Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dominan #2

Dominan 2

Rate this book
Setelah ranjau dilalui, kembali bersatu dalam perkahwinan. Adakah mereka sebenarnya sudah berjaya menggapai bahagia? Tidak.

Suatu masa dulu mereka berpisah, Yukh merana. Cuba melepaskan cinta dihatinya terhadap Irene dengan berkawan dengan wanita lain. Wanita datang dan pergi daripada hidupnya. Sayangnya cinta yang utuh itu masih tetap berada di tempat yang sama.

Lalu setelah dimakbulkan impian mereka untuk kembali bersatu, satu lagi suratan tiba ke dalam hidup mereka. Yukh ditangkap khalwat bersama bekas teman wanitanya. Yukh berpoligami dengan Rahayu setelah dipaksa. Resamnya lelaki merasa hebat jika punya dua isteri. Tetapi tidak dengan Yukh. Pengalaman baru mengajarnya untuk menjadi suami yang adil kepada dua isteri dalam keadaan tidak ikhlas.

Rahayu tipikal gold digger mahu senang dengan mengahwini lelaki berusia dan berduit. Tetapi hakikat tidak seindah seperti novel. Yukh bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta. Lalu dia cuba memisahkan dua hati yang saling mencintai. Sayangnya, takdir mendahului perkahwinan mereka.

"Rahayu, bersaksikan ayah awak, saya ceraikan awak dengan talak 3. Selesai masalah kita!" - Yukh

Punah impian Rahayu. Lenyap segala rancangan setelah disingkirkan oleh Yukh lebih cepat daripada apa yang dibayangkan.

Ternyata ikatan kasih sayang antara Yukh dan Irene masih utuh biarpun berapa ramai orang ketiga cuba hadir memisahkan mereka. Kerana setelah masa berlalu, mereka belajar daripada setiap kekurangan. Daripada seorang lelaki yang tidak kenal erti pengorbanan, Yukh mengubah dirinya. Mengejar impian menjadi suami dan ayah mithali.

Perkahwinan dan poligami mengajar tentang banyak perkara. Begitulah Yukh dan Irene.

Dominan II tidaklah mengangkat darjat poligami itu indah. Tidak juga merendahkan hukuman Allah. Sebaliknya ini tentang hikmah-Nya. Sepertimana mereka ini tidak berputus asa lagi. Melangkah bersama bahagia itu menjadi milik mereka!

257 pages, Paperback

Published September 1, 2019

31 people want to read

About the author

Adnil Zaff

68 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (75%)
4 stars
11 (24%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,044 reviews378 followers
December 3, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Bacaan wajib jika dah habis baca Dominan.

Dominan 2 literally sambungan kepada Dominan kerana ending Dominan tergantung.

If I thought Irene was badass in book 1, in book2 she is pretty much a silent killer. Rasanya sekarang ni susah nak carik watak heroin macam Irene because asyik-asyik dapat cerita perempuan kena kahwin paksa dan dilayan macam sampah dengan hero.

Oh-ho, not Irene. Ada perempuan lain nak suami dia pun, dia boleh kata 'ambiklah'.

Watak Yukh is more tolerable dalam Dominan 2. N memang tak boleh nak terima sangat dengan watak Yukh dalam buku sebelum ini but selepas dah kena 'game', baru lar nak matang. Itu pun sebab Irene cerdik to 'play the game'.

Jika nak dibandingkan dengan buku 1, kisah kali ini lebih pendek tapi pada N, ceritanya cukup padat and it closes the story of Irene and Yukh very nicely.

Highly recommended? Semestinya!


PS: Only baca Dominan 2 jika sudah baca Dominan 1.

Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
December 1, 2019
Bestttttt besttt besttttt!!!! 😭😭😭 Kali ni Yukh dah tak lembab macam novel first. Aku suka Yukh dlm novel ni. Dia tegas, rajin, dah start pandai buat air sendiri, masak sendiri. Tapi Aku masih salute kat Irene sebab ketabahan dia bila di madukan tu mcm woowww kau hebat lah Irene. Boleh lagi layan Yukh baik2 walaupun Yukh kena kawen dgn si Rahayu meroyan tu. Kalau pompuan lain, dah bergaduh besar sampai bercerai agaknya. Cerita ni tak tebal tapi sampai beranak pinak lah si Irene dgn Yukh ni. Dgn burung kakak tua nya lagi. Aduhaii lawak.

Sangat recommended!!!! 🧚🏻‍♀️
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
November 12, 2019
As i said b4, i like this book better dr dominan 1..😘😘😘😘

Maybe sebab plot dia laju..and dpt tgk yukh jd lelaki erti kata memahami diri sebagai suami..

Bagus irene dlm ni, sbb dia x masuk campur langsung dlm hal yukh and dia yang ajar yukh supaya dpt handle masalh sendiri..

Walaupun part2 lasy irene masuk campur skit...heee..

😍😍😍😍😍😍😍
Profile Image for Mslvoe.
2,125 reviews211 followers
September 20, 2024
Cerita kali ini tentang penyondol. Watak Irene ni memang relax. Dia redha je apa yang terjadi sebab dia tahu betina tu cuma pandang duit saja.

Yukh akur dengan Irene suruh bernikah dengan Rahayu. Apa jadi selepas kahwin memang F tepuk tangan. Padan muka Rahayu. Nak sangar kahwin kan... sanggup perangkap Yukh.

Dia tak tahu Yukh tu heartless person. Yukh kalau tak suka memang keras hati dia. Kahwin tak sampai sebulan dah kena cerai. Talak 3 ok.

Macam²lah keluarga Rahayu peras ugut.. nak settle dengan duit. Endup diaorang tersungkur.

Dugaan yang dihadapi oleh Yukh membuka mata Yukh. Dia sedar dia kena appreciate more dengan Irene. Irene yang banyak sabar melayan karenah Yukh.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 7, 2020
Best😍

Dominan II lebih padat dan mantap. Tidak perlu meleret sana sini. Kali ini barulah saya menyenangi sikap yg ditunjukkan oleh Irene. Tiada lg perangai yg terlebih bossy. Dan yg pasti Yukh dan Irene saling bertolak ansur dan faham akan tanggungjawab masing2.

Irene sgt tabah dan berfikiran jauh bila dia menyuruh Yukh mengahwini Rahayu. Walau dlm hati terselit perasaan cemburu dan libang libu, namun Irene percaya hanya jalan itu sahajalah yg boleh membuatkan Rahayu faham akan karektor Yukh yg sgt complicated. Tambahan pula, Irene tahu yg Yukh mmg seorang lelaki yg sgt setia.

Percaturan Irene sgt menjadi bila akhirnya Rahayu sedar yg Yukh bukan mudah utk diperbodohkan begitu sahaja. Malah dlm Dominan II ini watak Yukh mula tegas dan bole tahan juga bila dia membebel😂.

Saya suka lagi Dominan II berbanding yg pertama. Mungkin watak2 dan keperibadian Irene dan Yukh lebih seimbang. Tapi tak dinafikan, Irene adalah kekuatan sebenar dlm kisah mereka berdua. Tanpa Irene, selamanya Yukh menjadi seorang yg lembab dan terasing dlm dunianya sendiri.

Tahniah Adnil Zaff utk cerita yg best ini👍
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
July 27, 2021
Kalau Dominan 1, Irene yang lebih banyak bertindak, di Dominan 2 giliran Yukh pula yang banyak membuat keputusan. Walaupun nipis, tapi sungguh rasa puas hati. Tak ada yang terkurang. Padat dan tak meleret langsung!

Buat Adnil Zaff, sesungguhnya anda telah mendapat seorang pembaca dan pengikut tegar yang baru.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
March 11, 2021
Lepas kahwin dengan rahayu ni, banyak kosa kata yg keluar dr mulut Yukh. Bak kata Pasha, selepas kahwin dua ni Yukh dah pandai banyak bercakap, dah tak jadi pendiam😂

Rahayu & the geng ni memang muka tak tahu malu punya orang. Sakit jiwa tengok sefamili ni.

Tahu tipikal tuan hakim akan bagi nasihat sebelum habiskan perbicaraan tapi sedap je ckp kat yukh jgn ambil tindakan terlalu cepat. Rasanya kalau tuan hakim berbinikan rahayu tu, tak sampai seminggu terus jatuhkan talak. Gila nak hidup dengan manusia macam rahayu & the geng, tak aman langsung hidup dibuatnya.

Irene tegas tapi baik. Walaupun orang malukan dia, tapi dia masih rasa belas kasihan pd zul. Suka pasal irene ni sebab dia jenis tak amik port pasal hidup orang lain. Dia fokus kat hidup dia je.

Oh my god, gelagat anak2 diaorang ni memang mencuit hati. Macam2 ragam tapi riuh rumah.

Bila dah habis baca buku ni, teringat masa mula2 diorang kenal. Macam2 dugaan hidup diorang hadapi. Yg sorang kena serang dengan ex husband & wife. Yg sorang pula orang tak bayar payment. Dah kahwin pun macam2 benda yg jadi kat irene yukh tapi bila baca ending ni, memang layak la diorang bahagia lepas segala ribut taufan yg melanda sebelum ni.

Kisah ni sebenarnya realiti hidup. Realiti macam mana dua manusia yg berbeza jantina, personaliti & lifestyle cuba untuk hidup bersama.

Suka sangatttt buku ni, memang simpan jadi collection❤️
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
March 4, 2025
sambungan daripada dominan I. kali ini yukh teruji bilamana dia perlu bernikah lagi seorang. rahayu yang gila mengejarnya dan memerangkap mereka dalam tangkap khalwat. tapikan, tak boleh brainlah bila mak dengan bapak si rahayu ni. jadi penghasut utama supaya anak dia menjadi pengacau rumah tangga orang lain.

tak cukup dengan tu, siap viral yang bukan-bukan. dalam kisah ni penulis memberi penerangan yang jelas bagaimana untuk mengajar makhluk-makhluk sebegini. banyak akta undang-undang yang diselitkan. itu sebab karya penulis ini tak pernah jemu untuk dibaca sebab akan ada saja ilmu yang diselit. bukanlah kisah cinta rumah tangga semata.

sifat manusia ni memang banyak sangat. yang buruk pun banyak tapi tak bermakna tidak boleh berubah. cuma tetap atas daya dan kemahuan sendiri sama ada mahu perbaiki ataupun tidak. pakar psikologi ramai sekarang ini. macam irene dengan yukh sendiri, mereka berdua tahu yang diri mereka perlukan sokongan dan bantuan. pakar psikologi ni bukan merawat orang gila semata. jiwa manusia ni tetap bersifat lembut pada satu sisi. akan masih boleh dirawat jika punya masalah.

best cerita ni!
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 27, 2024
Kesinambungan Dominan yang epilognya tergantung bila Yukh telefon Irene dan beritahu dia ditangkap khalwat.
In this sequel, Yukh totally a changed person. Mungkin counselling dengan Dr Fatin dah nampak kesannya.
Watak Yukh Nuqman kali ini betul-betul seorang suami mithali dan juga ketua keluarga contoh.
Saya memang tak suka cerita pasal poligami tapi naskhah ini an exception.
Yukh terpaksa nikah dengan Rahayu atas ugutan keluarga Rahayu. Sementelah Irene pun dah izinkan Yukh kahwin lain.
Watak Pasha, Zarina dan Amiza masih dikekalkan untuk menyokong jalan cerita. Cuma plot kali ini tak berkembang dan tak berat macam Dominan.
Epilognya best! Irene dan Yukh kini bahagia bersama empat orang anak setelah berbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa mereka lalui bersama.
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
October 31, 2021
Kali ni penulis membawa pembaca dengan kisah Irene dimadukan sebab buku 1 tergantung pada bahagian Yukh ditangkap khalwat.

Kalau dulu paling geram dengan perangai Yukh, tapi kali ni geram dengan watak baru iaitu Rahayu anak beranak. Yang bagusnya kali ni Irene dah tak masuk campur dalam urusan Yukh kecuali bila keadaan yang memerlukan sahaja dan apa-apa keputusan Yukh perlu uruskan sendiri.

Buku kali ni pun best sebab tak meleret dan smooth je even ada orang ketiga. Mungkin sebab sikap Irene yang relax even dimadukan sebab dia sendiri yang membenarkan perkahwinan kedua ni terjadi and nak bagi Rahayu ni faham tentang sisi sebenar bila hidup bersama Yukh. Overall memang best👍
Profile Image for Cutie_pie28.
436 reviews10 followers
February 27, 2025
Cerita psl penyondol perempuan pulakk.. lepas dorg cerai.. si Yukh ni jdi pencinta wanita.. ramai gf.. tp mcm biasa laaa perangai layan acuh tk acuh si Yukh ni pun ade yg suke sgt.. yee laa… kaya ada company sendiri.. die tk tau, big boss yg ade kuasa besar dlm company tue..

Tp si Yukh nie tk lyn pun bini kedua nie.. sampai laa campur tgn family perempuan tu.. haaa, skali mmg mendapat laaa..
mmg tk suka perangai jenis mcm nie.. baru jee kawin trus sibuk nk kawal duit si Yukh nie..
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
January 16, 2022
Yukh tak habis-habis dengan masalah. Kesian Irene. Tapi, Irene memang cool. Selamba je bagi laki dia kahwin dua. Yang tak cool tu isteri muda Yukh, Rahayu. Silap banyak lar cari pasal dengan Irene, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Dalam buku 2 ni, nampak lar Yukh dah banyak berubah, he learns a lot, the hard way.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.