Raksasa berkepala 10, makhluk setinggi pokok kelapa kencing berasid, jin hodoh bernama Buriwan – semua Rostam pernah hadap, atau sekurang-kurangnya membaca tentang mereka. Selaku seorang penyeludup makhluk aneh merangkap Along tak berlesen, dia juga mempunyai kelebihan bercakap dengan haiwan.
Bachik pula penganggur yang punya nenek seorang bomoh. Suatu hari, neneknya meninggal dan dia harus pulang ke kampung. Masalahnya dia takut untuk bermalam di rumah nenek kerana dua perkara: bunyi lembu melenguh, dan bayangan pokok pisang meliuk di tingkap.
Rentetan kejayaan menumbangkan scammer di kedai Ali Cendol, Rostam setuju untuk menemani Bachik pulang ke Ayer Tebing berserta ganjaran. Malangnya wasiat yang dijanjikan meragukan. Kematian Nenek Maemon mencurigakan. Kerisauan Bachik paling besar – saka tak bertuan. Ganjaran yang dijanjikan juga tipu belaka, lalu membawa kepada sengketa, misteri dan penampakan makhluk-makhluk aneh yang mendorong deria detektif Rostam untuk membongkarkan segalanya
Genre mistikal, misteri dan fantasi seram tentang makhluk aneh/ajaib dan hal pusaka temurun yang mencari tuan baru. Tentang pengembaraan dua sahabat, (lebih kepada penghutang dan si pemiutang), Bachik dan Rostam ke Ayer Tebing-- pulang ke kampung Bachik setelah mendapat berita kematian Nenek Maemon, bomoh terkenal yang dikatakan maut kerana demam panas.
Laras bahasanya bagus dan kemas, ideanya menarik dan penceritaannya juga tersusun walau ada bahagian yang meleret dengan sembang luar daripada topik dan sedikit serabut bila Rostam mula menyiasat pasal Mak Yam. Ada humor dan hal-hal pelik sepanjang plot, cukup saspen dan surealnya aku suka.
Penulis pandai sisipkan absurdity dalam penceritaan-- tentang pertarungan dengan makhluk aneh, Rostam yang ajaib dapat bercakap dengan binatang, tentang sindiket pelik bawah tanah disamping sedikit perihal kekeluargaan yang relatable dalam masyarakat Melayu yang aku rasa agak menarik dan kadang tertanya juga pasal hal saka dan kisah-kisah spiritual dan bomoh ini.
Beberapa bab akhir yang agak longgar-- tak ada pengakhiran mutlak tentang Makcik Rosni atau cerita sebenar pasal Bakri dan tentang ayah Bachik yang masih hilang (?) tapi aku sangat suka dengan watak Dahlia-- boleh dipercayai dan sangat membantu. Tiga watak utama-- trio yang hebat dan licik.
Aku cuma biasa baca karya cerpen penulis sahaja sebelum ini jadi bila baca novel terasa satu kelainan daripada kebiasaan. Tahniah untuk penulis dipilih sebagai salah seorang pemenang sayembara FIXI musim 2!
Cerita berkisarkan tentang Bachik, seorang pemuda kampung yang punya hutang dengan seseorang yang berkerja sebagai penyeludup barang-barang aneh dan mistik bernama Rostam. Nak dijadikan cerita, Bachik mendapat perkhabaran tentang kematian neneknya di kampung dan dia diarahkan oleh ibunya untuk bermalam di kampung bagi menguruskan apa yang patut berkenaan arwah. Oleh kerana takut untuk bermalam di rumah neneknya seorang diri, Bachik mempelawa Rostam untuk pulang bersamanya dengan berjanji akan melunaskan segala hutang yang tertunggak. Maka dengan itu bermulalah journey dua orang pemuda itu ke Kampung Ayer Tebing, Melaka tanpa mengetahui perkara-perkara malang yang akan menimpa mereka selepas itu.
First bila aku belek sinopsis, kupikirkan ini cerita seram dengan adanya adegan-adegan seram seperti seekor pocong yang suka skodeng orang mandi pada waktu malam atau seekor pontianak yang cekap menumpang mana-mana bumbung kereta di lebuhraya lama. Ternyata jangkaan itu tampak meleset 70 peratus. Ada perbezaan diantara MAKHLUK GHAIB dan juga MAKHLUK AJAIB. Makhluk Ajaib bukanlah hantu, mereka sekadar Pokemon in real life yang mempunyai kuasa-kuasa luar biasa dan aneh.
Second aku suka watak-watak dalam cerita ni. Friendship antara Bachik dan Rostam tu memang aku minat, sorang cerdik dan sorang bengap, support character seperti Dahlia juga sangatlah membantu dalam melengkapkan jalan cerita dan tak dilupakan watak Mak Yam. Oh Mak Yam, kejahatanmu memang sudah terserlah dari awal lagi.
Apa-apapun aku nak cakap congrats to writer diatas karya ini, plot-twist dekat hujung-hujung tu memang susah gua nak jangka bro. Nak review panjang-panjang kang takut spoiler pulak, pandai-pandailah korang baca sendiri buku ni. Sumpah aku cakap best. kalau tak best takkanlah boleh menang Sayembara.
I'm not having a high expectation as I used to read many horror books wrote by Ariff Adly. However, this one really hooks me.
Plot yang tersusun bermula dari pertemuan Bachik dan Rostam, membawa kepada berita kematian Nenek Maemon dan kepayahan Bachik yang nampaknya harus menerima 'pusaka' neneknya.
Menariknya kisah ini bila satu demi satu persoalan mula terungkai dengan kemas. Antaranya, apa yang betul-betul membuatkan Bachik begitu benci untuk pulang ke kampung halaman. Apa sebenarnya yang membelenggu penduduk kampung Ayer Tembing, niat sebenar Rostam dalam membantu dan menemani Bachik serta persoalan paling besar iaitu apa sebenarnya yang berTENGGEK di bahu kiri Bachik.
Elemen supernatural yang ditonjolkan agak menarik dengan adanya makhluk ghaib serta ajaib yang menurut Rostam, hanyalah boleh dibezakan dengan sehelai rambut.
Elemen plot twist yang seperti biasa, sentiasa berjaya membuatkan pembaca tidak senang duduk dan ternanti pengakhiran kisah ini.
Ada juga beberapa momen dalam kisah ini yang berjaya membuatkan saya mengimbau akan tipikal kisah seram Melayu seperti menjamu selera di 'kedai makan' pada waktu tengah malam.
Apapun, kisah ini antara pembacaan yang amat berbaloi bagi saya.
Bolehlah untuk sebuah karya komedi seram. Kisah tentang Bachik yang terpaksa pulang ke kampung disebabkan kematian neneknya yang merupakan seorang bomoh. Turut menemaninya adalah Rostam yang merupakan pemiutangnya dan juga seorang penyeludup makhluk ajaib.
Cerita yang bermain dengan kewujudan antara makhluk ajaib dan makhluk ghaib. Ada perbezaannya. Tapi jika ada perbezaannya, tidak begitu ketara dijelaskan. Dan dengan latar cerita yang dibina dalam dunia dengan kepercayaan makhluk ghaib pula, menyebabkan kewujudan makhluk ajaib agak goyah dalam sebahagian besar cerita. Tambahan pula, dengan banyak kejadian aneh yang boleh jadi sama ada perbuatan makhluk ajaib atau makhluk ghaib, membuatkan cerita semakin tidak jelas antara mahu fokus tentang makhluk ajaib atau makhluk ghaib. Sudah tentulah di akhir cerita akan terjawab spesis makhluk mana yang menjadi fokus. Tapi sepanjang cerita sebelum itu tidak banyak perkara menarik yang diceritakan tentang makhluk-makhluk ajaib yang boleh membangkitkan keterujaan tentang kewujudannya.
Unsur komedi dalam buku ini juga lebih banyak mengganggu daripada melucukan. Lawak-lawaknya kebanyakan hambar. Terlalu banyak lawak mahu diselitkan sehingga babak yang boleh dimanfaatkan dengan suasana yang serius pun nak diselitkan lawak juga. Lama-kelamaan main tarik tali juga dengan rasa bosan dan mahu teruskan pembacaan. Bagaimanapun, akhirnya berjaya juga habis baca dan tertulislah ulasan ini.
Pertamanya, genre yang sebegini memang style aku. Sebab itu aku bagi 5 bintang.
Storyline padu. Watak-watak ditulis bersederhana. Ilmu imagi-nasik penulis memang power. Kalo kurang pun mungkin part ending sahaja. But it's okay. I don't mind it. (cuma please, wajib ada sambungan.)
Keseluruhannya, Aku tak ambil kisah sangat jalan penceritaan di awalnya. Dalam pemikiran aku, Rostam dan Bachik ni macam tak hensem sangat. Watak yang jenis duduk kampung. Seorang penyeludup. Seorang penganggur. Apalah yang special sangat. Haha.. Namun, aku mula terpikat dengan perwatakan dan persahabatan expess mereka. Menyebabkan aku happy dan tersenyum ketika membaca setiap bab. Ditambah dengan rasa teruja yang tidak putus-putus.
Persahabatan mereka sangat unik dan mencabar. Hati aku sedih dengan nasib Bachik. Ditambah, dengan pemikirannya yang tidak secerdas Rostam. Menyebabkan nasibnya bertambah malang. Namun aku happy dia ada Rostam sebagai teman. Teman yang setia walaupun pada mulanya mereka tidaklah serapat mana.
Siti Alimah dan Dahlia juga adalah watak heroin yang 'strong'. Aku approved watak-watak ini.
Korang wajib baca. Sekian.
Tahniah penulis Mohd Anas.
PS : Saya juga menghantar manuskrip ke fixi. Disebabkan manuskrip kita yang paling dekat dalam list. Saya tertanya kenapa naskah awak. Dan sekarang saya happy. Naskah ini memang wajib dipilih sebagai pemenang sayembara.
Haaa ni, storyline menarik dan berfikir jugak nak faham jenih nama-nama makhluk tu. Memula okay je dengan watak bidan tu tapi bila acah jadi ketua hakim tu hak alahhhh geram je hahaha. Ok lahhh selamat membacaaaaaaa 👏🏻
[T]enggek oleh Anas Mohd. Cerita Tenggek ni dah macam filem Fantastic Beast pun ada, cerita pasal makhluk-makhluk aneh. Cuma makhluk aneh dalam cerita Tenggek ni versi Melayu. Aku baca buku ni sempena musim PKP. Alang-alang dah terperap lama dalam rumah, apa salahnya luangkan masa dengan buku. Bukankah membaca itu jambatan ilmu? tak begitu kome
[E]loklah yang minat genre Fantasy + Horror + Mystery, cuba baca buku ni. Memang best. Cerita pasal seorang pemuda kampung, Bachik, yang mana dia ni menganggur dan terbeban dengan hutang seorang lelaki bernama Rostam. Apa yang aku suka pasal Rostam ni, dia boleh dikatakan genius orangnya - minat mengkaji makhluk aneh (actually penyeludup), pandai menyiasat (macam detective conan) & boleh bercakap dengan binatang (cool kot). Berbanding dengan Bachik lampu mentol dalam kepala dia tak selalu menyala macam Rostam. Walaupun tak berapa bijak, dia ni bagi aku seorang yang kelakar, lurus, dan baik hati.
[N]ak dijadikan cerita, adventure diorang bermula bila diorang nak bertolak ke Ayer Tebing, Melaka untuk menghadiri pengebumian nenek Bachik, Maemon (dah macam nama digimon dah). Dari situlah macam2 dugaan & perkara mistik berlaku (paling tak boleh blah serangan burung hitam hahaha) Tahi burung kene samak tak, bang? - Ajim
[G]alakan membaca kepada anda semua sebab apa yang best pasal buku ni, main characters sumpah style. Memang korang akan suka gila dengan Bachik & Rostam. Dua-dua dengan perangai ego, masuk air, suka wrestling (atas kubur pun jadi) dan pantang bila nampak gadis. And yang paling mantap pasal 'friendship' diorang. Serta watak2 tambahan seperti Ajim, Siti Alimah, Mak Yam dan Dahlia yang memainkan peranan penting untuk jadikan storyline lagi menarik.
[G]abungan setiap cerita dan plot disusun dengan baik dan mudah dihadam. Berbeza dengan sesetengah penulis yang mula2 cerita pasal A pastu bab seterusnya pasal C, pastu pasal B, pastu pasal A balik - yang membuatkan kau selak balik page belakang untuk pastikan kau tak salah jalan cerita. Tapi aku okey je, semua aku enjoy.
[E]nding dia dah nice, cuma masih ada persoalan yang bermain di fikiran aku. Salah satunya aku nak tahu kenapa dengan Bakri (atau mungkin aku terlepas pandang?). Well apapun aku harap buku ni ada sequel, prequel mahupun trilogy dan serius buku ni best gila.
[K]epada penulis, tahniah untuk karya hebat anda. Semoga terus berkarya selepas ini. Terima kasih juga pada Fixi. Min aina ila aina! ... Jalan cerita baik, cover novel baik, penulis baik, character baik, syarikat Fixi baik, goodreads baik, esentral baik, ayah saya baik, mak saya baik, kakak saya baik, abang saya baik, anak buah saya baik, nenek saya baik, kawan saya baik, crush saya baik, scandal saya baik, jiran saya baik, semua baik-baik, saya je yang jahat. ikan gelama ikan kekek, jom baca tenggek. hihihi
Semasa membaca buku ini, saya banyak melompat dari satu buku ke buku lain, macam cerpen cerpen Franz Kafka dan Saharil Hasrin Sanin. Oleh kerana itu, saya lambat sikit menghabiskan naskhah yang saya purchase di googleplay books ini. Tapi apa pun, saya suka dengan buku ini. Dengan cerita yang tajuk seperti cerita seram. Bermula dengan cerita yang humor, beralih kepada cerita horror dan dihabiskan dengan cerita thriller yang gore. Menceritakan tentang dua orang lelaki, Bachik dan Rostam. Bachik sebagai pewaris harta dan saka. Dan Rostam adalah lelaki yang boleh bercakap dengan haiwan.
Tapi ada beberapa yang tidak terjawab dalam cerita ini. Yang pertama, bagaimana Rostam boleh mendapat kebolehan bercakap dengan haiwan. Kedua, apa fungsi dan sebenarnya yang terjadi ketika mereka memakan mee di kedai makan rahsia itu. Ketiga, siapa sebenarnya Siti Alimah? Apa jadi kepada adik Bachik, dan emaknya. Siapa lelaki min aina ila aina. Apa nasib laki bini yang mengaku sebagai orang yang membawa bayi kepada Nenek Maemon? Bagaimana Nenek Maemon meninggal? Dan beberapa lagi soalan. Tapi apa pun, cerita yang menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau suka dengan Fantastic Beast (yang pertama je), anda juga akan suka dengan buku ini. Yang ghaib sebenarnya ajaib. Humor antara Rostam dan Bachik ada yang menjadi. Banyak perkara yang sangat random berlaku, ada juga yang agak meleret bagi aku. Dan semestinya ada persoalan yang tak terjawab. Mungkin buku seterusnya?
Jalan cerita yang menarik dengan plot yang tersusun. Disamping itu beberapa elemen seperti persahabatan digarap dengan baik. Cumanya dalam merungkai banyak persoalan ada beberapa persoalan yang tercicir. Cerita di permulaan dan pengakhiran sedikit hambar bagi saya. Walau bagaimana pun ia sebuah cerita yang baik
Terasa jurang dengan cerita ini, ia tak berjaya mendekati saya lepas 50 muka. Jadi, saya hentikan bacaan dan beri pada orang lain. Mungkin ia akan lebih sesuai dengan mereka.
Tiada bintang bukan sebab tak bagus, tapi sebab tak adil untuk saya beri apa-apa bintang memandangkan bacaan tidak habis.
Permulaan cerita Tenggek berjalan dengan agak perlahan dan buat saya tertunggu tunggu bila mereka mahu sampai ke rumah bomoh Maemon. Cerita menjadi semakin menarik apabila mereka tiba di Ayer Tebing di mana mereka bertemu dengan Mak Yam, si bidan kampung a.k.a petani a.k.a hakim-tak-jadi dan juga kemunculan makhluk makhluk aneh di kampung Ayer Tebing.
Saya suka dengan babak penceritaan di mana bomoh Maemon berlawan dengan bayi yang dirasuk. Saya dapat bayangkan babak itu menjadi salah satu babak dalam filem seram. Babak lain yang menarik ialah apabila Rostam bercerita pengalaman ngerinya di asrama sekolah sehingga menyebabkan dia menghadapi klaustrofobia. Serem.
Bagaimanapun saya rasakan kisah Tenggek boleh ditamatkan awal tetapi penulis memilih untuk bercerita tentang gudang(?) & gurun(?) yang saya masih keliru dengan babak itu sebenarnya. Oh ya dan juga babak Mak Yam si hakim-tak-jadi dalam Lubang Pengadilan itu agak panjang dan buat saya mahu ia cepat cepat habis.
Pengakhiran yang baik dan saya tertanya tanya apakah yang dimaksudkan Rostam dengan 'mungkin ada misteri yang tak perlu dijelaskan'. Adakah ada kaitan dengan pak ustaz itu?
Cubaan pertama yang baik dalam menulis novel oleh penulis Anas Mohd yang saya ketahui sebelum ini menulis cerpen. Saya harap penulis terus menulis novel di masa hadapan dan sejujurnya saya rindu mahu baca cerpen-cerpen oleh penulis.
Dalam kepala ni ku bayangkan Bell ngasri yang bawak watak Bachik tu, dia ada kriteria mantap untuk menjiwai semangat orang macam Bachik. Rostam pulak mungkin Beto atau Que Haidar, kena cari yang ada muka tenang dan nampak pandai. gandingan mereka harapan boleh dibuat buku seterusnya. "Kebencian hanya mencipta jarak." - Rostam
Tenggek ni berkisar tentang Bachik yang dipaksa mewarisi saka dari neneknya sendiri, bomoh Maimon. Tapi Bachik memang taknak dia memang tak berapa rapat dengan neneknya, dia jarang balik ke kampung neneknya sebabkan dia takutkan suasana hening dan seram malam di rumah nenek dia dekat Ayer Tebing, Melaka.
Jadi bila Bachik kena balik hadiri pengkebumian nenek Maimon, Bachik paksa kawan dia Rostam untuk bawak dia balik kampung. Macam macamlah jadi sepanjang perjalanan jauh di tengah malam meredah jalan lama tu kan. Baca sendiri baru feel malas cerita sini. So sampai kampung jadi macam macam pulak. Bachik gaduh dengan Rostam, Bachik dapat pendamping dan cerita tentang kewujudan pelbagai makhluk ajaib di sekitar Melaka, ye makhluk ajaib bukan makhluk ghaib ye. Ada satu garis halus je yang memisahkan antara dua jenis entiti ni, makhluk ajaib dam makhluk ghaib.
Last sekali memang plot twist habis laaa, acam biasa mesti watak yang sendu je sebenarnya mastermind pada semua masalah yang jadi pada Bachik. Rostam ni pulak sejenis manusia berfikiran tajam dan bermata tajam yang pandai menyiasat, jadi Rostam lah yang cuba selesai kan semua masalah Bachik nanti, sebab Bachik ni loser, pendek akal dan kurang berfikir. Ngam la duo ni sebab berbeza perangai.
Buku ni memang best, dia ada vibes 'Fantastic beast and where to find them' (FBAWTFT) sebab penulis banyak ceritakan tentang makhluk ajaib yang menjadi buruan manusia yang suka collect benda rare dan ajaib, dia ada vibes buku 'The girl and the ghost(TGAT)' sebab Rostam ni ada kebolehan bercakap dengan haiwan sama macam watak Suraya dalam TGATG. Scene dekat perkuburan, memang rasa lah sunyi malam tu. Ada scene santai yang tak cliche, ada scene cara nak tangkap makhluk ajaib(again macam scene FBAWTFT. Kudos laa dekat penulis sebab penulisan dia sangat fresh and informative. Rasa macam dia banyak ilmu tentang misteri alam, misteri hutan dan ilmu ghaib.
Satu perkataan tentang novel ini - sederhana. Walaupun ada beberapa babak surreal, tapi ianya tak terlalu mencuba untuk nampak gempak. Penulis juga tak melebih-lebih dalam berjenaka. Mungkin penulis menulis cerita ini dengan hati yang ikhlas maka segalanya nampak smooth (sekadar meneka). Tenggek adalah buku yang mudah dihadam dan tak membosankan.
permulaan buku ini agak bosan dan slow tanpa tujuan membuatkan aq sidai buku ni agak lama (setahun). tapi setelah aq baca dengan intensif sehingga ke pertengahan barulah terasa menarik tu. overall, buku ni best plus terselit jugak lawak bodoh yang bersifat hit and miss. ada jugak persoalan yang tak terjawab.mungkin ada sambungan?
Best best...dari cerita hantu boleh bertukar jadi cerita penyiasatan pembunuhan dan sindiket. Rostam tu kerja freelance, tapi banyak knowledge pasal benda benda ajaib. Cara penulisan memang best. Dan tersusun. Part flashback yang Bachik kena dekat rumah nenek dia tu sedap. Seriau bila baca
Memang tak sangkalah penulis bawa genre horror fantasi.. Hahaha.. suka betul dengan watak Rostam yang menyiasat untuk membantu rakannya Bachik dan makhluk mistik..
Cerita ini mampu buat aku tak berapa senang duduk. Makhluk ii yang ada dalam buku ini buatkan aku rasa seram. Cerita yang sangat menarik bagi aku cuma aku tak minat dengan ending dia.
For me this book tak seram sangat. Mula² je bosan sikit tapi dekat part tengah² da okay. Hantu die (dalam buku ni) bukan typical hantu yang biasa. Ada macam² jenis. Macam monster pun ada. And the plot twist!!! Orang yang macam baik tu lah villain and orang yg macam villain tu la yang baik sebenarnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.