Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untukmu Cinta

Rate this book
Cinta. Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve.

Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.

' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid

Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ?

Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid.

Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.

Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati.

Walaupun Orkid seringkali menolak cinta Arman dan Ramadhan, mereka seringkali bertemu tanpa dirancang. Kata ibu Orkid, ' Kalau tak dirancang, mungkin suratan ? '

Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya ?

Saat hati terluka
Saat jiwa diuji
Siapakah yang kekal menyintai ?

680 pages, Mass Market Paperback

First published February 1, 2020

9 people are currently reading
159 people want to read

About the author

Evelyn Rose

5 books312 followers
Librarian Note: There is more than one author in the GoodReads database with this name.

This is Evelyn^^Rose, where ^=space.

As written in her novel:-
"I'm Iman. A PhD researcher in UK. Graduated Master Engineering in Microelectronic in UK. Worked as PTD and involved in entrepreneurship."

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
58 (44%)
4 stars
52 (40%)
3 stars
14 (10%)
2 stars
4 (3%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 3, 2020
[35-2020]

#UntukmuCinta #DrEvelynRose #StayAtHome

Banyak ye penulis buat comeback tahun 2020. Kali ini giliran penulis Dr Evelyn Rose. Terakhir kali membaca karya beliau ialah novel Suamiku Si Mata Biru terbitan Karya Seni. Untuk kali ini, penulis menerbitkan sendiri novel beliau dengan judul Untukmu Cinta. Pujian harus diberikan kepada penulis kerana berjaya mewujudkan sebuah novel yang ada iras-iras English novel melalui rekabentuknya. Dan itu saya suka!

Sekarang, bergerak pada perjalanan cerita. Arman dan Orkid. Dipertemukan dalam satu majlis menjadi titik tolak kepada perhubungan yang lebih serius. Namun, sepanjang perjalanan itu bukan mudah apabila satu demi satu dugaan datang buat Orkid. Tapi, dua hati ini berjaya disatukan. Namun, rumah tangga mereka tetap juga diuji. Cinta mana yang tidak didugakan?

Bagi saya, novel Untukmu Cinta ini bagusnya kerana penulis menyelitkan banyak informasi berguna tentang kejuruteraan, herba, hal rumah tangga dan lain lagi. Tidaklah sekadar cinta 'kosong' semata. Dan novel ini saya kira penulis melakukan kajian terlebih dahulu. Usaha yang bagus!

Novel ini bagi saya tidaklah mempunyai plot cerita yang berat. Sebenarnya santai sahaja. Cuma penulis mewujudkan watak Zara sebagai 'penyeri' cerita. Namun, kehadiran Zara saya kira seperti tidak dikembangkan dengan baik. Ia hadir terlalu mengejut dan hilang juga begitu.

Keseluruhannya, novel Untukmu Cinta ini merupakan sebuah naskhah yang baik dihasilkan oleh penulis setelah lama tidak menghasilkan novel. Walau bagaimanapun, diharapkan pihak editor mampu menyemak semula ejaan yang ada kesilapan (yang diantaranya terlalu jelas) sekiranya ada cetakan akan datang. Apa-apapun tahniah buat penulis!
Profile Image for Mslvoe.
2,066 reviews200 followers
May 18, 2024
Akhirnyaaaaa.. habis jugak F melayan buku tebal penulis.

Awal² tu banyak details pasal tumbuhan dan hutan. Satu info buat diri F yang tak tahu apa². Best pulak baca.

Buku ini memang tebal tapi korang takkan rasa boring. Cam nak tahu je apa next story.. F ralit baca sampai ngantuk² sebab stayed up. Bila terlena tu faham² je la bila buku tu jatuh kat muka. Adoii dia punya sakit tu hanya mampu diam je 😄

Orkid dan Arman ni couple yang sweet. Orkid lak jenis relax, tak banyak sangat karenah.. banyak bersabar. Both of them memang ada chemistry.. Arman sentiasa sokong his wife.

Overall.. best!
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
July 13, 2025
Surah Al-'Ankabut ayat 2-3 ~ "Apabila manusia mengira bahawa mereka akan hanya dibiarkan dengan mengatakan; "Kami beriman", dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta. "
..
..
Susunan takdir Allah itu indah. Walaupun awalnya diuji dengan kesulitan, pasti ada manis yang bertandang kemudian. Begitu juga dengan takdir hidup seorang Orkid. Diuji dengan cinta yang tak kesampaian, kehilangan pekerjaan serta hasad dengki orang sekeliling. Tipu kalau dia tak rasa putus asa. Tipu kalau tak menangis. Tapi sokongan daripada keluarga dan kawan terdekat menjadi pemangkin untuk terus kuat dalam meneruskan kehidupan.
..
..
Surah Al-An'am ayat 17 ~ "Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang (mampu) menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. ..
..
Untukmu Cinta, sebuah naskhah yang bukan berkisarkan cinta semata. Berisi dengan ilmu terutama mengenai herba dan hasil hutan tempatan, penerangan mengenai bioteknologi serta kesan pembinaan empangan hidro ke atas habitat flora dan fauna. Orkid juga dibelenggu dengan persoalan hati dan perasaan antara Adam yang disukainya sejak dulu, Ramadhan yang ingin dijodohkan oleh dirinya dan Datuk Ir Arman yang muncul tanpa disangka. Dan siapa menyangka, orang yang baru dikenalinya dan dilayan acuh tak acuh, menjadi teman dan suami yang amat memahami dan menyayanginya. Ikatan kasih sayang ibu, nenek dan adiknya juga menjadi penguat untuk Orkid bangkit dalam mencorak masa depan hidupnya.
..
..
Kalau diikutkan banyak sangat scene dalam novel UC yang saya suka dan ada juga yang mengalirkan air mata. Pertama, masa Orkid berterus-terang dengan ibunya, Seroja dan Nek Salmah fasal kehilangan kerja dan pertunangan Adam dan Eve. Kedua, masa Arman berjumpa semula dengan ibunya sewaktu di London. Apa sebenarnya simbolik dua scene ini? DOA & NASIHAT SEORANG IBU SANGAT MUSTAJAB.
..
..
Nasihat Seroja untuk Orkid; "Percaya pada qada dan qadar Tuhan, kakak. Setiap apa yang Allah aturkan untuk kebaikan kita, Allah Maha Tahu..."

Doa Shafiqah untuk Arman; Ibu doakan kamu dapat sejuta kebaikan di dunia dan akhirat... ' ~ Dan akhirnya mereka berjaya mengharungi ujian Allah Swt dengan kuat dan sabar.

Hidup kita adalah perjalanan mencari reda Tuhan. Dan reda Allah swt itu datangnya juga daripada reda ibu bapa. Betullah orang cakap kalau kita baik, pasti ramai yang sayang. Walaupun ada yang cemburu dan mengkhianati kita, Allah swt akan beri jalan keluar di atas setiap permasalahan yang terjadi sama ada cepat atau lambat.

Karakter Arman juga diolah sebaliknya oleh penulis. Walaupun dia uji dengan masalah keluarga, dia terus bangkit meneruskan kehidupan sehingga dia berjaya mencipta nama. Walaupun begitu, sikap low profile, baik hati dan pemurahnya menjadikan dia hero pujaan ramai. Banyak sisi tersembunyi yang dibongkar satu persatu dan segalanya yang baik-baik sahaja. Tertanya juga dalam hati, 'watak Arman ni wujud ke di dunia realiti? Kalau ada bolehlah ikat tepi satu 😉

Dalam UC ni banyak bercerita perihal herba dan alam semulajadi. Yang selama ni aku tak tahu jadi tahu serba sedikit fasal khasiatnya. Fasal madu kelulut dan tualang, tongkat Ali, ubi jaga, akar kayu, kunyit dan sebagainya. Nak sebut satu-satu memang tak habislah jawabnya. Dan tak disangka penulis petik tajuk drama Jewel In The Palace yang jadi favorite aku suatu ketika dahulu. Drama yang berkisarkan seorang wanita yang pandai merawat orang menggunakan herba. Masa tu ingat lagi masa sek ren, petang-petang dekat TV2 tak silap tayang drama ni.

Last but not least, I really love this book dan karya ER sebelumnya iaitu TWB, 13 Jam A380 dan SSMB. Banyak pengajaran dan ilmu berguna yang boleh dipraktikkan dlm hidup. Walaupun IC ini dikategorikan paling tebal (ada 680 muka surat) tapi aku tak rasa ceritanya meleret dan membosankan. Tapi ia melahirkan rasa teruja untuk baca dari awal sampai jumpa perkataan tamat. Ada gembira, sedih, geram, lucu dan sweet. Semua digaul dengan sebati dan mudah dihayati. 😊 Ada juga sedikit typo tapi tak mencacatkan jalan cerita. 5 ⭐ saya bagi untuk UC.

Semoga dipermudahkan untuk menulis karya seterusnya dengan ilham pinjaman Allah swt. Amin ❤️
Profile Image for addreads.
285 reviews27 followers
January 11, 2023
Orkid seorang botanist, means dia memang cintakan tumbuh-tumbuhan. Dahlah lemah lembut, cantik, baik, pandai. mak lurve😚

One day, Orkid kena bagi talk dan disini bermula pandang pertama, terlihat kamu didepan mata😉(jap macam lagu Hael Husaini pula) tapi siapa yg bertentang mata ni? Orkid & Arman lah🙈

Arman or should we called Datuk Ir Arman😏Datuk? ehem👀okay Arman datang ke talk tu atas tujuan lain tak sangka lah pulak terjumpa jodoh. At that time, Arman terus tekad nak kenal Orkid lebih mendalam

"𝐎𝐫𝐤𝐢𝐝. 𝐌𝐲 𝐎𝐫𝐤𝐢𝐝. 𝐒𝐨𝐨𝐧."

"𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐮𝐤𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐤, 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡, & 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠."

ANDWAEYOO~😭am i fall in love? YES! (bila je dia ni tak fall in love dengan ML🫠) Arman ni gentleman gila, his effort A+. Tuan badan direct minta izin nak kahwin dengan Orkid kat family Orkid😂 kau rasa? haaa jangan macam-macam dengan Datuk Arman walaupok umur dah🙈baca dulu baru tau umur dia😏yg pasti HOT panas auch🔥

Overall, kematangan Arman just wow (now misi mencari lelaki lagi tua eh)setia & sayang dia kat Orkid wehh jealous weh😭and buku ni tak pain sangat pun tapi ada sedih kat certain part which untuk kisah silam Arman. Apakah? hehehe kena baca tau😏

Buku ni banyak knowledge dia especially pasal tumbuhan, walaupon Ad nganga juga baca tapi kita boleh tau yg author buat research banyak sangat🥰storyline dia senang faham tau but kalau korang baca mesti korang faham why Ad & Zu @readingwithzu menggeletis🤣jom gedik sama-sama happy reading okie🫶🏻
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 21, 2020
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

N akui susah nak 'melekat' dengan cerita ni, especially the first few chapters yang banyak pasal environmental project and briefing pasal hutan and things like that. At one point N stop baca content and check balik sinopsis dekat cover belakang, just to understand what exactly am I supposed to be reading.

But when the story starts to focus more on the relationship between Orkid dan Arman, baru lah semangat untuk habiskan buku tebal ni sedikit membara. So aside from the dull start, the story is pretty interesting. Panjang, tapi still boleh layan sebab Orkid dan Arman ni sangat sweet ~
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 4, 2020
sangat suka dengan konsep buku. besar, pemilihan kertas yang sangat selesa untuk dipegang dan dibuka. selesa juga untuk pandangan mata sepanjang pembacaan.

puan penulis Evelyn Rose yang bijak menyusun atur cerita. dari awal bab hingga helaian yang terakhir. tajuknya, Untukmu Cinta. sebagai pembaca, rasa sangat dekat dengan setiap watak, setiap babak, setiap garis cerita. berlatarkan tempat yang biasa dijejak jadi dapat bayangkan setiap kecantikan alam yang digambarkan.

watak orked. seorang biologist yang cintakan alam, cintakan tumbuhan, hidup membesar dengan alam semulajadi. dia juga seorang aktivis yang aktif memperjuangkan kedamaian alam sekitar.

di situlah arman mula kenal dengan orked. watak ini, dikepung dengan kehidupan sendiri yang penuh rahsia. walaupun seorang jurutera dan ahli perniagaan yang sangat berjaya tapi tak ramai yang mengenali siapa dirinya.

pandangan pertamanya kepada orked mula membentuk satu rasa yang sangat sukar untuk ditolak. sangat nikmat untuk dirasai.

arman mula ambil pendekatan mahu mengenali gadis itu. tapi orked bukan mudah untuk didekati, tambah hati gadis itu tetap pada adam walaupun dia tahu adam sukakan eve.

kisah di kampung orked, di ulu jelu, raub sangat menarik perhatian. bagaimana emak orked, seroja, orang asal yang mengamalkan herba tradisional untuk kesihatan badan. menarik setiap penerangan puan penulis yang sangat berilmu.

orked juga alami waktu kejatuhan. dia diberhentikan kerja kerana tidak ambil berat tentang prestasi kerja. dalam waktu yang sama adam dan eve ambil keputusan untuk berumah tangga. orked merana dalam diam.

datang arman.

sebagai penenang
sebagai pemberi semangat.
sebagai pendorong untuk suatu kehidupan yang lebih baik.
sebagai perangsang idea untuk kembangkan kebolehan diri.

dan orked perlahan bangkit.

bangkit untuk perjuangkan bakat dan kebijaksanaan diri.

dan, antara mereka mula berkait rasa cinta.

bukan kisah itu sahaja. sesuai dengan kemahuan penulis yang mahu hargai hutan tropika malaysia, kisah ini memang sangat dekat dengan alam. walaupun bersulam dengan kemodenan dunia tapi lapisan lembut menghargai setiap kehidupan tetap ada.

manusia yang mahu berjaya, tak akan peduli segala payah yang perlu ditempuh. akan sentiasa fikirkan jalan yang boleh dilalui.

semua tentang hati yang merasa dan akal yang mencerna.

cinta. luas maknanya. luas pesonanya.

nikmatilah ia sebaiknya.
Profile Image for Jannahniknur.
18 reviews6 followers
March 26, 2020
4.5 ⭐

Karya dari Evelyn Rose tidak pernah mengecewakan. Sanggup pre-order semata-mata untuk mendapatkan karya penulis.

Watak Orkid yg ditampilkan penulis lebih kurang sama dgn novel2 sblm ini iaitu watak anak muda yg berkelulusan luar negara. Apa yg berbeza, Orkid merupakan anak kampung dan bukanlah org senang. Anak yatim yg kematian bapa dan ibunya pula orang asal. Orkid disifatkan sebagai seorang wanita yg lemah lembut, independent dan dlm masa sama sgt cintakan alam sekitar. Sekali baca, watak Orkid seperti lebih kurang sama dgn Liziqi, youtubers famous dari China tu😅. Suka bercucuk tanam, dgn pokok2 herba melata disekeliling rumah.

Datuk Arman pula seorang jutawan yg merendah diri. Aset beratus juta tapi jarang menampilkan diri di depan orang ramai. Lebih selesa bekerja di sebalik tabir. Bukan mudah untuknya sampai ke tahap seperti itu. Dari pencuci pinggan, buruh sehinggalah menjadi orang yg berjaya. Umur mencecah 41 thn, tp belum berkahwin kerana serik dgn apa yg dilalui arwah ayahnya dahulu.

Pertama kali bertemu Orkid, Arman sudah berkenan. Tetapi tidak pada Orkid. Hatinya untuk Adam, anak orang kaya yg tidak setaraf dgnnya. Banyak perkara yg berlaku disekeliling Orkid sehingga membawa dia pulang ke kampung dgn hati yg patah. Disitulah Orkid & Arman semakin rapat.

Arman bijak menyembunyikan identitinya sebagai jutawan & sanggup melabur dlm perniagaan Orkid sehingga berjaya.

Kenapa kurang 0.5⭐?
Watak Eve dan Adam sudah berkembang elok. Cuma dipertengahan hingga ke akhir cerita, watak mereka jarang2 pula muncul padahal mereka ini bestfriend Orkid kut. Sama juga dgn watak Ramadan tu, mula2 dah elok. Lama2 macam lenyap cenggitu aje 😅. Dan tiba2 pula watak Zara yg entah dari mana tu jadi pengganggu tempelan.

Overall, banyak pengajaran dan nasihat yang boleh diambil dari cerita ini. Watak2 orang kampung yg kaki mengumpat, watak Orkid yg mudah sgt percaya pada orang, yang sebenarnya ada disekeliling kita
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 31, 2022
[eBOOK 24]

Untukmu Cinta by Dr Evelyn Rose.
.

yeayy..buku terakhir untuk Januari.
.

Aku memang suka la buku ni. Lama dah tak baca buku Evelyn Rose. Last time, masa baca The Wedding Breaker, tak minat sangat sebab temanya camtu kan, walaupun quite popular at that moment. Then, buku Suamiku Mata Biru, tak baca gak sebab baca review, macam cerita
penulis dengan husband dia 😅. And then, buku 13 Jam A380, memang best giler, suka namatey la.
.

Cerita kali ni, tentang Orkid, the Botanist, dan Datuk Ir Arman, an engineer and a businessman.
.

Pertemuan mereka ialah disebabkan empangan di Sarawak. Arman is the developer for that project, while Orkid is one of the activists yang memperjuangkan pemuliharaan dan pemeliharaan flora dan fauna. So, mereka berjumpa di satu talk yang Orkid ialah one of the speakers and Arman yang hadir dan bertanyakan soalan. So, since then, Arman memang sukakan Orkid, cuma Orkid lebih sukakan Adam.
.

Dari situ, mereka makin rapat. Bila Orkid kehilangan kerja, Arman yang membuka mata dan peluang Orkid untuk berjaya, and they finally got married.
.

Everything went smoothly. Bahagia je dorang tu, walaupun Arman masih ada rahsia yang disembunyikan. Dan selepas tu, muncul pulak langau, si Zara tu. Dasar bimbo betul.
.

Apa yang aku suka pasal buku ni ialah watak Arman dan Orkid. They complete each other. Perbezaan umur yang jauh, menjadikan mereka matang. Arman yang sentiasa support wife dia. Orkid yang walaupun curious nak tahu tentang masa lampau Arman, tapi dia tenang je. Takde nya nak gaduh-gaduh.
.

Overall, aku suka penulisan ER. Sangatlah smooth dan cantik je. Penulisannya matang dan berilmu, seiring dengan karakter setiap watak. Dan suka chemistry Arman-Orkid. Comel je si bujang terlajak nak belajar mengurat. Dan watak Orkid ni real je. Dah kerja elok-elok, terpengaruh dengan kawan yang kaya, pergi join demonstrasi, kena buang kerja bagai. Sama jugak, ada crush terhadap Adam, tapi biasalah, tak sekufu. So, realitinya watak Orkid ni wujud, hopefully, watak Datuk Ir Arman pun ada la jugak. hahaha
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
July 11, 2025
Orkid lembut dan sopan watak nye.. die jugak botanist.. berjumpe ngn Arman di satu event.. pernah suka dlm diam pada Adam.. tp Adam suka ngn Eve.. bila dpt tau Adam nk kawin ngn Eve, Orkid sedih dlm diam.. dalam pada tu, mcm² terjadi kt die sehingga kn die buat keputusan utk balik dan tggl kt kg.. slh sorg yg sokong die Arman..

Arman bantu die utk build up balik diri die.. die sedih tgk Orkid down.. pd mlm tu, dorg start rapat..

Kt dlm nie ade cerita ttg pokok.. ape yg dorg bole buat ngn pokok tu.. mcm² yee..

Nk mencapai kebahagiaan tu tk mudah yee.. byk dugaan dan cabaran yg dorg lalui.. ttg masa silap Arman.. ttg ank..

Dtg nye watak Zara tu mcm sudden pulakk.. mcm tibe² ade.. then tibe² mcm gitu jee pegi nyee
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
October 22, 2021
Menyelami kisah Orkid & keluarganya di Raub , sedikit sebanyak mengimbau kenangan tatkala hati ini rindu kepada kampung halaman . Aku akui penulis ternyata membuat kajian terlebih dahulu untuk semua ilmu hutan yang dizahirkan dalam bentuk naskhah ini untuk bacaan umum . Berdasarkan latar belakang penulis sendiri yang sememangnya 'berilmu' , semuanya tampak sempurna & boleh dihadam untuk bacaan . Watak Arman pula , ditulis dengan penuh sempurna dengan menggambarkan lelaki yang mempunyai segalanya . Aku lebih tertarik untuk mengetahui selok-belok pokok-pokok herba yang sememangnya mempunyai 1001 khasiat yang kita tidak ketahui. Keseluruhannya , penulis mampu membawa aku terbang menikmati keindahan hutan belantara kita yang masih utuh biarpun arus kemodenan menerjah segenap sudut.
Tahniah penulis
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Iza B. Aziz.
227 reviews31 followers
January 24, 2024
80% cerita ni saya enjoy baca sebab ada perkembangan watak yang baik, background story yang kukuh dan sangat bagus serta menarik dengan menggunakan perkembangan bioteknologi dan pengurusan perniagaan. Banyak perkara asas dapat saya pelajari tentang dunia tumbuhan herba, bisnes dan pelaburan. Watak Amran dan Orkid penulis berjaya buat mereka valid dan terasa wujud secara realiti.

20% buat saya jadi berbelah-bagi. Tak dinafikan bila membaca novel dengan 680 muka surat kita akan temui banyak perkataan yang sama. Cuma kali ini terlalu kerap sebagai contoh, perkataan "sasa" too much! Dan "senyuman merekah"...menghasilkan karya yang tebal memerlukan perbendaharaan kata yang banyak. Saya juga terpaksa akui saya jadi layu bila watak Amran muncul. Saya tahu, saya pasti akan membaca bentuk fizikal Amran yang serba lengkap. Ia buat saya makin hampa dengan novel ini, berapa kali untuk buktikan Amran itu kacak, tampan, sempurna? Btw, beauty/handsome itu subjektif. Biar pembaca sahajalah tentukan.. Terakhir ialah, babak terakhir dengan Zara..it was nothing atau sekadar untuk memaklumkan pembaca tentang kekuatan cinta Orkid dan Amran dan sedikit pengajaran untuk pasangan suami isteri. Idk.... Peleraian Amran dengan maknya pun macam "kebetulan" tapi saya boleh terima sebab idc dah masa tu janji novel ni habis...

Saya takde masalah dengan konsep T20 penulis sebab seperti saya cakap background story yang penulis reka valid dan agak realis. Oh terakhir ada lah juga babak "wajib kahwin" tapi tak strong cuma sesuatu. Kalau ada anak remaja baca, sila consult dulu.. lain lain okay.....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
October 22, 2022
Orkid, seorang perempuan yang suka tentang alam flora and fauna. Bekerja sebagai seorang botanist atau saintifiknya phytologist itu menjadi pilihannya. Periang, peramah, sopan dan manis rupawan orangnya. I lurve educated woman 🫵🏻

Arman, seorang lelaki yang sangat low profile dalam bidang pekerjaannya. Tegas dalam tugasan tapi humble itu sifatnya. Dia sedar disaat dirinya melihat Orkid sewaktu dia hadir ke ‘open talk’ itu, hatinya goyah. Mula tertarik dengan gadis bunga itu. Jantungnya berdebar lain macam. Love at first sight lah datuk arman kita ni 🤭

"𝘼𝙬𝙖𝙠... 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖?"

"𝙋𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠. 𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙛𝙞𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙖𝙠. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙤𝙠 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖. 𝙆𝙚𝙟𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖. 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙜𝙚𝙢𝙗𝙞𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖."

Cara Arman nak try Orkid tu haih *chef's kiss 💋 Bukan senang nak dekati Orkid. Bila dah selesa menjadi kenalan, Arman tahu inilah masa yang sesuai untuk dia menyuarakan hati perasaannya. Terus minta izin dari orang tua Orkid. Amboi gentleman sangat dah tu.

Zu dah falling in love teruk dengan OrkidArman ni ✋🏻 tolong eh tolong bila lelaki yang jauh lebih matang dari kita ni, berdesup masuk dalam jiwa tau kata-kata dia ❤️‍🔥 dah lah setia and sayang sangat kat Orkid seorang je 🥺 Pain dia tak banyak tapi zu nangis lah sikit sebab conflict dia pasal kisah silam Arman. Apa yang jadi kat Arman selama ni? Ha itu kena baca sendiri.

Storyline yang menarik dan matang ❗️ Penggunaan bahasa yang tersusun. Banyak knowledge yang diterangkan like herba, tumbuhan, and investment. Also, banyak penggunaan bahasa inggeris. Bagi Zu best and would like to recommend this book. Cuma part ending tu haish awat cepat sangat habis 😭 i need more >>>

trope,
age-gap (suitable age, for my opinion)
ml fall deeply & harder in love 🫶🏼
secret billionaire (kinda)
strangers > friends > lovers
destined to be together 🥺❤️
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
November 15, 2022
Wow. What a comeback. I'm so in love with this book. The characters? Arman? This is the most realistic love story I've ever read. Arman is one of the heroes that I would love to comfort them. His past broke my heart.
Orkid, I'm inspired by her stories. Tak puas baca this book because I wanna know more about Zara! Cuma one thing yang but I turn off is I kurang suka dengan scene Arman and Orkid after married. I would say jalan cerita this book memang dah boleh diagak daripada awal lagi but the way Evelyn Rose writes makes it enjoyable.

Overall, buku yang sangat unik and full with knowledge about nature. Evelyn Rose, we need more!
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
November 7, 2020
Overall citer ni okey dan banyak info2 tentang sustainable energy dan manfaat herba yang baru bagi aku.

Tapi part last tu, tiba2 macam turn off bila Orkid ikut je Zara sampai ke Sarawak tanpa tanya siapa2 dlm company Arman yg terlibat dengan projek tu. Zara tu dah jelas2 perangai entah apa2, tak kan la takde syak wasangka langsung.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
December 31, 2020
Another masterpiece of Evelyn Rose. What a comeback 👏🏻👍🏻
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
November 2, 2021
👍👍👍👍

Lamanya tak baca novel si penulis. Macam terubat jugak la bila dapat habiskan naskhah ini. Tebal dan besar. Jugak selesa bila membaca.

Naskhah yang ada 'isi'.

Kisah cinta agung Arman untuk Orkid. Terbuai2 jugak la saya ni. Arman si lelaki yang dah berumur tapi masih single. Banyak rahsia tentang lelaki ini yang Orkid tak tahu. Kisah hidupnya tak lah seindah yang difikirkan. Terjatuh cinta dengan bunian dalam hutan batu. Orkid yang watak nya lembut dan berasal dari kampung. Minatnya dengan hutan dan berdikari.

Jodoh mereka ni kuat. Banyak pertemuan berlaku secara kebetulan. Arman ni macam hero kepada Orkid. Datang membantu bila ditimpa kesusahan. Arman pulak si hati batu berubah bila dia bersama dengan Orkid.

Konflik di hujung cerita. Si Zara, yang tak senang hati dengan Orkid. Kebetulan Zara adalah junior Orkid masa sekolah dulu. Memang dari dulu ada dengki dengan Orkid. Diingat nya Orkid kahwin dengan Arman, lelaki yang biasa2 pada pandangannya. Bila dapat tahu Arman tu siapa, lagi bertambah dengki la jadinya.

Nice reading... 😍
Profile Image for bookish dumbass.
41 reviews
March 31, 2020
What a great debut for a self-print novel. I loved every second of this book. Evelyn Rose stay to be one of my fave writers & this one is the best one to-date.

Where should I start? Ahh, probably that the knowledge in this book is superb. The way it’s told is great as it wasn’t monologue-ish which usually tend to bore people. It was done as part of a conversation which kept me reading. I love the fact that ER showcased how rich Malaysia is of natural resources. The fact that all of the information was written with proper research, reading & thought put into it was an added bonus. There’s just so much knowledge that I don’t think other novels are gonna cut it for me anymore.

The characters itself was somewhat cliche but real. The H is a multimillionaire at the age of 41 which is reasonable 😂 not like young out of nowhere rich boy. He’s self-made though but great investments decisions could really make you a millionaire. Kudos to the realistic H.

The h is very educated which I love. Who doesn’t love an educated woman? She’s just 28 & the emotional turmoil in her is somewhat what people would expect of a woman of that age so cheers to you for a very relatable h.

The romance is swoon worthy, as expected of ER. I had a permanent stupid smile on my face whilst reading this book. Can you already tell that I love this book?

However, I couldn’t give this book full stars because despite the lengthy story, there was some characters that felt underdeveloped. Like Eve & Adam. I couldn’t understand why ER painted a picture that they would somewhat be important characters in the book but just went missing after about halfway of the book? They’re supposed to be best friends & 2 very important people in the h’s life but it felt like they were prematurely cut off from the book. Just kindda mentioned here & there to idk, make it seem like they still exist?

Also, what was up with this Zara girl? It didn’t feel like she was necessary to spice up the book. Before she appeared, the storyline was already great so I didn’t think ER needed to insert Zara as an antagonist . Imo, an antagonist isn’t needed to make a story great or interesting. In fact, the common issues brought forward by ER through other side characters was quite enough to make me continue turning the pages & keep me interested. The common issues are still ever-present issues in our community so it’s still relevant & relatable to the readers.

Overall, it was a great read. I had so much fun reading it except the Zara thing. She was totally unnecessary.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
February 16, 2022
Emmm…
saya beli sebab hydro mmg sangat dekat di hati. Synop mmg best.
Tetapi….
saya bagi 2.5 jer lah
Sebab…
Pelbagai.
Ada part terlalu pjg ayat english technical sedangkan audience masa talk tu general public .. bukan focused on technical ppl/ academicians
Penggunaan english yg dicampur aduk dengan BM sebenarnya okay saja pada pendapat saya; tapi buku ni… transition dia mcm tak ‘cohesive’. Cakap BM dlm 2-3 line then terus tukar total english 2-3 line… pada pendapat saya, perbualan yg agakkk…kurang realistik. Tak pernah tengok pun kalau ada skrip mcm tu dalam drama2 melayu … (ke ada??)
Saya hairan kenapa takde sebut pun pasal EIA ya? Company arman sendiri kena fikir semua tu ker; engage company si Eve utk kurangkan impak alam sekitar segala? Bukan hydro ni perscribed activities ke?
No doubt ada pengetahuan yang writer share dlm buku ni cthnya herba2, akar kayu. Bagus!
Profile Image for Lynn Nina.
8 reviews
August 8, 2020
🌹Salam semua, Rasa Ini lah Antara NOVEL Dr.Iman yg paling SUPERBBBB🥰..Jalan cerita yg sgt2 TERUJA..watak Arman , siapa Arman sepenuh, dirungkai dgn plot yg tak dijangka,tak pernah penting diri, penah alami zaman kesusahan trus berusaha hingga diTahap yg amat membanggakan, siapa ORKID.. berusaha hingga menghasilan PRODUK Organik sendiri, susur galur keluarga yg penting kan kebahagian ibu, nenek, adik yg sgt2 menjaga antara 1 sama lain..Sikap jiran kg. Yg selalu MENJENGKELKAN..Tamak seorang Zara yg memakan diri, Kisah org PENAN di Sarawak...BANYAK KISAH MASYARAKAT DISELITKAN..
TAHNIAH DR.IMAN♥️ Atas karya yg sgt MARVELES ni...
(TQ SBB GANTIKAN UNTUKMU CINTA yg hilang semasa penghantaran nya..sbb McO)
MuCh MoRë Lüv💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗🌹
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
September 28, 2020
Superb!!! Thumbs up! Tengok tahap ketebalan buku ni, takut nak baca. Haha. Mujur kandungan dia menarik sangat, rasa tak boleh berhenti. Dengan kandungan kali ni sangat informative. Wow!!

Sis suka watak hero dia, Datuk Ir Arman, 41 tahun. Hero tua sikit, tua yang hot, matang, digilai, kaya dan sangat-sangat low profile. Sampaikan dah kahwin dengan Orkid, 28 tahun tu pun, isteri dia boleh tak tau suami dia tu ada pangkat Datuk. Aduh, Orkid!! Lepas tu, Arman ni positif je masa Orkid jual mahal dengan dia, eh, sis plak rasa macam nak tepuk dahi Arman tu, suruh kejar si Orkid tu. Haha. Tapi, okay lar, pandai ER buat bagi berjodoh jugak diaorang ni. Haish... melting bila teringat.
Profile Image for Nur Amalina.
3 reviews
July 5, 2021
So far cite nie sngat sweet smpai sis rase mcm nk melting je sbb sweet sngat..hahaha..First Arman kenal Orkid pon bnyak ‘kebetulan’ tp macm biase sis boleh terime sbb jalan cite die awal2 smpai ke pertengahan x berat pon tp nk2 dkt jmpe ngn Zara tu je macam benci gile dgn watak die..menyampah😒kadang sis terpikir knape lah ade watak perempuan jahat dalam novel x boleh ke yg jahat2 tu xde😂hahahahhaa..sakit hati nih😡novel Dr Evelynn Rose xpernah menghampakan pembaca die...dalam novel nie siap ade knowledge lagi pasal tumbuhan2 yg x pernah sis tahu pon...hahahah..siape beli novel nie serious x kecewa punye lah❤️❤️
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
February 10, 2022
Aku mula mengenali karya penulis hebat ini lebih kurang 8 tahun yang lalu. Karya kali ini ditulis khas untuk menghargai hutan hujan tropika di Malaysia yang berusia lebih 130 juta tahun dan merupakan hutan tertua di dunia. Penulis juga berkongsi dan mengetengahkan tentang hasil hutan dan tumbuhan herba yang kaya di Malaysia. Banyak maklumat yang baru aku tahu dan pelajari melalui karya ini. Terserlah kematangan penulis hebat ni dalam menghasilkan karyanya yang penuh dengan ilmu alam hutan dan herba serta bahan rujukan yang membantu dalam menghasilkan karya hebat ini.
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
September 1, 2022
Banyak yang baik dari novel ini.
Penulis memang sangat mengagumkan. Karyanya kali ni mengandungi banyak ilmu baharu berkaitan bisnes, saham, alam semula jadi, kejuruteraan, hutan-hutan, perkauman dan sebagainya. Secara peribadinya, saya sangat suka novel ni! Penulis berjaya buat research yang baik demi menghasilkan novel yang menarik seperti ini.

Novel ni juga tak banyak sangat konflik. Santai tapi terselit banyak ilmu. Plot twist tetap ada, menarik! Syabas!
1 review
December 21, 2022
P/s : nak jual buku ni pada harga rm25 siap pos

Bismillah. Buku ni okay. Cuma macam tak feel baca berbanding masa baca 13 Jam A380 dulu. Jalan cerita pun macam agak slow. Ending pun rasa macam tergantung sebab apa jadi kat Zara pun tak tahu. Terlalu cepat nak habiskan ending dan cuba kaitkan dengan empangan di Sarawak tu.

Dari segi maklumat best. Macam macam info boleh dapat lagi lagi berkaitan research on agriculture something. Good point on this.
Profile Image for Zalifah.
11 reviews
February 22, 2023
Baca masa pkp masa tu…rasa macam diterbangkan masuk ke kampung Orkid. Masa tu pulak tengah layan youtube LiZiQi memang onz la kan bayangkan kampung dia hahaha. Evelyn Rose siap bagi rasa disayangi Arman sekali hahaha. Penulisan yang bagus dan teratur.

I always love Evelyn Rose punya novel. Bukan hanya novel cinta biasa tapi dapat banyak info baru. Tak sabar rasanya tunggu karya lain dari penulis. Even tak tau bila hehe ^~^

Profile Image for Farah.R.
20 reviews
February 9, 2021
This novel is my favorite right now. Sambil baca (leisure reading) at the same time dapat gain lots of knowledge too. Dari permulaan cerita penuh dengan intipati. Suka dengan cover dia, tulisan dia besar, jalan cerita dia very details.Love it so much. Tak sabar nak tunggu karya baru Evelyn Rose lagi 😍
Profile Image for Deeyana.
33 reviews
February 23, 2023
It's was good and not that bad..boleh la baca santai2 sbb konflik tak berat
And terimakasih Author dpt banyak gila info tau.
And i like hero tua2 ni hahahah..i mean dlm lingkungan 4series la👀
Ada part mcm draggy yg buatkan reader bosan..
Last sekali i sangat suka ya watak arman dengan orkid ni..ya Allah arman kalau awak betul2 wujud saya org pertama masuk minang awak tau😌
Profile Image for Eta My.
79 reviews1 follower
August 14, 2020
Banyak informasi mengenai herba yg penulis beri dlm novel ni...sgt mengujakan untuk diambil tahu...
Kalo dh jodohkan...ikan dilaut asam didarat..akhirnya bertemu dlm belanga..begitu Arman dan Orkid..usaha Arman memikat akhirnya berjaya bila mereka berjaya disatukan...
Welcome back Evelyn Rose 🌹
Profile Image for Dazeline.
8 reviews2 followers
November 20, 2020
Love the way of writer describes each of the characters. Found it a lil boring for a few chapters earlier, but the story goes well along the way and I love it! Love the maturity showed by Orkid and Arman.
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.