Sebuah novel suspen yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada Oktober 1963. Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata yang beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusian dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. Segalanya hilang dalam memerangi badai emosi yang mengganas.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Nampaknya Ramlee Awang Murshid berjaya menjerat aku, aku terkena akan terjahan "putaran plot" secara tiba2 yang menyebabkan aku menyelak beberapa mukasurat ke belakang untuk mencari klu. Persis membaca siri2 komik Detektik Conan, susah untuk meneka siapakah penjahatnya! Novel misteri cemas yang sangat menyeronokkan! Sila baca!
antara karya awal penulis tersohor tuan ramlee awang murshid. novel ini merangkul hadiah kedua peraduan menulis novel dewasa 1992 anjuran dbp cawangan sabah.
ringkas tapi padat dengan pengajaran. marlia berkahwin dengan ali atau nama jepunnya miyakoto sakurai dan dikurniakan cahaya mata. tapi ada yang tidak menyenangi tindakan marlia. bagi mereka, orang jepun perlu dihapuskan. bila akal fikiran cetek dan bertindak hanya berpandu pada perasaan, nyawa jadi galang ganti. marlia dan suami terkorban bila rumah mereka dibakar. atim, adik marlia juga cedera parah.
masa berlalu. mizah diganggu dengan mimpi-mimpi yang seakan alamat pada sesuatu. dia pulang ke kampung untuk mencari ketenangan. dilihat, lipin ada membantu ayahnya, pak kudu dalam mengusahakan tanaman sayuran.
rupanya ada dendam yang masih menyala. ada nekad yang ingin dilunaskan. dan kemuncak, ada rahsia besar yang terbongkar. mampukah mereka menerima balasan atas kesalahan lampau. mampukah juga mereka menjadi pemaaf kerana menjadi mangsa kekejaman? realiti, semuanya atas keimanan dan ketahanan diri individu itu sendiri..
Karya pertama RAM umpama masterpiece teragungnya. Di sini kita dapat melihat dan memahami bagaimana beliau memulakan langkah untuk terbang tinggi dalam bidang penulisan tanah air. Novel ini membuktikan bahawa tidak perlu mukasurat yang tebal untuk menjadi satu novel suspen thriller, cukup dengan gaya penceritaan dan pembentukan watak yang baik.
IM memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Kisah yang meragut seluruh keluarga Marlia yang terseksa kerana mengahwini Ali @ Miyakoto Sakurai. Ada pula segelintir penduduk kampung yang tak puas hati sebab masih ada lagi saki baki penjajah Jepun di kampung mereka. Akibatnya rumah Ali dan Marlia dibakar.
25 tahun kemudian, Mizah asyik histeria malam-malam kerana dihantui mimpi yang sama. Sebuah rumah dibakar dan kedengaran suara orang merintih meminta tolong. Mizah bertemu doktor tetapi tiada perubahan. Alice, teman Mizah mencadangkan agar Mizah berubat secara kampung. Yang peliknya, bila balik kampung nak berubat, dah tak histeria dah.
Mizah bertemu Lipin; pekerja ayahnya yang membantu kerja-kerja Pak Kudu di kebun. Masing-masing rupanya ada kisah silam yang Si Mizah sendiri pun tak tahu dan sebenarnya kedatangan Lipin kat kampung tu pun ada kaitan dengan pedang pusaka dan juga dendam keramat.
Antara persoalan-persoalan yang bakal muncul di minda ialah mengapakah mimpi tersebut sentiasa mengganggu tidur malam Mizah? Apakah kaitan antara Jalil, Kudu dan Ajis dan siapakah anak kepada pasangan Marlia dan Ali yang sebenarnya? Yang paling penting pastinya nak tahu siapakah sebenarnya Lipin yang tiba-tiba muncul di Kampung Pasir Lama? Suspen kan? Muahaha… sama-sama la kita baca novel ni walaupun dah takde kat pasaran.
Novel ini memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP dan hadiah Sastera Negeri Sabah bagi tahun 1994/1995. Tetapi aku pernah terbaca yang RAM sendiri mendapatkan novelnya ini dari jualan gudang DBP dengan harga serendah RM1. Apa serendah itukah nilainya? Sedangkan di luar sana ramai peminat RAM mencari karya pertama beliau ini untuk melengkapkan koleksi masing-masing. Alahai... DBP!
Novel pertama daripada penulis yang memenangi tempat kedua Peraduan Menulis Novel Dewasa anjuran DBP Sabah ini mengandungi 19 Bab, tiada prolog & epilog untuk keseluruhan cerita..tapi masih di paparkan permulaan segala cerita yang berlaku & Bab terakhir terdapat sedikit catatan mengenai watak2 dalam novel ini selepas apa yang berlaku...hanya 164 m/s sahaja
Novel yang berharga RM6.50 pada tahun 1995 ini di keluarkan, mengisahkan Mizah seorang penulis yang mengalami gangguan mimpi mengenai kejadian yang berlaku 25 tahun dahulu. Di mana mimpi yg Mizah alami membabitkan sebuah keluarga yg di bakar oleh orang kampung di sebabkan sentimen anti-Jepun..kenapa orang kampung marah sangat??? semuanya akan di ceritakan dalam Bab Pertama buku ini...Setelah Mizah pulang ke kampung, kejadian rumah terbakar berlaku sehingga ia membabitkan nyawa Mizah sendiri...Siapakah yang berdendam & siapakah Tok Dalang di sebalik kejadian yang berlaku 25 tahun dulu, akan di rungkaikan satu persatu...
Aku memang terpedaya dengan olahan cerita yg di sampaikan penulis, sangkaan aku, novel pertama sudah semestinya tiada kejutan...tapi di penghujung Bab 14 anda akan tertipu...Malahan elemen cinta & persahabatan menjadi rencah untuk menyedapkan cerita dalam novel ini. Cuma yang menjadi kemushkilan aku, kenapa perlu tunggu sehingga 25 tahun???? hmmmm...terdapat sedikit kesalahan cetakan barangkali pada Sinopsis belakang buku, September 1963 sepatutnya Oktober 1963...
Novel yang antik & susah di dapati ini masih lagi menghiburkan & memberi pengajaran buat semua, agar jangan terikut2 dengan emosi & nafsu...membalas dendam bukanlah satu jalan penyelesainya.."Peristiwa hari ini bermula drpd peristiwa masa lampau & ianya akan berlanjutan sehingga kita di jemput tuhan"..terbaikkk buat penulis...
Sepanjang pembacaan awal novel ini perasaan saya diselinapi dejavu. Sampai separuh cerita baru tersedar, novel ni saya dah baca waktu zaman sekolah dulu. Menjadikan ini novel pertama RAM yang saya baca. Dan yang paling best. Entah kenapa. Mungkinkah sebab nostalgia peribadi atau faktor mood buku ini yang lebih 'santai' atau faktor ketebalan atau entah apa-apa.
Angkara marahkan penjajahan Jepun satu ketika dulu, sebuah keluarga dibakar hidup-hidup kerana si suami orang Jepun. Tragedi hitam yang berlaku di tahun 1963 itu mula menghantui kembali selepas berpuluh tahun.
Sebuah naskah ringkas dari Ramlee Awang Murshid. Ini adalah pertama kali SH baca naskah yang sebegini pendek dari RAM. Walaupun pendek namun ceritanya menarik.
Ada beberapa flashback yang dicerita bersambung dengan cerita terkini hingga SH terpaksa ulang baca. Sebab tiba-tiba rasa 'jump scene' Ia cuma dipisahkan oleh beberapa ayat. Jika baca tidak teliti ayat itu mungkin terlepas pandang dan membuatkan kita merasakan yang tiba-tiba itu.
Ada beberapa watak yang SH tidak nampak kepentingannya dalam naskah ini. Kalau tak ada pun rasanya tak mengganggu cerita.
Elemen kejutan diselitkan dengan baik oleh penulis. Plot twist yang tak disangka dan menarik.
SH agak geram dengan pemuda-pemuda yang kononnya bersemangat sayangkan negara dan bencikan Jepun tapi sanggup berbuat sesuatu hingga ada nyawa yang terkorban angkara mereka. Ye, SH boleh faham mengapa mereka cukup bencikan Jepun. Namun itu bukan alasan mereka berbuat sewenang-wenangnya. Kalau macam tu apa beza mereka dengan Jepun yang menjajah mereka.
Disebabkan rasa ketidakadilan dendam muncul menguasai diri. Dendam yang akhirnya menjadi barah menghancurkan diri sendiri. Dan SH suka bagaimana penulis meletakkan dekatnya kita dengan agama mampu mencairkan dendam kesumat yang bertahta di hati.
- Novel ini antara novel yang terawal karya RAM, tak silap aku diterbitkan pada tahun 1995.
- Novel ini mengandungi 166 muka surat termasuk biodata penulis.
- Kisah kali ni macam biasa, genre thriller. Pasal dendam kesumat yang akhirnya memakan diri. Pasal seseorang yang nak cari keadilan untuk keluarga, nak tebus maruah diri dan keluarga sampai sanggup membunuh.
- Hmm nak kena cerita detail ke? Nanti spoil pulak. Tapi aku nak pesan, macam biasa bila baca karya RAM ni kena hati-hati dengan jalan cerita dan watak-watak dalam cerita tu.
- Bila baca novel ni, nampak la perubahan gaya penulisan RAM berbanding dulu dengan sekarang. Banyak improvement yang mana novel-novel sekarang penggunaan gaya bahasa tu lagi tinggi, puitis.
- Tu jelah kot. Taknak cerita banyak-banyak. Selamat membaca!
Now I understand why cerita ini menjadi harta karun kepada seluruh pencinta karya Ramlee Awang Murshid. Garapan penceritaan yang sangat mantap walaupun buku ini adalah buku ternipis RAM. Padat dan ringkas. Tiada ruang untuk meleret-leret dan tiada ruang untuk kita merasa bosan. Menggunakan Mizah sebagai perantara kepada mimpi-mimpi untuk merungkai kejadian yang terjadi kepada keluarga Marlia menyebabkan ramai orang akan terfikir bahawa Mizah adalah anak kepada Marlia. Namun, jangan tertipu! Disebabkan saya sudah pernah terkena dalam karya RAM sebelum ni (Fiksyen 302), saya dengan sewenang-wenangnya tidak akan mempercayai otak saya. Haha… Membaca karya RAM, walaupun untuk buku senipis ini, kita bukan sahaja perlu membuka mata dan minda, kita jugak perlu membuka semua deria kita untuk meresap segala setiap ayat dan bait yang tertulis di atas kertas. Jangan ketinggalan walau sehuruf pun! Jadi, untuk Igauan Maut, saya ambil 5 bintang yang paling berkelipan di angkasa sana dan saya tidak akan letakkan bunga api kerana saya tidak mahu pancaran bunga api itu menenenggalamkan 5 bintang terbaik yang saya berikan untuk buku ini.
Igauan Maut (IM) merupakan novel pertama yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid (RAM). Igauan Maut pada asalnya diterbitkan pada tahun 1995 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). IM juga berjaya memenangi hadiah di tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran DBP cawangan Sabah. Seperti yang menjadi trademarknya selama ini,novel ini bergenrekan thriller.
IM,pada pandangan saya,merupakan sebuah novel yang simple. IM mengisahkan seorang watak yang mahu membalas dendam kepada mereka yang telah melakukan ketidakadilan kepada diri dan keluarganya. Namun demikian,RAM berjaya membuatkan saya 'tertipu' dan tersalah sangka siapakah watak antagonis yang sebenarnya. Pengakhiran cerita IM seolah-olah membayangkan RAM ingin melakukan sekuel kepada novel ini,sekurang-kurangnya pada pandangan saya. Namun demikian,saya juga merasakan penamat cerita IM ini juga mungkin sekali mencetuskan idea kepada RAM untuk menulis novel Tombiruo: Penunggu Hutan.
Mengisahkan Mizah yang mengalami gangguan mimpi mengenai kejadian yang berlaku 25 tahun dahulu. Mizah bermimpi melihat sebuah keluarga yang dibakar oleh orang2 kampung.
Mula-mula agak Mizah ni merupakan bayi yang terselamat dalam kebakaran tu. Rupanya bukan. Muka surat pun nipis makanya ceritanya pantas.
"Nyawa mereka tidak sama nilainya dengan perasaan simpati atau kekesalan! Harga nyawa mereka lebih mahal!" kata Atim meninggi. Dia menepuk-nepuk parang tajam yang tersisip di pinggang. Senyumnya sinis. "Kenapa tidak kautanyakan semua ini kepada dunia di luar sana? Bukankah mereka lebih arif? Arif kepada kemajuan, mengejar kekayaan dan darjat. Tetapi tidak kepada kemanusiaan!" bentak Atim, meluahkan segala isi hati. Melepaskan perasaan yang sudah berkarat, meracuni jiwa raganya selama ini. - Igauan Maut by Ramlee Awang Murshid . . I have been wanting to read ‘Igauan Maut’ for so long and only now i got the time to finally finish it. 168 pages is done within 2 hours and it was so damn satisfying to figure out who is the one that came back with a vengeance and set the villager’s houses on fire. The writing is neat, the plot is brief but it pointed on the right direction of how every one is linked to the dark past (From Mizah, Lipin, Pak Kudu) - readers just have to observe and read between the lines. If you have been an avid fan of Ramlee Awang Murshid’s novel, reading his first novel will actually demonstrate how far he has come as an author. Look at Tombiruo series, Sunan Series and Now Anding Ayangan, he always delivers. Overall, An enjoyable read. The reason i couldn’t give this 5 is due to the ending, as it was done abruptly.
Apa yang paling memuaskan sebagai pembaca adalah apabila anda dapat meneka jalan cerita dan watak-watak di dalam novel yang ditulis. Sayangnya aku tidak boleh berlaku adil dalam menilai buku ini sebab aku meletakkan harapan yang tinggi terhadap jalan cerita dan isinya. Tapi buku ini tidak mengecewakan. Banyak nasihat yang diselitkan dalam cerita ini. Itu yang paling aku suka apabila membaca novel RAM.
Dendam, hasad dengki dan rasa benci boleh menjadi resepi terbaik kepada tragedi-tragedi yang berlaku dalam hidup manusia sepanjang zaman. Malangnya manusia tidak pernah belajar daripada tragedi-tragedi ini. Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh penulis.
Novel 'rare' yang sukar diperoleh dalam pasaran. Novel pertama karya Ramlee Awang Murshid. Saya andaikan watak 'Ejim' dalam Tombiruo di ilhamkan dari sini kerana beberapa persamaan dengan watak 'Atim' seperti wajah yang huduh dan penggunaan pedang pusaka. Cuma klimaks penceritaan terlalu cepat dan kesudahan Mizah-Lipin juga digarap terlalu simple.
Sungguh pun agak nipis tapi tetap enjoy dan puas kerana akhirnya dapat juga membaca dan memiliki novel ni.
Saya pernah baca buku ini. Mungkin pinjam di library UiTM tak ingat di mana tapi baca sehari je sebab tak tebal. Karya pertama penulis, memang rasa kena tipu jugalah. Standing ovation buat Abang RAM! (Y)
Igauan Maut merupakan tulisan pertama Ramlee Awang Murshid (RAM) yang diterbitkan kali pertama pada tahun 1995 oleh DBP. Naskah yang aku baru habiskan ini adalah merupakan cetakan keempat iaitu tahun 2017 (sebelumnya 2013 dan 2014) dan merupakan karya yang sangat dicari-cari (selain dari Pei Pan) disebabkan oleh cetakannya yang terhad. Sebelum lahirnya nama-nama seperti Laksamana Sunan, Ejim Tombiruo, Ryu Watanabe dan Mikhael yang meniti di bibir pembaca, novel Igauan Maut inilah yang menjadi pemula kepada RAM dalam bidang penulisan. Karya ini juga merupakan karya yang telah memenangi hadiah kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 anjuran DPB Negeri Sabah dan Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Bagi yang mula mengenali tulisan RAM selain daripada Igauan Maut, novel ini mungkin akan membuatkan pembaca sedikit terkilan disebabkan jalan penceritaannya tidaklah begitu panjang, hanya terkandung 166 muka surat sahaja. Walaubagaimanapun, Igauan Maut mempunyai keistimewaan tersendiri disebabkan ini merupakan buah tangan pertama yang dihasilkan oleh RAM dan daripada novel inilah kita sebagai pembaca dapat melihat bagaimana perkembangan dan kemajuan yang dilakukan oleh RAM dalam karya-karyanya selepas itu.
Secara ringkasnya, permulaan kisah Igauan Maut berlatar belakangkan zaman pasca kemerdekaan, tahun 1963, seorang perempuan melayu bernama Marlia yang menetap di Kampung Pasir Lama telah menongkah arus dengan mengahwini bekas askar Jepun iaitu Ali Abdullah @ Miyakoto Sakurai dan dikurniakan seorang anak. Cinta mereka terbina atas sifat kebaikan yang ada pada Miyakoto dalam membantu Marlia sewaktu zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu sekalipun Miyakoto sendiri merupakan tentera Jepun yang bertugas ketika itu. Perkahwinan tersebut ternyata tidak direstui oleh penduduk kampung disebabkan kesan yang diterima oleh penduduk sewaktu zaman pemerintahan Jepun sangatlah tragis. Hasil daripada itulah, penduduk kampung telah nekad untuk menghalau Miyakoto dengan membakar rumahnya sehingga menyebabkan Miyakoto dan Marlia terkorban. Namun anak mereka berjaya diselamatkan oleh Atim (adik kepada Marlia) dan sejak daripada itulah dendam mula terpateri.
Novel pertama RAM secara keseluruhannya tidaklah seperti apa yang dijangkakan. Kebiasaannya novel pertama tidak kira mana penulis sekalipun akan menampakkan kekekokan dalam penulisan mereka sama ada dari segi jalan penceritaan, gaya bahasa, dan sebagainya. Bagi aku sendiri kekekokan tersebut tidak ditunjukkan secara ketara di dalam naskah Igauan Maut malah jalan penceritaannya boleh dikatakan ‘straight to the point’. Namun begitu, persoalan demi persoalan akan mula bermain di kepala apabila plot penceritaan semakin memuncak. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah mimpi Mizah berkenaan api yang membakar, kaitan Pak Kudu dan Ajis sewaktu Miyakoto dan Marlia masih hidup, kemunculan Lipin yang berkerja di rumah Pak Kudu dan kehilangannya secara tiba-tiba, status Atim yang hilang dari kampung semenjak kebakaran rumah kakaknya Marlia dan lain-lain lagi. Dan aku sendiri mengakui tidak dapat menjangkakan kesudahan penceritaan tersebut sehinggalah penulis merungkai sedikit demi sedikit pada akhirnya. Bagi aku, itulah antara keistimewaan penulis yang sehingga kini ‘gaya persembahan’ tersebut masih dikekalkan sehingga hari ini.
Mengikut pembacaan di laman blog berkenaan novel Igauan Maut, kebanyakan pembaca menggambarkan bahawa watak Ali Abdullah @ Miyakoto Sakurai dikatakan mirip watak Ryu Watanabe di dalam Hatiku di Harajuku manakala watak Atim pula dikatakan mirip dengan watak Ejim di dalam Tombiruo. Bagi aku tidaklah menghairankan (jika kebetulan sekalipun), memandangkan Igauan Maut merupakan tulisan pertama RAM, boleh jadi novelnya selepas itu mengambil inspirasi daripada watak yang ada di dalam Igauan Maut. Jujurnya naskah ini jika hendak dibandingkan dengan tulisan RAM yang mutakhir adalah tidak adil tetapi bagi peminat RAM khususnya, karya pertama ini haruslah tidak dilepaskan untuk dibaca memandangkan selepas ini boleh jadi naskah ini sukar didapati sepertimana yang terjadi pada novel Pei Pan.
Novel ini pernah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995. Saya mengira bahawa novel ini merupakan antara karya terawal tuan Ramlee Awang Murshid.
Sejujurnya, Igauan Maut ini biasa-biasa sahaja. Bertemakan dendam dan keadilan; begitu mudah untuk ditebak pengakhirannya bagaimana. Barangkali kerana saya telah membaca karya-karya tuan RAM yang lain, yang jauh lebih phenomenal, maka, novel ini kelihatan biasa-biasa sahaja.
Sebenarnya ada beberapa babak yang agak menarik, namun pengolahannya begitu sederhana hingga menjadikan babak tersebut kelihatan kurang memberi kesan kepada keseluruhan cerita. Contohnya, ketika rumah-rumah "para anti-Jepun" (Ajis, Kudu dan Jalil) terbakar kerana disengajakan. Emosi yang dialami mangsa tidak dirakamkan dengan jelas dan terperinci, sebaliknya yang diberikan penekanan ialah motif dendam dan perbezaan pandangan antara dua generasi, seperti yang dirakam dalam dialog Mizah (h. 60). Berlaku penyongsangan tumpuan pada babak ini.
Juga, ada beberapa persoalan yang tidak dileraikan, walaupun ia telah diapungkan oleh penulis pada awal cerita seperti status Mizah sebagai anak angkat Pak Kudu (ibu bapa kandung Mizah), hubungan mendiang Mary dan Alice, serta, yang paling utama ialah mengapa Mizah yang mengalami gangguan berkenaan peristiwa Oktober 1963. Siapakah pula "utusan" yang memberi petunjuk kepada Mizah?
Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan ini tidaklah menjejaskan penceritaan. Hanya sahaja, buat pembaca yang agak teliti, barangkali akan merasakan kelompongan.
Ini merupakan naskah yang agak ringan daripada penulis. Walaubagaimana pun telah membawa banyak pencapaian kepada penulisnya.
Kisah yang dipaparkan agak santai dan tidak sukar untuk difahami. Sedikit kesal apabila terbaca review pada tengah bacaan dan mengetahui serba sedikit berkenaan isi kandungan penting sekaligus menghilangkan sedikit keseronokan. Akan dipastikan supaya tidak berulang lagi pada masa hadapan. Namun kekesalan sedikit terubat apabila novel ini punyai kejutan lain untuk pembacanya.
Hanya separuh hari diambil untuk melunaskan bacaan. Mungkin kerana novel ini dilihat agak nipis atau mungkin juga kerana jalan ceritanya yang tidak meleret. Pengakhiran cerita juga dilihat agak tergesa-gesa untuk mencapai penamatnya.
1 bintang kalau untuk sy secara peribadi. Lain orang lain pendapat ya. Mungkin novel pertama ya sb kurang pengalaman pada masa menulis kala itu.. Seolah² membaca karya orang lain.
Cerita yang ringkas. Tidak terlalu banyak konflik. Boleh layan. Baca dalam sejam lebih. Ada plot twist. Walaupun rating macam sedikit rendah tapi bacaan yang baik.
Beli buku di Pesta buku MPH Putrajaya. Staf MPH di sana yang beria cerita tentang novel nie, katanya, ramai yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk dapatkan novel di pasaran gelap.
NOVEL PERTAMA RAM!
Teruja dengan penerangan beliau! Dan melihat harga buku ni yang hanya RM12, aku terus capai dan bayar harga buku bersama RM200 nilai buku-buku lain.
Memang puas-hati baca buku ni, sekejap je dah abes, dalam kurang 6jam pembacaan..
Mungkin disebabkan gaya penulisan RAM yang memang aku suka. Santai dan memang taksub-lah nak belek dari muka-ke-muka.