Selama lebih kurang enam bulan, Al melakukan penyamaran semata-mata untuk misi mencari Chinta, seorang gadis Jogjakarta tang hilang selepas beberapa bulan berada di Malaysia. Hasil siasatan Al mendapati, kali terakhir Chinta dilihat memasuki bangunan HATAL milik seorang pakar psikiatri yang sangat popular di Malaysia, Dr. Aduka Taruna Ahmad Lazim.
Dalam masa yang sama, Detektif Badrol telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan warga asing yang semakin meningkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatannya telah turut membawa dia ke klinik psikiatri Dr. Aduka Taruna yang dikatakan telah menyembuhkan ramai pesakit dengan rawatan terbaru. Detektif Badrol juga berkenalan dengan Alizee, seorang wartawan muda ranggi yang sering kelihatan di bangunan milik Dr. Aduka.
Kebenaran yang terbongkar telah mengubah misi Al menjadi lebih gila. Misi menyelamat berubah kepada misi membalas dendam. Kebaikan dan kejahatan berbaur. Akhirnya kita tertanya-tanya, di dalam hidup ini, siapakah sebenarnya yang majnun.
1. Tertarik dengan sinopsis cerita yang menggambarkan kisah penyiasatan yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Wah, menarik! Ditambah pula ditulis sendiri oleh seorang doktor yang terlibat dalam bidang psychiatric. Bertambah keterujaan saya. Dalam fikiran sudah menggambarkan sebuah psychological thriller ala-ala The Girl On The Train atau Gone Girl (saya belum baca lagi).
2. Nampaknya saya lupa petua saya sendiri sebelum memulakan pembacaan bagi karya baru. Jangan letak apa-apa expectation, nanti kecewa!
3. Premis yang sudah menarik, tapi execution agak berterabur. Mungkin sebab banyak pov menjadikan penceritaan agak berterabur. Penerangan yang sangat longgar bagi saya. Dan bila ini terjadi, fikiran saya akan menimbulkan pelbagai persoalan yang akan membuatkan saya meneliti setiap tulisan untuk mencari jawapan.
4. Penceritaan didominasi oleh penulis. Al bagi saya seperti boneka yang dikawal. Pelakon kayu yang cuma membuat pergerakan sebagaimana skrip dan juga arahan si pengarah. Tidak mampu untuk menjiwai watak dan seterusnya memberikan kesan kepada pembaca/penonton.
5. Saya faham doktor cuba memperjuangkan masalah kesihatan mental. Mahu membuka mata masyarakat bahawa masalah kemurungan sehingga membawa bunuh diri adalah masalah serius. Mereka perlu dibantu, bukan dicemuh. Doktor banyak mengkritik para agamawan yang katanya rigid dan mudah menghukum. Dan juga ahli politik yang cuma pandai berkata. Serta masalah birokrasi yang lambat menyelesaikan masalah. Saya rasa ini juga pandangan yang bias dan hanya berfikir dalam bidang dia sahaja. Masing-masing ada justifikasi dan sumber rujukan. Bukan bermaksud bila kita yakin dengan bidang kita, sudut pandang lain itu salah. Itu dah jadikan kita sama saja dengan pihak yang dikritik, merasakan kita sahaja yang betul dan orang lain silap.
6. Saya sukar menerima bila agen perisik Indonesia bercakap, berfikir dan bertindak seperti orang Malaysia. Tak tau apa signifikan watak Al ni berasal dari negara seberang. Sebab 'Jutawan X' adalah orang Indonesia?
7. Agak terhibur dengan monolog Dr Aduka yang membebel dalam loghat nogoghi. Jarang nak jumpa.
8. Betul, matlamat tak akan sesekali menghalalkan cara.
Prolognya bagus-- cukup isi dan saspen untuk aku terus baca. Kisah Al yang menyamar sebagai pembantu rumah harian warga Indonesia untuk mencari Chinta yang hilang dan pada masa yang sama Detektif Badrol juga ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan warga asing yang makin meningkat.
Perjalanan plotnya sangat teliti dengan penceritaan yang kemas berfokus kepada motif utama, tak ada meleret atau buang masa. Suka dengan sisipan fakta-fakta rawak tentang forensik dan psikologi juga isu semasa tentang imigran yang jadi tema utama. Ritma ayatnya sedap dibaca dalam kosa kata yang mewah (kadang rasa macam tengah baca pantun). Aku terhibur dengan penggunaan loghat negeri dan slang pada beberapa watak juga cara penulis berkias dalam naratif. Cermat dan santai.
Walau ia berkait hal kesihatan mental (amaran: ada babak sensitif dan boleh mencetus gejala emosi/anxiety yang kurang selesa), namun fokus utama tentang penyiasatan (pemerdagangan manusia dan salahguna tenaga warga asing) masih diutamakan penulis. Watak-watak utama yang berselang seli dalam naratif juga watak sampingan yang punya kisahnya sendiri, ada hal percintaan tak tersangka-- terlalu manis sehingga novel penyiasatan dan jenayah bertukar ke romantis.
Soalan Lita buat aku terfikir jugak; "mana yang lebih penting, tatabahasa atau kemahiran bercerita?" tapi keseluruhan MAJNUN sudah cukup menarik bagi aku, mungkin epilognya sedikit buat aku mengeluh (teringat kata Al-- mati itu satu hal yang cliche).
Tahniah MAJNUN dipilih menjadi salah satu pemenang Sayembara FIXI Musim 2!
Agak tertib juga bahasa penulisannya. Tapi seperti baca kertas kajian atau artikel jurnal pula lenggok bahasanya. Kaku dan kejung.
Kisahnya barangkali kisah debar penyiasatan dan konspirasi di sebalik cara rawatan psikiatri yang baru. Tapi kurang debar dan saspens dalam ceritanya. Mungkin sekali kerana wataknya yang mendatar dan kerap dipaksa menenggelamkan diri bagi membenarkan narrator atau pencerita mengambil alih cerita. Pencerita yang obses dengan suaranya sendiri meleret-leret berkongsi anekdot, trivia dan simile yang menjajah sebahagian besar cerita yang sebaiknya boleh digunakan untuk fokus kepada cerita itu sendiri. Adakalanya pencerita akan melencong seketika bagi membuat lawak barangkali tetapi disebabkan lenggok bahasanya dan cara penulisannya, setiap babak yang mungkin boleh jadi melucukan sebaliknya menjadi hambar.
Monopoli oleh pencerita ini juga menyebabkan watak-wataknya kurang menyerlah apatah lagi mahu berkembang, maka perwatakan mendatar dan kekal sama sepanjang cerita. Interaksi antara watak juga adakalanya terasa kekok. Sebagai contoh dialog antara luahan hati Nazrul kepada Al dibaca seperti lakonan kaku pelakon amatur dalam video latihan untuk seminar. Kurang emosi yang dipaparkan oleh watak-wataknya.
Kisahnya menyentuh tentang beberapa isu psikiatri itu sendiri juga tetapi tidak disampaikan secara mendalam. Agak dangkal dan terlalu ringkas. Sekadar menyentuh pada permukaan topik sebelum seterusnya cerita dirampas oleh pencerita kembali yang mahu berkongsi segala maklumat dan buah fikiran yang barangkali lebih sesuai menjadi ciapan di Twitter (kini X) atau hantaran di Facebook.
Mungkin sekali cerita ini adalah kisah tentang pencerita itu sendiri. Satu sosok tanpa jasad dalam cerita. Mendiagnosis isu yang dialami oleh sosok yang sentiasa mahu diketahui kehadiran dan kewujudannya yang dambakan lebih perhatian dan kawalan. Lebih-lebih lagi apabila di akhir cerita itu sendiri juga berbicara perihal manusia narsistik.
This book is full of surprises. I love how the writer unveils the plot which literally kept me on the edge of my seat.
There's a love element in it but I find it very subtle. I wish the writer emphasizes a little bit more on those characters just to create an intimate feel between the audience and the characters but I understand that this book highlights more on mental health which is good.
I'll give this 5 star because of the plot and the flow. Like I said, full of surprises, this book gave me that GOOD anxiety.
Mengikuti misi Al mencari Chinta. Suka dengan terma-terma perubatan yang digunakan oleh penulis (penulis pun memang seorang doktor), terasa seakan membaca sesuatu yang betul-betul terjadi. Isu seperti pemerdagangan manusia dan kesihatan mental juga ada berkait dengan misi Al.
Hats off tu Dr Zul Azlin atas karya beliau iaitu Majnun terbitan Fixi . Majnun merupa sebuah fiction yang di tulis oleh beliau. Tajuk Majnun sangat sesuai dengan plot. (Kisah Laila dan Majnun)* . Setelah menjamah Majnun, saya dapati bahawa penulis bukan sahaja menulis sebuah karya yang fast paced, tapi beliau juga menulis sebuah karya dari sudut pandang seorang pakar psikiatrik, seorang pakar perisik, seorang polis dan seorang penjenayah. . Majnun juga mempunyai informasi mengenai dunia psikiatri. Info-info ini menerangkan beberapa isu yang membelenggu pesakit psikiatrik. Saya harap, para pembaca dapat memahami serba sedikit mengenai dunia psikiatri dan dapat mengurangkan stigma terhadap pesakit psikitarik. . Saya sangat tertarik dengan dua karakter di dalam Majnun iaitu Dr Aduka (pakar psikitarik) dan Al (pakar perisik) Kedua-dua karakter ini mempunyai satu ciri yang sama, iaitu mereka mempunyai satu matlamat yang ingin dicapai dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya. . Dr Aduka sangat adamant untuk mencapai matlamat beliau iaitu mencipta satu ubat untuk pesakit psikiatrik. Ubat tersebut boleh mengubati semua penyakit psikitarik termasuk schizophrenia dan gender dysphoria. Tapi kita sedia tahu bahawa niat tidak menghalalkan cara. . Al yang memegang watak sebagai seorang pakar perisik pula ada kala tidak sedar bahawa kadang-kala dia mempunyai 'perasaan' dan 'perasaan' ini boleh menjejaskan proses untuk mencapai matlamatnya. . Jadi apakah kaitan di antara Al dan Dr Aduka? . *Majnun dikatakan orang gila yang terkenal - Kitab Kebijaksanaan Orang-Orang Gila (m/s 46)
Jalan cerita yang menarik cumanya ada beberapa bahagian aku rasa boleh kembangkan lagi kerana menurut aku cerita ni secara tak langsung boleh membuka mata masyarakat tentang penyakit mental dan juga memberi info tentang beberapa hal picisan lain seperti lagu, perisikan dan lain-lain. Pengakhiran tu, seperti memberi hint untuk ada sambungan saja. Aku masa baca ni, rasa teruja lagi-lagi dibahagian suntikan terhadap imigran tu. Di bahagian dekat akhir tu sedikit mendatar penceritaan nya, entah kenapa meskipun penulis cuba membawa konsep cinta antara dua manusia tapi aku terasa ingin langkau sahaja bahagian tersebut. Minta maaf tapi jangan bimbang kerana aku tetap baca sampai habis tanpa melangkau mana-mana bahagian.
Apapun, tahniah penulis untuk sebuah cerita yang menarik ini.
Jangan diukur jalan cerita berdasarkan tajuk. Majnun bukan sebuah lagenda sang kekasih tergila-gila dengan kekasihnya sehingga menjadi gila. Tapi, ini merupakan kisah majnun yang lari 360° dari persepsi awal tajuk novel ini sendiri. Majnun karya Zul Azlin menyingkap pencarian seorang gadis indonesia yang hilang. Chinta pernah bekerja di rumah kediaman Nazrul, kemudiannya hilang entah ke mana. Al-Qamariah aka Alizee ditugaskan untuk menjejaki ke mana hilangnya gadis indon itu.
Bagi aku, novel ini menarik. Selakan demi selakan muka surat membuatkan aku tak ingin melepaskan ebook ini. Sangat berbaloi untuk dinikmati.
Satu, MAJNUN selayaknya dimasukkan ke dalam list koleksi simpanan peti besi peminat-peminat fixi!
Sebab utamanya adalah kerana novel ini bukan sekadar bercerita, tetapi menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Ilmu psikitri. Term dan penjelasan saintifik dunia psikitri dan perubatan diterangkan secara terperinci dan menarik. Jadi, sambil membaca dan menikmati jalan cerita, sambil itu jugak kita boleh belajar sedikit secara tidak langsung.
Curiosity. Rasa ingin tahu yang terlalu dalam membuatkan aku boleh merasa semangat berkobar-kobar dalam diri watak utama untuk menyiasat mengenai kehilangan Chinta. Keterujaan turut dirasa apabila watak seorang polis bernama Detektif Badrol muncul dengan misinya untuk mencari Ronnie. Kenapa Al Qamariah ingin menjejak Chinta? Mengapa Detektif Badrol mahukan Ronnie? Dan, di sebalik penyiasatan ini, watak Dr Aduka menjadi tunjang yang seharusnya menegakkan lagi cerita ini. Apa keberkaitan Chinta-Ronnie-Dr Aduka dalam penyiasatan ini? Anda bacalah sendiri.
Dalam banyak-banyak hal, sejujurnya aku lebih suka bagaimana penulis menghuraikan aktiviti jenayah haram yang dijalankan dalam cerita ini. Bagi aku, pelaksanaan modus operandi dalam cerita ini TAK PERNAH diguna pakai dalam mana-mana karya melayu sebelum ini. Inilah asbab utama yang menjadikan MAJNUN ini sebagai sebuah naskah yang menarik. Jenayah haram yang aku tak pernah fikir pun sebelum ini!
Cerita ini tak ada atau mungkin kurang plot twist. Tetapi rencahnya cukup menyelerakan. Tak semestinya cerita yang ada plot twist tu adalah cerita yang bagus. Cukuplah elemen crime dan investigation nya berjalan secara lurus tanpa bengkang bengkok dan tidak memeningkan kepala.
Cuma, mungkin watak Al terlalu mendominasi cerita sehingga watak Detektif Badrol tenggelam bersama siasatannya. Kedua watak ini ada bertemu, tapi pada pendapat aku pengakhiran watak Detektif Badrol sangat mendukacitakan. Mungkin kalau kelicikan Al ditonjolkan dengan lebih dalam lagi apabila berhadapan dengan Detektif Badrol ia akan jadi lebih mendebarkan. Tapi perkara ini sama sekali tidak merosakkan keenakan dan kenikmatan menyantap keseluruhan alur cerita MAJNUN.
Sebuah karya crime drama fiksyen sains yang sangat menarik. Dalam karyanya yang bertajuk "Majnun" ini, penulis bijak menggunakan penulisan deskriptif bukan sebagai satu teknik yang dipajsa-paksa atau sekadar memenuhi keperluan sebagaimana karya fiksyen tipikal. Teknik deskriptif yang diguna pakai oleh penulis adalah lebih bertujuan meningkatkan relatability suasana sekitar babak-babak tertentu; sama ada di bandar raya, mahupun suasana ceruk kampung dan pantai.
Sense of humour penulis juga sangat on point. Secara ringkasnya, untuk sedikit sebanyak jenaka yang dihidangkan dalam karya ini (walaupun ini bukan matlamat utama penulis, saya percaya), boleh dikatakan there is something for everyone. Untuk yang minat lawak umum orang awam ada, untuk minat pop culture pun ada jenakanya. Untuk yang minat muzik heavy metal mahupun muzik BBNU pun ada lawaknya. Untuk yang minat sejarah dan falsafah berat pun banyak referencenya.
Selain itu, penulis mengetengahkan beberapa persoalan dan tema penting tentang aspek sosial dan menggabungkannya dengan cara yang berani seperti keadilan buat golongan marginal seperti golongan imigran, perbezaan taraf hidup antara golongan yang berbeza tahap sosioekonomi, dan harga dan nilai jiwa manusia yang berbeza hanya kerana darjat.
Tambahan pula, penulis bijak mengetengahkan kemahirannya yang sedia ada iaitu kemahiran dalam amalan kesihatan mental bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pemahaman yang jelas dalam isu seperti ini. Sama ada secara penerangan langsung mahupun melalui penceritaan kehebatan pemikiran seorang penderita penyakit mental, penulis dilihat berjaya menjadikan kesihatan mental sebagai suatu advokasi yang ampuh, bukannya sebagai suatu senjata fiksyen yang menjatuhkan pihak berkepentingan dalam hal ini.
Tidak dilupakan, antara yang terpenting, sudah tentulah paparan feminisme yang begitu kental melalui watak utamanya tidak harus diketepikan. Dalam karya ini, wanita bukan sebagai sekadar seorang watak sampingan yang menjadi pasangan buat peneman si hero lelaki, malah dia merupakan seorang yang punya kuasa untuk call the shot. Pada masa yang sama, dia masih seorang manusia yang juga menginginkan fitrah yang agung iaitu cinta.
Konsep yang menarik! Selepas dapat tahu yang penulis adalah seorang doktor psikiatri, baru lah saya faham mengapa penulis mempunyai ilmu tentang topik kesihatan mental ni. Saya teruja pada awalnya tapi sedikit demi sedikit hilang tumpuan. Gaya penulisan yang 'bombastic' selalunya tidak memberi masalah ketika saya membaca tapi penulis seolah olah suka memberikan penerangan kepada sesuatu yang tidak penting pada plot. Contohnya, pada Bab 24, penulis tiba-tiba memberikan monolog panjang kepada watak utama tentang telefon bimbitnya. Mungkin 'scene' ini dimasukkan untuk memenuhi masa sementara watak utama menunggu panggilan. Saya ada juga contoh-contoh lain tapi you get the point. I'm not saying it's a bad thing. I'm saying it's a bit distracting.
Kesimpulannya, saya sukakan idea cuma kurang meminati gaya penceritaan. Tetapi saya menghargai usaha penulis untuk meningkatkan kesedaran pembaca tentang kesihatan mental. Good job! 👍🏻
Cerita yang okay cuma penyampaiannya sedikit kaku dan tidak sampai pada Sha.. Jalan cerita memang menarik.. Kisah Al si askar upahan yang mencari Chinta di Malaysia.. Melalui penyamaran beliau, akhirnya menemukan hasil namun dalam masa yang sama Al turut ditimpa perasaan cinta..
Boleh tahan lama jugak aku ambil masa baca buku ni. Kekangan masa dan juga tak tahu kenapa asal baca je mengantuk. Maybe sebab baca di skrin telefon. The storyline is actually good and pace nya laju. Watak pun tak confusing. Ending macam bakal ada sequel. Dan juga, bahasa campuran melayu dan indonesia yang best.
Whew! Sebuah buku aksi yang sedap dibaca. Olahan cerita seperti filem jenayah Hollywood, yang memudahkan aku untuk membayangkan babak-babak dalam novel ini, siap dengan nada pertuturan sekali!
Laras bahasa yang digunakan pun sedap! Sampai aku dog-ear halaman-halaman yang aku boleh rujuk kembali untuk expand vocabulary gitu.
Cuma, aku rasakan selaman ke sejarah Dr. Aduka itu terlalu singkat dan Alizee pun gagal mengorek “villain confession” dari Dr. Aduka yang memeberikan kita closure—sejujurnya mustahil Dr. Aduka berpersonaliti mata duitan kerana beliau sememangnya mewarisi sYaRiKaT pApA, jadi mengapa dia terburu-buru mahu bayaran yang sememangnya mahal gila daripada pelanggan? Rasanya kalau motif dan personalitinya disulam mommy/daddy issues sepertimana diketahui si Al di bab-bab belakang, rasanya bab endingnya akan kurang rasa tergantung?
But overall good job! Novel ini padat dengan babak assasin-spy dan villain jadi ianya sangat menghiburkan (kesian Sarjan Badrol jadi failed cop)
Dulu satu buku dapat habis dalam masa dua tiga hari. Kini Majnun jadi warm up semula pasca influenza tsundoku. Okay lah, empat belas hari.
Sangat mediocre. Watak tak cukup depth, so rasa sangat 2D. Dan watak banyak cakap besar je, tapi tak nampak hebat mana.
Plot boleh la, concept menarik tapi execution hambar. Ada certain parts yg boleh described in details tapi penulis just tulis “he said she said” kind of way. Ending a bit rushing. Tak suka how lepas the grand finale, tiba2 end macam tu je. Takde cerita post event.
Gaya penulisan lebih sesuai utk tulis non-fiksyen bagi saya. Tapi yg bestnya buku ni punya falsafah tak melalut sangat. Masih ada falsafah yg tak penting tapi tak over.
Perbualan antara watak macam baca buku teks, takde emotion langsung. Dan banyak monolog tak penting pun. POV semua orang lebih kurang sama je.
Mula-mula agak pening nak faham tapi bila dah mula kenal watak, pembacaan makin lancar dan menarik.
Suka prinsip Dr.Vanida, "Biarlah betapa parah hati itu dihancur luluh, dia tidak percaya yang bergosip itu ubat yang ampuh."
Rasa macam tengok filem aksi bila watak Alizee mula bertindak. Kuat, tapi masih punya jiwa seorang wanita yg menagih syg seseorang yg sedang dlm perjuangan mencari jalan lurus.
Baguslah Dr.Aduka belum mati, dia perlu hadap pengadilan yg sewajarnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku Fixi yang pertama aku baca walaupun sudah sedia maklum karya Fixi kebanyakannya menarik. Aku sangat cerewet memilih novel untuk dibaca sebab aku cukup trauma dengan drama yang penuh dengan babak cringe. Aku menanti pengakhiran yang plottwist macam anime atau cerita Hollywood tapi lagi twist ya. Selepas habis baca, aku rasa nak menangis haha. Secara amnya, cerita ini tentang wanita Indonesia yang stail bernama Al, menjalankan misi mencari seorang insan di Malaysia. Ada juga disulami babak cinta yang realiti. Perasaan watak diulas kemas dari perspektif masing-masing. Penulisan mantap terpalit kesusasteraan Melayu diikuti humor yang dalam. Emosi pekat yang amat. Sudah semestinya kalau aku lupa aku seorang pelajar, pasti ralit seharian. Yang tulis pun pakar emosi manusia apalah yang boleh diharapkan melainkan kemahiran membawa emosi.
Apa yang penting mesejnya sampai: 1. Perang antara pseudosains dan sains sebenar 2. Stigma masyarakat dengan penyakit 'gila' 3. Penyebaran hadis palsu yang kita tak sedar wujud dalam pembelajaran kita dan banyak lagi. Pengajaran adalah untuk pembaca yang mencarinya, maka kalian carilah sendiri.
Majnun tulisan zul azlin ni memang another level. Knowledge pasal medical dengan psikologi memang kita tak ragu la. Tapi infuse pasal military dan kepolisan memang menambah thrill cerita. And music pun ada detail yang memang boleh dipuji. Selingan lawak nama Ronnie budak MRSM dengan alam flora tu nampak bersahaja tapi menjadi. No doubt ⭐⭐⭐⭐⭐
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Zul Azlin sebab berjaya menghasilkan satu karya yang membuatkan pembaca ingin mendalami satu cerita yang ingin disampaikan. Sememangnya satu karya yang layak mendapat tempat di hati pembaca dan membuatkan pembaca tidak dapat berhenti apabila sudah mula membaca daripada muka surat pertama lagi.
Saya suka jalan cerita yang Dr Zul cuba ketengahkan dari segi plot, settings dan klimaks cerita ini sendiri. Penulis menggunakan elemen monolog dalaman sebagai salah satu teknik penulisaan bagi menarik minat pembaca lagi, membuatkan pembaca tidak bosan dan lebih seronok untuk meneruskan bacaan. Teknik monolog dalaman ini banyak ditekankan dalam watak Dr Aduka, di mana penggunaan loghat nogori yang pekat oleh Dr Aduka itu sendiri sememangnya akan meningkatkan pengetahuan am para pembaca; bagaimana gaya bahasa yang digunakan oleh rakyat negeri sembilan itu sendiri. Jadi pembaca yang tidak tahu pun akan lebih tahu.
Saya juga suka bagaimana Dr Zul Azlin menggunakan ilmunya dalam bidang pskiatri untuk mengetengahkan masalah masalah yang dihadapi oleh pesakit mental itu sendiri, sebagaimana Dr Zul Azlin menceritakan Dr Aduka yang menghidap kemurungan kerana trauma sejak kecil lagi apabila ayahnya akhirnya bunuh diri kerana ibunya yang curang. Ini membuatkan pembaca berfikir bahawa orang yang mengalami masalah mental ini bukanlah kerana keinginan mereka ataupun sekadar mahukan perhatian dari orang ramai, sebaliknya trauma yang secara tidak sedar yang mereka lalui ketika zaman kanak kanak mereka. Dan saya ingin memuji penggunaan terminologi perubatan yang tidak berlebihan namun tepat di dalam cerita ini, jadi setiap lapisan masyarakat faham dan boleh membaca cerita ini. Terminologi terminologi baru juga banyak memberi ilmu baru kepada saya.
Saya juga suka bagaimana Dr Zul Azlin membuat pembaca berfikir siapakah sebenarnya yang majnun di akhir cerita ini. Al atau Dr Aduka? Kerana akhirnya, walaupun Al mempunyai niat yang baik untuk menghapuskan Dr Aduka kerana pemerdagangan manusia yang dilakukan oleh beliau, namun pembunuhan bukanlah pendekatan dan cara yang betul.
Saya suka bagaimana jalan cerita ini berjaya menyelitkan pelbagai unsur dan elemen seperti cinta, aksi dan suspense dengan tepat dan sesuai sepanjang jalan cerita. Jadi, pembaca tidaklah begitu bosan jika jalan cerita yang lebih mendatar.
Dan antara yang paling penting, saya suka dengan kesinambungan cerita dari satu bab ke satu bab yang jelas di samping unsur suspense sebagai penambah rasa dalam jalan cerita.
My favourite line in this story was: “ Soalnya kita bukan bercakap soal kertas atau satu rasional. Kita sedang melihat Al sedang. bergelut dengan satu abstrak dipanggil hati.”
Konklusinya, MAJNUN berjaya membuka mata pembaca mengenai pemerdagaan manusia yang mungkin dianggap isu yang remeh dalam kalangan marhaen. Sekali lagi, tahniah Dr Zul Azlin dan team penerbitan buku fixi! 👍🏼
Tak sabar nak tunggu buku yang sebenar siap dicetak dan mungkin juga Majnun 2?
- seorang peminat buku fixi dari zaman sekolah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Majnun merupakan novel pertama Dr Zul Azlin bersama Buku Fixi (maafkan jika saya salah) dan disebabkan saya mengenali beliau yang aktif menulis tidak kira di media sosial mahupun buku, saya meletakkan harapan yang tinggi pada Majnun.
Al bagi saya merupakan seorang watak perempuan yang sofistikated dan ranggi. Namun, saya agak kecewa kerana hanya mengenali Al bukannya AlQamariah. Watak AlQamariah bagi saya agak longgar dan seperti angin lalu. Saya lebih suka jika penulis menekankan watak AlQamariah sama seperti Al. Adil.
Pertengahan cerita agak panjang. Saya masih menanti-nanti klimaks atau sesuatu peristiwa yang akan membuatkan saya tidak bercakap 'Oh bab ini boleh sambung baca esok.' Pada penghujung cerita barulah saya mula berdebar kerana segalanya berlaku serentak. Agak kelam-kabut di situ.
Saya turut ingin mengenali Chinta dengan lebih lanjut. Saya ingin lihat malangnya nasib Chinta sehingga menjadi mangsa kepentingan diri Dr Aduka. Namun, agak kecewa kerana penulis tidak begitu berfokus pada malangnya Chinta sehingga Jutawan X sanggup berbelanja besar. Kalau ada kisah Chinta dan Jutawan X lagi menarik sebab pembaca dapat merasakan pelbagai emosi. Tidak hanya emosi dendam sahaja.
Penghujung cerita yang penuh persoalan dan tanda tanya (mungkin pada saya seorang). Tahniah dan terima kasih Dr Zul Azlin atas ilmu-ilmu yang padat dalam Majnun. Looking forward for your next book!
Citer dia pasal apa? Citer dia pasal AL ni macam James bond version wanita la. Dia penyiasat elit yg diupah oleh 'jutawan x' untuk siasat kehilangan Chinta, seorang maid Indonesia. Dalam pengembaraan dia mencari Chinta tu, terjumpalah watak Dr. Aduka, Ronnie, Trapeto. Jumpa jugak Detektif Badrol & Enol. Satu demi satu misteri terungkai di akhir cerita.
Apa yg best? 1. Ada huraian isu penyakit mental di kalangan masyarakat. (Penerimaan, tohmahan, info, dll) 2. Pembahagian antara bab kemas. Tak terlalu panjang, dan tak terlalu pendek. 3. Ada isu pemerdagangan manusia. 4. Banyak belajar terma-terma perubatan. 5. Cerita genre penyiasatan, aksi, thriller, cinta. 6. Citer ni straight to the point, easy plot, dah bole tahu siapa antagonis, just tinggal nk dihuraikan je.
Apa yg kureng? 1. Gaya bahasa kedoktoran ada part yg agak berintelektual tinggi. Org biasa2 susah sikit nk faham, hadam. 2. Banyak lirik lagu Sufian Suhaimi. 🤪 3. Kekerapan penggunaan situasi 'mungkin' dlm penceritaan.
Novel ni sy rekemen? 1.Pd peminat genre thriller dan siasatan. 2. Sape2 yg ada alami sakit mental atau dialami oleh org sekeliling terdekatnya. 3. Kpd pembaca novel ni, baca juga buku penulis bertajuk 'Depresi-terpuruk rasa ingin mati' keluaran Dubook. It was something relatable.
Berapa Bintang? 3.8/5.00 Bintang!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kira-kira inilah novel yang paling lama saya ambil masa untuk habiskan. 20 hari. Mungkin faktor duduk terlalu lama di rumah yang penuh distraction.
Majnun pada mulanya saya mengagak perjalanan pembacaan akan penuh dengan rasa cemas, saspens dan biasanya saya boleh habiskan dalam tempoh satu malam.
Rupanya naskhah ini tergolong dalam kategori sedap, lunak dan lazat untuk dinikmati. Baru saya faham akan rasa nikmat baca secara perlahan atau secara analisis.
Dalam banyak-banyak novel pemenang Sayembara Fixi tu, Majnun antara yang sedap dibaca. Pace laju. Tak terlalu berbasa-basi dan melewah. Buku ini cerita tentang Al. Watak-watak lain hanya sampingan dan watak pembantu. Hampir majorti cerita ni berkaitan dengan Al.
Pandai penuliskan masukkan fakta-fakta tentang masalah kesihatan mental. Tak resa macam too preachy. Very subtle but nice :) Tapi endingnya agak mendatar dan tiba-tiba. Mungkikah ada Majnun:2 ? Sama-sama kita nantikan.
Menarik juga buat sintetik neurotransmitter. Buat saya percaya sebenarnya benda tu tak mustahil pun. Mungkin sedang diusahakan oleh mana-mana pihak?
Apapun, tak tahu kenapa jalan ceritanya boleh ditebak. Contohnya, bila tau ada kehilangan imigran tu, boleh je nak teka dia ada kaitan dengan projek HATAL. Boleh je nak teka yang Chinta tu sebenarnya jadi mangsa projek Dr. Aduka.
Tapi, tak ganggu konsentrasi saya untuk baca sampai habis pun.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ronin samurai tanpa tuan. itulah gelaran yang dierbikan oleh seorang detektif pada Alqamariah atau Al. wanita yang ditugaskan untuk mencari perempuan bernama Chinta. gadis yg berasal dari Indonesia. pelbagai cara Al untuk mencari Chinta. tapi ada yang bagitahu Al kali terakhir dia nampak Chinta masuk dalam satu bangunan yang pemilik seorang pakar psikiatri. HATAL iaitu Dr. Aduka Taruna. dari misi asal mencari orang hilang bertukar kepada misi menyelamatkan orang yang pernah menjadi mangsa Dr Aduka. seorang Detektif yang bernama Badrul ditugaskan untuk menyiasat kes warga asing yg kerap hilang. dalam siatan yang dilakukan oleh pasukanya petunjuk kes itu menuju kepada klinik Dr Aduka.kes orang hilang dengan tiba-tiba muncul ubat baru cara untuk menyembuhkan orang yang menghadapi masalah mental.
̶̶̶̶ «̶ ̶̶̶ ̶ «̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶»̶ ̶̶̶ ̶ »̶ ̶̶̶ ̶̶̶̶ «̶ ̶̶̶ ̶ «̶ ̶̶̶ ̶ ̶ ̶»̶ ̶̶̶ ̶ »̶ ̶̶̶ apa yang i suke bla da dah ank hujung cerita tu saja, sebab pada i actin dia lagi best. pasal bahasa atau yang lain-lan tolak kejap. action dia sikit saja. Al dia wanita yang berani( namapun ronin) so bila Al cuba merungakai kisah Chinta yang pernah terjadi tanpa sempat Al buat apa-apa, maka mereka yang dikatakan hilang Al cuba selamatkan semua sekali. ubat yang dijadikan itu dari kalangan manusia itu sendiri (euww)
Detektif badrol nampak macam tak ada funtion masa awal cerita tapi bile masuk pertengahahn dia dah nampak jalan untuk membantu Al tanpa sengaja. Al dan Detektif Badrol ada cara masing-masing untuk merungkaikan apa yang terjadi dalam bagunan HATAL.
yang lain bagi i biasa saja. not so much gore. just ending dia macam 'eh kenapa itu' ha macam tu lah. entah bila agaknya Al kene macam tu "tepuk dahi" yang i keliru ialah ... 1-Al ni memang orang indonesia or MIX 2-jutawan tu orang mana ? 3-Chinta tu nasib dia macam mana ? tu jer yang i keliru ..