Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Laksamana Sunan #1

Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma

Rate this book
Perjuangan menuju keamanan kali ini dirasakan berlainan sekali. Tidak seperti sebelumnya, terlalu banyak perselindungan perlu dilakukan sebelum sengketa dilerai.

Ujian buat Saifudin sama ada mendahului amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Wali Sufi atau mengutamakan keselamatan diri yang sentiasa diancam marabahaya sepanjang bermusafir. Mulut seakan terkunci rapat, tangan dan kaki terikat erat. Namun kebenaran harus dinyatakan tanda keimanan sejati kepada Yang Maha Esa.

Salju yang menemani SAIFUDN JALIS bermusafir meraga sukma dengan penuh rasa cinta.

"Kita memanggilmu... Salju. Dan kita saling membahu sebagai makhluk Allah"

Adakah ini penamat musafir atau ia cerita yang belum diceritakan?

SAIFUDIN JALIS kembali dalam Musafir Cinta Meraga Sukma

452 pages, Paperback

First published October 30, 2019

19 people are currently reading
353 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
111 (78%)
4 stars
23 (16%)
3 stars
5 (3%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
March 16, 2023
nampaknya untuk siri prekuel kali ini aku lebih banyak berteka teki siapakah dalang disebalik Si Pengembala, pengkhianat dan plot twist yang langsung tak dijangka. Betul-betul cerita yang belum diceritakan dalam pengembaraan Laksamana Sunan.

p/s - dah habis baca terus aku pergi ke Ig RAM untuk confirmation ada ke tak sambungan untuk prekuel sebab diakhir cerita kita disajikan dengan cliffhanger, nampaknya kita akan bertemu lagi yaa abe sunan 😆
Profile Image for Eyd1410.
834 reviews22 followers
November 10, 2019
Sangat best👍Karya dari RAM mmg tidak perlu dinafikan lg kehebatannnya. Yg pasti karya ini ada sebuah cerita yg belum diceritakan. Sepertinya RAM dan Sunan tidak boleh dipisahkan lg. Ingatkan cerita Sunan sudah smpi ke penghujung tetapi RAM bijak mewujudkan cerita di tengah2 perjalanan hidup Sunan di dlm karya ini.

Seperti biasa, cerita ini mengisahkan ttg perlawanan utk menumpaskan kejahatan di dlm dunia gelap. Namun dlm karya ini, Sunan lebih byk memilih utk bersabar dan memerhati pihak musuh. Baginya apa yg berlaku di Asahan lebih kpd peperangan saudara. Sunan lebih suka bertindak utk melindungi Sultan.

Apa yg best dlm karya2 RAM bila kita berteka teki siapa sebenarnya yg jahat, siapa dalang, apa yg berlaku seterusnya, kenapa itu, kenapa ini😂. Dan twist plot yg buatkan kita bertambah penasaran utk cepat2 menghabiskan pembacaan.

Apapun tahniah utk RAM. Highly recommended👏👏👏👏👏
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
March 6, 2023
Sebuah cerita dalam guliran waktu Saifudin Jalis tika mulai dianugerahi gelaran Laksamana Sunan oleh sultan Aceh. Sejurus penganugerahan, Sunan diminta oleh Wali Sufi untuk menyelidiki pergolakan di Asahan, salah satu kerajaan kecil di bawah naungan Aceh.

Kelana ini terlalu banyak lapisan muslihat. Saifudin, hatta Wali Sufi sendiri terpaksa mengalah dengan keterbatasan ilmu pengetahuan melainkan apa yang diizinkan oleh Allah s.w.t. Kuasa sebagai punca dan api dendam menyemarakkan sengketa. Hingga di akhir kelana, barulah satu demi satu kebenaran disingkap.

Luna masih setia bersama Saifudin; menjadi pembantu dalam bayangan. Djailuh dan Sadik turut diutus sebagai pembantu walau tertewas dengan kudrat ampuh makhluk sarungan milik Sang Pengembala. Wali Sufi banyak bertindak sebagai pembimbing supaya Saifudin tidak tersasar firasatnya.

Sebagai pembaca, saya sendiri tidak menyangka terlalu banyak kejutan di akhir cerita. Karya tuan pengarang kali ini lebih banyak berteka-teki berbanding kebiasaan. Walau ini kali kedua saya membaca buku ini, kepuasannya masih sama. Tuan pengarang juga seolah-olah masih sayang dengan watak Laksamana Sunan apabila menyelitkan perenggan yang masih tergantung pengakhirannya. Saya menyangka pada awalnya ini ialah noktah penamat terhadap watak Laksamana Sunan, namun barangkali naskah ini merupakan sebuah lagi laluan pembuka untuk cerita yang entah bila penamatnya.
Profile Image for Jainatul.
18 reviews1 follower
November 8, 2019
5 bintang daripada saya ! Satu lagi perjuangan Saifudin aka Laksamana Sunan dalam mewujudkan keamanan. Pada kali ini negeri Asahan menjadi tujuan. Sekarang baru faham kenapa di belakang novel sinopsisnya ditulis sebegini : "Adakah ini penamat musafir atau ia cerita yang belum diceritakan?"

Apapun bagi saya tuan RAM nampaknya terlalu sayang untuk melepaskan watak Laksamana Sunan ni. Walhal kalau nak diikutkan, cerita tentang Laksamana Sunan ni sebenarnya dah habis dah dan novel terakhir Sunan Cinta Nan Sakti tu pun sambungannya adalah novel Bagaikan Puteri sehinggalah ke novel terakhir iaitu Sunan Musafir.

Tapi disebabkan sayang untuk melepaskan watak hebat sebegini, maka saya rasa tuan RAM bijak menyelitkan cerita yang 'tak pernah diceritakan' dalam novel2 bersiri Laksamana Sunan sebelum ni, ke dalam novel beliau pada kali ini.

Dan yang paling menarik, tuan RAM selitkan sekali mengenai kedatangan Raja Suir atau Sang Ekong, iaitu watak daripada novel beliau yang lain - Anding Ayangan - di bahagian akhir2 novel ni. Maka, akan adakah kaitan antara watak2 ini nanti? Kita tunggu next novel lah nampaknya 😁 Mungkin Laksamana Sunan akan bertemu dengan Furqan Ayyubi? Mana tau kan tuan RAM nak buat gitu 😂

Ya, bagi saya karya2 tuan RAM terutamanya had2 klasik ni sangatlah masterpiece ! Will waiting for your next novel in shaa Allah !
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 13, 2020
Nampaknya watak Laksamana Sunan masih sukar utk dilepaskan oleh RAM. Aku pun susah utk melepaskan Sunan. Eh? Haha

Kisah kali ini menunjukkan kpd pembaca akibat apabila membiarkan kuasa menguasai manusia. Seperti novel yg sebelumnya, pd permulaan mungkin agak perlahan bg sesetengah pembaca but if dh biasa bca karya RAM, aku boleh ckp mungkin ini adalah style penulisan RAM. Perasaan yg sama jugak aku rasa bila baca karya siri Laksamana Sunan sebelum ini. Tips if baca karya RAM, setiap watak yg diperkenalkan itu ade sebabnya, bukan sekadar suka suka

Kisah dlm Saifudin Jalis berlaku pd pengakhiran Cinta Nan Sakti tetapi sebelum Bagaikan Puteri. Ia sebahagian drpd cerita yg belum diceritakan.
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
February 18, 2024
Apa sahaja mengenai Saifudin Jalis adalah 5 bintang tanpa ragu-ragu. Kerana Saifudin Jalis adalah the whole green land bukan lagi taraf green flag.

Tapi Siti Kenchana di epilog akhir tu bikin menyirap la pula ehhh...tak boleh ke tadbir Negeri Asahan diam diam situ, kita dari nak kesian ke dia bertukar jadi bebal. 😑
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
May 29, 2023
4.5 ⭐️

Siri buku Saifudin Jalis a.k.a. Laksamana Sunan ni memang susah nak elak untuk tidak dibaca. Selagi tak habis baca, selagi tu lah syik teringat je jalan ceritanya. Dengan perkataan Indonesia/Brunei yang tergeliat lidah nak menyebut, tapi saya suka. Hahhaa

Macam biasa. Tuan penulis memang tak pernah mengecewakan. Kita rasa betul dah dia ni punya angkara, tapi sebaliknya tidak! Allahu ya Akram!

*lepas ni kena baca anding ayangan pulak sebab kat epilog ada sikit kisah berkenaan Raja Suir
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
April 11, 2020
Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma

- Kali ni Tuan RAM datangkan cerita Saifudin sebelum beliau berkahwin dengan Ratu Sulaman (Ratna).

- Tapi takde kaitan dengan Ratna pun. Okay cerita kali ni Saifudin di suruh oleh Wali Sufi untuk menyelidik apa yang berlaku di Negeri Asahan. Dekat Asahan tu ada pergolakan yang berlaku, lebih kepada perebutan takhta.

- Macam biasa, dalam perjalanan mesti ada je halangan yang Saifudin kena hadap. Tapi buku kali ni lagi banyak tanda tanya yang Saifudin kena rungkaikan. Banyak plot twist la bagi aku.

- Oh ya, kau kena sentiasa hati-hati dengan watak dalam cerita ni. (macam biasa la kan).

- Kalau tak berkaitan dengan humuor Islam, tu bukan gaya penulisan RAM la kan. Baca je buku apa pun yang RAM tulis mesti ada kaitan dengan Islam. Lagi-lagi buku Laksamana Sunan ni.

- Hmm kalau nak tahu Sunan menentang apa pulak, kena baca buku ni!

- Aku percaya akan ada sambungan pulak lepas ni! Haha. Nampaknya kisah Laksamana Sunan tak akan 'mati'.

- Yang tersirat akan jadi yang tersurat. Hm lebih kurang camtu laa sebab dalam buku ni agak banyak juga la guna tersirat tersurat tu.

- Okay taknak spoil lebih-lebih. Selamat mengembara bersama Laksamana Sunan dan Salju. Oh ya siapa Salju? Bacalah!

- Selamat membaca!

#2020readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukuenam
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
September 16, 2021
[BOOK 115]

Saifudin Jalis by Ramlee Awang Murshid.
.

Rindunya pada Laksamana Suman. Ingatkan habis je buku ke-8 tu, dah tak jumpa dah Sunan, tapi jodoh kita masih panjang nampaknya.
.

Kalini, latar masanya, RAM menuliskan kisah Sunan sebelum dia bertemu semula dengan Ratnanya. Lebih kurang, pengakhiran di Sunan Cinta Nan Sakti dan sebelum Bagaikan Puteri.
.

Wali Sufi mendapat utusan daripada Tanah Asahan, iaitu negeri naungan Acheh. Katanya, ada pergolakan di Asahan. Maka, Wali Sufi menghantar Laksamana Sunan untuk menjadi mata-mata.
.

Ujian untuk Sunan ialah bila dia tidak boleh mendedahkan identiti dan tujuannya ke Asahan. Pada masa yang sama, dia kena bertarung juga dengan makhluk sarungan yang mengorbankan banyak nyawa tu.
.

Seronok bila tahu siapa dalang di sebaliknya. Sebab aku curious siapa sebenarnya siapa tuan kepada makhluk sarungan tu? Siapa Rohan dan Pinangawai?
.

HIGHLY RECOMMENDED bagi pencinta Laksamana Sunan.
Profile Image for Mariani Mukadis.
7 reviews
February 28, 2020
Alhamdulillah...itu yang saya ucapkan selepas novel ini sampai ke noktah terakhirnya pada pagi ini. Puas hati coz semua persoalan yang timbul terjawab jua.

Komen...best sangat-sangat. Penuh dengan ilmu yang berguna dan yang paling penting ialah jalan cerita yang cukup buat saya tidak senang duduk.

Rasa nak maraton balik semua novel dalam Koleksi Laksaman Sunan...ehehe.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 26, 2024
41/2024

-Saifudin Jalis
-Ramlee Awang Murshid

Membaca komik Bagaikan Puteri baru baru ini, membuatkan saya teringin kembali membaca naskhah RAM yang berfokus kepada Laksamana Sunan. Rupanya baru teringat, buku ini belum lagi dibaca.

Selepas selesai membacanya, apa yang saya boleh cakap saya merindui karya penulis yang sebegini. Seperti penulis menumpahkan seluruh isi hatinya melalui setiap bait perkataan. Menjadikan pembaca turut hidup dalam kisah Saifudin Jalis.

Keseluruhannya, novel Saifudin Jalis merupakan koleksi Sunan yang wajib dimiliki oleh peminat RAM. Cuma dari segi part editorial, saya mengesan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan format reka letak (kot) yang tidak diberi perhatian walaupun telah memasuki cetakan keempat. Rugi rasanya terkadang hal seperti ini yang merencatkan mood pembacaan.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
July 11, 2020
Meraga sukma rupanya adalah sejenis teknik yang digunakan oleh Saifudin untuk melawan kejahatan. Saifudin diutuskan ke Asahan untuk menyelidik pergolakkan yang berlaku di sana. Demi kuasa darah daging sanggup dibunuh dan satu persatu pengkhianatan terbongkar. Teknik meraga sukma digunakan untuk melawan makhluk sarungan yang dimiliki oleh Sang Pengembala. Siapa Sang Pengembala menjadi tanda tanya. Plot twist yang mantap!

Kenapa Raja Suir dari Anding Ayangan muncul di hadapan Wali Sufi dan Saifudin? Apakah cerita seterusnya bakal menggabungkan sunan dan Anding Ayangan? Apapun karya RAM memang tidak mengecewakan.
4 reviews2 followers
February 12, 2020
Memang dinantikan kisah Saifudin ni.
Tak dpt dinafikan penulis otai yang sememangnya menghasilkan novel2 yg tersangat baik! Syabas kepada RAM. Teruskan berkarya... 👍👍👍
3 reviews
October 10, 2020
Membaca buku ini bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi memuhasabah diri yang jauh dari Tuhan.
Profile Image for Zuhdi Farhan.
22 reviews
January 28, 2020
Ramlee Awang Murshid kembali dengan Laksamana Sunan. Dikala ramai menjangkakan ceritanya sudah tamat, penulis berjaya menceritakan satu episod kehidupan Saifudin yang baru.

Seperti biasa, pengembaraan Saifudin penuh dengan unsur aksi, saspens, dan misteri. Tidak ketinggalan nasihat-nasihat keIslaman yang dizahirkan melalui sikap Saifudin mahupun pesanan Wali Sufi.

Di pengakhiran cerita, pembaca disajikan dengan satu 'plot twist' yang tak disangka sepertimana lazimnya cerita RAM yang lain. Pengakhirannya turut bersifat 'cliffhanger', memungkinkan satu cerita baru yang bersambung dengan cerita ini.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
April 17, 2020
Terlerai sudah rindu pada Saifuin, lelaki berduka dari Tanah Rencong. Juga, seorang musafir cinta yang penuh dengan kebaikan.

Rasanya tak perlu review sangat buku ni, hahaha. Yang ikut semua siri Sunan, pastinya tahu bagaimana rentak penulisan Tuan RAM. Namun, bagi yang tidak pernah mengikutinya, buku Saifudin Jalis ini adalah kisah awal Saifudin yang masih menuntut dengan Wali Sufi, juga sebelum dia bertemu dengan ratu hatinya. Ini kisah awal.

Gaya bahasa klasik seperti biasanya. Plot twist yang smooth serta jalan cerita yang tidak disangka-sangka. Puas hati baca! haha

Ada satu ilmu yang diketengahkan dalam buku ini, serta penjelasan lanjut mengenainya juga turut diselitkan sama. Jujur, aku tidak pernah tahu ada ilmu sedemikian.

Pengakhiran cerita dalam buku ini adalah pengakhiran yang bijak bagi aku. Ia buatkan aku jadi tak sabar nak baca Anding Ayangan III.

Aku tidak pernah bosan dengan siri Sunan ini. Buatlah berapa banyak pun, aku akan follow semua siri, insya-Allah. Hikmah yang disampaikan oleh Saifudin ini buat jiwa jadi tenang. Tertanya-tanya, masih ada ke dalam dunia ini insan sepertinya?

Terima kasih tuan RAM untuk karya ini. Terima kasih kerana fiksyenkan Saifudin untuk kami.
4 reviews
December 3, 2021
This is one of my favorite local writers. When I was in school, I knew women writers such as Zurinah Hassan, Khadijah Hashim, Siti Rosmizah, Norhayati Ibrahim and others. I only read male writers namely A.Samad and most recently Ramlee Awang Murshid. Since then, I started to follow, collecting his novels. Stories from his writing, never made me bored and always waited. This book has a series of Laksamana Sunan, a story about a young man named Saifudin, who leaves the village and travels. The experience of traveling makes Saifudin's character more mature according to the experience he has gone through. if you want to read, you have to start from Laksamana Sunan's first novel.
4 reviews
April 19, 2020
Subhanallah. Sebuah lagi karya RAM yang menjentik kalbu pembacanya. Sarat dengan nilai2 murni yang ditunjukkan oleh Laksamana Sunan terutamanya dalam bab hubungan dengan ibu bapa dan orang tua.

Oh ya, bagi pembaca tegar RAM, ada easter egg dekat bab terakhir buku ni. Aku terkejut dengan kemunculan watak itu.....
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
April 26, 2020
gaya bahasa yang agak berlainan dari siri Sunan yang 8 buah tu..
Wujudnya watak dari novel yang lain..
adakah siri ini akan bersambung?
Profile Image for Etiqaz.
2 reviews
August 14, 2020
15 years since laksamana sunan series and it’s still on going story. Thank you Ramlee Awang Murshid for the beautiful write up.
Profile Image for CutieDora.
15 reviews1 follower
January 23, 2021
Writer yg x pernah hampakan I. Congrats Abg Ram and good luck for next novel 👏👏
Profile Image for Shahrizal Ide.
24 reviews
July 11, 2021
Banyak betul wataknya. :)
Bila dah selesai pembacaan buku ini, tak sabar nak menunggu pengembaraan Saifudin seterusnya.
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
July 20, 2021
besttt gilerrr tapi tu lah geram lah dekat part last tetiba selit karakter anding ayangan 😮‍💨😭 kena baca anding ayangan lah mcm ni. overall best gilerrr 💕💕 Semoga bertemu lagi,Laksamana Sunan.
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
February 18, 2023
Aku ni serius sgt follow perjalanan sunan smpi lupa ini cuma novel. 😆

Nampaknya akan ada another kisah tentang perjuangan sunan.

7 reviews1 follower
Read
September 25, 2022
Nampaknya RAM sangat sayang akan watak Saifudin Jalis a. k. a. Laksamana Sunan sehingga sukar melepasnya pergi. Sepatutnya kisah Sunan ini sudah berakhir dengan Sunan Musafir. Kemudian, diwujudkan lagi dua buah novel prolog iaitu Sunan Nanggroe Sang Kembara dan Sunan Cinta Nan Sakti. Sangkanya, siri Sunan ini sudah berakhir. Namun, tiba2 sahaja RAM mewujudkan lagi sebuah novel prolog berkaitan Sunan. Hahahaha nampaknya siri Sunan ini tidak akan berhenti selagi RAM terus bernyawa.

Okey.. dalam Saifudin Jalis Musafir Cinta Meraga Sukma ini, segala plot yang berlaku berlaku dan latar masanya mengambil tempat sesudah kisah Saifudin di dalam Sunan Cinta Nan Sakti namun sebelum kisah Saifudin di dalam novel Bagaikan Puteri. Ianya kisah pertengahan antara kedua-dua novel yang belum pernah diceritakan. Ianya kisah baharu. Boleh diumpamakan kisah yang fresh dari ladang hahahahaah.

Watak2nya di dalamnya kebanyakannya watak-watak baharu yang tidak pernah kita jumpa di dalam siri Sunan sebelum ini. Siti awan@Puteri Selendang Inai, Panglima Simargalang, Engku Rohan, Pinangawai, Siti Khencana dan sebagainya... mereka adalah watak2 baharu yang menghiasi novel ini.

Kisah di dalam novel ini juga merupakan pengembaraan baharu Saifudin yang belum pernah dikisahkan. Bagi saya, novel kali ini sarat dengan aksi pertarungan yang memukau dan mendebarkan.

Malah, novel ini juga sarat dengan saspens. Kita akan tertanya-tanya dan berteka-teki- siapa sebenarnya pengkhianat yang cuba menggulingkan kuasa Sultan Asahan? siapa sebenarnya sang pengembala dan mengapa dia mendendami sultan asahan? Apa pula kaitan Narimayong dengan tetamu siang? Banyak sungguh persoalan! Saya sendiri sukar meneka siapa sebenarnya pengkianat yang berselindung. Terlalu banyak watak yang mencurigakan saya. apabila kebenaran terbongkar.. rupa2nya tekaan saya salah! Hebat sungguh RAM permainkan minda saya!

Plot twist novel ini agak sukar dijangka. Banyak plot twist yang berlaku akan membuatkan pembaca terlopong kerana tidak pernah menjangkakannya. Memang tabik tuan RAM!

Namun di dalam siri Sunan kali ini, saya dapati gaya bahasanya sangat berbeza daripada siri Sunan sebelum ini. Saya lebih suka jika gaya bahasanya dijadikan lebih klasik dan bersastera, tentu penghayatan kita akan lebih mantap.

Di bahagian hujung novel, rupa2nya ada satu lagi kejutan buat pembaca! Satu kejutan yang tidak pernah dibayangkan! Di mana Sunan dan Wali Sufi bertemu dengan Raja Suir Sang Ekong, yang merupakan watak daripada novel Anding Ayangan. Adakah ini bermaksud RAM cuba membuat crossover antara novel Sunan dan Anding Ayangan? Adakah ini juga bermaksud Sunan akan bertemu Furqan Ayyubi kelak? Woww.. ini tentu akan menjadi sungguh henat jika benar-benar terjadi! Sama-sama kita nantikan sambungn siri Sunan yg seterusnya.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
September 26, 2022
Berkisarkan Saifudin yang ditugaskan menyiasat di sebuah negeri yang agak jaub namun harus disembunyikan identitinya. Untuk yang pernah baca novel RAM berkenaan Laksamana Sunan memang akan kenal watak Saifudin ni.

RAM berjaya mengembangkan lagi watak Saifudin @ Sunan. Terasa lengkap watak ni dengan sikap baiknya. Sikap rendah hatinya. Namun handal dan jaguh dalam ilmu persilatan.

Penceritaan agak laju namun detail kawasan atau keadaan tidak ditinggalkan hingga SH turut merasakan atau nampak keadaan tersebut. RAM berjaya membuatkan SH terus tertanya tanya hingga ke akhir cerita. Ini membuatkan SH meneruskan pembacaan walaupun dah larut malam and mata esok akan jadi mata panda.

Seperti kebanyakkan karya RAM, novel ni jugak diisikan dengan elemen Islamik dengan sangat baik. Penuh dengan pengisian.

SH nak recommends novel ni untuk yang suka novel thriller. And walaupon tak baca kisah Sunan novel ni masih boleh difahami dengan sendirinya. Namun ada beberapa keadaan yang hanya terjawab kalau pernah baca series Sunan.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
December 29, 2019
Fuh! Habis dah baca buku ini, tapi pengakhiran yang tidak berakhir. Bayangan akan ada sambungan dan gabungan. Wah, serius Tuan RAM tidak mengecewakan. Kisah ini awalnya agak perlahan, kisah perebutan kuasa di Negeri Asahan. Perjalanan musafir Saifuddin demi mencari kebenaran masalah di negeri itu.

Tiada yang bagusnya tentang perebutan kuasa, akhirnya hanya maut yang menjemput. Pembelotan demi pembelotan, penipuan atas penipuan dan akhirnya mereka di Negeri Asahan masih tidak menerima tawaran Laksamana Sunan untuk kembali kepada Allah.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.