Jump to ratings and reviews
Rate this book

Maghfirah

Rate this book
HIDUP ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang boleh jadi lancar atau punyai halangan yang dipanggil ujian dan perjalanan hidup Ian berubah arah bila hati itu berlabuh pada pelabuhan yang tidak sepatutnya.

Kerana itu, Ian buang segala yang dia ada demi bermula semula. Dua tahun dia bermusafir menggalas beban dan bila dia singgah di depan seorang Maghfirah, dia tertanya… adakah ini destinasi terakhir? Tapi, kenapa gadis jelita ini memencilkan diri daripada dunia?

“Apa yang awak cari, Maghfirah?” - Ian.

“Saya tak mencari. Saya menanti.” – Maghfirah

Pada Maghfirah, dia sentiasa bersyukur biarpun hidup miskin bersama ayah tersayang. Salahnya berkeras kerana percayakan janji Nazri, biarpun pepatah mengatakan… orang tua makan garam lebih dulu. Natijahnya dia tanggung hingga ke hari ini angkara fitnah.

Aneh. Bila lelaki asing bernama Ian muncul di ambang pintu, yang tertutup itu dirasakan kembali terbuka. Tapi, dia tiada daya untuk sekat langkah Ian. Lelaki itu punyai wanita lain di dalam hati yang menjadi igauan saban malam. Tapi, dia tetap akur dengan aturan takdir dan cuba menjadi kekuatan bagi segala kelemahan Ian kerana dia yakin, Ian sedang menjadi benteng dalam melindungi hati rapuhnya.

“Saya tahu, lelaki macam awak tak perlukan saya untuk bermanja…” - Maghfirah

“Siapa cakap saya tak perlukan awak?” - Ian

Namun, bila wajah yang menjadi igauan Ian muncul membawa rahsia tentang kisah lalu Ian yang telah meragut satu nyawa, Maghfirah tahu… setakat itu saja Ian menjadi benteng untuknya. Biarlah dia pula yang jadi pertahanan demi lelaki yang amat dia cinta.

“Jari saya mesti kasar, kan? Mesti tak sehalus jari dia. Tapi, jari ini yang akan seka airmata awak sampai bila-bila…” - Maghfirah

“Maafkan abang sebab lukakan hati Firah biarpun abang tak sengaja, sayang…” - Ian

Ini kisah tentang satu perjalanan mencari sebuah keampunan demi secebis ketenangan. Maghfirah dan Ian sama-sama dihunus mata pedang

453 pages, Paperback

First published August 1, 2019

4 people are currently reading
114 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,035 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (41%)
4 stars
41 (46%)
3 stars
7 (7%)
2 stars
4 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
August 23, 2019
Maghfirah... Kisah tentang Muhammad Nur Furqan @ Ian yang mengembara mencari sesuatu yang dirasakan hilang dalam hidupnya. Khilafnya dimasa lalu mengejar dan mengacau ketenangan hidupnya. Lalu dia melarikan diri tanpa hala tuju mencari maghfirah-Nya..

Dalam perjalanannya, ditemukan dengan Maghfirah dan ayahnya lalu menjadi tetamu dipondok usang mereka. Dari tetamu bertukar menjadi penghuni tetap pondok usang itu. Ternyata penawar jiwa kacaunya ada disitu. Maghfirah... Mangsa fitnah bekas tunangnya.Terpinggir dan meminggirkan diri dari dunia luar. Dunianya hanya ayahnya. Hanya menanti katanya. Maka sesuailah pertemuan mereka. Seorang mencari. Seorang menanti. Lalu mereka saling menyokong satu sama lain dalam meleraikan kekusutan kisah lalu mereka.

Kisah ini tidaklah sesweet Sugar? tapi kalau dah RM, ayatnya pastilah membuai jiwa dan sesekali larut sekali dalam perasaan watak-wataknya..Apa yang saya suka dengan naskhah RM, membuat kita menilai kembali perjalanan hidup kita. Betapa ujian itu adalah untuk mendekatkan lagi kita pada-Nya. Maka berjalanlah dengan tabah walau apa jua ujian melanda...

Tapi sweetnya tetap ada. Jangan risau. Pasti tersengih jua dengan Ian dan Maghfirah ni 😍
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 25, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Is it just me or novel Rehan Makhtar kali ini biasa-biasa saja? Selalunya novel RM akan buat N emo and rasa nak habis baca satu buku time tu jugak sebab susah nak stop. But kali ni, I don't feel much, if anything. Jalan ceritanya pun N rasa kurang berkembang dan tidak bergerak laju.

Dari segi perwatakan, I cannot say I like either characters very much, mainly kerana N tak rasa Ian dan Maghfirah mempunyai perwatakan yang 'hidup'.

But having said that, it's not fair untuk cakap cerita ni tak best. It is more likely yang N expected more in this novel. It also didn't help when mood membaca sudah lama ke laut.
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
September 22, 2019
Sejujurnya KakChik macam kurang aura RM dalam karya kali ni. Mungkin hanya KakChik yang rasa begitu. :(

Tapi masih berbaloi untuk dibaca ye
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
December 3, 2022
Dua jiwa. Furqan dan Maghfirah. Yang mencari dan yang menanti. Tenggelam dalam kesilapan lampau. Tanpa disangka yg ditemukan ialah penawar untuk hati yg sudah terlalu lama dihukum.

Antara sebab saya suka dengan karya Kak Rehan ialah the way Kak Rehan namakan watak-watak dalam karya beliau. Kadang-kadang sampai ke tahap kita boleh rasa keserasian dua nama ni sahaja walaupun belum kenal lagi mereka ni. Maghfirah dan Furqan. Dua nama ni macam saling berhubung antara satu sama lain dan terikat dengan tali takdir. Ceh

Cerita ni bagi saya tak pain. Walaupun, backstory untuk kedua-dua watak utama ni sepertinya telah melalui satu kisah perit dan hitam. Tapi apa yang saya suka dengan karya ni - ini kisah seorang manusia yang mencari arah hidupnya. Mencari roh yang hilang- jasad terpasak di bumi tetapi jiwa melayang hilang arah.

Suka dengan hubungan mereka ni. Matang dengan caranya. Dalam setiap patah kata-kata tu bukan setakat mampu merawat hati masing-masing tapi berjaya juga merawat hati ku juga. It gives me a wisdom of life.

Watak Maghfirah ni sangat hampir dengan Lailatul. Masing-masing gadis kampung; berbaju kurung - lately ni suka la pulak nak bace karakter yang ala-ala perempuan melayu terakhir hahahah. Tapi perbezaan ketara yang saya bole nampak antara dua watak ni : Kalau Lailatul seorang yang murah dengan air mata; Maghfirah pula sebaliknya. Maghfirah hanya bertahan dan mengeraskan segala emosinya untuk menunjukkan bahawa dia kuat. Maghfirah takkan tunjukkan air matanya semudah itu. I love how strong Maghfirah is.

Furqan - a straight green flag with material husband standard. Aahh suka gila cara dia layan Maghfirah. Even, Maghfirah mula-mula tu macam dingin. I like their angst. Macam masing-masing suka tapi macam tak yakin their partner tu suka kat dorg balik ke tak. Tu la keadaan bila buat ikut persepsi sendiri tanpa tanya tuan badan. I always in love with a guy that have a protective side to their loved one.

Dalam carta liga tertakluk untuk karya Kak Rehan sahaja, Maghfirah is my top one favourite. Then, Seseorang Untuk Aku, Permata Hati.
Profile Image for Mslvoe.
2,055 reviews201 followers
January 8, 2025
Ya Allah slownya karya ini

F baca
F menguap lalu tertidur
F baca
F menguap lagi dan termenung

Maaf karya ini betul² buat F rasa lemau
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 7, 2021
[BOOK 19]

Maghfirah by Rehan Makhtar.
.

Bagi aku, this book is sooo RM's signature. So, kalau nak expect kelainan, memang tak jumpa. Aku boleh cakap yang, buku ni temanya lebih kurang je macam Dengarlah Jeritan Hati, Sanggupkah Bersabar Sayang dan lain lain. Tu je yang aku ingat.
.

Ian dan Maghfirah.
.

Ian yang dulunya seorang doktor, melepaskan kerjayanya demi mencari 'maghfirah' atas kesalahannya dulu. Berjumpa dengan Maghfirah di tengah-tengah pengembaraannya. Maghfirah pula, menjadi mangsa fitnah manusia atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Berjayakah mereka menggapai kebahagiaan?
.

Dan lagi satu, ni namanya curhat aku nak luahkan perasaan je la. Aku beli novel ni preloved. Dah lama. Aku pon tak ingat beli ngan sape dah. Yang aku geram ialah, novel ni rupanya tak cukup mukasurat. Lebih kurang 10 mukasurat kot kat ending. Nasib baik la dah happy ending, cuma tak puas baca la. So, aku geram la dengan penjual. Bagi aku, penjual tidak berlaku jujur. Dah nama pun preloved, so, mesti dia dah baca dan dah tahu kondisi buku ni. So, tak boleh la jual buku yang tak lengkap isinya unless dia dah bagitahu aku awal-awal. Dan, aku tak nak la apa yang aku rasa ni, betul terjadi pulak. Bila buku defect, dia claim buku ganti ngan penerbit. So, buku ganti dia simpan, buku defect jual kat aku. Jahat la kan kalau camtu. okay, sekian curhat. kbai. haha
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
September 28, 2022
Maghfirah mungkin tak semanis buku Rehan Makhtar yg lain tapi still terasa manisnya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 31, 2019
tune novel ni perlahan. mahukan pembaca menghayati bait-bait ayat yang disusun sempurna. mahukan pembaca menghayati setiap keindahan melodi cerita yang dilagu indah.

maghfirah, gadis polos yang duduk di ceruk kampung. punya cerita yang langsung tak ingin dialami oleh gadis lain. fitnah buatkan dia lebih selesa hanya hidup bersama ayahnya.

ian, si pengembara yang mencari erti kehidupan. yang mencari jawapan pada persoalan tidak tahu dimana hentian. yang sebenar lari dari masalah yang menjadikan dia punca kesalahan.

mereka bertemu. tuan rumah dan tetamu. dari situ mulalah pecahan demi pecahan segala masalah. masalah manusia yang suka jatuh hukum dan menjadi hakim sendiri tanpa mahu menyelidik dan bertanyakan kebenaran. masalah diri yang tidak mahu akui pada setiap kelemahan. masalah pada hati yang bolak balik mengia dan menidakkan.

sangat cantik gerakan cerita puan penulis Rehan.Makhtar . suka baca setiap nada kelembutan dalam penceritaan. duduk dan hayati bait-bait indah mampu buat pembaca hanyut sama dalam cerita.

inilah kehidupan. ketenangan sentiasa ada cuma perlu dicari di mana keberadaannya.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
295 reviews15 followers
March 2, 2021
Seperti biasa novel Kak RM jarang mengecewakan, its always her naration yang buat aku hook. Btw, ade satu part yang buat aku rse macam mustahil je Firah & Ian akan behave cam tu tapi tak terpikir pulak rupanya.... ek ena wat suspense je hahaha
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
October 17, 2020
Buku first dari RM yang saya baca. Tak tahu kenapa, penulisan RM kurang kena dengan jiwa saya. Sangat lelah dan penat nak habiskan😅 Setiap bait yang membuai jiwa, tak dapat membuai perasaan saya (maybe sebab saya baca dengan tak ada mood🙏) But it's okey, saya akan cuba baca karyanya yang lain.

Dua bintang? Untuk kejayaan RM yang berjaya buat saya ikut sedih kala Firah difitnah. Tapi saya tak setuju malah tak suka dengan tindakan Firah yang nak rahsiakan perkahwinan dia dan Ian sebab merasakan itu suatu yg tak perlu (kerana anggapannya, beritahu atau pun tidak, orang kampung tetap pandang serong).

Dan bagi saya, Firah ada sisi keras kepala. Saya faham, sebab dia trauma dengan ex dulu maka dia susah untuk terima Ian.
Profile Image for Lyza Amran.
19 reviews3 followers
February 13, 2022
"Ingatlah, yang rasa lemah itu sebenarnya adalah isyarat untuk kita bergantung pada Allah. Dan bergantung pada Allah adalah syarat untuk kita merasa gagah"

Suka dengan petikan ni. Pabila rasa lemah, pada Allah kita mengadu, mohon pentunjuk ajar segala kebatilan akan tersingkap. Lemah bukan mengalah. Lemah tandanya kita manusia pendosa yang sentiasa memohon pertolongannya.

"Baru sekarang nak merasa sakit hati, bernanah telinga? Mengapa tak dari dulu? Masa semua orang tuding dekat saya? Mana rasa sakit hati dan bernanah telinga tu? Jadi sekarang, katalah apa saja. Saya tak kisah langsung. Orang tak pernah datang bertanya. Orang hanya terus buat kesimpulan sendiri."

Ya betul tu. Time kita memerlukan sokongan, time tu semua menjauhkan diri. Hanya mendengar sebelah pihak tanpa bertanya pada sebelah pihak lagi. Mendengar tanpa berfikir.

Maghfirah, difitnah, dipulau, dibenci sehingga dia merasakan hidupnya hanya cukuplah di pondok buruk bersama ayah tercinta. Tidak mahu menjenguk ke dunia luar. Dasyatnya fitnah dan lebih dasyat berjaya mempengaruhi orang lain mempercayai fitnah tersebut.

Ian, perjalanannya mencari MAGHFIRAH ( keampunan ) namun pertemuan bersama Maghfirah yang dingin, sejuk, beku,akan terhentikah perjalanannya?

Dosa yang tak tertanggung. Dosa yang sentiasa menghantui lenanya. Terampunkah?

Novel Rehan Makhtar sangat jarang mengecewakan ( rasanya macam tak pernah mengecewakan je 🤭) cuma kalini takda plot twist or saspen... untuk santai2, bacaan ringan, worth it...
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
November 7, 2022
"Tolong saya. Saya dah letih berlari..."

Kisah Ian yang mencari dan Maghfirah yang menanti. Sayaa sukaaa sangat dengan plot cerita Maghfirah ni! Bagi saya ceritanya unik dan padat. Penuh dengan ilmu malah dapat menyusuri latar kehidupan misteri daripada dua watak utama novel ni.

Nak kata— huwaaa tak sangka la pekerjaan si musafir Ian ni sangat uwauuuu saya suka saya sukaaa😍!!pekerjaan yang buatkan dia sendiri hilang diri sebab langgar etika yang misteriii ha gituu!

"Saya mengembara mencari sebuah keampunan."

HAAA tak sangka mengembara jauh-jauh sampai masuk dunia bunian! Scene Ian masuk dunia bunian ni sumpah comelll😭😭😭😭 kelakar gilaaa!!! Suka benor ye si 'Bunian' tu usik tetamu dia 🤣

Lepastu lepastu, sukaaaa sangat dengan Maghfirah ni! Maghfirah ni kira boleh jadikan inspirasi untuk menjadi isteri mithali tau. Dia punya lemah lembut, sopan santun, bahasa halus, aaaa senang cerita set² perempuan melayu terakhir tauuu. Tapi hati dia fuhh kentalll! tabah, kuat nak hadap semua hunusan mata pedang tu.

Sekuat-kuat Maghfirah, June pun kuat 🥺 Bila tahu kenapa dia jadi macam tu, kesian sangat. Dia tetap kuat nak hadap semua permintaan 'seseorang' tu tanpa fikir diri sendiri. Yang akhirnya memakan diri... :(

Lepastu kan ada satu scene ni yang buatkan kita terkejut, dia macam, kenapa lain macam aje layanan Maghfirah ni. Kenapa Ian tetiba gituuuu?!! Dia macam "nooooo!!!" haaa di situ lah readers pun sama kena prank sama macam penduduk kampung Maghfirah di prank😔

LURVEEEE FROM IAN SI MUSAFIR :

"Awak boleh bantu saya, kan? Mencari Maghfirah-Nya."
Profile Image for A Tiny Little Me.
22 reviews
November 11, 2021
I nk beli buku ni nk baca lama dh. Tapi itulah~ pastu smlm i buka shopee i nk beli novel tktau dh nk beli apa and i buat keputusan utk nk beli maghfirah. Tapi i tk terus beli i baca dulu dekat blog rm. Baru baca beberapa bab i terus checkout the novel. I continue lagi baca sampai bab 21. Tk sabar tunggu buku sampai. No doubt i like it. I read quite a lot of her books. And i just love the ways she wrote all of her books. Pattern sama saja. And i suka that pattern.

I suka kisah ian dgn firah. Dua org yg ada kisah luka. They rely on each other. Bnyk nasihat kita dpt dlm novel ni. Buat i tersedar sendiri bila baca-

Kuatnya ian hadapi ujian sorang diri. Berhijrah mcm2 tmpt. Kuatnya kasih seorang ayah. Pakcik mansor. Kuatnya seorang maghfirah hadap fitnah bertahun2. Sampai tk berani kluar rumah nk hadap manusia2 yg hanya pandai mendengar tapi tk penah bertanya.
Profile Image for Ezzati.
4 reviews
March 13, 2020
Ini adalah buku RM pertama yang saya baca. Ayat-ayat dalam buku ni ringan je, tak ada metafora melampau dan pada masa yg sama penuh dengan makna tersirat. Cuma saya expect sedikit konflik yang lebih besar. Baca punya baca, tiba-tiba dah epilog.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
August 30, 2019
Erm...cerita slow skit mula2 tu sebab masing2 hero dan heroin dok layan derita masing2. Hurm..lepas tu baru best skit. Biasa2 jer lar.. tak semanis sugar.
Profile Image for lyaa.
45 reviews2 followers
March 28, 2023
dua insan. yang lemah mencari kekuatan.

"semua orang akan hadapi kesukaran biarpun sekali dalam hidup ni,"

i didn't know how to describe how beautifully written this book are. sangat cantik dan sangat indah segalanya. sukaaaaaaa. sayang buku ni ketat ii 🥺❤‍🩹

dua insan, yang tersakiti oleh masa lalu, seorang mencari dan seorang menanti biarpun sakit di dada tiada siapa yang tahu.

maghfirah, anak gadis yang sangat tabah. dimaki dan dicerca tanpa membuat kesalahan malah kesalahan yang digantung di bahunya. firah.. benar ii gadis yang tabah. malah tiada dendam yang bersarang di jiwa. pandai jaga rumah, masak, anak yang taat dan juga isteri yang terbaik. how to be you, magfirah ? kata ii yang keluar dari mulut maghfirah ni pun semua bermanfaat. takda satu kata pun yang sia ii dari mulut seorang wanita ini.

muhamad nur furqan. ian sebagai nickname. jujurnya sampai sekarang masih nak connect kan macam mana furqan boleh jadi ian tapi tak mengapa lah. buat ii tahu jela.

ian pun manusia yang tabah. dihuni mimpi ngeri sepanjang dua tahun mengembara tanpa tujuan. jejakkan kaki di tanah asing dan dibawa balik oleh pak mansor ke rumah yang teguh sebatang kara. menemukan dia dengan maghfirah.

jujur cakap, mana hilang lagi 0.5 star dekat 4.5 tu ialah sebab kisah lalu ian. saya rasa macam lama sangat kisah june dengan ian ni. tapi sebagai pelengkap jalan cerita, so kita still kene baca.

masa plot twist tentang june tu, memang saya termenung sekejap. memang takleh brain. benda berlaku sangat pantas seperti kata ian. saya pun loading nak proses apa tengah jadi.

penuh liku dalam cerita ni tak boleh cakap la. but, after diorang kahwin, memang manisssss semut pun penat kutip gula tumpah hshshshsh. cara ian layan firah dan cara firah layan ian ❤‍🩹 dua ii insan ni memang saling memerlukan dan dua ii saling melengkapi.

buku ni walaupun orang kata paling ringan dalam banyak ii karya kak RM, tapi still sedikit berat jugak la. the plot, the history, the characters. semua functionnn. takde satu pun bende draggy dalam ni. lurveeeee. dan cerita banyak berkisarkan oleh tiga orang je. tiga orang with the whole plot ? astouding.

akhir kata, ian husband material. nak, sumpah nak muhamad nur furqan sorang ni. tolong la wujudkan dia bagi saya seorang pun jadilah 😭❤
Profile Image for Sarah.
51 reviews
June 24, 2022
Setelah dikecewakan dengan HYKP, nampaknya yg ini memang mengubati betullah. I love it so much!

First of all, the plot. Maghfirah atau maksudnya keampunan. Kisah Ian yg mencari dan terus mencari sesuatu yang dia sendiri pun tak tahu apa. Kisah tentang Maghfirah yang hanya menanti.

Dan bila sampai di perhentian, Ian sedar apa yg sebenar benarnya dia cari. Keampunan atas khilafnya. Perhentiannya adalah Maghfirah. Dan nampaknya, Maghfirah dan dia ditakdirkan bersama.

Baru rasa sayang tu singgah, Maghfirah niat nak melepaskan Ian pergi. Padahal, Ian pun tak terniat nak teruskan perjalanan. Maghfirah sangsi dgn niat Ian terima dia. Atas sebab paksaan? Jasa?

Konflik tak lama bila Ian buka kisah dia sendiri. Dan akhirnya, Maghfirah la yg jadi penawar untuk merawat Ian.
Profile Image for Umai.
8 reviews1 follower
November 3, 2022
As expected karya kak rehan tak pernah mengecewakan. Jalan cerita yang santai dan sangat banyak pengajaran. Saya memula terfikir kenapa firah ni tak behave sangat ni? Tak kan lah dia tak jaga laku dia dengan ian sekali LAHHH TERKEJUT KITA DIBUATNYA 😂😂. Pandai ya kak rehan buat saya tergamam kejap😂😂(walaupun dah boleh agak tapi still tergamam🤣). Overall novel ni bacaan santai yang penuh pengajaran. Novel ni jugak takde lah pain sangat (pain rating: 1.5/5) berbanding novel-novel kak rehan yang lain. Apa-apa pun SAYA NAK IAN IKAT TEPI SATU PLEASE 🥺😭😭❤️
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
June 14, 2021
Tuhan, indahnya kalau ditemani oleh seseorang yang jiwanya seluas Maghfirah, cintanya setulus Ian dan bicaranya seikhlas Pak Cik Mansor.

5 bintang untuk watak-watak ini.

Sempurna.
3 reviews
October 13, 2021
Menarik..ringan..indah..entahlah. Tak ada yang luar biasa tapi suka dengan bait-bait dalam naskhah ini.
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
August 21, 2023
🦋𝚁𝚎𝚟𝚒𝚎𝚠 𝟸𝟾🦋

"𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐰𝐚𝐤, 𝐅𝐢𝐫𝐚𝐡."

Rate : 9/10🌟

𝐼𝑎𝑛 💘 𝑀𝑎𝑔ℎ𝑓𝑖𝑟𝑎ℎ

🦋🦋🦋

Ian menemui Maghfirah dalam situasi yang langsung tak terjangka dek akalnya. Bertemu dengan Pak Mansor, ayah Maghfirah di stesen bas dan dijemput pulang kerana apa yang dicari masih belum temui. Entah berapa lama dia berjalan mencari apa yang dicari sehingga sekarang tak jumpa-jumpa.

Ian anggap rumah Pak Mansor ini satu perhentian yang sementara untuk dia fikir destinasi yang seterusnya. Dia kena cari sampai dapat. Tapi dia sendiri tak tahu apa yang dicari.

Mengenali Maghfirah membuatkan diri tidak sedar, dirinya selesa duduk di situ kerana semuanya dijaga dengan rapi. Dari segi makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Biarpun kehidupan Pak Mansor dan Maghfirah susah dan dipulaukan orang kampung.

Ya, lama-kelamaan Ian jatuh cinta dengan Maghfirah tanpa sedar. Sedikit demi sedikit dia cuba menggoyahkan tembok dingin Maghfirah. Maghfirah seorang gadis yang tegas pendiriannya dan sangat matang meskipun hidupnya dicerca orang kampung.

Ian dan Maghfirah memiliki kisah yang sama dalam situasi yang berlainan. Disakiti manusia-manusia yang sejenis tahu menghukum orang saja.

Berjayakah tembok dingin Maghfirah diruntuhkan? Apa yang Ian cari sehingga dia merantau ke sana ke sini?

•••

Storyline yang TERPALING santai 😏 bila baca boleh golek sana sini tanpa rasa risau. Kejap-kejap senyum sendiri bila layan perangai ‘gedik’ Ian 🤪 Suka sangat-sangat dengan watak Maghfirah 💗 Tabahnya hati dia walaupun ada masa dia terikut kata hati dan bersikap keras kepala.

Cerita Kak RM memang tak pernah mengecewakan 🐥

Recommended gais ☑️
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
August 5, 2024
3.8/5 ⭐️

start off slow for me. mungkin saya yang takde kesabaran 😭 saya pelik satu part je. tetiberrr dia kahwinn haa tetiber dah dua minggu kahwin yaaa haa agak shocked kat situ tapi rupanya kat epilog ada scene dia tapi sikittttt je lahhh 🤏🏻

lan and Maghfirah bagaikan puzzle piece yang lengkap. Seorang mencari, seorang menanti. 🫂

lan ada trauma dia yang membuatkan dia mengembara mencari 'Maghfirah', Maghfirah juga ada trauma dia yang membuatkan dia tutup pintu hati dia untuk mana mana lelaki. sampailah lan ditakdirkan untuk bertemu dengan Maghfirah.

Mana Ian dapat kunci hati Firah? Firah sendiri tak tahu. Walhal dia sendiri lupa mana dia simpan kunci tu.

Maghfirah memang wanita idaman setiap lelaki. serba serbi sempurna.

Relationship dorang actually boleh lead to many misundertandings disebabkan miscommunications. sorang terlalu berahsia, sorang terlalu memendam. thank God ian jenis peka so he noticed sikit perubahan Maghfirah.

All in all, lurve. banyak pengajaran boleh dapat dari cerita Maghfirah ni 🩷 kurang spark sikit bila baca Maghfirah. Tapi manisnya tetap ada 🤭💕 Kak rehan tak pernah mengecewakan 🫶🏻
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
February 18, 2020
Dah nama pun Rehan Makhtar kan... memang best lah!
Tak ada cliche mana pun...kalau ada pun selit secara kita tak sedari pun, which is really clever!
Ian and Firah are destined for one another, surely!
Cantik saja susunan jalan cerita ni. Seorang doktor psikatri yang hilang arah dan akhirnya berada dipenghujung, noktah perjalanannya mencari keampunan tatkala bertemu Maghfirah!
Saja simpan buku ini ..tak nak baca sebab bagi laluan buku lain dulu...cos I know how her book will make me feel! Susah nak letak!
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.