Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.
Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!
Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.
Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.
"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi
Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?
4.7* (Long Review) Cover yg sangat attractive, title story dan sipnosis yg quite eye-catching. Terbahagi kepada 3 bahagian. Satu memaparkan tentang domestic abused then plot built up to another love story between an ex assasin and a damsel in distress, then the finale.
Sebenarnya temanya tak lari dari kisah kahwin paksa seorang remaja perempuan lepasan spm dgn jejaka berumur about mid 30s. Seorang yg sangat naif dan terlalu trusting except when it comes to her husband affair. Walaupun objected akan perkahwinan itu, Hayla terpaksa ikutkan juga kerana dia kesian dengan neneknya yg telah uzur. Disangka perkahwinan akan membawa bahagia namun duka dan kesakitan fizikal berlanjutan yg di hamparkan sehingga dia mula memberanikan diri untuk membebaskan diri dari sangkar perkahwinan yg amat abusive on all level except kemewahan.
Saya tak boleh brain lah both spineless people boleh hidup 20 tahun bergelumang dlm kemaksiatan dan mereka tiada tiada ura2 ingin berubah ke arah kebaikan. Yg mereka fikir hanyalah harta yg bakal ditinggalkan oleh bapa Zafran. Kutuk Hayla ni kekampungan tapi perangai mereka lebih kampung dari Hayla. Orang kampung pun ada je yg educated tau. Malaysia dah maju dah. Banyak dah boleh berbahasa BI dan sebagainya. Terror2 pulak tu. Bukan mereka tak tahu..tapi ego sangat nak mengaku.
Julia mmg cintakan Zafran tapi saya rasa dia lebih cintakan harta Zafran dari Zafran sendiri. Duit Zafran juga banyak dihabiskan untuk Julia dan keluarganya. Kata tak kekampungan, modern sangat..ada kerjaya yg baik dan bisnes sendiri, habis tu mengharapkan harta orang tu apa kelas? Buta benar mata hati Zafran ni. Jika Julia dibenci bapa Zafran, mestilah bersebab. Bagaimanalah tak terus2an dibenci jika selama 20 tahun hidup bagai suami isteri tanpa ikatan yg halal dan sebab yg lain. Kenapa tak halalkan je hubungan tu kat Songkhla ke or whereever?
Part romance between Anaqi dan Hayla, seperti biasa je. Tak begitu interesting sangat except cara pertemuan mereka. It gets more exciting when other assasins dtg mula memberantakkan kembali kehidupan Anaqi. Anaqi tried to live up to the title of the story. I Promise - Jaga Kamu Sampai Mati. Bila dia sendiri di tangkap oleh mereka, he begged for mercy on behalf of his wife. Bila he was taken far away, he almost give up untuk hidup until someone said something. Dia bertahan untuk bertemu dgn Hayla kembali.
In between the above, jika tidak kerana Hayla yg ketakutan semasa mencari jalan keluar pasti mereka dah boleh terlepas. Mungkin sahaja. Since she is non violence dan tak pernah menghadapi saat begini, lagi dgn kesan dari her abusive marriage b4, mmg dia gigil juga ketika itu. Boleh pula dia suruh stopped belasah orang. Alahai..but all these is just a small part of their romance.
Dalam saat perpisahan dan kesedihan dengan ketiadaan Anaqi disisi, ada juga babak lucu antara Zafran dan Hayla. Itulah manusia. Bila dia ingat dia boleh 'makan' dia buli dan toture cukup2 untuk memuaskan ego dia. Bila orang tu bangkit, tahu pulak ketar.
Finale Pertembungan antara Zafran dan Anaqi bagi menegakkan maruah Hayla. Mmg lama dah bersabar. Jika ikut cara Anaqi yg lama, jgn mimpi boleh bernafas lagi. Dan juga pertemuan diantara Hayla dan sahabatnya di kampung. Penutupnya is her wedding reception.
_________*****_________
Part ni mmg sayang giler pembaca tak tahu apa yg terjadi between Zafran dan Anaqi behind closed door tapi boleh agaklah apa yg terjadi sebab bila mereka nampak susuk tubuh tu dah hampir lunyai dan lembik dah cuma tak patah riuk je. Adoi kenapalah Anaqi ni baik sangat. Kalau saya mmg dah patah2kan je kaki dan tangan Zafran ni, tendang 'anu'nya sampai bengkak then muka dia yg kurang handsome tu kita alterkan lagi sampai tak nampak dah muka sebenar, baru lah best. Lelaki macam ni mmg tak memberi manfaat langsung pada keluarga dan masyarakat. Mental saya ni tak sehatlah. Abusive juga..geram..geram geram...eeeii!!!
I wonder how she could spend five years on unwanted marriage. Adakah dia mengumpul wang yg diberi dalam perkahwinan tu? Mungkin dia menerima apa sahaja yg diberi tanpa meminta apa2 kerana ganjarannya adalah luka di badan sendiri kelak. Mengapa dia tak upgrade her education and pergi self defense class secara sembunyi? Kerana she has always led a sheltered life? Sering di kawal oleh driver suaminya yg typical lelaki juga, susah juga nak bergerak lagipun dia tak tahu selok belok bandaraya tersebut. (Melainkan ada fitness kick boxing class dalam mall. Konon nak pergi facial spa tapi sebenarnya melencong ke fitness centre. Tak boleh salahkan dia sebab dia tak bebas bergerak dari kehidupannya di kampung sehinggalah di bandar.)
Flow of the story toward the ending agak fast paced. How I wished bapa Zafran betul2 masukkan Zafran ke penjara dan kehidupan Julia lebih sengsara. But the closure at that part bila Julia memandang Hayla ketika itu, maybe said it all. Dia telah gagal.
TMI sangatlah review. Dah cuba pendekkan tapi tak retilah. Size of the book sama macam Love Elsa. Overall worth giving this book a shot. Mmg best. Saya suka. Jika harap novel ni ada babak action tahap tempur mcm dlm movie atau terlalu romantik, anda akan kecewa. Sebab ianya hanya gist sahaja. Ya lah. An ex assasin not an assasin. Ada juga lah ia menceritakan bagaimana Anaqi mula menjadi assasin dan menjadi kaya raya even after his retirement and why he stopped being one. Yg lain2nya quite straightforward even without this review, dah boleh expect what happen.
This entire review has been hidden because of spoilers.
First half saya baca betul-betul. Saya jarang nak jumpa watak lelaki yang kaki pukul isteri ni. Saya tertarik dan nak tahu sampai bila babak pukul ni berakhir. Dan bagaimana. Tapi saya hampa. Sangat tak memuaskan. Apa jadi pada Zafran. Macam tu saja ke? Hayla pulak lembik dan naif. Tapi kalau melibatkan perasaan dengan Tuan Anaqi, pandai pulak dia nak memikat.
Pada saya, mangsa kaki pukul ni sedikit sebanyak mesti ada kesan psikologi macam trauma ke PTSD ke kemurungan ke etc. Sebabnya tempoh penderaan tu lama sampai 5 tahun. Pembantu rumah sangat lah tak membantu. Cuma boleh kesian je. Bertemu pulak dengan orang macam Anaqi. Hayla tak takut ke? Berkahwin dengan Anaqi diam-diam. Sebab nya Anaqi ada masalah nak percayakan orang. Tapi dengan Hayla tak pulak macam tu.
Saya tak rasa hubungan cinta antara Hayla dan Anaqi menarik. Macam tak kena. Selebihnya saya cuma selak dan baca sikit2 sampai lah habis.
Setelah lama menyepi, Kaki Novel kembali semula tahun ini. Dan untuk permulaan yang baharu, novel I Promise oleh Acik Lana menjadi sandaran. Dan, strategi KN saya kira berjaya!
Sejujurnya saya sudah lama tidak membaca karya Acik Lana. Saya sendiri mengaku sudah lupa bagaimana tulisan penulis ini. Tapi, I Promise sungguh memberi impak. Perjalanan cerita yang lancar, penggunaan bahasa yang mudah tapi menampakkan kematangan. Saya kira novel ini merupakan karya terbaik penulis.
Walaupun pada awal cerita, agak geram dengan "lemah" seorang Hayla, tapi semakin cerita bergerak, rencah yang digunakan semakin terasa. Unsur aksi, kekeluargaan dan kasih sayang berjaya diadun penulis. Dari lemahnya seorang Hayla menjadi seberani Anaqi, Acik Lana berjaya membuatkan watak Hayla dan Anaqi 'hidup'.
Secara keseluruhannya, novel I Promise ini saya kira antara naskhah yang wajib dimiliki peminat Acik Lana dan peminat Kaki Novel. Tahniah buat Acik Lana! Dan juga selamat kembali buat Kaki Novel.
One of my comfort books. Even dah tercela dengan drama adaptasi yang merepek, tetaplah aku simpan dalam peti besiku. Kot-kot nanti dh boleh hilang ingatan muka pelakon2, baru nak reread.
Karya acik lana memang tak pernah menghampakan. Tapi tak tahu kenapa.. Gaya bahasa acik lana dalam novel kali ini ada sedikit kelainan, berbeza dari karya2 dia yg lain.. Kisah Hayla gadis yg terpaksa berkahwin dgn Zafran.. Lelaki yg kejam dan tidak mencintai Hayla.. Kesian Hayla didera.. 5 tahun bersabar di dera jiwa dan raga oleh suami akhirnya berakhir.. Nasib Hayla ada bapa mertua yg baik dan memahami Hayla.. Selepas bercerai Hayla meneruskan kehidupan sebagai tukang kebun di rumah Anaqi. Anaqi lelaki yg Sentiasa menjadi penyelamat Hayla.. Lama2 mereka jatuh cinta dan berkahwin dalam rahsia demi keselamatan Hayla.. Kena lah rahsia kan.. Dah Anaqi tu kerjaya nya dulu pembunuh upahan.. Ramai musuh nak bunuh Anaqi.. Banyak lah aksi2 dalam cerita ni.. Tapi berakhir cerita dgn Happy Ending.. Berbaloi beli Dan Berbaloi baca.
pada permulaan cerita, agak geram sebab hayla asyik didera dan pembacaan jadi sangat perlahan untuk saya. Tapi mungkin yang cuba untuk ditunjukkan penulis adalah, hakikat sebenar menjadi mangsa penderaan.
Bukan mudah untuk bangkit dan mencari kekuatan untuk melawan pendera. Good message.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Mungkin I wasn't in the right mood for this because N tak berapa nak enjoy novel Acik Lana yang ini. N rasa ia agak draggy. Chemistry antara Anaqi dan Hayla pun macam malap jer pada N, so bila dorang dah start berabang-sayang, N rasa mengantuk jer. Maka mula lah N praktikkan skill membaca ala-ala imbasan sahaja.
Sedih perjalanan hidup Hayla. 5 tahun tu dia kena hadap sikap Zafran yang giler tu.. spesis jantan-tak-guna. Hanya mempergunakan Hayla bila nak sesuatu.
Kadang² tertanya jugak.. kenapa perlu stay selama itu. F rasa sebab Hayla tiada siapa² untuk dia mengadu. Tiada keluarga yang boleh protect dia
F suka cara Anaqi. Rela kahwin dengan hitman dari Zafran sewel tu. Sweet sangat Anaqi. Sukalah chemistry diaorang.
Tak rugi beli. Memang best. Tapi permulaan tu macam slow sikit. Geram dengan Hayla yang jadi mangsa keganasan rumahtangga tu, tapi tak stand up for herself. Nak tunggu gak sampai 5 tahun baru nak berani. Apa benda lar, tak suka sangat dengan kenaifan Hayla yang tak kena tempat tu. Tapi, apa yang bagusnya, dia dapat terima si Anaqi yang ada sisi gelap tu as a hitman. Wow! Melting habis dengan perangai Anaqi yang sweet tu, walaupun mula² tu kena berahsia hubungan dia dengan Hayla, tapi ternyata dia memang sayangkan sangat² dengan Hayla. Haih! Sweet habis lar Anaqi ni.
Disebabkan aku tak kisah membaca novel apa2 genre, jadi kali ni aku mencuba genre romance ala2 drama tv3 ni. Haha. First time juga aku baca penulisan AL.
Secara ringkasnya, novel ni tentang 2 insan iaitu Hayla dan Anaqi (pembunuh upahan) yang mana diorang saling jatuh cinta. Hayla lari daripada Zafran dan bekerja dengan Anaqi. Banyak la peristiwa lucu semasa Hayla bekerja ni. Tambah lagi, dia pun tak kenal Anaqi ni majikannya.
Starting cerita agak lambat dan watak Hayla yang lemah pada permulaan membuatkan aku sakit hati. Sumpah. Tu antara faktor aku lambat nak habiskan buku ni. Sebulan la juga. Hahaha.
Pertengahan plot dah rancak membuatkan aku nak terus membaca. Sangat menarik. Tapi (ada tapi tuu) bagi aku lebih menarik jika ditambah lagi scene yang lebih menunjukkan Anaqi ni seorang pembunuh upahan. Harapan aku untuk melihat scene demikian tak kesampaian. Terpaksa aku rate kurang. Sori~
Endingnya ok. Seperti drama2 kebiasaannya. Apa yang aku nak beritahu tentang novel ni, penulisan AL straight forward. Jadi, korang mudah nak faham ceritanya. Tak usah pening2 kepala.
Jadi korang yang peminat genre romance ni, aku recommend. Aku tak nafikan memang banyak sweet scene yang korang dapat nanti. Apa2 pun semoga AL teruskan berkarya dan menghasilkan penulisan2 yang berkualiti.
Ok straight to the point. Buku tak sama dengan drama bersiri tu. Dalam drama lebih banyak ‘drama’ . Buku more straightforward. Simple love story. So bagi Siz, drama bersiri lagi best ( + ada Sharnaaz! 🤣)
Saya bukan peminat tulisan acik lana. Tapi saya tau cerita-cerita beliau selalunya tak mengecewakan. Beli buku ni di kala gian nak membaca dan seperti dijangka jalan ceritanya menarik.
Hayla, Gadis muda di paksa berkahwin oleh neneknya. Mengharapkan ada bahagia dalam perkahwinan sayangnya dijadikan tempat perlepas baran suami dan nafsu semata. Terlalu menjaga hati orang yang dia sayang membuatkan dia terperangkap dalam perkahwinan tersebut. Sehingga satu peristiwa buatkan dia mahu bangkit dan lari.
Anaqi, Lelaki misteri dan semestinya dalam bayangan saya pasti kacak bergaya. Penyelamat si Hayla, walau hidupnya tak seperti yang lain, tapi punya impian untuk bahagia.
Takdir buatkan mereka bertemu, takdir buatkan mereka melengkapi satu sama lain.
Kata saya Cerita ni bermula perlahan sebelum mula mendapat rentak. Saya geram dengan watak Hayla yang sanggup jadi punching bag si suami dan hanya mampu melepaskan rasa geram di dalam hati. Menerima sahaja tindakan dan sikap baran suami. Yang mana saya tak tau masih wujud lagi ke tak manusia seperti Hayla di dunia nyata. Apabila pertemuan dengan Anaqi, saya mula mendapat rentak. Saya mula menghayati setiap gerak penceritaannya. Terbayang-bayang adegan si "hitman". Macam mana setiap nyawa yang diarahkan untuk diburu itu begitu murah di tangannya. Tak terbayang saya macam mana ada seseorang yang punya banyak harta, bisnes berjuta tapi masih menjadikan membunuh sebagai kerjaya. Keseluruhan cerita, tak mengecewakan dan recommended! :)
Hayla telah dipaksa kahwin dengan Zafran. Selama lima tahun dia didera. Setelah diceraikan Hayla berkerja dengan Anaqi. Mereka mula bercinta dan akhirnya berkahwin. Tetapi Anaqi ada menyimpan banyak rahsia. Dan jika rahsianya terbongkar, mungkin nyawa Hayla terancam. Mungkinkah Hayla dapat mengecap bahagia setelah lama disiksa? Siapa Anaqi sebenarnya? Bolehkah Anaqi beri kebahagiaan kepada Hayla?
AL ialah penulis yang separuh buku beliau, aku suka. Dan selebihnya, kurang. So, buku I Promise ni termasuk dalam kategori yang kedua tu la. .
By the way, buku ni dah diadaptasi dah pun. Aku je baru terhegeh nak baca. .
5 tahun bergelar isteri kepada Zafran sejak usia 19 tahun, Hayla tidak pernah bahagia. Dia sering dijadikan bahan sepak terajang. .
Sehinggalah dia melarikan diri dan menumpang berteduh di rumah Anaqi, melalui pembantu rumahnya. .
Tapi bukan senang untuk Hayla bahagia. Bila terlepas daripada Zafran, kisah silam Anaqi pulak muncul. .
hurm, kenapa aku merasakan buku ni bukan favourite aku ialah, sebab Anaqi ialah (bekas) penjenayah. Dia ialah seorang pembunuh. Tapi dia melarikan diri dan bersembunyi. So, dia tak pernah dijatuhkan hukuman. .
Kedua, sebab aku meletakkan diri aku sebagai Hayla. Contohnya, kita ni tidak bernasib baik, tidak berjumpa penyelamat seperti Anaqi, apa option yang kita ada untuk selamatkan diri daripada Zafran? Dan aku percaya, ramai wanita di luar sana, hidup dalam kalangan suami abusive, masih tak jumpa jalan keluar, sebab lelaki seperti Anaqi ni berapa ketul je kot dalam dunia ni. So, sebenarnya aku mengharapkan ada solution. .
Dan aku rasa Hayla ni terlalu cepat percayakan Anaqi. Well, kau dah pernah kena abuse kot, macam mana semudah itu kau setuju untuk kahwin dengan Anaqi yang kau tak kenal sangat dan seorang perahsia. Itulah, kuasa cinta. .
Overall, aku rasa penulisan AL sedap je. Buku ni bacaan fiksyen/ fantasi je sebenarnya. Aku pun tak tahu kenapa aku serius sangat. hahaha .
p/s: kepada Hayla di luar sana, kita kena bangkit. Kita mungkin tak jumpa Anaqi untuk selamatkan kita, tapi kita masih ada Tuhan. Jangan takut untuk lari.
Sejujurnya novel ni aku beli sebab suka gila dengan Sharnaaz Ahmad. Dengan watak berjambang dia, dengan muka serius, senyum senget2 tu.. haishhhh.. make my heart dup dap dup dap 😆😆😆
Dah beli novel ni, aku tak layan dah drama tu sebab, haishhh..novel lagi best..pastu baca sehari dah settle. Pastu macam banyak lak tak selari dengan novel. So layan novel je la sambil bayang muka Sharnaaz .. gituuuu.... 😜
Hayla, didera suami. 5 tahun hidup makan hari. Dipukul, dibantai, diherdik, fizikal, mental dicedera tanpa simpati sang suami. Alasan mudah, kerana sang suami sudah ada kekasih hati, dipaksa ayah menikahi gadis kampung yang tak dikenali ( Hayla).
Kesabaran dipupuk meletus sudah. Hayla nekad untuk melarikan diri.
Complicated kisahnya. Hanya sebulan berjaya keluar dari neraka dunia, sang suami berjaya menjejaki dirinya. Terhumban kembali keneraka ciptaan suami. Namun Hayla kini, bukan Hayla sebulan yang lepas. Bertindak melawan sang suami yang menderanya kembali.
Berjayakah Hayla keluar kembali dari neraka rumahtangganya sendiri?
Tuan Anaqi. Bukan calang2. Ada sisi yang ingin dirahsia sampai mati. Hidup dalam hati2, paranoid gara2 kisah silam yang tidak pernah berhenti mengejar dirinya.
Hayla, gadis naif, Tuan Anaqi penuh dengan kisah hitam.
"You shouldn't love me, because I don't deserve you"
Apa yang menghalang Anaqi membiarkan perasaan cinta subur pada Hayla?
Novel ni best. Layan sangat. Sehari je boleh habis. Cuma hehehe... 1 je... hero dalam novel ni kekayaan tu melampau2 sangat. Ending novel ni buat perasaan best membaca dari mula tu, berkurangan. Sib baik la dah nak habis. So hadap je la bab2 akhir pasal kekayaan melampau Anaqi.
Kehidupan perkahwinan Hayla tidak pernah bahagia selama 5 tahun. Hayla bersabar dengan perangai suaminya ( Zafran ) yang kaki pukul & tidak pernah mencintai Hayla. - Part ni memang sabaq dgn Hayla sbb dia boleh bertahan dgn suami dia selama 5 tahun.
At one point Hayla bertekad nak lari dari rumah. Satu incident yang telah berlaku melibatkan pertilongan Anaqi & dari situlah Anaqi pun tahu yang Hayla adalah orang yang menumpang dirumahnya.
❄️❄️❄️
Cerita best rasa mcm duk tengok movie hahah Kesabaran Hayla memberikan kehidupan yang bahagia 😊
4.5 🌟 for this novel! Novel-novel Acik Lana memang jarang-jarang mengecewakan. Aksi thriller guna digarap dengan baik. Dapatlah juga dibayangkan aksi2 yang sedang berlaku di dalam novel. Momen-momen manis antara Anaqi & Hayla juga best. Dan paling tak boleh nak nafikan rasa sakit hati pada Zafran terhadap apa yang dibuat kepada Hayla sangat2 menyakitkan! Serius terlalu geram dengan setiap kekejaman Zafran. Sampai terasa bayangan kekejaman yang dilakukan Zafran terhadap Hayla tu. Sangat sakit! Tahniah Acik Lana... moga teruskan karya yang best-best ya!
Best buku ni kisah Hayla yg dipaksa kawin oleh Nek Piah tika umur 19 tahun dengan Zafran yg setuju berkahwin hanya disebabkan harta bapanya, Hj Nordin. Sadis sungguh kehidupan Hayla sbg isteri Zafran..cerita keganasan rumahtangga penderaan mental dan fizikal selama 5 tahun..part Hayla dan Anaqi Hitman Bersara sangatlah sweet...bila Hayla bangkit menjadi wanita yang tidak mudah dibuli sangat best dan rasa nak tepuk tangan dan bagi standing ovation kat Hayla...
Jalan ceritanya macam klise kerana melibatkan kisah kahwin paksa tetapi penulis membawakan isu keganasan rumah tangga yang memberikan sedikit kelainan. Bukan tipikal novel kahwin paksa benci bertukar sayang.
Perwatakan hero juga berbeza dari hero novel-novel melayu yang bekerja di syarikat besar. Selain itu, pembaca dapat melihat perubahan sikap Hayla setelah banyak kejadian yang dilaluinya.
Aku lama dah habis baca novel ni. Tapi lupa nak review. Cerita ni best jugak. (Lupa pasai pa. Tp tgk cover novel masih ingat lagi cite ni best.) Ok tu jaaaa...