Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sinarut 1994

Rate this book
Lebih kurang tiga minggu sebelum berlakunya kejadian tragik tersebut, Bubin, ibu dan tiga adik-beradiknya yang lain berpindah ke sebuah rumah sewa di Sinarut untuk memulakan hidup baru. Namun baru saja dua malam berpindah, dia mula mengalami mimpi buruk.

Dari hanya sebuah mimpi, ia bertukar menjadi igauan yang mengubah hidup. Tidak kira siang atau malam, lembaga hitam berbulu dan bermata merah itu sentiasa mencari peluang untuk membuatkannya berasa takut.

Rakan baiknya, Deh juga mulai mengalami gangguan yang serupa. Bermula dari mimpi biasa, sehinggalah tingkah-laku dan aktiviti seharian mulai terjejas.

Mereka bertemu Saipol, mengharapkan lelaki itu dapat membantu mereka menghentikan gangguan yang dialami. Adakah mereka berjaya menghentikan tragedi yang akan berlaku setiap sembilan tahun itu? Atau mungkinkah mereka bakal menjadi mangsa yang seterusnya?

Paperback

Published June 15, 2019

25 people want to read

About the author

Alis Padasian

2 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (17%)
4 stars
18 (62%)
3 stars
5 (17%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Elvina Zafril.
718 reviews104 followers
August 27, 2019
Amazing read!

Sinarut 1994 starts with the death of several teenage boys. It is said that the boys killed each other? This news is shocking and is it true they killed each other?

Ah, the prolog is already make me can't wait to read this book. I really thought that this book is just about murder but it is more than that.

Amazing story and the plot is in sequence. Fast pace but due to my busy schedule I couldn't finished it in one sitting. I think this book is quite dark. Because like I said just now it's more than just the murder cases. There is mystic that happened around.

For someone who really love thriller, I felt like I can feel how worst the situation that has been described by the author. Just one thing, I'm scared to read this book at night without feeling goosebumps. Also, I'm scared I will be having a nightmare. I had an experience last time when I read horror book.

Ah so many things on my mind, so many questions in my head, what will happen next? Are we going to get the sequel?

Overall, I think this book is well-written with a good plot. Such an amazing read. But sad that it ended.

Thank you Alis Padasian for sending me a copy of Sinarut 1994 in return for an honest review and thanks to UNTITLED. for hosting the program.
Profile Image for Portable.books.
13 reviews
August 24, 2019
Sinarut 1994, a story which moved my heart. This book had a lot of twist and turn. When I started reading the story, I thought it was maybe a gang fight or maybe a misunderstanding as teenagers tend to get in rage very fast.
But while turning in to each and every page, it made me realise it’s more than what the eye sees.
It was a really unexpected write by the writer with each page and paragraph gave me goosebumps. Even while reading it, I felt like I was right there seeing the events that was unfolding. The description was so on point. It left me wanting for more.

Stories like these made me realise that there are many mystic things that happen around us which maybe we don’t trust but it does exist. And also this story teaches us that by calling others from different realm do not only effect you, but also effect those innocents who are around you. This also proves that we follow any religion but we should all love, trust and follow our religion's teaching. Going onto different, harmful ways should not be the way to fulfill our lust, but instead having faith and knowing it will happen when the time is right. Always remember, everything happens for a reason!
🌸
🌸
🌸
I would like to thank the writer Alis Padasian for giving me a chance to read this book for a honest review in return. Also untitledbc for giving me a chance to do a review for this book ❤
Profile Image for Natasha.
363 reviews186 followers
August 21, 2019
A really good debut reminiscent of Ramlee Awang Murshid's fantasy novels. It gives me chills just by reading the first few chapters.
Profile Image for aina.
84 reviews8 followers
September 2, 2019
4.25 bintang.

Seram, mendebarkan dan penuh dengan elemen saspens, Sinarut 1994 membawa pembaca ke kawasan padang terbiar yang diselubungi misteri dan kisah pembunuhan tragis melibatkan tiga remaja lelaki pada Disember 1994.

Perkembangan plot yang baik dan lancar membuatkan naskhah ini mudah untuk diikuti dan difahami. Susunan jalan ceritanya juga sangat kemas dan cantik dan tidak mengganggu rentak cerita yang sememangnya rancak. Penulis berjaya menyuntik elemen seram dan misteri ke dalam penulisan beliau lantas membuatkan pembaca tidak jemu untuk menyelak halaman seterusnya untuk mengetahui bagaimanakah si penulis akan mengakhiri kisah ini.

Pada mulanya agak mengambil masa untuk saya menyesuaikan diri dengan gaya penulisan beliau. Akan tetapi, masalah tersebut dengan pantas diselesaikan apabila saya mula tenggelam jauh ke dalam plot cerita. Terdapat juga perkataan-perkataan asing yang digunakan di dalam dialog yang terasa janggal tatkala lidah cuba menyebut. Namun begitu, penulis tidak lupa untuk menterjemahkan perkataan dan ayat tersebut agar pembaca seperti saya tidak ketinggalan dalam perbualan watak-watak tersebut. Sedikit sebanyak saya memperoleh ilmu yang baharu mengenai bahasa yang digunakan oleh penduduk di Sabah. Satu sahaja isu yang saya temui sepanjang pembacaan saya. Terdapat sesetengah perenggan di bab-bab tertentu yang berulang pada perenggan yang baharu. Selain itu, terdapat juga perkataan yang diulang dua kali dalam satu ayat yang sama. Saya berharap agar pihak penerbit akan mengambil cakna akan perihal ini agar kualiti naskhah yang bakal diterbitkan nanti kekal dan terjamin.

Plotnya ringkas namun isi ceritanya agak berat. Watak-watak seperti Bubin dan Deh, walaupun mereka hanyalah remaja, memikul bebanan yang terlalu berat untuk anak seusia mereka. Selain daripada masalah gangguan lembaga hitam bermata merah, Bubin misalnya turut dibebani dengan masalah situasi keluarganya ketika itu. Stres dan kekacauan jiwa yang dialami oleh Bubin sudah semestinya dapat dirasai dan difahami oleh pembaca. Meskipun agak kurang diskusinya, topik dan isu seperti agama, perpecahan keluarga, dan hal-hal berkaitan perkara ghaib ini penting dan masih sesuatu yang relevan untuk generasi ini. Pada pendapat saya, penulis berhasil menimbulkan persoalan melalui watak-watak dan situasi yang mereka alami.

Sejujurnya masih ada sekelumit perasaan ingin tahu saya yang mahukan penulis menyentuh dan mendalami beberapa subplot dan karakter yang terdapat dalam cerita ini. Tetapi secara totalnya, saya berpuas hati dengan cara penulis mengolah idea dan jalan cerita.

Penamat cerita yang tergantung sudah pasti hanya meninggalkan pembaca dengan lebih persoalan yang perlahan-lahan memenuhi ruang fikiran. Persoalan utama yang diberikan kepada pembaca di awal cerita pun masih belum terjawab, ditambah pula dengan soalan baharu. Mujur penulis akan mengeluarkan buku kedua sebagai sambungan kepada Sinarut 1994. Semoga segala-galanya akan terungkai dalam naskhah tersebut! Apa-apa pun, tahniah kepada penulis, Alis Padasian, kerana berjaya menghasilkan sebuah naskhah sebegini. Ada seramnya, ada misterinya, ada bahagianya, dan ada juga dukanya. Meskipun bukan genre pilihan saya, gabungan plot dan gaya penceritaan yang baik berjaya menarik saya masuk ke dalam dunia Sinarut.

Terima kasih penulis Alis Padasian kerana memberi buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku. Terima kasih juga kepada pihak Untitled kerana menganjurkan program ini!
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
August 15, 2019
Rating : 4.5 / 5 🌟

#programbukusinarut1994ubc


Penduduk Sinarut dikejutkan dengan kematian misteri beberapa orang remaja lelaki di Padang Sinarut. Betulkah mereka berbunuhan sesama sendiri atau ada hal yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam??

Saya sebenarnya langsung tak menjangka jalan cerita seumpama ini. Ingatkan cerita jenayah dan pembunuhan biasa, rupanya jauh meleset. Meskipun demikian, ia tidak mengecewakan sama sekali. Seram, gerun dan mengerikan. Agak keras sehinggakan semalam Saya diserang demam dan pening kepala. Sungguh seriau dan seram sejuk satu badan. Bukan apa pun, cuma gaya penulisan penulis dan genre berkenaan agak baru bagi saya.

Walaupun kisah ini menyeramkan tapi pada masa yang sama amat menyayat hati. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran, ditambah lagi perasaan geram. Tak sanggup rasanya hendak menerima apa yang terjadi. Mengapa mereka perlu menderita sedemikian rupa??

Dapat saya simpulkan bahawa Sinarut 1994 membawa peringatan yang cukup jelas bagi mereka yang berakal sihat dan mampu berfikir dengan waras. Hakikatnya kita ni makluk tuhan yang lemah. Sentiasa berkehendak. Menyedari hal itu sewajarnya kita merintih pada-Nya, bukan pada yang lain. Akibat terpedaya dengan bisikan dan janji syaitan, haru-biru dan gundah gulana satu kampung. Akhirnya insan yg tak bersalah pun perlu menanggung akibat.

Terima kasih kepada penulis Alis Padasian kerana memberi buku ini sebagai pertukaran ulasan buku.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
September 2, 2019
Sinarut 1994 merupakan salah satu buku yang buatkan aku seram membacanya. Hanya boleh baca pada siang hari saja makanya pembacaan agak lambat. Biar lambat asalkan habis baca kan 😁

Cerita dimulakan dengan kematian tiga sekawan yang dikatakan berbunuhan sesama sendiri di padang yang merupakan bekas tapak airport yang terletak di Sinarut. Kejadian ini berlaku pada tahun 1985 dan kekal misteri sehingga tahun 1994. Penduduk mempercayai bahawa kejadian berdarah ini akan berlaku setiap 10 tahun yang mungkin berkait rapat dengan perjanjian manusia dan syaitan.

Penyusunan plot cerita dan pengenalan setiap watak berlaku dengan teratur. Seperti yang aku katakan di atas, pembacaan buku ini tidak sesekali berlaku pada waktu malam. Seram sejuk weiii baca bab lembaga hitam bermata merah. Lembaga tu ada di belakang pintu, berdiri kat dalam bilik tidur. Semestinya aku terbayang-bayang. Nak tidur pun takut jadinya 😱

Cerita ini memang seram tapi ia tidaklah hanya berkisar mengenai kisah lembaga hitam saja. Ada kisah keluarga dan persahabatan yang membuatkan aku turut sedih membacanya. Kisah jauh di sudut hati Bubin dan Rubi dan kisah Deh yang mengingati pengorbanan kedua ibu bapanya lantas sedih kerana menipu.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Sinarut 1994 dan Sinarut 1995. Ending cerita sedih dan tergantung. Yes, tergantung. Aku tidak puas hati sebab kisah lembaga hitam berakhir begitu saja tanpa kesudahan. I need a sequel, please!! Sinarut 2005!! Nak tahu pengakhiran kisah berlawan dengan syaitan ini.

Kesimpulannya, aku rekomen buku ini kepada mereka yang suka membaca kisah misteri dan seram. Cuma bersabar lah ye untuk tunggu sequel Sinarut 1994 👉🏻👈🏻

Rating: 4/5 🌟

Terima kasih penulis Alis Padasian kerana memberi buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku 😊

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
August 30, 2019
Bila baca tajuk, aku assume buku ini adalah buku mystery-crime-thriller di mana ada kes pembunuhan dan pihak polis pula akan selesaikan. But, I'm totally wrong, ini buku SERAM. Like, SERAMMM 👻. Sesungguhnya, bulu roma aku meremang. Lebih-lebih lgi part langsir berkibar and 'benda' tu menjenguk kat tingkap. And part Geof digambarkan mencakar dinding buat aku ngilu sendiri.

Buku ni pun hampir buat aku menangis. Aku sebak sendiri bila Deh terfikir perasaan parents dia yang dah tua kalau tahu dia ada masalah. Part tu aku dapat relate sebab aku terbayangkan mak ayah aku masa baca. :(

Pengajaran:
1) Jangan ambil tindakan sendiri. Sentiasa dapatkan pandangan pakar.
2) Jangan sorokkan masalah kita daripada pengetahuan parents. Parents pun kena peka dengan perubahan anak-anak.
3) Dekatkan diri dengan Tuhan. Agama adalah tunjang setiap makhluk.

Last but not least, a big thanks to Alis Padasian kerana memberi buku ini sebagai ulasan pertukaran buku! Tak sabar nak tunggu karya baru dari penulis!

#programbukusinarut1994ubc
Profile Image for TheNatashaReads .
18 reviews18 followers
September 6, 2019
Firstly, in my opinion, the book cover is very simple but elegant. The axe really caught my attention and it gives this book a symbol to remember.

Secondly, this book was not what I expected. It was really good! For a debut author, Alis Padasian has successfully amazed me!

Moreover, I felt every horror and thriller part of the book. It was a really captivating read. It made me scared and nervous as the characters went through all the scary conjecture.

Lastly, I love how Sinarut showed the importance of family in the characters lives. Bublin is a really good character showing great values that he cares and takes responsibility for his family.

Overall, Sinarut was a good read that will take your imagination wild! I highly recommend this book if you’re a fan of horror and thriller books!

Sincerely,
Natasha (TheNatashaReads) ❤️
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
August 23, 2019
Novel ini memang menyeramkan. Baca prolog pun dah dapat rasa perasaan seram. Jadi saya mengambil keputusan untuk baca naskah ini waktu siang sahaja.

Dari segi gaya penulisan, pemilihan perkataan, susunan ayat saya rasa penulis melakukan dengan baik. Bagi saya tidak ada masalah dalam memahami karya ini. Walaupun penulis ada menggunakan istilah atau bahasa Sabah, tapi turut disertakan dengan terjemahannya. Jadi sangat membantu pembaca seperti saya. Dapat juga belajar beberapa patah perkataan bahasa Sabah.

Dari segi emosi, saya rasa penulisan ini berjaya menyampaikan dengan baik sekali. Kisah ini tentang kehidupan keluarga, masyarakat dan kepercayaan. Hidup Budin yang agak malang bila ibu bapanya mengambil keputusan untuk berpisah. Budin sebagai anak lelaki perlu mengalas tanggungjawab yang besar pada usia muda.

Ibunya Sulitah seorang wanita yang tabah. Tidak pernah berputus asa mencari rezeki untuk keluarganya. Kita boleh nampak kecekalan hatinya melalui rutin hidup yang dilalui, juga dengan cara dia mendidik anak-anaknya.

Saya juga rasa kasihan dengan Budin yang asyik diganggu. Budin begitu terkesan dengan mimpi-mimpi yang sering dialami juga dengan kejadian misteri di padang bekas Airport Sinarut itu. Anda akan tertanya-tanya, apa sebenarnya yang telah terjadi di situ. Apa yang menyebabkan tempat itu begitu menyeramkan. Anda juga pasti tertanya-tanya apa kaitan kisah misteri, rumah sewa dan mimpi yang dialami Budin.

Banyak persoalan yang timbul bila anda membaca naskah ini. Semakin dibaca anda akan semakin ingin membongkar rahsia disebalik semua kejadian itu. Sebuah naskah yang tidak harus anda lepaskan. Ini merupakan buku pertama yang saya baca karya Alis Padasian.

Pada saya karya pertama ini penting kerana bakal menentukan sama ada pembaca akan menjadi pengikut setiap atau tidak. Harap Alis Padasian akan terus berkarya. Good Job!
Profile Image for IZZAT is lost down the rabbithole.
60 reviews19 followers
September 11, 2019



"Syaitan hanya wujud dicelah-celah ketakutan, kemarahan dan kebimbangan umat manusia."

if only it is as superficial as it sounds.

Sinarut 1994 merupakan sebuah novel tragik bergenre seram yang sarat dengan unsur realism. Berlatarbelakangkan kehidupan komuniti kecil masyarakat Dusun serba sederhana di Ranau, Sabah, novel ini berkisar tentang kehidupan beberapa orang remaja yang dibelenggu igauan ngeri. Tragedi demi tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa setiap beberapa tahun berhampiran sebuah Padang di Kampung Sinarut sering dikaitkan dengan kemunculan lembaga misteri.

Aku bukanlah seorang pembaca yang banyak pengalaman dalam genre seram, namun begitu, tidak dapat disangkal lagi yang novel ini bukan novel tipikal yang hanya bergantung pada elemen seram sahaja, apa yang membuatkan novel ini sangat istimewa ialah keupayaan penulis menggarap unsur realism & supernatural, satu gandingan hebat yang berjaya membuatkan aku hampir mempercayai apa yang terjadi adalah benar belaka. Aku mempunyai kepercayaan yang hantu/syaitan tidak akan dapat memudaratkan manusia secara fizikal, tapi bagaimana pula dengan cara gangguan emosi? Inilah yang membuatkan aku seram sejuk hampir naik gila bila memikirkan satu demi satu insiden yang terjadi dalam novel ini. Permainan hebat dunia syaitan rogon ini mengingatkan aku akan satu petikan masyur oleh H.P Lovecraft; "The oldest and strongest emotion of mankind is fear, and the oldest and strongest kind of fear is fear of the unknown."

Ada beberapa point extra yang aku suka tentang novel ini selain dari plot, salah satunya ialah penggunaan bahasa dialek Dusun dalam dialog ada disertakan terjemahan untuk mudah difahami pembaca, dan deskripsi setiap latar tempat juga menarik & unik. Nama-nama watak juga unik sebagai contoh, Rolbine digelar Bubin, Frederick digelar Deh, bagi aku ini dapat mewujudkan rasa familiar antara pembaca dengan watak.

Penulisan digunakan puitis & tidak meleret, namun agak sukar difahami, dan ini sedikit sebanyak mengganggu aliran pembacaan aku. Watak-watak dalam novel ini kurang menarik, rata-rata bersifat dua dimensi, susah untuk aku terangkan, watak-watak terasa predictable & jinak, mungkin ini hanyalah citarasa. Apa yang aku paling tidak puas hati ialah bagaimana berat sebelahnya penguasaan rogon (hantu/syaitan) terhadap mangsa-mangsanya, aku tertanya-tanya sama ada klimaks yang berlaku adalah last deperate attempt yang disebabkan mental trauma. Perlu aku tekankan juga yang rogon ini langsung tidak berkomunikasi, yang benda alah ini tahu cuma ganggu, ganggu, dan ganggu. Bagi aku ceritanya tidak lengkap jika tiada motif disebalik apa yang terjadi. Supporting roles pun rata2 seperti tiada guna; polis, bomoh, ahli keluarga, jurnalis gila itu pun, semua tidak membantu. Banyak persoalan yang tidak terjawab dan sesetengah babak seperti tergantung tanpa sambungan. Mungkin penulis ingin pembaca bermain dengan imaginasi atau mungkin aku melihat kisah ini dari perspektif yang salah.

Mungkinkah kisah Sinarut 1994 ini hanyalah satu fragment, a cog in a wheel dari satu saga tentang seekor rogon tanpa tuan yang bermaharajalela di Sinarut dalam satu jangka masa yang lama? Aku perlu tahu wujudkah insan terpilih yang mungkin dapat menamatkan perjanjian lama itu & humban semula rogon itu kedalam perut bumi didasar Sungai Kinabatangan.

Secara kesuluruhannya aku mempunyai perasaan love/hate terhadap novel ini. Satu novel yang berpotensi jauh jika dikembangkan. Highly recommended to those who don't mind doing a bit of thinking, it's gonna be worth it. Dihalaman terakhir ada disertakan pautan www.sinarutstories.com dimana terdapat sequel kepada Sinarut 1994 yang boleh didapati secara percuma, mungkin disini ada klu dan jawapan yang aku cari.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis, Alis Padasian atas keizinan membaca & mengulas novel ini, terima kasih juga atas salinan buku percuma yang bakal diberikan. Terima juga kepada kelab buku Untitled kerana menjadi medium perantaraan komuniti pembaca!
Profile Image for Nisa  Greennnpanda.
257 reviews
August 28, 2019
Rating: 3.8 stars

Summary:
A small village in Sabah known as Sinarut had an unexpected incident of several deaths near an abandoned airport field. Years later, people still do not know the truth of the incident. Some villagers even connected it to the works of supernatural beings. Bubin and his family have just moved to Sinarut to start over a new life away from his father’s family. However, he starts to feel strange in the new place and often sees an unexplainable black ghost-like figure around the house and other places too. One day, Bubin decides to go to the abandoned field with his best friend, Deh, and new friends, Geoffrey and Rizal. Soon after that, Bubin and Deh begin to see more of the ghost, besides experiencing nightmares that feel as though they are real. Bubin tries to find the solution to all these paranormal disturbances.

Likes:
-- Congrats to the author for writing such a good thriller/horror story. It’s not often that I get to enjoy a local thriller/horror. Despite the dialect used by the characters, the author has translated most of the words to help readers comprehend the story. Many mysteries have not yet been solved. Even after finishing the book, I still have questions that have not been answered. It’s great to know that there will be a sequel to this. Perhaps, the questions and mysteries will be answered and solved in the second book.

Dislikes:
-- I wished that had more involvement in solving the mysterious cases of the deaths and that there’s more story about what happened in the past, maybe add a bit more to the story depicted in the prologue. Since I read an e-book copy, I have found several errors (spelling, repetition etc.) that should be looked into by the author and editor if possible.

P/s - I would like to thank the author and Untitled book club for giving an e-book copy in exchange for an honest review.
Profile Image for SS.
521 reviews5 followers
September 6, 2019
Sinarut 1994 merupakan sebuah cerita yang permulaannya terus bagi pembaca persoalan. Persoalan dan tanda tanya kenapa boleh terjadinya peristiwa pembunuhan antara tiga sekawan tersebut. Konfius betul. Dibunuh, terbunuh atau membunuh? . Setiap details mangsa diceritakan dgn jelas. Bukan permulaan cerita saja. Semakin diselak page, semakin banyak persoalan. Dan sebab curious la, saya teruskan membaca sampai tak sedar saya dah dihujung cerita. Cepat betul speed membaca.

Genre Sinarut ialah misteri & jenayah.

Disusun dgn baik oleh penulis setiap plot cerita dalam Sinarut. Rasa feel seram dia. Terasa mcm kita yg ada dlm cerita tersebut. Nervous! and sebab saya on je baca buku jenis mcm ni malam-malam. So, dia punya feel lagi syok. Honestly, saya kurang prefer utk baca buku yang ada dialek. Lagi lagi dialek Sabah Sarawak. Sebab tau kesukaran nak proses bahasa tu masuk dlm otak. Dan rasa mcm gangguan bila baca sbb dh baca dlm bahasa tersebut then ada pulak translate. Tapi, utk Sinarut. Saya rasa okay. Mudah utk saya proses ayat-ayat dlm ni. Penulis banyak jugak bagi input dan ilmu regarding on bahasa. So dapatlah belajar perkataan baru.

Sinarut 1994 buat kita ada rasa mixed feeling ketika membaca. Ada isu kekeluargaan & kepercayaan. Menarik. Dan kita dapat explore dunia Bubin. Kekerapan dia ber-nightmare tu membuatkan kita rasa mcm nak bantu dia cari jalan penyelesaian dan jawapan utk mimpi dia tu. Apa yg ada disebalik mimpi dia.

In short, Tahniah buat penulis atas buku Sinarut 1994 ni. Dan teruskan berkarya. Terima kasih penulis Alis Padasian kerana memberi buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku”
Profile Image for Athirah Salleh.
85 reviews10 followers
August 29, 2019
4/5

When I saw an Instagram post from @untitledbc regarding Sinarut 1994, I am immediately hooked up by the synopsis of this book. I love horror and thriller so why not and I am definitely made a great decision.

Sinarut 1994 is a story of horror and horrible tragedy happened at field of an abandoned airport in Ranau. I really love how the author explored Bubin’s life. I saw his relationship with his mother, sisters and brother. How they struggled to build their new life. How they dealt with hardship. I rooted for Bubin so much. He was young but he took his responsibility as an older brother very well. The author did an excellent job of expressing the emotion of the whole story. The writing and plot kept me going. I also loved how the author incorporated some Sabahan dialect.

I even felt scared reading this book when Bubin and his friends had to go through the nightmare and paranormal/mystic situation. I’m really glad that he shared his burden with his friends and decided to find the solution to the problem.

Now, I am wondering what has happened before in Sinarut? How can Bubin and his friends get tangled in that kind of situation? Was it a delusion, hallucination, or reality? So many questions lingering in my mind and I hope this mystery will be answered in the sequel. Definitely a great read for me and I'm looking forward to more from the author.

Lastly, I would like to thank the author, Alis Padasian for giving me the chance to read this book for a review in return. #programbukusinarut1994ubc
Profile Image for Aisyah Umaira .
133 reviews
September 28, 2019
12 hari aku baca, lengkap akhirnya buku ini dalam ingatan aku. Alhamdulillah aku survive jugak membaca buku seram 😂

Jujur sejujur mungkin, aku suka sangat sangat Sinarut 1994. Ramai orang kata sebab penulis guna loghat dialek Sabah yang bah bah tu. So sedap didengar. Itu satu poin untuk review ni.

Tapi aku nak tambah lagi. Plot dia tak terlalu laju, tapi still tak bosan. Mesti ada je benda yang nak jadi. Satu kisah di mana akan ada kaitan dengan kisah yang lain.

Latar belakang karakter pun MANTAP!! 👍 Watak Bubin dan Deh amat berkait dan buat aku tersentuh. ( Tapi aku lagi suka Deh 😻😹 ) dan banyak lagi karakter yang favorable macam Ozet, Rubi, Lion and more.

Cara penulis sampaikan jalan cerita pun sangat memuaskan! Orang kata apa, diskriptif (?) is that the right word? Dia punya cara tu macam kau tengah tengok movie. Kau boleh gambarkan scene tu sebijik sebijik. And cara dia sampaikan juga straight forward. Takde belit belit ayat. Terus faham je apa yang berlaku. ( lainlah kalau kau jumpa perkataan Sabah, kena buka google )

Tapi kalau penulis describe the last battle tu dengan baik, aku rasa memang aku bagi 5⭐ dah untuk rating. Itu je satu benda yang menganggu ketenteraman aku lepas tamatkan buku ini. 😘

Lastly, a very happy thousands of thank to Alis Padasian for giving me the arc for Sinarut 1994 in return of an honest review 😄 I'm truly enjoying my first arc ever 🌻♥

Rating : 4.3 ⭐
Profile Image for ✨ sufina ✨ (thebadassreader).
183 reviews49 followers
September 6, 2019
"Semua Lelaki. Remaja. Mati sebab luka parah. Senjata pembunuhan, kapak sama dua parang ada berampai dekat tubuh mangsa."

Boleh dikira dengan sebelah tangan, berapa buku sahaja dalam BM yang boleh buat aku 'hooked' within hanya beberapa pages. Buku ni, Sinarut 1994, adalah salah satunya. Percayalah, baca Prolog je pun boleh buat kau gelebah bontot nak sambung baca lagi.

Penulisan Alis memang mantap. Dia macam, tak terlalu puitis tapi tak terlalu chill. Just nice. Senang baca. Kemas. Bestlah! Macam ada part dia explain merdu merdu, tapi bila tang saspens takdela dia explain bulan mengambang kaler apa, angin sejuk berapa degree. Terus straight to the point sebab nak bagi feels debar debar tu.

Plotwise, aku yang penakut ni acah berani nak baca malam malam. Pastu meremang haha damn. So buat orang yang spesies aku ni, kita baca siang je la eh. Sebab plot dia unexpected, macam sekejap vibes dia cool je, then beberapa pages lepas tu kau sesak nafas sikit la sis.

Verdict: Aku banyak baca buku-buku indie, tapi kadang kadang mengarut sikit lah. Tapi this one, Sinarut 1994, tak mengarut, gaya penulisan tak mengelirukan, plot kemas elok. Aku recommend baca. Enjoy k.

Btw, thanks penulis, Alis Padasian sebab bagi buku ni sebagai pertukaran ulasan buku yang jujur, tulus dan amanah. #programbukusinarut1994ubc
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
September 6, 2019
First impression of this book is 'It is going to be creepy as hell.' It sent chill over my body. The book started off with a kick-ass prologue. It was so good and it hooked me with the whole story immediately. However, I think the author inserted suspense way too early that when I got to the middle part, I was quite bored. BUTTTT, the climax is a game changer. It was phenomenal. It is everything that I had hoped for and a bit extra. I loved everything that happened in between the climax right to the part before the epilogue. I think that was just brilliant write up.

Through this book, the author has obviously set a very clear message. She wants to educate readers about her state, about her culture, about the languages and dialects in Sabah. Reading this book made me miss my Sabahan friends so much. I even read the dialogues in Sabahan tone. I was always mistaken as a Sabahan by the way. I really enjoyed all the information I got from this book, including the word 'rogon'. It means evil spirit, according to the author.

If there's one thing I could improve for this book, it would be the epilogue. In my opinion, it was a bit too long for a epilogue. It could summarized and made shorter, just enough for the readers to know what happened after the tragic incident and maybe create more curiosity for the sequel.

Overall, I loved this book. It is more than just gruesome, tragic occurrence, it is also about Sabah's cultures, languages, beliefs and their lifestyle. One of the best local/ Malaysia book I've read this year. Definitely worth your time and money. Go get it if you want to support local books and self published author.

Berminat versi Bahasa Melayu? Link is here: https://jessicabooksblog.wordpress.co...

Thanks to the author for this copy of e-book in exchange for an honest review.
1 review1 follower
September 1, 2019
One of the best books I've ever read and gave me sleepless nights
Profile Image for Crow_reads.
24 reviews
September 3, 2019
Oh boy, this book was difficult to read. I got scared from the first chapter!! Lol. The characters were well written. It was easy for me to get to know the characters, feel for the characters and cheering for them.

What I like about this book is that it wasn't just a horror book, there were familiar family issues being mentioned in the book and it gave me a clear understanding of what Bubin might have been going through emotionally and physically while being harassed by a supernatural entity. The plot and writing style was easy to follow even though there was a different language spoken throughout the book. The book setting gave me a dark vibe and really reminded me of a book by Stephen King, 1922.

What I wished more from this book is a more detailed explanation of how the entity was summoned. Probably more show than tell. I think this could have given more depth on the "horror" factor to the plot. It was a slight unsatisfying towards the end of the book. I was hoping more could have been done to investigate the entity and how to stop it.

I would like to thank the writer Alis Padasian for giving me a chance to read this book in return for an honest review and to untitledbc for giving me a chance to do a review for this book.
Profile Image for Julie Padasian.
5 reviews
April 15, 2020
Sinarut 1994 mengisahkan tiga remaja yang dijumpai mati di sebuah padang terbiar di Kampung Sinarut, Ranau. Punca kematian remaja ini tidak dapat dirungkaikan sebabnya oleh pihak berkuasa dan menjadi tanda tanya masyarakat setempat. Menariknya, kes kematian remaja ini juga dibabitkan dengan kisah-kisah kematian di tempat yang sama beberapa tahun sebelumnya.

Buku ini berjaya memberi gambaran deskriptif perihal kehidupan harian masyarakat Dusun di Ranau sekitar tahun 90-an dan penggunaan Bahasa Dusun dan dialek tempatan dalam penulisan menjadikan proses pembacaan menjadi lebih menarik dan ada feel (macam perasaan tengok wayang).

"Tulungoh oku poh (Tolong dulu) gaman… kasi tidur dulu saya sekiiijap. Alaid noh kopio au osonong todop ku (Lama sudah saya tidak dapat tidur dengan nyenyak). Jangan dulu kau kacau-kacau saya kio… malam ni kita jumpa juga. Sana di padang."

Beautifully written.

Terima kasih atas karya asli yang menyeramkan dan menarik ini!
Profile Image for Rose Ahmad  Sani.
3 reviews
September 6, 2019
Genre - Misteri, Seram, Mistik
Rating : 4/5

Untuk permulaan, buku ini tidak mampu saya baca pada waktu malam, kerana sangat seram.
Bukan hanya tentang pembunuhan, tapi lebih dari itu.

Kisah bermula apabila Bubin, seorang remaja berumur 14 tahun yang baru berpindah ke Sinarut bersama keluarganya, mula mendapat gangguan daripada makhluk hitam berbulu & bermata merah. Deh, rakan baiknya turut mendapat gangguan yang sama (bermula selepas dia bermalam di rumah Bubin).

Bubin dan Deh berusaha untuk menyelesaikan masalah gangguan yang dihadapi tanpa memberitahu kepada ibu bapa mereka atau orang dewasa yang lebih berpengalaman. Kisah mereka boleh dikatakan sangat menyayat hati. Mereka adalah anak lelaki yang baik, rajin dan bertanggungjawab dalam membantu keluarga. Mungkin kerana itu, mereka menjadi "insan terpilih".

Quote pilihan saya dari buku ini :
"Syaitan hanya wujud dicelah-celah ketakutan, kemarahan dan kebimbangan umat manusia. Dekatkan diri dengan Tuhan, supaya dia tidak mempunyai urusan denganmu."

Ending cerita sedih dan tergantung (bukan pilihan saya sejujurnya), namun begitu penulis berjaya membuat saya membaca buku ini sehingga habis dan diharap sequel untuk buku ini akan mampu menjawab perbagai persoalan yang menjadi tanda tanya.

Terima kasih kepada penulis Alis Padasian kerana memberikan buku ini sebagai pertukaran kepada review buku dan Untitlebc kerana mengendalikan program ini.

P/S : Review buku pertama dari saya. Segala kelemahan harap dimaafkan. ;)
Profile Image for Alis Padasian.
Author 2 books6 followers
March 24, 2021
It has been a year! Writing Sinarut 1994 is one hell of an experience. I have never read a horror novel, English nor Malay before so how I managed to complete this story remains a mystery.

As to commomerate the first anniversary of Sinarut, let me share a fun fact about the most important setting in the book, the airport itself. It exists for real and I got to visit it several times during my childhood. Once, my dad brought us there for a cycling activity.

As he paddled his way around the field, I sat on the bicycle frame, flailing my hands to the air, shouting and having so much fun until he reached to an uneven ground. He lost his balance and we both fell off! As a result, the skin on my inner ankle scrapped off by the fast moving bicycle rim.

I cried so hard. I can literally see my bone, sized almost one cm in diameter. My dad asked me to look away while my mom scurriedly went to the edge of the field to pluck tetel leaves to cover the wound. He piggybacked me all the way home.

Too bad that though I still have the scar on my skin, I lost my dad in 2016. What a memory. Life is fragile. And so does what I try to convey in the novel. Happy Father's Day, Yama (that's what we called him) and Happy 1st Anniversary, Sinarut 1994!
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.