Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lecturer Sebelah Rumah

Rate this book
RHEA NABELLA, gadis remaja dari kota New York yang berusia 21 tahun. Genap ulang tahun ke 21 dia disuruh pulang ke Malaysia menemani Opah di kampung.

AFHAM MIKAEL, pensyarah muda dan seorang nelayan separuh masa. Seorang cucu kesayangan kepada Nek Mah.

Pertemuan pertama mereka tidak lah seindah mana. Macam anjing dengan kucing, macam kucing dengan tikus. Rhea yang mudah melenting dan Mikael yang bermulut laser. Pada awalnya, Rhea fikirkan Mikael cuma nelayan kacak yang duduk berjiran dengan rumah Opah. Tapi sangkaannya meleset. Lelaki yang dia suka cari pasal tu merupakan pensyarahnya sendiri! OMG!

"Rhea suka dekat Mikael kan?" - HAZRYL ISKANDAR, sepupu Mikael.

Memang klise, tapi itu yang Rhea rasakan. Gaduh hari-hari tapi tanpa sedar timbul satu perasaan buat jiran dan pensyarahnya itu. Perasaan yang dia sukar untuk menepisnya jauh-jauh.

"Aku nak kenal dengan Hani. Tolong aku..." AFHAM MIKAEL.

Oh, oh. Hati siapa tak berkecai bila lelaki dambaan hati terang-terangan mengaku yang dia sudah jatuh cinta dengan gadis bernama HANI ZULAIKHA. Sudah lah Hani tu kawan baiknya sendiri!

"Ya, aku sanggup lepaskan cinta untuk kawan. Sebab apa? Sebab sayang. Jenis aku, kawan adalah my priority. Aku rela sakit untuk tengok kawan aku bahagia sebab itu adalah kebahagiaan yang sebenar. Mungkin kebahagiaan itu bukan untuk aku dan pasti ada lagi sesuatu yang Tuhan aturkan untuk aku. Yang penting... ikhlas." RHEA NABELLA.

Mulut berkata rela tapi hati memberontak tidak. Tak sanggup menahan sakit di hati, Rhea bawa diri pulang ke kota New York.

"Rhea, maafkan aku." HANI ZULAIKHA.

"Rhea, aku minta maaf sebab dah lukakan hati kau. Aku betul-betul tak tahu, Rhea." AFHAM MIKAEL.

Paperback

First published January 1, 2019

58 people are currently reading
558 people want to read

About the author

Cik Mardiah

23 books47 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
98 (44%)
4 stars
68 (31%)
3 stars
37 (16%)
2 stars
6 (2%)
1 star
9 (4%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
August 14, 2023
F suka part family bonding dalam karya ini.

Awal² kita dah disajikan dengan kehidupan family Rhea yang harmoni dan bahagia. Vibe happy je.

Bila sampai kampung, watak Nek Mah dan Opah sangat mencuit hati. Suka tau kisah² begini bila diselitkan orang² veteran. Indah je baca.

Kisah Rhea yang suka pada Mikail tapi Mikail syiok kat kawan baik Rhea, Hani.

F rasa Mikail ni tak sedar dia suka Rhea. Dia marah dan risau kalau terjadi apa² kat Rhea. Dah cam movie Kuch kuch Hota Hai.

Ending Srk dengan Kajol.. of course la Rhea dengan Mikail. Time diaorang dah bersama, sweet² scene mereka.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 5, 2019
Saya confuse sekejap author Mardihah dengan Mardiah. Bila nama nak dekat2 sama, saya mmg sentiasa confuse. Tapi keduanya mmg saya bacalah novelnya.

Novel ini bertapak di wattpad sebelum dibukukan. Tak ingat pula jika novelnya habis di tulis di sana ke tidak tapi saya tahu saya tak suka watak2 dlm novel ni.

Cinta 3 segi di antara Rhea, Mikael dan Hani. Jujurlah saya kata, saya tak tahu siapa sebenarnya yg di cintai oleh Mikael. Dirinya kata Hani, sebab yg di kejar2 adalah Hani tapi yg di sendeng selalu adalah Rhea kononnya nak share kebahagian dia dan Hani bersama Rhea. This guy is so obtuse for a lecturer. Biasalah ada je manusia begini saya pun kekadang ada hari blur dan bodoh.

Yg dia lebih beri perhatian juga Rhea.
Yg dia lebih risau juga Rhea.
Yg sering dia mengharapkan kehadiran seseorang adalah Rhea.
Saya tak nampak di mana cintanya buat Hani di sini. Mengaku cintakan Hani tapi bila Hani menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengannya, dia terkedu sebentar sebelum langsung buat keputusan lagi2 steleah mengetahui keadaan Hani.

Saya mmg blur. Saya tak tahu perasaan apa yg cuba dibangkitkan oleh author. Words and actions bercanggah dengan naluri dan fikiran Mikael.

Mereka bertiga sebenarnya bersahabat baik. Hani is Rhea's bestfriend dan dia tahu Rhea mencintai Mikael. Tapi dirinya juga mencintai Mikael. Dari sini dah boleh agak how the story flow basically.

Rhea pula menghilangkan diri di hari persandingan Hani dan Mikael. Dan bila kembali, u know apa yg akan terjadi kelak. Nak kata watak Rhea yg di garapkan oleh author ni mudah kalah dgn Mikael mmg ya. Senangnya nak pikat Rhea kembali. Macam takde backbone gitu. Marah2 pun gitew..gitew..sahaja..takde pride or ego in their way until salahfaham timbul. Babak menjengkelkan pun bermula.

Ego and pride ni perlu juga ada sedikit. Tapi nampaknya cinta Rhea buat Mikael lebih besar dari negative attitude. So okaylah. Akhirnya, settle. Bila jalan cerita agak straightforward, saya pun begitu juga. Follow the flow. Takde element of suprise yg boleh buat saya amat teruja menyusuri setiap chapter. Mungkin sebab saya dah baca di wattpad dahulu jadi bila dibukukan dan tiada pembaikan dari segi olahan jalan cerita, saya rasa sedikit dissapointed.

Anyway, teruskanlah berkarya. Untuk novel pertama, saya rasa okay je novel ni cuma, next book mungkin author boleh garapkan dengan lebih teliti emosi setiap watak yg di tonjolkan.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
September 20, 2022
Rhea dalam pada sering bergaduh dengan mikail ada menyimpan perasaan terhadap mikail..Sedih part Rhea balik ke New york pada hari mikail nikah dengan hani… mikail orang yang pertama Rhea kenal setelah jejak kaki ke Malaysia.. mikail berjiran dgn opah Rhea..Hani pula rakan pertama Rhea semasa masuk kolej..
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
July 31, 2023
Best. Sakit ooo bila org yg kita cinta suka kat org lain. Aku dah alaminya banyak kali. Sakit ngat 🥹😭 Tapi ada part yg mcm tiba2 tau tak. Part saiful tu la. Pastu ending ok la boleh diterima. Nk hunting novel kak mar yg lain la
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
March 1, 2025
Tajuk memberi first impression like it is a rom-com, but pain actually.

And I like the pain in this story sebab it was written well and flowed smoothly as the story progressed.

Saya suka perwatakan Rhea, no nonsense and straight to the point kinda FL. I felt for her; the heartbreak when she found out through others about Mika and Hani.

I didn't like how they kept things from Rhea, especially Hani. Hani kan kawan baik dia tapi the way Hani treated Rhea was not what a good friend does.

Bestie I pun tak macam Hani bila ada bf, dia terus terang je share with me that this weekend dating, etc and bila mau tunang/kahwin etc.

But Hani tak - like Rhea was discarded at the side when dia dan Mika dah together.

Mika pun sama, geram tau bila dia deserted Rhea and forgot all about her because of Hani - walaupun it's because of her tok wan but still...

Mika - I think who he really loved was always Rhea but he tak aware about it until years later. I rasa feelings dia for Hani was just infatuation and that "tanggungjawab" tergesa-gesa nak nikah because tok wan Hani meninggal and Hani kan left alone.

Faktor yang convinced me of this fact is the scene di mana Mika kejar ke airpot pada hari akad nikah dia untuk chase Rhea.

Which pengantin lelaki yang akan buat macam tu pada akad nikah dia? Chasing another woman who is not your tunang - dah proven dia sendiri pun confuse dengan perasaan sendiri, kan?
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
March 28, 2022
Rheaa Nabella dan Afham Mikael berjiran di kampung sebaik Rhea pulang dari New York. Tapi mereka selalu sahaja bergaduh. Rhea juga terkejut bila lecturernya adalah Mikael. Menyumpah-nyumpah dia bila dia rasa asyik kena buli dengan Mikael. Suatu hari Mikael minta di kenalkan dengan Hani. Rhea rasa hampa kerana dalam diam dia telah jatuh cinta dengan Mikael. Pada hari Mikael akan bernikah dengan Hani, Rhea nekad mahu meninggalkan Malaysia dan pulang ke New York. Dia berkenalan dengan Taufiq Omar, seorang pilot. Tiga tahun telah berlalu. Tersentak Rhea bila dapat tahu bahawa Hani telah meninggal dunia pada hari nikahnya. Rhea sedih kerana tiada di sisi teman baiknya. Tapi hidup perlu diteruskan. Apa yang akan terjadi? Siapa yang akan jadi jodohnya, Mikael atau Taufiq?
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
March 9, 2023
Firstly, i tak suka cover muka orang 😭 Merosakkan dunia imaginasiku. Papepun, i suka dengan loghat Kedah dalam cerita ni 🙈 Terubat rindu masa kat asrama dulu dengar kawan-kawan dari negeri Kedah berborak.

Buku ni mengisahkan tentang Rhea Nabella yang dah 20 tahun tinggal di New York bersama keluarga. Lepas habis belajar di sana, ibu bapa Rhea minta dia balik Malaysia teman nenek dia di Kedah. Di sini bermulalah detik-detik perkenalan antara Rhea dan hero, Afham Mikael, si pensyarah dan part time nelayan ehek.

Awal-awal perkenalan, dorang berdua ni asyik bergaduh je. Mikael tidak suka dengan Rhea yang kononnya diva. Disebabkan mereka berjiran di kampung, nak tak nak kena hadap muka masing-masing. Tambahan, nenek Rhea & Mikael kawan baik.

Di Kedah, Rhea sambung pengajian di salah satu kolej di sana. Pada awalnya, Rhea tak tahu Mikael seorang pensyarah dan bila hari pertama Rhea mula belajar barulah dia tahu dan Mikael salah seorang pensyarahnya.

Hani pula kawan baik Rhea di kolej. Satu hari, Mikael minta tolong Rhea untuk adjustkan Hani untuk dia. Faham tak perasaan bila kau dah mula suka si dia tapi si dia minta tolong kau adjust kawan baik sendiri untuk dia. Sakitnya tuh di sini.

Banyak benda terjadi sampaikan Rhea bawa diri ke luar negara untuk merawat hati yang terluka kerana si dia akan berkahwin dengan kawan baiknya. Bila dah tak ada, barulah tahu merindui dan menghargai.

Tiga tahun kemudian, Rhea balik ke Malaysia dengan semangat yang baru. Yang pelik, Hani langsung tak berhubung dengan Rhea & Mikael pun tak update apa2 gambar perkahwinan mereka. Nak tahu apa jadi kena lha baca 🤣 Yang penting, happy ending dan hero tak kahwin dua ya. Please baca , depa sweeet — manis leting 🤭

Actually buku ni i pinjam dari library sbb i punya dulu dah jual. Ingatkan bila reprint sama je tapi versi revamp sobs sobs. Nasib baik kat library ada novel ni.
Profile Image for flowrsgh ☾.
20 reviews2 followers
February 12, 2022
okay so firstly i think this book, overall is okay for me, i still like the plots tapi tak semua part i suka because i think certain parts should not be included in the plot because it is unnecessary and just make the story draggy

but it is still fun to read but not really worth? hahaha that’s my thought, i suka storyline yang simple basically not too detail lah especially if ada plot where characters dah kahwin ke apa and lagi lagi conflict because some author suka buat storyline where the characters get married and panjangkan lagi storyline tu with much worse conflict :)

3.5 stars ⭐️ ⭐️ ⭐️ btw
38 reviews1 follower
June 25, 2021
🌟4.3🌟
Jalan cerita biasa aje.. mungkin sebb sy dah thu jln cerita nya😂 mm.. sebenarnya, sy tk boleh terima yg Mikael ni suka dekat Rhea.. ntah bila laa dia pi suka Rhea.. kata suka Hani.. pelik² laa.. lepastu senang² jer dapat Rhea.. Aiyyaaa.. tapi best jer cerita nyaa..👍😉 Nasib baik Rhea ni suka sangat dekat Mikael.. kalau tak melepas.. AHHAAHHA.. lgiponn Rheaa cantik🤣😝
Profile Image for Diniy Qistina.
139 reviews5 followers
February 20, 2025
Kisah cinta empat segi antara Rhea-Mikael-Hani-Muaz.
Muaz suka Rhea tapi Rhea suka Mikael tapi Mikael suka Hani dan Hani pun suka Mikael. Agak complicated. 🥺

Rhea pulang ke Malaysia selepas hampir 20 tahun dia dan keluarga menetap di bumi New York. Dia balik tinggal dengan opahnya di kampung di Kedah atas suruhan orang tuanya. Sambil-sambil tu dia sambung belajar di peringkat degree. Di kampung dia terjumpa dengan cucu jiran sebelah, Mikael. Mula-mula saya ingatkan Mikael ni tipikal kisah lecturer yang saya selalu baca wicis kononnya terpaling hensem dan hot. Gaya Mikael pada Rhea awal-awal tu macam tsundere. Rupanya tak pun. Mikael ni jenis sempoi jugak. Reti menyakat jugak.

Disebabkan Rhea ni tak reti nak drive, makanya Mikael lah yang kena ambil hantar Rhea ulang alik ke kolej. Pastu mulalah terjadi bibit-bibit cintah. Yang anehnya, walaupun Rhea dengan Mikael banyak spend time together tapi boleh pulak Mikael ni sangkut dengan kawan baik Rhea iaitu Hani. Dan Hani pun suka dekat Mikael. Dalam masa sama, Muaz ni sukakan Rhea. Rhea, Hani dengan Muaz ni berkawan rapat di kolej. Fast forward, hubungan Mikael dengan Hani jadi makin serius dan nak cepat-cepat langsungkan perkahwinan. Masa ni sedih dan kesian betul dengan Rhea. Crush dia nak kahwin dengan best friend sendiri. Best friend pulak memang baik orangnya, jadi takkanlah dia nak marah ke atau dengki. Cuma dia jeleslah 😔🤏🏻.

Sebenarnyakan... Tak fahamlah dengan hati dan pemikiran Mikael tu. Mula-mula kemain cintakan Hani sampai nak kahwin bagai. Pastu tiga tahun kemudian tak adalah susah mana pun dia boleh terima Rhea pulak. Rhea pulak mudah je terima Mikael. Tak ada nak berbasa-basi atau main tarik tali. Tapi satu sikap Mikael dan Rhea yang paling menggeramkan ialah diorang tak ada perasaan kat orang tu tapi act of service diorang seolah-olah macam dia ada perasaan kat orang tu jugak. Contohnya, Mikael selalu terlebih caring dengan Rhea. Rhea pulak selalu spend time keluar dengan Muaz sampai lewat malam. Itu semua punca harapan palsu tercipta. 😔✋🏼
9 reviews
June 28, 2025
Saya suka writing author, definitely will buy her other works

Ok thoughts on cerita pulak. For me best and this is how i imagine a story should be if we're talking about student-lecturer trope

Tapi bab yg kurang gemarnya:
-Sampai ke hujung saya tak sure ML tu suka betul² kat hani atau just a mere crush tapi sbb that something happened so dia terpaksa pilih utk kawin sbb nak tolong hani? Dari awal cerita, chemistry bnyk dgn FL. Kau layan sikit punya caring, tau² suka kat best friend dia. Sentaplah member

-Bila FL dah balik semula ke Malaysia after 3 years, tak pasti apa yg buatkan suddenly ML rasa dia fell in love with her? Sbb tu saya rasa dia mmg suka kat FL dari awal, feeling kat hani tu lebih pd rasa kesian

-FL ni pulak lepas je ML confessed, terus mengaku suka jugak. Girl, jual lah mahal sikit. Mangkak ubi tu sakitkan hati kau kot. I wish i can see more of ML grovelling part, baru best

-Kesian muaz. Punya bnyk effort, satu pun FL tak pandang. Yg ML menyakitkan hati tu jugak yg dia pilih. Kalau saya jadi FL, baiklah pilih org yg syg kita lagi

-ML dan hani pun sideline kan FL masa nak start relationship padahal masing² kenal satu sama lain. Kalau saya jadi FL pun saya marah. Time diorang nak kawin pun tahu dari mulut org lain. Pedih amat hati

-Sweet part nye sikit je, lepas main couple kawin. Tapi author mmg pandai build up rasa sakit tu, i loike. Trope she fell first, he fell harder mcm cerita ni mmg my cup of tea

Overall best je nak baca for santai reading. Nak try baca her other books pulak
Profile Image for Yan.
115 reviews2 followers
May 2, 2025
Yang kita baca nie, versi revamp. Bukan versi lama.

Biasa tengok movie Kuch Kuch Hota Hai? This is the book version of it. Or, it has the same vibes…😉

Rating: 🌟🌟🌟.8

Seorang wanita muda menaruh perasaan suka pada seorang lelaki, yang merupakan jiran sebelah rumah. Tapi, lelaki tersebut jatuh cinta pada kawan baik kepada wanita tersebut. Dalam masa yang sama, ada seorang lelaki muda yang cuba nak tackle wanita muda itu? Pening kan? 😵‍💫😵 Haa, jangan pening2…😎 Baca jer buku nie kalau nak tahu macam mana kesudahan percintaan bersegi2 ini…😂

ML - Afham Mikael / Mikael / Mika
Dalam banyak2 ML daripada author nie, ML nie lah yang paling kita tak berapa berkenan. Nanti kita explain kat bawah kenapa. Bekerja sebagai seorang lecturer di tempat FL study. Nenek ML dan nenek FL berjiran. ML tinggal dengan neneknya di kampung.

“𝑲𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏, 𝑹𝒉𝒆𝒂. 𝑳𝒆𝒕’𝒔 𝒔𝒑𝒆𝒏𝒅 𝒕𝒉𝒆 𝒓𝒆𝒔𝒕 𝒐𝒇 𝒐𝒖𝒓 𝒍𝒊𝒗𝒆𝒔 𝒕𝒐𝒈𝒆𝒕𝒉𝒆𝒓.” 𝑴𝒊𝒌𝒂𝒆𝒍 𝒕𝒐 𝑹𝒉𝒆𝒂.

❤️💛💖

FL - Rhea Nabella / Rhea
Sama macam ML, this FL pun kita tak berapa berkenan. FL membesar di New York. Dihantar balik ke kampung untuk tinggal bersama dengan neneknya. So, basically, FL & ML berjiran melalui nenek2 mereka. Ada kawan baik bernama Hani. FL dan Hani nie juga merupakan students kepada ML.

Personally, I love the plot. Kita suka baca cerita bila FL tersakiti nie. Cuma, kita kurang berkenan dengan characters dalam buku nie.

▪️ML jenis macam takder pendirian. Dia suka Hani, tapi at the same time nak simpan FL…😒😓 Macam ehh? 😵 Hari nak nikah dengan Hani, boleh nak kejar FL. Konon takut kehilangan FL. Cara cakap pun kasar jer dengan FL…😡 Mungkin sebab dia tahu dia handsome kot, so, dia rasa semua wanita nak jatuh cinta dengan dia. So, dia layan pun kasar jer. Kecuali dengan wanita yang dia suka…🙄 And, kita tak nampak bila masa sebenarnya ML nie start suka kat FL. Sedar2, ohhh, FL wanita yang istimewa. Like what the hell, dude?!! Kemain ko mengendeng dengan kawan baik FL, lepas tue nak FL plak? 🤨😵‍💫😒

▪️FL pun lahh, tahu lah ko suka sangat kat ML kan. Dah tahu this guy pernah buat ko rasa sakit hati, patah hati bagai, menangis macam nak rak, tup2, bila ML cakap ‘aku suka kau’, terus terima bodo2 macam tue jer…😵😮‍💨 Like hello girl?!! Where is your pride?!! At least, jual mahal lah sikit. Biar lelaki tue put effort nak tackle ko. Kemain melarikan diri, menghilangkan diri bagai bila dapat tahu, yang ML nak kahwin dengan Hani. Tapi, bila jumpa balik, tetap juga nak mengendeng kat ML. Adoiii laaahh…🙄😩 Personally, kita nak sangat baca scene ML nie mengorat / tackle FL habis2 an. Baru puas hati. At least, terubat lah kesakitan FL disebabkan ML tue…😂🤣

▪️Hani oh Hani! Kalau kita jadi Hani, kita kahwin jer lah dengan ML tue. Tak perlu nak kesian bagai dekat best friend sampai sanggup nak cancel akad nikah bagai. Ko ingat murah ehh nak sewa / beli baju akad nikah, hantaran bagai? Bila berkaitan hati dan perasaan, be selfish jer lahhh…😎🙄

▪️Sebagaimana kita kesian kat watak Salman Khan dalam Kuch2 Hota Hai, sama lah, dalam buku nie, paling kesian kat watak Muaz. Dia punya effort nak tackle FL bukan sikit yer. Bagi bunga, hantar balik rumah, buat pertunjukan bunga api. Haihhhh, banyak lah lagi…😮‍💨😓 Memang nampak dia sayang sangat kat FL. Pernah kena reject pun tak putus asa. Itu pun bodo2 jer FL kata, “We’re just friends.” Rasa nak hempuk kepala FL dengan kuali jer masa nie…🤬 Hangin betul kita…🤬😠

▪️Cara layanan FL terhadap Muaz memang nampak sangat macam FL buat Muaz nie, back up plan dia. Like, kalau FL tak dapat ML, Muaz ada. FL nie sebenarnya kejam kat Muaz. Dah reject sekali, sepatutnya, tak perlu berhubung dengan Muaz dah. But no, bila Muaz try contact balik, dia bagi peluang kat Muaz. Atas dasar kawan katanya. Helllooo?!!! Dah sah2 mamat tue suka kat ko kot. Ko buat bodo. Nak kata naif pun bukan. Tapi, bab nie, memang nampak sangat FL nie just plain stupid. Bagi harapan bagai…🤬😡 Allah, rasa nak hempuk FL lagi dengan kuali kita…🤬😮‍💨😩

Watak Thalia tak perlu ada pun dah okey dah. Sebab watak tue tak bagi any impact pun for the story. Scene Saiful cuba attack FL pun tak perlu ada. Cuma, I can understand why the author nak adakan scene Saiful tue. Sebab nak bagi pengajaran pada FL. Memang betul yer, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan terlalu rapat. Nanti mesti salah seorang akan ada feeling towards the other party. Rasa sakit hati nie, bukan wanita jer yang rasa. Lelaki pun boleh rasa sakit hati dan heartbroken.

Kita lebih prefer kalau scene Hani sakit tue, diolah dengan lebih panjang. Macam mana Hani tahu dia sakit? Apa simptom2 dia? Nie, tetiba found out sakit. Lepas tue, nak cancel nikah. Allah, Hani oiiiit…😓😮‍💨

Scene FL berkawan baik dengan Hani nie kurang. Kalau ada banyak scenes bagaimana mereka berdua spend time bersama2, menunjukkan yang mereka nie betul2 kawan baik, mungkin kita as readers akan lebih percaya, yang mereka nie memang kawan baik. Banyak masa mereka hanya dihabiskan di kampus sebenarnya. Luar kampus, si FL nie banyak mengendeng kat ML.

Scene bagaimana FL rasa tersakiti bila dia tengok ML cuba nak tackle Hani, memang terasa sampai ke hati. Author pandai build up rasa sakit tue…😩😭

Walaupun kita ada problems dengan characters di atas, kita suka jer watak Hazryl. Cara layanan dia kat FL memang baik sangat. Dengan kita2 sekali dah terjatuh cinta kat Hazryl nie…😍🥰 And of course, kita suka juga watak Muaz nie. Sekurang2 nya, Muaz tahu yang dia suka kat FL. Terus tackle. Terus minta nombor phone bagai. Tapi tue lah, takder jodoh Muaz dengan FL. Kita nak sangat baca cerita Muaz nie. Bagaimana Muaz jumpa pasangan hidupnya. Author, tak nak buat buku Muaz ker? Kesian sangat kat Muaz nie…😩😭

As usual, penulisan author nie sedap dibaca. Cuma, ada phrase, ‘tak dan-dan’ and I was wondering, memang ada eh phrase tue untuk proper sentences? Kita faham jer phrase tue sebab kita duduk Kedah. Cuma, in term of proper sentences, especially ayat2 dalam novel, boleh eh guna phrase tue? 🤨🤔

Other than that, walaupun kita geram dengan characters dalam buku nie, jalan cerita sebenarnya enjoyable. Nasib baik lah author ganti kegeraman kita dengan scene manis antara FL & ML. ML bila dah kahwin, oiiii, memang lain macam yer…🫣🤭

Apa2 pun, you all yang sukakan rasa sakit apabila crush you all suka kat orang lain, boleh lah baca buku nie. Biar rasa sakit sama2…😆 Anyway untuk author, kita akan terus menunggu your next karya…👏🏻👍🏻
1 review
October 27, 2022
I actually ada mixed feelings tau bila baca buku ni. I tak tahu nak kesian dekat sapa sebab Mikael tak salah sebab dia tak tahu. Hani pun tak salah sebab dia baru tahu. Rhea pun tak salah sebab takkan lah dia nak bagitau time Mikael dah cinta mati dekat si Hani. So memang stress baca. I took only 3 days to finish this book. Jalan cerita dia I actually dah boleh agak tapi sebab Rhea comel I bagi 4.8/10. Congrats for the author yang berjaya menterbitkan novel yang best macam ni.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 24, 2023
Okay je, light read. Nak tenang-tenang. Mulut laser tapi lecturer, haa memang padan pun la. Lepastu husband sendiri yang mengajar, kuat jodoh ni
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
August 3, 2024
Dont get me wrong. Storyline dia best. Tapiiiii romance tu sikit je.
Profile Image for Cutie_pie28.
387 reviews8 followers
February 26, 2025
Suka dgn family bonding dorg.. to me light reading.. santai jeee baca
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
July 14, 2023
Aku tak pasti apa beza versi asal dengan versi revamp ni sebab macam yang aku kata, ni first time aku baca karya penulis. Apapun bezanya, cerita yang aku baca ni, sangatlah terpikat dan memikat ya. Dari watak-wataknya hinggalah ke plotnya, semua aku suka. Yelah, kalau tak suka masakan boleh settle less than 24 hours kan.




Rhea Nabella. Membesar di kota New York sejak berusia lima tahun (kalau aku tak salah). Menjangkau usia 24 tahun, mama papa suruh balik ke Malaysia, bukan mereka sekeluarga, tapi dia seorang. Alasan mereka? Temankan opah di kampung. Segala urusan sambung belajar, mamanya dah uruskan, dia hanya tinggal naik kapal terbang sahaja. Mahu tak mahu, dia turutkan. Masa aku baca blurb, aku sangka watak Rhea ni akan jadi tipikal watak gadis yang dah lama duduk luar negara sampaikan semua benda dekat tanah air ni dia nak komen. Tapi rupanya tidak, Rhea seorang yang cepat menyelesakan diri. Kompelin sikit-sikit tu adalah satu dua, tapi taklah sampai ke tahap diva vavavoom.



Mikael. Mika. Sir Afham. Lecturer sebelah rumah tanpa sengaja. Sebab banyak cerita lecturer-student yang aku baca mostly hero will be portrayed like cold and mean creature, automatically, aku pun assume yang samalah dengan si Mika ni. And yeap, macam tulah dia mulanya, acah-acah tsundere dengan si Rhea. Tapi, dia ni kuat menyakat betul. Dan memang Rhealah yang selalu jadi mangsa dia. But then, he's caring too, responsible, quite dreamy. That time when he realized yang dia sebenarnya cintakan Rhea, boleh pulak dia bertuker jadi pemalu, comel sungguh wei!




Aku suka friendship antara Rhea dengan Mika ni, quite refreshing untuk lecturer-student relationship. After all, hubungan mereka bermula as jiran, lepastu jadi driver tak rasmi dan barulah lecturer-student dan age gap pun taklah besar mana so dorang dua ni memang senang klik. And when she realized she had fallen for him, arhhhh hati akuuuuu. Okay hear me out, aku tak rasa buku ni ada she fell first, he fell harder vibes walaupun penulis gambarkan Rhea fell first sebab Afham Mikael definitely fell first and harder. Serious.



Anyway, saat cinta dia tak terbalas, I'm sooooo glad Rhea jumpa teman lain dalam bentuk seorang Hazryl. Watak dia ni masyaAllah, flirty gila, dah tu kelakar pulak tuuuu. How I wish Rhea fall for him instead, well, walaupun tahu Ryl pun bukannya ada romantic feeling for Rhea pun. Dah perangai dia tu suka mengayat. Dan tak sangka pulak cerita ni take turn to a sadder one lepas Rhea kembali lepas tiga tahun membawa diri. Aish, bila kita dah pasrah cinta dia untuk yang lain lepastu siap bawak diri, eh tiba-tiba dia datang balik dengan janji yang baru arghhhhh. Dan bila terungkai apa yang jadi selama tiga tahun dia membawa diri, Rhea and Mika together boom!



Cerita ni, bagi aku is a simple and nice read tanpa banyak konflik berat. Penceritaan yang santai juga salah satu sebab kenapa aku boleh habiskan buku ni less than 24 hours. Ceritanya pun ada a little bit of everything, family; pakatan opah dengan nek mah tu aduhaiii, friendship Mika-Rhea, Rhea-Hani-Muaz, Rhea-Ryl, babak sedih, babak cuwit, babak kelakar, babak suspen sikit, ha lengkaplahh. Aku puas hati gila baca novel ni. Love it, so much!

Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
November 30, 2024
Ada lawak yer ada sedih yer. ada gembira yer..

Tapi masih tertanya sebenarnya Sir Mika nie suka dekat sapa? Memang dari awal suka dekat Rhea ke? cuma sbb Rhea x bertudung jd dia tukar rasa kepada Hani??

Apa pun not bad.. Cuma la, kalau buat Rhea jual mahal skit dari Mikhael tuh mngkin akn jd menarik.. Plot dah okay, cuma xtahu apa beza yang Revamp dgn yang asal.. Kita baca yang nie je.

Moga penulis boleh kemaskan lagi plot dan jalan cerita utk lagi strong.

Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.