Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup

Rate this book
Berfikir kreatif tidak bergantung pada keupayaan diri semata-mata. Mencetuskan idea yang kreatif datang daripada keupayaan diri, kesediaan pasukan, dan penerimaan pelanggan terhadap idea yang bertukar menjadi benar. Berfikir secara kreatif tidak diberikan penekanan sebagai sesuatu yang mesti dipelajari bagi meningkatkan potensi. Kita dapat melihat, mempelajari proses berfikir ditekankan oleh ibu bapa ke atas bayi melalui latihan rangsangan deria. Cabang berfikir yang tertentu kemudian diasah melalui silibus pendidikan. Tiba-tiba, proses berfikir tidak ditekankan sebagai cara survival hidup. Situasi yang berlaku, pandai-pandai sendirilah berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul. Sesetengah orang percaya proses berfikir secara kreatif dianggap bakat dan mereka yang terpilih sahaja mampu melakukannya. Kesannya, ada yang berhenti mencari cara dan membiarkan diri mengikut keadaan semasa.

264 pages, Paperback

Published March 25, 2020

11 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Ainon Mohd.

32 books31 followers
Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya.

Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd (‘holding company’ kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi.

Selain itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia. Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.

Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.

Selain menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang terjemahan, komunikasi, motivasi, kerja-kerja sosial dan kaunseling di mana rumah beliau sendiri dijadikan pusat latihan dan program latihan fasilitator untuk program-program motivasi dan kerja-kerja sosial, beliau juga sering dipanggil untuk memberi ceramah dan bimbingan motivasi di pelbagai jabatan kerajaan dan swasta.

Selain daripada itu, beliau juga terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan terutamanya dalam menjaga kebajikan kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang di mana beliau sering dijadikan tempat aduan. Rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan untuk kaum orang asli Janda Baik.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (51%)
4 stars
20 (40%)
3 stars
4 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
October 24, 2020
Pertama kali nampak buku ini pada bulan lepas, nampak menarik, namun disebabkan ada perkataan bisnes, maka tidak berminat untuk beli. Saya merasakan kerana saya bukanlah seseorang yang berniaga atau mempunyai perniagaan sendiri, maka merasakan buku ini tidak relevan dengan saya.

Namun selepas itu, saya nampak buku ini di mana-mana. Di kedai buku, kedai alat tulis, di media sosial dan di Whatsapp. Aktif benar promosinya.

Satu hari saya terdetik untuk beli. Saya fikir, tiada ruginya saya baca kerana ia ilmu.

Nasib baiklah saya beli! Serius, tak sangka perkongsian dalam buku ini relevan dengan saya, walaupun penceritaan lebih kepada bisnes melalui cara seseorang ketua memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan pekerjanya.

Sejak kecil saya merasakan saya bukanlah seseorang yang kreatif. Saya anggap mereka yang kreatif disebabkan bakat semulajadi. Sampai sekarang pun saya masih mempunyai saki baki persepsi tersebut, walaupun dengan pembacaan yang luas, saya sepatutnya tahu bahawa ia tidak benar. Sepatutnya saya tahu dan percaya bahawa pemikiran kreatif boleh dipelajari asalkan tahu kaedah dan teknik yang betul.

Buku ini menggunakan kaedah penceritaan yang santai, yang bermula apabila seorang pemilik bisnes buntu kerana pekerjanya tidak kreatif dalam memberikan idea dan beliau risau akan masa depan bisnes miliknya. Pemilik bisnes pun berjumpa dengan seorang rakan untuk membantunya menyelesaikan masalah ini. Rakannya membantu dengan menerangkan secara ringkas dalam bentuk pengalaman, pengajaran, contoh - semuanya dalam bentuk perbualan. Setiap bab mewakili satu kaedah.

Ada kaedah yang dikongsi merupakan perkara baharu yang saya tidak pernah dengar seperti 13 gaya berfikir dalam Al-Quran, dan ada yang saya sudah tahu seperti Edward de Bono dengan 6 topinya dan Kaedah KJ. Di setiap bab, para penulis sediakan segmen Semakan Tindakan yang merumuskan pelajaran dalam bab tersebut, dan Tuliskan Refleksi Saudara yang mana kita boleh mencatat nota.

Bagi saya buku ini amat bermanfaat kepada semua, baik pelajar sekolah, pelajar universiti, orang dewasa yang bekerja, ahli perniagaan, suri rumahtangga, sesiapa saja. Buku ini boleh dijadikan panduan atau handbook, yang mana anda boleh rujuk bila-bila masa jika buntu atau sebagai sumber inspirasi.
Profile Image for Nadiah Razali.
136 reviews56 followers
February 19, 2021
Alhamdulillah, habis juga bacaan Buku Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup. Hampir sebulan juga, masa di ambil untuk menghabis kan buku ini.

Buku ini berbentuk SoftCover, saiz nya selesa untuk di pegang. Yang pasti, kalian perlu sediakan buku nota dan highlighter.

Buku ini secara khususnya memberi panduan Cara Kita Berfikir. Buku ini mengajak kita, sebagai pembaca untuk mengubah dan memperbaiki Cara kita Melihat sesuatu perkara.

Sebagai contoh, buku ini ada mengupas tentang Rutin Harian. Secara asasnya, perkara yang di lakukan berulang kali pasti menaikkan skil kemahiran. Dan akan ada satu masa, graf kemahiran kita menjadi mendatar. Tiada skil/ ilmu baharu yang kita dapat. Tetapi kalau kita buat perubahan ke atas rutin kita sebanyak 1%, kita mungkin akan dapat sesuatu daripada situ.

Buku ini sangat sesuai untuk orang yang mahu ‘upgrade diri’. Saya sangat syorkan buku ini ❤️
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
July 3, 2021
4 ⭐⭐⭐⭐

Alhamdulillah!

Berjaya tamatkan bacaan buku ini dalam beberapa jam sahaja pada 3 Julai 2021!

Sebuah buku yang amat baik dan sesuai untuk semua orang, tak kiralah anda ini seorang majikan, peniaga, pekerja pejabat mahupun pelajar. Bahkan, suri rumah pun boleh baca buku ini!

Buku ini menampilkan idea-idea segar untuk saya dan menggunakan pelbagai contoh kisah sebenar yang dapat dikaitkan dengan topik perbincangan.

Setiap panduan dan tips yang dikongsikan adalah sangat bersesuaian untuk digunakan semula ke dalam kehidupan sebenar, tanpa melihat kepada ruang lingkup pekerjaan semata-mata.

Selain itu, buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup adalah sebuah bacaan ringan yang santai dan amat mudah dihadam. Penggunaan gaya penceritaan anekdot juga begitu menyenangkan pembacaan.

Pun begitu, lenggok bahasa yang digunakan terasa janggal kerana kedua-dua watak yang dipaparkan, iaitu pemilik perniagaan dan rakannya terasa tidak hidup dan dibuat-buat. Interaksi keduanya terasa dipaksa dan tidak natural.

Apapun, saya menyukai buku ini dan ianya salah satu buku PTS terbaik yang pernah saya baca setakat ini.

Jom baca!
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
July 22, 2021
Saya mula baca buku ini masa mula-mula PKP di Malaysia. Pada masa tu saya tertarik nak baca kerana tengah cari idea bagaimana nak teruskan perniagaan syarikat kami suami isteri yang terkesan akibat PKP. Dan saya juga mengenali kedua-dua penulis ini dan kredibiliti mereka menyebabkan saya tiada keraguan, buku ini boleh membantu saya.

Dan baru tahun ini saya selesai membacanya. Sebelum ini, buku ini terhilang. Dan kemudian baru-baru ni berjumpa kembali dan saya kembali membaca.

Buku ini ringkas, mudah dan berguna. Saya ada juga membaca beberapa buku lain berkenaan teknik berfikir dari Puan Ainon Mohd sebelum ini, dan semuanya sangat membantu.

Saya suka buku ini sebab memudahkan dan memberikan cara untuk mempraktikkan apa yang disampaikan. Berfikir ini benda yang kita buat setiap hari sampaikan kita mungkin lupa untuk menajamkan kemahiran ini. Kadang-kadang, kita memang telah gunakan kaedah berfikir itu, tapi kita tak tahu rupanya itu satu kaedah dan ada namanya. Bila kita tahu, kita lebih terarah.

Untuk saya yang sebenarnya berfikir dengan cara yang linear, suka logik dan suka sistem teratur, buku ini membantu saya untuk lebih berani berfikir dengan lebih luas dan mengembalikan sifat kreatif yang pernah ada. Ya, kajian menunjukkan semakin kita berusia, kita semakin kurang kreatif dan kurang imaginasi. Bak kata penulis dalam buku ini, “jangan terlalu tua berfikir”.

Buku ini juga banyak mengutip kisah-kisah kejayaan yang boleh dijadikan pedoman dan contoh.

Buku kecil yang sangat membantu. Terima kasih penulis.
338 reviews15 followers
January 8, 2021
Saya suka buku ini. Senang untuk dibaca. Kandungannya termasuk petikan-petikan beberapa buku yang telah dibaca dan juga buku-buku yang memang akan dicari. Berfikir secara linear tidak sama dengan berfikir secara kreatif. Dalam kehidupan zaman ini kita perlu berfikir kreatif. Kita perlu menghargai setiap idea walaupun mungkin tidak berguna saat ini.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
December 22, 2021
Buku ni semacam garapan idea-idea dari pelbagai pemikir bisnes (dan penulis juga yang merupakan orang dalam industri) dikompakkan menjadi sebuah buku ringkas. Isi diterangkan menggunakan cerita dan memudahkan pembaca untuk memahami konteks idea yang mahu disampaikan.

Antara yang menarik adalah bagaimana untuk menapis idea tanpa membakul sampahkan yang tidak tersaring malahan penulis membawakan bagaimana idea tersebut dalam 'diperam' sehingga cukup ranum untuk digunakan bagi menambah kualiti idea dalam sesuatu masalah/ situasi.

Cumanya ada satu bab yang saya kurang puas hati sebab semacam satu tajuk yang dimasukkan saat akhir. Sekurang-kurangnya penulis boleh huraikan lagi seperti tajuk-tajuk lain namun hanya diberikan 'dalil' pada helaian tersebut. Apa pun, buku ini semacam buah mula sebelum membaca buku-buku yang lebih spesifik dalam genre ini.

Buku ni bagus untuk pelajar universiti yang aktif berorganisasi atau mereka yang mahu membina pemikiran kreatif (kalau mereka yang ada dalam lapangan pemula bagi bisnes, lagi lah bagus baca!).
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
May 5, 2021
Berdasarkan pemerhatian, saya lihat ramai kenalan yang cuba menceburi bidang perniagaan, namun tergendala di tengah jalan. Barangkali mereka sangat bersemangat pada awalnya, tetapi apabila berhadapan satu demi satu cabaran dalam dunia berkenaan, mereka buntu mencari jawapan.

Justeru saya merasakan buku ini ialah bacaan yang sesuai dan perlu kepada yang mahu menceburi bidang bisnes. Sekalipun keseluruhan buku ini dikupas menurut konteks dan praktikal perniagaan, mereka yang bukan minat berniaga seperti saya juga dapat meneroka kaedah-kaedah berfikir kreatif yang diterangkan untuk diaplikasi dalam kehidupan harian.

Tahniah Penulis!
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
February 21, 2021
Walaupun tajuknya tertulis perkataan bisnes, namun kaedah berfikir yang diterangkan juga boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ada beberapa kaedah berfikir yang menarik perhatian, antaranya ialah gaya berfikir dalam Al-Quran, 6 topi berfikir Edward de Bono dan Kaedah KJ. Dalam erti kata lain, buku ini bukan sekadar baca dan simpan, sebaliknya boleh dijadikan panduan untuk dirujuk pada bila-bila masa terutamanya di saat kebuntuan idea.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
July 23, 2022
Buku ni mudah dibaca,ia macam bercerita dan dalam masa yang sama ada tip untuk jadi orang bisnes. Santai untuk dibaca,ia macam tengok tv tentang bisnes dan tip,tapi dalam bentuk buku. Gaya penulisan agak mirip sikitlah dengan buku minimalis yang aku baca beberapa bulan lepas.
Profile Image for Nik Amal.
7 reviews1 follower
December 31, 2020
Buku yang menarik tentang kemahiran disapaikan dalam bentuk penceritaan yang sangat menarik. Tidak rugi saya katakan untuk cuba membacanya terlebih dahulu.
Profile Image for Muhammad Yasir Firdaus.
19 reviews
August 18, 2022
BIJAK URUS RUMAH SEWA - Bija Rosly & Fida Jaafar
.
Proses membeli rumah sebagai medium pelaburan bukanlah perkara yang sukar. Aku percaya, sesiapa sahaja boleh memiliki hartanah jika mempunyai kelayakan pembiayaan (pinjaman) atau mampu membiayai secara tunai. Malah stigma tentang rumah mahal pula tidak menjadi halangan untuk memiliki rumah pelaburan sekiranya mahu menemui cara yang betul.
.
Apabila urusan pembelian rumah selesai, ia bukanlah pengukur kejayaan sebenar untuk menjadi pelabur sejati. Bahkan, cabaran baru sahaja bermula! bagaimana kita nak mengatasi pelbagai cabaran menguruskan rumah sewa? adakah berbaloi dengan kudrat, kos kewangan dan segala emosi tercalar?
.
Jadi, buku ini akan menceritakan bagaimana penulis bermula memilih rumah yang sesuai sehinggalah mendapat penyewa dari syurga (mengikut kriteria yang penulis mahu) dan seterusnya menguruskan penyewa secara profesional dan bersistem. Selepas membaca buku ini, semoga semakin ramai anak muda menjadi pelabur yang mana di samping membina semakin banyak aset, mereka juga menjadi pelabur sejati yang memberi nilai kehidupan kepada manusia lain.
.
Kategori: Pelaburan Hartanah

https://growrichinvestor.blogspot.com/

#MYFBookReview
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
January 17, 2022
Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes Dan Hidup
Ainon Mohd & Zamri Mohamad

Antara buku wajib baca dan wajib ada dalam rak buku rumah anda. Jika anda mencari buku yang boleh menjana idea melimpah ruah inilah bukunya.

Seni berfikir kreatif bukan sahaja untuk membangun bisnes, tetapi juga hidup.

Belajar berfikir, supaya setiap keadaan mampu beri hikmah dan pengajaran kepada kita.

"Dalam proses mencipta idea baharu, banyak keadaan ia bermula daripada idea gila-gila. Idea itu kemudian dimurnikan bagi tujuan diaplikasi secara benar."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Sahudin.
7 reviews
May 15, 2020
Buku yang ditulis dan disusun dengan begitu santai merujuk kepada perbualan seorang pemilik sebuah perniagaan bersama rakannya yang banyak berkongsi tentang kaedah berfikir untuk mengendalikan sebuah perniagaan dengan idea-idea yang kreatif. Di sepanjang kehidupan kita bukan hanya perlu terlalu bergantung dengan pemikiran kritikal yang hanya digunakan untuk usaha menganalisa maklumat dan keadaan semasa bagi mencapai suatu keputusan tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menghasilkan idea-idea baru yang membantu usaha kehadapan secara berterusan. Buku yang menarik untuk dibaca sebagai salah satu usaha untuk melahirkan idea yang kreatif dengan kaedah yang sangat seronok dan mengujakan dan kemuncaknya kepada terhasilnya sebuah kehidupan dan perniagaan yang berjaya mencapai inovasi dan kejayaan.
1 review
February 12, 2021
Isi yang sangat bagus dengan contoh dan penjelasan tentang cara penyelesaian bagi setiap masalah yang dibentangkan. Content wise very good!!

Cuma saya tidak gembira kerana kadang-kadang terpaksa mengulang baca ayat dan perenggan yang sama kerana tidak faham maksud ayat. Saya akan lebih menghargai jika ditulis dengan bahasa yang lebih mudah faham.
Profile Image for Naz_ Zarin.
17 reviews2 followers
September 10, 2021
Buku yang sangat menarik tentang seni berfikir kreatif. Boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan juga bisnes. Ditulis dalam bentuk storytelling dan dialog antara pemilik bisnes, kawannya dan juga para pekerjanya. Setiap satu teknik dan seni berfikir dikembangkan dengan ringkas tetapi padat sekaligus memudahkan pemahaman. Buku yang sangat wajar dimiliki oleh setiap orang yang berusaha mengubah diri dan kehidupan ke arah yang lebih unggul dengan cara berfikir yang betul.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.