Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Human's Complex

Rate this book
Minda, pemikiran dan tingkah laku manusia merupakan satu “daerah” yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya sungguh rumit sekali. Cabang pengajian tentang minda manusia dikenali sebagai psikologi; merangkumi kajian tentang minda, cara ia berfungsi dan bagaimana proses minda (dalaman) tersebut mempengaruhi kelakuan atau personaliti seseorang (luaran).

Tetapi tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula dijalankan sejak dari zaman purba lagi? Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam jantung manusia.

Sementara itu, menurut buku The Oxford Handbook of the History of Psychology: Global Perspectives, saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibnu Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk merawat sawan, mimpi dan masalah lemah ingatan. Selain itu, menurut U.S. National Library of Medicine, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada Zaman Pertengahan dahulu.

Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

“The mind of man is capable of anything.” – Joseph Conrad

269 pages, Paperback

Published September 1, 2019

65 people are currently reading
315 people want to read

About the author

Zamir Mohyedin

9 books141 followers
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification. 

Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.​

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
150 (52%)
4 stars
111 (38%)
3 stars
22 (7%)
2 stars
3 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 67 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 14, 2021
Sebuah buku yang menyeronokkan! Banyak yang kita boleh belajar dan fahami tentang psikologi manusia. Penulis menghuraikan isu2 yang kompleks dengan bahasa mudah sekaligus tidak menjadikan masalah untuk pembaca yang sifar ilmu psikologi.

Beberapa tahun lepas aku ada menonton filem tentang eksperimen psikologi bertajuk "The Stanford Prison Experiment" (2015), "Experimenter" (2015) & "Compliance" (2012). Sangat menarik kerana penulis ada mengupas mengenai eksperimen2 yang ada dilakonkan dalam filem2 ini dan boleh dijadikan rujukan oleh pembaca untuk lebih faham apa yang berlaku sebenarnya.

Saya juga cadangkan pembaca untuk mencari di YouTube video2 mengenai eksperimen yang disebutkan penulis supaya kita dapat sedikit gambaran akan apa yang dihuraikan.

Akhir sekali, tahniah kepada penulis2 kerana dapat menghasilkan naskhah yang berilmiah ini. Sebuah ilmu yang bermanfaat.
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
October 28, 2019
Reading this book is like walking in the park, sebab penulis kongsi huraian teori & kajian kes dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Oh, aku rasa macam kembali ke kelas psikologi Dr. Intan & arwah Dr. Affandy zaman study dulu². Syok ooo! 😅

In my opinion, this book scores 5 stars hands down! Yeay!
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
March 11, 2022
Menarik apabila sesebuah idea/teori yang kita fikir boleh difahami dengan akal budi itu sebenarnya dapat dibuktikan (atau dimusnahkan) melalui kajian.

Contoh popular, kenapa kita lemah matematik? Ikut logik akal, tentulah kerana ia susah. Tetapi rupa-rupanya mengikut kajian, ia menjadi susah kerana persepsi awal (bahawa matematik itu susah) yang wujud. Ini akan menimbulkan keresahan (anxiety) sekaligus membuatkan kita takut/benci pada subjek tersebut.

Ada 35 lagi tajuk menarik yang dikupas, walaupun ringkas tetapi padat. Semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu. Banyak juga saya belajar istilah baru.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
June 15, 2020
Lambat betul untuk saya habiskan sebab buku ini buku ilmiah, saintifik dan berfalsafah. Saya suka tajuk setiap bab yang disusuli tanda tanya sebab sesetengah tajuk pun sebenarnya persoalan yang saya dah lama pendam. A+ untuk usaha penulis yang sungguh terserlah sisi akademik beliau. Waktu menjawab persoalan, penulis menggunakan kajian-kajian ilmiah bukan cakap kosong ikut fikiran dan pendapat peribadi. Isi tersusun, kandungan bermanfaat, bebas dari kesalahan ejaan dan tanda baca. A+!

Buku ini sesuai untuk golongan universiti dan dewasa. Agak serius perbincangannya.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
November 13, 2019
Buku ni lebih menceritakan tentang sosial antara manusia, psikologi, Dan perkara Yang lumrah Dalam kehidupan. Juga terselit isu fanatik terhadap sesuatu Yang Aku istilahnya sebagai fetish terutama Bab fujoshi Dan bahagian minat terhadap kanak2 perempuan Yang mana Aku nampak jika tak terkawal boleh timbul kes. Buku ni lebih banyak teori tentang sosial,psikologi Dan pemikiran.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
October 23, 2019
Ia ringan, dan kalau pembaca rajin, boleh cari rujukan tambahan.

Ada 2-3 bab yang aku rasa macam ragu-ragu nak percaya. Ada bab yang aku suka. Haha.

Tapi manusia memang makhluk tuhan yang kompleks pun.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
June 12, 2023
Tingkah laku manusia datang daripada pelbagai faktor antaranya pengaruh persekitaran, pengalaman, pemerhatian dan sebagainya. Dalam buku Human Complex ini banyak mengajar saya tentang kelakuan manusia ini adakalanya pelik dan sukar diterima, namun itulah hal yang sebenar terjadi di dunia realiti.

Sepertimana perilaku manusia yang mudah bersetuju mengikut pendapat 'orang pertama' sedangkan individu tersebut mempunyai pandangan yang lain namun tidak diutarakan dalam perbincangan tersebut.

Juga disebut bagaimana apabila seseorang mendengar permintaan pertolongan orang lain, individu tersebut mudah menghulurkan bantuan apabila dia berada keseorangan namun situasi tersebut berubah apabila ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut, ramai yang akan berdiam diri dan mengharapkan orang lain yang memberi pertolongan.

Yang menarik juga kajian bagaimana kaum lelaki lebih mudah tertarik dengan kebijaksanaan wanita namun kebijaksanaan tersebut tidaklah boleh melebihi lelaki. Bagi wanita pula lebih mudah tertarik dengan kewangan stabil yang dimiliki oleh lelaki namun tidaklah pula menafikan ketertarikan kepada rupa paras lelaki tersebut.

Buku pemula yang bagus untuk mengenal aneka ragam psikologi manusia.
Profile Image for Izzuddin Khalis.
19 reviews5 followers
December 5, 2020
“Your visions will become clear only when you can look into your own heart. Who looks outside, dreams; who looks inside, awakes.” (Carl Jung, Psikiatri dan psikoanalis Switzerland yang mengasaskan psikologi analitik)

Berakhirlah sudah kembara bersama senaskhah buku perihal psikologi karya seorang fizikis. Psikologi (Sains Sosial/Kemanusiaan) dan Fizik (Sains Tulen/Fizikal), adalah dua entiti di dalam kategori Sains yang berbeza. Sangat jauh bezanya kalau nak dibandingkan kedua subjek sains ini dalam dunia akademik. Tetapi penulis telah berjaya keluar dari sempadan sarjana kepakaran sendiri kepada satu kepakaran yang lain. Saya kira, kelulusan ijazah seseorang bukan lagi menjadi penanda aras bahawa dia tiada langsung autoriti berkongsi, membahas atau menulis sesuatu di luar bidangnya selagi ia tidak ‘menderhakai’ disiplin ilmu dan kesarjanaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua penulis!

Buku setebal 270 muka surat ini telah membuka mata saya seluas-luasnya terhadap dunia psikologi dan kerumitan (complexity) spesies manusia. Bagi yang meyakini kewujudan Tuhan dan mengakui kebesaranNya pada setiap ciptaanNya, cukuplah jika kita dapat merenungi dan berfikir tentang diri sendiri. Di situlah ilmu psikologi berfungsi, ia membawa kita memahami manusia. Malah, ia bukanlah suatu ilmu seperti yang difahami sesetengah masyarakat bahawa ia membolehkan kita membaca serta mengawal minda orang lain (psycho). Psikologi bukan sihir ya!

Sebelum membaca buku ini, saya sempat khatam sebuah buku bertemakan psikologi karangan Aiman Amri dan Aqila Masri bertajuk “Pendiam”. Buku tersebut lebih memfokuskan tentang stigma berkenaan perbahasan karakter introvert, ambivert dan ekstrovert dalam dunia psikologi. The Human’s Complex ini pula membawa pembaca melihat ilmu psikologi secara umum dan mengenali karakter manusia dengan sisi pandang yang lebih luas. Tidak silap saya lebih kurang 40 teori psikologi yang terkandung di dalam buku ini. Bagi seorang ‘newbie’ tentang psikologi seperti saya, ia merupakan jumlah yang sangat banyak.

Menariknya, penulis hanya memerlukan 3 ke 5 muka surat sahaja untuk menjelaskan sesuatu topik atau teori. Setiap topik dikupas dengan ringkas dan sangat jelas. Tambahan pula, kesemua teori yang diketengahkan di dalam buku ini disertakan dengan kajian-kajian dan eksperimen-eksperimen yang berkaitan. Apa yang saya boleh simpulkan, penulis berjaya memuatkan begitu banyak kandungan akademik secara ringkas tanpa mengabaikan disiplin ilmu.

Antara topik yang menarik perhatian saya adalah kupasan penulis mengenai satu teori psikologi yang diketengahkan oleh ahli-ahli psikologi seperti John Darley dan Bibb Latane berkenaan “Kesan Pemerhati” (Bystander Effect). Kesan ini menjelaskan bagaimanakah dalam sesetengah situasi kecemasan (seseorang memerlukan bantuan sebagai contoh) yang berlaku di khalayak ramai, tetapi tiada seorang pun dari mereka yang menghulurkan bantuan. Menurut Darley dan Latane, salah satu asbabnya berpunca dari kurangnya rasa bertanggungjawab individu ketika dikelilingi orang ramai yang menyebabkan masing-masing mengharapkan orang lain untuk bertanggungjawab. Menarik bukan?

Secara keseluruhannya, segala kandungan di dalam buku ini telah disampaikan dengan amat baik oleh penulis sehinggakan ianya berjaya membuatkan saya untuk terus mengambil tahu dan mendalami psikologi dan segala yang berkaitan dengannya. Bagi mereka yang baru sahaja ingin ‘taaruf’ (berkenalan) atau meminati ilmu psikologi, saya sarankan untuk membaca buku ini.
Profile Image for Apip.
72 reviews3 followers
March 28, 2020
Satu buku psikologi yang baik untuk pembaca yang berminat dengan sains kelakuan manusia. Buku ni mengumpulkan kajian-kajian kes berkenaan kelakuan manusia secara sendiri dan interaksi sosial dengan masyarakat.

Buku yang ringan dan santai. Bagus untuk yang baru mahu mula berjinak-jinak mendalami psikologi atau untuk yang baca untuk pengetahuan sahaja. Banyak soalan-soalan menarik dijawab dalam ni seperti mengapa orang jahil mengaku bijak dan mengapa tentera Hitler sanggup bunuh berjuta-juta manusia.

Setiap bab dijelaskan dengan sangat baik oleh penulis-penulis. Analogi yang diberikan pun selalunya relatable ataupun kena dan sampai dengan niat penulis. Syabas penulis.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
July 6, 2021
It was a nice read la kalau nak tahu basic psikologi manusia. Setiap chapter tak berapa panjang jadi pace membaca memang laju. Dan yang menariknya, setiap teori yang dikemukakan, pasti ada contoh eksperimen.

Tapi ni problem bagi aku. Huraian ataupun penceritaan eksperimen agak memeningkan. Aku dok tahu la samada aku sorang je yang rasa macam tu.

Tapi yang pasti psikologi bukannya ability untuk baca minda manusia. It's all about statistics.
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
December 8, 2020
A very good book untuk sesiapa yang meminati psikologi. (For starters) Hoping to read this kind of book more in the near future. Penulisan zamir amat mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Tidak perlu jargon jargon pelik untuk nampak cool, ayat yg simple seperti buku ini juga menarik minat pembaca kerana olahannya yang tersusun.

Paling suka topik Topeng Personaliti yang Ditunjukkan kepada Orang Lain. Harap Zamir dapat kupas dengan lebih mendalam topik tersebut di masa akan datang.

Recommended. 5 bintang.
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
68 reviews1 follower
January 6, 2020
Buku pertama yang aku bagi 5 bintang untum tahun ini.

Sudah lama aku ternantikan buku genre psikologi yang diulas santai dan bahasa yang mudah seperti ini.

Seingat aku, kali terakhir membaca buku psikologi yang mudah hadam ialah The Art of Thinking Clearly.

Satu tabik hormat untuk penulis!

P/s: selepas habis baca, aku tertanya - tanya mana satu artikel yang Zamir tulis, mana satu yang NHM tulis? Siapa boleh jawab.
Profile Image for Fatin Allen.
117 reviews36 followers
September 30, 2022
Most of the short chapters I read is something I already know. But it’s simple language makes it a good recommendation to anyone who’s interested in psychology.
Profile Image for Hafeez.
690 reviews6 followers
October 16, 2021
38 bab yang membincangkan dan menerangkan mengenai psikologi manusia terhadap sesuatu perkara. Teori yang dinyatakan boleh difahami melalui contoh dan eksperimen yang diterangkan dalam buku ini. Gaya penulisan bersifat santai membuatkan buku ini lebih mudah untuk difahami. Kesemua bab yang diulas adalah berkenaan perkara yang dekat dengan diri kita.

Disebabkan aku belajar dalam bidang pendidikan Matematik, ada beberapa bab yang aku rasa penting untuk aku hadam dan faham betul-betul iaitu Bab 19 yang mengulas mengenai "mathematical anxiety" menurut Maryam Mirzakhani dan Bab 26 yang mengulas mengenai "curse of knowledge".
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
September 3, 2023
Bacaan yang ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur. Walaupun penulis berlatarbelakangkan sains fizik, kefahamannya berkaitan psikologi baik. Laras bahasa diolah dengan begitu mudah, sesuai buat pembaca. Penulis turut meletakkan pandangan peribadi beliau di beberapa bahagian akhir tajuk, barangkali agar pembaca tidak berasa "terpisah" dengan penulis.

Kesemua tajuk dirasakan menarik kerana berkait rapat dengan pengamalan kehidupan seharian. Memandangkan ini ialah kali kedua saya membaca buku ini, satu fakta baharu saya temui: Self-Fulfilling Prophecy turut dikenali sebagai Pygmalion Effect (barangkali berbeza, tetapi asasnya sama. Allahua'lam)
Profile Image for Mohammad Luqman Hakim.
5 reviews
March 25, 2020
Menarik bagi sesiapa yang mahu berjinak dengan psikologi, penulis tidak sentuh aspek2 yang berat dalam psikologi seperti klinikal, kesihatan, sains neuro dan lain2. Penulis banyak ketengahkan contoh2 dari experimen2 psikologi untuk memudahkan kita memahami konsep2 dalam buku ini.

Tiga tajuk yang menarik bagi saya iaitu: Realiti di sebalik filem "Passengers", Kesan buku terhadap pendidikan kanak-kanak, yang terakhir kompleks takutkan keunikan diri. Sekian.
Profile Image for Indaq.
52 reviews5 followers
February 12, 2021
Saya betul2 ingatkan buku ini bersambung dari bab ke bab rupanya hanya kumpulan artikel tentang ilmu psikologi. Mungkin terbiasa dengan buku yang mengulas satu isu dalam satu buku. Mungkin jugak kerana artikel di awal-awal mengulas isu sama dan contoh eksperimen yang sama dalam buku Humankind oleh Rutger Bregman.

Buku yang bagus tapi agak memaksakan. Saya tak tahu bagaimana nak terangkan perasaannya tu.

Perbanyakkan lagi buku seperti ini di luar sana.
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
February 6, 2022
“𝗜𝗳 𝘆𝗼𝘂 𝗱𝗲𝗹𝗶𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁𝗲𝗹𝘆 𝗽𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗹𝗲𝘀𝘀 𝘁𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗮𝗿𝗲 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗼𝗳 𝗯𝗲𝗶𝗻𝗴𝘀, 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝗜 𝘄𝗮𝗿𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝘆𝗼𝘂’𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗱𝗲𝗲𝗽𝗹𝘆 𝘂𝗻𝗵𝗮𝗽𝗽𝘆 𝗳𝗼𝗿 𝘁𝗵𝗲 𝗿𝗲𝘀𝘁 𝗼𝗳 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲. 𝗬𝗼𝘂 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗲𝘃𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗼𝘄𝗻 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗰𝗶𝘁𝗶𝗲𝘀, 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗼𝘄𝗻 𝗽𝗼𝘀𝘀𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶𝗲𝘀.“ - 𝗔𝗯𝗿𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘀𝗹𝗼𝘄


Penggunaan perkataan yang mudah untuk difahami dan tajuk-tajuk yang sememangnya kita boleh relate.
Solid 5 for this !! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Anuar Saiful.
4 reviews
June 10, 2020
Sangat berilmiah...walaupun kita tak dapat ingat semua tapi ada beberapa bab yang saya ingat sebab benda memang terjadi setiap hari...memang bagus bagi mereka2 yang ingin meneroka eksperimen2 psikologi tentang manusia nii...
Profile Image for Azee Shiraz.
66 reviews1 follower
April 6, 2020
Wow. Minat pasal psikologi ni. Berbaloi untuk dibaca. Publisher the patriot.
Profile Image for Jasmin.
167 reviews
September 9, 2024
Sebuah buku yang menarik, dan boleh dijadikan bahan rujukan untuk memahami psikologi manusia secara lebih mendalam. Penerangan yang diberikan tidaklah sukar dan mudah difahami walaupun tidak memiliki prior knowledge dalam bidang psikologi.

4.5🌟
Profile Image for Akramin.
10 reviews
September 15, 2021
Topik yang dibawa sangat menarik dibaca namun gaya penulisan boleh perbaiki lagi. Terlalu banyak pengulangan perkataan yang sama, contohnya “hal ini demikian kerana” diulang berpuluh-puluh kali. Naik jenuh saya membacanya dan hampir hilang minat untuk dihabiskan.
Profile Image for Ainuddin Saifude.
17 reviews
April 17, 2021
Dekat sebulan juga nak habiskan sebab mengantuk sikit pada bab bab awal. Mungkin kerana terdapat banyak statistik & buku bersifat saintifik. Tapi keseluruhannya, sangat memuaskan. Buku ini memberi penerangan terhadap persoalan yang lazim dihadapi sebagai manusia. Persoalan-persoalan yang simple dan logikal namun tak semua boleh menyampaikannya. Tahniah buat kedua dua penulis.
Profile Image for Hafeji A.D.
256 reviews1 follower
May 25, 2021
Buku yang sangat informatif, cuma aku banyak mengambil masa untuk menghadam setiap bab.
Seperti The Physicist's Odyssey, buku ini sukar untuk aku membuat bacaan terus kerana dihidangkan kajian-kajian yang memerlukan penelitian sistem saraf otak aku. Walaupun begitu, buku ini sangat menarik melalui pengisian topik-topiknya.
Keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca ketika sarapan.
Profile Image for Nabilah  Mohd Zaki.
10 reviews
May 26, 2021
Too many information which is good for our own benefits. Everyone MUST read this book, all of us.
Profile Image for Afifah.
97 reviews
May 31, 2021
Buku ini buku psikologi yang ringan-ringan sahaja. Kajian akademik diolah dengan baik oleh penulis supaya masuk dengan situasi berkaitan.Terma yang digunakan mudah difahami oleh rakyat marhaen. Betapa kompleksnya manusia mampu dihayati dengan baik melalui buku ini.

Teori psikologi yang disebutkan menarik belaka. Paradox of Choice, Dunning-Kruger Effect, Maslow's Pyramid dan pelbagai lagi istilah psikologi dikupas dengan sederhana dan mudah difahami.

Disarankan buku ini pada mereka yang mempunyai banyak persoalan tentang perlakuan manusia.
Profile Image for M Syahrul.
24 reviews
August 30, 2020
Buku ini lebih menyampaikan kajian oleh ahli psikologi tentang sikap, tindakan manusia dsb dlm kehidupan harian. Jadi, pembaca dapat kaitkan dgn kehidupan diri sendiri semasa membaca. Banyak juga belajar tentang psikologi melalui buku ini. Topik yg menarik dan antara paling minat ialah cerita disebalik filem “Passengers” yang menceritakan keperluan manusia secara prioriti / keutamaan. Topik lain seperti kenapa org jahil rasa bijak, tentera Nazi membunuh, takut keunikan diri juga antara yang diminati.

Secara keseluruhan menarik dibaca. Cuma kadang-kadang rasa susah nak faham bila banyak guna istilah saintifik psikologi. Mungkin kena baca sekali lagi bagi topik tertentu. 🙂
Profile Image for Saiful Hadi.
7 reviews
September 12, 2020
This book is quite interesting, thought-provoking to a certain level, although not really my cup of tea.
I can say its an interesting change of genre from the other books I'm currently reading, but overall it is quite Okay.
What I can say from The Human's Complex is, this book shows why people act the way they act. Has a number off phycological terms and kind of compact with facts.
Displaying 1 - 30 of 67 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.