panic disorder'.
Satu mesej penting yang ingin disampaikan melalui buku ini adalah supaya masyarakat bersifat empati terhadap mereka yang mengalami penyakit mental.
Empati bermaksud kita tahu apa yang patut atau tidak patut diucapkan kepada mereka.
Anggapan seperti 'lemah iman', 'tak ingat Tuhan', 'mengada-ada', dsb adalah antara yang tidak wajar dilemparkan kepada pesakit mental.
Sebagai masyarakat, kita perlu menerima bahawa penyakit mental, sama seperti penyakit fizikal perlu dirawat dan pesakitnya berpotensi untuk sembuh.
Dari kisah-kisah yang dikongsikan, kita dapat melihat bahawa salah satu cara terbaik untuk membantu pesakit mental adalah dengan menjadi 'pendengar setia' dan tahu apa yang perlu/tidak dikatakan kepada mereka.
Maka dalam buku ini dikongsikan tips/panduan untuk kita lebih memahami cara-cara menghadapi mereka yang mengalami penyakit mental.
Namun, secara peribadi, saya merasakan penceritaan penulis di dalam buku ini seperti 'kurang ummph'.
Tentu lebih menarik jika diselitkan ulasan pakar psikiatri tentang hubungkait trauma spesifik pesakit dengan tercetusnya insiden pertama 'mental disorder' yang mereka alami.
Tentu lebih menarik, jika diselitkan perbualan terperinci antara doktor dan pesakit ketika sesi psikoterapi agar pembaca dapat memahami bagaimana psikoterapi membantu memulihkan pesakit.
Saya rasa, saya lebih 'menyelami' cabaran pesakit OCD melalui karya fiksyen #TheWeightOfOurSky berbanding penceritaan penulis di dalam buku ini.
Apa-apa pun, saya sangat hargai kesudian barisan penulis untuk berkongsi kisah mereka melalui buku ini.
Keberanian dan kekuatan mereka dalam mengatasi cabaran yang mereka lalui adalah sangat mengkagumkan!
Kesimpulan: Sebuah buku yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan mental.
Selesai sudah membaca buku Aku Dijangkiti Kehidupan daripada penerbit Kata Pilar. Sebenarnya sudah lama buku ini ada dalam senarai tapi baru sekarang dapat membelinya. Buku ini dibeli pada Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 pada 10/10/2020 yang lalu tetapi baru sampai semalam.
Buku ini adalah cerita daripada pesakit dan perawat psikiatri sendiri. Membaca buku ini memberi lebih banyak pengetahuan tentang jenis kesihatan mental yang dihadapi oleh seseorang. Penggunaan ayat amat mudah difahami dan seronok membacanya kerana mempunyai penjelasan yang lanjut mengenai satu persatu penyakit yang dihadapinya. Kesemua cerita yang ditulis menyedarkan saya untuk cuba memahami keadaan seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental dan mencari tahu tentang pelbagai lagi jenis masalah kesihatan mental.
Saya paling suka satu perenggan pada muka surat 82 dibawah Kes 2 : Hidayu Tangis Dan Tawa Di Sebalik Topeng yang diagnosis Major depressive disorder with psychotic symptoms dibawah sub tajuk Sebelas : Stigma. Satu analogi yang diberikan mudah iaitu pesakit yang mempunyai masalah psikiatri ini sebenarnya bukanlah seorang yang gila. Terdapat pelbagai penyakit yang melibatkan mental dan emosi. Mereka ini sama sahaja seperti pesakit fizikal yang lain, sama seperti penyakit lelah dan penyakit jantung. Cuma bezanya kali ini, mental dan emosi kita yang tidak sihat. Berpenyakit. Dan seperti penyakit fizikal tadi, kita perlu merawatnya supaya menjadi sedia kala.
Stigma masyarakat mengenai penyakit mental adalah gila. Itu kebiasaan yang kita dengar di dalam masyarakat. Perkara ini perlulah diubah dan diberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mental. Walaupun pelbagai kempen kesedaran cuba diterapkan dan disebarkan kepada umum, stigma ini masih lagi kuat dalam masyarakat. Ada yang memahami, ada yang cuba memahami dan ada juga langsung tidak ingin memahami malahan makin mencemuh. Buku ini juga menyedarkan saya yang sokongan daripada ahli keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya memainkan peranan penting dalam proses rawatan seseorang pesakit psikiatri walaupun kita bukanlah pesakit psikiatri kita masih juga perlukan sokongan daripada mereka untuk menjalani kehidupan.
📖Buku ini jelas katakan cerita antara Pesakit dan Perawat psikiatri. Dibahagikan kepada 4 kes pejuangnya.Kes-kes ini kita akan diperkenalkan tentang pejuang Schizoaffective disorder & Bipolar Mood disorder, Major depressive disorder, psychotic symptoms, Obsessive compulsive disorder(OCD), Panic disorder.
📖Inilah catatan daripada pesakit dan doktor mereka. Bagi aku kisah mereka amat berat. Aku terkesan dengan kisah Hidayu dalam kes 2. Aku faham hal terkecil pun boleh menjadi besar buat seseorang. Bukankah mula hal terkecillah menuju hal terbesar? Sebab itulah, perkataan kita, sikap kita adakala asbab semua ini terjadi. Dan aku termangu sendiri saat Kes 3 yang diagnosis OCD. Hanya kerna perhatiannya pada seorang asing ianya bermula. Bukan salah pesakit awalannya atau orang asing itu tapi aku rasa inilah ujian sebenar yang Allah bagi pada seorang hamba. Tak sangka hal seremeh itu pada kita tapi kesannya luar biasa pada yang diuji. Kejadian ini bakal buat kita insaf untuk fikir jangan pernah hakimi mereka yang sakit sedemikian.
📝Susah untuk kita pukul rata kenapa dia boleh kau tak boleh. Soal tahap penerimaan pada tiap orang itu berbeza kesannya pada emosi manusia. Buku sedarkan kita, perlu sokongan yang bukan toksik. Perlunya sokongan dari keluarga, kawan dan majikan. Yang aku pasti amat payah dicari persekitaran kerja yang 'mesra' dengan penyakit sebegini. Jadi sebab itu stigma tentang psikiatri perlu dihakis.
📖Dalam kita dalami fasa demi fasa pesakit bercerita. Berserta cerita pendek para doktor yang merawat pesakit mereka. Terdapat juga tulisan Jargon Psikiatri, penerangan tentang istilah psikiatri,Klinik Mini dan ringkasan penyakit dengan bahasa mudah untuk masyarakat awam faham.
📖Banyak info aku sendiri belajar tentang dunia psikiatri yang selama ini tertanya. Salah satu aku baru tahu rupanya ada Klinik Methadone di hospital. Nyatanya ada program sedemikian? Tahulah Methadone vs Heroin ini apa? Begitulah, dunia perubatan ini amat luas.Sekiranya kita boleh terima wad sakit fizikal sebiasa wad sakit yang tak nampaknya mesin oksigen dan wayar tersangkut di badan pesakit ini, alangkah bagus kan?
SAKIT Tu ja kot yang aku boleh cakap pasal buku ni😅. Sejujurnya nak baca buku agak menyakitkan dan agak berat untuk orang yang baru belajar tentang penyakit mental ni. Banyak kali juga aku berhenti sekejap sebab pengalaman mereka agak berat. Perkara yang kita anggap kecil sebenarnya besar bagi pesakit mental. Bahagian yang paling aku suka adalah Schizoaffective disorder yang dialami oleh Faris Nazrin. Walaupun isu buli sememangnya isu yang besar, ramai guru dan ibu bapa yang buat endah tak endah sahaja tentang perkara ini. Daripada buli Faris Nazrin mengalami tekanan walaupun masih kanak-kanak. Dia membesar dalam keadaan yang tidak sepatutnya bagi seorang kanak-kanak. Daripada buli juga, dia menjadi seorang yang panas baran dan tersasar arah.
Itu ja kot yang aku boleh aku simpulkan tentang buku ini. Nak kata buku ini sesuai untuk semua peringkat umur tak boleh juga, sebab ada babak yang tak berasa sedap untuk dibaca. Papepun buku ini banyak memberi ilmu tentang penyakit mental.
(Minta maaf kalau review tak berapa menjelaskan tentang buku ini. Baru pertama kali tulis review😅)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pernahkah anda berada di tempat tinggi dan tiba-tiba terlintas untuk terjun?
Ia dikenali sebagai high-place phenomenon. Fenomena ini hangat dikaji dan dibincangkan para saintis dan psikologis. Walaupun dialami oleh ramai orang, kajian menunjukkan fenomena ini lebih cenderung berlaku kepada mereka yang mempunyai personaliti yang gelisah (anxious).
Salah satu hipotesis menjelaskan yang ia berlaku akibat gangguan persepsi (distortion of perception) dalam otak manusia dalam mentafsir ketinggian dan bahaya. Yang penting, ia tidak ada kena mengena dengan keinginan atau cubaan untuk bunuh diri. _Khairul Khairudin
Akhirnya selesai membaca buku ini. Berkira-kira adakah sesuai aku membaca buku sebegini dalam keadaan berada di rumah lama begini...
Membaca. Berhenti sekejap, dan sambung sehingga habis.
Terima kasih kerana berkongsi kisah, barisan penulis. Ya. Penyakit yang tidak nampak di mata, namun boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja.
Nota: Sedikit terganggu dengan pengulangan yang aku nampak.. Atau mungkinkah memang begitu yang mahu ditulis? Dan salah ejaan, yang ternampak. Tidak dapat tidak sambil membaca aku menanda.
Buku ni banyak menceritakan dengan terperinci apa perasaan orang yang mengalami mental illness. Somehow it makes me feel that I can actually understand how they feel. As my nearest person also suffering from this mental illness, i do really can feel those stories told in this book. It is such a good book to understand how these people struggling in their daily basis, just to feel human again
Membaca buku ini pasti kita sedar sebenarnya ia berlaku di sekeliling kita. Mungkin juga ia berlaku kepada diri kita sendiri. Kes 01 Hidup dalam Mimpi misalnya seolah-olah merungkai 'misteri' mengapa ada golongan yang bercakap sendiri, yang selama ini kita terus labelkan sebagai gila.
buku yang perlu dibaca jika anda mahu mewujudkan kesedaran tentang sakit-sakit mental & mahu mengenali pesakit psikatari dengan lebih lanjut. pelbagai pengalaman pesakit dengan penceritaan latar belakang kehidupan dan pengalaman bagaimana bermulanya sakit tu pada mereka, mereka kongsikan dibuku ini.
Baru saja membaca kisah pertama dalam ‘Aku Dijangkiti Kehidupan’, terasa sedang membaca sebuah diari. Setiap bait kata itu penuh pengharapan, mengharapkan pembaca yang membaca kisah mereka ini mulai sedar dan tahu akan goncangan emosi mereka.
sisi pesakit mental dan doktor yg merawat yang tidak pernah kita ketahui. aku dapat menyelami perasaan pesakit. ramai yg memberi penghayatan terhadap novel dan membayangkan kisahnya. begitu juga dengan diriku.cuma bukan novel tapi penceritaan yang disampaikan dalam buku ini.
Sebuah bacaan umum yang menarik berdasarkan kisah benar pesakit-pesakit psikitari. Buku ini turut mempunyai nota kaki, terms psikologi untuk dipahami maksudnya.
Buku ini memberi impak yang sangat dalam kepada saya. Ia banyak membantu saya dalam meneruskan kehidupan. Membuka mata saya seluasnya dalam melihat masalah manusia lain.