Tujuh hari selepas Pan dan rakan-rakannya pulang dari berkhemah di Gunung Jerai, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan beberapa orang pengunjung. Pan bersyukur kerana kejadian itu tidak berlaku semasa dia berkhemah bersama sahabat-sahabat baiknya, Mat, Lan dan Jah. Pengembaraan seterusnya empat sekawan itu menjadi semakin ceria kerana mereka disertai seorang teman baru bernama Mia yang mula memikat hati Pan. Mereka bermalam di sebuah chalet di Pantai Merdeka. Tujuh hari kemudian, giliran Pantai Merdeka pula dilanda tsunami yang menyebabkan ramai mangsa mati lemas.
Hati Pan gusar kerana dia sebenarnya merahsiakan satu insiden yang berlaku semasa mereka berkhemah di puncak Gunung Jerai tempoh hari. Selepas bencana ketiga berlaku genap tujuh hari selepas kumpulan lima sekawan itu menginap di sebuah hotel di Ipoh, Pan mula merasakan bahawa kejadian-kejadian tersebut ada kaitan dengannya. Semuanya sekadar kebetulan, atau adakah nasib malang sudah mula mengekori perjalanan hidupnya?
Disebabkan buku ni dalam bahasa Kedah, maka izinkan saya review dalam bahasa Kedah la noh. Alang-alang aku pun Kedahan.
Aku faham kenapa orang boleh suka buku ni dan boleh tak suka. Rasanyalah. Aku sebenarnya serius tak tau nak bagi 2 ke 3 stars sebenarnya. Apa-apapun, rating bukanlah kayu ukur samada novel ni best atau tak. Scene-scene akhir aku kira bagus dan berbaloi la aku tunggu dialog yang berderet2 dan beberapa scene/pendapat/potrayal watak sampingan yang aku menyampah pada awal 70% buku ni. Mungkin aku mengharapkan sesuatu yang lebih. Atau aspek yang aku ambil kisah dalam penulisan fiksyen adalah aspek yang orang tak kisah pun.
Jadi, izinkan aku breakdown review aku supaya hampa boleh lihat di mana plus points and sum up pendapat aku.
WATAK Aku sangat memuji cara penulis menyampaikan watak utama terutamanya. Voice watak utama dan voice penulis adalah sangat bagus. Pada pendapat aku, ini yang menyelamatkan keseluruhan buku Malang. Kalau aku mahu menilai novel ni daripada segi voices sahaja, buku ni memang aku bagi 4 stars. Namun, tidaklah adil aku buat begitu sedangkan novel2 lain yang aku baca, aku mengambil kira semua aspek. Watak yang dipotray dalam novel ini semuanya tak kena dengan preferences aku. Sebab ianya terlalu rempit. Tambah-tambah watak Lan. Watak utama juga aku tak suka pada awalnya sebab pendapat dia di awal buku namun aku akui, potrayal watak adalah sangat realistik. Walaupun negatif, aku rasa watak-watak itu hidup dan memang wujud di sekeliling environment aku. Jadi, walaupun aku tak berapa suka moral kebanyakan daripada mereka, disebabkan realistik, aku masih suka. Penulis ini jujur, serius. Itu aku suka. Bagaimanapun, perlu untuk aku point out sikit pasal watak Mia. God, I love that the characterization of this book is so relatable. Pembinaan watak Mia seperti the actualization of a guy's fantasy - suara lemah lembut, wise, housewife material, pemalu but at the same time good in bed. Jah pun hmm... It's funny cuz it's a pathetic view of woman, which is so much more than that. Kalau ada sekuel, aku harap representation penulis terhadap perempuan berubah. At least, a better representation of woman, please. Watak mak MC dah bagus tu hehe. Ha, yang aku paaaaaaling suka pasal buku ni adalah, character growth is apparent. Which is a huge plus point!!
PLOT Di sini bermulanya pembacaan aku terganggu. Aku tak nampak sebenarnya hala tuju cerita ni sampai lepas 70% terawal. Sesiapa yang dah biasa dengan review aku akan perasan kalau aku ada masalah tang direction, aku tend utk rate rendah sikit. Satu lagi, aku rasa macam ni novel road trip pulak. Dah sampai midpoint pun tak nampak hala tuju lagi. Yang aku ingat, depa jalan2, konflik kepercayaan, sampailah 70% baru pace pick up. Maybe sebab aku bukan peminat novel road trip dan aku lebih tertarik untuk tau, apa sebenarnya yang berlaku kot. Internal conflict is good because it adds voices tapi disebabkan dia a bit repetitive, aku pun rasa malang sekali. Sorry2.
SETTINGS Aku sangat familiar dengan hampir semua settings di sini. It hits close to home. Well, it is my home. Aku serem jugakla tengok nama2 Gunung Jerai & Titi Hayun yang amat dekat dengan rumah aku, dan juga KMC, PMC dll yang sangat familiar untuk aku. It works for me. Got some chills heheh.
*Oh ya. Aku perasan dialog dan naratif macam tak berapa seimbang rationya. Series of dialog antara Mia dan Pan yang hujung2 memang banyak yang aku skip. Maaf. Dialog dalam line level ada masanya aku keliru. Perpindahan ke scene seterusnya pun ada part yang aku keliru. Ada yang terlompat-lompat. Again, ini hanyalah selera aku sahaja. Ada pembaca lain yang tak kisah pun pasal ni.*
OVERALL Bagus untuk mereka yang sukakan bacaan ringan dan nakkan pengalaman pembacaan yang seronok. Juga untuk mereka yang tak kisah dengan perkara yang aku sebut di atas. Voice MC menarik dan itu yang buat aku melekat hingga ke hujung cerita. Sebuah karya bagus baq hang daripada penulis. Tahniah!
MALANG punya idea bagus tapi sayang, hasilnya tak begitu memuaskan. Cerita dimulakan dengan kejadian paranormal yang menimpa Pan ketika beliau dan rakan-rakannya berada di Gunung Jerai. Pada mulanya saya tertarik dan jadi tertanya-tanya apa yang bakal terjadi tapi selepas beberapa bab, the story rapidly went downhill and it really was a bore to read. Apa yang membuatkan saya terus membacanya adalah saya sangat tertarik dengan teori Mothman yang menjadi latar utama buku ini sehingga saya google dan baca beberapa penulisan berkenaannya. But sadly, teori Mothman pun terbang entah kemana-mana.
Tentang watak-watak, saya tidak kisah dengan watak yang tiada "redeeming qualities" tapi sekurang-kurangnya, buatlah ia nampak realistik dan punya banyak dimensi, bukannya seperti potongan kadbod. The dialogues between the characters were much worse - it was awkward, messy and very out of place. Dinamik antara watak-watak juga tersangatlah tak logik dan tak natural seperti Pan dan Mia yang cepat sangat jatuh cinta dan beberapa babak Pan dan rakan-rakannya. Elemen saspens dan misteri yang bagi saya boleh diperincikan lagi juga telah banyak ditenggelamkan dengan dialog antara watak-watak yang kadang-kadang meleret, repetitif dan tidak ada kesan untuk perkembangan plot pun.
Overall, it was a disappointing read. Rating sebenar: 1.5 bintang. 1 bintang untuk teori Mothman yang menarik. Baki 0.5 untuk cover buku yang cantik. Semoga terus maju, penulis.
Bertema persahabatan dan mistikal/paranormal, MALANG bermula dalam adegan misterius yang terjadi kepada Pan sewaktu sesi camping bersama teman-teman di Gunung Jerai. Agak curious dengan plot MALANG, sepanjang bacaan aku dihidangkan dengan naratif mistikal dan isu paranoid Pan tentang malapetaka yang terjadi di tempat dia jejaki 7 hari selepas dia dan teman-teman ke situ. Ada adegan humor, plot tak terlalu mencuba, idea juga bagus. Penggunaan bahasa dan loghat utara yang sewajarnya walau kadang on off tapi masih sesuai dengan naratif, paling gemar cara penulis tekankan isu keluarga dan hubungan Pan dan ibu dia. Cara penulis kembangkan watak Pan sangat menarik, boleh tengok bagaimana perangai dan perilaku Pan berubah dengan setiap kejadian yang berlaku. Cuma aku agak terganggu dengan cara penulis tukar babak sebab rasa tak smooth, repetitif dan meleret. Bahagian perbualan antara Pan dan Mia juga agak draggy dengan hal cinta walau dalam babak cemas dan saspen. Ada isu islamik yang bagi banyak pengajaran dengan cara fikir dan penerimaan individu tentang agama. Walau pengakhirannya boleh diagak atas sebab apa, kesal juga dengan apa yang jadi dengan Pan.
Tahniah penulis untuk novel debut ini, ya! Rating sebenar 2.8 bintang.
Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak kelaskan buku ni kepada genre apa. Misteri barangkali, tapi buku ni juga ada nilai persahabatan, kekeluargaan dan juga cinta.
Okay pertama sekali, aku suka cover novel ni. Persis Stranger Things gitewh. Dan bila aku tengok cover novel ni aku expect buku ni bergenre fantasi. Tapi sayang, bukan.
Next, aku suka gaya penulisan yang digunakan oleh penulis. Dicampur dengan loghat utara, dialog-dialog yang digunakan dalam buku ni sangat sedap dibaca (memandangkan ni novel debut penulis, aku rasa penulisan dia kira okay!). Cuma, kadang-kadang tu aku terkonfius jugak dengan dialog dalam ni, dan juga pada awal penceritaan banyak perubahan babak yang tidak smooth. Bagi aku benda tu macam potong stim teruk la jugak. Penulis juga pandai masukkan unsur humor yang tak terlampau try hard, jadi takdela rasa cringe teruk (kecuali babak romantik hahahaha aku memang lemah, rasa cringe sedikit).
Aku suka watak utama dalam buku ni, Pan. Dia watak yang masuk ayor sikit, tapi kita dapat lihat perubahan watak dia bila dia fikir yang dia merupakan punca kepada semua bencana yang berlaku. Selain tu, aku suka watak mak Pan. Watak mak dia sangat style dan fun! Hubungan yang ditunjukkan oleh Pan dan mak dia juga sangatlah cool (terutamanya bila mak dia cakap "Mak potong punai hang. Jangan dok meghela sangat." hahahahha i stan mak utagha).
Sebenarnya buku ni juga melemparkan soalan agama yang agak provokatif - tapi secara halus. Kita kena fikir sendiri. Benda ni kita dapat lihat waktu Pan dilanda masalah. Mempersoalkan kekuasaan Tuhan. Aku rasa semua orang boleh relate dengan benda ni. Dan penulis juga mempersoalkan mengenai hal-hal syirik, yang mana kita nak percaya atau tidak.
Walaubagaimanapun, plot novel ni macam tak berkembang sangat. Dia punya pace pun agak perlahan. Dan penceritaan dalam cerita ni pun macam takde hala tuju yang jelas. Bila aku baca buku ni, aku sendiri tak tahu aku akan dibawa ke mana. Destinasi cerita ni agak kabur la bagi aku. Hal ni boleh menyebabkan pembaca boleh hilang minat bila membaca.
Apapun, novel ni bagi aku agak enjoyable, aku teruskan pembacaan sehingga muka surat terakhir sebab aku tertarik dengan gaya penulisan slanga penulis, dan juga watak yang agak fun. Dan aku sangat berharap, untuk sequel (gaya macam bakal ada) penulis akan venture kepada genre fantasy - dive deeper ke dalam dunia lain tu.
Cerita yang menarik walaupun pendek.. Unsur suspen itu ada walaupun agak serabut.. Percubaan yang baik dari penulis.. Thrill dan mendebarkan.. Cerita ini jadi mengujakan pada babak-babak akhir dia bila ada twist disitu..
Tak tahu apa yang tak kena. Ceritanya hanya hasil repitasi. Bermalam, makan, berbual. Penulis juga mungkin terlalu cuba nak kaitkan teori dalam ceritanya sampaikan aku rasa muak.
Minta maaf penulis tapi karya ini bukan untuk aku.
Malang bermula dengan agak baik. Tiga orang rakan rapat yang merupakan lelaki-lelaki dewasa yang masih berperangai kebudak-budakan menyumbang kepada pembukaan cerita yang santai untuk dibaca. Perwatakan ketiga-ketiga rakan yang dipaparkan terasa realistik meskipun adakalanya bersifat satu dimensi. Sekali-sekala perbualan mereka agak melucukan. Tetapi kadang-kala perbualan mereka juga akan jadi terbawa-bawa dan mula meleret, sekaligus menghilangkan elemen saspens dan misteri yang boleh menguatkan lagi cerita ini.
Di permulaan Malang, Pan dan rakan-rakannya berkhemah di Gunung Jerai. Tujuh hari kemudian setelah mereka selamat pulang, bencana menimpa lokasi perkhemahan mereka. Pan yang risau dirinya diekori malang dan menjadi sebab bencana-bencana yang telah dan akan berlaku di kemudian cerita mula menjadi obses mahu mencari penjelasan di sebalik kejadian ini.
Idea yang menarik meskipun ringkas dan mudah diramal. Seperti sinopsisnya, sepanjang penceritaan akan dipaparkan satu demi satu bencana menimpa lokasi percutian Pan dan rakan-rakannya. Jadi, peluang sebenar untuk membuatkan cerita menjadi lebih menarik terletak di antara kejadian-kejadian bencana yang berlaku. Membina suasana saspens dan misteri mengenai segala kemungkinan yang mungkin menjadi sebab setiap kejadian. Walau bagaimanapun, penulis memutuskan untuk lebih fokus kepada perbualan Pan dan rakan-rakan yang diselit dengan unsur humor dan lucah tanpa menyedari telah menenggelamkan plot utama dan melemahkan lagi jalan cerita. Meskipun akhirnya fokus dialih untuk mencari segala kemungkinan punca di setiap kejadian di kemudian cerita, hanya satu atau dua kemungkinan yang disebut dan seterusnya akan diulang berkali-kali sehingga ke akhir cerita.
Kebanyakan pendedahan atau saat watak-watak menyedari kunci penting jalan cerita mereka juga dirasakan seolah-olah dipaksa dan terlalu kebetulan. Tidak cukup meyakinkan. Seperti bagaimana Pan yakin bencana yang telah terjadi adalah akibat daripada malang yang mengekorinya sebaik sahaja satu kejadian yang berlaku dan juga pendedahan daripada Mia.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan Malang merupakan novel yang ringan dengan cerita yang santai dan mudah dihadam. Tetapi sekiranya mencari plot yang kukuh dan lebih dari secoet, malangnya Malang bukanlah kisah yang dicari.
Awal muka surat aku agak terganggu dengan penyusunan dialog hingga menyebabkan aku membaca berulang kali untuk faham. Tapi tak apa, aku teruskan juga membaca. Awalnya dimulakan dengan kisah pengembaraan dalam persahabatan mereka Pan Mat Lan Jah dan bertambah seorang Mia. Lepastu ada juga kisah kekeluargaan antara Pan dan mak dia yang bagi aku menarik nilai hubungan itu. Gaya bahasanya tidak terlampau bosan dan tidak pula memikat hati. Tapi bagi aku okay ja. Cuma plotnya macam lambat, seperti naik roller coaster. Lambat menuju puncak, sampai puncak terus menjunam dan berhenti mendadak. Itu apa yang aku rasa ketika membaca sampai habis buku ni. Walaupun begitu, ia sebuah cerita yang baik dan aku juga suka dengan beberapa isi yang diselitkan oleh penulis.
Sebuah novel bergenre misteri/paranormal. Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Pan yang merasakan dirinya membawa nasib malang, kerana setiap tempat baru yang dia lawati akan dilanda bencana selepas tujuh hari. Sejak itu, dia dan rakan-rakannya memulakan penyiasatan untuk mencari rahsia di sebalik kejadian misteri itu. Tetapi bencana2 yang tidak diingini terus terjadi.
Idea novel ni bagus, dan penceritaan pun ok. Bolehlah baca sekali lalu ketika bosan2...
Satu lagi karya tentang persahabatan. Dia terkena sumpahan malang, hingga nyawa manusia lain tergadai. Suka dengan idea penulis, cerita penuh misteri, cuma yang kurang gemar ialah terlalu banyak pengulangan. Kecewa dengan sikap kawan-kawan dia tu. Nak membantu, tapi tak membantu sangat.
Nak reviu yang pendek-pendek sahaja kalini. Buku yang paling lama mengambil masa utk dibaca. Mungkin sbb kekangan masa jugak salah satu dan keduanya buku ni mcm on off sikit. Bila baca tu, rasa mcm takpe kalau sambung baca malam nt, esok atau hari seterusnya.
For me, permulaan cerita dia okay. Menarik. So, di awal cerita sampai suku page rasa mcm enjoy. Dgn loghat utara yg penulis gunakan rasa dekat la watak tu dgn diri sendiri bila baca. Perasaan curious tu mula hadir bila si Pan tu nampak benda melintas masa pemulaan cerita.Dan menjadi lagi curious bila setiap kali dia pergi tempat tu, ada bencana. Nak tahu sangat apa penyebabnya.
Tapi utk satu tempoh yg agak lamaaaaa. Rasa mcm nak sampai ke main point and highlight tu rasa cm terlalu slow dan drag. Banyak benda yg tak perlu pun takpe tapi saya respect dgn benda yg tak perlu yg penulis masukkan mungkin dia ada sbb dia sendiri. Ini cuma pendapat saya saja.
Utk si Pan. Kadang tu rasa simpati dkt dia. Ye la. Bila engkau bercerita tu, tak semua org nak percaya. Dan kau pun mula mengkaji. So dari situ org mcm syak kau dah mula terpesong dan tak percaya akan namanya takdir, qada dan qadar serta namanya nasib. Hm
Senang cerita. Utk percubaan pertama penulis. Ok utk dibaca waktu santai. Keep fighting! Don't giveup! Dan tajuk Malang ni memang sesuai dan kena sgt la dgn si Pan. Malang tidak berbau. At the end of the day, tak sangka malang tu melekat dkt dia.
First half of the book agak bosan sebab draggy and repetitive. Almost nak stop baca tapi tak jadi sebab rasa dah bazirkan masa so alang-alang habiskan saja. For me second half of the book lebih menarik. Overall, ideanya ada..mungkin plot dan penceritaan perlu dibaiki lebih lagi dan buang part mana yang meleret. Apa-apa pun tahniah pada penulis atas usaha! Kita tahu menulis bukannya mudah.
Why I'm interested in this book at the first place One of the three free ebooks courtesy of Buku Fixi, in conjunction with Hari Merdeka and Hari Malaysia 2019. Muchos gracias, Fixi!
What do I think of this book... now that I've done reading it I gave up at page 72 actually :( There's part of me wishing the whole plot are mashups of A Perfect Gateaway (2009), The Twilight Zone's episode Not All Men (2019), and Ratsasan (2018) *. Don't get me wrong, first couple of chapters looks so convincing with the possibility.
* With plot twist(s) of course.
+ 1. The details of the vacation spots presented do make me wanna book a holiday, pronto. 2. The conversational style - very relatable and easy to comprehend.
- 1. I'd think the equation should be either between Pan and his friends; or Pan and his girlfriend. Combining them together feels like a messy crowd. 2. Pan's relationship evolution that covers a couple of chapters discouraged me to flip through.
Get this 1. Something to pass time while in a queue, or commuting. 2. Watched or fans of movies/tv series A Perfect Gateaway (2009), The Twilight Zone (2019) and Ratsasan (2018) 3. If you love free ebooks :) Only applicable till September 16 2019 (Malaysia time zone).
Cerita ini pada saya berjalan sangat lambat -- mendatar dan tidak begitu mengujakan.
Hanya pada 30% cerita hampir tamat baru lah saya rasa penulis berjaya mewujudkan rasa ingin tahu saya, jadi tetap mencuba untuk menghabiskan bacaan sehingga tamat.
Mungkin penulis berniat untuk menyambung cerita ini sebab itu rasanya penamat buku ni tergantung (pada saya).
Agak meleret, terutamanya bab dialog. Idea ada tapi tak berapa nak kukuh, motif pun tak diperjelas dengan kuat. Ending pula rasa macam terlalu tergesa-gesa.
Di permulaan plot, saya memang tertarik dengan kejadian yang dihadapi oleh Pan. Tambah lagi dengan kejadian di Pantai Merdeka dan di Ipoh. Bila Pan dan Mia mula menyiasat dan mengaitkan teori Mothman, ia berjaya menyakinkan saya untuk terus membaca.
Sukar sedikit untuk saya faham Bahasa yang digunakan, iaitu loghat Kedah tetapi masih mampu difahami. Penggunaan loghat lancar juga tapi rugi plot tidak seberapa.
Plot tidak kemas dan bercelaru. Walaupun ada elemen persahabatan dan romantis yang cuba diketengahkan, penulisan telah gagal mengaitkan dengan lancar. Amat sedih bila suatu isu sahaja yang asyik diketengahkan, iaitu isu agama kepercayaan. Putar belit agama berlarutan sehingga plot tidak menjadi dan dialog agak berat untuk watak. Tambahan, kawan Pan, Lan dan Mat pula yang tetiba pergi menemui seorang bomoh. Penulis macam tiada idea selain melontar bomoh ke akhir cerita.
Pengakhiran cerita tidak memuaskan tetapi seakan membagi idea sekuel.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Agak lama juga masa yang diambil untuk habiskan buku ni. Sebab bab awal tu agak meleret dan tak nampkam hala tuju. Idea dia ok, cuma macam ntahla.. apa sebenarnya yang terjadi? Bab- bab akhir kira2 page 80 ke atas baru lah cerita ni jadi fast pace. Page turner sebab nak tau sangat apa punca semua ni berlaku. Apapun tahniah kepada penulis. Buku pertama saya untuk tahun 2025 ni
Untuk mengisi masa lapang worth it lah untuk dibaca, bagi aku semua nilai-nilai misteri, persahabatan dan kekeluargaan dapat aku rasa dalam cerita ni. Aku baca pun secara ebook je di esentral https://www.e-sentral.com/book/info/2...'
Aku rasa macam tak adil pula kalau tak bagi sebarang bintang pada naskah ni. Jadi aku kembali untuk letak bintang dan sedikit review.
Absurd. Itu pandangan aku. Biarpun absurd, aku tak bermaksud ia teruk. Sebenarnya satu cubaan yang sangat baik. Cuma, macam banyak plot holes. Background watak penting yang tak kuat.
Aku tak nak salahkan penulis. Aku tak tahu apa yang berlaku. Mungkin bahagian-bahagian penting yang memberi gambaran sebenar dah kena cantas? Pandangan peribadi aku, hanya penulis yang tahu bagaimana bahagian yang mungkin lewah tu memberi nyawa kepada keseluruhan cerita.
Ada watak yang diberi karakter yang sgt baik. Ada watak yang kuat tapi muncul lambat. Ehem, lain kali letak inspektor tu awal-awal sikit, baru syok aku nak baca 😝
Aku percaya sedikit hint tentang bomoh tu dan si pengupah dia patut diberi di bahagian awal cerita. Tapi itu mungkin juga menjejaskan misteri si cahaya merah jika silap teknik.
Sebelum terlambat. Aku nak ucap tahniah kepada penulis kerana karyanya terpilih sebagai pemenang saguhati sayembara musim pertama. Ketahuilah, tak mudah mendapat peluang sebegini. Jangan pernah putus asa. Teruskan asah bakat yang ada.
'Malang' mengisahkan Pan yang seolah-olah terkena satu sumpahan. Apabila Pan pergi ke satu tempat baru, 7 hari selepas itu tempat tersebut akan ditimpa bencana yang mengorbankan banyak nyawa. Buku ini sebenarnya ada tema yang menarik. Tapi tema tu tak dikembangkan dengan baik.
Aku rasa babak romantik dan mesra antara Pan dan Mia, serta babak percutian Pan dan kawan-kawannya perlu dikurangkan. Aku rasa bahagian nasib malang tu perlu difokuskan dan dikembangkan.
Aku juga berpendapat bahawa cerita ni macam slow dan meleret. Sampaikan aku rasa macam nak skip beberapa bahagian. Hingga satu tahap, aku start bosan sebab poin utama cerita tak sampai dekat aku.
Tapi di hujung-hujung, baru nampak ada perkembangan mengenai idea utama buku ni. Tapi tu pun lepas jenuh aku baca bab-bab yang aku rasa tak perlu pun dalam novel ni.
Boleh disimpulkan buku ni tak kena dengan aku. Tapi pendapat berbeza-beza. Mungkin akan ada yang suka novel ni. Tapi, maaf, aku tak masuk dalam list. 🙏
Malang merupakan kejadian-kejadian pelik yang berlaku pada tempat dikunjungi Pan buat kali pertama. Persoalan hubung kait antara Pan dan semua tu ada kaitan dengan seseorang atau sesuatu.
Sesuai untuk mereka yg gemarkan tema; - Persahabatan - Cinta - Misteri