Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rahsia Hati Mrs. Fakrul

Not yet published
Expected 1 Jun 29
Rate this book
Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya, berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu. Baginya, Sakinah harus di anggap sebagai adik sahaja.

Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar,hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. Dia tekad until menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat dihatinya.
Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan.

Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia. Namun kejutan yang diterimanya membuat hati Fakrul berdolak-dalih.

Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah membuat lelaki itu semakin sukar melepaskan Sakinah.

Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang?

498 pages, Paperback

First published June 1, 2019

2 people are currently reading
70 people want to read

About the author

Mia Azwari

80 books371 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (31%)
4 stars
20 (34%)
3 stars
15 (25%)
2 stars
4 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
2 reviews
May 31, 2022
Hm, idea tu ada. Oklah. Cuma aku a bit tak selesa bila kisah cinta melibatkan sesama sepupu ni. Mungkin orang lain ok kot. Tolak part ni, ada part lain yg aku nak komen sikit.

Setelah baca beberapa cerita author ni (sbb aku terpengaruh buku beliau selalu sold out), aku perasan ada satu benda yang aku perlu point out.

Penulis suka buat watak dia ada penyakit mental. Dekat penghargaan pun ada mention dia nak beri kesedaran walaupun penceritaan mengenai ‘sakit mental” tu sangat2 surface.

Penulis kata, Sakinah ni hidap skizof sebab stress dengan belajar. Selalu rasa rendah diri dalam bidang pelajaran etc sampai menghidap skizofrenia.

Aku rasa, penulis betul2 kena tengok balik. Jangan melulu tulis begitu. Sebab apa aku nampak, simptom dan penerangan penulis bukan seperti penyakit skizof.

Skizofrenia bukan sekadar dengar suara sikit2 mcm tu ye. Serius, penulis kena berhati2 bila tulis sesuatu yg melibatkan medical fact.

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pd mangsa. Sebab penyakit skizof ni dia kehilangan hubungan dengan realiti.

Bila saya fahamkan watak sakinah tu, dia cuma menghadapi depression/anxiety sahaja. Atau mungkin lebih parah, bipolar. Tapi cara penulis buat Kinah ni senang betul sembuh dari skizofrenia. Setahu saya, skizofrenia salah satu penyakit mental yg sukar sembuh? It’s not that easy to be treated. Hoho

Apa pun, please be careful with what you write. Bayakkan baca research paper dulu. Fahamkan dan dalami betul2.

Harap penulis dapat ambil teguran ini sebagai benda yg positif. Thanks
Profile Image for Mslvoe.
2,056 reviews204 followers
August 17, 2022
Smooth bacaan till the end. Much better than his brother's story.

Cuma curious Syamil tu kahwin dengan Doktor Aina ke? Sebab dinyatakan tinggal bersama isteri dan anak². Ke F terlepas pandang.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
February 11, 2024
Mula mula tu excited gak baca. Tapi macam agak draggy sikit. Okay la buku ni. Memang berkisarkan daily life orang Melayu.

Tapi aku agak turn off bila buku tu menggunakan bahasa ‘biey’. Dia macam informal..? Pengalaman heroin tu memang pain gak la. Nasib baik Fakhrul tu cepat2 sedar.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 14, 2022
[eBOOK 185]

Rahsia Hati Mrs Fakrul by Azwari.
.

Rasa macam dah lama tak baca buku Mia Azwari ni sedangkan beliau dah keluarkan baca buku baru.
.

Okay, sebelum ni aku dah baca tentang Paan dan Piah. So, ni kisah tentang adik Paan, Fakrul.
.

Waktu Fakrul berusia 16 tahun, dia sedar yang dia mula sukakan sepupunya, Sakinah yang baru berusia 11 tahun. Childhood crush la ni. Tapi sebab dorang sepupu, so, Fakrul cuba untuk denied that feeling.
.

Mereka berdua selalu berhubung melalui whatsapp walaupun jauh di mata. So, Fakrul la yang selalu berikan sokongan bila Sakinah selalu rasa inferior sebab dirinya tidak pandai dalam pelajaran.
.

Dan bila Sakinah mula tahu tentang status dirinya yang sebenar, dia mula berubah dan menjauhkan dirinya daripada Fakrul. Masa ni la, Sakinah menghidap Schizophrenia waktu masih belasan tahun. Tambahan lagi, parents dia selalu membandingkan dia yang tidak pandai berbanding ahli keluarga yang lain.
.

And few years later,
.

Bila Fakrul dah jadi doktor, dia balik ke Malaysia. Dan jumpa Sakinah masa family gathering. Masa ni la, Fakrul melamar Sakinah.
.

Ada la dugaan sikit-sikit sebelum kahwin. Lepas kahwin, pun ada jugak. Tapi happy ending.
.

Okay, jujurnya, aku selagi boleh, akan avoid baca cerita yang watak utamanya ialah doktor. Sebab aku ni easily turned off kalau ada fakta yang sedikit bercanggah. Dalam buku ni, takde banyak sangat pun scene medical tu, walaupun aku mengharapkan ianya ada sebabnya Fakrul ni bekerja di jabatan O&G, yang banyak scene cemas dan medicolegal. Tapi disebabkan Fakrul ni bekerja di hospital yang aku pernah bekerja, so, mengimbau memori gitu. Cumanya, harapnya in the future, certain thing boleh diperbetulkan. Contoh, Fakrul kerja shift malam. Okay, kalau doktor kat hospital kerajaan ni, kalau dia ialah Medical Officer (MO), takde istilah syif ni. Dia akan kerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kalau oncall yang esoknya ialah weekdays, dia akan kerja 8 pagi hingga 5 petang the next day. Kalau oncall yang esoknya ialah hari cuti, dia akan kerja dari 8 pagi hingga 8 pagi the next day. So, MO ni kerjanya takde sistem syif. Kalau House officer (HO) aka doktor junior, ya, ada syif. Tapi syif HO ni tak sama la macam syif jururawat atau staff lain.
.

Overall, buku ni santai je. Walaupun ada je part sedih yang buat aku nangis.
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
March 17, 2021
Ini kisah cinta sepupu yang bermula dari zaman budak-budak. Penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan begitu baik sekali dan dapat menarik aku untuk menghayati cerita ini hingga ke akhirnya.

Walaupun kisah cinta Kinah dan Arul ni pada aku padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah sedih romantis diorang ni.
129 reviews3 followers
October 18, 2021
buku ni boleh relate dengan sesiapa yang ada crush dengan sepupu sendiri zaman kecik kecik. heheheh. banyak pengajaran yang terdapat dalam buku ni. pembacaan saya menjadi mudah kerana saya membaca melalui ebook yang saya beli di esentral. ada yang masih mencari ke buku ni? saya share link disini. semoga dipermudahkan!

https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Profile Image for Cutie_pie28.
398 reviews8 followers
January 5, 2025
Light reading.. sy abis kn dlm 3jam shj.. so sweet si Kinah dan Fakrul nie..
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 20, 2024
From admire to crush to lover. Okaylah, cerita ni lebih kepada hubungan yang kurang pasti di antara Fakrul dan Sakinah. Dari kecil, Kinah dah simpan perasaan dekat Fakrul. Lama-lama Fakrul pun dah mula ada perasaan tapi masing-masing ada masalah tersendiri yang membuatkan hubungan dari tak pasti jadi tergantung. Bila berjumpa kembali, dapat menyambungkan balik apa yang tergantung. Banyak dugaan Kinah hadapi sampaikan Fakrul tersedar takde satu pun tentang Kinah yang Fakrul benar-benar tahu. Sebab tu jadi rahsia hati hehehe
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.