Jump to ratings and reviews
Rate this book

KIAMAT

Rate this book
Tamim membawa harapan ibunya saat dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malangnya dia terjebak dalam kegiatan sebuah kongsi gelap antarabangsa kerana cintanya pada Rukiya. Selepas beberapa tahun bergelumang dalam dunia jenayah, Tamim pulang ke Malaysia kerana mendapat berita ibunya sedang sakit tenat.
Jalan hidup Tamim semakin sukar saat dia dikhianati dan kemudian dipenjara selama lima tahun. Di penjara, perkenalannya dengan Pak Ismail Chin setelah kematian emaknya membuatkan Tamim berubah menjadi seorang manusia yang kembali mendekati Tuhan.
Pembebasan Tamim membawa dirinya berhijrah ke Kuala Lumpur. Hidupnya berubah sekali lagi apabila dipertemukan dengan seorang anak kecil bernama Damia yang diabaikan kedua orang tua, serta kemunculan seseorang yang mengingatkan Tamim akan masa silamnya yang hitam.

292 pages, Paperback

Published July 1, 2020

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Izhar Ruslan

1 book7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (28%)
4 stars
23 (43%)
3 stars
11 (20%)
2 stars
1 (1%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
April 15, 2020
Saya memilih untuk membaca buku ini tanpa ekspektasi. Kadang-kadang bagus juga begitu kerana pembaca boleh dikejutkan. Mula-mula membaca, saya terasa seperti dibawa mengimbau kenangan membaca novel-novel remaja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa yang boleh tahan teratur dan elok, jalan cerita yang.. biasa namun terasa 'cukup'. SPOILER: Masuk bahagian watak berada Jepun, di situ saya rasa ada sedikit kelemahan dalam jalan cerita. Bahagian ini, jika ditulis semula cermat dengan memasukkan sedikit lagi perincian, seperti pembinaan perhubungan dengan Kamal sewaktu di Jepun agar nampak realistik bagaimana watak utama boleh turut sama dengan mudah terpengaruh dan masuk Yakuza, pengalaman menjadi seorang Yakuza, dan dari situ, bina pula hubungan watak dengan Rukiya. Jika ketiga-tiga elemen ini boleh diperhalusi lagi, novel ini boleh menjadi seperti jalan cerita novel Sidney Sheldon. Bahagian lain saya kira sudah baik. Elemen kejutan pun berkesan. Pengakhiran yang wajar.
Profile Image for Izhar Ruslan.
Author 1 book7 followers
March 20, 2020
Menulis Kiamat? Seingat saya sewaktu pertama kali saya menulis ketika itu pada tahun 2015. KIAMAT pada asalnya punyai jalan cerita yang lain. Lebih gore dan saya rasa seolah sama dengan sebuah filem. Jadi saya tak puas hati lalu ditukar 360 darjah.

Selepas beberapa minggu. Saya mula diserang satu penyakit para penulis iaitu ‘writer’s block’ nama orang putehnya. Hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun. Manuskrip KIAMAT masih kekal dengan 13 bab tanpa ada sebarang penambahan. Tahun 2017 buat pertama kalinya pihak FIXI melancarkan sayembara. Tergerak hati untuk sertai sayembara tersebut. Saya kemudian menyambung semula penulisan dan bab yang tergantung. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya kerana saya terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada kerja waktu itu.
Dan tiba tahun 2019 sekali lagi pihak FIXI melancarkan sayembara musim kedua. Saya terus memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi dengan solat sunat syukur 2 rakaat dan segera menyambung penulisan KIAMAT sehingga selesai.

KIAMAT merupakan diari hidup seorang hero yang bernama Tamim Bin Abu Bakar. Segala aktiviti hariannya dicatat di dalam diarinya setiap hari. Pelbagai kisah suka, duka dan air mata terpaksa dilaluinya sepanjang hayatnya.

Ramai yang bertanya saya kenapa kiamat dan naga disatukan sebagai muka depan? Apa maksud kiamat di dalam cerita tersebut? Jawapan saya mudah, bacalah dulu baru tahu.

Jalan penceritaan KIAMAT saya olah dengan santai agar mudah dihadam oleh pembaca dan akan membuatkan kisah ini sedap dibaca.

InshaAllah anda akan terhibur.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
April 4, 2020
Cerita Kiamat ni mengisahkan mengenai kehidupan seorang lelaki yang bernama Tamim. Kehidupan dia berubah bila dia pi sambung belajar dekat Jepun. Akibat terlampau ikut sangat dasar pandang ke timur, maka dia pun join la Yakuza (yang lain hg baca la sinopsis).

Bagi aku cerita ni biasa2 je la. Takde la wow sangat tapi takde la sampai ke level hambar.

Plot cerita ni datar je. Takde plot2 yang boleh kusutkan otak lembap hg. Plot dia tak dramatik macam soap opera. Tapi kira bagusla jugak sebab cerita ni jadi lebih realistik gitewhh. So kalau untuk geng yang suka cerita slice of life, cerita ni memang sesuai untuk hg la. Kalau hg jenis suka cerita berbelit sana sini, mungkin hg akan menjerit dalam hati "kenapa sirratul mustaqim sangat cerita ni?!"

Bagi aku, aku suka cerita macam ni. Boleh aku katakan buku ni mengupas tentang kehidupan seharian rakyat marhaen macam aku. Terutamanya sifat2 judgemental Tamim dalam train.

Tapi lagi satu benda yang aku kurang minat, dia punya plot twist. Plot twist dia macam dicampak macam tu je, tanpa ada build up. Bagi aku plot twist campak macam tu agak tak kemas la.

Untuk watak pulak, aku suka watak Tamim ni. Dia macam serius dan beriman, tapi kadang2 masuk ayor jugak. Dia punya monolog pun kadang2 buat aku tergelak kecil. Cuma aku tak berapa suka sangat character development dia waktu dekat Jepun. Sebab awal penceritaan, Tamim ni budak baik. Takkan la dengan senangnya dia join Yakuza disebabkan oleh cinta? Bagi aku mungkin penulis boleh kukuhkan sedikit dengan perubahan personaliti karakter.

Watak2 lain maleh aku nak ulas. Nanti panjang sangat reviu.

Walaupun banyak benda dalam buku ni yang biasa, tapi ada satu benda yg luar biasa. Penulisan penulis. Damn dia punya writing sedap betul. Disebabkan gaya penulisan yang sedap ni la buat aku swipe skrin fon aku bertalu-talu sebab tak boleh stop.

Aku harap penulis akan terus berkarya lepas ni. Susah nak jumpa penulis baru yang mempunya gaya penulisan yang sedap macam ni. Mungkin boleh improve dari segi plot bagi dramatik sikit. Tapi kalau penulis nak maintain dalam genre slice of life, aku tak kisah sangat kalau plot macam ni.

Anyway, walaupun tak extraordinary, but it was a good read.
Profile Image for hans.
1,159 reviews152 followers
September 18, 2020
Baca blurb KIAMAT ingatkan ia novel jenayah berat, rupanya ringan dan separa jenayah saja. Naratifnya agak longgar dan gabungan genre jenayah-cintanya agak kurang serasi dengan aku. Hal percintaan dan konflik keluarganya lebih besar-- tentang yakuza (aku sebenarnya harap adegan-adegan berkaitan yakuza ini lebih garang dan dahsyat tapi sayangnya ia cuma berkisar hal rebut kuasa/harta dan jatuh cinta saja-- klise plot filem, dramatik dan cringy) dan keluarga Tamim sendiri.

Babak masa lampau yang diimbas semula diselang seli moral dan pengajaran (juga cubaan penulis mengisi lompong plot dengan babak heroic) agak bagus-- aku suka bahagian ini walaupun penceritaannya kurang kemas dan agak tergesa-gesa. Watak Tamim kadang agak hambar dan terlalu 'mencuba'-- selitan humor dan dialog inggeris-nya berbunyi janggal dan kadang mengganggu emosi perbualan. Bahagian aksinya boleh tahan menarik dan twist watak di akhir cerita aku tak jangka (cuma tentang Fatin dan Raisya sahaja sudah boleh diagak). Pengakhirannya agak sedih juga :'/⁣

Apa-apapun, tahniah kepada penulis untuk novel debut dan terpilih antara pemenang Sayembara FIXI Musim 2.⁣
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
March 19, 2020
Pembacaan dimulakan watak utama memberitahu yang dirinya sudahpun meninggal dunia,jangan risau sebab suatu yang hidup pasti akan mati.Itu semua kita sedia tahu.

Jadi kita teruskan kepada jalan ceritanya.Secara ringkas,penceritaan KIAMAT penuh dengan nasihat-nasihat sepanjang Tamim menjalani hidupnya,kisah kekeluargaan,percintaan,aksi dan plot twist menjadi perencah dalam naskhah ini.Secara keseluruhannya,KIAMAT membawa pembaca untuk mengrefleksi diri semula sambil menghayati penceritaan oleh Tamim.

Jadi,apakah yang dimaksudkan dengan KIAMAT?Itu anda kenalah dapatkan naskhah ini.😆
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
April 20, 2020
Sebuah novel bergenre 'slice of life' yg best (antara pemenang sayembara Fixi musim ke-2). Dipenuhi dengan elemen2 dakwah dan pengajaran yg menginsafkan. Sedih pulak dengan endingnya...

Mengisahkan tentang kisah hidup seorang lelaki bernama Tamim. Ketika menyambung pelajaran di Jepun, dia telah menyertai sebuah kumpulan yakuza semata-mata kerana cintanya kepada Rukiya, anak kepada ketua kumpulan yakuza itu. Dia ditangkap ketika pulang ke Malaysia, dan telah dihukum penjara. Kematian ibunya ketika dia berada di dalam penjara membuatkan dia insaf, dan dia mula belajar agama dari seorang banduan lain iaitu Pak Ismail Chin.

Berbelas-belas tahun kemudian, Tamim telah menjadi seorang tukang kasut untuk menyara hidup. Perkenalannya dengan Damia, seorang kanak2 berusia lima tahun yg diabaikan oleh ibu-bapanya telah mengubah hidup Tamim.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
March 28, 2020
Kiamat menceritakan kisah Tamim yang hidup bersama ibunya sebelum dia melanjutkan pelajaran ke Jepun. Namun di sana kehidupannya berubah 360 setelah terlibat dalam dunia Yakuza. Ketika Tamim kembali ke tanah air, sekali lagi perubahan mengambil tempat dalam kehidupannya setelah disabitkan bersalah memiliki dadah, dan Tamim hidup di penjara sehinggalah ibunya mengehembuskan nafas terakhir.

Beberapa tahun kehadapan, Tamim sudah memulakan hidup yang baru di Kuala Lumpur. Menjaga Damia anak kepada jirannya yang tidak bertanggungjawab sehinggakan anak itu terabai, Tamim tekad akan mendidik dan membesarkan Damia.

Namun siapa yang menyangka apabila sesuatu atau lebih tepat seseorang dari masa lalu, muncul semula pada hari ini untuk mendapatkan sesuatu yang Tamim ambil dari masa yang lalu.

Dan siapa yang tahu, ketika kiamat menemui setiap manusia pada detik tertentu sendirinya.

______

Penulisan buku ini bermula dengan gaya yang menarik pada awalnya. Dan agak mendatar ke hujung cerita. Plot yang diketengahkan juga tidak lah begitu rumit. Konflik yang dilalui oleh watak utama juga pada saya agak biasa-biasa. Saya juga tidak begitu bermain dengan emosi sepanjang pembacaan -- kerana preference saya sendiri pada buku yang bagus adalah buku yang dapat menganggu emosi saya ketika membaca, tidak kisah lah samada marah, sedih, sakit hati ataupun gembira.

Pada saya gaya penulisan yang digunakan sangat bagus, sangat teratur. Gaya penceritaan pun kemas. Selitan pengajaran juga banyak dikemukakan oleh penulis, dan sepertinya fokus penulisan memang kepada itu sehingga kurang membawa saya masuk dalam cerita itu sendiri.

Profile Image for AreaMall.
6 reviews1 follower
March 27, 2020
Kisah kiamat ini adalah berkisarkan seorang manusia bernama tamin seorang pelajar terbaik dalam SPM yang berjaya melanjutkan pelajaran di japan.Beliau juga kehilangan bapa beliau dan sejak itu beliau bertekad untuk mengubah nasib dia dan ibunya. Akan tetapi beliau telah tersilap langkah semasa berada di Japan dan beliau akhirnya menjadi tukang kasut di Kuala Lumpur.Ibu beliau juga meningal dunia dan jenazah ibunya disemadikan di Kg Pandan Kuala Lumpur. Mengapa permintaan ibu beliau ingin disemadikan di tanah pekuburan jauh daripada kg halaman Tamin.Persoalan itu terjawab dimuka akhir novel ini.

Penulis ini berjaya menghidupkan unsur kehidupan sekitar kuala lumpur seperti anak terbiar,kehidupan di flat-flat dan kepercayaan yang telah dikhianati selama bertahun-tahun kerana cinta.

Di pengakhiran novel ini dijelaskan apa kiamat yang kita rasai sebenarnya.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
March 23, 2020
Novel hebat yang berjudul Kiamat ditulis oleh Izhar Ruslan, dan diterbitkan oleh Buku Fixi. Novel ini berkisar tentang perjuangan seorang lelaki yang bernama Tamim meneruskan kehidupannya yang berliku-liku dengan satu tujuan, ingin menuju ke jalan yang diredhai Allah. Inilah kali pertama saya membaca novel yang pada asalnya saya anggap “ganas” berdasarkan kulit bukunya yang menarik, tetapi sebenarnya ia merupakan sebuah novel yang santai dan menusuk ke jiwa. Kerap kali air mata saya bergenang setiap kali bertemu dengan plot-plot ketuhanan dan kenangan di antara Tamim dengan ibunya. Bersesuaian jika saya katakan novel ini mempunyai unsur dakwah secara tidak langsung. Untuk itu, terima kasih buat penulis di atas dakwah ini. Penceritaan anda memberi kesan yang mendalam buat saya.

Penceritaan novel ini disampaikan oleh Tamim sendiri. Format penulisan novel ini adalah berdasarkan garis masa yang dicatat ke dalam diari melalui imbasan silam dan kemudian diselang-selikan penceritaannya ke dalam waktu semasa. Penulis bijak mengatur aliran cerita sehingga terhasilnya penceritaan yang bersahaja, sangat teratur dan tidak canggung. Sekalung tahniah dari saya untuk penulis.

Watak Tamim berkembang dengan baik dari zaman persekolahan sehingga ke pengakhiran cerita. Watak ibu Tamim, Cikgu Mansur, Haji Ismail Chin, Damia, Mak Som, dan watak-watak sampingan lain serta persekitaran yang terperinci memperkukuhkan lagi perjalanan Tamim dalam cerita ini. Saya sarankan kepada pembaca agar anda memberi perhatian kepada setiap watak dan persekitaran yang ada kerana ia membantu anda memahami penceritaan ke babak yang seterusnya. Satu di antara sebab mengapa saya sukakan watak Tamim ialah, Tamim digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat matang, penyayang, gigih dan sabar. Tidak dilupakan gambaran “Keanu Reeves” sebagai Tamim, sedikit mencuri hati saya.

Adegan-adegan pergaduhan dan perlawanan senjata yang diceritakan di dalam buku ini sangat mendebarkan. Kebiasaannya, apabila saya membaca adegan-adegan sebegini di dalam buku lain, saya pasti akan membacanya dengan laju dan tidak memberikan tumpuan yang lebih kepada situasi yang diceritakan. Tetapi tidak pada buku ini. Tidak kurang juga elemen-elemen kejutan yang tidak dijangkakan menjadikan penceritaan lebih rancak. Saya tertarik dengan cara penyampaian cerita ini, serta cara Tamim meletakkan kebergantungan nyawanya dan sentiasa memohon pertolongan dari Allah.

Cerita ini ada diselang-selikan dengan jenaka santai dan perkara-perkara lucu yang mencuit hati. Peristiwa (bab 2) di dalam LRT di awal cerita membuatkan saya pecah perut ketawa, dan terngiang-ngiang suara si Nopal menyebut “Sumpah demi apa pun ga pernah nanya”, (persamaan dialog pada bab 23) turut mengundang senyuman ketika saya membacanya. Boleh tahan kelakar penulis ini.

Sungguhpun saya merasa sangat terkilan, namun saya harus akur kepada pengakhiran cerita ini. Saya sedih dan belum boleh berganjak dari perasaan sedih selepas membaca buku ini. Benar kata penulis (bab 12) , “Saya bukanlah pencerita yang hebat tetapi benar, kisah hidup saya yang berliku itu mampu membuatkan orang mendengarnya tidak mahu pulang.” Saya terpukau dengan kisah ini dan seboleh-bolehnya saya tidak mahu kisah ini berakhir dan berganjak ke buku lain untuk dibaca. Namun, saya kembali berpegang kepada keterbatasan manusia yang hanya mampu merancang, dan perancangan Allah jualah yang lebih baik.

Penilaian saya terhadap buku ini ialah 5/5.
Profile Image for Sarah Hadi.
2 reviews3 followers
April 4, 2020
Plot sangat menarik. I find it very personal to me and can relate with some of the scenes. Tapi ada satu part tu ya, Allah... kelakar betul.

"Fak!"
"Hah? ... apa tu?
1 review
April 29, 2020
Saya tertarik kepada buku ini kerana tajuknya.Saya tertanya-tanya mengapa tajuknya kiamat,dan saya pun mula membacanya.Buku ini padat dengan pujian kepada yang maha esa.Watak utamanya,Tamim hanya tinggal bersama ibunya setelah ayahnya lari/hilang entah ke mana meninggalkan mereka.Tamim merupakan pelajar cemerlang SPM.Semasa dia dan ibunya pulang daripada mengambil keputusan,mereka terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan ibunya lumpuh.Ibunya perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Dan Tamim dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.Dan disana,hidupnya berubah.Beliau pulang ke Malaysia kira-kira 4 tahun kemudian untuk melawat ibunya yang uzur.Tetapi,perkara lain yang berlaku.Dia ditangkap di KLIA kerana didapati menyeludup dadah.Dan dia dihukum penjara.Ketika di dalam penjara,dia telah banyak bertemu orang,dan membuat perancangan untuk lari dari penjara.Tetapi kantoi.

Akhirnya,dia terjumpa seorang lelaki bernama Pak Chin.Pak Chin banyak membimbing Tamim dalam ilmu agama.Dan ketika itulah Tamim terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan.Semasa dia keluar dari penjara,ibunya telahpun pergi kepada yang menciptanya.Dia hanya sempat melawat ibunya semasa dia masih lagi bergelar banduan.Kini dia tekad untuk beramal soleh.Dia pun pindah ke Kuala Lumpur dan bertemu ramai orang termasuk Damia.Damia diabaikan oleh ibu bapanya.Jadi,Tamim bertekad untuk menjaga Damia demi masa depan Damia.Tamim hanya bekerja sebagai tukang kasut untuk mencari sesuap nasi.Dia juga mempunyai seekor kucing bernama El Tigre.Beberapa ketika,El Tigre ditemani seekor lagi kucing benama Cindy.Damia menjumpainya di kedai kasut Tamim.

Pelbagai jenis pelanggan yang Tamim dapat.Termasuk selebriti.Satu hari,kekasih lamanya,Rukiya datang ke kedainya.Dia ingin bersama semula dengan Tamim.Saya berasa keliru semasa membaca,adakah Rukiya ini orang Melayu atau warganegara Jepun,kerana namanya.Dan Rukiya lah yang membuatkan hidup Tamim merana.

Saya melabelkan Rukiya sebagai 'perempuan sundal',kerana perbuatannya.Tamim telah termasuk kedalam perangkap Rukiya yang hanya menawarkan kepadanya cinta palsu.Rukiya yang hanya mahukan sesuatu yang dimiliki oleh Tamim,sanggup berbunuhan.

Maaf,kalau saya terlebih membuat ringkasan.Pada saya,cerita ini mempunyai banyak ilmu yang bermanfaat dan nasihat yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian.Jalan ceritanya,boleh dikatakan menarik dan tidaklah hambar.Saya suka watak utamanya yang menjadikan sejarah hitam hidupnya sebagai pengajaran kepadanya.Dia dengan diarinya tidak dapat dipisahkan.Saya rasa,sikap Tamim yang baik hati dan suka membantu orang patut dicontohi.Serta,bagaimana dia menempuhi kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur.

Ini merupakan e-book pertama yang saya baca.Dan ianya berbaloi.Cerita yang banyak memberi pengajaran kepada kita.Serta membuka mata kita terhadap realiti dunia.Kita tidak boleh mempercayai seseorang itu terus.Kita perlu lebih mengenalinya terlebih dahulu.

"Kiamat pada diri kita yang sebenarnya adalah kematian."
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
October 17, 2020
Mulanya aku hanya nak bagi 3.5 ⭐️ sebab jalan ceritanya biasa-biasa saja. Aku rasa ada babak yang terlalu tergesa -gesa ditamatkan termasuk penamatnya. (Aku rasa penulis boleh buat lebih baik daripada ni).

Tetapi akhirnya aku decide untuk tambah 0.5 ⭐️ lagi kerana aku suka gaya penulisan penulis. Kata ganti diri yang digunakan, unsur lelucon dalam monolog Tamim buat aku rasa cerita ni ada ‘sedap’nya.

Ini antara pemenang sayembara fixi yang aku suka bukunya. Keep it up!
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
April 4, 2020
Entahlah. Aku rasa penulis sepertinya tergesa-gesa dalam menghabiskan cerita. Dia macam aku baca dan baca tiba-tiba eh, dah habis. Bukan eh dah habis puas, tapi eh, takkan dah habis? Macam banyak persoalan yang belum dirungkai habis. Tapi aku suka cara penulis berkongsi beberapa ilmu yang menarik dan juga gaya bahasa yang penulis sampaikan.

3.5 bintang aku bagi
1 review
April 11, 2020
KIAMAT.. cerita Ni mengisahkan seorang yang bernama tamim, dia mempunyai cita2 untuk jadi jurutera Dan ingin sambung belajar dia jepun. Dia ingin mengitu jejak langkah pakngah dia. Selepas dia mengambil result spm fatin meluahkan perasaan dia kepada tamim Dan memberitahu bahawa family dia Akan ke amarika. Tamim dapat melanjutkan pengajian dia jepun Dan bertemu dengan Kamal sewaktu dalam penerbangan ke jepun. Kemudian dia selamatkan Rukiya bersama kamal. Dia Dan Kamal masuk kumpulan Ryuji di ketuai Oyaji. Dia sngat menci tai Rukiya. Sewaktu dia balik ke Malaysia setelah 4 tahun tidak balik kerana ingin melihat mak dia yg sedang sakit kansel tahap 3. Dia di tahan polis kerana Ade dadah dalam beg dia Dan dipenjara selama 5 tahun. dia dapat jumpa mak dia buat Kali terakhir selepas dia mintak kepada pengawai penjara untuk melihat mak dia. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mak dia dikebumikan dia Sana, atas sebab2 tertentu. Dia berjumpa pulak dengan damia anak kepada jiran mereka. Dia ambil damia sebagai anak angkat kerana keluarga mereka tidak menghiraukan damia. Damia diculik Dan dibawak ke sebuah gudang kayu lama. Tamim Cuba selamat damia tetapi dia mati ditembak selepas tahu bahawa Rukiya yang menculik damia. Rukiya tidak cinta pada tamim Dan dia yang menyuruh orang meletakkan dadah dalam beg tamim sewaktu dia balik ke Malaysia. Hajat mereka sekeluarga dapat direalilasikan dengan mereka sekeluarga ditanam bersebelahan.
Profile Image for XRXNX.
149 reviews11 followers
April 9, 2020
"Orang yang mengingati mati itu adalah orang yang bijak" -Izhar Ruslan, Kiamat

Pada permulaan Kiamat lagi telah 'mencerminkan' kata-kata itu dengan 'disclaimer' daripada watak utama bahawa dirinya telah meninggal dunia jika pembaca dapat membaca kisahnya.

Kiamat menceritakan tentang Tamim yang menghadapi pelbagai 'twist and turns' dalam kehidupannya setelah melanjutkan pelajarannya ke Jepun, sehingga dia terlibat dalam kumpulan kongsi gelap di sana.

Walaupun diselang-seli antara 'flashback' dan masa sekarang, jalan penceritaan Kiamat dirasakan agak mendatar, namun tidaklah sehingga membosankan. Ia membuatkan saya terfikir (sehari selepas habis membaca😂) yang hidup ini bukanlah 'konflik-klimaks-peleraian' semata-mata, kerana kematian boleh menjenguk pada bila-bila masa pun. Kiamat juga sarat dengan pengajaran, di mana antara mesej utama yang disampaikan adalah mengingati kematian.

Cuma ada sesetengah perkara yang dilakukan oleh sesetengah watak atau sesetengah 'plot twist' agak tidak masuk akal atau tidak dijelaskan, tetapi tidaklah begitu menjejaskan pembacaan bagi saya.

Kisah yang disampaikan oleh Kiamat agak 'simple', namun ia agak menyentuh perasaan dan amat berbaloi untuk dibaca.
3 reviews
September 17, 2020
Ni first time saya buat review novel Fixi, jadi harap penulis boleh terima critism saya ini untuk kemajuan pada novel seterusnya.

Review ini saya akan bahagikan dalam 4 elemen iaitu plot, watak , bahasa penulisan dan mesej/tema.

#1 Plot (Skor: ★★★)

Secara jujurnya, novel ini banyak bermain pada flashback dan real-time sebagai plot-device.
Bagi penyusunan plot ia masih boleh diikuti dan memahami jalan ceritanya sehingga penghujunya.

Tetapi, sayangnya build-up kepada klimaks amat drag sedikit oleh disebabkan terlalu fokus akan kehidupan Tamim bersama Damia setelah beliau bertekad untuk mengeluarkan dia dari ibu bapanya yang bermasalah.

Juga, plot twist novel ini yang bagi aku boleh katakan 'predictable' pada penghujungya. Endingnya juga agak sedikit 'rush' tetapi segala persoalan yang dikemukakan sepanjang novel ini terjawab dengan baik.

#2 Watak (Skor: ★★★★)

Bagi watak Tamim sebagai protagonis amat boleh dirasai kepada pembaca akan perjalanan hidupnya yang ada naik-turun. Saya juga tertarik yang sikapnya yang suka kritik tentang kehidupan seharian rakyat di Kuala Lumpur seperti yang berlaku pada ketika ini serta sikap penyayangnya terhadap ibunya serta Damia yang menjadi pengisi lubang kesunyiannya.

Bagi watak tambahan pula, saya boleh memahami tujuan watak mereka serta peranan mereka dalam novel ini. Tetapi bagi watak antagonis saya berasa ia perlu tonjolkan lagi supaya pembaca dapat melihat akan sisi keburukan watak tersebut walaupun ia juga boleh jadi pada watak protagonis.

#3 Bahasa Penulisan (Skor: ★★★★)

Secara keseluruhannya, penulis menggambarkan Tamim seorang tinggi bahasa oleh kerana frasa-frasa yang diungkapkan oleh beliau amat teliti.

Juga saya suka yang ada elemen 'break 4th wall' di mana Tamim seolah-olah tahu akan komen pembaca terhadapnya seperti percakapan bahasa Jepun yang telah diterjemahkan olehnya.

#4 Mesej/Tema (Skor: ★★★★★)

Saya tertarik yang penulis mengangkat kumpulan gangster dari luar negara terutamanya Yakuza yang amat dikenali di Jepun oleh kerana ia jarang diketengahkan dalam novel-novel tempatan.

Juga tidak lupa akan elemen Islam yang Tamim belajar dari Pak Ismail Chin untuk dia melakukan perubahan dalam hidupnya setelah keluar dari Yakuza dan menebus kesilapan besar dalam hidupnya.
Syabas saya ucapkan.

Konklusinya, saya akan rate buku ini ★★★★ bintang kepada penulis.
Syabas dan boleh diperbaiki.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
March 25, 2020
Tulisan Izhar Ruslan simple dan mudah dibaca, agak menenangkan. Part Tamim dibenarkan bertemu ibunya semasa masih meringkuk dalam penjara menyayat hati. Tapi cerita kehidupan seharian Tamim agak membosankan. Saya lebih suka kalau penulis perincikan tentang Rukiya. Tiada angin tiada ribut, watak Rukiya (yang pembaca tak berapa kisah pun) tiba-tiba sahaja muncul dan tidak memberi klimaks yang mengesankan. Bagus juga kali ini dapat baca buku Fixi yang ada nasihat untuk anak-anak muda. Saya cadangkan Izhar Ruslan baca buku-buku Faisal Tehrani kerana FT hebat menulis kisah kehidupan manusia sambil menyelitkan unsur dakwah dengan lembut di dalam ceritanya. Tahniah atas kemenangan sayembara fixi dan teruskanlah menulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Afidah.
2 reviews1 follower
March 30, 2020
memang layak jadi pemenang sayembara fixi 👍🏼
Profile Image for nadiaizzaty.
171 reviews16 followers
August 12, 2020
Tajuk buku yang menarik perhatian aku . Tetapi , pada awalnya jalan cerita buku ini agak lambat bagi aku . Sebab itu aku mengambil masa yang agak lama untuk habiskan nya . 😅🙈

But, as the story goes , banyak perkara isu-isu semasa yang sebenarnya ada berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari atau pun tidak sedari , telah diketengahkan di dalam buku ini .

Banyak juga unsur2 pengajaran yang disentuh . Terutama sekali ada mengenai Agama Islam itu sendiri .

Setelah habis membaca buku ini , I’ve totally recommended the book to everyone . Nak tulis panjang-panjang nanti jadi tak best pula. Jadinya , nak tahu lebih details , korang kena lah baca . Hehehe.

Ada banyak kata-kata dari buku ini yang aku suka dan boleh dijadikan sebagai peringatan . Tapi, aku share sikit je lah ye. Hihihi.

Antara kata-kata dari buku ini yang aku suka :

1) “Kiamat itu rahsia Allah. Tak ada siapa pun tahu bila ia akan berlaku. Tetapi kita boleh melihat tandanya. Kiamat pada diri kita yang sebenarnya adalah kematian. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kita kena selalu ingat padanya. Kita kena selalu bersedia menghadapinya. Orang yang jahil akan cintakan dunia dan takutkan mati. Manakala orang yang beriman akan sering mengingati mati dan sedaya upaya bersedia untuk menghadapinya. Ingat, Allah itu ada bersama kita.”


2) Tidak kiralah buku apa sekalipun, semangat sukakan membaca itu yang saya kagum sebenarnya. Dia jadi bukti yang rakyat Malaysia masih lagi minat membaca tak kira di mana jua mereka berada.


3) Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia menjadi-kan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. Bait-bait dari surah An-Nahl itu dibacakan kepada saya sewaktu saya bertanyakan soalan tentang kewujudan Tuhan kepada Pak Ismail Chin.

4) Dirimu bakal berdepan dengan satu cabaran yang amat besar nanti. Tetap tenang dan tabah mengharunginya. Ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. Allah itu dekat. Mintalah daripada-Nya.
1 review
March 23, 2020
Permulaan cerita yang sangat menarik dan menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya terjadi pada watak utama. As you go through chapter by chapter, plot cerita membawa kita kepada emosi yang mendebarkan, geram, gembira kepada sedih.

Cerita yang penuh dengan drama, cinta, kasih sayang dalam keluarga dan pengkhianatan dalam persahabatan dan percintaan. Plot twist yang membuatkan kita berfikir siapakah dalang disebalik tragedi tu. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi sampai ke penghujung cerita.

Kiamat ada banyak maksudnya terutamanya "Kiamat" kepada diri sendiri. Penulis menceritakan apakah maknanya kiamat itu pada diri kita. Nak tahu kena baca ye 😊
1 review
September 12, 2022
Jalan cerita yang santai dan begitu mengasyikkan (saya habiskan hanya dua malam). Berkisarkan tentang persahabatan, kekeluargaan dan cinta juga menjentik hati saya dengan beberapa isu agama yang diceritakan sangat berbaloi untuk dibaca!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
October 21, 2021
Cebisan hidup Tamim sepanjang 25 tahun, dari tahun 1995. Penuh dengan suka dan duka, dosa dan pahala, dendam dan khianat. Ada juga nasihat yang diselitkan penulis. Suka dengan pergerakan plot buku ini, berjalan dengan sangat tenang. Cuma ada beberapa plot yang aku dapat tangkap lebih awal. Cinta tak semestinya memiliki.
Profile Image for Nur Arafah.
7 reviews1 follower
December 18, 2020
Definisi kiamat yang dimaksudkan oleh penulis sangat mendalam, bukan sahaja kiamat yang bererti pengakhiran dunia. Selesai baca buku ni, baru saya faham kenapa pada permulaan buku Tamim membahasakan dirinya sebagai 'saya' walhal tu diarinya sendiri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
March 23, 2020
Sebelum itu Aku bukanlah pembaca tegar novel...
Kiamat aku khatamkan sebagai salah satu cara support kawan selain menghilangkan bosan dikala Perintah Kawalan Keselamatan (PKP)...
Tahniah diucapkan kepada penulis di atas karyanya yang pertama,aku tumpang berbangga...
semoga terus membasuh minda kami dengan karya yang bermutu...

Susunan Plot Kiamat yang diselangselikan dengan "begitulah flashback saya" dan alur cerita terkini membuatkan aku tertarik dan tertanya2 apa akan jadi selepas itu...

Humornya,aksi,thriller,teguran,nasihat,pengisian agama,pengajaran,realiti kehidupan bermasyarakat ada disitu...
tak lupa juga plot twist yang menyimpulkan keseluruhan cerita "KIAMAT"...

Teringat kata-kata Jijo Alfonso Pariera Abdullah,salah satu perkara yang boleh menjatuhkan negara ni Cingey..adehh!

Tapi itu semua hanya asbab sahaja...
"Kiamat itu rahsia Allah,tapi kiamat diri adalah mati"
antara mesej besar sipenulis ingin sampaikan bagi aku..
Kenapa???
kenalah baca "KIAMAT" sampai habis.
2 reviews
June 7, 2023
Beli time pbakl haritu . Tak expect pulak best gila plot dia ♾/♾⭐️⭐️👍tapi nape buku ni macam underrated🥹☹️

Ingat kan raisya tu anak mim ,, tapi rasa juga anak fatin . TAPI SERIOUS PLOT TWIST YANG PASAL RUMAH TU 🥺😫😢 papepun buku ni bestt🤩🤩
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
August 26, 2024
buku ni best weh. kisah penceritaan pov seorang tamim. takde ape yg nk diulas. buku ni mmg stail2 penceritaan fixi yg lain. a good read fr me. cuma banyak juga plot yg tergantung cth macam ape jadi kat kamal. ape jadi kat rukiya. hm sdikit tergantung la. but anyway, tq penulis.
Profile Image for Hafizul Shahar.
41 reviews
February 11, 2023
penceritaan yang gabung antara teknik flashback masa kini buatkan kita lagi excited nak tahu. sebab dia macam tergantung dan akan bersambung lagi nanti. penulis juga bijak pilih moment untuk mula flashback.
jalan cerita menarik, Tamim dipenjarakan sebab dadah. Ozuma pun rupanya dipenjarakan sebab dadah. tapi watak paling jahat dalam cerita ni memang tak disangka-sangka.
turut diselitkan hiruk pikuk kota kuala lumpur. ragam masyarakat yang kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
paling tak boleh lupa, ada scene Tamim hantar Damia pergi tadika. dia sekolah kan cikgu tadika tu. cuma tak logik jugak la sepantas kilat dia sedar diri. manusia ada ego kot.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
June 12, 2021
Mula-mula baca naskih ni macam bencinta jugak la. Sebab cara penulis cerita tu sangat slow dan tenang je. Berbeza dengan saya yang suka cerita dan jenis penulisan yang cepat dan laju. Berapa kali saya terlelap pun saya dah lost count. However, semakin dibaca, semakin ke penghujung, naskah ni best je bila dah faham keseluruhan cerita. Banyak nasihat berguna yang buat saya insaf. Berkisah tentang persahabatan, kekeluargaan dan cinta. Tahniah kepada penulis!

4 bintang.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.