Tugasan pertama Badriya dan Mateen selepas menamatkan latihan di Akademi PASAK (Pasukan Sekuriti Anggota Kerajaan) adalah sebagai pengawal peribadi kepada para menteri kabinet. Badriya bertanggungjawab menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq, Menteri Alam Sekitar & Teknologi Hijau yang baru dilantik selepas pilihan raya umum yang lalu. Ketika menjadi tetamu sebuah rancangan bual bicara dengan hos Zehra Matthews, Ahmad Siddiq telah diserang oleh teman lelaki selebriti itu. Walaupun Badriya berjaya mengawal keadaan, pihak pengurusan PASAK memutuskan untuk memasukkan Mateen dalam pasukan keselamatan Ahmad Siddiq sebagai anggota sokongan.
Selepas Ahmad Siddiq mengambil alih tugas sebagai menteri, dia menemui maklumat penyelewengan dana kerajaan bernilai RM 1 billion oleh bekas menteri yang terdahulu, YB Khir Jauhary. Didorong oleh persahabatannya dengan Badriya yang selalu mengingatkan agar dia menjaga integritinya, Ahmad Siddiq telah bersemuka dengan Khir Jauhary. Risau segala kegiatan jahatnya akan terbongkar, Khir Jauhary meminta khidmat ALGOJO, organisasi pembunuh upahan untuk menghapuskan Ahmad Siddiq. Selepas satu kemalangan yang menimpa pasukan mereka, Badriya dan Mateen kini sedar bahawa mereka sebenarnya berhadapan dengan halangan yang lebih besar dari yang dijangka.
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Saya mula menulis cerita ini pada Mei 2018 secara semberono, sekadar meluahkan perasaan. Saya tulis sehingga 12 000 patah perkataan dan saya berhenti. Masa itu saya sudah tenang. Saya mulakan semula pada bulan November dan saya tamatkan pada bulan Disember. Saya seronok menulisnya, ia penulisan guilty pleasure. Penulisan ALGOJO hanya penulisan yang cathartic. Lepas itu, saya simpan saja cerita ini dalam komputer dan meneruskan sesi persekolahan 2019 sambil melihat semua benda tidak mencapai pengharapan saya. Apabila FIXI umumkan Sayembara Fixi Musim Kedua, saya pun hantar manuskrip ini. Alhamdulillah, ia diterbitkan.
Lanskap politik negara sentiasa berubah dan saya bukan penganalisis berbakat, jadi saya fokus pada watak-watak Bad, Mateen dan Ahmad Siddiq. Saya seronok menulis cerita ini sebab saya boleh buat adegan set-piece, cinta tiga segi dan sudah lama saya nak guna peribahasa Mughal 'taktya takhta?' (kerusi atau keranda?) tapi belum mendapat cerita yang sesuai.
Cerita ini berbeza dqripada cerita-cerita saya sebelum ini. Saya guna bahasa Inggeris(sikit saja) dengan lebih selesa dan ada lawak berasaskan 'pun' walaupun cerita ini tidak lawak.
Sekarang pukul dua pagi dan aku baru habis baca ALGOJO.
Aku dari dulu memang meminati karya-karya Kak Sri. Kak Sri dikenali sebagai Ratu Sayembara dan ternyata ini dapat dibuktikan apabila ALGOJO memenangi sayembara FIXI.
Apa yang aku suka setiap kali membaca karya-karya Kak Sri adalah flow ceritanya yang smooth. Babak-babak yang diceritakan pun fast paced dan pendek-pendek, buatkan aku tak sabar nak selak dan sambung baca. Apabila aku dapat tahu Kak Sri menang sayembara FIXI, aku jadi excited sebab kebanyakan bukunya sebelum ni diterbitkan kerana berjaya memenangi sayembara saster yang kebanyakannya rigid dan mempunyai acuan yang perlu diikuti. Aku tahu yang Kak Sri akan let loose, dan aku suka apabila Kak Sri bebas nak bercerita apa yang dia mahu, tanpa terikat dengan syarat-syarat ketat sayembara sastera.
ALGOJO membawa tema politik, satu isu yang aku sering lari dan aku fikir bosan. Tapi Kak Sri berjaya buat aku habiskan novel ni dalam masa dua hari. Apa yang aku suka pasal ALGOJO adalah betapa dekatnya karakter di dalam novel ni dengan yang sebenar. Kak Sri seperti membuat spin off daripada cerita politik sebenar yang berlaku sekarang.
Salah satu kekuatan penulisan Kak Sri adalah kita boleh nampak yang Kak Sri banyak melakukan research tentang sesuatu perkara, sehinggakan apa yang dia ceritakan sangat believable seperti ucapan YB Siddiq dalam temu ramah dalam Bab 9.
Karakter yang believable dan tak sempurna juga antara kekuatan penulisan Kak Sri. Bila watak utama tu tak sempurna, pembaca boleh relate terus dengan karakter tersebut dan bukannya terasa distant bila watak utama itu direka dengan terlalu perfect dan maksum.
Kebebasan yang diberikan dalam sayembara FIXI sekali lagi menyerlahkan penulisan Kak Sri apabila dia menggunakan campuran bahasa Inggeris dan Melayu dalam satu ayat tanpa rasa bersalah. Karyanya sebelum ni aku ada perasan sedikit kaku apabila dia banyak translate ayat Inggeris terus ke Melayu. Tapi dalam ALGOJO dia bebas mencampur bahasa, menjadikan flow ayat tu jadi lebih lancar dan tak kekok.
Ayat yang paling aku suka (dan sedih) bila Mateen dan Bad duduk di dobi bersama-sama.
Bagi aku endingnya sedikit rushed? Tapi overall aku memang sangat sangat sangat berpuas hati dapat baca ALGOJO. Semoga Kak Sri diberi peluang untuk menulis dengan bebas lagi di masa hadapan! Jangan berhenti menulis kak!
Ambil masa lama untuk habiskan novel ni sebab jalan ceritanya agak perlahan bagi aku. Yang tak boleh blahnya aku dok bayangkan muka Syed Saddiq untuk watak Ahmad Siddiq haha. Muka watak utama, si Bad aku susah nak bayangkan sebab wajahnya dikatakan berparut, lepas tu tangannya pun banyak parut. Pening aku nak bayangkan wajah wanita cantik berparut, kasar dan tegap semua ni, takkan Janna Nick, tak kena wei.
Apa2 pun, cerita ni mula jadi best bila bermulanya babak2 konflik, aksi2 meletup, lawan2 semua. Diselitkan sekali pasal psikologi, michiavelli apa semua. Memang satu novel yang matang dan amat layak memenangi Sayembara FIXI. Tahniah kepada penulis!
Pengawal peribadi wanita? Saya terus beli buku ini tanpa berfikir panjang. Tertarik dengan watak wanita muda yang kuat. Jalan cerita Algojo tidak mengecewakan! Biasanya dalam novel bahasa Malaysia kadang kala kita akan jumpa kejanggalan di sini sana, tapi dalam buku ini, ia pada tahap minimum. Watak Badriya saya agak suka walaupun kadang-kadang terasa jengkel dengan sikapnya yang terlalu berterus-terang dan terburu-buru mengikut perasaan. Barang kali bagi menggambarkan usia muda Badriya? Ada sedikit teguran politik sinis dalam jalan cerita. Dan sudah dijangka ada sedikit selitan kisah cinta tiga penjuru, namun berjaya membangkitkan kenangan lama bercinta. Pendekatan jalan cerita populis kadang-kala perlu diambil bagi menarik perhatian pembaca muda. Pemilihan nama watak yang seakan-akan sama dengan watak ahli-ahli politik sebenar melucukan! Kesudahan jalan cerita yang.. menggeramkan! Haha.. tapi secara keseluruhan, memang syok baca buku ini.
Agak lama masa yang diperlukan untuk menghadam buku ini.. Ini kerana ada beberapa babak yang berkaitan dengan politik yang agak sukar untuk dihadam.. Selebihnya adalah mengenai Mateen dan Badriya yang berkerja untuk PASAK namun dikawal oleh ALGOJO..
Sepanjang baca ALGOJO aku asyik ingatkan diri sendiri yang Ahmad Siddiq dan Khir Jauhary cuma watak fiksyen dan tak ada kena mengena dengan ahli politik yang wujud dalam Malaysia sekarang. Bertema jenayah politikal dan aksi, ALGOJO berlatar pasca pilihanraya selepas Ahmad Siddiq mendapat tugasan sebagai Menteri Alam Sekitar dan Teknologi Hijau yang baharu menggantikan Khir Jauhary. Penyelewengan dana, korupsi, komplot pembunuhan berprofil tinggi, dan kisah lagenda urban tentang organisasi pembunuh upahan ALGOJO menjadi latar naratif dan konflik kepada tugasan Ahmad Siddiq juga halangan kepada dua anggota PASAK (Pasukan Sekuriti Anggota Kerajaan), Badriya dan Mateen dalam menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq. Efisiensi bahasanya kemas, tak lari konteks, fokus karakter dan perkembangan plotnya bagus, hubungkait setiap babak juga perinci dan sisipan subplotnya tidak keterlaluan walaupun aku rasa macam mudahnya Siddiq jatuh cinta (tapi syukurlah Siddiq tahu dia bodoh tanya pasal hal tudung pada Badriya). Suka dengan karakter Mateen yang tegas dan cekap; antara keluarga dan amanah tugasan, menjaga Badriya dan menghalang ALGOJO. Tertarik dengan gambaran penulis tentang pertembungan generasi pemerintahan-- rejim tua dan muda juga sisipan sinis isu-isu sosial-politik yang agak relevan dengan realiti. Tahniah penulis dipilih antara pemenang Sayembara FIXI musim 2!
Lama masa yang saya ambil untuk hadam dan habiskan naskhah ini.
The verdict? We have to agree to disagree.
Manusia ada pilihan dan pandangannya sendiri.
In a way, saya boleh katakan kisah ini adalah sebuah propaganda untuk memutihkan satu watak pilihan dan menghitamkan watak yang satu lagi. Benar, ia cuma samar-samar, tapi ia tetap ada. Perumpamaan watak-watak itu terlalu jelas untuk dinafikan. Saya cuba juga untuk menidakkan, cuma sekadar rujukan, tapi tidak mampu untuk menghilangkan dan membandingkan dengan mereka yang terlibat.
Saya mula mengikuti perkembangan politik tanah air selepas PRU 13. Sementelah saya turut terlibat dalam perjalanan PRU 14, minat itu semakin kuat. Saya juga mengikut rapat perkembangan politik selepas bertukarnya kerajaan. 22 bulan yang penuh kenangan haha.
Jadi, apa yang boleh saya katakan, saya boleh menilai watak mana yang lebih saya percaya.
Sebagai penjawat awam, walaupun di organisasi yang kecil, tapi kami sedar adanya protokol yang harus diikut. Agak banyak situasi dalam buku ini yang seumpama tidak perlu semua itu. Nampak mudah, tapi banyak implikasinya ya. Rasanya perlu dibuat research sedikit tentang protokol yang diperlukan untuk situasi tertentu tu. Barulah nampak lebih realistik.
Dan satu lagi, kecederaan teruk patah beberapa tulang rusuk, hingga paru-paru cedera ditusuk, sembuh dan boleh bekerja dalam masa kurang seminggu?? (saya tak boleh Google nak cari maklumat sebab saya takut darah!)
Karya ini macam kau makan kek tapi icing nya tak sedap. Slow sikit tapi menarik untuk diselak sebab nak tahu apa yang di terjadi seterusnya. Page turning juga lah karya ini. Aku rasa buku ini kena tebal lagi lah, sebab aku tak puas hati. Tak puas sebenarnya, sebab ada banyak yang perlu diceritakan, ditambah dan dihuraikan lagi.
Yang celaka nya kenapa aku terbayang watak utama itu orang yang sama. Geram je dengan penulis ini ek. Pandai sungguh buat watak macam tu. Aku ingatkan si Bad tu lelaki. Murung jap. Tertipu juga aku rupanya. Lama nya aku tak baca kisah cinta tiga segi. Walaupun kurang di jelas kan tapi bila kita baca, kita boleh nampak kisah cinta nya itu. Aku suka betul. 😂
Jalan cerita dia memang ada sangat. Kan best lebih banyak scene aksi. Itu yang takde dalam karya ini. Kalau ada, memang terbaik lah. Plot twist dia memang terbaik lah. Memang tak di sangka betul. Subplots dia juga menarik dan details juga. Terbuai-buai dengan karya ini.
A decent story. Dengan gaya kepengarangan Sri Rahayu: fast-paced, plot kemas, baris dan bab yang sedang: tak panjang meleret dan tak juga pendek mengejut.
Cuma terganggu sikit dengan cara Mateen dan Badriya berbual, sekejap aku-kau, sekejap saya-awak. Tak banyak, terganggu sikit je.
10🌟! Mindblown! Maklumlah, master storyteller. Plot twist tu kan… highly recommended. Masa baca, saya bayangkan mateen yg the mateen from brunei. Betul ke nama sama tu atau saya silap? And siddiq = ss. Maklum la isu dia meletup semalam… tp real betul saya rasa masa baca buku ini. Macam tengah tengok berita. Bad ialah bad. Bagi saya, tiada artis malaysia yang boleh bawa watak bad. Well, maybe DD? Maybe la… sila beli buku ini. Ia sentiasa relevant dengan zaman sekarang apatah lagi…
tak selalu baca buku tema politic-crime ni tapi kali ni mmg best dan menarik lain dari yg lain! tajuk dan cover buku pun sangat menarik perhatian! algojo? apa tu? haaa lai lai baca halahh baca kat e-book je sambil golek2 tu boleh layan e-book, nah link korang boleh cuci-cuci mata https://www.e-sentral.com/book/info/3...
Mula-mula aku tak yakin adakah aku akan boleh go on dengan cerita ini tapi siapa sangka, aku dapat juga habiskan dengan baik. Sebuah cerita yang kalau sekilas lihat seperti membawa topik berat (dan mungkin bosan) iaitu politik dan seragam. Cuma yang menarik tentang buku ini, aku tidak merasa berat dan bosan membacanya. Awal-awal tu dah terasa saspen dan debaran serta persoalan yang penulis timbulkan. Lepas tu aku teruskan dengan ikut flow cerita yang penulis bawa, tidak terlalu laju dan perlahan. Karakter utama dibangunkan dengan baik cuma untuk karakter sampingan itu dibiarkan begitu yang menurutku boleh diceritakan lebih bagi memaniskan cerita. (itu cuma pendapatku) Akhirannya aku geram sikit tapi ya itulah realiti.
Bila penulis bercerita dan memperkenalkan watak-watak di dalam ini, aku terasa dekat kerana penulis melakar dalam suasana malaysia kini.
Buku ALGOJO menarik untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Latar tempat yang digunakan juga memudahkan pembaca untuk membayangkan peristiwa tersebut. Cerita ini penuh dengan plot twist yang menyebabkan pembaca akan terus membaca dan terus membaca sehingga habis. Jika dibaca dengan betul betul, buku ini seakan kritikan kepada ahli politik dinegara ini. Buku ini jika difilemkan, watak Mateen mungkin sesuai dimainkan oleh Zul Arifin manakala watak Bad dimainkan oleh Fify Azmi. Dan tentunya akan mendapat sambutan yang mengalakkan. Dan akhir kata, GOOD JOB SRI RAHAYU MOHD YUSOF. You did the great job. Buku ni best.
Disebabkan nama yang seakan sama, aku terbayang dua orang identiti politik tu. Dari segi ciri-ciri watak pun nampak macam serupa. Semuanya terasa seperti memang berlaku disebalik sisi gelap politik. Bab-bab yang pendek membuatkan pembacaan jadi laju, page turner sungguh. Cuma dialog antara Mateen dan orang tu bagi aku terasa sedikit janggal. Harap ada sambungannya.
Fuhhh, patutlah menang sayembara FIXI. Serius best cerita ni. Memang sesuai dibaca time musim PRU.
Karakter-karakter dalam ni pun dinamakan dekat dgn dunia sebenar: 📌 Ahmad Siddiq - Syed Saddiq Dan saya kira, 📌Khir Jauhary - Khairy Jamaluddin
So senang sikit nak membayangkan jalan cerita ni sbb dah ada karakter utk digambarkan.
_____________________________
Kisah Badriya dan Mateen yang merupakan Pegawai Laskar PASAK. Mereka berdua diamanahkan untuk menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq yang merupakan Menteri Alam Sekitar & Teknologi Hijau.
Darah muda, perasaan utk berjuang, mempertahankan hak, menegakkan kebenaran itu berkobar² dan menyala dalam diri YB Siddiq. Ahh, tanpa dia sedar dia telah meletakkan diri dalam ancaman bahaya. Biasalah berlakunya penyelewangan kuasa oleh Mantan Menteri. Disebabkan hendak menutup onar dan aib diri, KJ bertindak untuk mendapatkan perkhidmatan ALGOJO.
Siapa ALGOJO? Apa peranan ALGOJO? Siapa sbnrnya Badriah? Dan siapa sebenarnya Mateen? Adakah mmg takdir mereka utk menjadi Pegawai Laskar PASAK? Ataupun itu semua adalah aturan yang dirancang dengan penuh rapi? Selamatkah Siddiq?
.......
Ahhh, saya ingat saya akan bosan sbb bagi saya cerita ni terlalu politikal. Ehh, sangkaan saya meleset. Besttt. Ejen secret service perempuan? Badasss! Cool giler. Dgn parutnya dimuka. Ganass, tapi jadi rebutan juga.
Jalan cerita yang kemas, teratur. Takde rasa mcm lompong di mana². Sedap je baca. Ada diselitkan romance sedikit. Fuhh. And part thriller tu mmg terasa yaa. Rasa mcm saya pulak yang kena tusuk. Huhu.
Cuma bahagian ending tu buat saya curious... saya nak teka tapi saya rasa tekaan saya akan silap. Ada tak siapa² nak bertukar pendapat dgn saya? Hahah. Dm tauu.
So overall, besttt. Tak menyesal beli dan baca. Behind the scene of PRU and segala isu politik yang kita tak nampak dgn mata kasar. And I wonder what if mmg betul² wujud PASAK and ALGOJO ni...
Algojo mengisahkan tentang seorang pengawal peribadi wanita bernama Badriya yang ditugaskan untuk menjaga menteri muda, bernama Ahmad Siddiq. Ha… perempuan jadi bodyguard lelaki, uollz! Auto terbayang Ahmad Siddiq tu macam Syed Saddiq. Ada pula bekas menteri ni nama dia Khir Jauhary, auto terbayang KJ. Ahahahaha! Pishang betul! Tapi itu tak penting, yang pentingnya adalah plot cerita ni sangat menarik. Jarang ada novel Melayu yang membawa tema politik. Ada uniknya di situ. Algojo ni siapa sebenarnya? Algojo adalah satu agensi rahsia yang ditugaskan untuk melakukan APA SAHAJA dan memusnahkan apa sahaja yang mengganggu gugat kestabilan politik. Apa kena-mengena Badriya dengan Algojo? Ha… itu kena baca! Pada Xander buku ni sememangnya menarik. Tak banyak adegan cintan-cintun. Selamat untuk dibaca anak-anak 13 tahun dan ke atas. Dan yang menarik adalah cara penyampaian cerita ni yang agak skema tapi dia tak rasa janggal. Mungkin sebab Sri Rahayu ni orang yang memang dah lama menulis dan banyak menang sayembara penulisan. Idola kot dia ni! Apa-apa pun, memang patutlah buku ni menang sayembara Fixi. Kesimpulannya 5/5, kalau nak cari buku Fixi yang okey sikit untuk anak-anak sekolah menengah anda baca, Xander boleh rekomendasikan buku ni. Best!
One of the most amusing things about this book is political satire. Hello, KJ and Siddiq, sooo not subtle. Not to mention the usual bribery and neglected projects.
We also have some hints of romance or what could have been (brain has played some alternate scenarios...knowing this is a thriller and not romance, kita redha)
The ending also allude to the destruction of our youthful YB, sucks that good doesn't triump but such is life. Or perhaps we'll get a second book. Wanna see Bad going on adventuresssss. Siddiq's political prowess is a bit meh tbh.
Team Mateen all the way. He has a tragic backstory and seems like a lot could be done with his characters.
Gotta hit the library more. They're stocking up on good books these days.
Bacaan PKP Covid-19 (3) ALGOJO by Sri Rahayu Mohd Yusup
Sebuah novel crime thriller politic yang mengisahkan seorang pengawal pribadi Menteri Alam Sekitar baharu, Ahmad Siddiq - menjaga dan melindungi YB dari ancaman dan bahaya. Menariknya, pengawal pribadi ini adalah seorang wanita. Seorang wanita yang menjadi pengawal pribadi seorang YB lelaki muda.
Opening cerita sangatlah menarik sehingga aku nak tahu apa yang sebenarnya terjadi dan apa yang akan terjadi. Awal2 dah ada scene suspen dan scene yang memperkenalkan kita pada satu "organisasi" tersembunyi yang menjalanlan tugas2 jenayah berprofil tinggi. Diselitkan dengan adegan politik bilamana sesebuah parti pembangkang menang pilihan raya, maka akan ada pembongkaran skandal dan pecah amanah dari pemerintah terdahulu. Bagi aku, tema ini sangat jarang diperdendangkan di dunia novel. Maka, aku jadi lebih excited.
Boleh dikatakan misi utama dalam penceritaan ini adalah membongkar dan menyelesaikan penyelewengan kementerian Alam Sekiter sebelumnya. Dalam apa2 misi, pasti ada penghalang. ALGOJO diutuskan untuk memberhentikan dan memberi amaran pada tindalan Menteri Alam Sekitar yang baru ini.
Sejujurnya, aku suka pada opening novel ini. Masuk di pertengahan cerita agak lambat tapi adakala terbuai dengan olahan watak menerusi bait dialog yang dilontarkan watak2 terlibat. Graf pembacaan yang agak slow dipertengahan perlahan-lahan menaik membangkitkan keterujaan pembaca. Dalam bahasa mudahnya, makin nak habis, makin best!
Pembaca turut disajikan plot twist tapi tak terlampau "wow" sehingga aku boleh terkedu. Tapi still tak sangka. Cuma, pada aku, ending novel ini terlalu mudah. Dia macam, aku dah excited dengan opening yang suspen dan buat aku teruja, tapi ending dia digarap dengan sebegitu mudah. Aku mengharapkan sesuatu yang lebih saspen sebenarnya. Tapi mujur saja gaya penyampaian cerita ini senang untuk dihadam. Tambahan pula, jarang aku baca novel politik2 ni, so aku enjoy bila baca sesuatu isu yang baru dalam sesebuah novel. Aku harap lepas ni ada lagi novel political thriller yang mencengkam emosi.
Overall, isu dan tema yang menarik dan jarang diketengahkan di samping mengangkat wanita sebagai seorang yang kuat untuk menjadi pengawal pribadi. So, aku bagi 3.5/5 🌟🌟🌟🎉🎉🎉🎉
To be honest,pada mulanya jalan penceritaannya bagi saya,agak mendatar.Sukar untuk saya faham alurnya,mungkin juga disebabkan bab-bab awal ini banyak menyelitkan pasal politik,tapi lepas 22 bab pertama,plot makin intense dan saya makin teruja membaca.
Macam biasa,karya Kak Sri tak pernah mengecewakan.Cumanya, vibes ALGOJO ni istimewa,mungkin sebab saya dah terbiasa dengan gaya penceritaan fantasi Kak Sri dalam siri Kronikel Empat Bahtera,jadi bila baca ALGOJO yang berlatarbelakangkan Malaysia,rasa macam menarik sangat!
Saya suka karakter Bad.Bad ini sifatnya macam setiap karakter wanita dalam novel-novel Kak Sri; tegas dalam pendirian,tabah,cekal dan bijak ( walaupun saya kecewa sikit sebab Bad reject Siddiq,HAHA).
Plot dia best sangat,cara penulis mengetengahkan unit ALGOJO sangat menarik,sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, siapakah Ketua Tertinggi ALGOJO?Adakah dia ....?
Saya juga suka dengan pengakhiran cerita,gempak gila.Epilog novel ini bukanlah epilog yang sebenar-benar epilog,namun ia boleh diinterpretasikan sebagai satu prolog untuk satu kesinambungan baharu,menarik.
Membaca pada bulan kemerdekaan hari tu macam kena pulak dengan semangatnya 🤭
Lagi pula nama watak-watak ahli politik dalam novel ni hampir sama dengan ahli politik negara kita. Terbayang-bayang jugak dorang yang pegang watak tu 😂
Yang pasti beberapa kali aku tersasul memanggil nama YB dalam novel ni dengan ahli politik muda tu 😅
Dalam novel ni jugak pembaca boleh nampak cara ahli politik ni bekerja. Macam mana ahli politik yang berpegang pada janji. Dan macam mana ahli politik pemakan rasuah.
Secara tak langsung apa yang ada dalam novel ni mengkritik situasi politik itu sendiri. Sisi gelap negara yang agak sukar untuk dilepaskan insan yang telah terjebak.
Dan aku suka dengan pilihan dilakukan heroin walau ada ketikanya aku tak suka dengan perilaku tak professional dia. Macam nak ambil kesempatan pun ada. Tapi aku faham la yang dia cuba untuk buka mata si YB.
Yang pastinya si Mateen tu aku rasa dia tu hensem sangat. Gaya dan tindakan dia tu terbayang-bayang sisi seorang gentleman. Walau sebenarnya penulis macam nak tunjuk YB tu yang gentlemen.
Buku ni dah dibeli dari awal tahun cuma baru dibaca lepas sesi BBB tentang Politik dan Buku.
Novel Algojo ni berkisarkan tentang seorang gadis bernama Bad yang ditugaskan menjadi pengawal peribadi seorang ahli politik muda.
Aku suka buku ni sebab jalan cerita yang menarik dengan pacing yang bagi aku just nice. Tak terlalu slow dan tak terlalu laju. Watak Bad tu sendiri sangat menarik. Dia seorang yang impulsive dan tak takut untuk suarakan pandangan dia bila dia rasa apa yang dia pegang tu betul.
Watak Mateen buatkan aku *swoon* Ah! Suka watak dia dan sepanjang pembacaan aku betul-betul curious sebenarnya nak tau what made him how he is.
Cumanya aku rasa watak Baha tu under-utilized sikit. By the time dia keluar, cerita pun almost habis so rushing sikit nak tutup that part of the plot point so aku rasa tak puas. Baru excited nak tahu betul-betul details backstory Mateen dan Baha tapi tak sampai. Aku jadi tak dapat nak fully empathize with the character because I don’t feel like I know him enough.
However, secara keseluruhan aku memang highly recommend buku ni. There’s a reason lah kenapa Kak Sri digelarkan Ratu Sayembara Malaysia kan. Ending dia especially tentang Siddiq tu. Aku rasa macam wah! Kalau ada sequel best jugak ni! *hint hint*
Overall, I truly enjoyed my reading experience for this novel!
Aku mulanya nak bagi 3 bintang. Maksud aku, ceritanya bagus untuk cerita thriller, tapi atas beberapa sebab aku take rasa yg aku into cerita macam ni. Dan macam over sangat untuk guna Mohd Saddiq n KJ. Tapi di hujungnya, cerita ni berjaya buat aku tertarik dengan plot twist yg baik.
Saya ambil masa yang lama jugak untuk habiskan buku ni. Sebenarnya, konsepnya sangat menarik tapi entah kenapa perhatian saya teralih kepada buku-buku lain. Mungkin sebab elemen cinta yang saya rasa tidak perlu? Really appreciate the parallels with real life people and events, though.
Terlalu straight forward. Tiada chemistry antara dua watak utama. Tiada plot twist yang jaw dropping.
Satu satunya sebab aku berjaya habiskan buku ni ialah - nak tahu apa jadi di akhir cerita sebab tertanya tanya kenapa plot dia mendatar sangat. Seperti jangkaan aku, pengakhiran yang mengecewakan. 2 stars.
The only reason saya bagi satu bintang sebab the plot has so much potential but that's it.
1. Plot dan rentak cerita mendatar 2. Watak-watak terasa 1D - seolah boneka yang disuruh begini begitu tanpa emosi sendiri 3. Emosi dan dilema watak bercelaru dan tidak konsisten 4. Ada maklumat yang silap dan tidak sync dalam latar umur dan masa
Bila difikirkan balik, novel ni berlangsung lebih kurang dalam sebulan sahaja.
Plot sudah sangat menarik, saya suka political thriller that's why saya beli tapi the storytelling and idea execution perlukan penambahbaikan yang sangat banyak.
Monolog dan dialog tentang isu alam sekitar best tapi sebab watak 1D saya rasa preachy. Idea hidup tapi watak tak bernyawa, rasa macam baca karangan BM.
Again, sayang seribu kali sayang sebab expectation saya tinggi. Tapi at least saya tahu gaya penulisan penulis now.
Bila pelindung menjadi bayang-bayang dalam dunia penuh konspirasi...
Algojo bukan sekadar novel aksi, tapi pendedahan imaginatif tentang dunia konspirasi, politik kotor dan manipulasi minda yang begitu realistik, seolah-olah memang wujud dalam realiti kita. Ia mengangkat kisah seorang pelindung — seorang Algojo — yang berkhidmat dalam unit khas Pasak, menjaga keselamatan orang kenamaan, khususnya Pak Menteri. Tapi siapa sebenarnya kawan, siapa lawan?
---
💥 Apa yang Buat Buku Ini Terbaik?
✅ Konspirasi Politik yang Tidak Diduga Jalan cerita membawa kita masuk ke dalam dunia operasi rahsia yang penuh dengan permainan kuasa. Setiap watak boleh jadi musuh, dan setiap tindakan ada maksud yang tersembunyi. Politik, pengaruh, dan kuasa dikupas dengan cermat – membuka mata pembaca tentang apa yang mungkin berlaku di belakang tabir negara.
✅ Watak Algojo & Pasak – Siapa Sebenarnya Yang Kita Boleh Percayai? Unit khas Pasak menyimpan banyak rahsia. Watak Algojo sendiri misteri – pelindung atau pembunuh senyap? Dalam dunia mereka, kepercayaan adalah senjata paling rapuh. Bila ketua operasi mati ditembak, rasa puas... tapi juga rasa ada yang ‘hilang’. Macam ada pintu yang belum dibuka.
✅ Manipulasi Minda & Kehidupan yang Dirampas Ada watak-watak yang dimanipulasi mindanya, dipaksa berkorban tanpa sedar. Novel ini menyentuh aspek kemanusiaan yang hilang dalam sistem kuasa, dan bagaimana mereka yang "terpilih" tidak semestinya punya pilihan.
✅ Pilihan Dalam Waktu Terhad Watak utama sering terpaksa membuat keputusan besar dalam masa yang sangat singkat. Debaran tu nyata – kita pun rasa macam nak jerit, “Pilih cepat!” Tapi setiap pilihan ada harga.
✅ Aksi Mantap & Cinta Tak Klise Aksi yang digarap sangat hidup dan strategik – bukan tembak suka-suka. Ada juga unsur cinta, tapi tidak berlebihan. Just nice. Sesuai untuk genre berat macam ni. Bab tikam belakang? Banyak. Tapi semuanya logik dan masuk akal.
✅ Akhir Cerita yang Buat Kita Tetap Curiga Bila dah habis baca pun, kita masih rasa was-was. “Boleh percaya ke watak ni sebenarnya?” Penulis berjaya mengekalkan suspens sampai ke hujung, dan buat kita tak puas walaupun cerita dah tamat.
---
🎯 Kenapa Kena Baca Buku Ini?
Kalau anda minat novel penuh aksi, ketegangan, pengintipan dan konspirasi, ini wajib baca.
Membuka dimensi baru tentang dunia keselamatan negara, politik dalaman dan agenda tersembunyi.
Watak-watak yang kompleks dan konflik dalaman yang buat kita berfikir.
Bahasa padat, dialog hidup, dan aksi yang terasa macam tengah tonton drama espionaj kelas tinggi.
Anda akan belajar bahawa dalam dunia ini, kadang-kadang tiada siapa yang benar-benar bersih.
---
📌 Kesimpulan
Algojo adalah novel aksi politik yang bukan sahaja mendebarkan, tapi juga mengusik minda dan emosi pembaca. Ia mempertanyakan nilai kepercayaan, pilihan dan pengorbanan dalam dunia yang serba tidak pasti. Dalam Pasak, tiada siapa yang benar-benar selamat. Bila kau fikir musuh dah habis… kau silap besar. 😮💨
Pertama, aku baca novel ni sebab penulisnya yang pernah kubaca tulisannya dalam Puteri Naga Tiberius. Kedua, sebab ratingnya 4.00 kat Goodreads. Dan kebetulannya, time aku baca buku ni, masa tu ialah musim PRU 15. .
Katanya, buku ni bergenre political crime. Menarik juga. .
Bad aka Badriya dan Mateen membesar di rumah anak yatim. Bila dewasa, mereka join PASAK (Pasukan Sekuriti Anggota Kerajaan). Lepas tamat latihan, mereka ditugaskan sebagai pengawal peribadi para menteri. Dan Bad perlu menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq, menteri Alam Sekitar selepas menang dalam pilihan raya baru-baru ni. .
Dan dari awal lagi, Bad sudah menghadapi masalah. Sewaktu temubual rancangan, YB Siddiq diserang. So, sejak itu, Mateen juga ditugaskan bersama Bad untuk mengawal YB Siddiq. .
Biasalah, YB Siddiq ni bersemangat orangnya. Tambah lagi, adanya Bad yang sentiasa memberikan sokongan. Dan bila YB Siddiq menyedari adanya penyelewengan, dia diburu oleh Algojo supaya rahsia penjahat kekal tersembunyi. .
Suka buku ni sebab biasalah, nama lagi politik kan. So, kita boleh expect apa ceritanya. Oh ya, ada cinta tiga segi antara Mateen - Bad - Siddiq. halah halah halah. Nyaris aku tertipu. Nasib baiklah Bad memilih orang yang tepat, sebab orang yang salah tu akhirnya menunjukkan belang pada akhir cerita.