Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hitman #1

Hitman

Rate this book
YANG Aylin harapkan adalah seorang lelaki yang menyayangi dan tak akan meletakkan dia dalam senarai ‘orang-yang-perlu-dibunuh’. Tapi yang tersurat pula adalah sebaliknya dan mengahwini pembunuh sendiri tak pernah termasuk dalam senarai ‘apa-nak-buat’ dalam hidupnya.

Bagi Ferit Joe pula, mengahwini Aylin adalah untuk melindungi gadis itu daripada papanya sendiri. Sebab itu hubungan mereka berdua hanya setakat ‘awak-akan-selamat-bersama-saya’ dan bukannya ‘awak-akan-bahagia-bersama-saya’. Mereka berdua hanya merancang, dan yang tersurat pula adalah vice versa.

“Falling in love with your own hitman is the cruelest way to fall in love.” - Aylin. “I never proclaimed any girl as mine except you.” - Ferit.

Dugaan demi dugaan menimpa dan Ferit masih setia melindungi, Aylin pula masih kekal di sisi. Hingga akhirnya Ferit diberi pilihan oleh papanya sendiri : “Sekarang Ferit pilih, Ferit nak terus berkepit mengejar cinta Aylin atau setia di sisi papa untuk keluarga kita? She or us, I let you choose son.”

Aylin atau keluarga, yang mana lebih penting bagi Ferit? Adakah dia tak layak untuk memiliki kedua-duanya dan terpaksa memilih salah satu? Mampukah Aylin terus setia dan beriringan bersama Ferit mengikuti jalan hitam yang Ferit tentukan untuk mereka berdua? Mampukah dia menidakkan rasa cinta di saat nama Ferit menggantikan bekas kekasih di dalam hati?

Ingat Aylin, tak semestinya orang yang bawa awak ke jalan yang gelap adalah musuh awak. Dan tak semestinya orang yang tarik awak keluar dari jalan yang gelap adalah kawan awak.” - Ferit Joe.

306 pages, Paperback

Published July 1, 2019

50 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (36%)
4 stars
17 (44%)
3 stars
7 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 4, 2019
Tak pernah lagi, saya baca penulisan author with regards to thriller romance. Kalau ada pun mungkin sikit2 je. Biasanya romance sahaja dan jalan ceritanya usually didnt even ended with perceraian. Its like mending their hearts kind of stories instead divorce. Lots of misunderstanding due to ego and pride.

However, kisah Aylin dan Ferit mmg berlainan genre dari kebiasan ER. Hahaha..dah lah penulis ni doktor..abbr. nama pun ER.

Hitman..dari awal cerita it kept me intrigue. Bagaimana mereka bertemu, akhirnya berkahwin tanpa cinta dan berpisah kerana salah faham.

Salah faham yg menguji kepercayaan Ferit pada si isteri.
Salah faham kerana Aylin menyembunyikan hal yg amat penting.
Kisah pahit yg membunuh dua nyawa saling berhubung kait dengan keluarga Ferit.

Kejamnya!!! Isteri sendiri sanggup dibunuh.

All the dirty laundries were kept hidden. Skeleton in the closet.

Untuk seorang businessman dan mafia, saya rasa Ferit ni tak sharp, alert dalam pemikirannya. Dimwitted especially when it involves his family. Blinded by their bond as a family sampai tak nampak motives mereka for survival for something which at this point is still unclear. Jika sangsi pun he pushed it aside. Buat macam tak penting. Dia lupa agaknya, benda sekecil2 kuman ni lah yg memudaratkan diri dan hubungan. Kena sanitise banyak2.

Dell juga another issue. Jilted ex girlfriend, not really, berlagak macam mem besar dalam rumah. Tak suka tapi dibiarkan Dell berlegar2 buat suka hati ignoring his wife pleas to move. Just because Dell was his cousin.

_________*****_________

Sdg sedap2 baca, tinggal berapa pages lagi. Saya dah gusar sebab dah nak penghujung tapi perjalanan ceritanya masih belum ke penamat lagi. Belum ada penyelesaian. Saya nak berangin dah.

Ceritanya was suspended until HITMAN II. I dont know why nowadays, kebanyakan author memilih untuk buat sequel instead of finishing it in one book. Its not about the cost, but its about waiting. Jika kedua2 novelnya siap dan jual sekali harung saya tak kisah sangatlah. Sebab faham ada je pembaca yg tak suka dengan novel tebal. Sabar je lah.

But I hope in the next book, I get to see more perubahan dalam diri Ferit. For now he has grit. I want him to be a real badass, more obeservant towards his surrounding and the in and out of his family. Their motives. Sekarang kata badass tapi macam empty vessel je otak dia. Kurang alert lah. According to apa 'botak' namanya cakap, ikut kepala dia sahaja, darah muda. Kurang tajam tapi berani.

Dan saya masih tak faham kenapa Aylin rahsiakan sesuatu dari Ferit.

Sebab Ferit expect trust from her but he didnt reciprocate the same way. Setiap gerak geri dia masih sangsikan tindak tanduk Aylin walhal Aylin ni jenis put her heart on her sleeves only certain things je dia sembunyikan. Mungkin bersebab.

So kena tunggulah sambungannya ni ER? Soalan yg tak perlu di tanya. 🤦‍♀️ PBAKL lagi ke baru HITMAN II keluar? Maaflah saya dah lama tak follow anything kat fb or insta. Jadi any updates tak tahu.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
August 6, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I need book 2 right now! N tak boleh terima cerita ni tergantung. Why??????!!!

Jika nak dibandingkan dengan novel-novel Emy Roberto sebelum ini, this one is pretty dark. Selalunya novel Emy Roberto, memang sedikit gloomy and emotional. This one is gloomy, emotional and dark.

Which is why I love it.

But it's too short.

If you only have time to read just one book this year, you might want to put this at the top of that list.

Highly recommended!
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
August 3, 2019
Memang trend sekarang ke penulis buat buku bersambung??
Aaaa frust duk syok baca tetiba bersambung kisahnya. Hitman 2..Ending dengan suspense pulak tu..

Saya tak follow penulis dimana2 medsos so tak sure if penulis ada mention novel ni ada sambungannya dan ada mengambil inspirasi dari mana2 drama. Maafkan saya kalau saya yang tak alert.

Tak dapat tidak bila membaca novel ni mengingatkan saya pada drama bersiri turki yang rasanya agak famous Siyah Beyaz.Kisah hitman yang memaksa seorang doktor untuk berkahwin dengannya sekiranya mahu selamat. Dari segi perwatakannya ya sama dan sesetengah scene. Tattoo di badan heroin jugak agak sama gambarannya. Overall plot saya tak dapat nak komen sebab kisah ini masih bersambung. Saya tahu penulis mungkin tak suka review sebegini tapi saya review sejujurnya tanpa ada niat nak menjatuhkan mana2 penulis.

Apa pun saya boleh layan dengan olahan Emy Roberto. Plot yang bergerak pantas tak meleret dan tak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 15, 2019
satu yang menarik dari dulu dalam karya-karya puan penulis Emy Roberto, puan penulis takkan masukkan banyak konflik. biasanya satu atau dua. tapi pecahan dari konflik itu yang buat pembaca seronok nak tahu apa yang terjadi, apa akibat dan apa kesudahannya.

hitman. mula-mula baca memang tertanya, siapa hitman? kenapa aylin menjadi orang yang perlu ditembak oleh ferit? kenapa dia diberi pilihan, berkahwin atau ditembak? then, bila terus baca baru nampak... ooo... satu persatu puan penulis huraian.

berkahwin dengan yang mahu membunuhnya. stay saja di sisi supaya selamat. kata-kata ringkas tapi sangat mendalam oleh ferit kepada aylin yang banyak bertanya. musuh bukan jauh, ada di keliling mereka juga. kalau tidak masakan keluar ayat dari ferit, 'tak semestinya yang bawa awak ke dalam dunia gelap adalah musuh awak. dan tak semestinya orang yang tarik awak keluar daripada dunia gelap itu adalah kawan awak'.

garapan ayat dari puan penulis memang terbaik. ringkas, bersahaja tapi dalam maknanya. mampu menangkap fokus pembaca.

yang nampak jahat, tak semestinya itu yang sebenar. even yang kelihatan di cermin pun adakala lari dari figure asal. so, ada apa saja masalah atau kemelut, think wisely before taking any action. ok?

ok, kisah aylin ni belum habis lagi. jom, sambung Hitman 2 pula...
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
August 11, 2024
Rate: 3⭐️

Pertama kali baca buku daripada author ni. Actually ada beli satu buku yg agak latest daripada author ni, tajuknya ‘Jahan’ if i’m not mistaken, tapi tu tak baca lg. Kita pi baca ni dulu 🤣🤣

Sbb genre mcm ni mmg fav kita. 🙊 Start baca je mmg terus tertanya-tanya what’s going on 😳 Cara penulisan author pun ok for me, sbb boleh masuk la kiranya. Cuma i guess i was expecting too much on the thriller part dan maybe more on action sbb yelah bila i grab buku ni dgn tajuk dia, i thought akan ada banyak action scenes tp apa yang boleh dicakap, buku ni sbnrnya lebih kepada romance 😌

Oh God, geramnya aku dengan karakter2 dalam ni. Especially the ML 🙄 Ego dia tu ya ampun tak rilek hahhaha. And the miscommunications in these 💁🏻‍♀️ Kadang rasa mcm going in circles. Sorang terlebih degil, sorang lagi terlalu susah nak bawak bincang 😅 Aku tak faham dengan sikap ML, bagi aku tak cukup lagi ke apa yg FL dah buat sampai ML punya trust hanya sekecil itu 🤧 Haish. Pastu ML supposed to be someone yg sharp tapi ntahlah. Kdg dia mcm tak alert dgn surroundings dia. Ada action dia yg aku takleh justify, dia care tp dia tak do something utk betulkan keadaan. 😤 dan the FL dkt hujung2 tu why she chose to hide that. Tak faham reason dia kenapa 🤷🏻‍♀️ Kalau dia berterus terang, maybe la cerita ni akan stop setakat buku satu je kot. 🤔

Disebabkan buku ni bersambung, the ending mmg tergantung habis. Nasib la buku kedua mmg dpt beli sekali. Dahlah susah nak cari buku ni. Hopefully, in the second book, ada character development for Ferit ni…

Oh btw, buku ni not recommended for minor dan bagi i boleh dikategorikan sebagai bacaan matang because of the words used yg agak kasar dan beberapa scenes yg tak sesuai untuk bawah 18 tahun. 😌 Ok sekian bebelan saya, nanti kita sambung buku kedua pulak…sbb skrg mood nak baca buku pain pulak. 🙊 #emptycanvashida
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
September 7, 2020
Saya enjoy baca buku ni. Cuma ada part2 yg kena baca 2/3 kali sbb ada perkataan yg tertinggal atau susunan perkataan dlm satu2 ayat tu mcm tak tepat. Yg ni melambatkan pembacaan.

Typo pun boleh tahan i.e. rope (sebenarnya: robe), bare (sebenarnya: bear). Harap penulis lebih teliti lepas ni 😊

Note: Comment re typo ni terpakai juga kat Hitman 2.
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
May 31, 2020
Cerita ni okay je sebenarnya cuma ada rasa terganggu sikit sebab duk terbayang-bayang Asli dengan Ferhad dalam drama Siyah Beyaz Ask.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
October 6, 2020
[BOOK 65]

Hitman by Emy Roberto.
.

Okayyy...nasib baik masa baca novel ni, Hitman 2 dah standby kat sebelah siap-siap. Kalau tak, memang boleh jadi kemurungan. haha.
.

Ni cerita tentang Aylin yang terpaksa kahwin ngan Ferit, Hitman yang ditugaskan untuk membunuh Aylin. Kalau tak nak kahwin, memang Ferit tembak je Aylin. Chehhh...ye ye je si Ferit, padahal dah lama sukakan Aylin, tu yang dia amik peluang ni untuk melindungi Aylin daripada dalang sebenarnya, ayah Ferit.
.

Ferit ni sebenarnya pak sanggup yang kena bunuh sesiapa saja yang disuruh ayahnya. Kebetulan pulak, Aylin menjadi saksi dalam satu kes pembunuhan yang melibatkan ayah Ferit.
.

Bagi ayah Ferit, Aylin perlu mati. Kalau tak, Aylin akan bawa Ferit keluar daripada kehidupan mereka yang sekarang. Bagi Ferit pula, tak ada siapa yang boleh sentuh isterinya selagi dia masih hidup.
.

Cerita ni momentum dah best bila part Aylin tembak ayah mertuanya. Apa sebabnya? Haaa..bersambung dalam next book.
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
October 18, 2020
Tolong dapatkan hitman 2 sebelum mula baca novel ni. Kalau tak, anda bakal dilanda kemurungan dan stress sebab ending tergantung. Dah la tengah adrenaline rush gila sebab baca part klimaks, tetiba habis gitu je.

Mujur sis baca review kat GR siap2, so dah siap sedia hitman 1 dan 2 baru start baca. Habis both novel in one day! Besttttt 👍
23 reviews2 followers
October 21, 2020
Cerita ni ada kelainan skit dari kisah cinta biasa ER..
Tak tau kenapa Aylin nak rahsiakan dari Ferit tentang pembunuh ayahnya..
Not bad, boleh la citer ni .... JBC is still her best book to me.


P/s sesiapa yg berminat, sy nk let go buku ni.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
January 22, 2020
Mengambil masa yg lama nak mula dan habiskan buku ni.. mungkin tak pernah baca genre mcm ni dari penulis.. bila penulis keluarkan sequel baru hati terdetik nak baca semula..

Hmm memang superb.. congrats Emy.. genre apa pun yg you tulis semua pun best... 🥰👍
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
August 27, 2019
can't wait for hitman II.. nak tahu apa kesudahan cerita ferit n aylin..
Profile Image for Siti Salbin.
27 reviews10 followers
November 27, 2019
Permulaan cerita bagi saya agak meleret dan dekat2 akhir pembacaan bru ada keterujaan dan saat2 akhir pembacaan akan tergantung yang buat kita ingin tahu cerita sambungan buku kedua
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.