Kesuma sebenarnya sudah muak menulis cerita tentang para Seleb Kota, yang sanggup lakukan apa saja untuk mengejar populariti, namun itulah tugasnya sebagai wartawan untuk Warna-Warni Kota, sebuah portal yang melaporkan kegiatan selebriti-selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di Kota. Namun kematian seorang Seleb Kota dan seorang pengikut tegarnya telah membuka rahsia gelap di sebalik kehilangan ramai penduduk Kota, termasuklah ayah Kesuma sendiri yang telah hilang secara misteri sejak 12 tahun lalu. Tanpa diduga, Kesuma, bersama seorang wartawan baru yang perahsia bernama Nasir telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan rahsia untuk membongkar dalang di sebalik kehilangan itu semua. Rahsia apa lagi agaknya yang akan terbongkar?
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.
Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.
Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.
Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.
Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.
1. Apabila melihat iklan e-book para pemenang sayembara fixi, saya paling tertarik dengan nama Kamalia, walaupun ada beberapa nama yang lebih gah dalam kalangan pemenang.
2. Sebabnya saya menyukai novella 'Kulit' dalam antologi Dewi. Dan saya dapat merasakan Kota ini akan mempunyai vibe yang sama.
3. Telahan saya nampaknya betul. Malahan mula2 tu saya merasakan seolah2 kisah Kota ini adalah Kulit yang dikembangkan menjadi novel penuh. Satu pertiga bacaan barulah saya dapat melepaskan diri dari pengaruh Kulit. Tapi yang jelas mediumnya adalah sama.
4. Kota adalah kehidupan masa depan (tapi saya lebih suka membayangkan ia sebagai alternate universe). Taraf penduduk kelas atas dan kelas bawah ditentukan oleh bilangan pengikut di laman Kotafoto. Untuk menjadi Seleb Kota dan mendapat keistimewaan penduduk kelas atas, jumlah pengikut mestilah 500,001 ke atas.
5. Kesuma merupakan seorang penulis di portal Warna Warni Kota yang selalu ditugaskan untuk menulis berita2 berkaitan dengan seleb-seleb kota kegilaan pengikutnya.
6. Dan tanpa diduga, Kesuma ditawarkan untuk menjalankan satu tugasan yang besar dan rahsia. Kesuma menerima tawaran tersebut kerana bayarannya yang lumayan. Tugasan untuk membongkar rahsia di sebalik kehilangan dan kematian mengejut beberapa seleb kota.
7. Maaf, saya merasakan penceritaan sangat mendatar. Elemen kejutan tidak mengujakan saya kerana 'kemendataran' tersebut.
8. Sikap tidak professional Kesuma. Hmmm. Macam budak-budak pun ada. Macam mana la Alang boleh pilih dia. Ya, benar. Alang silap kerana tidak memberitahu Kesuma lebih awal perincian rancangan mereka. Tapi bila kita dalam penyamaran, perlukah membuat perangai yang dapat menonjolkan diri bahawa kita adalah penyamar? Bertanya soalan2 yang mampu membongkar identiti. Bercakap2 ketika orang lain diam. Tak mahu dengar arahan pasangan. Tunjuk rebel dalam kalangan musuh di tempat yang kita tak tahu apa??? Liability teruk untuk ahli kumpulan.
9. Saya keliru dengan timeline cerita. Sepertinya berlatar ribuan tahun ke hadapan. Tapi dalam masa yang sama ada kenyataan yang membayangkan generasi terdahulu adalah generasi kita sekarang.
10. Dah beberapa cerita saya jumpa perkara ini. Kenapa bila cerita berlatarbelakangkan ribuan tahun ke hadapan, tak kira ala distopia atau post apocalypse atau apa2 terms lain yang digunakan, kehidupan rakyatnya seolah2 kembali ke zaman 50an - 60an. Kembali ke belakang, bukan bergerak ke hadapan.
Kota mengisahkan tentang sebuah cerita di sebuah negara yang diberi nama Kota di mana kerajaannya menggunakan sistem penduduk mengikut kelas seperti kelas atas dan kelas bawah. Kad pengenalan yang mereka gunakan ialah kad pengenalan platinum, emas, perak dan gangsa. Namun kelebihan diberi kepada penduduk yang memiliki kad pengenalan platinum dan emas. Mereka dikira orang-orang kaya.
Walaubagaimanapun, sesiapa pun boleh menjadi sesiapa di Kota. Kelas bawahan boleh memiliki kad pengenalan emas atau platinum jika mereka ini selebriti dan mempunyai ramai followers. Apa yang boleh saya katakan, Kota mempunyai satu media sosial yang ramai penggunanya iaitu KotaFoto. Fungsinya sama seperti Instagram. Kebanyakan penduduk yang menggunakan KotaFoto ini terdiri daripada selebriti. Selebriti yang terkenal bukan hanya kerana bakat, yang tak ada bakat pun boleh jadi terkenal disebabkan kisah mereka yang membawa kepada populariti dan membuatkan mereka mempunyai ramai followers. Jika selebriti ini melakukan sesuatu di luar jangkaan yang tidak digemari, maka followers akan turun dan mereka akan hilang dari radar, tidak tahu sama ada masih hidup atau mati.
Watak utama di dalam Kota ialah Kesuma seorang penulis yang menulis tentang kisah-kisah selebriti di sebuah portal yang bernama Warna Warni Kota. Bermula dengan kes kehilangan ayahnya membuatkan dia tertanya-tanya jika kes-kes kehilangan selebriti, orang kelas atasan dan bawahan berkait rapat. Watak-watak yang baru diperkenalkan dan mereka mempunyai peranan masing-masing. Alang ialah bos kepada Kesuma. Seorang pekerja baru yang diupah Alang bernama Nasir, diminta bekerja bersama Kesuma. Setiap tugasan yang diberi dibuat oleh Kesuma namun dengan kehadiran Nasir, Kesuma ditugaskan untuk bekerjasama dengan lelaki itu. Namun, tugas yang diberi untuk mengikuti perkembangan selebriti Kota bertukar kepada satu tugas misteri.
Satu persatu perkara yang di luar jangkaan terjadi dan banyak persoalan timbul dalam fikiran saya sepanjang perjalanan membaca buku ini. Namun tidak semua persoalan dirungkai dengan jawapan sebaliknya ditambah lagi dengan persoalan-persoalan lain. What?
Plot cerita ini bagi saya tersusun rapi dan ada elemen misteri yang membuatkan saya seronok membacanya, namun ianya tidaklah seperti yang saya jangkakan. Ada beberapa scenes yang predictable. Bagi saya, penulis boleh menghasilkan karya ini dengan lebih baik jika persoalan yang timbul diberi jawapan satu persatu. Atau mungkin saya yang kurang gemar jenis cerita yang mempunyai persoalan yang banyak dan hanya satu jawapan di akhir cerita? Plot twist yang tak dijangka. Memang saya tak menjangkakan perkara itu yang akan berlaku kepada Kesuma dan watak-watak yang lain.
Saya suka apabila penulis menyentuh tentang buku dan ‘bergambar dengan buku’ walaupun ianya tidak diberi perhatian lebih daripada penduduk Kota kerana mereka hanya sukakan kisah selebriti dan hanya beberapa orang sahaja yang sukakan buku. Semua ni memang saya boleh relate dengan real life. Lebih-lebih lagi scene yang ada ceritakan pasal buku yang terletak di rak buku rumah Nasir.
Seterusnya, orang-orang kaya yang lebih sukakan hiburan hingga terlupa bahawa manusia semuanya sama sahaja. Yang membezakan mereka ialah kaya dan miskin. Mereka sanggup menyakiti orang yang kurang berkemampuan demi hiburan mereka sendiri. Isu-isu lain seperti abusive relationship, human trafficking dan penjualan organ badan dalaman juga disentuh dalam buku ini.
Ending yang tidak dijangka dan saya sangat mengharapkan ada love interest antara Kesuma dan Nasir. Secara keseluruhannya, buku ini tidaklah heavy dan bagi saya ianya boleh dijadikan sebagai bahan bacaan yang santai. Namun ianya terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Jika anda minat cerita-cerita seperti Black Mirror dan Dystopia, buku ni sesuai untuk anda. Tahniah kepada penulis kerana menjadi salah seorang pemenang buku Sayembara.
" Kita ni manusia, bukannya mesin duit ATM yang tak ada emosi. Hidup kita bukan sekadar bekerja cari duit dan kemudian” . Tak silap rupanya keputusan aku untuk mendapatkan Kota. Sejujurnya, Kota ni merupakan novel (ebook) pertama fixi setelah beberapa tahun aku berhenti membaca novel dari fixi. Kota menjadi pilihan aku disebabkan oleh penulisnya. Kamalia merupakan penulis Jemari Seni tak lama dulu, jadi sedikit sebanyak, aku dapat membayangkan gaya penulisannya. Kalau ada yang pernah membaca Kulit, salah satu cerita dalam Dewi (terbitan Jemari Seni), pasti korang akan suka dengan Kota.
Pada aku, kota digarap dengan kemas. Bab bermula dengan pengenalan Kota dan Kesuma. Kota merupakan kerajaan yang menterjemahkan sisi penduduk dan budaya masyarakat yang dibezakan dengan pemilikan kad pengenalan. Sama ada penduduk kelas atasan yang mempunyai kad pengenalan emas atau platinum dan kelas bawahan mempunyai kad pengenalan gangsa. . Selain tertarik dengan perincian penulis tentang kerajaan Kota dan Kesuma, aku juga tertarik dengan elemen misteri dan suspen yang dibawa oleh penulis. Membaca kisah Kesuma meneruskan kehidupan di Kota meninggalkan pelbagai tanda tanya lebih-lebih lagi dengan kehadiran Nasir. Pada aku Kota berkembang positif dengan kehadiran Nasir. Konflik yang menyentuh isu pemerdgangan manusia, kapatalis dan beberapa isu lain menjurus kepada penindasan ini dibentuk dengan matang sehingga membuatkan aku tertanya-tanya dan jadi tidak senang duduk. Aku boleh katakan bahawa aku suka dengan perjalanan cerita Kesuma dalam merungkai rahsia yang berlaku di Kota. Idea yang luar biasa, dan garapan yang menarik menjadikan Kota seronok dihayati dan membuatkan aku terfikir sesuatu...
Tahniah buat penulis kerana memenangi sayembara Fixi musim kedua! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti :)
Novel ini berlatarbelakang sebuah negara bernama Kota, yang mana hierarki penduduknya adalah mengikut bilangan pengikut di KotaFoto; ala-ala FB atau instagram gitu kot. Lebih 500 ribu pengikut, mereka dapat kad pengenalan emas. Kalau tiga juta lebih, platinum.
Senang cerita, lebih popular seseorang itu maka lebih kayalah dia. Lebih kaya seseorang itu, lebih berkuasalah dia. Kecuali mereka yang sedia lahir kaya (dipanggil VVIP di sini), maka mereka tak perlu mengejar tuntutan untuk menambah pengikut seperti penduduk hierarki bawah. Semuanya boleh diatur asalkan ada duit.
Premis cerita ini menarik. Boleh dikatakan watak-wataknya tak sempurna dan kelabu. Realisitiknya di situ. Gambar di kulit buku tu memang ada kaitan dengan misi Kesuma dan Nasir.
Ada beberapa babak yang saya suka. Antaranya waktu Kesuma dan kawan-kawannya bonding di markas, bercakap tentang buku dan berteka-teki. Boleh dibayangkan betapa rarenya waktu itu, pada waktu buku itu adalah sesuatu yang langka, dengan orang sekeliling yang kebanyakan waktu hanya peduli tentang diri sendiri dan populariti. Momen tu saya rasa manis sekali.
Sedikit nota berunsur spoiler:
Pun begitu, Kota adalah karya Kamalia yang paling saya enjoy baca. Mungkin kerana kebebasan berkarya yang menjadi konsep penerbit mempengaruhi penulisannya kali ini. Kalau anda suka novel berkonsep distopia/urban fantasi atau siri Netflix - Black Mirror, bolehlah cuba baca novel ini.
Wow, menarik. Buku ini membawa kita ke masa hadapan yang mana ketika itu kehidupan kita diukur dengan paras pengikut di akaun KotaFoto. Aku dulu pernah juga fikir macam ni yang macam mana kalau nanti kita cuma hidup bersumberkan populariti dan pengikut di media sosial. Apakah nasib mereka yang tidak mengikuti perkara-perkara sebegini? Jadi secara tak langsung, sedih jugalah melihat nasib mereka yang terabai ni.
Penceritaan okay, santai dan page turner juga. Jalan cerita yang baik ditambah lagi dengan putaran plot yang tak diduga sungguh buat aku asyik membelek dan membelek halaman. Cumanya di pengakhiran tu meninggalkan aku beberapa persoalan seperti, apakah tugasan yang lain? Macam tu je ke penghabisannya? Bagaimana kisah Kesuma dan Nasir? Hadi?
Sebenarnya baca buku ni buatkan saya teringat akan beberapa filem thriller yang lagaknya lebih kurang sama. Seperti Orang kaya yang sukakan hiburan aneh begini, kehilangan mereka yang menolak dalam berkonspirasi ni.
Satira moden atau parodi realiti (?) bertema distopian-- dunia ciptaan di masa hadapan dengan masyarakat yang hidup dalam kasta dengan jurang ketidakadilan yang besar antara kaya dan miskin.
Latar yang klasik walau Alang asyik cakap mereka di masa hadapan tapi suasana Kota tak futuristik atau moden langsung, jadi aku tak pasti ini boleh dipanggil distopian atau bagaimana. Kritik sosial semasa diadaptasi dalam naratif jadi jalan ceritanya terasa dekat dengan realiti. Walaupun aku suka gaya narasi dan bahasa penulis (dah berkurun berlalu pun masih ada perkataan 'poyo' digunakan di dunia ni), garapan plotnya agak meleret bagi aku-- Alang dan Nasir yang perahsia (tak tahulah kenapa dua orang ini asyik dengan; "kau akan tahu juga nanti, Kesuma.") dan acara Kelab Phi Pop yang berlarutan hingga beberapa bab-- fancy tapi serabut sangat. Ada love-hate dengan watak Kesuma dan Nasir-- kadang okay, kadang menyebalkan. Kesuma terutamanya-- emosional dan sensitif, dan aku rasa dia perlu dapat rawatan di hospital untuk 'trauma-mual' dia tu.
Sebenarnya mudah juga nak teka twist dan rahsia kerajaan Kota sebab awalnya dah nampak konfliknya bagaimana. Bila pentadbiran dan undang-undang negara dikuasai orang-orang berpangkat/berkelas atasan, kuasa pentadbir pun boleh disalahguna.
Ini novel terakhir yang aku baca dalam koleksi Sayembara FIXI Musim 2. Pertama kali juga baca karya penulis walaupun dia dah ada beberapa novel sebelum ini. Tahniah terpilih antara salah seorang pemenang sayembara!
• Cover cantik • Idea cerita menarik dan yang lain dari lain • Banyak persoalan yang hook aku berjaya baca sehingga habis. Aku suka feel curiousity waktu pembacaan tu. • Persoalan terjawab di hujung cerita • Pace agak laju dan tak membosankan • Jalan cerita mudah dihadam
Benda yang aku tak suka pasal buku ni:
• Timeline yang mengelirukan. Zaman jauh ke depan tapi tak macam zaman tu. • Ending agak tergesa-gesa sebab nak jawab semua persoalan dari awal. • Watak Kesuma yang buat aku uncomfortable. Terlalu banyak scene Kesuma yang always show dia rasa nak muntah so macam annoying. Kesuma terlalu banyak tanya, annoying juga.
Ada banyak plot twist di penghujung cuma takdelah mengejutkan sangat. Penulisan yang baik. Tak klise. Overall aku suka baca. Good job.
KOTA ini sarat dengan misteri dan mesej tersendiri. Lila suka bagaimana penulis menyusun jalan cerita hingga sukar nak menebak bagaimana penamatnya. Buku ini buat Lila rasa nak tahu nak tahu dan nak tahuuu lagi sehingga ke penamat. Dua jam habiskan baca, tapi tak terasa masa berlalu.
Perkara yang Lila suka dalam KOTA.
1. cara penulis mengembangkan isu media sosial masa kini hingga kita yang membaca terasa gerun. (Bagaimana jika benar-benar terjadi pada kita suatu hari nanti? Sekarang pun rata-rata manusia sudah seperti menjadi hamba media sosial kan?)
2. Watak Kesuma dan Nasir. Hero dan heroin yang suka membaca. Walaupun Lila banyak kali ketap gigi geram dengan perangai gopoh dan tak menyempat si Kesuma ni. Nasib baik ada Nasir yang menyejukkan hati. (Dan boleh tahan sweet) haha
3. Garapan penulis yang kemas, penggunaan bahasa yang sedap dibaca. Sebab Lila memang baca karya kak Kama sejak dulu, jadi tak ragu-ragu dengan kualitinya walau dengan siapa pun dia akan terbitkan karya selepas ini.
Untuk Kamalia Ramlan, terima kasih untuk KOTA. Novel ini buat semangat membaca jadi membuak buak. Memang selayaknya menang dalam sayembara FIXI yang lepas. Semoga Kak Kama terus diilhamkan idea dan kelapangan waktu untuk terus menulis karya yang baik-baik ya. Lila doakan!
Berlatar belakangkan dunia masa hadapan. Penulis mengetengahkan watak Kesuma dan Nasir sebagai protagonis di dunia 'Kota'. Mereka wartawan di bawah warna warni kota portal. Pekerjaan mereka akhirnya lead kepada pembongkaran kegiatan giler warga Kota kelas atasan.
Tetapi, manuskrip ni terlalu mendatar. Plot yang sangat perlahan. Watak-watak yang tidak konsisten.
I need to admit aku tak suka Kesuma. Wataknya nampak kuat tapi lemah. Dia lantang dalam bercakap tetapi terlalu overthinking. Nasir pula nampak macam lelaki misteri tapi aku tak rasa macam tu pun. Ada beberapa watak sampingan yang penting tetapi, tak ditonjolkan secara solo scene.
"Kita ni manusia, bukannya mesin duit ATM yang tak ada emosi. Hidup kita bukan sekadar bekerja cari duit dan kemudian mati. Ia lebih daripada itu." - Kamalia, Kota.
Kota menceritakan tentang hidup sebuah negara bernama Kota yang hidup berpaksikan populariti. Negara ini menggunakan sistem kelas yang membezakan jenis kad pengenalan, iaitu platinum, emas, perak dan gangsa. Kerajaan Kota mewajibkan rakyatnya untuk mendaftar akaun KotaFoto dan mengumpul seramai mana 'followers' yang mungkin untuk menaik taraf kad pengenalan mereka. Kesuma, seorang wartawan portal hiburan, berasa muak dengan kerjanya dan mula terlibat dalam pembongkaran sisi gelap sistem negaranya itu.
Benda pertama yang saya suka ialah Kota berjaya menangkap tumpuan saya dari bab pertama lagi, suatu perkara yang bagus bagi saya yang kadang-kala senang 'distracted'.😂
Plotnya juga menarik dan penuh dengan elemen misteri, membuatkan saya tertanya-tanya akan perkara sebenar yang sedang berlaku, dan siapa sebenarnya yang boleh atau tidak boleh dipercayai. Sejujurnya, sehingga penghujung cerita ini saya merasakan semua watak 'shady', kecuali Kesuma.😅 (Ia mengingatkan saya pada ending Spiderman Far From Home😂)
Ada plot twist yang tidak dijangka, ada juga insiden-insiden yang telah terjadi atau perlakuan sesetengah watak seperti tiada jawapannya atau tidak masuk akal.
Bagi saya, novel ini merupakan bacaan santai yang mampu membuat kita berfikir sejenak akan perkara-perkara atau isu-isu yang berlaku di sekeliling kita.
Aku suka dengan idea naskhah ini. Segar. Boleh aku katakan juga ini adalah sebuah satira yang menyindir kehidupan so called instafamous/influencer yang realitinya memang wujud di seluruh dunia.
Gaya bahasanya juga straight to the point dan tidak lewah.
Namun ada rencah yang kurang dalam naskhah ini. Apakah kerana had muka surat menyebabkan beberapa scene yang penting perlu disunting@dipendekkan? Watak-wataknya juga kurang dikembangkan. Dan kelihatannya, ada juga scene yang menurut aku tidak begitu penting. Seperti scene main teka teki (?) Tetapi mungkin penulis cuba mewujudkan unsur lelucon di situ.
Seperti komen pembaca lain tentang watak utamanya, aku juga bersetuju. Agak cengeng juga Kesuma ini ya. Tapi kelakar juga mengingat perangai Kesuma yang cepat loya tu. Aku boleh relate. Kalau dah muak dan menyampah sangat memang itulah rasanya. Haha
Overall, aku masih enjoy membaca naskhah ini. Pengajaran terselit dalam sindiran. Adik aku yang sekolah rendah tu pun terbaca dua tiga muka surat dah tertarik. Dan tak pasal-pasal aku kena bercerita dari A sampai Z pula ke dia.
Btw, tahniah kepada penulis untuk naskhah ini. Keep it up.💪🏼
Latar belakang cerita boleh dikatakan lain dari yang lain dan rasanya pembaca tidak menjangka apa sebenarnya berlaku kepada orang kelas bawahan serta Kota Seleb yang hilang dan mati. Namun setelah di baca plotnya terlalu mendatar. Watak-watak di dalam cerita ini sebenarnya menarik tetapi rasanya kurang berjaya dikembangkan oleh penulis. Terutama sekali Kesuma. Sejujurnya secara peribadi saya rasa jengkel dengan watak Kesuma. Pemikirannya kurang matang dan terlalu beremosi. Mulutnya lancang tapi sebenarnya dia tidak tahu bertindak apa-apa. Pertanyaan yang tidak perlu selalu diajukan. Dan jika difikirkan, kehadiran Kesuma di dalam kumpulan rahsia itu memang tidak menonjol langsung dan tidak memberikan apa-apa impak yang begitu mendalam kepada rancangan kumpulan rahsia. Lagi-lagi apabila Hadi meminta pertolongan daripada Kesuma. Itu saja.
Tapi apa-apapun penulis masih berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pembaca untuk membaca hingga ke penghujungnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya mula2 pilih nk baca buku ni sebab dalam banyak2 buku sayembara FIXI 2nd season ni, buku ni cover paling saya suka. Saya mang dah lama follow FIXI dan boleh saya katakan buku ni memang layak menang. Jalan cerita yang tak pelik dan tak over, flow pun x kelam kabut, steady je. Cerita ni juga ada meninggalkan beberapa persoalan dn saya memang suka cerita yang macam ni, sebab saya an fikir sendiri jawapan-jawapan untuk persoalan. Saya nak letak contuh kat sini, tapi takuf ada orang yang belum baca buku KOTA ni tengok review saya. Saya suka cerita macam ni, to FIXI, you make a right choice and as a Black Mirror fan, saya boleh cakap buku ni worth my money. That's all.
Ada apa dengan KOTA? Macam2 sebenarnya. Top secret yang boleh buat pembaca jaw-dropping 😱, teka-teki yang menarik dan twist yang tak disangka2. At least to me 😬
Aku suka cara penulis mengolah ceritanya. Smooth aje. Dalam smooth2 tu, penulis bijak bikin twist 👍 Ini first time aku baca buku penulis and I think I like the way she writes. Nice one Cik Kamalia. Nanti tulis cerita yg best2 lagi ya and all the best to you 💐
Tentang Kesuma dan Nasir yang berusaha membongkar rahsia gelap Kota. Idea penulis memang lain dari yang lain, cuma agak meleret bagi aku. Menyampah dengan Nasir dan Alang yang terlalu banyak rahsia. Plot hole dan plot twist agak banyak, which is not really good.
Bengang gila tengok perangai Kesuma yang kebudak-budakkan.. Tapi tu lah, buku ini best cuma agak mendatar.. Lambat betul nak sampai dia punya klimaks..