Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dekor-Dekor Cinta

Rate this book
Tanpa kita sedari, terlalu banyak perkara yang telah terbiasa kita lakukan dalam seharian di rumah kita sendiri, yang secara perlahan telah membunuh jiwa dan minda kita sekeluarga.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu membawa perubahan yang besar kepada pembaca budiman tentang:
· Cara berfikir
· Gaya kehidupan
· Persekitaran
· Tanggapan
· Mood dan aura
· Juga kasih sayang.

Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam membina rumah impian semata-mata, malah lebih daripada itu. Bukan hanya berkaitan dengan mengusahakan sebuah rupa pandangan yang mendamaikan, tetapi akan juga berkait dengan proses memperindahkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan kedamaian dalam kediaman kita semua.

Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sebagai hamba-Nya, kita mencari kedamaian dengan melakukan apa yang disukai oleh Allah SWT. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam mereka bentuk kediaman, saya terpanggil untuk melakukan usaha kecil ini dengan berkongsi kaedah berfikir dan bertindak, agar pembaca dapat menghasilkan sebuah dekorasi kediaman yang sangat bermakna dan berfungsi sebaiknya.

Insya-Allah, dekor akan jadi bersebab dan mampu membantu mendidik perilaku manusia dan asbab untuk memperoleh kedamaian di kediaman kita semua.

272 pages, Paperback

First published February 1, 2020

4 people want to read

About the author

Khairunnisa Hamzah

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (85%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
7 reviews
Read
August 9, 2021
Buku ini menceritakan mengenai penulis yang berkongsi tips dan juga pengalaman di dalam susun atur dalam sebuah rumah. Di dalamnya terdapat 6 bab yang telah diketengahkan. Buku ini telah memberi inspirasi kepada saya dan juga saya percaya terdapat ramai lagi masyarakat diluar sana yang memerlukan buku seperti ini. Penulis buku ini bukan sahaja memberikan tips, malah juga berkongsi pengalaman-pengalaman yang pernah beliau mahupun orang yang beliau kenali hadapi. Daripada situlah beliau mencari jalan penyelesaian dan mendapat inspirasi untuk menjadi rumah sebagai tempat yang selesa dan sangat elok untuk didiami. Tips yang telah dikongsikan oleh penulis jugak amatlah berguna dan penting untuk mendapatkan kehidupan rumahtangga yang harmoni dan bahagia. Terima Kasih kerana menghasilkan buku seperti ini. Diharapkan agar lebih ramai penulis yang boleh menulis buku yang memberikan inspirasi kepada orang ramai. Sekian.
7 reviews
Want to read
August 9, 2021
Buku ini sesuai untuk mereka yang masih mencari-cari idea hiasan untuk rumah sama ada di dalam dan luar kawasan rumah. Setiap ruang hiasan dalaman dan luar rumah memainkan peranan yang sangat penting kerana ia juga dapat menjamin keharmonian dan kebahagiaan keluarga mendiami kediaman tersebut. Jika susun atur rumah yang tidak bersesuaian, sudah pasti akan memberikan kesan yang kurang baik kepada emosi ahli keluarga yang lain selaras dengan kata-kata "Rumahku Syurgaku". Buku ini juga mengandungi tip-tip yang berguna seperti tip untuk menampakkan ruang tamu yang luas, bilik yang selesa dan ceria untuk anak-anak, tips tentang barangan yang sudah tidak digunakan, aksesori rumah dan lain-lain. Diharapkan penulisan seperti ini dapat diperbanyakkan lagi bagi memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana terutamanya mereka yang ingin menghiasi rumah.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
April 10, 2021
Mencari motivasi untuk mengemas rumah? Bacalah buku ni.. penulis berjaya membuat saya rasa teruja nak mengemas, tak pastilah sama ada apa yang dikongsi oleh penulis itu dialami oleh semua orang atau tidak, tetapi yang pasti hampir 80% berlaku dalam kehidupan realiti saya.. selama ni rasa macam aku seorang saja kah yang alami semua ni.. tapi bila baca buku ni, rasa lega sangat.. memang itu realiti rupanya.. walaupon bukan 100%.. tapi banyak sangat persamaan.. oh buku ini lebih kepada buku untuk memberi inspirasi bukannya buku contoh dekorasi.. cepat dihabiskan sebab teruja nak tahu semua tips yang dikongsikan oleh penulis.
Profile Image for Miina00.
27 reviews
February 18, 2022
Buku yang sangat bagus.
Luar biasanya banyak disertakan ayat ² Quran dalam buku dekor ni


Saya mengkategorikan buku ni sebagai "Islamic Interior Decoration" sebab banyak selit unsur² Islamic dalam cadangan penulis untuk dekorasi rumah.


Buku ni sesuai dibaca untuk pasangan baru berkahwin, penulis banyak menekankan design yang sesuai untuk anak² kecil.


Yang menarik anak penulis tidak pernah conteng dinding. Jika nak tahu apa rahsia, kena bacs buku ni.

Saya suka buku ni kerana sesuai dengan adat dan masyarakat berbanding buku deco luar negara yang tidak mesra budaya.
52 reviews3 followers
August 22, 2020
Buku yang mengetengahkan isu- isu berkait susun atur rumah yang sering dilihat sebagai satu kemewahan dalam sesebuah kemewahan. Penulis berjaya mengolah idea berkait dekorasi rumah sebagai satu keperluan dalam membentuk peribadi insan. Hiasi rumah terhias peribadi.
Profile Image for Aliaa D.
24 reviews1 follower
September 23, 2025
'Core ideas' buku ni adalah baik. Pentingnya kekemasan, kecantikan rumah. Bukan semata-mata nilai seni, tapi langsung mempengaruhi peribadi dan seterusnya. Minimalist. Praktikal.

Tetapi. Lebih daripada itu, contoh-contoh yang diberikan lebih kepada anekdot personal. Quotes yang diguna pakai banyaknya tiada attributes. Bukan research-based interior advice. Malah beberapa nasihat yang berbunyi islamik, seperti diakui oleh penulis sendiri, tidak berasas, tetapi tetap digalakkan.

Banyak nasihat juga bersifat fear-based. Takut itu jadi takut ini jadi jika tidak dilakukan. Bermulanya buku menceritakan mengasuh anak-anak membiasakan diri di rumah yg serba ada supaya tidak jadi jakun (perkataan penulis sendiri), mengkritik ibu bapa yang melapangkan rumah kerana memberi ruang anak-anak bermain bebas. Beliau menulis bahawa anak-anak boleh dididik, behave appropriately dalam setiap suasana jika dibiasakan. Pada waktu sama, beliau sendiri sekeluarga berpindah ke rumah kecil (loft style), kerana anak-anak pernah jatuh tangga dan jatuh kerusi ketika tinggal di rumah dua tingkat.

Pada bab akhir tentang kelebihan tinggal di commercial title loft unit seperti mereka kini - juga berat sebelah. Banyak penulis ceritakan tentang kepentingan setiap ruang dan mendedikasikanya dgn 'soul', pada masa sama berpindah ke loft style house dgn hanya satu ruang - ruang tamu. Bagaimana praktikal inti ruang tenang, ruang aktif dan sebagainya yang ditulis panjang lebar tadi?

Dari segi rekaan, kadang-kadang kedengaran seperti anti terhadap rekaan moden pula. Mungkin penulis patut tukar tajuk buku. Lebih kepada kelebihan rekaan yang penulis suka. Nampaknya penulis gemar rekaan rumah berbilik-bilik, partitioned homes, malah mengatakan rumah kini yang banyaknya open-concept, akibat campur tangan bangsa lain, mengundang fitnah dsb. Beliau juga nampaknya suka tandas di luar rumah, outhouse. Rasanya itu kurang praktikal dari pelbagai segi termasuk kemudahan dan aurat, yang mana sangat ditekankan oleh penulis. Penulis menulis tentang tembok tinggi, tapi pada masa yang sama menulis tidak boleh menggelapkan rumah jiran. Rumah sendiri juga perlu pencahayaan.

Konklusinya, idea pokok boleh diguna pakai. Tetapi dari segi contoh, penjelasan etc. banyak nasihat yg contradicting, tiada kajian, kecuali pengalaman beliau selama beberapa tahun sebagai arkitek - swasta dan kerajaan.

Wouldn't recommend it.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.