Genta sekali lagi berbunyi menghadirkan rasa gelisah. Cuma dia tidak tahu dari mana arahnya genta itu berbunyi. Mengenang kembali bagaimana makhluk aneh yang memburunya itu bertindak balas ke atas genta menyedarkannya betapa tajamnya pendengaran makhluk itu.
---
Genta di bumi yang menuju kehancuran.
Seorang mangsa diburu oleh makhluk yang tersembunyi.
Timbulnya sebuah persoalan – untuk siapakah genta bergema, dan adakah ia jawapan kepada perburuan itu?
Dalam novel terbaru Lokman Hakim, selamilah ruang antara jarak dan waktu, antara dimensi.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Sebuah karya cereka sains pascakiamat edisi kelas Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (bergantung kepada perubahan suasana hati dan/atau cubaan pembaikan politik daripada kerajaan), khususnya bagi sukatan pelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) yang dipadatkan dengan hiperbola, simile dan sinonim di celah-celah falsafah mengenai makna sebuah kehidupan dan seterusnya metafora mengenai kehidupan itu sendiri.
Bahasanya cantik tetapi plotnya terhad. Tidak banyak yang berlaku dalam muka surat yang juga terhad. Kebanyakan masanya hanyalah renungan, rintihan dan pemerhatian watak mengenai sekelilingnya serta peribadi dan peribadannya. Jadi, sekalipun bahasa dalam penulisannya dah cantik, lama-kelamaan terasa agak bosan juga dengan gaya penyampaian berulang dalam setiap bab yang tidak dapat mengaburi hakikat plot minimal yang bergerak dalam kelajuan satu kilometer seabad.
Sejujurnya, suka dengan cerita yang sebenarnya merupakan satu metafora yang panjang, tetapi masih perlukan plot yang lebih jelas juga untuk dapat menghargai buku itu secara keseluruhannya.
Lantarannya ekoran daripada itu setelah diteliti dengan mendalam berkaitan dan sehubungan dengan itu bertitik tolak dengan ulasan di atas makanya rentetan dan lanjutannya kesimpulannya bahawasanya oleh yang sedemikian seperti telah dinyatakan bolehlah misalnya dan andainya sesungguhnya sekiranya tidak keberatan dengan suka hati dan rela hati diringkaskan apa yang telah disampaikan dalam ayat pendek yang mudah dihadam yang secara langsungnya disingkapkan mengenai buku ini seterusnya sejurus dengan itu adalah seperti yang berikut: suka bahasanya, agak berlebihan dengan hiperbola, simile dan sinonimnya, dan perlukan lebih plot untuk lebih menghargai ceritanya.
Bermula seperti sebuah kisah apokalips kemudian bergerak perlahan dengan pencarian dan berakhir dengan penamat yang tidak dijangka, Genta merupakan satu karya yang sarat kosa kata menarik serta babak yang menyampaikan emosi dengan amat baik sekali biarpun protagonis merupakan watak tunggal. Membaca Genta tidak ubah seperti menonton filem apokalips yang sinematik—gambaran apa yang dilalui protagonis amat jelas serta meninggalkan kesan yang mendalam dalam memori sebagai pembaca.
Naskhah ini punyai potensi besar dengan idea-idea besar tetapi entah mengapa digarap sebegini; cubaan berwacana tentang persoalan minda-tubuh hanyalah huyung-hayang di permukaan dataran kontang. Barangkali disebabkan suara naratifnya juga yang dicorongkan menerusi sudut pandang ketiga yang serba mengetahui—dengan secara kering mendeskripsi—fikirasa watak utama “dia” ini berserta dengan dunia pascamalapetaka yang didepaninya, sekali gus membantutkan suspen (yang terbatas kepada “dia” sahaja, bukan pembaca, bukan kita); rasa curiga dan debar yang “dia” dan kita perlukan tatkala mendepani dunia dengan makhluk pemburu, bayang-bayang hitam, butir-butir cahaya, dll. Watak-watak yang dimunculkan selain protagonis “dia,” yang bertentangan dengan niat penulis sendiri (seperti yang disebutkan dalam “Nota Pengarang”) untuk mencipta naratif dengan hanya satu watak. Yang diharubirukan dengan kekeliruan antara eksistensialisme dengan esensialisme, idea-idea tak tertanggung terutamanya pada fasa di mana si ateis “dia” ini menjadi bayang-bayang “Sang Musafir” (yang diharapkan dapatlah beri kedalaman dimensi tak berjisim seputar metafizikal tetapi…) setelah terpisah daripada jasadnya yang terjerumus ke dalam gaung. Kembara mencari diri dengan meneroka ruang nihil walau tidak sehabisnya. Kerana ada cubaan yang terserlah pada beberapa bahagian/perenggan yang bila dibaca sekali lafaz dalam huru-haranya, “Indah juga.”
Bahasa yang semakin baik. Mewah dengan perbendaharaan kata. Cuma pada muka surat 14 ada typo perkataan biadab. Atau disengajakan mengikut trend semasa?