Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.
Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.
“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...”
Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?
Saya rasa kisah S-K-Y ni sangat cantik. Kecantikan tu melalui perwatakan Sky itu sendiri. Dia jadikan seni sebagai escapism. Sky pandai melukis. Dan semua yang dilukis adalah perasaan Sky dalam kehidupan sehariannya. Sky cuma ada abang, Jet. Mereka berdua saling menjaga.
Bagaimana ye seorang yang menghidap penyakit social anxious melalui kehidupan sehari-hari. Ditambah pula dengan pekak dan bercakap melalui bahasa isyarat. Anda kena baca...
Sebenarnya kehidupan Jet dan Sky tidaklah seindah seperti keluarga bahagia yang lain. Sejak kecil, Sky dipukul, diherdik, dicemuh dan dibenci oleh ayahnya. Hanya kerana kekurangan upaya yang itu. Jadi Sky secara tak langsung menjadi takut dengan orang sekeliling. Dia takut berada di tempat orang ramai apatah lagi mahu berbual dan bertegur sapa. Dunianya hanya ada Jet dan lukisan. Sky nak berbalas mesej pun ambil masa berjam-jam untuk karang ayat. Takut sangat kan. Macam kena berperang dulu. Perkara itu saja pun boleh buat dia jadi letih.
Tapi, kawan Jet, housemate, Qid macam sangat-sangat memahami diri seorang Sky. Sebenarnya takdir mereka tak lah seindah mana. Ada memori duka pernah hadir dan saling berkait ketika mereka masih kecil.
Saya suka dengan elemen buku, art dan bahasa isyarat dalam kisah ini.
I told the writer i'm not going to write a review here, but well. Heh. This is not going to be a full-fledged review anyway. It's been too long since i last written one. The writer is my best friend, so i might be a bit biased. I love the new knowledge given to us, of those with hearing-impaired and socially anxious, how they cope and fight with their inner thoughts, how they, most of the time, just crawl back into themselves and find it harder to come out, especially when there was or were tragedies brewing in the past, ready to explode and cause their self-esteem, their confidence and even their fight to end up with nothing. Yet again. I love their sibling relationship. The bromance between Jet and Qid. What i need more is the interaction between Sky and Qid, how maybe, in a way, Qid was one of the reasons Sky could finally see the light at the end of the tunnel she had kept digging these past years. Yeah, i want more emotional tension between them, regardless whether the title of the book is SKY or Sky & Qid. I love the poignantly sweet and hopeful 'alternate ending'. U gotta read then u'll understand what it is. I love the info on sign-language. Story-wise, i love it. Editing-wise, there are still rooms for improvement, whether it be in Bahasa Melayu or English. And this of course, is not up to the writer's capability alone. All in all, well, my dear chingu. U did it again. Bravo, my dear. Congrats and kudos to you, i'm so proud of you, what's next? (I'm saying and asking that in one breath, so appreciate the effort and palli2 write a new one, okay?) 😉
Best giler. Highly recommended. Congrats kpd penulis krn menghasilkan novel yg luar biasa. Mengangkat isu kesihatan mental sbg isu utama. Apa yg memberi kelainan krn ia melibatkan golongan kurang upaya. Bagi aku karya ini sgt memberi motivasi. Kata2 yg digunakan sgt memberi semangat. Karya yg penuh rasa. Emosi itu sampai ke hati pembaca. Airmata tumpah bila membaca. Menyentuh hati. Such a beautiful story.
Semua org ada kisah silam sendiri, sama ada suka atau pun duka. Begitu juga Sky, seorg pelukis illustrator yg melukis dr hati. Sky punya kisah duka yg ditanggung. Seorg gadis pekak yg melalui kisah sedih yg tak mampu dilupakan. Dipulaukan oleh saudara-mara sendiri & kawan2 membuatkan Sky lebih suka menyendiri. Krn itu, Sky menganggap pendpt org lain terhadap dirinya penuh dgn negative vibes. Rasa anxiety membuatkan sukar utk mempunyai kehidupan sosial.
Sky hny mempunyai abgnya iaitu Jet, tmpt dia berkongsi cerita. Kwn baiknya Nureen telah tiada. Jd hny Jet yg Sky ada. Krn Jet, Sky mengenali Qid. Qid juga mempunyai kisah sedihnya yg tersendiri. Qid kehilangan Umar, sahabat yg disayangi. Sky menjadi pelukis illustrator utk Jurnal Umar yg diberi nama Saving Him. Qid juga byk memberi kata2 semangat kpd Sky agar tidak terus terbelenggu dlm kesedihan & kekurangan diri. Tp terbongkar yg Qid & Sky mempunyai kisah sedih yg berkaitan sewaktu mrk kecil membuatkan Sky menjauhkan diri. Sky merasa bersalah walau pun Qid tak pernah salahkan dia krn dia mmg tak bersalah.
Novel ni mengangkat tema yg berat bagi aku. Mendalami kisah Sky ni mmg penuh rasa emosi. Bg aku setiap manusia mempunyai kekurangan diri & kelemahan sama ada mereka sempurna atau mempunyai kelainan upaya. Pokok pangkalnya dari hati, perlu menilai mana baik & buruk. Tahu membezakan keduanya. Kita perlu elak dr terus dibelenggu benda2 yg negatif dlm pemikiran. Perlu ada sifat positif dlm menilai sesuatu perkara. Kisah ini mengajar kita memberi peluang kedua kpd org yg mahu berubah & menebus segala dosa.
Kelainan upaya yang dimiliki ditambah dengan rasa anxiety yang tinggi membuatkan Sky sukar untuk mempunyai kehidupan sosial, dia lebih selesa sering sendirian. Kehidupan zaman kanak-kanak Sky dan Jet yang penuh kelukaan saat membesar menjadikan mereka dengan rasa bersalah dalam diri masing-masing. Jet ingin Sky melangkah lebih jauh; Sky inginkan Jet berjalan meninggalkan apa yang telah berlaku.
Mengenali Qid yang mungkin satu-satunya individu yang mengerti akan kelukaan yang dialami Sky dan Jet, yang tidak menjatuh hukum saat mengenal masa lalu mereka berdua. Namun ternyata perkenalan mereka punyai ikatan dalam masa lampau, yang selama ini telah mencipta rasa bersalah Jet dan Sky tersebut.
Tetapi hidup bukan hanya untuk kita mengharap maaf dan peluang daripada mereka yang pernah tersakiti, tapi juga memberi peluang buat diri sendiri. Kerana mungkin kadangkala penghukum terbesar seseorang ialah diri mereka sendiri, yang mampu menyakiti juga adalah diri sendiri berbanding orang lain.
______
Sky; mengetengahkan kisah kelainan upaya -- pekak -- bagaimana cakna kita semua akan kekurangan ini; bagaimana, siapa dan apa yang perlu kita tahu. Sistem kekeluargaan -- yang kita akan lihat betapa unit ini sangat penting buat setiap individu. Kesihatan mental dan bagaiman cara pandang kita pada dunia dan pada sesiapa pun, harus perlu ada kanta yang berbeza, sudut yang tidak sama -- supaya kita bisa mengerti serta mencipta empati.
Plot penceritaan berkembang dari awal sehinggalah tamat bahagian pertama, dan pada saya agak datar dan perlahan memasuki bahagian kedua. Gaya penceritaan tidaklah rumit, dengan sedikit info tentang bahasa isyarat yang berguna untuk pembaca.
Konflik yang dicipta antara watak juga pada saya agak klise -- kaitan tentang masa lalu, survivor guilt. Hanya cara konflik itu yang diselaraskan antara watak yang sedikit berbeza. Kisah cinta yang dicipta sangat cukup tanpa mengundang rasa cringe; terasa lebih indah saya rasa.
Konflik anxiety dan masalah bersosial yang dialami watak terasa dekat dengan diri saya sendiri, justeru mampu menyentuh emosi saya ketika membaca. Dan saya sebenarnya tertanya-tanya, dalam dunia sempurna andai Sky berkeyakinan dengan kekurangan upaya yang dia miliki -- bagaimana agaknya situasi itu, apakah tindakan daripada pihak ibu bapanya, adik-beradiknya, bagaimana kita harus mendidik masyarakat -- saya berharap kalau saja perkara itu dapat ditelusuri. Tetapi mungkin memang kisah ini adalah untuk lebih dekat dan lebih peribadi dengan watak -- secara individu berbanding satu dunia yang lebih besar.
Tahniah penulis atas idea kisah ini. Dunia tidak mungkin boleh kita sempurnakan wujudnya, tapi terpulanglah pada kita untuk hidup bersama ketidaksempurnaan itu dengan melengkapinya dengan tindakan dan reaksi daripada kita.
Aku baca sekejap je buku ni, tak sampai sehari dah habis 🤭 Buku ni dah jadi one of my 'comfort' book. Buku yang banyak relatable moments, as someone yang introvert dan senang anxious dengan org dan suasana yg baru.
Buku ni rasa dekat, ayat-ayat dalam buku ni at the same time jd nasihat untuk aku juga. Sky ni besar ujian dia, dalam ada yang membenci, ada juga yang hadir untuk menyayangi. Bagi aku, buku ni mengajar kita untuk berdamai dengan takdir. Bukan sesuatu yang mudah ya, tapi itulah benda yang kita kena buat untuk kita maju ke hadapan. Buku ni pun ajar aku untuk lebih menyayangi dan menghargai diri sendiri 🤧
Overall, memang best buku ni. Recommended 👍 #emptycanvashida
"It's either she's trapped in her own world or she's pretending not knowing."
Awal-awal lagi, aku memang dah jatuh hati dengan cover S-K-Y ni, nampak fresh dan menenangkan. And yes, aku beli S-K-Y sebab cover dia!Aku tak ada apa-apa expectation tapi aku tetap ada good feeling tentang S-K-Y.
dan
bila aku dah selesai baca S-K-Y, aku rasa betul la buku ini memang best, menarik dan baik untuk diterokai. Cover pun secara tak langsung, dah menterjemahkan sisi-sisi watak utama.
There's a lot of good things to say about this book.
Apa yang aku boleh kongsikan, sepanjang menelusuri kisah Sky, Jet, Qid & Umar, aku semacam membaca cerita dalam cerita. Menarik kan? Aku jadi 'tenggelam' dengan plot penceritaan yang dibawa oleh Fiy Suri. Tema yang diketengahkan agak jarang disentuh oleh kebanyakan penulis. Ia berkait rapat dengan, dunia orang kelainan upaya, self critiscm, penyesalan, life changes, dan peluang kedua. Kisah Sky ini juga membawa aku untuk lebih menghayati tentang dunia orang kelainan upaya (masalah pendengaran) dan mengetahui sedikit sebanyak tentang BIM
Sky ini menjadi lebih 'hidup' kerana penulis berjaya menghubungkan peristiwa-peristiwa penting dalam SKY dengan kemas dan tersusun, d samping gabungan watak Jet dan Qid. Dalam masa yang sama, penulis memberi sedikit kejutan yang obv, aku tak expect langsung dan elemen kejutan ini buat cerita ini lebih 'terasa' dan menyentuh hati. Aku jadi lebih menghayati kisah Sky dengan dialog-dialog yang sangat meaningful.
Qid, salah satu watak yang patut dirai, dan antara watak yang aku harapkan, kewujudannya lebih ramai. Level empati dia, jarang-jarang la nak ada dalam kebanyakan orang. Perkembangan watak SKY juga jelas dalam Bahagian 2.
Oh ya SKY ada dua bahagian.
Kisah Sky bukan sahaja merupakan kisah yang meyentuh jiwa, penuh dengan mesej kehidupan, tetapi tetap memberi kebahagiaan kepada yang membacanya. Penulis juga ketengahkan tema-tema yang terkait bukan untuk kita stay di tempat yang sama, tapi penulis mengajak kita keluar dari dark past because everyone deserve a better life! ...
To have a better life, you must let go of what's holding you. Don't keep holding on to your past. You only have one life. Appreciate it. Embrace it. Fill your life with your beautiful dreams. Every soul is beautiful. So are you.
SKY Aku yang memilih kerna aku senang begini. Suram dan terasing. Yang ada hanya DIA. Yang sentiasa menemani hanya ‘dia’. Aku pernah untuk berada didalam ramai. Tapi, bila menjadi penghukum itu lebih mudah lalu aku berhubung dengan alam. Padaku, itu lebih membahagiakan. Benarkah? Kerna saat aku lewat ‘bersuara’, tegakah aku terus hidup dalam kesalan? Sedangkan yang hadir ini adalah takdir yang sudah ‘terlukis’ untuk aku sejak dari mula? Lalu, aku pilih untuk ‘pergi’. Dan, menjadikan alam itu kekuatan sebagaimana warna-warna pelangi yang pernah memberi aku harapan. Kepergian ini bukan tanda aku kalah tapi untuk aku mencari erti kehidupan. Kerna aku percaya hidup bukan sekadar untuk terus berduka. Masih ada sinar mentari yang menyinar indah untuk aku berpaut harapan. Jangan terus menjadi penghukum pada hukuman yang belum pasti. Bahagia itu harus dicari kerna erti kehidupan sebenar harus disulami dengan rasa sakit kecewa dan luka. Hakikat.
QID Pertemuan itu bukan kebetulan. Itu adalah takdir. Melorongkan aku untuk belajar menerima erti kehilangan dan kemaafan. Dibibir sentiasa mengungkapkan kata penerimaan. Namun apakah hati benar ikhlas dan reda? Jangan dipersolkan dimana keikhlasan kerna hanya kita dan DIA saja yang tahu? Tapi bukankah itu hanya alasan untuk mengubati rasa kecewa dan sakit yang sentiasa mengekori? Jujur, hingga detik ini masih ada yang terkurung dalam diri. Yang minta untuk dilepaskan bersama helaan nafas yang panjang. Melepaskan beban yang terlalu lama terpikul. Lalu, aku? Antara sedih dan untaian kasih yang baru bertunas, sukar untuk aku ‘pergi’ darimu biarpun engkau melangkah jauh kerna aku pasti penantian ini akan membawa aku erti bahagia.
become my comfort book, it was so deep and beautifully written🥹🤍🤍 i cant believe a book can be this gorgeous🥹 i wanna hug Sky and Jet and my walking green flag Qid🥹🥹🥹 the use of art, self love and sign language element aaaaaa love sangatt
didnt expect the backstories quite heavy and giving kdrama vibes so much and at some points can relate with Sky social anxiety issues im sure shes a beautiful woman how soft her character and sangat reserved eii srs nak peluk Sky😭🫶🏻
Sky and Jet siblinghood made me sobbing they deserve the whole world🥹🤍 kalau tengok Twinkling Watermelon mesti akan suka buku ni
indeed it comes to the right person walaupon lambertt aku baca, highly recommended untuk mereka yang ingin mencari kedamaian🌷
Sebuah karya luar biasa yang mengangkat isu gangguan kesihatan mental yg dialami oleh orang kelainan upaya sebagai mesej utama. Betapa hebatnya kuasa kata-kata, pandangan dan tindakan negatif dari orang sekeliling mampu memberi impak buruk terhadap individu sepanjang hayatnya jika tidak dibantu. Selain itu, mesej hubungan kekeluargaan dan persahabatan juga menjadi elemen pelengkap dalam cerita ini.
What i love the most about the characters in this book is, they're all realistic and relatable to me as a reader. Mengetahui bahawa semua orang punyai kelemahan, kekurangan dan struggle dalam diri masing-masing, membuatkan kita sedar bahawa kita semua adalah sama. Tak kira sama ada bagi manusia yang sempurna sifat & pancainderanya, mahupun manusia kelainan upaya. Empati, adalah kunci bagi masalah jiwa kita semua.
Buku yang ohsem.. Penceritaan yang disampaikan penulis berjaya membawa Sha masuk ke dalam dunia SKY yang penuh berselirat, rendah diri dan gelap.. Tapi perlahan-lahan SKY berubah.. Dibantu abangnya Jet yang turut berada dalam keadaan bersalah namun tak pernah meninggalkan SKY.. Kemudian munculnya Ha Neul, Qid dan Umar yang dah tak ada.. Mereka antara manusia yang menarik SKY keluar dari kemurungan.. Memang bestlah baca novel ini.. Banyak sangat rasa yang penulis berjaya bagi pada Sha..
aq beli sebab terjatuh cinta pndg pertama kt cover dia. 🤭 so bile dh terbeli, mestilah terselak isinya, kemudian terbaca tanpa henti.. lepas settle khatamkan novel ni, dapat aku simpulkan, 1) isu yg sgt menarik. 2) plot cerita tersusun kemas. 3) gaya bahasa yg membuai-buai + santai. overall semuanya best. tahniah penulis dan teruskan berkarya 👏👏👏
Basah juga lah bantal aku dengan air mata. Aku ni dahlah hati tisu. .
Buku ni dah lama ada dalam wishlist aku. Aku beli buku fizikal setahun atau 2 tahun lepas kot. Tapi, parcel tu tak sampai kat tangan aku. Entah sape yang ambil. Harapnya kalau dah ambil tu, baca la ya. Dapatlah juga manfaatnya, lepas tu insaf dan tak ambil barang orang dah. .
Okay, back to this story. .
“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...” .
Sky aka Syakirah, seorang kelainan upaya yang tidak boleh mendengar dan bila dia bercakap, suaranya tidak jelas dan sengau. Disebabkan itu, dia dibenci oleh ayahnya. Masa dia kecil, dia tak faham kenapa ayahnya nak jerit-jerit tengking dia, sedangkan dia langsung tak boleh mendengar. Dan disebabkan ayahnya seorang penagih dadah la, Sky dan abangnya, Jet disisihkan oleh keluarga ibunya selepas kematian ibunya. .
Di sekolah, bila dia bergaul dengan classmate, orang akan ejek dia sebab dia berbeza. Bila dia tunjuk telinganya sambil geleng-geleng kepala, orang akan, "oh, pekak ke?" sambil duk gelak. .
Bila dia dah besar, dah ada alat bantu pendengaran juga, masih perlu dibiasakan diri sebab alat tu pun ada limitation nya. .
Jadi, Sky membesar sebagai seorang yang socially anxious. Dia nak reply wasap dan emel daripada orang yang dia tak rapat pun, dia boleh anxious, basah tapak tangan. Dia jadi overthinking. Dan Sky cuma ada Jet, seorang abang yang sangat penyayang, dan masih hidup dengan rasa bersalah terhadap adiknya. .
Dan Sky jumpa Qid. Qid ialah housemate Jet. Juga merupakan seorang penulis buku yang ingin menulis buku, dedikasi terhadap Umar, kawannya yang meninggal dunia. Berdasarkan jurnal Umar, Sky boleh rasa yang mereka senasib. Dibuli kerana mereka berbeza dengan yang lain. Dan kerana kata-kata Qid, "Umar dulu teringin melukis and would get it published. Tapi hajatnya tak kesampaian. Kita yang masih hidup ni, jangan lepaskan peluang yang ada". And with that, Sky setuju untuk jadi ilustrator untuk buku Qid. .
Tapi bahagia tidak berpanjangan. Mereka semua dikejutkan dengan rahsia yang terjadi 17 tahun lepas. Rahsia di antara Sky dan Qid. Dan again, Sky jadi overthinking lagi. .
Sky: Andai benar kita ada jodoh, semoga Dia mudahkannya dan berikan yang terbaik buat kita berdua.
Qid: InsyaAllah saya tunggu. .
Aku kagum dengan Sky yang mampu sambung belajar ke Korea dengan kekurangannya. Tak pelik la kalau dia anxious kan. Kita yang normal pun akan fikir banyak kali jugak untuk merantau ke tempat orang. .
Rasa tak puas part Qid-Sky. hahaa..Okaylah, buku Iman Publication kan.
Sky ni mesti cantik orangnya kan. 🙂 Walaupun dia bisu, pekak, kurang keyakinan, tapi dia ada aura yg mmg kita nak dekat n sayang dgn dia. Banyak sgt input kalau baca buku ni. Highly recommended! ❤️
Buku ini menyedarkan saya kembali, kenapa saya membaca? And this is it. Untuk belajar, untuk tahu benda baharu.
Sebagai seorang extrovert, membaca buku ini buatkan saya mengenal sudut pandang seorang intovert. Benda yang saya nampak simple dalam hidup seharian, begitu besar untuk orang-orang introvert.
Begitu juga sudut pandang seseorang yang kurang sempurna, saya sangka saya sudah faham mereka tetapi tidak sama sekali. Selagi kita sendiri tidak mahu menyelami kisah hidup mereka, selagi itu kita takkan faham mereka.
Saya sangat sukakan buku ini, terlalu. Berapa kali entah bulu roma meremang. Air mata pun turut mengalir.
Watak-watak ditulis dengan baik, terutama sekali watak Sky. Jet juga pelengkap yang sempurna untuk melakarkan kasih-sayang antara mereka berdua.
Qid pula, beruntung sungguh bila mengenali seorang Waqid yang tak pernah lelah untuk memahami. Mana nak cari sahabat sebegini?
Penulis pandai buka kisah-kisah antara Jet, Sky dan Waqid dari satu lembaran ke satu lembaran. Tak gopoh, just nice je. Isu-isu berkaitan buli, mental illness, penderaan semua diketengahkan tetapi tidak terlalu banyak. Just the tip of it kerana fokus buku ini lebih kepada macam mana seorang Sky, Jet dan Waqid mahu berdamai, dengan masa silam.
Jika kamu harapkan buku ini tentang kisah cinta, tidak untuk buku ini. S-K-Y dari Fiy Suri untuk menyembuhkan luka-luka yang disangka terjahit kemas.
Kudos to the writer. Saya suka buku awak. Ini pertama kali saya baca buku slice of life. Sangat menarik! Saya harapkan awak terbitkan lagi buku-buku selepas ini.
Tertarik dengan kod isyarat pada kulit novel. Sky atau Shakirah seorang insan bermasalah pendengaran dan mengalami pelbagai kesulitan dalam hidup menyebabkan dirinya menghidap anxiety. Sungguh letih membaca dan melihat orang seperti Sky struggle dengan ujian mereka ini. Namun beruntung sekali Sky ada abang yang sangat menyokong. Jet memahami dan bijak mendorong Sky ketika adiknya ini dilanda fasa anxiety.
Di kala semua orang menghina mereka, Sky dan Jet perlu kuat meneruskan kehidupan. Minat Sky pada bidang seni lukis sekurang-kurangnya mendorong Sky melakukan sesuatu yang bermanfaat dan mengeluarkannya sebentar dari dunia luar yang membebankan emosi.
Persahabatan antara Jet dan Qid membuka perspektif baru bagi diri Sky apabila Sky dilamar menjadi pelukis ilustrasi untuk buku Qid. Banyak dilema yang terpaksa dipecahkan oleh Sky untuk meneruskan tugasan kerana buku Qid banyak berkaitan dengan dirinya juga. Persamaan yang tidak dirancang.
Antara buku yang boleh dibaca untuk mengenali dunia anxiety.
Buku yang paling, paling saya suka bagi tahun ini. Secara automatik meletakkan @fiy.suri sebagai salah seorang penulis kegemaran saya. Saya tak rasa yang Fiy akan mampu menulis sebaik ini seandainya dia tidak benar² memdalami apa yang dilalui oleh watak²nya.
Buku ini membuatkan saya dilanda kesedihan, berbadai-badai. Pada awalnya, saya ada sedikit rasa kaku dengan penulisan ini, tapi mudah sekali Fiy buat saya lupakan perasaan itu. Dan terus membuat saya terpaku dan terbuai-buai melayan kisah-kisah mereka.
Sky ini dia ada masalah anxiety, sekali gus buatkan saya rasa relatable sangat, terutama bahagian berbalas mesej. Saya pun risau setiap kali hantar mesej kot2 orang beranggapan yang mesej yang saya tulis itu bodoh, soalan yang saya tanya itu, dungu. Saya pernah padam mesej yang dihantar kerana beranggapan yang mereka belum lihat lagi, rupanya dah sebab mereka bertanya kenapa padam?💀. Sejak hari tu memang saya tak padam dah. Kuatkan semangat dan tempuh sahaja.
Buku ini buat saya faham juga yang masalah perdengaran bagi tiap-tiap orang itu berbeza. Pedih betul rasanya bila kita terpaksa minta org ulang² semula ayat sebab tak dengar dan tak faham. Orang lain tak faham memang akan marah dan mulalah mencerla.
Saya pun faham betul apa yang Umar dan Sky rasakan. Macam mana nak cakap, ya? Perasaan saya, apa yang saya rasa sebijik apa yang Sky rasa bila dia baca jurnal Umar itu. Saya suka baris-baris dialog yang ada dalam buku ini. Termasuk sekali pebualan antara Jek dan Sky. Perbualan mesra mereka adik-beradik membuatkan sesiapa sahaja geli hati mendengarnya. Dan buat kita rasa alangkah beruntungnya jikalau kita semua ada adik beradik yang mendokong dan sentiasa memberikan semangat.
Saya berharap sangat yang ramai akan menemui jalan keluar apabila mereka baca buku ini. Saya doakan juga moga Allah hadirkan orang baik-baik dalam hidup awak dan menjadikan “kita" orang baik-baik dalam kelompok terdekat kita. Yang dapat membuat seorang itu bangkit, bukannya makin patah sebab sikap kita yang hanya tahu menghukum tanpa usul periksa.
Ada banyak lagi yang ingin saya perkatakan. Namun, cukuplah disitu sahaja. Terima kasih Fiy!
Tak pernah baca buku dengan gaya penulisan kontemporari. Suka hati saya jer bagi tema macam tu 😅
Jujur saya kurang gemar ayat yang dicampur bahasa Inggeris atau bahasa lain, tapi sekarang saya dah faham kenapa ramai suka dengan novel S-K-Y.
Jalan ceritanya kemas, memang dapat rasa penulis bagi 100% pada setiap watak, quotes dan refleksi yang dikongsikan di akhir bab.
Hal yang berlaku pada Sky, Qid dan Jet terasa hampir dengan diri sendiri. Penulis faham apa yang pembaca nak rasa. _____________________ Sky, gadis OKU pendengaran yang bagi saya cukup luar biasa. Namun masalah sosial yang dihadapi membataskan segalanya.
Terkejut juga bertimpa-timpa trauma yang dilalui oleh Sky. Penulis memang pandai mengatur hidup Sky yang terlihat okay, tapi...
Pada Qid dan Jet pula seperti watak impian, ya kita mahu mereka dalam hidup kita. Tunggu dulu.
Dunia ini lebih baik kalau kita menjadi seperti Qid dan Jet 🥰 _____________________ Saya tak pandai nak ulas panjang lagi, cuma nak beritahu saya puas hati dengan S-K-Y.
Penulis membawa saya mengenali Sky, yakni diantara contoh kepelbagaian masalah masyarakat. Masalah yang banyak didiamkan.
I love this book sebab lain dari yang lain, dan disebabkan kelainan itulah saya bagi 5/5 bintang. Tak banyak penulis yang mampu menyampaikan watak seorang yang mempunyai banyak sisi kelemahan seperti SKY.
Sewaktu membeli buku ni saya sungguh-sungguh sangka ia adalah sebuah komik (ketawa kejap), tapi bila sampai dalam bentuk ebook ohhh novel rupanya. Ketara sangat beli sebab cover dia cantik. :D
Sewaktu yang kedua pula adalah masa saya mula baca buku ni adalah selepas menghabiskan buku Aishah Madidiy - Velvet di Durham. Entah kenapa, beberapa chapter yang pertama saya dapat lihat persamaan dari konsep. Konsep yang jarang orang ketengahkan, setiap ayat sangat bermakna, sangat kena dengan tempatnya. Menghanyutkan diri kita sendiri ketempat watak utama.
Kekuatan sebenar buku ni memang pada karakter utama dia, seorang gadis pekak dan social anxiety memang, keep overthinking to herself sampai kadang-kadang naik geram juga dibuatnya. Tapi tak boleh salahkan dia sebab there are reason she becomes that way. Lalu pembaca dibawa menelusuri dengan tenang kehidupan SKY.
Bagi saya, buku ini ringan dan berat at the same time. Ada kalanya kita akan santai membacanya dan adakalanya dada kita akan berdebar dan berombak sebab macam cepatlahh nak tahu kebenaran. Sempat juga beberapa tangisan terselit di celahan buku ini (tarik hingus kejap). Buku ni juga ada plot twist yang tersendiri (im warning you).
Jadi siapa yang wajib baca buku ni: - Kalau kau slow reader dan mahu menikmati sebuah buku, buku ni tak sesuai dibaca dengan cara 'jogging', kau kena feel, tapi kalau kau nak pecut tak apa cuma mungkin kau akan tertinggal banyak hal. - Buat yang curious nak tahu kenapa SKY ni sangat insecure - Buat kau dan kau yang tak pernah faham kenapa seseorang lebih suka hidup sendiri. Uish mcm marah pula. Hee, tak lah. Contoh.
Tak tahu nak cakap macam manaa, saya suka sangat dengan buku ni!
Isu yang diketengahkan, gaya penulisan, input serta info yang diselitkan, cara watak tu berkomunikasi, semua best. Takde nak komen apa.
Sememangnya a 5⭐️ read.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
________________________
#Tags: 🧏♀️ Deaf, 😟 social anxiety, masalah keluarga, abusive, 😔 loss and grief, 💭 overthinking, ✊🏻 bahasa isyarat, 🎨 arts, yatim
Ahh, cukup rencah cerita ni.
Sky - mempunyai masalah pendengaran, ditambah lagi dengan social anxiety. Bayangkan mcm mana dia hendak menempuh hari-hari dia? It was overwhelming. Kisah silamnya juga antara punca kenapa dia jadi begitu.
Jet - Seorang abang yang sangat baik. Sangat protective dengan adiknya Sky. Kalau diberi pilihan antara Qid dan Jet, saya akan pilih Jet. Hehe.
🧕🏻🤵🏻♂️ Sky dan Jet, saya sangat suka hubungan antara dua adik beradik tersebut. Dapat rasa kekuatan ikatan silaturrahim tu. Sangat erat. Dpt rasa kasih syg mereka antara satu sama lain.
Qid - gentleman yg susah nak cari dkt mana². Dia tak judge Sky malah dia yang berusaha nak tlg Sky.
💘 Sky dan Qid memang ditakdirkan utk satu sama lain.
☁️ For me, a good book is when you can relate the story with ur own life. Saya dpt tgk diri saya dalam Sky. Saya dpt tgk diri saya dlm Jet. Saya juga dpt tgk diri saya dlm Qid. Setiap apa yg mereka tempuh, terutamanya part loss and grief tuuu sangat² bagi kesan dkt diri saya.
☁️ And mcm mana diorg move on, apa yg menyebabkan mereka move on tu bagi pengajaran yg sngt mendalam juga.
☁️ Kita dpt tgk character development terutamanya utk Sky. Daripada seorg yang selesa dlm ruangnya sendiri, skrg dia mampu keluar dari comfort zonenya. Sudah pasti ada Sky struggle tapi tetap ada manis di penghujungnya.
☁️ Rasa terpujuk dengan ayat² yang dinukilkan. Rasa bersemangat utk buka lembaran baru dalam hidup. Ya, itulah S-K-Y.
Introvert telah menjadi tema bacaan saya tahun ini. S-K-Y merupakan kisah seorang berperibadi introvert dengan kurang keupayaan mendengar dan bermasaalah social anxiety. Latar belakang keluarga yang bermasalah juga salah satu penyumbang yang memberatkan lagi beban yang dipikul.
Kisah S-K-Y dengan abangnya Jet, ayahnya dan Qid kawan abangnya. Betapa kecilnya dunia Skky dan Jet yang berkenalan dengan Qid yang juga ada perkaitan dengan satu peristiwa yang berlaku masa mereka kecil.
Saya suka kulit bukunya yang cantik dan juga kehadiran petikan kata-kata pada akhir setiap bab. Olahan cerita yang tersusun dan menyentuh hati.