Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khayla

Rate this book
Mereka bertemu di bumi Itali. Lalu dalam masa yang singkat telah melahirkan rasa cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tapi semuanya berakhir sebelum sempat ia bermula. Gara-gara satu rahsia, Khayla terpaksa mengorbankan ikatan perkahwinannya. Luth pergi meninggalkannya dengan salah faham dan dendam.

Dua tahun berlalu, takdir menemukan mereka sekali lagi di bumi Turki. Kali ini Khayla bukan berhadapan dengan Luth yang lembut dan penyayang. Tapi seorang Luth yang kejam dan pendendam.

“Aku terfikir, apa aku patut buat pada kau untuk tiga minggu ni? Macam mana aku nak balas balik kesakitan yang kau tinggalkan? Apa yang patut perempuan hamba duit macam kau ni patut dapat?” – LUTH

“Beri kemaafan pada saya, Luth. Hanya dengan cara itu, awak mampu lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Sudah tentu juga awak mampu untuk bahagia.” – KHAYLA

Satu kejadian telah berlaku hingga membongkar semua rahsia. Luth kesal. Di bumi Malaysia, dia cuba mencari semula sisa-sisa cinta antara mereka.

“You masih nak jadi isteri I, Khayla?” – LUTH
“Saya tak tahu.” – KHAYLA

Mampukah Luth mengembalikan saat bahagia ketika mereka bersama dan meraih kembali cinta Khayla? Bagaimana dengan Felicia, gadis yang turut menyintai Luth di bumi Turki? Apakah rahsia yang telah membuatkan Khayla sanggup mempertaruhkan hidupnya sebagai galang ganti?

Paperback

First published October 1, 2019

1 person is currently reading
60 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (50%)
4 stars
37 (43%)
3 stars
6 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
May 13, 2023
Rate: 4⭐️
Pain level: 4/5 🤧

Buku ni sesungguhnya amat pain ya. Baru je start beberapa page, aku dah nak nangis 😭 Kesian giler dgn FL. Setiap kali dia bermonolog dalaman tu, memang menusuk habis. Sesungguhnya, FL ni memang seorg yg tabah ✊🏻

Macam biasa Karya Sis Ieya Sya memang buatkan kita beremosi, tapi yang kalini bagi aku lebih beremosi. Awal-awal cerita memang buatkan aku tertanya2 apa sebenarnya yg dah terjadi antara ML & FL. Kenapa sampai macam tu sekali 😢 Dua-dua sangat tersakiti, jadi nak geram dekat ML pun tak boleh, sebab aku faham tak mudah apa yang dia hadapi.

Cumanya, watak FL ni ya ampun, aku kesian tapi dalam masa sama geram yang amat. Tak taulah nak describe. Geram sangattt dgn sifat dia yang terlalu berahsia dan terlalu cepat buat keputusan/tindakan. Tp bila aku fikir, mungkin keadaan yang menyebabkan dia jadi macam tu, aku cuba la terima. Huhu. Tapi kat sini, kita memang boleh nampak la sebesar mana peranan komunikasi dalam hidup ni. 😌

Kurang sikit bintang, sebab masuk separuh buku, aku feel macam anticlimatic sikit, macam tetiba rasa storyline tetiba sedikit mendatar dan agak draggy disebabkan kisah mereka yang tiada penghujung dan keep going back in circle 😤 Gue setuju bangat dengan kenyataan Nuh. ‘Both of them are so stupid’ 😂😂 Sorry not sorry, and thanks to Nuh sebab sampaikan apa yang aku rasa. 🤣 Overall, i love the pain this book gave to me 🫣🫰🏻 Hahah, biasalah suka buku pain2 ni. 🫢 #emptycanvashida
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 22, 2021
tarik nafas... lepas...

khayla ni kejam. sangat. kejam sebab tak mahu bagi peluang pada diri sendiri. kejam sebab tak mahu terima yang hidup ini bukan hanya ada dia untuk buat pilihan dan keputusan apatah lagi bila melibatkan hati orang lain.

dan lagi kejam, bila selalu menidakkan apa yang sepatutnya. melulu, konon itulah keputusan yang terbaik, walhal? huh! geramnya!

ya. kalau ikut akak, itulah khayla. bila baca novel ni semua simpati memang akan hala pada dia. sanggup berkorban macam-macam perkara. demi keluarga, demi suami... haishh... susah nak kata. tapi semuanya bertunaskan awal pada sifat dan sikapnya sendiri.

sepanjang membaca, sebak bertimpa-timpa dalam hati, wahai penulis cantik Ieya Sya. nasib baiklah penulis sampaikan cerita ini dalam bentuk penulisan yang sangat indah. kalau tak... mau ada yang berlentung dahi kena lempar.

cinta antara luth dan khayla memang sangat kuat rasa emosinya. dari awal kisah, kasih mereka memang memegang tampuk cerita. kalau tidak, masa kan walau terpisah selama dua tahun, walau jumpa kembali konon sudah ada rasa benci, walau sudah mampu menyeksa melunas dendam dalam dada... tapi... kenapa ikatan antara mereka masih tidak terlerai?

akak malas nak cerita kisah mereka. kena baca dan nilai sendiri sejauh dan sekuat mana ikatan antara mereka berdua. kisah cinta tak semua bermula dengan indah. tak semua indah belaka bila ada di dalamnya. dan tak semua akan berakhir dengan indah juga.

tapi akal manusia sendiri mampu mencari, menilai dan menghargai cinta itu sendiri.

sama ada mahu jadi seperti khayla yang suka menjeruk rasa...

atau nak jadi seperti luth yang menyimpan rasa...

atau seperti nuh, felicia, mila atau tuan ibrahim sendiri

yang memandang cinta itu perlu ada.

pilih!
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
April 30, 2025
best

tanpa F sedari F nangis. terasa sakitnya di dada

khayla biarkan diri terluka sebab sayang luth. diaorang ni adoii bodohlah. terus terang jela.. apa nak sorok²

yelah kalau tak sorok, takdalah cerita.

F kurang suka Felicia, Abdullah dan Ishak. tahulah diaorang nie sepakat tapi perlu ke menyakiti Khayla. nak² si Abdullah tu. seriously memang F menyampah

dah tahu kebenaran baru nak rasa guilty!

F suka betul bila Khayla luahkan perasaan marah dia masa dia nak jumpa Tuan selepas dapat called tentang kematian maknya. plus tampar Nuh bila Nuh sampai. yes Nuh la yang buat Khayla terluka walaupun niatnya nak temukan Luth dan Khayla.

Kesiannla diaorang ni. nak bahagia pun kena lalui liku² kehidupan yang keras ni.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
September 3, 2020
4.5*
.
Cerita ni menarik. Kasihan sungguh dengan kisah si Khayla ni. Ada bahagian yang sangat menyentuh hati dan begitu menyedihkan sekali.
.
Cubalah baca sendiri untuk tahu bagaimana akhirnya kisah Khayla ini.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
September 21, 2023
pain in this book 🫨🫨💯 tp mostly sbb miscommunication. sedih gak la sbb separation happens bcs of that. luth ni baran gak la. tp faham la sbb dia muda. between this dgn nuh, i prefer nuh moreeeee. seriusla dlm ni pn nuh soft spoken 🥹
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 29, 2021
[BOOK 137]

Khayla by Ieya Sya.
.

guys, buku ni best! Kepada penulis, insyaAllah lepas ni, banyak lagi buku Ieya Sya yang saya akan baca.
.

Buku ni buat aku sebak. Pada masa yang sama, aku stress. Sebab penulis duk mainkan perasaan aku, bila kejap ada flashback, kejap pada masa sekarang, kejap di Itali, kejap di Turki. Aku punyalah tak sabar nak tahu, apa sebenarnya masalah Khayla dan Luth ni.
.

Khayla, diminta tolong oleh Nuh, kawannya, untuk menjadi tukang masak la lebih kurang kat rumah atuknya di Turki. Kerana untuk melarikan diri daripada masalah di Malaysia ni, dia setuju. Little did she know, dekat Turki, banyak lagi masalah menanti.
.

Di Turki, Khayla jumpa semula dengan Luth after 2 years. Luth yang sememangnya membenci Khayla, buat macam-macam untuk menyakiti Khayla, sampai pernah cekik Khayla. Luth punya dendam, bukan level amatur je la, dia memang dendam sungguh-sungguh. Tapi, pada masa yang sama, dia masih cintakan Khayla.
.

Aku geram dengan watak Abdullah, Felicia dan Ishak bila 3 orang ni hipokrit. Kesian Khayla. Macam mana perasaan bila kau tahu yang semua orang benci kau sebab kau menyakiti perasaan seseorang, sedangkan diri sendiri pun terluka.
.

Cerita ni pace dia laju. Even part perkenalan Luth dan Khayla pun laju je. Okaylah, tak rasa meleret.
.

Cuma, bila part kebenaran dah terbongkar, aku rasa geram. Kenapalah susah sangat dorang nak hidup bahagia?
.

Kesian Khayla. Dia tak pernah sangka keluarga bahagianya, akan menjadi toksik dalam dirinya, sehingga dia depresi. Aku suka bila part depression tu ditonjolkan. Kita boleh nampak how she struggle to stay alive.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
March 11, 2021
Khayla, nama heroin di dalam kisah ini.
Apakah rahsia yang disimpan oleh gadis bernama Khayla ini? Itulah persoalan pertama yang bakal menerjah fikiran sebaik sahaja aku menyelak helaian pertama.

Khayla, menyimpan satu rahsia. Bibirnya sentiasa menguntumkan senyuman manis namun pandangan matanya lirih seperti ada sesuatu yang tersirat. Musnah. Itulah definisi kehidupan manusia bernama Khayla.

Luth, suami Khayla. Disebabkan Khayla, dia terseksa. Tumbuhnya sifat dendam dan kejam dalam dirinya. Tidak seperti dahulu. Dia juga manusia. Namun malangnya hanya diri sendiri sahaja yang dilihatnya. Malang.

Pertemuan semula yang dirancang oleh Nuh. Takdir menemukan mereka di bumi Turki namun Khayla bertugas sebagai pembuat desert buat atuknya, Tuan Ibrahim.
Perkenalan Abdullah dan Felicia pandang pertama sangatlah ramah. Ishak pula sebagai tukang masak yang suka mengusik. Namun adakah benar apa yang dilihat hanya melalui mata kasar?

Luth? Mengapa dia di situ? Wujudnya di rumah agam Tuan Ibrahim. Terkedu. Bertentang mata namun riak dingin yang menyapanya. Seakan tidak mengenali dirinya, Khayla isterinya.
Lakonan pentas Luth yang tenang akhirnya roboh. Khayla yang menjejak kaki ke rumah ini melaharkan amarahnya.
Felicia yang mempunyai perasaan terhadap Luth lagi menghancurkan sekeping hati Khayla. Biarlah kerana baginya itulah sebaiknya.

Sakit. Benci. Pedih. Geram. Luka. Semuanya bersatu. Balas dendam mungkin itu yang terbaik. Berkali menyakiti namun Khayla merelakan malah hampir membunuhnya. Kejam gila aku katakan. Really? Kau sorang je ke sengsara eh mamat ni. Dia cekik wei Khayla, aku yang sesak nafas waktu baca. Ada juga aku cekik balik Luth ni.
(Ayat spontan harap maklum)

Luth masih berdegil sehingga rahsia yang telah lama tersemat rapi dijaga Khayla akhirnya tersebar.

Semua manusia mempunyai topeng lakonan tersendiri. Sama ada sedar ataupun tidak, bagaimana cara kita melakonkannya.

Sesal. Punah. Hancur. Marah. Kecewa. Keliru. Itulah yang dirasakan oleh Luth saat mengetahui kebenaran sebenarnya. Luth menagih kemaafan. Yang lain juga mula berubah. Berbeza? Itulah Khayla rasakan. Apa sebenarnya yang terjadi?

Cinta? Adakah perasaan itu masih ada dalam diri ataupun hanya rasa bersalah yang menimpa sehingga akhirnya memakan diri? Layakkah untuk bersama tatkala mereka turut terluka? Apakah pengakhirannya?

"Manusia memang selalu takut dengan ujian kehidupan." -Felicia
Kadangkala kita perlu berani untuk menempuhnya. Manusia gerun kerana mereka risau akan keputusannya kelak.

~Tamat itu tidak susah. Yang susah adalah keputusan untuk menamatkan."

~Kenapa manusia menipu? Kerana mereka ada suara. Mengapa mereka menyembunyikan? Kerana pemikiran mereka yang tidak sempurna.

Akhir kata, aku suka Khayla sebab banyak quote yang best². Setiap permulaan bab baru ada quote tersendiri dan memang kena. Sebak? Yup aku terkilan sebenarnya. Sampai hati author buat mereka sengsara sebegini.
Inilah kisah Khayla.
Kisah antara dua insan yang terikat dengan cinta namun wujudnya tembok penghalang untuk mencapai kebahagiaan.
Khayla x Luth
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 10, 2023
Serius novel ni mainkan emosi pembaca!
.

"Orang kejam wujud disebabkan mereka tidak mencintai diri sendiri. Bila tiada cinta di hati, mereka tak akan dapat memberi cinta itu kepada orang yang mereka mahukan. Akhirnya, sekuat mana pun mereka cuba kerahkan rasa cinta, mereka akan mengkhianat di akhirnya."
.

Pada mulanya aku berteka teki, ada apa sebenarnya antara Khayla dan Luth. Kenapa hubungan mereka jadi sehancurnya. Kenapa Luth terlalu membenci Khayla. Dan kenapa Khayla sanggup biarkan Luth menyakitinya
.

Atas tawaran Nuh, Khayla ke Turki utk menjadi pembantu atuknya. Tanpa Khayla tau,Nuh merancang pertemuan Khayla dan Luth. Pabila orang2 dirumah atuk Luth mengetahui bahawa Khayla la punca Luth menjadi tidak terurus 2 tahun lalu ketika pulang ke Turki, mereka menjadi hipokrit. Baik didepan Khayla. Sedangkan di belakang. Pelbagai yg mereka katakan
.

Khayla. Orang tak tau ape sebenarnya yang dia pendam dan simpan. Yang mengetahui hanyala kakak sepupunya, Kak Mila. Namun, semua terbongkar pabila Tuan Ibrahim iaitu atuk Luth menemui satu pendrive yang mengandungi luahan hati Khayla. Disitula kebenaran tersingkap
.

Namun dh terlambat buat Luth. Sebab dia terlalu menyakiti Khayla ketika dirumah atuknya. Termasuk hampir membunuh Khayla. Serius aku rasa nk jumpa Luth n nak tampar die. How die boleh jadi lelaki dayus camtu
.

Oh ya, dalam novel ni penulis ada kongsikan isu berkaitan depression. Jangan main2 ya dengan depression. Mereka boleh membunuh diri sendiri tanpa sedar. Sebab tu, golongan depression ni memerlukan sokongan dan bantuan drpd orang2 terutama orang2 yg dia boleh bergantung harap
.

Korang kena sediakan mental yang kuat tau nak baca novel ni. Emosi aku jadi sangat2 tak stabil disebabkan perangai watak2 yang ada. Terutama Luth Razel. Tapi tula, perubahan sikap seseorang yang disebabkan oleh faktor sekeliling. Kadang2 apa yang dia alami, membuatkan dirinya berubah
.

Whatever it is, jangan pendamkan benda yang tak mampu kita pendam sendiri. Adakalanya kita perlu berkongsi dengan orang lain supaya perkara tersebut tidak terlalu terbeban
.

Highly recommended
.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 29, 2022
Sebenarnyakan nak bagi 5 bintang tapi tu lah.. Geram dengan Khayla yang masih lagi buat keputusan melulu tanpa bertanyakan kebenaran.. Mujurlah ada sinar..
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
October 2, 2023
Dua dua salah. Khayla dan Luth. Kan lebih mudah kalau mereka saling mempercayai dan berterus terang. Akibatnya mereka takut. Takut perkara yang sama akan berulang, takut akan kehilangan dan takut untuk teruskan hidup dengan lebih baik.

Nuh orang penting yang menemukan Khayla dan Luth. Dia jugak penasihat tak rasmi akan permasalahan rumah tangga adiknya.

Nak tahu apa cerita selepas beberapa tahun sila dapatkan Special ebook Khayla dan Aku Di Sini.
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
January 26, 2023
tw / cw: characters with mental disorders:~ chronic depression / psychotic depression, PTSD, anxiety; toxic environment:~ severe mental / psychological and physical abuse, domestic abuse, bullying, blackmail; suicide attempts.

"Kau menyayangi mereka. Kau lihat kesakitan mereka. Ketika kau menyayangi aku. Kau tidak lihat kesakitan aku. Bagaimana sayang itu bisa berbeza?"

This story is about Khayla, that had to work far away to Turkey, unknowingly at the home of the husband, Luth, which where she had 'betrayed' and seperated from. She couldn't turn back as she's on a runaway temporaryly from the 'hell' back home, but little did she know, at this faraway place, she has jumped into an environment far worse than home. There she had to face severe revenge and vengeance of the person that she'd love, and the collective behaviour of the people around him. Along time, when things started to take a terrible turn for Khayla and her condition, the truth about her started to get unfold. Up to that point, everything about Khayla, the actual truth of her story, her sacrifice, and her true condition and feelings, that were completely unknown to everyone were revealed one by one. — Why is she protecting everyone and concealing the truth? What exactly is she hiding? Was she truly deserving over everything that has happened and done to her by everyone? What will happen to her relationship with Luth, the last person she wanted to hide the actual truth from?

First foremost, if you wanted to start the story, please, please read my content warning tags as the story really went very explicit on said issues. Make sure you're on your most stable mental condition before reading it, okay!

This story is an extremely heavy one. It's a drama and tragedy genre, with very major misunderstanding and lack-of-communication trope. Compared to the successor of the story (Nuh dan Nayla), this story touches more on the in depth depictions of mental health issues, the consequences of toxic environment, and learning about the people around you better and understanding then accepting the flaws of each every one of us. On of the biggest theme is probably, 'listen to both sides of the story', as well as 'moving forward isn't as easy as it is'.

One thing I genuinely looove about Ieya Sya's work is, how she put a short 'quote' at the beginning of each chapters, that serves as both the 'synopsis' of the chapter, and well as the values and morals for both the characters's situation, together with us readers. Bait bait ayat tersebut really makes me stop to think a lot when reading this piece of work, it's like a short reminder for myself as well, and to think about myself and others. And I think it was absolutely beautiful.

Regarding the plotline and storytelling, it was genuinely wonderful, but let me get it straight, it's through and through quite a tough book to go through personally, mainly do the topics touched. I'd say that the story will really make you think on such an in depth level, as well as analyzing and relating the problems and issues of the characters and their behaviour it requires a fair critical thinking. On another note, it was one of those books that I had to step back after finish reading and had to think a lot, regarding the characters itself, as well as how I myself, and the human around me behave towards one another. Gave me a lot of reflection to do afterwards you know, and the impact was hard.

When engaging and reading the story, I myself rarely faced this, but I literally felt the most straightforward physical pain, sakit hati yang teramat yang bukan nya marah, but the one that pains you because you can feel what the feeling, and at the same time, it made me sobbed pages between pages. The flashbacks, and the current timeline really do told us the situation in such in detail way. It's was absolutely terrifying, painful, and infuriating, no sugar-coating at all as it was really that bad. The author really did such a good job at conveying this overall.

I've used the term morally grey before on the characters from Nuh dan Nayla (as I've read that one first), I totally wasn't expecting that the minor characters from that story and had a major role in this one, and apparently fell into that same group as well. It's 'humanising', but for some reason it also disappoint me over the contrast of their personalities from both book. What they did really splashed an entire ocean onto my face.

— One thing that taught me alot about the 'we' / 'kami, kita' concept they kept on talking about is how awful collective mindset they had. They really couldn't think nor have their own personal thoughts, to stand with your OWN belief and thoughts. While yes, 'family' is family whether blood related or not, you stand by each other, but we should never stand with what is wrong. — If you went deeply through the story, you can absolutely see how these 'familial bonds' from two completely different 'families' were the one that ruined Khayla deeply. Everyone tried to save one another, but they forgot that she only had herself. At the end of the day, we need to differentiate what is wrong and right, and we are our very own person, you are you.

The explanation on the issues was absolutely well written, again, especially mental health issues. What Khayla has faced and the thing she had done, whether when she on manic / derealization mode, or when she relapsed, it was so real that it gave me literal goosebumps all over. It was absolutely heartbreaking, and heartwrenching to go through. On another side, Luth himself did fell into depressive episodes as well, and how he relived the same thing again after the incident that happened to Khayla, and how terrified and anxious he was.

In correlation, I'm personally the type of person that held onto the belief that, your issues, mental health and suffering should NEVER be the reasoning for you to be the arsehole towards others. — But Luth did, and he did it badly. But on another side of me, apart from that vengeance he held, I understand that his trauma and depression could lead to that abusive behaviour, and it's real. BUT that should never be an excuse for one to continuously do that, and one thing that gave a bad taste is my mouth is how EVERYONE around him simply oversees it. When the man is a literal walking red flag. I wish, I do wish the people around, especially those who KNOWS what he had done towards Khayla, the ones that actually SEES it with their own eyes, would actually tell him that it's wrong, that he should stop doing it, not backs him up just because the person that was abused 'should owned up to it' or 'she did him worse emotionally before'. This fact simply makes me mad, over how ignorant everyone was, and I still wished someone would actually punched him in the face for doing such thing. — I'm simply glad that at the very least Khayla spoke for herself about it and showed how PAINFUL it was, and how bad it felt. Also, really, bless that lady and how she cope up with everything, considering how she herself understands what one is facing, she acted way too kind until the very end.

Ah, on a more serious note, with how chronic both Khayla and Luth mental condition / state is, and how severe and intense the issues and problems were regarding themselves and their relationship, I personally wished and would love to see both she and Luth should've went to see couple counselling / therapist / psychologist together. THEY REALLY DO NEED IT.

While I do love the story, half of the time, I did find the conflicts was a bit too lengthy and repeatitive, or similar to one another. Yes there's a theme going on with the main plot, but over time, it was confusing and quite frustrating to go through at some point ober how similar and deja vu it was, it felt never ending, you know.

— Rant with SPOILERS by at this point —
Am I missing something or the Along were simply dropped off, as that was an absolutely serious issue because murder did involved in it. Like - the Along are okay and fine now? No more anger and murder? No issues no more? The warn isn't that serious? Along is kind enough?

This is just me ranting, and I might be wrong, but this is my opinion. Personally, what Khayla did and her final decision being 'that' wasn't actually wrong-wrong. Considering how he repeated the confession not once, but TWICE, it would gave her a major flashback with what she has heard before the marriage. Yes, she did jumped into a conclusion, BUT she also ASKED him again about his own decision, he CAN speaks up and clear things up and speak about his innermost feeling instead of leaving like that again as well. Tapi nadai lah indah. Both were at wrongs, and Nuh was absolutely correct when he said they're both were stupid. And what even more upsetting is how Luth blames Khayla again for everything, when she also gave him a chance. Communication brotherman, communication. Him breaking down and him asking her about her true feelings were quite wrenching by at the end, tapi yalah tek, I think it was quite unfair juak, I'd love to shake Luth and put some senses onto his mind sometimes.

Overall, it's such a nice story, again, comparing it with Nuh dan Nayla, both touches on such heavy issue, but while this one got you think and reflect a lot, the other will heal you instead. — indeed, what a great work from the author, it was just wondrous.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
August 6, 2021
Lesson learned: Communication is a key! Kalau ada persoalan atau tak puas hati, cakap terus. Tak yah lari, pendam2 sampai keadaan jadi rumit dan akhirnya org sekeliling terseksa.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
February 17, 2023
“𝒦𝒽𝒶𝓎𝓁𝒶, 𝒶𝓀𝓊 𝒷𝒶𝒽𝒶𝑔𝒾𝒶 𝒽𝒶𝓇𝒾 𝒾𝓃𝒾. 𝒜𝓀𝓊 𝓈𝒶𝓃𝑔𝒶𝓉 𝒷𝒶𝒽𝒶𝑔𝒾𝒶. 𝒜𝓀𝓊 𝓉𝑒𝓇𝓉𝒶𝓃𝓎𝒶-𝓉𝒶𝓃𝓎𝒶 𝓀𝑒𝓃𝒶𝓅𝒶 𝒷𝓊𝓀𝒶𝓃 𝓈𝑒𝓂𝒶𝓁𝒶𝓂 𝓀𝒾𝓉𝒶 𝒷𝒶𝒽𝒶𝑔𝒾𝒶”

first of all, saya rasa nak tukar tajuk Khayla jadi Kalau. Ha sebab semuanya takkan berlaku ‘KALAU’ 🌚.

Nur Khayla. Seorang pekerja di sebuah cafe dan diberi tawaran oleh Nuh untuk bekerja di Turki sebagai pembantu dapur di rumah keluarga Nuh. Pada mulanya, Khayla menolak tetapi oleh kerana satu sebab Khayla akhirnya bersetuju. Semasa di Turki dia telah ditemukan semula dengan Luth di rumah keluarga Nuh selepas 2 tahun perpisahan.

“𝒮𝑜…𝓉𝑒𝓁𝓁 𝓂𝑒. 𝒜𝓇𝑒 𝓎𝑜𝓊 𝓈𝓊𝓇𝓅𝓇𝒾𝓈𝑒𝒹 𝓉𝑜 𝓈𝑒𝑒 𝓂𝑒?”

Luth Razel. Seorang yang mempunyai dendam dengan Khayla disebabkan insiden yang berlaku 2 tahun lepas yang menyebabkan dirinya terluka hanya kerana Khayla yang menjadi ‘perempuan hamba duit’. Bagi Luth membenci Khayla adalah jawapannya.

“𝒮𝒶𝓎𝒶 𝒹𝒶𝒽 𝓂𝓊𝓈𝓃𝒶𝒽, 𝐿𝓊𝓉𝒽!”
“𝒦𝒶𝓊 𝓉𝒾𝓅𝓊! 𝒜𝓀𝓊 𝓉𝒶𝓀 𝓅𝑒𝓇𝓃𝒶𝒽 𝓃𝒶𝓂𝓅𝒶𝓀 𝓀𝑒𝓂𝓊𝓈𝓃𝒶𝒽𝒶𝓃 𝓀𝒶𝓊!”

Benarkah hanya Luth yang terluka? Bagaimana dengan sisi Khayla pula? Layakkah Khayla dilayan teruk oleh Luth dan seluruh ahli di dalam rumah keluarga Nuh itu? Apakah sebab Khayla membuat keputusan sebegitu 2 tahun yang lalu? ha curious kan pi baca.
-
Saya cuma nak cakap dis book is perfect! bab awal sumpah rasa nak nangis dan boleh jadi emosi tak stabil tauu takkk 😩 Luthhhh kenapa awak terlalu membenci 😭 Khayla pulakk kenapa mesti menjadi perahsiaa!! 😭

ngl, plot twist! jalan cerita! everything is perfect to me! Banyak jugak scene imbas kembali tapi jangan risau tak memeningkan langsung 😮‍💨 And also tak meleret langsung! Setiap watak walaupun sampingan still menonjol untuk tunjuk how protective nya dorang dengan both ml fl. ISSA VERY RECOMMENDED KORANG! trust me saya rasa nak reread as soon as saya nampak perkataan Tamat walaupun kena hadap pain 🤧

p/s kenapa Nuh sibuk nak jadi cupid Luth dan Khayla kalau boleh jadi cupid untuk kita berdua 👉🏼👈🏼
Author 6 books27 followers
April 11, 2021
Suka kisah ini. Kisah cinta antara Khayla dan Luth yang sangat susah untuk bahagia walaupun semuanya sudah terbongkar. Walaupun masing-masing dah saling meluah kisah yang disembunyikan selama ini tapi tetap juga diuji.

Kenapa? Mudah saja. Salah faham dan saling berahsia. Betullah apa yang Luth rasa. 'Kalaulah' itu kadangkala memenatkan. Kalaulah dia tahu. Kalaulah mereka saling tidak menyimpan rahsia. Kalau lah itu dan kalau lah ini.

Kunci utamanya adalah saling berbicara. Tidak pendam, simpan dan meletakkan anggapan sendiri.

Tahniah penulis untuk naskhah ini. Love it🥰
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
April 16, 2022
Cerita pasal malangnye khayla ni..dgn keadaan hidup die..
Due to 1 incident happen kat bff die..and in order to help her family..she became depress and sgt tertekan…

Plot dimulakan dgn pertemuan dia dgn suami yg die tingalkan atas alasn lelaki tu tak ckup kaya…both of them ada salahnya..dua2 tak terus terang..dua2 terlalu pendam perasaan smp org keliling cuba utk bantu mereka…

Terkesan sgt time khayla pengsan..haa..tau ko kelam kabut..riso die pergi tingalkan kau utk selama2nya…

A melodrama story…
Profile Image for Mohd Ashmunir.
173 reviews3 followers
February 28, 2021
Puas hati...itulahhh apa yg dpt diungkapkan sebaik shja menemui titik noktahnya... Kisah Khayla and Luth... byk airmata menitis membaca kisahh mereka berdua.. dugaan demi dugaan...salah faham dan berahsia menjdikan kisah mereka berdua nie menarik dan membuatkan kta sebgai pembaca x sabar nk tahu pengakhiran kisah cinta mereka...watak2 spt Kak Mila, Felicia, Sonia, Abdullah, Ishak dan ramai lagi menjadikan kisah Khayla n Luth semakin menarik... Overall sya sgt menyukai cara penulis ini mempersembahkan karyanya...sesuai dgn jiwa sya... double 👍🏻👍🏻 sya berikan...dan truskan berkarya dan berkarya ya Cik ke Puan penulis nie...heheheh
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 3, 2022
YA TUHANNNNN.. sesak betul baca kisah budak dua orang ni.. Memang tak terkira berapa kali saya take a break semasa menghabiskan naskah ni. Geram sebab Kayla dan Luth masing-masing seakan tidak mahu fahamkan kemahuan diri, takde keyakinan dengan keputusan dan pendirian, semuanya berdasarkan anggapan dan ramalan mereka tentang kegembiraan dan kelangsungan hubungan mereka jika mereka nak bersama semula.. Luth tu boleh pula kata "keputusan Kayla adalah keputusan aku..", Dey!
Kalau Kayla tahu seteruk itu Luth bersungguh untuk bahagiakan dia, terima je lah, tak kisah lah sebab rasa bersalah atau cinta, cinta itu gampang! ketemu hari-hari, ya udah jatuh cinta dong! Yang penting Luth memang nak Kayla bahagia, dan boleh nampak macam mana Kayla terseksa bila dia masih teringat kesilapan dia pada Luth. Apa lagi la yang budak berdua ni fikirkan, pening pening.. Selepas pertemuan semula mereka, saya rasa macam mereka masih lack of communication yang berkesan.. Memang banyak kisah dan rahsia yang diceritakan, tapi yang dalam hati tu, perasaan sebenar kenapa masih nak ragu-ragu dan berkias.. Kalau ini kisah realiti, entah berapa tahun akan habis untuk sampai ke ending.
Tarik nafas.... hembus... Apapun, novel ni best sebab memang drown habis lah dalam conflict Kayla dan Luth.. Tahniah penulis, dan terima kasih sebab wujudkan watak Nuh yang buat saya rasa tenang sikit selepas babak-babak Kayla dan Luth.. Huhu.. Worth to read! pandai eh penulis main dengan emosi reader..
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
November 12, 2020
Superb!!
Bijak nye si penulis yg mampu membuat pembaca hooked dari mukasurat pertama hingga lah terakhir..
Berkisahkan Khayla, wanita yg terpaksa berkorban, terpaksa memendam rasa & perasaan demi org2 sekeliling.. Permulaan je dah paparkan kebencian Luth terhadap Khayla.. Kesian part ni, sadis sgt Luth.. Yg bertambah kesian bila org2 sekeliling luth pon sama menjatuhkan hukuman terhadap Khayla hanya kerana Luth ditinggalkan Khayla dulu.. Tak sabar rasa nak tau kenape Khayla buat mcm tu dulu.. Tu yg hook pertama nya..
Selepas semua dirungkaikan, saya hook kali kedua utk nak tau apa kesudahan watak berdua ni kerana meraka masih lagi takot utk melangkah kehadapan even tho everything was already out in the open.. Bila mereka baru nak mula kecap kebahagian, Khayla pulak yg choose to leave.. Tu hook yg ke tiga.. Kena baca lah kalao nak tau jawapan utk semua ni...

Suka cara penulis menghidupkan watak2 sampingan keluarga Luth.. really can feel their protectiveness towards each other.. Kira mcm you hurt one of us, you hurt all of us.
Nak tau jugak Nuh si cupid tu akan ada crite sendiri tak???

Amazing cara penulis mengolahkan emosi watak2 utama.. Khayla mostly dpt serkap apa yg Luth cuba sampaikan disebalik kata2 nya.. Very deep.. something yg jarang2 sgt dpt saya baca dlm novel melayu..


Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
October 1, 2022
It's 4.5 for me, tak full 5 tu sebab I need more, ending can be better. Plot yang menarik, pain sangat bagi saya, miserable sangat life seorang Khayla huaaa. Tapi sangat tabah sebab tu saya suka. Luth pun watak yang okay cuma dendam dia tak melampau mungkin sebab dia masih sayangkan Khayla. Cuma bagi saya dalam buku ni banyak masa habis for them to get together back, macam asyik tergantung je lepas jumpa, taknak discuss elok-elok. Geram la juga. Nak je tarik dedua ni open table. Hud eh nama abang Luth, saya tak ingat tapi apa pun saya rasa dia adalah watak yang sangat membantu selain atuk Luth. Watak sampingan seperti orang yang serumah dengan Luth macam takde common sense la, macam mesra mana pun tuan rumah tu janganlah sampai nak ikut emosi juga, mcm menyibuk hal orang pun ada. Geram sangat, kesian Khayla. I need more stories about them in Italy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
October 6, 2021
Novel ke enam dari Eiya Sya yg saya baca dan saya suka sangat dengan novelni walaupun penuh dengan kesedihan.

Kesian dengan perjalanan hidup khayla yang penuh dengan salah faham dan ujian yang berat kerana melibatkan orang-orang yang dia sayang. Setiap ujian dihadapi dengan tabah dan akhirnya menemui kembali kebahagian yang didambakan. Happy ending.
Profile Image for Ahtirah Azman.
10 reviews
August 22, 2022
beautiful storylines but i rasa lagi best kalau it starts with cerita tu dekat itali dulu baru konflik. Tapi cerita ni still best and saya suka
Profile Image for Mutiara Wanie.
52 reviews6 followers
July 1, 2021
Luth Razel yg sanggup meninggalkan kekayaan dibelakangnya kerana marah dan kecewa atas perbuatan atuknya, Tuan Ibrahim. Satu kelemahan Luth bila dia susah melupakan kesalahan orang lain.
--
Nur Khayla, pemilik nama yg menyimpan seribu satu duka. Anak ahli korporat yg ada segalanya tp akhirnya menjadi gadis yg tak punya apa² akibat tekanan melampau hingga mahu mencabut nyawa sendiri. Dia didera mental dan fizikal oleh ahli keluarganya. Apa yg merubah hidup Khayla?
--
Di bumi Itali, Khayla bertemu Luth buat kali pertama. Dia kembali tersenyum dan lupakan segala derita. Mereka bertemu kembali di Malaysia dan merancang utk berkahwin. Tapi semuanya berakhir sebelum sempat bermula. Khayla tak pernah menyangka, keputusannya utk berkahwin dgn Luth membawa dia lebih jauh terperangkap dlm kesengsaraan. Luth pergi kerana salah faham dan dendam. Ada rahsia yg disembunyikan. Ada cinta yg perlu dikorbankan.
--
2 tahun berlalu, Khayla meneruskan hidup dgn bekerja di cafe milik Kak Mila, sepupunya. Dia tersenyum dan ketawa namun sinar matanya tetap kosong. Takdir pertemukan semula mereka di bumi Turki atas rancangan Nuh, sahabat dan juga pelanggan tetap cafe. Di Turki, Khayla bekerja di rumah Tuan Ibrahim sebagai pembuat desert. Dia berkenalan dgn Felicia, Abdullah dan Ishak. Segalanya berjalan lancar sehinggalah Luth muncul. Kenapa Luth berada di rumah Tuan Ibrahim?
--
Luth terluka. Khayla membisu. Felicia yg mencintai Luth, menghancurkan hati Khayla. Luth hidup dgn tukarkan luka jadi dendam yg merosakkan hatinya. Mereka berlakon utk menutup segala cerita tp akhirnya terbongkar. Sekelip mata Khayla dibenci seluruh penghuni rumah agam. Hanya Tuan Ibrahim dapat mengesan sesuatu. Teganya Luth menyakiti Khayla demi sebuah kepuasan. Saat kebenaran terbongkar, dah terlambat. Lahar di hati Khayla dah tak mampu ditahan dan dia mengambil tindakan tanpa sedar. Saat ini hanya kemaafan yg meniti di setiap bibir.
--
Kak Mila bongkar segala derita yg ditanggung Khayla. Betapa Luth sangat terkesan dan tambah rasa berdosa. Dgn bantuan Nuh, Kak Mila bawa Khayla pulang ke Malaysia. Kisah cinta Khayla dan Luth baru bermula. Benarkah? Atau hanya rasa bersalah? Apa pengakhirannya?
--
Kisah yg meruntun jiwa. Salah faham dan saling berahsia jadi punca. Penulis kongsi isu depression yg bg aku tak patut diambil mudah. Aku sendiri dapat rasa betapa teruknya Khayla terpaksa hadap musibah yg tak henti². Plot cerita tersusun sempurna dan mudah dihadam. Tipu la kalau tak bergenang air mata. Permulaan setiap bab diletakkan quote yg
related dgn cerita buat aku laju mencari perkataan 'tamat'. Aku sangat tertarik dgn dekorasi rumah Luth di akhir cerita. Boleh
bayangkan betapa cantik dan nyaman persekitarannya. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐

Pesanan khas: Andai ada insan disekeliling kita yg depress, cepat² la bantu dapatkan rawatan sebelum terlambat.
Profile Image for N.A.N.A.
215 reviews5 followers
July 20, 2024
Tahniah novel ni berjaya buat aku nangis diawal pembacaan 😭 sakit weh jadi khayla ni. Huhuhu kesian kena hadap kebencian org terutama suami dia. Lps ni nak baca kisah si abangnya pulak yg dah jadi drama tu 😊
Profile Image for Efen_reads.
19 reviews
January 11, 2026
Kisah yang sangat menyedihkan tapi membuat hati marah dengan perangai Luth dan Khayla ni. Penat lah sikit2 nak lari, sikit2 tak jujur. Bak kata Nuh, korang ni tak penat ke?

Apapun good story ya. Goodjob author
Profile Image for Amiratul Afida.
29 reviews3 followers
October 18, 2020
tema dan persoalan yang tidak klise...penulisan yg menyentuh perasaan sehingga sy menitiskan air mata merasai penderitaan dan kesedihan watak
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 9, 2023
Cerita best tapi tak berapa faham ayat penulis
Profile Image for Nita.
75 reviews
May 2, 2023
Rahsia demi rahsia disimpan sehingga timbul salah faham yang bersimpul, dan setelah bertahun² lamanya barulah simpulan rapi tu dapat dirungkai....
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.