"Golongan manakah yang paling dahsyat ujiannya? Baginda SAW menjawab:
'Para Nabi, kemudian [golongan] yang terbaik [selepas para Nabi], kemudian [golongan] yang terbaik [selepas mereka]. Seseorang itu diuji berdasarkan [tahap] agamanya. Apabila agamanya kuat, ujiannya pun berat. Sebaliknya apabila agamanya lemah, maka dia diuji berdasarkan [kelemahan] agamanya. Ujian tidak akan berhenti menimpa seseorang hamba itu sehingga dia berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan tidak mempunyai sebarang kesalahan. '" - Dr. Kamilin Jamilin, Muhammad S. A. W. : Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan
.
.
🖤 Buku ini menerangkan tentang keperibadian Nabi Muḥammad serta ciri-ciri baginda. Aspek yang banyak ditekankan dalam buku ini ialah bagaimana cara baginda berinteraksi dengan hal-hal yang di sekliling baginda, seperti bagaimana baginda berinteraksi dengan musuh, golongan munafik, para sahabat baginda, kanak-kanak, para wanita, anak-anak yatim dan lain-lain. Selain itu buku ini juga menceritakan tentang aspek keperibadian baginda seperti pakaian baginda, makanan baginda, tidurnya baginda, suka dan duka baginda dan lain-lain, Oleh itu, buku ini adalah serba sedikit sebagai panduan untuk kita tentang bagaimana untuk kita mencontohi Nabi Muḥammad dalam aspek-aspek tersebut.
.
.
🖤 Semakin kita mendalami keperibadian Rasulullah SAW, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepada baginda. Saya paling tersentuh pada Bab 28 : Muhammad SAW Sebagai Bapa Idaman. Di mana diceritakan bagaimana Rasulullah memberikan teladan yang baik kepada anak-anaknya, tidak kurang juga kepada menantu-menantu nya dan cucu-cucunya. Sebagai manusia, Rasulullah juga tidak terlepas daripada diuji kehilangan anak kesayangan dan baginda juga turut bersedih seperti mana kita juga jika diuji sedemikian rupa. Namun, sifat redha dan kesabaran baginda sememangnya harus diteladani oleh kita.
.
.
#azurachanreads #muhammadsawinsanpalingsempurnapernahdilahirkan #drkamilinjamilin #bukujunkie #bookaddict #booklover #booknerd #bookjunkie #bookish #bookgeek #bibliophile #bukuilmiah