𝑲𝒊𝒕𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒆𝒅𝒖𝒂 ☁️
"𝑲𝒂𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂."
5🌟
apabila takdir mempertemukan dua insan dalam garis masa yang berbeza. seutas rantai batu opal menjadi perhubungan kisah mereka. kosmos yang berlainan, namun hati yang bersatu tanpa sedar. aneh bukan, sekadar mengenali melalui rantai entah di mana yang akhirnya mengalirkan rasa hangat dan hiba dalam masa yang sama.
membahteras jenayah. lebih kepada menyiasat, mengintip, menyelesaikan misi yang berbahaya yang dikenali sebagai spy. sebuah organisasi, opal. tugasan kali ini, kes berkenaan rantai batu yang misteri. membawa kisah dua dunia yang jatuh cinta namun tidak ditakdirkan bersama. dia yang selamba, redah tanpa mengikut arahan, degil dan protektif terhadap adik sendiri. hakikatnya sesuatu merantai diri mengubah segalanya.
𝒁𝒂𝒌𝒂𝒓𝒚
"𝑰 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆, 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒇𝒊𝒏𝒅 𝒂 𝒘𝒂𝒚 𝒕𝒐 𝒆𝒏𝒅 𝒕𝒉𝒊𝒔."
mempunyai bakat dalam bidang sains atau idea di luar kotak pemikiran. teater yang disertai, tidak menghargai hasilnya. menjadi sukarelawan dalam menjaga spesies haiwan yang hampir terancam. dia yang menulis diari serupa insan dahulunya. dia yang akhirnya berkompromi dengan jejaka ingin menghentikan kitaran kosmos sekadar untuk mengisi ruang hati tapi bukan untuk dimiliki. ya, mungkin itu definisi yang sepatutnya.
𝑲𝒊𝒂𝒓𝒂
"𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒏𝒈𝒐𝒌 𝒂𝒘𝒂𝒌... 𝑺𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒂𝒋𝒆."
bagaimana jikalau dikatakan dalam dunia ini, masih ada berpuluh atau beribu mahupun berjuta lagi kehidupan serupa dengan kita namun di kosmos yang berbeza? tidak mustahil barangkali. kuasa dia itu melebihi segalanya, mungkin yang kau lihat tidak dijangka dek akal itulah hakikatnya ada.
"𝒀𝒐𝒖 𝒂𝒏𝒅 𝒎𝒆 𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏𝒔𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒘𝒐𝒓𝒍𝒅."
sejujurnya, aku suka plot yang tersusun kemas dan rapi ini. selain itu, kisah memelihara habitat kian pupus dan kes yang berleluasa seperti pemerdagangan turut dititikberatkan. malahan aku suka gaya olahan penulis dalam menerangkan setiap maklumat secara terperinci lebih-lebih lagi berkaitan sesuatu yang dikaitkan dengan sains. fuhh, i really don't know how to describe bab cari info opal, batu gems bagai tu semua.
apapun, emosi aku juga turun naik. huh, rasa dan banjir pun sebenarnya termasuk chemistry dua watak ini dapat dirasai dari awal lagi. termasuk latar belakang watak dan talian garis masa yang tepat diceritakan tanpa menganggu plot asal. syabas kak ayumi atas karya ini, hehe. sekian.