Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikmah Akhlak Islam: Rahmatnya kepada Muslim dan Non-Muslim

Rate this book
Karya ini merupakan satu set pengalaman pengajaran akhlak Islam terhadap Muslim dan non-Muslim. Laras bahasa dan kandungannya diolah agar dapat memberi kefahaman mengenai akhlak Islam yang boleh difahami dan diamalkan.

Perbincangan akhlak Islam dilihat dari sudut pemikiran dan pengamalan. Perbincangan mengenai pemikiran berkenaan akhlak Islam membabitkan maksud akhlak Islam. Kemudian, perbincangan pemikiran akhlak Islam ditumpukan kepada sumber akhlak Islam, dan di akhiri dengan membandingkan akhlak Mahmudah dan akhlak Mazmumah.

Perbincangan mengenai pengamalan akhlak Islam membabitkan kekeluargaan, keguruan, adab murid, ekonomi, ijtihad ulama, organisasi, kepimpinan, politik dan interaksi bersama non-Muslim. Memandangkan bidang perbincangan sangat luas, buku akhlak Islam ini sangat sesuai bagi Muslim dan non-Muslim secara umum dan khusus kepada suami, isteri, ibu bapa, anak, guru, murid, pekerja, pemimpin, ulama, ahli ekonomi dan ahli politik. Bahkan, buku ini sangat sesuai bukan sahaja kepada penganalisis etika, moral dan akhlak, tetapi sangat sesuai kepada penganalisis ekonomi, politik dan sosial. Justeru, buku akhlak Islam ini sangat sesuai dinamakan “Rahmat Akhlak Islam untuk Semua”.

184 pages, Paperback

First published March 18, 2020

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
2 (66%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nadiah Razali.
136 reviews56 followers
March 9, 2021
Walaupun hanya 167 m/s, isi nya sangat padat. Perbincangan tentang akhlak bukan setakat pada akhlak mahmudah/ mazmumah.

Skop perbincangan meluas melibatkan topik kekeluargaan, ekonomi, tempat kerja, politik dan sesama non muslim.

Membaca buku ni, membuatkan Nad sentiasa muhasabah diri kembali. Salah satu ayat yang membuatkan Nad terkesan adalah:

“...orang yang berakhlak akan membiasakan diri dengan kehidupan yang baik. Andai sekali-sekala menjadi baik, itu bukanlah orang yang berakhlak, kerana bukan kebiasaan nya. Dia juga tidak berakhlak dan baik pada hari-hari tertentu. Hari ini baik, esok bertular menjadi jahat. Contohnya, hari Jumaat jadi baik kerana menghormati hari Jumaat. Hari lain, perangainua sebaliknya. Itu bukan orang berakhlak. Orang berakhlak adalah orang yang jiwanya sebati dengan kebaikkan.”

Buku ni umpama ‘pengenalan’ untuk kita mula berjinak-jinak dengan kitab-kitab yang lebih berat.

Highly recommended!
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
October 12, 2021
Mungkin kedengaran seperti topik 'biasa dengar' dan 'sudah tahu isinya' namun silap!👇🏻
...

Menurut Ibnu Miskawayh, akhlak dikatakan sebagai satu keadaan jiwa yang membawa kepada perbuatan tanpa perlu kepada pemikiran, pemerhatian ataupun penelitian. "Tanpa perlu berfikir" bermaksud dengan hanya terlintas dalam kepala perihal kebaikan, dirasakan baik, tanpa perlu justifikasi rasional yang mendalam. Bukankah fitrah manusia cenderung kepada kebaikan?

Buku ini merangkumi pengajaran akhlak Islam terhadap muslim mahupun non-muslim meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah pengenalan akhlak Islam, akhlak berkeluarga, adab pelajar dan guru, adab berselisih pendapat, adab terhadap non muslim, adab pekerja muslim dan banyak lagi.

Perbincangannya melibatkan banyak aspek pemikiran dan pengamalam sesuatu akhlak. Contohnya, bab adab terhadap non-muslim. Bukanlah sekadar perbincangan "kita harus berbuat baik etc" malahan lebih luas apabila ia mengupas jenis-jenis kafir, memahami kafir harfi berdasarkan sejarah, kafir musta'mam, apakah halal darah mereka? Perkahwinan dengan non-muslim dan banyak lagi.

Gaya penulisan buku ini sangat kemas lagi teratur susunan perbincangannya, diterangkan satu demi satu, dengan laras bahasa yang baik dan mudah difahami. Sangat sesuai bagi muslim dan non muslim umumnya juga khusus buat suami, isteri, ibu bapa, pelajar mahupun pemimpin memandangkan topik perbincangannya yang luas juga kupasannya yang bernas lagi padat👍🏻
Profile Image for Lisa.
1 review
February 13, 2022
Dimulakan dengan pengertian akhlak secara umum dan pemahaman Imam Al-Ghazali tentang akhlak Islam, kemudian diikuti dengan perbincangan-perbincangan berkaitan akhlak dalam aktiviti sosial seperti adab berkeluarga, adab bekerja, adab dalam aktiviti ekonomi, adab berselisih pendapat, adab dalam menuntut ilmu serta banyak lagi yang dibincangkan.

Suka untuk saya katakan bahawa hampir kesemua intipati dalam buku ini disertakan dengan hadis-hadis berkaitan dan dalil-dalil daripada kitab suci Al-Quran. Juga, penulis tidak ketinggalan dalam menjadikan karya-karya cendikiawan Islam sebagai rujukan seperti karya Yusof Al-Qardhawi.

Saya tertarik dengan perbincangan tentang adab dan etika terhadap non-Muslim dalam Bab 8. Penulisan yang tidak lepas dalam mengingatkan pembaca tentang pentingnya beretika terhadap non-Muslim, namun pada masa yang sama tidak membatasi akidah Islam.

Laras bahasa yang digunakan juga sangat kemas. Susunan ayat yang sangat mudah difahami dengan hanya sekali baca sahaja. Karya yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat dan boleh dijadikan permulaan kepada pengenalan akhlak Islam yang merupakan sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.