Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dosa Tersembunyi: Bahaya Terbesar Dalam Kehidupan Kaum Muslimin

Rate this book
Musuh yang paling bahaya bukanlah yang datang dari luar, sebaliknya ia adalah jiwa dan nafsu kita sendiri. Ia mengakibatkan dendam kesumat, pergaduhan dan perpecahan sesama umat. Ia juga menyebabkan kita terlupa tentang tujuan hakiki diutuskan ke muka bumi, sebaliknya menyebabkan kita terleka dengan gemerlapan duniawi, pangkat dan kemahsyuran.

Maka dalam buku ini, asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimahullah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang menuntun kita selangkah demi selangkah dalam perjalanan membaiki hati dan membangunkan jiwa, agar kelak dengan pengukuhan seorang demi seorang individu dan kelompok Muslim, maka akan bangkitlah umat ini seluruhnya dengan penuh kekuatan menghadapi segala cabaran yang mendatang.

96 pages, Paperback

Published January 1, 2020

9 people are currently reading
34 people want to read

About the author

ولد في قرية جيلكا التابعة لجزيرة بوطان - ابن عمر - الواقعة داخل حدود تركيا في شمال العراق. هاجر مع والده ملا رمضان إلى دمشق وله من العمر أربع سنوات. أنهى دراسته الثانوية الشرعية في معهد التوجيه الإسلامي بدمشق والتحق عام 1953 بكلية الشريعة في جامعة الأزهر. وحصل على شهادة العالمية منها عام 1955. والتحق في العام الذي يليه بكلية اللغة العربية في جامعة الأزهر ونال دبلوم التربية في نهاية ذلك العام.

عُيّن معيداً في كلية الشريعة بجامعة دمشق عام 1960 وأُوفد إلى كلية الشريعة من جامعة الأزهر للحصول على الدكتوراه في أصول الشريعة الإسلامية وحصل على هذه الشهادة عام 1965. عُيّن مدرساً في كلية الشريعة بجامعة دمشق عام 1965 ثم وكيلاً لها ثم عميداً لها. اشترك في مؤتمرات وندوات عالمية كثيرة. كما كان عضواً في المجمع الملكي لبحوث الحضارة الإسلامية في عمان، وعضواً في المجلس الأعلى لأكاديمية أكسفورد.

يتقن اللغة التركية والكردية ويلم باللغة الانكليزية. له ما لا يقل عن أربعين مؤلفاً في علوم الشريعة والآداب والفلسفة والاجتماع ومشكلات الحضارة وغيرها. رأس البوطي قسم العقائد والأديان في كلية الشريعة بجامعة دمشق. كان يحاضر بشكل شبه يومي في مساجد دمشق وغيرها من المحافظات السورية ويحضر محاضراته آلاف من الشباب والنساء.

اشترك في مؤتمرات وندوات عالمية كثيرة تتناول مختلف وجوه الثقافة الإسلامية في عدد من الدول العربية والإسلامية والأوربية والأمريكية. و قد كان عضو في المجلس الأعلى لأكاديمية أكسفورد في إنكلترا. كتب في عدد من الصحف والمجلات في موضوعات إسلامية وقضايا مستجدة ومنها ردود على كثير من الأسئلة التي يتلقاها والتي تتعلق بفتاوى أو مشورات تهم الناس وتشارك في حل مشاكلهم.
وقف مع نظام بشار الأسد في سوريا خلال الثورة في عام ٢٠١١، وكان يرى أن ما يحدث خروج عن طاعة الإمام ومؤامرة تم تدبيرها من أعداء الأمة الإسلامية
تلقى بسبب ذلك اتهامات كثيرة بالخيانة وتشكيك في نيته وانخفضت شعبيته بشكل كبير وتم مقاطعة كتبه من قبل الكثيرين
تم اغتيال الشيخ خلال درس له في دمشق، وذلك خلال انفجار في المسجد ليلة الجمعة الموافق 10 جمادي الاول 1434, 21 مارس 2013.

Name: Mohamed Sa'id Ramadan, but more famous with the name al-Buti.

Birth: In the year 1929, in the village of Ayn Dewar, Northern Syria.

Location: The Shaykh immigrated with his father to Damascus at the age of four where he resides.

Studies: The Shaykh received both his primary and secondary schooling at Damascus, and in 1953 he joined the Faculty of Shariah at al-Azhar University from which he graduated in 1955, securing a first-class in the final exams. The following year he obtained a Diploma in Education from the Faculty of Arabic Language at the same University.

Engagements: The Shaykh was appointed a teacher in the secondary school of Homs in 1958. And in 1961 he was appointed a lecturer in the Faculty of Shariah at Damascus University. In 1965 he was back at al-Azhar University where he completed a doctorate with high distinction and a recommendation for a teaching post. In the same year he was appointed as a teacher in the Faculty of Law at the University of Damascus, thereafter an assistant professor, and finally appointed as a professor.

In 1975, he was given the position of the vice dean at the same college, and later in 1977 as the dean. He has now retired but with an extended contract with the same university as a lecturer.
Academic activities:

1] Several of the Shaykh's religious and social programs are broadcast via satellite channels, including: 'The New Miracle in the Quran, Islam in the Scales of Science, Scenes, and Lessons from the Quran and Sunnah, and Quranic Studies.

2] He continues to participate in international seminars and conferences in various Arab, Muslim, and European countries.

3] He conducts regular programs in Masjid al-Imaan of Damascus (one of the largest mosques of the city). These 'Druze', as they are known, take place every Monday and Thursday. He also delivers the Friday sermon every week at the Grand Umayyad Mosque of Damascus.

4] The author of many articles which appear in academic journals and newspapers.

From:
http://naseemalsham.com/en/Pages.php?...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (78%)
4 stars
7 (18%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
March 21, 2023
Saya sekarang dalam kitaran membaca buku as-syahid Dr Sa’id Ramadan al-Buti. Membaca tulisan-tulisan beliau sangat menjentik hati. Setiap nasihat ditulis dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Saat membaca tajuk buku, yang tergambar dalam fikiran saya ialah perkara berkaitan tasawuf, tarbiah hati, penyucian jiwa dan seumpamanya. Rupa-rupanya, sangkaan saya melesat [walau masih ada bab yang menyentuhnya]. Kandungan utama buku berkisarkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam yang berpecah-belah. Buku ini sarat dengan kritikan dan pancungan. Jiwa ini seolah-oleh dirobek saat membaca perkataan demi perkataan yang ditulis oleh beliau.

Huraian dan dapatan buku yang lebih panjang saya abadikan sebagai simpanan peribadi, atau mungkin bakal dikongsi kepada mereka yang terdekat sahaja. Perkongsian ini bersifat umum tanpa disertai pandangan peribadi. Tuan penulis memulakan pendahuluan buku dengan mengkritik golongan yang zahirnya berjuang menjulang panji Islam, walhal dalam hati mereka bersarang “dosa-dosa tersembunyi”. Yang dimaksudkan oleh tuan penulis ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan hati. Kerosakan hati ini berpunca daripada keinginan terhadap dunia seterusnya terpedaya dengannya. Bahagian seterusnya dijelaskan kesan kerosakan ini iaitu ketaksuban terhadap kumpulan atau kepala jemaah. Penawarnya mampu didapati dengan (1) berfikir yakni beruzlah, (2) berzikir, yang sebenar-benar zikir, dan (3) berdoa dengan merintih dan merendahkan diri di hadapan Allah swt.

Diri saya berasa terpukul saat as-syahid mengatakan ada sebahagian kelompok yang memandang remeh akan solat berjemaah, zikir, dan ibadat seumpamanya. Menurut mereka, perkara ini tidak sesuai untuk mereka yang aktif dalam haraki dan dakwah islamiah. Mereka sibuk dengan kertas kerja, forum dan perbincangan; teori semata-mata tanpa pelaksanaan. Melihat kepada landskap badan-badan dakwah di universiti, sewajarnya buku ini dibaca oleh mereka [khususnya]. Selain itu, tuan penulis sempat mengkritik golongan sufi pelampau sehingga meninggalkan syariat, dan golongan yang menolak secara total penyembuhan hati (yang disebut tasawuf ini).

Banyak lagi perkongsian sebenarnya, tapi lebih baik andai kalian sendiri yang membaca dan memahaminya sendiri. Sungguh, buku ini wajib dibaca oleh semua, terutamanya kepada mereka yang terjun dalam medan dakwah dengan kelompok-kelompok tertentu.
Profile Image for Aqilah Syahirah.
16 reviews
June 13, 2022
Buku ini mempunyai 96 muka surat, nipis tapi mampu menghuraikan penyakit utama yang sedang dihadapi masyarakat dunia sekarang.
Penyakit yang dikatakan ini adalah penyakit hati dan disinilah tempat lahirnya dosa yang tersembunyi.

Al-Quran telah menukilkan pelbagai perumpamaan untuk menggambarkan sifat hati manusia kerana hati merupakan pusat utama perilaku seseorang itu.

Apabila membaca bab yang awal, pengarang mengkritik pemimpin-pemimpin Islam yang asyik bertelagah. Mereka tahu kepentingan dalam memelihara hak-hak manusia tetapi mereka tidak dapat lakukannya kerana sumber kekuatan terbesar bagi kelompok manusia telah lama hancur. Apakah sumber kekuatan itu?
Kesatuan.
Kesatuan akan lahir daripada hati-hati yang bersih.

Tali kesatuan itu sudah lama putus kerana masing-masing ada kepentingan tersendiri. Maka berlakulah perpecahan kepada perpecahan yang lain, pertikaian kepada pertikaian yang lain, lalu wujud persengketaan daripada pertikaian yang berlaku.

Maka, apakah ubat kepada penyakit hati ini? Pil ubat ini mungkin agak pahit ditelan dan apabila sifat malas merajai diri, maka ubat ini tidak akan diambil. Pil yang dimaksudkan adalah pil mendekatkan diri kepada Allah seperti berzikir, membaca al-Quran serta menjauhkan dari rasa hasad dengki, amarah, dan hawa nafsu dunia yang selalu menjerumuskan diri kepada kesesatan.

Pengarang menamatkan buku ini dengan sebuah janji yang menyeru kita meningkatkan amalan ibadat agar sisa umur yang berharga hanya digunakan untuk taat kepada Allah.
Profile Image for Khir.
15 reviews2 followers
July 31, 2022
Syeikh Dr said Ramadan al-Buti menyatakan punca utama permasalahan umat Islam yang semakin berpecah adalah masalah hati. Hati orang-orang Islam tidak bersatu dan ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

Masalah hati umat Islam yang kian membarah. Rasa sombong, iri hati, dengki. Pokoknya cinta pada dunia merupakan masalah yang utama.

Selain itu, pendakwah yang menyeru atas nama Islam tetapi sebenarnya mempunyai unsur materialistik. Nak kepada harta.

Terdapat juga orang yang khusus pada penyucian jiwa sahaja, tidak bercampur sesama masyarakat. Hanya bergaul dalam kalangan mereka.

Syeikh Dr Said Ramadan al-Buti juga menjelaskan penawar dan cara mengamalkannya. Antaranya sebagai seorang insan perlu ada kesedaran, jujur pada Allah, berdoa dan minta pada Allah sahaja. Caranya jihad lawan nafsu.

Menurut beliau cara dalam melawan nafsu ada 4 iaitu:

1. Fikirkan tentang diri dan nasib dirinya di akhirat.

2. Berzikir dan baca wirid secara konsisten. Paling utama Al-Quran . tasbih dan istighfar.

3. Banyak berdoa, merayu dan merintih pada Allah.

4. Jauhi makanan haram begitu syubhah.
Profile Image for Akmal Danial.
4 reviews1 follower
July 14, 2024
Menganggap diri terpaling suci, Tetapi terdapat dosa yang tersembunyi, Perkara inilah yang paling dibenci, Kerana Ilahi menilai melalui hati. Antara penawar yang dikemukakan oleh pengarang agar terhindar dari penyakit dosa tersembunyi adalah dengan mengingati tentang identiti kita dalam kehidupan di dunia bahawa kita adalah hamba milik Allah SWT. Antara penggunaan penawar tersebut adalah dengan kita perlu memikirkan nasib di hari akhirat kelak. Seterusnya, perlu memperbanyakkan zikir dan wirid kepada Allah SWT. Zikir yang paling utama adalah dengan membaca al-Quran. Selain itu, perlu memperbanyakkan berdoa, merintih dan merayu kepada Allah SWT. Akhir sekali, perlu menghindari makanan haram.
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
March 11, 2023
Buku yang sangat-sangat bermanfaat. Setiap helaian muka padat dengan ilmu. Banyak teguran yang menginsafkan dan menyentap sampai ke hati. Buku yang nipis tetapi isi kandungan padat dan penuh dengan ilmu dan poin penting. Setiap perkataan tidak ditulis dengan berbasa-basi atau kosong tanpa isi. Betapa besarnya bahaya yang menimpa kepada orang yang mempunyai penyakit hati dan betapa pentingnya penyucian hati dan akhlak dalam islam sehingga boleh membawa kepada perpecahan dalam umat islam. Dan islam tidak berfungsi dengan hanya menumpukan kepada aspek luaran atau zahir sahaja. Islam juga tidak berfungsi jika hanya tertumpu kepada batin sahaja. Namun, kedua-duanya jika dipraktikkan secara bersamaan maka islam akan mencapai titik kemajuan, kesatuan dan kejayaan!

Update reread : Diulang baca kali kedua tetap banyak yang masih dipelajari. Lupa banyak dah tu yang kena baca semula. Bak kata pepatah Arab, "jika banyak ulangan, maka kuatlah ingatan."
15 reviews
June 9, 2025
Buku Dr. Said Ramadan Al-Buti ini secara mendalam menegur tentang dosa tersembunyi dalam masyarakat kita yang menjadi penghalang kepada penyatuan umat, iaitu penjualan agama oleh agamawan. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, "Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai, tetapi kamu hanya seperti buih seumpama buih air banjir. Dan Allah akan mencabut daripada sanubari musuh kamu perasaan gerun terhadap kehebatanmu, dan Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu."

Sikap kebanyakan agamawan yang "melacurkan agama", berpenampilan warak tetapi hatinya mendambakan pujian daripada manusia lain dan merasakan mereka lebih baik daripada yang lainnya. Fenomena pengkudusan manusia ini menjadi polemik yang sangat serius. Contoh terdekat yang dapat kita lihat ialah polemik habaib di negara seberang. Kata Benz Ali dalam buku Agama dan Hegemoni Negara - Siapa yang Mencilok Agama?, "Hanya Tuhan berhak terhadap kekudusan. Tiada manusia yang layak dikuduskan."

Selain itu, Dr. Said Ramadan Al-Buti juga berpesan bahawa apabila kita berguru, kadang-kadang kita terlupa akan tujuan utama kita. Pada ketika inilah pengkudusan seringkali berlaku apabila kita terlalu mengkuduskan guru agama kita. Menurut beliau, agamawan hanyalah perantara (medium), manakala reda dan rahmat Allah adalah tujuan sebenar. Hendaklah kita sentiasa beringat akan hal ini.

Ubat atau penawar untuk penyakit ini ialah dengan selalu beringat. Dr. Said Ramadan menganalogikan bahawa hidup kita yang sementara ini seperti seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan. Ketika sedang asyik menjawab soalan-soalan yang diberikan, pelajar berkenaan lupa bahawa dia hanya mempunyai masa yang sedikit. Peringatan tentang baki masa akan menyelamatkan pelajar ini. Peringatan ini seterusnya dapat dizahirkan dengan cara berfikir (tafakkur).

Proses berfikir ini melibatkan penggunaan akal. Zikir dan wirid juga hendaklah digunakan kerana zikir lisan dan zikir hati sangat membantu untuk melatih jiwa supaya lebih ikhlas dalam melakukan perintah Allah tanpa mengharapkan imbuhan sesama makhluk. Firman Allah dalam Surah Al-Najm ayat 32, "Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih daripada dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa." Zikir sangat membantu dalam melatih hati agar terhindar daripada sifat tercela seperti ujub. Semoga kita, keluarga, serta sahabat-sahabat yang kita cintai dijauhkan daripada semua ini, dan semoga umat Islam akan lebih bersatu di kemudian hari.

Free Palestine!

F. Hadiman,
14 Zulhijjah, 1446H
Profile Image for Ruzaie Rahim.
76 reviews8 followers
April 20, 2021
Buku yang agak nipis tetapi setiap helaian sangat tajam menusuk kalbu. Banyak mesej yang berjaya membuat saya tersentak, terdiam dan terpaksa refleksi diri sendiri. Walaupun mesej utama yang ingin disampaikan sering kita dengari tetapi kupasan dan olahan as-Syahid sangat menyegarkan dan membawa kita lihat daripada perspektif yang berbeza. Hujah beliau kekal relevan sehingga ke hari ini. Gaya penulisan yang 'direct' tetapi tetap mengekalkan keindahan untaian ayat dengan sangat baik, walaupun diterjemahkan daripada bahasa Arab.

Sesuai bagi sesiapa yang terlibat dalam gerak kerja kumpulan atau jemaah dan teramat dicadangkan kepada sesiapa yang menginginkan sentapan untuk menegur diri sendiri. Walaupun as-Syahid sudah kembali ke sisi Allah SWT, ayat-ayat beliau kekal hidup untuk mentarbiah muslim yang lain. Benarlah apa sering dikata, yang datang dari hati pasti akan sampai ke hati insan lain.
Profile Image for wawazz.
23 reviews
May 19, 2025
Memang betul apa yang diperkatakan di dalam bukunya oleh Imam Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti. Sungguh memberi impak pada hati seorang mukmin. Sesungguhnya memang al-Quran itu pengubat penyakit hati. Jangan la sesekali tinggalkan al-Quran. Jadikan Ia sebagai teman baik dalam hidupan seharian kita. Lebih menikam jiwa berair mata apabila kita bertadabur menghayati setiap tafsiran dalam a-Quran. Cuba memahami mesej yang Allah sampaikan pada hambaNya supaya kita tidak terpesong dari jalanNya.

Dan betul kata Imam mengasingkan diri sementara dari masyarakat/orang lain itu adalah sebahagian salah satu cara mengubati penyakit hati..mengasingkan diri bukan bermaksud kita berseorang sahaja tetapi itu adalah waktu kita bersama dengan Allah SWT sahaja.Kita luahkan segala kegusaran yang melanda dijiwa dan mohon doa padaNya disamping membaca al-Quran sbg amalan إن شاء الله akan bertemu ketenangan.
Profile Image for Muhammad Ukasyah.
10 reviews1 follower
July 1, 2021
Ulasan Buku
Tajuk: Dosa Tersembunyi
Penulis: Asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Terjemahan oleh: Muhammad Najmi Rohaizad Mohd Nazri dan Ahmad Naqiudin
Penerbit: Nizamiyyah Publication & Distributors

96 muka surat secara keseluruhan. Nipis dan mudah dibawa kemana-mana. Secara umum buku ini menceritakan tentang punca sebenar umat Islam tidak bersatu, iaitu disebabkan dosa yang lahir dari batin umat Islam itu sendiri. Disebabkan dosa tesembunyi umat Islam, gerak kerja Islam menjadi sekadar slogan takbir di bibir sahaja. Terjemahan yang senang difahami oleh masyarakat awam cuma ada beberapa istilah arab yang mungkin masyarakat awam tidak biasa, akan diulas diakhir nanti.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
April 10, 2020
Membaca buku ini amatlah menginsafkan. Ia wajib dibaca oleh setiap muslim tak kiralah bersama gerakan islam atau pun tidak. Almarhum penulis membedah punca dan bagaimanakan cara untuk mengatasi dosa tersembunyi tersebut. Sesungguhnya melakukan amal zahir amatlah mudah namun untuk membersihkan hati dan beramal dengan ikhlas amatlah susah. Semoga saranan yang diberikan dapat diamalkan oleh pembaca.
Profile Image for Khairul Ikhwan.
37 reviews9 followers
September 24, 2025
Dalam buku ini Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti mengupas masalah perpecahan umat dan penyelesaiannya. Menurut beliau, perpecahan umat berpunca daripada jiwa yang tidak setia seikhlasnya kepada agama dengan menyimpan kepentingan diri dan kemahuan nafsu dalam mengerjakan sebarang usaha kebaikan. Maka, penyelesaiannya adalah pembersihan jiwa daripada dosa hati agar jiwa berserah sepenuhnya kepada agama tanpa berbelah bahagi.
5 reviews
July 14, 2021
Saat membaca buku ini, saya sering terpukul dengan peringatan Syeikh Dr Ramadan terhadap dosa tersembunyi yang tersimpan di lipatan hati, seterusnya membuka mata kita terhadap tindakan umat islam yang seharusnya dalam menanggapi hal ini.
Profile Image for Noorhazlinda.
22 reviews
June 20, 2021
This book is like a love letter to me from the author. Really make me repent and realize that the journey of our life on this earth must be based on right and sincere intentions.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
March 27, 2023
Dosa yang dimaksudkan adalah dosa hati. Di sini ada cara merawat dan mengelaknya.
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
November 3, 2024
Bacaan kedua setelah 3tahun. Kalini baca dgn lebih tenang dan dapat ikut flow penulisan. (Bukan genre kebiasaan bacaan)

Dari pembacaan kalini, penulis tekankan keperluan untuk bertindak bagi merawat dosa tersembunyi. Bacaan tidak seharusnya berakhir dgn kulit buku, tapi pembaca perlu bertindak merawat diri dgn 4solusi yg diutarakan: beruzlah, berfikir dan mendampingi orang soleh, wirid dan zikir berterusan, bersungguh² mendoakan taufik dan hidayah dr Allah, diikuti mengelakkan sumber haram.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.