Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tamadun Dunia

Kitab Tamadun Islam

Rate this book
Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran.

Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.

Sudah tentu riwayat Umaiyah yang mengaum dan Abbasiyah sebuah permata sentiasa dijulang sehingga Uthmaniyah sang sufi sentiasa bersemayam di hujung lena. Malangnya, semua itu telah lenyap daripada helaian jiwa yang menandakan bahawa zaman kegelapan itu sudah pun tiba. Ada juga riwayat seperti tikaman dari belakang, perebutan takhta yang menumpahkan darah, bahkan juga keagungan intelektual umat purba yang tidak tersingkap. Semoga keagungan itu kembali mekar dalam jiwa seluruh warga satu syahadah untuk mengembalikan kegemilangan yang dirindukan.

476 pages, Paperback

Published August 1, 2019

32 people are currently reading
132 people want to read

About the author

Ibn Jawi

3 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (48%)
4 stars
27 (36%)
3 stars
8 (10%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
December 4, 2019
Mudah difahami. Menarik untuk dibaca, dan disyorkan sebagai koleksi peribadi. Bermula dengan pensejarahan agama itu sendiri; bagaimana dari satu ajaran agama berpecah menjadi tiga, hasil tipu daya dan kepentingan peribadi. Lepas tu diceritakan serba ringkas pecahnya ajaran Islam kepada 73 haluan; hanya 1 yang selamat ke syurga.

Cukup untuk bahan bacaan sebab boleh refresh balik memori kita pasal tokoh & peristiwa; sirah Nabi Muhammad SAW, 4 Khalifah, Kerajaan Umaiyah, Abassiyah, Uthmaniyah. Tapi tidak terlalu terperinci. So, sesuai sebagai bacaan ringan (walaupun buku berat 😅)

Bukan setakat tu je. Malahan bab pertengahan sampai akhir, ada jugak dibincangkan pasal fahaman yang menyimpang, asas kejatuhan empayar Uthmaniyah, sejarah 4 mazhab, dan rukun kebangkitan umat.

Ada Senarai, ada Gambar, ada Jadual, ada Kronologi... Apa lagi alasan untuk tak bagi 5 bintang? Tak jumpa. Nah, ⭐⭐⭐⭐⭐ 👍
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
January 31, 2021
Aku sangat suka buku ni, walaupun tebal boleh aku kata padat. Bermula dari sejarah para khulafa ar rasyidun hinggalah ke uthmaniyah, bahagian tu dicerita secara ringkas. Bahagian mazhab juga dia macam ringkasan pengenalan saja. Tetapi ia sekali gus akan buat para pembaca lebih berminat untuk mengkaji lebih mendalam tentang sejarah islam dan agama islam. Jadi betullah setengah review kata buku ini kitab sejarah berbanding kitab tamadun. Kalau tamadun kita akan cerita teknologi, cabang ilmu dan pelbagai lagi yang pernah dibina oleh tamadun islam. Jadi buku ni lebih kepada kitab sejarah islam berbanding tamadun islam, apapun bagus sebagai pembacaan ilmiah sebab ia melibatkan agama kita agar umat islam dapat jauhi dari pengaruh dan akidah sesat, kerana selepas bab tasawuf akan cerita pasal mazhab sesat jadi aku rasa berbaloi untuk tambahkan pengetahuan orang yang tak berapa tahu pasal mazhab sesat tersebut. Apa pun menarik buku ini.
Profile Image for Solleh Daim.
3 reviews3 followers
February 13, 2021
Buku pertama yg saya baca daripada rumah penerbitan The Patriot. Buku ni sangat-sangatlah membuka mata saya berkenaan perjalanan manusia dari zaman Nabi Adam sehinggalah kini.

Bahasa yg digunakan dalam buku ni mudah difahami dan penjelasannya sangat jelas. Saya belajar banyak perihal agama Islam daripada buku ni.

Saya sangat-sangat galakkan orang membaca buku ni lagi-lagi kalau anda seorang peminat sejarah ketamadunan manusia.
Profile Image for Iza B. Aziz.
235 reviews32 followers
September 23, 2022
Satu usaha yang sangat baik dari penulis! Segala persoalan tentang sejarah Kerajaan Islam terdahulu dikarang dengan jelas dan ringkas. Banyak sangat perkara baru saya belajar dari buku ini terutamanya tentang aliran Islam sesat (Syiah) dan pelbagai penipuan untuk menjatuhkan nama Islam. Saya rasa buku ini wajib ada satu dirumah!
Profile Image for Syima Misrin.
33 reviews
April 14, 2022
Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih mendalam tentang ISLAM secara ringkas tetapi padat, buku ini adalah rujukan terbaik. Walaupun struggle untuk menghabiskan bacaan tapi sayang pula nak skip sebab isinya yang sangat menarik tentang sejarah ISLAM.

“Bersatulah wahai umat Islam ke dalam kebenaran. Sesungguhnya, Tuhanmu Esa iaitu Allah. Syariatmu juga satu iaitu mengikut Nabi Muhammad SAW. Kiblatmu juga satu iaitu Kaabah. Kitab petunjukmu juga satu iaitu al-Quran". – Rukun Kebangkitan, (mukasurat 463)
Profile Image for Yus Baco.
8 reviews1 follower
August 25, 2021
Bila sebut pasal tamadun, maka dua perkara yang perlu diceritakan iaitu kemajuan kebendaan dan juga perkembangan pemikiran.

Namun, dalam buku ini penulis banyak menceritakan perkembangan sejarah dari zaman nabi adam hingga ke kejatuhan khalifah turki uthmaniyah.

Masuk ke bahagian kedua, penulis mengupas dengan lebih mendalam sejarah dan ciri-ciri Ahli Sunnah Wal Jamaah serta kesesatan golongan Syiah dan Wahabi.

Akhir sekali, diceritakan pula tentang kemunculan Dajjal sehingga fasa dia dibunuh oleh Nabi Isa dan solusi rukun kebangkitan yang seru penulis untuk umat islam ambil yang bersumberkan Al-Quran iaitu Iman, Ilmu, Amal dan Ukhwah.

Walaupun tidak diceritakan tentang bagaimana kemajuan yang diperolehi pada setiap fasa pemerintahan umat islam. Namun, ianya sangat baik untuk kita memahami sejarah silam umat Islam terdahulu untuk dijadikan iktibar buat kita agar yang baik boleh dicontohi dan buruk dijadikan peringatan untuk tidak diulangi lagi.
Profile Image for Hafeez.
695 reviews6 followers
October 16, 2021
Buku ni boleh dikatakan agak lengkap walaupun diterangkan secara ringkas. Bahagian pertama buku ni mengulas sejarah dalam tamadun Islam merangkumi penerangan mengenai kelahiran Islam, sejarah kemunculan agama-agama di dunia, sejarah Nabi Muhammad SAW, Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abasiyyah dan Turki Uthmaniyah.

Bahagian kedua buku ini bersifat lebih berat dengan menerangkan secara ringkas berkenaan akidah Ahli Sunah Waljamaah, empat mazhab fiqh, tasawafu dan Firqah Dhalalah klasik ataupun ajaran-ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar seperti syiah, khawarij, muktazilah dan wahabi. Ulasan mengenai wahabi dibuat secara panjang lebar merangkumi sejarah, gerakan wahabi-Saudi dan tokoh-tokoh yang terlibat.

Secara keseluruhan, buku ini lengkap dari segi penerangan perkara asas dalam tamadun Islam dan agama Islam.
Profile Image for Bukhari Qori.
19 reviews
May 23, 2024
Buku sangat menarik sebab penulisannya menerangkan satu per satu dari perkara pokok hingga perkara sampingan. Dari sejarah pemerintahan Rasullah. S. A. W sehinggalah tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dari mazhab Hanafi hingga mazhab Hanbali. Dari penyelewengan agama Islam iaitu Syiah,Muktazilah dan Khawarij sehinggalah kepada Wahabi. Semua ini diceritakan dengan mendalam dalam buku yang serba ringkas ini.

Kisah Perang Dunia Pertama yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Malah, melibatkan bangsa Yahudi. Punca kekalahan Turki Uthmaniyyah pada Perang Dunia Ke-2. Dirungkaikan dengan baik dan mudah difahami oleh pembaca seperti saya.

Kesimpulannya, penulisan yang mantap dan boleh diteruskan agar dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Kepada penulis, teruskan menulis dan selamat maju jaya.
Profile Image for Sen Mariduano.
16 reviews
November 27, 2022
Penulisan yang bagus.. aku boleh baca buku ni seharian tanpa rasa bosan.
Kronologi yg ringkas tapi cukup..
Tapi dalam sesetengah pekara, rasanya aku perlukan lebih rujukan atau pembacaan tambahan untuk mengimbanginya..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mazliza.
73 reviews5 followers
June 18, 2020
"Kitab Sejarah Islam" adalah tajuk yg lebih sesuai untuk buku ini.
Profile Image for Alia Adrina.
3 reviews
October 28, 2023
Padat, mudah difahami dan sangat menarik untuk yang jarang membaca non-fiction. Terima kasih penulis atas penulisan ini!
Profile Image for Syud A.
29 reviews
October 8, 2024
Bukan buku untuk pemula. Kompilasi dari sirah para anbiya sehingga kemunculan Dajjal & kiamat.

Jika kau seorang pemula, aku sarankan untuk membaca buku yang lebih ringan. Kitab Tamadun Islam sarat dengan sejarah-sejarah sebenar. Keadaan yang berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin, salafussoleh, bani Umaiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniyah sehingga terbentuknya kerajaan Saud. Menerangkan juga punca berlakunya kejatuhan kerajaan Islam.

Recommended for those yang mahu mengetahui tamadun Islam dengan lebih mendalam dan biasa dengan bacaan yang lebih kompleks.
Profile Image for Mus.
18 reviews
December 19, 2024
I Love it. Emosi baca buku ni. Sampai airmata terkeluar.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.