What do you think?

Ada Apa Dengan Kuliah Hadis
Ilmu hadis ialah kunci kepada segala ilmu-ilmu Islam yang lain. Ia membuatkan para penuntutnya lebih mengenali kekasih Allah dan nilai-nilai agama secara lebih dekat.
Naskhah ini merupakan perjalanan hidup penulis sebagai penuntut ilmu hadis dan beberapa sudut pandang berkaitan bidang ini.
Suatu coretan yang boleh menjadi panduan dan inspirasi buat mereka yang masih jauh daripada ilmu hadis mahupun yang ingin menghampirinya melalui pengalaman peribadi penulis sendiri.

Paperback
Published January 1, 2020
About the author
Kamilin Jamilin
9 books19 followersAhmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Minat beliau dalam bidang hadis mula bercambah apabila beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang tersebut di Universiti Islam Madinah (UIM) dan berjaya memperolehi keputusan kelas pertama pada tahun 2008.
Di atas minat yang tinggi, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di peringkat sarjana di Universiti Imam Al-Sa’ud, Riyadh dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun 2013.
Ustaz Kamilin telah menyiapkan PhD beliau dalam bidang hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
September 13, 2020
Assalamualaikum wrt.
ADA APA DENGAN KULIAH HADIS?
Lepas habiskan buku ni, rasa tergerak hati untuk kongsikan sikit sebanyak isi yang menarik (pada pandangan peribadi saya).
Apa yang saya suka tentang buku ni?
1. Pentingnya visi bersama suami isteri. Apa kaitan suami isteri dengan kuliah hadis? Di awal buku, penulis menceritakan betapa bersemangatnya ibu ayah beliau mengajar. Dia diperkenalkan alquran pada usia 2 tahun dan dapat khatam pada usia 4 tahun. Betapa bi'ah islamiah yang diamalkan sedari kecil sangat membantu anak-anak untuk mendekati quran. Prinsip ibu bapa penulis: anak mesti kenal huruf quran sebelum mengenal huruf Rumi. Dah tentu nak jadi suami isteri bervisi sebegini memerlukan persediaan khusus sedari belum berkahwin lagi. Jadi kepada yang single dan double, teruskan baiki diri. Mudah-mudahan bertemu jodoh (dan dimudahkan urusan) dengan pasangan yang juga mahu dan sanggup sama-sama berusaha untuk dapat syurga dunia dan akhirat bersama.
2. Rapatnya penulis dengan abang sulung. Dikatakan yang penulis memilih untuk bersekolah tahfiz dan melanjutkan pelajaran di Madinah kerana mahu berdekatan dengan abangnya. Tanpa hubungan yang erat, tak mungkin wujud perasaan untuk berada hampir dengan abangnya. Bahkan penulis juga terfikir untuk sambung bidang pengajian yang sama dengan abangnya, tapi akhirnya mengubah kerana mahukan sesuatu yang baru. Sekali lagi, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan hubungan yang akrab di kalangan adik-beradik.
3. Kesungguhan doa ibu penulis. Ini dinyatakan penulis bila mana setiap pagi, ibu penulis akan ambil masa untuk solat dhuha, berdoa yang sangat lama dan menghabiskan bacaan 1 juzuk setiap hari. Ini supaya beliau dapat mengkhatam quran setiap bulan. Masyaa Allah, kita yang lapang pun tak luang sebegini masa untuk akrab dengan quran. Mungkinkah ini sebabnya kita tak tersentuh hati dengan quran?
4. Menyalin nota sewaktu kuliah. Saya sangat suka dengan isi ni sebab hakikatnya sayalah murid/pelajar yang sangat ringkas notanya. Kalau terasa input baru yang didengar, barulah ditulis. Itu pun sebaris dua sahaja. Tahu tahu esoknya dah lupa. (worst case is when u write down the very simple note, only to notice that uv lost them the night before exam). Salinlah setiap yang dikatakan guru, insyaa Allah keberkatan ada di situ dan mudah-mudahan akan lebih mudah untuk faham dan kekal di ingatan.
5. Semangat mencari ilmu hadis. Penulis (meskipun mendapat tawaran lumayan) memilih untuk meneruskan kerjaya di USIM agar dapat meneruskan pembelajaran hadis. Penulis juga memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana untuk mengukuhkan kefahaman hadis. Beliau tidak mudah putus asa meskipun banyak risiko yang perlu diambil.
Banyak sangat nilai positif yang saya dapat dari buku ni. Kesungguhan belajar (wish I had this long before), kepentingan hubungan keluarga sebagai asas kekuatan individu. Pengenalan ilmu hadis juga dikongsi sebagai pendedahan pengajian ilmu hadis yang berstruktur kepada pembaca.
Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana memiliki buku ini sempena Flash Sale Karangkraf. Kualiti kertas dan gambar dalam buku sangat baik! Tempahan buku juga dibungkus dan dipos dengan pantas.
Kekurangan adalah di pihak saya yang tiada asas ilmu hadis (tak tahu nama perawi dan kitab-kitab hadis) dan bahasa Arab. Apa pun, ia buku yang sangat baik untuk ingatkan diri saya bahawa mempelajari Islam itu perlukan kita sentiasa menyucikan hati dan anggota.
No harm is intended.
Happy reading!
Harga jualan buku RM23 untuk semenanjung. Boleh juga didapati di web karangkraf, major bookstore, dan shopee :)

July 28, 2020
Karya Dr. Kamilin Jamilin kali ini ibarat satu peringatan buat diri yang juga sedang berada dalam proses menuntut ilmu. Walaupun diri ini bukan penuntut ilmu bidang hadis atau bidang agama, tetapi titip nasihat yang diberikan sepanjang buku ini amat berguna. Nasihat-nasihat tersebut lebih kepada peringatan agar sentiasa muhasabah diri dalam memastikan niat untuk menimba ilmu bukanlah semata-mata mengejar habuan dunia, tetapi memastikan yang niat setulusnya pada mengejar redha Allah. Ia juga peringatan yang proses menuntut ilmu bukanlah satu yang mudah dan memerlukan penuntutnya tekad usaha, berdisiplin, dan menjaga waktu. Semakin luas dan dalamnya lautan ilmu yang direnangi, semakinlah diri ini sedar betapa kerdil ilmu yang diketahui manusia berbanding hakikat ilmu di dunia ini. Buku ini amat sesuai dibaca dan diulang baca oleh semua yang merasakan dirinya penuntut ilmu, formal atau tidak, bidang agama atau selainnya.
November 22, 2025
Ini kali pertama saya membaca buku tulisan Ustaz Kamilin Jamilin. Nama beliau terkenal sebagai pakar hadis di Malaysia. Hasil bacaan buku ini, saya dapati bidang hadis adalah sebuah bidang yang kurang popular untuk diceburi berbanding bidang-bidang pengajian Islam yang lain seperti fekah, Al-Quran, bahasa Arab, sirah dan sebagainya.
Penulis menceritakan perjalanan beliau sejak kecil sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Phd dalam bidang hadis. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di USIM (setakat buku ini ditulis). Setiap perjalanan yang beliau ceritakan bagi saya ada signifikan nya tersendiri dalam membentuk keperibadian dan kepakaran beliau.
Saya rasa jika ada para pelajar atau anak muda yang berminat untuk mendalami ilmu hadis, boleh lah baca buku ini supaya dapat memberi motivasi dan panduan untuk membuat pilihan. Bagi pembaca seperti saya pula, saya dapat menambah pengetahuan tentang ilmu hadis yang ternyata begitu luas.

March 7, 2026
Mula-mula ambil buku ini, saya sangka ia tentang hadis. Rupa-rupanya saya tak perasan perkataan ‘kuliah’.
Buku ini ada juga cerita tentang hadis, tetapi diseimbangkan dengan perjalanan penulis menuntut ilmu dari kecil hingga selesai pengajian Master. Ph.D disebut sekali lalu saja.
Masa kecil yang mencabar sampa enam kali pindah sekolah, kemudian cita-cita asal penulis nak jadi arkitek, dan akhirnya mungkin berkat doa ibu bapa, penulis dilorongkan ke pengajian hadis di Madinah.
Benarlah Allah sebaik-baik perancang kehidupan hamba-Nya.
Dalam buku ini, penulis banyak menekankan tentang menuntut ilmu — kepentingannya, adabnya, seninya. Betulkan niat belajar, bukan ‘asal siap’ atau ‘asal lulus’. Terkesan la juga sebab dulu memang belajar asal lulus, mungkin sebab tak berapa minat sebenarnya (ceh, alasan).
Seorang penuntut ilmu juga perlu mengasah pemikiran kritis, bukan terima bulat-bulat ilmu yang disuap. Perlu banyakkan cross reading, buat kajian sendiri dan bertanya pada yang ahli.
Ada juga pengenalan ringkas tentang pengajian hadis, apa subjek yang dipelajari, apa bidang yang boleh diterokai. Yang ini sesuai sebagai rujukan kepada pelajar yang berminat menceburi bidang hadis.
Kesimpulannya, belajar dan teruslah belajar kerana proses menuntut ilmu itu tidak akan habis selagi nyawa dikandung badan.
⭐️⭐️⭐️⭐️

July 10, 2020
Pesan al-Sya’bi:
“Jika kamu dengar sesuatu (yang bermanfaat), maka catatlah ia kerana kamu akan memerlukan ia suatu hari nanti.” [Taqyid al-‘Ilm: al-Khatib al-Baghdadi] m/s:44
Saya kira buku ini hadir tepat pada waktunya. Buku yang menyuntik semangat untuk menyambung pengajian dalam bidang yg pada asalnya bukanlah minat penulis.
Semoga lebih ramai lagi yang mendalami ilmu Hadis. Aamiin Ya ‘Aliim...

Read
December 6, 2024Penulis menceritakan perjalanan hidup dari zaman kanak-kanak sehingga berjaya menyiapkan PhD dalam bidang hadis.
Imam Al-Shafie ada berkata, dalam mendapatkan ilmu, kita memerlukan kecerdasan, semangat, kesungguhan, bekal yang mencukupi, berguru dan waktu yang panjang.
Segala yang dikerjakan perlu disertakan dengan ketekunan dan kesungguhan, kerana ini semua akan membentuk karakter manusia yang baik.

October 13, 2020
Buku yg sangat bagus untuk penuntut ilmu. Recommended!
January 8, 2021
buku ini mengisahkan kehidupan al-fadhil dr kamilin di dalam menceritakan bagaimana beliau berkecimpung di dalam bidang hadis. bagi mereka yang ingin masuk di dalam bidang hadis, atau berminat dengan ilmu hadis, buku ini boleh dijadikan sumber inspirasi. bahawasanya, jalan yang ditempuh tidaklah mudah namun bukanlah mustahil.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews