Jump to ratings and reviews
Rate this book

Naif

Rate this book
Pengalaman gadis Melayu berdepan stigma dan prejudis di bumi Amerika Syarikat.

NAIF menelusuri perjalanan Mimi Salleh dalam mengharungi cabaran sebagai satu-satunya individu Melayu bertudung di bandar Normal, Illinois, Amerika Syarikat pada akhir tahun 90-an. Dia memberanikan diri untuk menyambung pengajian ijazah di luar negara dan berada sejauh 15,000 km dari tanah air dan keluarga kesayangan.

Bumi Amerika membuka peluang kepada penulis untuk menggilap potensi dan bakat. Pada awalnya sukar bagi gadis ini untuk menyesuaikan diri sebagai ‘alien’ di negara asing, namun ia tidak mustahil. Dalam tempoh 30 bulan, dia berjaya membuktikannya. Satu transformasi hidup yang mematangkan diri.

Antara isu yang dihadapi semasa di sana ialah babi, tudung, kondom, pengganas, puasa, toyyibah, kiblat, bercinta, platonik dan homoseksual.

Penulis: Mimi Salleh

Kategori: Memoir, Self-help, Self enrichment

190 pages, Paperback

Published March 1, 2020

6 people want to read

About the author

Mimi Salleh

7 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (58%)
4 stars
11 (35%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
July 1, 2020
Terbaik! Tak puas rasanya membaca pengalaman hidup seorang Mimi Salleh berkelana ke Amerika untuk menuntut ilmu.

1.
Saya sebenarnya sudah "serik" membaca kisah hidup pelajar di luar negara. Kebanyakannya sering mencatat keluh kesah hidup susah di negara orang, seperti mahu mengatakan kita yang belajar di tanah air seperti semuanya "mudah".

2.
Sudah tentu ada satu dua yang bagus, dan Naif adalah salah satu daripada buku itu.

3.
Pertama sekali, ayat susunan penulis ini mudah dan lancar. Tidak terlalu nampak "gah", menjadikan kita seakan-akan berada sama dalam situasi penceritaan.

4.
Lewat tahun 90-an, waktu itu kita di Malaysia masih terkial-kial membuat capaian internet dengan bunyi modem bising setiap kali mahu digunakan. Tapi penulis sudah sampai ke Amerika (penerbangan 3 kali transit!) seorang diri meredah jalan untuk ke ISU.

5.
Saya suka dengan usaha dan tindakan penulis yang berani mencuba, berani berdaptasi dan menggunakan kesempatan yang terbuka untuk memajukan diri. Pergaulan dengan orang pelbagai bangsa, kepercayaan, agama dan prinsip hidup, sememangnya mematangkan.

6.
Saya kurang meminati novel/kisah romantis dalam buku, tapi saya faham itu adalah lumrah manusia. Mimi bijak mengatur anekdot cerita yang membuatkan kita tertanya-tanya, "oii.. lepas tu apa jadi?" Tersenyum-senyum juga, sebab teringat zaman mengurat bini di Sintok dulu. Kah kah kah!

7.
Pace cerita agak laju. Tahu-tahu sudah sampai ke tahun akhir dan kembali ke tanah air. Mulanya saya rasa agak janggal. Mana cerita dalam kelas, mana cerita kesusahan dan kesengsaraan yang selalu orang kongsikan ketika belajar di luar negara? Ada dalam buku ini sebenarnya, tapi nampak seperti isu kecil kerana penulis mengambil itu sebagai cabaran, dan bertindak ke atasnya. Bukan hanya mengeluh!

Saya suka penulis lebih menekankan bagaimana mahu menyesuaikan diri, hadapai cabaran dan bagaimana memeluk masalah menjadi satu peluang. Seperti tajuk buku ini, NAIF, tak perlu malu jika kita tidak tahu. Tapi malulah kalau sudah tahu, tapi masih kekal membuat tidak tahu!

Terbaik.

Oh ya! Jangan lupa scan QR code di belakang buku untuk melihat gambar penulis semasa belajar di ISU.

#sharulmembaca
#malaysiamembaca
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
August 11, 2020
Naif berjaya memberi kepuasan. Penyampaian cerita lancar dan kemas. Babak jungkir balik ditulis dengan baik; ringkas dan berpatutan. Saya cuma rungutkan hal tiada gambar yang disertakan. Rupa-rupanya ada QR Code di kulit buku bahagian belakang yang akan menghantar kita ke pautan koleksi gambar penulis di US. Bolehlah lihat sambil-sambil membaca.

Bukan mudah menjadi satu-satunya penuntut Melayu di universiti di tengah-tengah Amerika pada tahun 90-an. Waktu penggunaan internet tidak meluas seperti sekarang, dengan sikap prejudis rakyat di sana, jurang bahasa, perbezaan budaya yang amat besar. Semua itu cabaran yang bukan calang-calang. Namun Mimi Salleh berjaya membuktikan bahawa ia boleh dihadapi.

Banyak pengalaman manis dan pahit dikongsikan. Semua diceritakan dengan menarik sehingga saya teruja untuk menyelak mukasurat seterusnya. Penulis tidak meratapi kejadian buruk yang menimpa dirinya. Semuanya dijadikan cabaran dan membuatkan beliau lebih bersedia. Jalan terus, kaedahnya. Saya suka sisi penceritaan begini, berbeza dengan pengalaman penuntut luar negara lain yang pernah saya baca. Apapun, saya tetap raikan semua.

Saya fikir kenaifan penulis waktu itu bukanlah satu-satunya penyebab beliau berjaya mengekalkan jati diri di luar negara. Kekuatan beliau adalah kerana karakter beliau sendiri, doa, dorongan keluarga dan barangkali rezeki bertemu dengan orang yang baik-baik di sana.

Recommended!
Profile Image for Norsa'adah Ahmad.
Author 15 books21 followers
May 25, 2020
Lebih 20 tahun yang lalu, Mimi Salleh berjaya mendapat tempat di sebuah universiti di Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran. Buku ini menceritakan pengalaman penulis berada selama 30 bulan di AS. Berada dalam kelompok komuniti pelbagai lapisan, memaksa penulis untuk belajar survive. Dalam masa yang sama, menjejak kaki ke bumi yang asing bukannya mudah. Kenaifan diri dalam banyak perkara menjadikan beliau semakin matang.

Ikuti perjalanan penulis di bumi Amerika Syarikat. Ada peristiwa lucu dan tidak kurang pula yang menyedihkan. Namun, penulis tetap meneruskan kehidupannya di AS sehingga tamat. Tahniah.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 15 books54 followers
June 16, 2020
"Buku ini untuk mereka yang menerima aku seadanya tanpa syarat."

Demikian pembuka perjalanan buku ini yang membuatkan saya terasa gementar - ah, betapa beberapa tahun ini mengenali Mimi dari jauh dan buku ini membawa saya mengenali Mimi lebih dekat tanpa dipaksa-paksa.

Membaca buku ini membuka lembaran demi lembaran sisi-sisi seorang Mimi yang dari luarannya nampak sukar didekati, hakikatnya Mimi menyimpan banyak hal yang seronok untuk dibongkar dan diraikan bersama-sama mereka yang sudi.

Catatan ketika menuntut di Illinois State University (ISU) kelihatan biasa sahaja kepada kita pada masa kini. Tetapi ini kisah 20 tahun lalu, ketika kemudahan dan kebebasan pendidikan tidak seperti hari ini. Mimi, sebagai satu-satunya pelajar Muslim dari Malaysia pada masa itu menerjah kemungkinan-kemungkinan dengan serba kenaifan.

Tentang tudung yang masih membawa konotasi negatif dalam kalangan bukan Muslim, tentang budaya dan pemakanan yang berbeza, halal - haram, tentang pergolakan dunia mengenai Islamophobia, tentang komunikasi yang harus dikejar demi tidak ketinggalan, tentang lelaki-lelaki yang menyentuh perasaan muda dan nurani ingin didampingi... dan paling utama tentang kemanusiaan tanpa batasan di negara asing.

Mimi Salleh menjalinkan segala kisah ini dengan penuh rendah diri dalam garapan penceritaan yang lancar, sederhana dan seimbang. Seolah-olah membaca sebuah novelet yang comel.

Mimi bukan sahaja mengimbas semula tentang pengalaman mahalnya di negara orang tetapi juga memberi panduan dan berkongsi perasaan tentang keasingan dan keakraban, tentang kemanusiaan dan sikap saling menerima dalam proses menuntut ilmu di daerah asing.

Dengan Naif, kita bukan sahaja diajak mengembara bersama Mimi tetapi juga merasai libang-libu perasaan gadis mentah dan naif ini di persekitaran yang asing.
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
March 18, 2022
Puas membaca buku ini.

Kisah benar seorang gadis yang pertama kali menjejak kaki di tempat yang tiada orang senegara. Menarik!

Kepayahan menjalankan rutin beragama membuka mata tentang nikmat yang selama ini dipandang biasa di bumi bertuah Malaysia. Waktu solat, kedengaran azan dilaungkan. Surau dan masjid tak terkira banyaknya. Hanya tinggal mahu solat ataupun tidak. Beza sungguh apabila merantau ke negara yang majoriti penduduknya bukan Islam. Perlukan kekuatan iman untuk menjalankan rutin yang dianggap biasa di sini. Namun dalam kesukaran, Allah sentiasa hadirkan bantuan/orang yang memudahkan diri untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah.

Buku ini mengimbau kenangan saya di negara matahari terbit 26 tahun yang lalu. Tercampak ke bumi Allah, di tempat yang jauh dari komuniti Muslim. Namun saya masih ada 3 rakan Muslim yang bersama-sama mengharung suka duka berkelana sedangkan penulis mengembara seorang diri.

Sangat sesuai dijadikan bacaan untuk anak-anak yang akan ke luar negara. Boleh dibeli dari penulis Mimi Salleh ,atau pesan secara online di https://duapenulis.com .
Profile Image for Sha Mohamed.
2,545 reviews1 follower
December 1, 2023
Walaupun tajuk dia naif tapi isi dia sesuai sangat dibaca semua yang nak sambung belajar, sama ada dalam negara mahupun luar negara.. Pengalaman yang menarik..
1 review
February 23, 2025
Buku yang padat isinya tetapi tidak berat, santai bersahaja tetapi laju. Penulis membawa pembaca bersama-sama melalui peristiwa-peristiwa yang mendewasakan dirinya. Buku ini juga mengetengahkan bagaimana penulis terus berpegang utuh dengan jati dirinya sebagai seorang Melayu Islam nun di Amerika. Tidak puas baca rasa nak minta dipanjangkan lagi. Terima kasih kepada Mimi Salleh kerana memberi penutup kepada pembaca dan tiada soal yang tergantung.

Saya membaca buku ini ketika berusia 33 tahun. Jika saya membaca karya ini ketika usia remaja tentu kaki saya bersilang tersenggih sendiri di beberapa bahagian buku. Penulis juga tidak lokek berkongsi refleksi diri bersama pembaca. Karya ini akan menjadi salah satu buku yang akan saya galakan anak saya baca nanti bila umurnya sesuai.

Melalui buku ini juga saya belajar asal usul nama Mimi Salleh. Nama yang boleh saya kira saban hari saya sebut ketika membaca bersama anak (anak saya suka sangat buku Bilakah hujan akan reda?).
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
June 3, 2023
Suatu pengalaman yang sangat berharga yang dilalui oleh penulis sepanjang beliau belajar di tanah kelahiran Ronald Reagan.

Menjadi satu-satunya gadis Melayu ditempat belajarnya memberikan pelbagai kenangan. Banyak memori naif yang bagi saya jika saya juga berada di tempat asing itu pasti akan menjadi seorang lebih naif tentang makanan/budaya orang. Makanan yang nampak sedap belum tentu lagi kita boleh untuk terus makan.

Biarpun pengalaman ini telah mengjangkau lebih dari 25 tahun tetapi tetap juga boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang kali pertama menjejakkan ke tanah asing.

Menarik untuk dibaca. Pelbagai perasaan yang hadir. Setiap insan yang hadir dalam kehidupan penulis melengkapkan setiap perjalanan ceritanya. Nak tahu lebih lanjut? Bacalah Naif ini.
Profile Image for Ruzain Syukur.
29 reviews3 followers
April 27, 2020
Ini buku berkenaan kembara hidup seorang penuntut ilmu di Amerika, secara tepatnya di Illinois. Pengalaman baharu melihat kehidupan dan gaya hidupnya di Amerika membuka mata penulis. Apa yang penting bagaimana penulis menyesuaikan diri dengan gaya hidup silang budaya dan agama. Apa yang dilihat baik diambil sebagai pengajaran, manakala gaya hidup bebas dibuang jauh kerana danya jatidiri yang memagar. Suatu bacaan yang bagu suntuk anak watan yang ingin mencuba hidup dalam masyarakat barat.
Profile Image for Muiz .
60 reviews
November 6, 2020
Kisah pengalaman yang dikongsikan penulis sangat relatable. Sangat setuju kalau buku ini dijadikan hadiah buat pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Profile Image for Neena Harumin.
1 review
April 15, 2021
Penulisan yang santai, penceritaan yang sangat menarik, sehingga membayangkan diri berada di tempat penulis, seronok sangat membaca sampai tak sedar dah habis... Tahniah kak Mimi Salleh 😃
Displaying 1 - 12 of 12 reviews