Darah memancut keluar. Kepala Salim terpisah dari badan. Haikal memegang kepala Salim dan meneguk darah yang keluar dari tubuh sahabatnya itu.
Dalam sekelip mata, Haikal bertukar rupa. Kepalanya menjadi panjang. Rahang bergigi tajam pantas tumbuh di bahagian mulut. Lidahnya terjelir. Haikal dapat merasakan satu aliran tenaga memasuki tubuhnya. Urat-urat saraf seakan membengkak. Dia meraung kuat. Malah, malam ini dia kekenyangan darah segar.
Haikal merangkak keluar gua. Matanya ditala ke kiri dan kanan. Pergerakannya pantas. Dia memandang bulan mengambang di dada langit, lantas membuat lolongan panjang. Burung-burung di sekitarnya berterbangan akibat disergah dek lolongan itu.
Kisah menarik mengenai bangsa 'Eppa yang berkembar dengan manusia.. Bagaimana ketamakkan menyebabkan manusia berpaling dari Allah.. Penulis berjaya menyampaikan sebuah cerita yang sangat menarik..
Buku ini mengisahkan tentang Wira, waris keempat Bangsa Eppa' yang berupaya mengaktifkan Kristal Merah untuk memperoleh kuasa yang luar biasa daripadanya. Jin Torisolo ialah jin yang berdendam dengan bangsa Eppa' dan dia ingin mendapatkan kuasa dari Kristal Merah.
Jujurnya, buku ini tak seram pada aku tapi penuh dengan unsur mistik. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada buku ni dan sesungguhnya lepas aku baca buku ni, aku termenung kejap memikirkan tentang Islam dan Iman aku.
Walaupun buku ni nipis (132 ms), tapi aku rasa sangat berbaloi untuk dibaca kerana kontennya berkualiti.
Pengajaran: 1) Jangan kerana tamakkan kuasa, hubungan kekeluargaan dimusnahkan. 2) Sesibuk mana pun kita, solat mesti diutamakan. 3) JANGAN amalkan ilmu hitam, buruk padahnya.
Bismillah. Alhamdulilah. Selesai bacaan aku ini. Cerita yg tk seram. Pelajaran yg aku dpt perolehi daripada penulis ialah, ada satu kuasa lebih hebat daripada unsur2 yg boleh dikata kan mistik..iaitu kuasa dari Azza Wa Jaala. Allah Taala lebih berkuasa tanpa kuasa beliau maupun perancangan Azza Wa Jaala mampukah mahluk2 yg sebegini mampu membuat sesuatu yg boleh menyesatkan manusia seluruh pelusuk dunia? Tanpa izin Nya pasti ia tak mampu. Maka itu sedarlah..sebelum kte tersasar jauh..syabas puan penulis. Teruskan perjuangan. 👍
Ini adalah buku fiksyen solo pertama penulis (sebelum ini novelet), namun penulis amat berbakat dalam menghasilkan kisah sebegini seperti sudah menulis banyak buku.
Plot buku ini disusun secara kreatif, tidak mendatar. Banyak unsur mistik. Paling penting, buku ini sarat dengan pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar.
Cuma mungkin ada watak sampingan yang tidak perlu diberi nama / diwujudkan supaya perjalanan cerita yang best ni tidak terganggu.