Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Imamku

Rate this book
Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

“Lily sakit ma...Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali.”

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!
Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

“Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!” Ya Allah! Remuk hati Amiruddin.

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

“Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.”

“Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.”

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?

864 pages, Paperback

First published January 1, 2020

307 people are currently reading
2738 people want to read

About the author

Siti Rosmizah

12 books2,297 followers
Novelist & Lawyer, Siti Rosmizah Semail.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
427 (73%)
4 stars
93 (15%)
3 stars
28 (4%)
2 stars
10 (1%)
1 star
25 (4%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
March 29, 2020
[34-2020]

#DiaImamku #SitiRosmizah #StayAtHome

Itu dia comeback daripada Siti Rosmizah bukan biasa-biasa. Hampir 2 tahun menanti, akhirnya novel Dia Imamku muncul juga. Bercerita tentang novel penulis ini, pembaca memang sudah menjangka pergerakan cerita daripada "benci-cinta-benci-cinta". Itu memang trademark penulis.

Cumanya... Bagi saya Siti Rosmizah sangat bagus dalam mewujudkan perwatakan watak-watak dari orang kaya sehinggalah orang kampung. Plot penceritaan kali ini saya kira sama juga seperti 7 Hari Mencintaiku. Heroin yang membenci si hero kerana miskin hina. Perlahan-lahan, benci menjadi cinta. Cumanya, untuk novel Siti Rosmizah saya lebih menggemari watak-watak sampingan yang wujud, lebih-lebih lagi watak antagonis.

Untuk novel Dia Imamku, watak Nek Bunga menjadi watak paling digemari dek kerana ke'brutal'annya. Habis semua dia sapu, tak tinggal untuk orang lain ye. Ditambah lagi dengan perangai jahat Puan Sri Zabedah, Dahlia, Razak, Rafiza, Hasnah, Amar (ha boleh bayangkan berapa banyak watak mental yang kena hadap), cukup menjadikan pembaca yang membaca novel ini jadi 'gila'.

Apa-apapun, novel Dia Imamku secara keseluruhannya banyak memberi pengajaran terutama tentang kepentingan mempertahan rumah tangga, bagaimana ego membawa binasa dan pentingnya keharmoninan dalam sesebuah keluarga. Gitu. Tahniah buat Siti Rosmizah atas kelahiran novel ini!

p/s:- Tak sabar menantikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 bulan puasa ini.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
May 26, 2021
baca novel Dia Imamku ni dari bulan puasa, ambil masa juga nak habiskan sebab banyak watak yg menyakitkan, pacing yg agak slow dan jalan cerita bagi aku tak ada yg baru sangat sebab macam recycle plot dari karya sebelum ini.

https://tiaarasapphire.blogspot.com/2...
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
Read
November 29, 2022
Saya sedia maklum karya penulis memang boleh buat pembaca bermain emosi. Storyline yang penuh dengan konflik dan kehadiran watak-watak annoying yang sangat berjaya membuatkan hati pembaca membara. Dia Imamku juga tidak lari dari seperti apa yang saya sebutkan di atas.
Part-part klise juga masih ada dan saya tolak tepi sebab saya tak letakkan any expectation baca cerita ini.

Too dramatic.

Paling kena sabar dengan watak Cempaka Humairah yang terlalu negatif dan red flag. Semua benda tak kena di mata dia. Kalau nak disenaraikan perangai Maira memang panjang berjela. Kalau la Maira ni wujud in real life memang dah starlight dahi dia.

Hampir separuh buku kena melayan perangai jahat heroin. Kadang naik geram baca. Macam tak belajar adab dan sivik. Humairah terlalu leka mendongak ke langit sehingga lupa untuk tunduk melihat tanah. Kalau tidak disebabkan satu perkara yang terjadi. Mungkin dia akan sampai ke sudah menjadi satu watak yang hanya tahu tunjukkan perangai bodoh sombong orang kaya dia tu.

Budin: Seorang lelaki dari kampung yang ada perwatakan yang baik. Semua ciri-ciri lelaki idaman ada dekat Budin. Walaupun dia datang dari keluarga yang bukan berada. Tapi sifat rendah diri dan sedar diri dia itu memang perlu dipuji. Dia tak pandang harta benda jauh sekali nak berlagak kaya.
Buktinya: Dia sedaya upaya bekerja keras demi Aina & kakak iparnya walaupun hakikat sebenar. Mereka bukanlah tanggungjawab dia. Tapi dia punya hati murni tu. Sanggup la berhutang untuk selamatkan kakak ipar dia.

Nampak kematangan Budin dalam melayari rumahtangga yang tiada cinta dan kasih sayang. Sabar Budin terlalu 'tinggi melangit'. Sampai rasa macam kadang-kadang Budin ni dah macam kena nasi kangkang. Turuti saja apa yang isteri mahukan, arahkan & dengar caci hina yang keluar dari mulut Maira.

Boleh nampak ada perubahan tingkah laku selepas kejadian itu which is good. Sekurang-kurangnya kita tahu yang hati Budin ni bukan hati batu. dan dia juga manusia biasa yang ada limit rasa. Bukannya robot. Buktinya, bukan main lama dia sentap. Sebenarnya, memang nampak macam kejam cara dia layan Maira di hujung cerita. Macam mana dia ignore Maira.

Tapi kalau fikir sejenak. Layak la Si Maira tu kena ajar macamtu. Dia fikir diri dia je ada hati, orang lain tak ada?. Bila watak red flag tiba-tiba jadi green flag ( Maira ). Kita punya hati sebagai pembaca jadi berbolak balik. Jadi kesian pulak dekat dia sebab dia cuba untuk berubah tapi suami tak support and tak terima. Tapi dia layak dilayan sebegitu geng hm. Penulis berjaya twist part ni.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
July 7, 2025
It’s been a while since F last read Siti Rosmizah's novel.

F tahu her stories are often packed with conflicts and a bit cliché, but honestly F enjoyed them!

Her writing style has this magical pull... once you start, you're hooked to the storyline.

As usual, there's always ada one evil character yang payah nak repent sampai ke sudah 🤭😅 watak Dahlia ni. aduhai memang such a bimbo!

And of course, ada juga watak perempuan lain yang suka kat suami heroin. Classic Siti Rosmizah style!

F memang dah boleh guess how the story will end… but still, F nak read it till the very last page
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 9, 2020
Dia imamku.. masih mengunakan konsep yang sama seperti karya Siti Rosmizah yg lain.. hero dari kalangan orang kampung dan heroin anak orang kaya. Mula2 benci lepas itu cinta.. Walaupun jalan cerita yang boleh dijangkakan tetapi saya tetap menghabiskan 864 muka surat dalam masa 6 jam.. Saya masih tidak jemu dengan gaya bahasa yang diolah oleh penulis hingga tidak sedar air mata mengalir...
Cempaka Humairah gadis kaya yg sombong dan angkuh . Amiruddin pula jejaka kampung yg baik budi perkerti. Geram betul dgn sikap Humairah yg berpura-pura mencintai suaminya Amiruddin. Humairah sentiasa gunakan Amiruddin utk kepentingan hudup dia. Amiruddin pula walaupun sayang dan cinta pada isteri.. bila dah merajuk.. lama pulak nak dipujuk. Dalam merajuk Amiruddin tetap ambil berat dan bertanggung jawab pada isteri.. Rajuk Amiruddin pun tak boleh nak ajak berbincang. Tak kemana pun rajuk sang suami.. terhapus juga rajuk kerana cinta...
Yang penting, akhir cerita mereka bahagia.
Profile Image for Minowentalib.
51 reviews2 followers
July 13, 2020
giler sabar betul Amiruddin ini.. Kalau kita berada di tempat dia mampu ker kita sesabar dia..
Pelik betul dengan mereka yang mempunyai sifat sombong & ego ini.. Kesian betul depa ini..
Banyak pengajaran yg kita boleh dapat dalam pembacaan novel ini..
# tentang sikap sabar si isteri apabila dimadukan oleh sang suami. Tapi bagus juga akhirnya si isteri mengakhiri hubungan toxic ini.
# Bila ko dah diberi peluang seeloknya ko kene gunakan dengan sebaik mungkin, bila hati sudah mati, ko nangis air mata darah pun orang takkan hiraukan..
# kawin bukan hanya untuk suka2, ada banyak tanggungjawab yang perlu ko hadap & ko akan dipersoalkan di akhirat kelak.
# what you give you get back. ko buat baik ko akan dapat baik.. kalau ko buat jahat kejahatan akan datang balik kat ko..
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
July 21, 2020
Cubaan pertama kali baca karya SR ni. Ternyata tidak mengecewakan saya. Rasa sangat berbaloi membeli novel Dia Imamku. Menggunakan latar masyarakat kampung dan bandar yang digarap begitu kemas, naskhah ini layak mendapat bintang penuh! Kepada Siti Rosmizah, saya kini peminat karya anda! Teruskan menghasilkan karya-karya yang hebat!
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
April 24, 2025
2.5 Cliche dari mula sampai habis. Sejujurnya baca sebab drama keluar kat TV. Kalau setakat baca buku tu je, tak kot. Plot yang sama berulang lagi. Hero orang kampung dan heroin orang kaya, jumpa, gaduh dan terpaksa berkahwin. Watak heroin yang menjengkelkan, biadap dan bongkak. Hero pula 180 darjah, sangat bertentangan, penyabar, merendah diri, baik semualah.
Saya suka nama-nama karakter guna nama bunga. Klasik sangat.
800 muka surat, buku ni agak meleret. Dengan dialog dan scene sama berulang kali.
Dah boleh tahu endingnya from mile away.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
March 4, 2025
Kisah klise mula-mula kenal, rasa benci. Lepas tu jatuh cinta. Kecewa cinta tak dihargai. Dah sedar diri baru nak insaf dan terkejar-kejar semula cinta yang menghilang tu.

Penulis pun siap tulis kat muka surat akhir. Walaupun kisah cinta klise, ianya tetap satu rencah dalam kehidupan yang kita perlu lalui. Ada suka, duka, tangis dan senyum.

Satu nak puji, ada typo bila salah eja nama watak. Tapi typo itu sangatlah minimal untuk sebuah novel yang ada 800++ muka surat. Tahniah penulis.
Profile Image for Dahlia reads.
35 reviews2 followers
July 9, 2022
4.5⭐.

okay je cerita, cuma kalau reader SR memang boleh predict apa akan berlaku. mostly jalan ceritanya lebih kurang dengan ceritanya yang lain.
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
June 9, 2020
Maira ni dia sebenarnya bersalah, in the end dia macam tak bersalah sebenarnya. 😄 sama macam Dahlia, dia yang paling bersalah tapi hati kering agaknya, berkali-kali kena marah Nek Bunga pun macam tu jugak! Peninglah! Tak berair mata tak sah baca buku SR ni.
154 reviews2 followers
December 31, 2022
Wow. This is bad. Really bad. And disappointing.

1. Segala macam klise ditaruk dalam kisah ni. Orang kaya sombong? Ada. Hero/heroin berhati suci? Ada. Isteri/suami tertindas? Ada. Isteri/suami "berjuang" untuk rumahtangga? Ada. Suami/isteri buat hal sampai rumahtangga hamcur? Ada. Anak2 jadi mangsa kesilapan mak/ayah? Ada. Manusia2 pendengki? Ada... pendek kat semua ada (dan diakui oleh penulis, hmmm) kecuali watak dimatikan!

Akui tau ni komplen biasa, dan memang aku expect kesudahan 'happily ever after' tapi dalam cerita ni kegagalan penulis "menggunakan" stereotype2 tu dengan berhemah membuatkan aku jadi kenyang tapi tetap kempunan - perbandingan dalam kes ni fast food (cliche) vs home cooked meal (yang disediakan dengan penuh kasih sayang, hahah)

2. Watak-watak sangat2 one-dimensional:
* Heroin cantik, kaya, jawatan besar, belajar tinggi (LSE? are you joking? tak mustahil graduan LSE berperangai huduh macam heroin tapi dari pemerhatian aku majoriti graduan dari universiti2 hebat/"ivy league" sangat beradab, sedar kelebihan dan kekurangan diri, positif dalam hidup etc.) Dalam kes ni heroin sepatutnya takde peluang pun dapat hero macam Budin, dan biasanya dalam cerita lain dah jadi perempuan meroyan, hmmm
* Hero - male Cinderella, "terpaksa" terima perempuan tak semenggah jadi bini. Heheh
* Watak2 sampingan - digunakan sebagai "prop" oleh penulis nak memanipulasi emosi pembaca

3. Lain-lain luahan perasaan aku:
* 3/4 buku mengandungi dialog2 watak2 terpekik terlolong macam orang kena sampuk. Diaorang bertikam lidah tak kira tempat - tepi jalan, tepi longkang, dalam spital, dalam klinik, dalam pejabat, dalam restoran hotel 5 bintang, dalam dapur, dekat balkoni, dalam bilik tidur,dalam semak, dalam bilik mesyuarat (kecuali bilik "kecik", heh)... rosak "immersion" aku, ni bukan perangai orang waras!
* Timeline tak menentu - Kak Lily tu macam 'terpaksa' tunggu pembedahan kritikal dia 2 tahun, bukan 2 minggu; Amar patah dua2 kaki & kena masuk besi, tapi kejap aje dah boleh bertongkat kesana-sini; Si Razak boleh buat percubaan nak rosakkan Humaira berkali2 tanpa kena cekup walaupun dia takde tempat lain nak pergi kecuali rumah kakak dia aje...
* Terlampau banyak adegan2 yang kurang logik - orang2 kaya bertaraf Dato'/Datin pakai sorang pembantu rumah (yang pekak pulak tu, heheh)? Anak2 Dato'/Datin/Puan Sri takde bodyguard? Dalam novel ni takde PI/Penyiasat persendirian? Jiran tetangga? Orang2 sekeliling? haihhh...
* Banyaknye scene dan dialog yang berulang-ulang Banyaknye scene dan dialog yang berulang-ulang Banyaknye scene dan dialog yang berulang-ulang Banyaknye scene dan dialog yang berulang-ulang Banyaknye scene dan dialog yang berulang-ulang!!!

Dahle tu kut, rating takleh bagi kosong, so letak satu bintang.
Profile Image for ADAM LASS.
1 review
Read
October 21, 2020
Bagi aku jalan cerita dalam novel ni, ada sedikit kelainan walaupun ada persamaan dengan novel yg ditulis sebelum ni oleh penulisnya...dimana, tak bukan dan tak lain penulis memberikan sentuhan dalam penulisannya yg penuh dgn emosi lebih2 lagi dalam watak heroinnya...jalan cerita yg lebih kurang macam dalam novel 7 hari mencintaiku...mula2 heroinnya tak suka dgn heronya...sebab benci lama2 cinta...lepas tu bertukar pulak tiba2 watak heronya menjadi dingin kerana ego... penulisnya tak sah kalau tak buat pembacanya menangis!...aku yg lelaki ni pun boleh termenangis tau...hahaha...bukan hati tisu tapi terlebih menghayati dlam jalan penceritaan dalam novel ni...hahaha...tapi yg paling aku suka, penulis buat kelainan cerita dalam novel ini dimana dalam watak ahli keluarga heroinnya banyak membawa kesan positif... antaranya, watak mak ayah heroinnya yg sentiasa memberikan teguran yg baik kepada si anak kerana bersikap angkuh pada si suami...tak kurang jugak watak nenek bunga yg sangat positif dalam watak ni, ada saja kata2 pedasnya utk berdebat dgn anak cucunya...watak yg paling aku suka dalam ni adalah watak Lily kakak kepada Cempaka...nak tahu kenapa? Korang kenalah baca sendiri tau baru best utk hayati jalan ceritanya...baru best menangis bertemankan tisu jer...pastikan sediakan tisu tau..hehehe😂Bagi aku juga antara artis/pelakon yg sesuai utk membawa watak dalam novel ni sekiranya d adaptasi kan dalam drama...maybe, aku pilih untuk watak heronya antara REMY ISHAK/SHUKRI YAHAYA manakala watak heroinnya EYKA FARHANA/ZAHIRAH MACWILSON
This entire review has been hidden because of spoilers.
6 reviews25 followers
July 31, 2020
Saya dah lama tak baca novel dari siti rosmizah, last novel yang saya baca adalah 7 hari mencintaiku. Novel2 beliau yang seterusnya tak begitu menarik perhatian tetapi yang novel kali ni saya nak try sbb sinopsis macam gempak.

Tapi masih lagi mengangkat tema yang sama :
1. Anak orang kaya hina orang miskin
2. Kawin paksa
3. Bila gaduh si lelaki nak kawin lain

Agak penat ye nak layan si humairah ni, setengah buku pun masih perangai menghina orang. Si Budin ni baik gila , gentleman sangat. Si humairah hina dia pun dia masih lagi bersabar tapi budin ni akan hilang sabar kalau orang lelaki tak hormat wanita. Si budin ni kata dia cinta pandang pertama dekat humairah , tapi bila baca pov awal2 dia macam takde mention pulak pasal perasaan dia terhadap humairah. Watak paling gempak nenek bunga, kalau salah nenek bunga akan tegur, tak kiralah cucu kesayangan ke apa.

Yang paling saya saspen kisah lily, dah setengah buku asyik terfikir ‘bila si lily nak jumpa family dia ni, tak sabar’. Overall , saya suka buku ni, walaupun tema sama tapi still buat saya tak berhenti baca.
Profile Image for arin ʚɞ.
13 reviews
April 20, 2025
Rating: 4.5/5 ⭐️

“Dia Imamku” ni novel pertama daripada Siti Rosmizah yang saya baca. Sejujurnya, saya dah agak ending macam mana haha! Tapi, disclaimer sikit, saya tak baca dari awal sebab terus sambung baca bab hujung-hujung je, sebab saya ikut drama adaptasi dia yang tengah on going tu. Saya ni jenis tak sabar, jadi terus je beli novel dia 😀.

Bagi saya, part yang best bila Budin tawar hati dengan Maira, tapi yang buat saya geram tu, Maira ni masih ada baran sikit lagi! 😔✋🏻 Pastu Dahlia, ahh nak je gebuk muka dia! Dari mula sampai habis memang mata duitan betul, layak sangat lah kena tipu haha.

Karakter kegemaran saya dalam ni tentulah Nek Bunga! Nek Bunga memang power, tak boleh lawan! Haha! Dan saya suka sangat perkembangan karakter Hasnah, daripada tak berapa best jadi sangat menyentuh hati. 😭🫶🏻

Rafiq pulak… nasiblah, ending tu baru dia sedar. Ingatkan nak duduk bawah ketiak mummy sampai bila-bila! 😔

Tapi overall, saya suka sangat dengan ending dia, puas hati! 😊
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 reviews
June 1, 2020
kombinasi cerita tujuh hari mencintaiku + curi2 cinta.. mudah aje keje penulis.setelah sekian lama ku tunggu..gini aje..haha. cuma beza nye..hero kali ni betul2 miskin.tu je laa.. takat nk baca time PkP boleh laa...
1 review
September 17, 2020
Novel dia imamku karya siti rosmizah masih sama konsep jalan cerita dia benci jadi suka... cuma saya rasa cerita ni agak
Tergantun part lily apa terjadi lepas dia cerai apa terjadi pada madu dia dan adik ipar dia ...cuma cerita ni kurang sweet asik gaduh jer.tapi saya suka karya dia imamku
Profile Image for Siti.
73 reviews1 follower
May 11, 2020
Semua novel SR memang terbaik, dan dalam novel ni sya amat marah terhadap humairah pada awalnya kemudian pulak kepada si Budin yg jual mahal pada ending...apa pon terbaik
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
January 17, 2021
Kisah antara 2 darjat. Gerammmm sangat kat Maira
37 reviews
March 8, 2021
Terbaik.
Semua karya kak Siti Rosmizah memang bagus dan terbaik!
1 review
March 26, 2025
Bagus sangat sangat. Lucu, sedih, bahagia jadi satu. Dan endingnya seru
1 review
April 1, 2025
Good
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.