Jump to ratings and reviews
Rate this book

Trilogi Sesuatu Yang... #1

Sesuatu yang Hilang

Rate this book
"HIKMAH ATAU BENCANA?"

Bagi Mikha Mikhail kehidupannya sudah sempurna.
Ada ibu yang menyayanginya; dapat bekerja di syarikat idamannya dan ada dua orang BFF yang sehati sejiwa.

Namun, semuanya berubah pada satu pagi. Semua orang memandang pelik ke arahnya. Tambah menghairankan bila Shuwan dan Nayan beria-ia memeluk dan menangis melihat dirinya. “Kau ni dah kenapa? Macam sebulan tak jumpa aku.” “Babe… dah dua bulan kau hilang. Tak datang kerja.” Mikha melopong. Tidak masuk akal dia tak datang kerja selama dua bulan! Bukankah baru semalam dia bersengkang mata menyiapkan proposal untuk bosnya? Mana mungkin ditinggalkan kerjanya begitu saja?

Masalahnya kini, cuma satu; ada sesuatu yang hilang dari memorinya hingga dia tak ingat apa yang sudah berlaku! Pelbagai persoalan menggasak fikiran. Tetapi, semakin dia mencari jawapan, semakin dia lemas dengan jawapan yang ditemui.

Dia... ada skandal?
Dia... pernah membunuh?
Dia... sebenarnya wanita yang jelik dan menjijikkan?

Ada sesuatu yang akan hilang selamanya, tetapi ada juga sesuatu yang hilang akan kembali ditemui.

Namun... adakah ia berbaloi?

422 pages, Paperback

First published January 1, 2020

5 people are currently reading
199 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books549 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
96 (41%)
4 stars
107 (46%)
3 stars
25 (10%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 75 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
593 reviews106 followers
July 1, 2020
Mikha Mikhail menjalani kehidupan yang sempurna. Namun pada satu hari, kehidupannya berubah kerana sesuatu yang tidak masuk akal terjadi. Mikha tidak datang kerja selama dua bulan dan dia langsung tidak ingat apa yang sudah berlaku. Memorinya hilang! Yes! Sesuatu yang hilang!

Pada awal pembacaan, aku sangat teruja untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup Mikha. Kenapa dia lupa ingatan? Betul ke dia ada skandal? Seriuslah Mikha dah kahwin? Pelbagai persoalan bertubi-tubi muncul lantas aku bersungguh-sungguh baca dengan niat untuk menghubungkan semua puzzles yang ada.

Cuma apabila terlalu banyak puzzles untuk digabungkan, terlalu banyak pertanyaan, buatkan aku rasa pening dan rasa nak give up. Pada ketika ini, aku hentikan pembacaan kerana percaya bahawa minda aku perlukan rehat daripada memikirkan hal Mikha. Haha. Melampau betul rasa 😂

Pembacaan bersambung dan ternyata jalan cerita semakin menarik apabila Mikha mendapat kembali memori yang hilang itu. Semua terungkai dan di sinilah kita akan mula mengenali Ibra Ibrus. Si jejaka pilihan Mikha. Bukan pilihan saya kerana Duta tetap di hati. Eh? 🤪 Semakin laju pembacaan hingga jumpa perkataan tamat dan ending buku ini membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Emosi terganggu. Apa yang telah terjadi? Serius lah ending macam ni?

Namun begitu, selepas mendapat pencerahan bahawa buku ini ada kesinambungan cerita, maka aku bisa tenang semula. Emosi stabil 🤭

Sesungguhnya, karya Anna Lee tidak pernah mengecewakan. Walaupun novel ini agak kurang menyengat bagiku tapi Anna Lee tetap menampilkan kelainan dari segi jalan cerita dan perkembangan watak yang teratur dan semestinya plot twist yang tidak dijangka.

Akhir kata, harap semua persoalan bakal terungkai dalam novel kedua nanti. Kembalikan sesuatu yang hilang itu 😉

Rating: 4/5 🌟
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
May 30, 2020
bila start baca buku ni memang excited sangat nak tahu apa sebenarnya terjadi dalam hidup Mikha ni tapi bila heroin terlalu banyak drama, sedikit sebanyak agak menganggu mood membaca.

jalan cerita semakin menarik bila Mikha dapat balik memori dia. time ni rasa macam nak kesian kat semua orang sebab masing-masing punya timing tak kena. Ibra jatuh hati pada Mikha tapi keadaan pula menghalang. Mikha minat pada Ibra tapi lelaki itu pula menghilang. Ben yg terlalu tergesa-gesa bertunang kemudian tertarik dengan perwatakan Mikha but still Mikha tak patut melibatkan diri dia dengan tunang orang atau suami orang.

penghujung cerita makin best tapi bila tertiba sampai ending terus rasa macam nak campak je buku ni, tak faham kenapa tergantung begitu. overall, still menarik untuk dibaca dan plot twist unpredictable.

https://tiaarasapphire.blogspot.com/2...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
June 24, 2023
[BOOK 117]

Sesuatu Yang Hilang by Anna Lee.
.

Menyesal je aku baca buku ni sekarang. hahah. Patutnya aku baca once sekuelnya dah keluar. Dah tu, macam mana aku nak bersabar tunggu sambungannya keluar ni?
.

Aku, sekarang ni, kalau baca buku AL, aku akan tenang-tenang je. Baca je apa yang AL tulis. Tak payah nak main teka-teki sampai nak pecah otak, confirm salah. So, baca je la sampai habis, baru dapat jawapan. Masalahnya, kali ni, aku baca sampai habis pun, tak dapat jawapan lagi, macam mana ni?
.

Buku ni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.
.

Bahagian 1 ialah bila Mikha muncul semula di pejabatnya selepas 2 bulan menghilang. Masalahnya, Mikha takde memori langsung apa yang jadi sepanjang 2 bulan tu. Eh tetiba dia ada skandal dengan bosnya. Tetiba dia dah kahwin dengan stok hero novel pulak tu. Apa sebenarnya yang jadi ni?
.

Bahagian 2 pula bila Mikha dah dapat balik memorinya yang hilang. Okay, smooth je ceritanya. Tapi jangan tertipu, okay.
.

Bahagian 3 ialah endingnya. Tetttt....ada lagi misteri yang belum terjawab. Siapa penjahat tu sebenarnya? Macam mana gelang Mikha boleh ada pada Ben? Adakah Ben? Dan apa jadi pada Ibra?
.

Bila Sesuatu Yang Hilang 2 nak muncul ni?
.

p/s: oh ya, aku masih menanti Mesej 2 jugak.

___________________________

[BOOK 73]

Trilogi I: Sesuatu Yang Hilang by Anna Lee.
.

Reread!!!
.

Haihh. Last time aku reread was last year. Masa baca buku Nujum Casiopeia yang best gila tu. hahaha. Ni aku reread sebabnya nak baca trilogi tu la.
.

Dan pandangan aku terhadap buku ni, masih tetap sama. Tetap best.
.

Cumanya disebabkan pernah baca dulu, so awal-awal baca buku ni, aku tak rasa teruja sangat sebabnya dah tahu cerita kan. Cuma bila dah masuk part wujudnya Ibra dan segala teka-teki dan persoalan muncul, barulah rasa best.
.

Ceritanya, bila pergi kerja, rupanya baru dia sedar yang dia telah hilang selama beberapa bulan. Tapi Mikha langsung tak ingat apa-apa. Dan dia jumpa dengan Ben, bosnya. Dan adanya Ibra yang mengaku sebagai suaminya. Tengah-tengah keserabutan tak ingat apa-apa tu, tetiba Mikha mengandung.
.

Jadi, persoalannya, apakah sebenarnya yang terjadi kepada Mikha sehingga dia hilang ingatan? Dan anak siapakah yang Mikha kandung?
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
May 15, 2020
Buku AL memang suka main dengan timeline & flashback. Mula² permulaan dah buat kita bermain teka-teki. Pastu part hujung² tu.... Aaarghhh! AL... i need a very nice ending. Rasa serabut perut ni tambah berdebar² hati ni sebab baca ending macam ni. Macam² dah assumption keluar. Tak tenang hidup sis dengan ending AL ni. 🤣

Dimulakan dengan persoalan yang buat kita tertanya² apa terjadi dengan Mikha ni? Accident ke? Kena drugs ke? Takkan boleh amnesia and lost memory terus 2 bulan. Apa punca dia lupa habis semua ni?

Lepas tu, sikit² AL bongkar pasal Mikha..ya Allah, complicated nya lahai hidup ko ni Mikha. Kadang² rasa macam jahat sangat dia ni sebab bercinta dengan si Ben yang dah bertunang tu. Tapi, cinta datang dengan sendiri sebab tu orang cakap, kalau dah tau orang tu berpunya, baik terus jauhkan diri, takut terjebak skit² macam si Mikha ni. Lepas tu geram juga dengan Mikha ni sebab dia boleh tak percayakan suami dia, Ibra, tapi dia boleh cerita dekat Ben? Cemana kalau Ben tu sebenarnya jahat & twist story? Itu dia tak fikir pula, ni bleh was² dengan suami sendiri. Walhal si Ibra Idrus tu suami yang paling sweet, caring, cool, baik, kaya, hansem, almost 99% perfect lar. Memang salute lar dengan tahap kesabaran Ibra ni. Tapi yang part twisted plot last sekali tu, itu memang unpredictable. Tak masuk dalam gambaran pun dia tu "penjahat" dalam cerita ni. Haha. Semua yang sis teka masa baca ni semua salah. 😂 I want more Anna Lee!!
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 18, 2020
Pernah main jigsaw puzzle tak? (bukan games dalam phone tapi yang real kau susun sendiri) Kalau nak cantumkan kepingan yang saiz kecil ambil masa berapa lama? 2 hari, 3 hari? Buat sorang ke dapatkan bantuan orang jugak? 😂

Macam tulah nak cerita bila aku baca SYH ni. Kepingan puzzle tu lambat bercantum. Bila dah sampai ending, kau terus cakap kat Kak Jue. Kau lost! Hahaha... Adakah disebabkan aku dah lama tak baca buku Anna Lee selepas Butterfly? Poyo 😛 Tapi kalau nak ikutkan SYH ni kategori berselirat yang ringan berbanding Butterfly.

Jangan percayalah kalau Kak Jue kata dia nak tulis cerita yang klise. Tak akan jadi klise kalau dia yang tulis. Akan ada part yang buat kau kena berfikir sikit. Walaupun tak banyak tapi ada. Tapi aku tetap terima sebab dah suka.

Apa yang jadi bila kau dah baca ending? Semestinya aku suruh Kak Jue sambung. Giler ah 422 muka surat bagi aku tak cukup lagi. Bila dah baca kau rasa sayang nak habiskan tapi dalam masa yang sama kau nak tahu apa jadi dekat Mikha, Ben dan Ibra. Apa yang hilang dalam novel ni? Itu yang kau kena rungkai dan sampai sekarang jalan cerita ni stucked dlm kepala dengan pelbagai kenapa itu, kenapa ini, kenapa tak macam tu, kenapa tak macm ni. 😂 Tetiba aku terblur banyak dalam nak merungkai perihal Mikha terutamanya. Dahlah hilang sesuatu yang berharga pastu nak bina balik kepercayaan dan semangat yang hilang tu lagi. Nasib baiklah ada Ibra Idrus yang aku love giler karakter dia. Harap Kak Jue tak buat plot twist karakter Ib untuk buku kedua nanti 🤣 Kalau tak memang betul2 saya baling ke dindinglah cerita dia.

Dan watak yang bagi aku kelakar adalah watak Mak Esah. Nanti korang baca korang tahulah apa kaitan dia dengan Mikha. Asal masuk part dia je aku gelak. Perwatakan kepochi dia yang bagi aku tak menyakitkan hati pun. Tapi terhibur.

Last but not least, SYH ada kelainan dan ada tips berguna jugak yang dikongsi oleh Mikha, dan kau akan cakap...'owh... nak cari jodoh mcm ni pun ada eh' hehehe.. Dan dari situlah juga titik pertemuan antara Mikha dan Ibra. #teamibraidrus 😄Ibra pun ada tips jugak mcm mana nak dapatkan kerja, cuma berkesan untuk Mikha jelah. Hahaha

Dahlah kang cerita lebih2 tak suspen. Baca sendiri SYH dan rasai sendiri pengalaman menaiki roller coaster. Kak Jue dah bagi hint nak sambung kisah Mikha-Ibra-Ben nanti, so kita wait and see bila dapat peluk buku kedua plak. Harap semua persoalan dalam fikiran aku akan terungkai dengan jayanya. 🙈
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
January 15, 2021
Hidup Mikha sgt complicated. Dlm tempoh dua bulan macam-macam telah berlaku. Bayangkan bila satu hari tu kan tiba-tiba kau tak ingat apa-apa. Kau menyedarinya setelah secara tiba-tiba org yg rapat dgn kau cakap dah dua bulan kau menghilang. Tiba-tiba duit dalam akaun bank kau bertambah banyak sedangkan sblm ni cukup-cukup makan je. Paling mengejutkan bila kau dapat tahu sebenarnya kau dah kahwin. Itulah yg Mikha hadapi. Sesuatu yg hilang buat dia melupakan semua yg berlaku pd dirinya.

Mikha Cuba mencari secebis memorinya. Knp dia tak ingat. Adakah sesuatu yg hilang dari ingatannya kerana terlalu pahit untuk Mikha kenang?

"Sebab maafkan abang dan masih terima abang. I love you so much."

Kata-kata yg selalu dituturkan oleh Ibra Idrus iaitu "suami" Mikha sering menghantui fikirannya. Knp Ibra selalu meminta maaf? Krn itu Mikha menjadi prasangka buruk pd Ibra. Semua benda termasuk memorinya yg hilang dikongsikan dgn bff iaitu Nayan dan Shuwan dan juga Ben, lelaki yg mengakui dia dan Mikha adalah kekasih. Kalau kekasih knp Mikha mengahwini Ibra? Ibra yer bukan Ibrahim.

Dan bila Mikha dpt balik ingatannya satu persatu Mikha ingat balik. Permulaan perkenalannya dgn Ibra sampailah ke cerita percintaan atau skandal dgn Ben yg merupakan tunangan Nora waktu itu. Time tu kesian giler kat Ibra. Asyik jd kambing hitam utk menutup skandal Mikha dan Ben. Tp paling mencuit hati waktu Mikha bawa Ibra, Ben dan Nora balik kampung.

Paling sedih bila sampai part Mikha ingat balik tragedi yg berlaku pd dirinya. Patutlah sblm ini dia membuang ingatan itu sbb sgt pedih utk dikenang. Mungkin melupakannya adalah sesuatu yg terbaik buat Mikha.

Kisah yg complicated ini buat aku sgt excited walau endingnya pun masih ada plot twist. Mohon penulis sambung lg sbb tak puashati. Interesting plot, ibarat sebuah puzzle perlu dicantumkan utk dpt gambaran yg sebenarnya. Tahniah puan penulis. Teruskan berkarya dan menghasilkan karya yg bermutu dan buat pembaca berfikir.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
January 21, 2024
Patutlah ramai readers kata best. Leka baca sampai tak sedar dah habis.

F pun macam Mikha tiba² hilang ingatan jap. Banyak betul misteri.

Tapi bab ending pun terkejut jap.

Esok baca yang kedua. Mata dah tak sanggup nak buka.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 4, 2020
Kalau dah namanya Anna Lee.. Tak akan senang lah hidup kita nak baca buku santai2. Memang huru hara lah jiwa raga nak habiskan bacaan Sesuatu Yang Hilang ni. Saya sampai terlewat kerja kerana nak cari penghujung ayat novel ini.
Terus terang saya agak kecewa cerita yang tergantung... (Katanya ada sambungan).. akan tetapi jalan cerita novel ini macam magnet.. dari satu helai ke helai kita tak sabar nak tahu kisah misteri Mikha.. Hilang ingatan , ada suami, ada kekasih dan diancam dengan penjenayah.. Sian betul hidup Mikha.. dan tolong lah cepat sikit ada sambungan cerita ini.. nak tahu sgt kebahagian Mikha bersama Ibra...
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
February 10, 2021
3.5*
Sabar aku yang hilang bila habis baca hahaha
Kak Anna Lee memang pandai bila bab saspens ni sampai ke sudah aku saspens...
Ps: takkan sampai situ je endingnya? sob sob...
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
June 7, 2020
Penulisan Anna Lee as usual, sangat best. Dia punya gaya penceritaan tu sangat memukau, sumpah kau akan melekat dengan cerita dia dan buku ni memang sangat susah nak letak tepi once dah start baca. Pacing dia pun just nice, tak slow sangat, tak laju sangat.

Aku salute lah Anna Lee sebab novel dia kali ini ada include bangsa lain, Cina dan India. Saya suka, saya suka! Susah kot nak nampak ada watak bangsa lain yang quite prominent in a Malay book but Anna Lee did it! I appreciate it so so much. Sesuatu Yang Hilang highlight friendship dan perpaduan melalui persahabatan mereka tiga sekawan. NAMUN, aku ada satu masalah dengan dialog Shuwan dan sesetengah penggunaan fillers.

Selain itu, aku juga ada masalah dengan typos, mostly for the English words. To be fair, typos dalam buku ni tak menganggu langsung jalan cerita or kesinambungan ayat. TAPI sakit mata memandang. Contoh, secret admire. Dalam satu page, aku rasa paling banyak aku baca, ada 4 kali secret admire, sampai aku fikir, “Don’t they google first before finalising this book?”

Plot twist cerita ya ampun, serious eh! So unexpected! Suka gila AAANNNDD lepas plot twist ada another plot twist! Wow daebak! Penggunaan COVID-19 kat ending pun teramatlah bijak! Idk how Anna Lee did it but she’s a brilliant writer! Overall, aku rekomen buku ni solely based on the writing style, content, the story and the issues such as depression, traumas and raping, which was written fairly well. But I do hope local publishers can do better with their editing. Kalau only one or two words, okay lagi lah. But since banyak kali notice benda ni in the multiple books published, aku rasa it’s time for local publishers to pay attention to this issue.

Ulasan penuh di sini!
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
May 15, 2020
Woww Anna Lee kembali! Mmg sangat2 dinantikan buah tangan dr penulis. Cuma kali ini ceritanya lebih santai dan cinta lebih dominan dr misteri. Tapi dah namanya tulisan Anna Lee. Pasti ada magiknya yg tersendiri.

Novel ini boleh diklafikasikan sbg 2 bahagian. 1 bhgn semasa Mikha amnesia. Dan 1 bhgn lg flashback apa yg berlaku sblm amnesia. Jadi segala persoalan dirungkai di bahagian kedua.

Utk bahagian pertama, rasa ingin tahu itu melonjak tinggi sbb byk bermain dgn teka teki. Jangan kata Mikha yg lost. Sebagai pembaca pon saya tercari2 apa yg berlaku sebenarnya. Mungkin sbb bhgn 1 ini agak panjang, ada kalanya saya rasa bosan sbb rasa frust. Frust sbb penulis langsung x bg hint apa yg terjadi sebenarnya. Benci!!

Tapi bila masuk bhgn kedua, draf pembacaan semakin memuncak. Mula2 mmg rasa mcm Ben je yg jahat. Saya benci betul jika ada org suka buruk2kan org lain. Sbb tu saya mati2 ingat Ben yg jahat. Tp tabik spring pada Mikha sbb rasa curiga dia bkn shj pada org sekeliling, namun suami dia sekali dia rasa was2. Ermm nasiblah🤷‍♀️.

Tapi tiba2 muncul pulak watak Kevin yg kononnya dialah penyebab Mikha amnesia. Dari rasa dendam, dia cuba menghapuskan Mikha. Tapi dah namanya Anna Lee, tak sah kalau tak ada plot twist kan💆‍♀️. Ermm kalau bukan Ben yg jahat, mungkin Kelvin, kalau bukan Kelvin.. Ermm x kan nk ckp Ibra pulak🤣.

Jujurnya jika dibandingkan dgn buku sblm2 ini, SYH ini kurang menyengatnya. Namun saya tetap suka kerana karya Anna Lee tetap ada daya penarik dan exclusive nya yg tersendiri. Tahniah!! !
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
February 11, 2025
4.7/5 ⭐️

kenapa review sebelum ni hilang??? mentang-mentang tajuk Sesuatu Yang Hilang, review lama pun dia nak hilangkan!!!

apa-apa pun, ini kali kedua saya baca buku ni dan kali kedua jugalah saya baca in 1 day (literally less than 8 hours). suspense dalam buku ni tak main main! memang akan mencari jawapan je setiap helaian. twist yang tak dapat diagak langsung. like, tak nampak kesinambungan dia sampailah part reveal.

sesuatu yang hilang? otak saya.

awalnya saya keliru, macam mana Mikha ni boleh tiba-tiba hilang ingatan? apa yang terjadi? tapi lepas semuanya terbongkar, haa gitu pulak. kesian memang kesian tapi ada perangai Mikha yang saya tak suka. satu tu je lah.

part paling kelakar part dia jumpa kunci kereta Mini Cooper dalam bag 🤣 pls, macam mana dia boleh fikir sejauh tu ehhh. kelakooo!

saya suka suspense dalam buku ni! membuatkan saya tak nak letak buku ni sebab nak tahu apa yang terjadi sebenarnya walaupun baca untuk kali kedua (disebabkan nak baca buku ke-2 dan ke-3).

okay bye-bye! nak capai buku ke-2 pula, Sesuatu Yang Kembali! 👋🏼
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
May 19, 2020
ERGHHHHHHHH ending cerita ni buat aku rasa nak baling buku ni dalam sungai!!!!

10 bab pertama aku dah tutup novel ni sebab mula rasa cliche dan mula buku baru. Tapi kemudian buku ni macam memangggil-manggil lalu aku pun buka semula dan sambung hingga tamat. Berbaloi-baloi wehhh!!

Aku tak tahu macam mana nak review buku ni. Mind blown betul otak aku rasanya. Sampai lepas habis baca buku ni, terjerit-jerit sebab geram hahaha. Nantilah aku edit review ni sebab nak tenangkan fikiran dulu😤

Tapi satu je aku nak bagi tahu, tulisan Anna Lee MEMANG TAK PERNAH MENGECEWAKAN!!!

——

55 reviews2 followers
September 6, 2022
Rasa nak marah.

Nak marah dekat Mikha, Ibra, Ben and of course nak marah dekat author. Kenapa ending macam ni 🥲🥲 Sequel kena tunggu next year pulak (nasib baik baru baca tahun ni, kalau baca masa baru publish dulu maybe akan rasa lagi geram double triple hahahaha)

Overall aku suka dari awal sampai before ending tu. Buatkan aku tertanya juga apa yang terjadi sebenarnya kat si Mikha ni. Kes jenayah apa yang dia dah buat ni lol. Tapi bila dah tahu kebenaran, aku rasa sedih gila untuk dia. And time tu aku baru faham kenapa ada 'sesuatu yang hilang' dalam ingatan dia.

Tapi aku geram jugak dengan si Mikha ni sebab dia boleh berterus terang dengan si A tu tapi dia tak bagitau keadaan sebenar dia dekat si Z. Haish inilah antara benda yang buatkan aku membebel dekat si Mikha sepanjang pembacaan aku.

Semoga sequel nanti akan betul2 happy ending untuk Mikha dan *ehem* and aku harap sangat someone yang tak guna tu dapat balasan setimpal. Ada seorang je suspek dalam fikiran aku tapi taktaulah kalau Puan Anna Lee nak buat plot twist pulak ke kan huhuhu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 4, 2020
Sebenarnya ini adalah buku ke2 yang aku baca daripada penulis Anna Lee. Bermula pada butterfly dan sesuatu yang hilang. Ramai je yang rekomen suruh aku baca yang lain2, tapi aku hold dulu. Haha

Serius, baca buku ni ibarat kau kene settlekan jigsaw puzzle. Ko kena ikut turutan yang sebenar then kau akan dapt result dia.

Pada awal2 bab, banyak sangat persoalan yang datang. Sampai aku sendiri tertanya apa yang jadi sebenarnya kat Mikha. So aku try push untuk baca non stop untuk dapatkan jawapan. Tapi keadaan diri akh tidak mengizinkan. Setelah beberapa hari barulah aku dapat jawapan. Tapi tak semua persoalan tu terjawab. Ada yang tergantung. Serius la.

Aku suka dengan watak Ibra Idrus. I dont why. Tapi seakn watak tu terlalu hidup. Adeke lelaki camtu sekarang?
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
June 21, 2022
akak dah keruk kepala. for the first time ever, akak tanya penulis - boleh tak carutkan dia? and beliau kata, 'saya halalkan ogy nak menyumpah masa review'.. sorry puan penulis kali ni memang saya terpijak 'periuk api' yang you letak dalam karya you.

brilliant.

yup. ini perkataan utama yang berlegar dalam fikiran. sebelum ini beliau beritahu yang ini adalah karya beliau yang biasa-biasa. dan the storyline memang pergi elok jalan highway. cantik, lurus, elok turapnya.

tapi

itu rupanya perangkap!. cis!!!

mikha.

entah. macam malas nak story kisahnya.

tapi. oklah. sikit je. dia hilang masa. tiba-tiba masa sudah berganjak dua bulan waktu dia sedar. dia datang kerja, kawan terperanjat. bila dia selidik, dia pun jadi terperanjat. telefon dengan emak di kampung, tapi masih tak dapat merungkai persoalan. cumanya, dia tak hilang sebab menurut emaknya, dia ada je hubungi emak.

cerita seterusnya tentang bosnya, ben. yang dikisahkan ada skandal. putus tunang. dan tiba-tiba bosnya seperti ada kaitan dengan dirinya.

ok. stop yang itu.

paling tak sangka, tiba-tiba dia jadi kaya. duit banyak dalam akaun, ada kereta mahal. bukan itu je. dia ada suami!.

huh! parah.

dah. susun atur cerita memang sangat best. buat pembaca sama ada dalam cerita. ada sedikit sentuh sana sini hal semasa. even di penghujung kisah pun ada masuk sedikit tentang novel koronavirus yang baru melanda dunia.

dan ada kambing hitam di situ rupanya. awal lagi ada watak yang jadi kambing hitam. tapi rupanya bukan seorang yang jadi 'kambing' walaupun mangsanya seorang.

tapi, korang ingat habis takat itu? habis bagi puan penulis ini bagai permulaan sesuatu yang entah apa pula kisah.

macam takdir hidup kita. tau memang setiap manusia itu ada perjalanan takdir masing-masing. tapi, apa dia?

hilang.

nak jejakinya, kehidupan perlu dilalui. selagi tak jejak kaki di jalan itu, kita takkan tau apa yang ada di hadapan.

jadi, sila melangkah.

21/6/22

pembacaan untuk kali kedua. perasaan mungkin dah mellow sikit sebab dah baca. jadi tak adalah rasa nak carutkan penulis. hahaha!! perasaan lebih pada nak mendalami betul-betul kisah ini. furthermore, ada task nak diselesaikan.

ada sesuatu yang menggamit fikiran. macam mana mikha hilang 'sesuatu' tu? ke akak ada terlepas pandang untuk kali kedua? bila dia dapat balik 'sesuatu' tu... adoi! part ni memang rasa nak babab penulis, bila nak terussss... it's 2022 right now. dan apa yang jadi kat wuhan tu pun dah dua tahun berlalu.

so, sabar... sabar...

penulis cantik anna lee, moga yang hebat mengalir dalam akal fikiran anda dan akan terus hasilkan sesuatu yang sangat mindblowing buat pembaca. all the best!
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
February 24, 2024
Best gila
Plot tersusun cantik
Konflik logik dgn dunia realiti
Tak klise
Nak sambungan dia 😜


🌟🌟🌟🌟🌟 utk novel dan penulis. Tahniah 👏👏👏 puan penulis dan teruskan berkarya...

update: reread in Feb 2024 utk refresh balik jalan cerita sebelum baca sambungannya..Still rasa tertanya-tanya dgn semua yg berlaku pd Mikha. Tahniah Puan Anna Lee berjaya buat saya tertanya-tanya dan suspen walau dah kali kedua baca.. 5 stars masih menjadi milik SYH ni sama waktu baca 2020 dulu. Moga terbit 10 novel baru berjaya direalisasikan tahun ni 🙏😁
Profile Image for Maira.
371 reviews30 followers
August 6, 2022
Jalan cerita buku ini sangat menarik! Mungkin tidak 'unpredictable' tetapi pengolahan plot dan bagaimana misteri terungkai masih berjaya menarik perhatian saya untuk terus membaca. Saya seronok sepanjang pembacaan. Watak-wataknya juga sangat menarik, terutama sekali Ibra dan Ben.

Satu perkara yang saya berasa kekurangan sedikit mungkin dari segi bagaimana Mikha 'deal' dengan kehilangan memorinya. Mikha kelihatan seperti tidak kisah yang dia kehilangan memori pada awalnya. Dia seperti tiada 'urgency' untuk mendapat tahu sebab mengapa dia mengalami amnesia. Monolog dalaman Mikha ketika separuh pertama buku sering bertona komedi, sesuatu yang saya rasa kurang sesuai dengan keadaan yang dialami Mikha.

Apa-apa pun, saya masih 'enjoy' masa saya ketika membaca buku ini. Let me just say that that ending is a bit infuriating, Ms Anna Lee 😅.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
June 20, 2020
Buku ni kalau baca masa PKP ... sehari dah habis dah ni.
Disebabkan baca time dah kerja, lambat lah habisnya
So sesuatu yang hilang .. apa benda yang hilang ...
Sesuatu yang misteri ... cebisan puzzle yang berserakan hilang dan perlu dicantumkan semula
Untuk mendapatkan satu jawapan ...

Bila saya baca dan baca dan baca ... tetiba saya hati terdetik ...
Kenapa jalan cerita ni mengingatkan pada satu novel yang pernah dibaca ek?
Plot nya ialah hilang ingatan ...
So ada kesamaan dengan buku Before I Go To Sleep
Cuma Before I Go To Sleep .. perempuan tu dia ni terperangkap dengan lelaki yang bermasalah
Tapi dalam Sesuatu Yang Hilang ni .. adakah watak Mikha ni terperangkap dengan lelaki yang bermasalah? Adakah Ibra? Atau Ben? Apa kaitan dua watak ni dengan Mikha? Then kenapa tetiba mak Mikha mentioned pasal menantu?

Ni cinta paksa ke .. cinta selepas kahwin ke? Serabut kan? Walaupun author ni pandai mengolah jalan cerita ni secara santai dan kelakar. Kalau siapa perasan jalan cerita ni sebenarnya serious tapi ada part kelakar untuk mengurangkan tekanan dalam minda yang sedang rancak fikir ...

Missing link tu akan diketahui bila part last ... time tu akan keluar jawapan demi jawapan
Then korang akan rasa ahhhhh .... ermmmm ... ahhhhh ... laaaaa ... Tapi korang ada terdetik kata eh Mikha ni jahat ke baik? Salah dia ke? Ehhhh tak lah ... Ben kot .. Eh Ibra pun ...

Dan nak dekat last punya last .... korang akan rasa oooohhhhh shuck manusia ni ... akan rasa nak cari senapang gajah and nak lepaskan tembak berdas das ...

So ... tepuk dada terpulang hati pembaca macam mana nak menilai 3 watak utama - Mikha, Ben dan Ibra. Dan endingnya ... kita nak fikir positif or negatif .. terpulang juga.

Tapikan masa buku ni tetiba saya mengalami dejavu ... dejavu sedang membaca novel ini kat satu page ni . Serious tak tipu ... and cuma saya tak ingat kat mana tapi bila part membaca tu .. memang terasa saya pernah mengalami saat itu ... It makes me feel creepy for a moment ...

Apa-apa pun tahniah kepada author sebab dapat menulis novel yang lain dari yang lain. So harap new book akan keluar lagi lain dari yang lain ...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
June 16, 2024
Jalan cerita boleh dikatakan biasa2 saja sebenarnya kalau tulis ikut timeline biasa.

Tapiii, penulis ni bijak. Dia start dengan introkan kita kepada future Mikha & dalam keadaan Mikha yg amnesia.

Dan kita pon jadi tersama2 berteka teki follow journey Mikha untuk dapatkan balik ingatan dia. Kemudian barulah start semula balik cerita dari timeline awal on how everything started!

Seriously benda tu buatkan saya rasa ahh buku ni besttt! Ermm, tengah pandang je sequel buku ni “Sesuatu yang kembali”… nak terus sambung baca kee nak break sekejap baca buku lain dulu eah hahaah

Anyway, good job Anna Lee! Saya baru beli buku ni time PBAKL baru2 ni, siap dapat sign Anna Lee lagi 😁
12 reviews1 follower
February 4, 2023
Pergh...memang tak yah cakap banyak la. salah sorang novelis yang karyanya saya akan dapatkan. best. Ingatkan kisah seram ke apa ke. rupa - rupanya kisah lagi hebat. malas la nak cerita. korang cari sendiri la novel ni. korang baca le sendiri. kikikik
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
May 21, 2020
Betullah lah buku Anna Lee tak pernah mengecewakan. Tak sabar nak baca buku kedua 🤗

Tapi ada sikit confuse , umur Mikha ni 26 ke 27? Ke i salah baca 🤔
Profile Image for Nazirah Mustafa.
1 review
June 13, 2024
Plot twist dari Anna Lee memang tidak mengecewakan.. ada plot twist dalam plot twist.. tapi ending dia..arghh.. geram.. nak campak buku, buku pinjam dari library..😂. Tapi geram lahh..
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
September 30, 2024
Have I not said that Puan Anna Lee punya forte ialah how good she is dalam mencipta persoalan dan misteri tanda tanya dalam perkembangan plot buku-buku beliau -- Sesuatu Yang Hilang is another one of them.
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
May 13, 2020
Selesai sudah petapaan acik selama 2 hari dalam bulan ramadhan, selit2 juga masa, celah2 nak memasak, nak terawih, nak baca quran dan nak tau kesudahan Mikha ni...

Anna dan plot twist tidak boleh dipisahkan, itu kesimpulan awal SYH ni. Dah lah singkatan nya pun mcm syhhh je kan.. memang citer nya pun twist twist debar debar juga la pada acik. Memula acik ingatkan citer ni ade kena mengena dengan mistik2, kot-kot la macam butterfly tu ada sikit pelik2 kan... tapi end up wawh romantik komedi rupanya..

Kisah si Mikha Mikhail ni gadis 27 tahun tiba2 amnesia, dan dia sedar2 dia pergi ke ofis, kawan2 hairan, dia menghilang 2 bulan. Pulak tu, tiba2 pula dia rasa, boss dia bertukar jadi hensem dan muda(Ben), dan ada affair dengan dia! Seingat dia boss dia dah middle aged dan dan kahwin ada anak. Bila dia balik rumah sewa pulak, rumah dia dah berkemas, barang dalam peti ais dah kosong dan baju tinggal sikit je, kemudian tuan rumah telefon pulak cakap dia nak serah kunci rumah esoknya, apalagi mengelabah la dia.... Kemudian dia terjumpa satu iphone yang kosong, tapi dia boleh unlock pulak, passwordnya senang pulak, sekali dua cuba terus unlock, pastu dalam contact list cuma ada my lovely hubby.... ni yang plot saspens.... sebab dia dah fikir yang bukan2, dia ingat ni iphone isteri orang yang dia dah bunuh sebab cinta tiga segi. Tak sangka pulak acik bahawa, watak musuh Mikha di ofis tidak dikembangkan di sini. Acik ingat dia lah si pendengki dalam cerita ni... rupanya meleset juga.

Esoknya, gagau2 beg tangan jumpa kunci Mini Cooper, ingatkan replika keychain bff dia bagi atau nak prank dia, tup-tup berbunyi pulak unlock dan lock, bila dia mendekat dengan mini cooper yang parking kat situ (dah la duduk rumah flat biasa biasa yg majoriti kete biasa2, boleh pulak mini cooper duduk celah2 myvi dan waja). Terkejut la, boleh bukak pulak tu...

Dua orang BFF dia Nayan dan Shuwan kelam kabut suruh dia pulangkan ke balai, tapi memandangkan dia dah habiskan beratus sebab baiki lampur belakang yang rosak tiga2 tu, dia tangguh lah, guna dulu puas2. (polis punya pasal la ni, tak pasal2 ketiga2 diorang pucat lesi masa kena tahan, ingatkan sebab kete curi - ahahahah - lawak scene ni).

Dari mula sampai last, acik ingatkan si Ben lah yang jahat sangat buat kat dia atau Nora sebab cinta tak kesampaian, rupa2nya adoh laaaaaaaaaaaa......
This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 6 books27 followers
May 25, 2020
Ya seperti biasa novel kak Anna Lee tak pernah mengecewakan. Plot disusun dengan sangat cantik dan menarik.

Sesuatu yang hilang dari ingatan Mikha mula bercantum. Ada sebab kenapa ingatan dia ditarik. Mungkin untuk beri Mikha rasa bahagia setelah kejadian pahit yang telah meragut sesuatu yang amat berharga bagi seorang wanita. Sangat tak sangka Mikha rupa-rupanya di r**** oleh Kelvin sebab rasa "ehh tiba-tiba aje si Kelvin ni jadi watak penting. Macam tak kena je😅"

Tapi lepas teringat yang Ben tahu Mikha mengandung, siap mengaku baby tu anak dia walhal Mikha langsung tak pernah bukak cerita apa-apa pasal kandungannya. Terus terfikir mesti ada something ni kak Anna Lee nak twist. Yes, tekaan ku tepat! Ben si pelakunya dengan klu gelang emas. Oh... kejam betul si Ben ni. Dah lah dari mula tak suka dia yang menjadi penyebab Ibra undur diri. Rasa macam penyibuk je si Ben ni. Dah ada tunang sibuk nak kat orang lain. Dan dia sangat kejam sebab buat macam tu dekat isteri sepupu sendiri. Sepupu yang sangat rapat dengan dia. Sian Ibra😔

Ibra? Dari mula watak dan perwatakan dia sangat menarik. Comel je. Sweet dan paling penting sangat penyabar.

Mikha? Hmm terus terang ku tak berkenan dengan dia ni. Yalah, dia boleh lebih percayakan Ben dari suami sendiri. Pada Ibra punyalah pelbagai spekulasi tapi pada Ben dengan mudah dia mengaku yang dia hilang ingatan. Lepas dah tahu hubungan antara dia dengan Ben, lagilah tak berkenan. Tapi akhirnya jatuh kesian jugak dengan Mikha. Kebahagian yang baru berputik hancur disebabkan pengkhianatan😢

Overall novel kak Anna Lee kali ini tetap mengujakan dan best untuk dibaca. Cumanya.. cumanya part ending tu. Macam tengah sikat rambut tetiba sikat tersekat di skala terakhir😑

Awat macam tak habis? Kisahnya dah nak habis cuma.. bila selak tu, ehh habis dah ke? macam ni je? Aik!

Saja je kan nak simpan kenangan covid19 dalam novel ni😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rahmah Mokhtar.
Author 9 books13 followers
January 10, 2025
Pertama sekali, novel ini tiada dalam wishlist saya untuk #pbakl2023. Beli apabila promoter di booth beritahu ia salah satu daripada trilogi. Jadi, terus dapatkan ketiga-tiganya.

1. Premis
Premis cerita menarik. Suka "what if" yang digunakan. What if kau hilang ingatan tentang peristiwa yang berlaku dalam hidup sendiri selama dua bulan terakhir? Apabila kau muncul semula, semua orang tanya ke mana kau pergi. Lepas tu kau terkejut dengan satu demi satu cerita luar jangka yang sudah berlaku dalam tempoh 60 hari itu. Yes, the what if hooked me right.

2. Watak
Mikha - perempuan berkerjaya yang hanya ada komitmen kepada diri sendiri dan ibu di kampung. Dia tersepit antara dua lelaki.

Ibra - lelaki kacak, genius, baik, pendiam, cinta mati kepada seorang perempuan. Orang kaya, pengarah syarikat perisian.

Ben Azis - lelaki kacak, kasanova, kaya, peramah. Anak Dato'. Kerja di syarikat Ibra.

Ketiga-tiga watak utama ini saling berkait dalam latar waktu Mikha hilang ingatan. Kedua-dua lelaki berusaha membantu Mikha untuk segera sembuh. Suka apabila Mikha ragu-ragu pada kedua-dua lelaki ini, tidak dungu dan terima sahaja semuanya bulat-bulat. Tak suka perkembangan kisahnya dengan Ben, macam dah tak ada orang lain ke? Yih!

3. Jalan cerita
Zaman moden, tahun 2020. Pace cerita laju. Intro yang kuat - langsung kepada konflik paling besar. Mikha muncul semula selepas menghilang selama dua bulan dari radar dua rakan baiknya, Nayan dan Shuwan.
Berdebar masa Mikha dah ingat semula. Berharap bukan Ibra yang jahat.
Ada beberapa bahagian yang mengelirukan; Ben ni sebenarnya kenapa? Suspicious. Menuju hujung, ya, tahu ada sambungan sebab ini trilogi. Jadi, lega sebab dah beli.

4. Bahasa
Mudah difahami. Ditulis dan disunting dengan baik.

Rating: 4/5
Masa membaca : 4 jam
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 29, 2022
Jalan cerita yang sangat baik. Perbualan biasa antara manusia yang sangat mencuit hati. Dan walaupun terlalu berimaginasi, fiksyen kan, dan kenapa tidak kan? Haha. Dah lama tak baca buku cinta yang sweet gini. Tak pernah tak suka kalau dari penulis Anna Lee.

Cuma masa baca buku ada yang saya rasa macam kekurangan sesuatu,

1. Kenapa tak diberitahu bilamana Mikha amnesia. I mean waktu nak p kerja tu berlaku apa yang menyebabkan dia amnesia. Takkan tiba2 decide nak p kerja, sampai ofis terus lupa. Seakan tiada kesinambungan yang baik sedangkan Mikha dah bagi surat awal2 kat bos dia.

2. Tak tekankan macam mana Mikha boleh lupa dan ingat sesuatu perkara lebih sedikit. Maksud saya, sepatutnya ada perbualan antara doktor memberitahu serba sedikit tentang punca berlaku amnesia dan sebagainya.

3. Mak Mikha memberitahu tentang seorang lelaki yang dia suka bawa balik sedangkan mak dia sendiri dah tahu siapa orang tu dan hubungan apa yang ada antara mereka.

Atau ketiga benda ni saya terlepas. pandang? Sebab tak fokus dan lupa dalam pembacaan?

Appaun, jalan ceritanya sangat menarik dan sangat suka penamatnya yang bukan biasa2. Cuma kalau boleh tekankan lebih mendalam lagi part pembunuh Mikha lebih elok. Seperti ada perbualan antara Mikha dan pembunuh tu sedikit supaya tak terlalu canggung cerita ni. Tiba2 pembunuh tu.. Ha, gittew.

Apapun, tetap menarik jalan ceritanya. Mungkin disbabkan nak jimat muka surat, buatkan penulis tak boleh perkembangkan lagi jalan cerita untuk satu2 perkara. Lebih banyak tangkap cintun. Dan tahniah. Juga terima kasih kepada penulis.
Displaying 1 - 30 of 75 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.