Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sekali Lagi #2

Sedetik Lagi

Rate this book
9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.

Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.

Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?

Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.

Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?

277 pages, Paperback

First published March 27, 2020

4 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Auni Zainal

5 books113 followers
Auni Zainal ialah penulis novel yang berasal dari negeri Perak, Malaysia. Novel pertamanya, Sekali Lagi, telah diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April 2018.

Auni merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum beralih ke dalam bidang penulisan. Dia kini menetap di negeri Selangor bersama keluarga.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (23%)
4 stars
47 (38%)
3 stars
29 (23%)
2 stars
10 (8%)
1 star
6 (4%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
January 21, 2022
Aku cuma nak beritahu yang papan kekunci yang aku beli atas talian dua hari lepas baru sampai semalam. Tertekan juga aku bila papan kekunci rosak sebab tak dapat taip ulasan tentang betapa tertekannya aku cuba nak habiskan buku ini seperti yang berikut:

Sekali lagi lagi sekali, satu bacaan yang amat meletihkan. Banyak kali aku mengeluh.

Sekali lagi lagi sekali, aku rasa watak-wataknya dangkal dan bersifat satu dimensi tanpa perubahan atau perkembangan sepanjang cerita. Cubaan untuk merentas ke perwatakan dua dimensi hanya lebih menampakkan watak-wataknya seperti terlupa dos harian ubat penstabil emosi dan sedang mengalami perubahan suasana hati yang melampau. Mula-mula bersikap tertib sebelum di muka surat seterusnya watak-wataknya akan berubah secara drastik. Cubaan untuk menunjukkan tekanan kepada mental kesan daripada pengembaraan ke masa silam barangkali, sekiranya aku mahu berfikir secara baik, tetapi aku tak mahu. Bagi aku, perubahan perwatakan secara tiba-tiba ini utamanya adalah cubaan tidak lancar bagi mendatangkan konflik dalam cerita untuk seterusnya menggerakkan cerita.

Sekali lagi lagi sekali, aku tak rasa jalan ceritanya dirangka dengan baik. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan fungsi pelbagai dan tanpa penghujungnya diari merah dan juga peraturan dalam pengembaraan ke masa silam dan kesannya kepada masa hadapan. Satu demi satu fungsi baru diari merah muncul tiba-tiba seolah-olah setiap muka surat yang dibaca merupakan kiraan ke seratus peratus muat turun di sebalik tabir kemaskini perisian diari merah yang menawarkan fungsi demi fungsi yang baru. Dimasukkan satu per satu di saat terakhir sekadar untuk menggerakkan cerita lagi. Ada banyak perkara juga yang bagi aku tak berapa konsisten dan mengelirukan tentang perjalanan masa yang diceritakan yang sehingga ke akhirnya tiada penerangan yang jelas diberi. Sepertinya tiada peraturan yang tetap dalam pengembaraan masa dalam buku ini. Main bantai jelah. Asalkan boleh leretkan cerita nak cukupkan jumlah patah perkataan. Entahlah, pening aku. Entahlah, penat aku.

Sekali lagi lagi sekali, bukan antara buku yang aku rasa nak baca sekali lagi.

Dan akhir sekali, tak nak lagi.
Profile Image for Regina Ibrahim.
39 reviews9 followers
June 17, 2020
SEDETIK LAGI
Penulis: Auni Zainal
Iman Publication
---------------------------------------------------
Saya ingin menukar tajuk novel rentas masa ini sebagai JUNGKIT LAGI kerana berkali kali watak watak pilihan mengjungkit bahu dan jungkit kening. Novel dengan berlaras bahasa mudah dan menarik ini sesuai dibaca oleh pembaca remaja yang gemar cerita Thriller dan Misteri. Tidak ada gelut seksual atau gender yang terlibat.

Segalanya berpusar tentang Diari Merah. Penulis berjaya membuatkan pembaca ikut serta berdebar dan tertanya tanya sepanjang penceritaan.

Saiz dan font pilihan penerbitan yang bagus.

Bagi yang sudah menonton filem Butterfly Effect dan Back to Future - mereka akan familiar dengan perjalanan cerita Sedetik Lagi. Penulis berjaya menimbulkan rasa syak sepanjang bacaan. Kiat plot yang menggunakan nama Yah sebagai cinta hati watak utama sangat dipuji.

Membaca fiksyen sebegini janganlah ditanya akan hal hal realistik seperti: Panggil Ambulan belakang kawasan kilang setelah dikejar dan mengejar, duit belanja dan sewa bayar pakai duit apa setelah merentas masa. Makan dan restoren hampir tidak ada dalam penceritaan.

POV3 pilihan penulis saat bercerita sangat menarik dan selamat, jadi tidak menjadi soal kenapa ekspresi setiap watak itu mendatar atau bernada sama sahaja. Sesekali penulis akan bermain dengan pantun dan prosa indah. Tugas meleraikan segala persoalan dalam bab bab terpilih di penghujung cerita harus dipuji. Cumanya pembaca tertanya tanya kenapa begitu 'selfish' meninggalkan Liana dan Nik? Bab bab akhir banyak bertumpu pada misteri 'kau, aku dan dia' orang yang sama...

Keseluruhan saya fikir ia percubaan yang baik, layak dinikmati oleh pengemar buku triler misteri.

Syabas Auni Zainal.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
June 26, 2020
This is mind blown!

Okay no worry, spoiler free ahead.

Cerita ini adalah kesinambungan kepada cerita Khalis dari Sekali Lagi. Dan buku ini sangat dan sangatlah sedih lebih-lebih lagi kalau anda orangnya emosi senang terjentik macam saya. Pembukaan kisah ini juga sangat devastating, dan setiap muka surat akan diselang seli dengan cerita Leh dan Yah. Siapa sebenarnya Leh dan Yah ni dan kenapa mereka kisah mereka memenuhi hampir 50% dari buku ini?

Buku ini juga seolah mencabar minda, dihiasi juga dengan jenaka-jenaka santai yang boleh buat kau tersenyum dan terketawa kecil everytime bila kau rasa part tu nak jadi serius. Tabik dengan cara penulisan Puan Auni yang kemas tapi still, masih mencabar minda ku.

Kekuatan sebenar novel ni bukan hanya terletak pada konsep time travel tu, tapi ia juga pada konsep penebusan diri dan keperluan untuk kita lebih memandang masa hadapan berbanding masa lalu. Pengakhirannya juga rasa seperti berada di parallel universe. It was devastating and heartbreaking. Its like playing a games with limitless life. To see the same pain again and again? I cannot stand that.

Sanggupkah kau mengalami keperitan yang sama atau melepaskan nya? Buku ini ajari saya untuk lepaskan keperitan itu. Move on is the best words, and pray the best from Allah. Jangan sebabkan masa lalu, kita takut untuk menghadapi hari esok.

Pengakhiran novel ini bakal menjawab persoalan anda semenjak dari Sekali Lagi, siapa punca sebenar dan kenapa ianya boleh berlaku. Ia menyentuh nilai persahabatan, nilai kekeluargaan dan kasih sayang yang sentiasa ada dan tak terpisah dek masa.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
May 20, 2020
“Benda yang dah berlaku, walaupun ia berada pada garis masa akan datang, tetap dah berlaku kan? Ia dah jadi masa lalu!”

_______

Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
January 21, 2022
Hidup ini adalah untuk hari ini.

Tiada keperluan seseorang manusia itu terlalu merentas fikiran dan hati untuk mendalami yang sudah atau belum terjadi. Mereka perlu berusaha mengubah apa yang ada di tangan mereka sekarang.
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
November 26, 2023
Entah apa-apa… pada awal cerita saya dapat ikuti. Lama kelamaan semakin hanyut, hilang arah, terbang merentas masa tanpa tinggal hint pada pembaca. Saya seperti merasa penulis dan tim editor syok sendiri. Buat cerita untuk mereka bukan untuk pembaca. Sedetik Lagi buat saya lagi kecewa dari Sekali Lagi.
Saya tahu tema dan mesej yang ingin sampaikan dari cerita Khalis dan watak-watak lain. Namun, kenapa begini plot ceritanya?
Ceritanya buat saya penat, nak marah dan rasa seperti diperbodohkan. Tak tahulah… Kat belakang sempat lagi promote buku lain Koloni M. Memang taklah weh…
Ada kata baca Mengejar Mimpi Sempurna iaitu revamp dari Sekali Lagi. Okay saya akan baca yang itu…
Tapi terfikir juga kesian yang dah kena dump dengan Sekali Lagi + Sedetik Lagi lepastu kena beli and baca pula Mengejar Mimpi Semula. Saya tak tahu lah siapa yang spend duit lagi atau masa.. Kalau buku revamp tu ada kat library saya pinjam.. kalau takde takpelah..rasa tak tercicir apa pun.
Profile Image for XRXNX.
149 reviews11 followers
June 18, 2020
Sekuel kepada Sekali Lagi, Sedetik Lagi menceritakan tentang Khalis setelah ter-'time travel' ke masa lalunya.

Novel ini agak action-packed and mysterious from the beginning, shows how tak tenangnya hidup Khalis sejak dia time travel, how it affects his relationships with some people like Ghazali and Nadiah. But, I ADORE how Khalis and Ghazali's friendship develops eventually.

The plot moves pretty fast and it's pretty complex, but it also creates A LOT of questions along the way and there's not enough answers. 😭 (Maybe I'll find them after re-reading it again IDK🤔)

The timeline was pretty confusing at first after so many back and forth, but I had a pretty good idea of it after re-reading Sekali Lagi. 🤣

Plot twist di penghujung was pretty mind-blowing and also contributed to the timeline confusion. 😂 Also, that cliffhanger at the end though 😮😮

Saya nampak setiap watak utama yg time travel guna diari merah tu menunjukkan cara yang berbeza they deal with the circumstances they are in.

It was BRILLIANT 👌 while also requiring full attention and focus. (And remembering how the diary works from the first book. I totally didn't and just winged it.😂)
June 22, 2020
Buku Sekali Lagi dan Sedetik Lagi benar-benar mengajar saya untuk menghargai masa sekarang dengan sebaiknya bersama dengan orang yang tersayang. Penyesalan akan hadir di saat kita kehilangan semuanya. Di saat kita hilang, kita punya dua pilihan.

1. Untuk terus menyalahkan Tuhan dan takdir
2. Bangkit dan teruskan kehidupan agar kita tidak menyesal lagi di masa hadapan.

Pilihan di tangan kita. Kita yang memilih.
Tapi, orang yang berjaya. Dia akan memilih yang kedua kerana dia tahu tiadalah guna untuk dia menyalahkan takdir dan cuba untuk mengubah masa lalu. Sedangkan tindakannya hari ini yang akan membentuk masa depannya dengan lebih baik.

Buku yang benar-benar mendidik pembaca untuk pandang ke hadapan dan cukup sekadar menjadikan masa lalu sebagai pengajaran untuk terus bangkit di masa hadapan.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
June 21, 2021
KLIK>> TONTON WRAP UP | Sedetik Lagi

Baca buku ni juga dah lama! Baca dalam keadaan tak baca prekuel, Sekali Lagi. Maka banyak juga backstory watak yang saya tak faham.

Kalau tidak rasanya mungkin saya lebih menghayati watak.

Bagaimanapun, penulisan Kak Auni mudah menyentuh hati saya. Teringat lagi. Saya baru baca beberapa bab pertama. Last-last, nangis dalam tandas dan termenung sepanjang hari. Huhu.

Saya kurang faham sikit hint-hint dalam buku ni sebab tak faham reference (dalam buku pertama).
Masih buku yang mengujakan.
---
YOUTUBE | INSTAGRAM | WEBSITE
Profile Image for Jannatun.
9 reviews20 followers
May 12, 2020
Bagi yang pernah bersama Khalis menelusuri hidupnya dalam #SekaliLagi pasti mengerti betapa penatnya hidup ini - setelah 'terbang', 'melompat-lompat' pula.

...dan akhirnya semuanya selesai 'back to square one'. Selamat tinggal, Leh!
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
January 5, 2021
Buku #2 Sekali Lagi ini buat aku faham. Rupanya Khalis yang jumpa diari merah hati tu sebelum Nadiah. Khalis yang merentas masa dahulu. Khalis yang tulis pantun pada bahagian muka surat hadapan diari tersebut. Dan Khalis juga yang koyakan muka surat itu sebab dia tidak mahu menyakiti Nadiah. Jadi Khalis mengubah masa depan, bila dia tidak bernikah dengan Nadiah, maka tiada Tanis dan Toriqh. Maka, tiada kesedihan pada diri Nadiah.

Mencabar jugak jalan cerita buku ini. Perlu baca buku Sekali Lagi untuk tahu apa yang terjadi pada Nadiah. Buku Sedetik Lagi ini memberi penjelasan terhadap apa yang sebenarnya terjadi dalam beberapa scene dalam buku #1. Lagipun, buku #1 tergantung pada bahagian epilog.

Khalis = Leh
Nadiah = Yah
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
July 12, 2020
Kisah Khalis dan Leh menjawab banyak persoalan tentang masa. Masa itu relatif, apa yang sudah berlalu seharusnya menjadi pengajaran untuk kita bagi meneruskan hidup dengan lebih baik.

Khalis kembali semua ke 9 tahun yang lepas dan terperangkap di situ kerana dia terlalu berfikir tentang apa yang pernah di lakukan dulu. Overthinking menyebabkannya terus terperangkap.

Plot cerita yang pantas dan ini buka cerita yang anda boleh baca secara melangkau muka surat. Setiap bab, setiap ayat seperti hint untuk apa yang atau sudah terjadi. Fokus penting ketika membaca buku ini. Excited will kill you at the end, so keep calm dan just read. 😁
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
July 29, 2025
Masih mengekalkan elemen time travel, Sedetik Lagi merupakan sekuel kepada Mengejar Mimpi Sempurna (revamp Sekali Lagi). Jujurnya, aku ada sedikit mixed feeling. Walaupun aku macam lost sikit dengan hala tuju cerita, tapi disebabkan laras bahasa yang digunakan, aku hanya ambil masa kurang dari 5 jam untuk selesaikan bacaan. Baru faham kenapa dalam buku sebelum ini fokus watak utamanya beralih dari Nadiah kepada Khalis. Semuanya saling berkait. Akhirnya aku tahu dari mana datangnya diari merah tu, walaupun kewujudannya masih misteri. Ada beberapa plot yang belum terjawab, tapi plot twist di akhir cerita sungguh tak terjangka. Hidup untuk hari ini.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 3, 2023
Akhirnya selepas 2 tahun, berjaya juga baca buku ini.. Watak utamanya Khalis..Sha suka Ghazali sebab tak pernah putus asa untuk selalu ada di sisi Khalis walaupun Ghazali tahu Khalis tak berapa sukakan dia.. Sha suka dengan apa yang penulis cuba sampaikan iaitu kita kena hidup untuk masa sekarang bukannya terperangkap dalam masa lalu..
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
July 16, 2022
Seperti novel pertama, penulis bijak mengatur plot cerita bergerak pantas. Persoalan yang muncul di novel pertama dijelaskan dengan baik dalam novel kedua ini. Recommended novel kepada yang minat genre time-travel dan plot cerita yang bergerak pantas.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 1, 2024
Penceritaan agak serabut dan rushing sgt.Pening jugak la sekejap watak dari timeline mana.Entah kenapa yg ni mcm tk sampai sgt.
Rasa mcm watak dlm ni hm...
KP hm plot twist sikit je la di situ.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatin Rahman.
29 reviews2 followers
August 6, 2022
Disebabkan perasan ingin tahu yang membuak-buak, maka habis lah buku kedua dari sekuel Sekali Lagi ni. Fuhhh, yang kedua ni sangat mencabar untuk difahami.

Jalan cerita yang penih muslihat memaksa kita untuk berhenti sejenak, menyambung perkaitan antara satu watak dengan yang lain.

Kalau yang pertama, watak utamanya Nadiah. Yang kedua ini, Khalis, suami Nadiah merupakan peneraju utama. Kini Khalis merasa sakit dan derita yg dihadapi Nadiah dalam menghadapi konflik diari merah.
Watak yang dipersembahkan ialah interpretasi Khalis dalam tiga dimensi masa, masa lalu, sekarang dan masa hadapan.

Jikalau yang pertama membawa konotasi berdamai dengan takdir, yang kedua ini mengajar kita untuk mengawal apa yang dalam kawalan kita iaitu masa sekarang.

Masa lalu ialah masa yang menjadikan kita sekarang, dan masa depan ialah sesuatu masa yang pasti berlaku kerana begitulah takdir Tuhan.

Frasa 'future is not guaranteed' sebenarnya tidak boleh menjadi pegangan buat kita yang beriman dengan aqidah Islam kerana kesemua takdir yang akan berlaku pada kita telah tertulis sebelum manusia diciptakan lagi.

Yang perlu kita imani ialah masa depan pasti berlaku, cuma bagaimana ia berlaku bukan dalam ilmu kita, hanya Dia, Tuhan yang Maha Mentadbir yg tahu.

Setelah memahami hakikat ini, yg boleh dikawal hanyalah masa sekarang. Jadi bertindaklah, teruskan menjalani kehidupan dengan betunjangkan frasa 'the power of now'!


- FR 🤍

More book reviews,
Instagram : fatinrahmann_
Profile Image for Norhasiah Akhir.
32 reviews
April 17, 2023
Macam mana nak cerita ekk....

Habis baca dalam 2 hari, maksud? Cerita dia best lah kan?

Memang best.
Tapi pening, confuse.

Bila last korang baca novel fiksyen yang pening jalan ceritanya?
Sekejap ke sana, sekejap ke situ...
Flash back - flash back...

Tapi rasa ingin tahu tu ada, menebal nak tahu macam-macam hal....
1) Bagaimana boleh jadi macam tu?
2) Bolehkah mereka bersatu mengubah sesuatu yang tak pasti?
3) Apa misteri yang terjadi sebenarnya...

Dek rasa nak tahu inilah, dengan tak sabarnya pembacaan dihabiskan dalam masa 2 hari.

Endingnya puas hati, walaupun tidak berapa jelas.
Ada beberapa part kena predict sendiri pengakhirannya.
Dan ada beberapa babak yang tidak jelas.

Tapi jalan cerita sangat best. Macam mana ekk nak cakap....

Takpelah, tak yah cakap lah....kalau korang berpeluang baca dan nilaikan sendiri ye. For me, 3⭐️ cukup.

Kesimpulannya >>
𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙠𝙙𝙞𝙧. 𝙎𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞𝙥𝙪𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙗𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖, 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜. 𝙄𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙣𝙩𝙪𝙞. 𝙆𝘼𝙇𝘼𝙐 - 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙧𝙖𝙘𝙪𝙣. 𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙆𝘼𝙇𝘼𝙐, 𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙧𝙖𝙥 𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖 𝙞𝙩𝙪. 𝙏𝙝𝙚𝙣 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙪𝙗𝙖𝙝, 𝙆𝘼𝙇𝘼𝙐 𝙞𝙩𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙖𝙙𝙞, 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙖𝙙𝙞. 𝙎𝙚𝙨𝙖𝙡 𝙟𝙪𝙜𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖. 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙥𝙪𝙖𝙨......😩😔😔

#asiahbookwonder
#DamaiDenganBuku
#readingjourney
#aunizainal
#sedetiklagi
#imanpublication
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
December 11, 2022
Sedetik Lagi
Auni Zainal

Ini adalah sekuel novel "Mengejar Mimpi Sempurna". Sedetik lagi mengisahkan perjalanan "pergi dan balik" Khalis dengan diari merah.

Kalau dalam MMS, Nadiah adalah watak utama, dalam SL Khalis menjadi spotlight. Nadiah telah pergi. Khalis masih lagi terperangkap "pergi dan balik" dalam diari merah.

Jika kita diberi peluang untuk kembali ke masa lalu dan mengubah apa yang kita inginkan, adakah kita mahu. Mahu sahaja tidak cukup. Adakah kita sanggup berdepan dengan takdir yang bakal berubah.

"Kita lepaskan hidup kita yang lalu! Hidup sebaik mungkin dengan apa yang kita ada pada hari ni. Sebab masa kita sangat berharga walau hanya sesaat. Sayang kalau kita habiskan usia kita dengan menyesali perkara-perkara yang telah berlaku."

"Percayalah, tak semua benda seperti yang kau nampak. Kita nampak semuanya macam mudah bagi dia, tapi sebenarnya, banyak yang dia kena lalui untuk capai ke tahap tu."

"Hidup ini adalah untuk hari ini. Tiada keperluan seseorang manusia itu terlalu merentas fikiran dan hati untuk mendalami perkara yang sudah atau belum terjadi. Mereka perlu berusaha mengubah apa yang ada di tangan mereka sekarang. Barulah pada mereka, takdir itu jadi adil."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Hamidah Effendi.
351 reviews3 followers
February 24, 2025
3 star sebab aku masih tak faham macam mana diaorang semua boleh balik. Open ending😅 pen apa pun aku tak faham, apa kaitan dengan pantun..blur dibuatnya..macam mana Nadiah balik dalam sekali lagi pun tak berjawab..tahu2 dah tak ada.

Kisah kali ini adalah sambungan sekali lagi..tapi kali ini watak utama lebih paranoid. Aku sangka kan dia pi khawin bahagia dengan Nadiah..ternyata dia macam orang gila..lebih gila dari Nadiah..salah sangka dengan Ghazali. Tapi kelakar part bila semua dah redha dan giveup dengan diary-Ghazali kena ambil degree lagi...dah kena belajar 2 kali🤣🤣🤣🤣kesian minda dah berusia tapi badan 20-an...repeat balik benda sama..tension member😅

Most 60% isi buku - semua yang time travel paranoid.
Ada diselitkan kisah Leh dan Yah, yang ni pening sikit nak hadam - kisah dalam memory Leh or yang dah diubah?!..😅 pening pula penulisan kali ni..

Aku tunggu baca feedback dalam gooreads je lah.Mungkin ada orang boleh menjelaskan..ketahuilah aku Lost bila cerita macam ni😖😖

Mesej akhir: Lihat sekeliling dan teruskan berjalan. Biarkan yang dah berlalu. Move on dan hidup untuk hari ini.Hargai apa yang ada sekarang...🫡
3 reviews
August 8, 2022
Pembacaan yang sangat menarik. How i wish benda tu wujud in real life. Haha.

For me, apa yang paling terkesan adalah konsep 'the power of now'. Yang penting adalah hidup kita yang sekarang, bukan pada masa lalu atau pada masa hadapan. Bagaimana kita memaknakan setiap momen dalam hidup kita yang sekarang tanpa rasa terlalu menyesal terhadap apa yang sudah berlaku dan tidak terlalu risau dengan apa yang bakal berlaku sampai kita jadi paranoid.

Semoga kita sentiasa bersangka baik pada Tuhan atas segala apa yang kita lalui dalam hidup ini.
Profile Image for Miina00.
27 reviews
March 10, 2023
Aku sejujurnya tersangat berpuas hati dengan buku ni, plot yang mantap , falsafah, dan sains fiksyen yang ditekankan sangat bagus.

Satu point yang aku paling minat juga ialah karakter- bagi aku setiap watak ada karakter yang menonjol sifat masing² dan konsisten, contohnya watak Nik, Liana, Zali dan semestinya Khalis, bagi aku berbanding buku² fiksyen yg jarang sekali aku baca, Sekali Lagi mempunyai kekuatan watak, dimana aku rasa jarang² buku lain ketengahkan perkara ini

Profile Image for Zi.
31 reviews
December 26, 2025
Lagi baca, lagi jelas sebenarnya ini buku kedua dalam siri. Tapi jujurnya, fakta itu tak membantu langsung pengalaman membaca. Cerita dia sendiri tak cukup kuat untuk tarik minat. Jalan cerita terasa hambar, watak-watak pula agak flat dan tak berkembang. Dialog antara watak pun sama, walaupun guna Bahasa Melayu terkini, ia tetap kedengaran kaku dan kurang berkesan. Secara keseluruhan, buku ini gagal untuk buatkan aku sebagai pembaca rasa terlibat atau ingin teruskan bacaan.
Profile Image for Syamimi Fatin.
18 reviews
July 2, 2021
Serius novel ni mind blown! Cerita ni sambungan kepada cerita Khalis dalam Sekali Lagi. Mengajar kita bila kita kehilangan sesuatu tu kita akan rasa penyesalan.Kita tak perlu risau sampai paranoid pun pasal apa yg akan jadi pada masa depan atau pada masa lalu. Live well for today and we always have choice. Thats our power!
7 reviews
January 4, 2022
One of the best fictional Malay novels I read. The time-traveling theme has never been my preference however this novel is exceptional. This book is really making me ponder about myself and it is a good book to read to start your new year.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
June 14, 2022
Cerita ni memang best. Cuma 1 je masalahnya, berbelit². Sis ni dah la lembab nak hadam pasal timeline², jadi pening plak. Cemana Leh tu boleh jadi Khalis? Then sape plak si Thoriq? Pastu last sekali, cemana diaorang kembali? Serius pening.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tea.
24 reviews
April 1, 2023
3.89.

"Bukan curang kuatur tertib,
Mana muka dibawa pulang,
Tertampan jalan pena mencatit,
Bertitik-tolak kisah berulang.

Berdampil lemah bersanggit,
Berpisah kuat bertentang,
Elok lemah asal dipamit,
Dari kuat ditinggal seorang."

Auni Zainal, Sedetik Lagi, 2020, h. 257.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sakinah Farit.
12 reviews
September 27, 2020
Kisah ibarat hilang dalam mesin putaran masa. Andai dapat kita putarkan masa ke masa lampau, apa yang ingin kita ubah supaya hidup lebih baik daripada masa kini?
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
November 2, 2021
Buku ni macam ringkas, tapi ada mesej.

Aku nampak kita kena pandang depan, jalan terus. Jangan sampai terperangkap dengan kisah silam.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.