Jump to ratings and reviews
Rate this book

TOKSIK

Rate this book
Selamat Datang ke 21st Arena! Adakah anda pemenang bertuah ke-21 yang kami cari?
Hidup atau mati? Menang atau kalah? Risiko yang tinggi tetapi pulangan ganjaran yang lebih tinggi sebanyak RM2.1 juta ringgit!
Sila klik pada butang ‘YA’ untuk menerima tawaran ini.
Satu e-mel yang diterimanya telah mengubah hidup Petra. Dari seorang pensyarah, dia tiba-tiba terperangkap dalam sebuah permainan gila bersama salah seorang pelajarnya, Fiona dan 11 peserta lain. Permainan yang pada mulanya disangka tidak berbahaya berubah menakutkan bila satu demi satu pesertanya mati. Hanya ada seorang yang akan meninggalkan 21st Arena itu dalam keadaan hidup bersama ganjaran lumayan yang dijanjikan.
Yang menjadi pertaruhan adalah nyawa. Yang diperlukan adalah kebijaksanaan dan nasib. Nasib, kerana mereka perlu memilih untuk disuntik cecair asing yang akan mempengaruhi sistem tubuh. Seperti disuntik bahan toksik, cecair itu akan mengganggu pertimbangan dan akal waras masing-masing. Kawan atau lawan? Dengan siapa mereka akan berhadapan seterusnya?

446 pages, ebook

Published August 30, 2019

3 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Afiq Abruzzi

3 books2 followers
Afiq Abruzzi, a full time writer & author, written several short stories on Malaysian literary website (Cukaria and Eksentrika). His first debut novel with Buku Fixi is Toksik (2019) and self-published his psychological crime thriller novel 'Lucid: Chase The Unchaseable' on Amazon (2019).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (13%)
4 stars
19 (36%)
3 stars
21 (40%)
2 stars
5 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
October 17, 2019
Disebabkan bulan Kemerdekaan, FIXI bermurah hati bagi baca buku free. Ada tiga and ini menjadi first book pilihan saya, Toksik. First. If buku ni dah ada pysical book. Saya akan beli.

Great idea and concept penulis . Seolah olah masa baca Toksik ni. Kita turut sama rasa mcm kita dalam game yg penulis create. Penceritaan yg terperinci. Permulaan cerita yg tak slow dan boring. So, laju la bacanya. Korang boleh baca sinopsis. Dari situ pun dh boleh tahu Toksik ni mengenai apa. Disebabkan mereka ni tekan YES utk email yg mereka dapat. Terjebak la dlm satu game.

Pemilihan sebuah kilang lama sbg tempat utama utk main game adalah satu pemilihan yg tepat. Rasa la mcm ala ala dlm cerita Escape Room. Eh tiber. Haha. Plus setiap game yg ada mmg menarik. Kira mcm setiap pemain ada probability utk berjaya dlm game tersebut and at the same time mcm permainan psikologi jugak la. Yg baca pun terasa kena psiko jugak haha.

Watak-watak dalam Toksik ni pun tak banyak. Sebab tak banyak la jadi senang utk kita faham karakter dalam setiap watak ni. Tapi yang mengunguli keseluruhan Toksik ini adalah Petra. Mesti Petra ni good looking kan?. Petra seorang pensyarah. Very understanding, protective and sel sel otak dia tu sentiasa berhubung. Masa game berlansung, dia punya otak tu sentiasa fikir psl game tu. Padahal takda masa kot nak fikir. Dah la nyawa dihujung tanduk. Haha kalau saya la.

Bahasa yang digunakan penulis mmg lain dari yg lain. Walaupun skema. Masih boleh diterima otak. Sebab selalunya kalau baca buku Fixi boleh dikatakan ayat yg digunakan bahasa santai atau pasar la senang cerita. Tapi yg ini. Not bad. Ada terselit term perubatan and matematik mcm yg saya cakap is probability.

Personally, suka dgn Toksik ni sebab penulis bawak kita dgn penceritaan game yang berterusan. Kita pulak jadi tertanya tanya kenapa boleh jadi mcmni, siapa dalangnya & motif. Nak predict siapa yang salah tu pun sgt susah. Keliru. Plot twist ada dihujung cerita. And tak sangka mcmtu. Cuma endingnya, masing-masing ada penilaian sendiri mcm mana nak menerima Toksik ni.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
September 1, 2019
Secara ringkasnya, Toksik menceritakan mengenai Petra dan 11 (atau lebih kurang/tidak lebih 12?) orang lain yang menyertai 21st Arena, satu permainan hidup atau mati yang perlu dimainkan sewaktu berada di bawah pengaruh mind altering drug. Dalam permainan hidup atau mati ini seorang demi seorang akan mati sehinggalah tinggal seorang yang akan digelar pemenang dan memenangi hadiah sebanyak RM2.1 juta.

Secara jujurnya, idea cerita dah cukup menarik. Bukan sesuatu yang original tapi masih menarik. Lebih-lebih lagi sekiranya meminati genre psycho thriller yang khususnya mengenai peserta-peserta dalam permainan hidup atau mati yang akan mati satu per satu dan di penamatnya akan ada plot twist. Tetapi malangnya, idea ini gagal dilaksanakan dengan baik.

Ada terlalu banyak bersyarah dan berfalsafah dalam buku ni. Serius cakap, penat betul baca. Watak seperti Petra kerap meleret-leret bersyarah dan berfalsafah mengenai kehidupan dan kebarangkalian yang tidak begitu menyumbang apa-apa kepada jalan cerita. Oh, kebarangkalian. Ada banyak Matematik juga dalam buku ini. Terutama sekali topik Kebarangkalian. Syarahan, falsafah dan kebarangkalian merupakan tema berulang yang bersepah sepanjang cerita membuatkan cerita semakin bosan.

Sedikit sebanyak syarahan dan falsafah di permulaan cerita tidak merupakan satu masalah. Membuatkan permulaan cerita itu menjadi perlahan, tapi okay la. Kebanyakan cerita genre begini biasa menggunakan teknik sebegini sebagai filler sebelum aksi yang sebenar bermula. Boleh dimaafkan sekiranya aksi yang akan dipaparkan itu menarik, thrilling dan penuh dengan saspens. Tetapi malangnya, bahagian itu juga gagal dilaksanakan dengan baik.

Selain plot yang ringkas dan mudah diramal, watak-watak di dalam novel ini juga terlalu mendatar. Ada dua emosi dan reaksi bagi setiap watak. Sebahagian daripada mereka akan panik dan terpekik-pekik, sementara sebahagian lagi dalam keadaan tenang. Hanya kedua-dua emosi dan reaksi ini saling ditukar-tukar antara semua watak membuatkan watak-watak dalam novel ini lebih mendatar daripada kadbod yang dilanggar steamroller.

Permainan hidup atau mati di bawah pengaruh mind altering drug mempunyai sedikit sebanyak potensi yang boleh diteroka bagi membuat cerita lebih menarik. Sebagai contoh, pergelutan dalaman watak untuk kekal waras dalam membuat keputusan di saat-saat genting dan dalam pada masa yang sama kelemasan dalam pengaruh dadah. Tetapi apa yang dihidangkan adalah lebih banyak Kebarangkalian dan Statistik untuk bagaimana memenangi permainan yang dimainkan. Meskipun setiap peserta di bawah pengaruh dadah, mereka masih lagi mampu berfikiran waras. Boleh menyelesaikan masalah Matematik secara teratur dan kesan dadah sedikitpun tidak mengganggu proses mereka. Dadah yang disuntik ke dalam sistem peserta kebiasaannya sekadar untuk menunjukkan kesan sampingannya akan ditunjukan dengan kadar segera hanya di permulaan – berhalusinasi, bergelak ketawa tanpa kawalan – dan selepas selesai permainan akan hilang begitu sahaja.

Semua ini rasanya boleh dijelaskan dengan ‘plot twist’ yang mendatang di kemudian cerita. Kenapa dadah yang diberi memberi kesan sebegitu. Tapi secara jujurnya, tidak meyakinkan dan agak lemah penjelasannya. Lebih-lebih lagi sekiranya diambil kira POV watak lain yang turut melalui perkara yang sama. Sekiranya POV difokus kepada watak Petra sahaja, mungkinlah penjelasan sebegitu boleh diterima. Agak lemah tapi okay la. Tapi bilamana teringat balik sekali-sekala POV akan bertukar ke watak lain, penjelasan ini dah mula dirasakan tidak masuk akal.

Dan akhirnya, bercakap mengenai plot twistnya pula. Di suku akhir buku ini, bagi membawa kepada pengakhiran cerita, setiap babak akan mula diselitkan dengan twist demi twist dan demi twist. Menjawab soalan yang tak berapa begitu memerlukan jawapan, sekaligus turut membangkitkan soalan yang tak perlu dipersoalkan dan akhirnya membawa kepada penamat yang klise, mudah dijangka atau pendek katanya, meh.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
September 6, 2019
Rating sebenar, 3.5 stars.

Sejujurnya cerita ini ada potensi yang sangat menarik. Baca prolog saja aku dah mula hooked dengan cerita ni. Hanya tangguh baca sebab ada kerja lain dan sayang nak habiskan. Namun pada separuh pertama buku ni, aku dah mula rasa lelah. Entah kenapa. Aku suka falsafah tapi aku tak suka probabiliti/kebarangkalian. Guane tu? So macam aku struggle sikit nak habiskan buku ni. Let's see...

WATAK
Voice penulis dan voice main character, Petra, adalah seorang yang intellectual dan berfalsafah. Bila dia banyak sangat berfalsafah, tambah pulak dengan nak menerangkan kebarangkalian tu, ia membunuh rentak cerita ini yang sepatutnya pantas. Atau mungkin dah cukup pantas untuk orang lain. Cuma aku je yang ambik masa lama sikit nak faham kebarangkalian demi kebarangkalian yang Petra cuba explain tu. Entahlah. Aku tak pasti hahah. Sejujurnya aku rasa kita boleh lebih fokus kepada cerita kalau Petra adalah side character dan watak lain yang tak terlalu keluarkan banyak teori complicated yang jadi main character. Aku pasti orang yang sukakan math & falsafah lebih sukakan cerita ni. Watak sampingan yang lain, tak banyak perkara yang minda aku boleh grab untuk membezakan mereka. Standard la. But still, terima kasih kerana tak guna template wanita-lembik-hanya-tau-menangis- ya hehee.
Oh ya pasal cinta antara prof & student tu gabungan yang tak berapa nak sesuai kot. Mula2 aku rasa mcm hmmm tak sedap hati. Gabungan ni memang selalu risky sikit nak guna sebenarnya, tak kisahlah cerita apa pun.

PLOT
Dalam setiap fiksyen, ada logiknya. Even cerita genre fantasi sekalipun. Cerita ni bila baru habiskan baca, aku rasa macam - Okay, what... (aku nak cerita kang spoiler pulak). Tapi bila hang wrap minda hang untuk tengok cerita ni as a whole, di situ aku mula timbul pelbagai persoalan dari segi logik cerita, watak, events, motif, pembinaan twist di 80% cerita, twist di bhg penamat dan kaitan dengan prolog. Setiap struktur cerita, dia ada full circle sebenarnya untuk memastikan ia make sense. Walaupun mystery ada prinsip 'A lot of answers should be answered and there's some answers you wanna left open', aku tetap rasa macam hm... Hmmm... Aku pernah baca buku2 pasal konspirasi ni. Walaupun tergantung, tapi kita masih nampak full circle. Itu yang beri kepuasan dalam pembacaan. Ada orang tak kisah pasal ni. Untuk orang macam aku, aku kisah sebab aku mengambil kira logik cerita macam yang aku list tu :). Aku juga rasa tergesa-gesa untuk plot twist terakhir di bahagian penamat. Dak, sebab bayangkan hang dah lama sekepala berfalsafah dengan Petra. Tiba-tiba hang 'ditolak' kepada orang lain pula dan 'host' hang tu akhirnya... Boleh diperkemaskan lagi. Preference je kot. But still, satu cubaan yang bagus.

SETTINGS
Pemilihan settings yang bagus. Aku boleh visualise keadaan di bangunan tu, termasuk game-game dengan jelas. Ini highlight dalam Toksik. Aku cuma lebih suka kalau voice Petra yang terlalu berfalsafah dan kebarangkalian tu tidak mengganggu pacing pada scene2 itu sahaja.

OVERALL
Sesuai untuk orang yang suka cerita-cerita gory, dengan elemen misteri. Good one, author! Tahniah untuk TOKSIK! Teruskan menulis tau :D
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
September 3, 2019
Bagi aku buku ni mempunyai idea yang menarik walaupun tidak lah original, tapi yang penting penulis berjaya execute idea tersebut dengan gaya yang tersendiri. Apa yang buat aku tertarik dengan buku ni adalah dengan penulisan penulis. Tak seberapa formal, dan tak seberapa slanga. A just nice balance.

Selain tu, aku suka dengan penceritaan laju yang digunakan oleh penulis. Dia tak banyak meleret sangat walaupun aku rasa penggunaan falsafah dalam ni kadang2 agak excessive, tapi penulis cepat pick up semula kepada jalan cerita. Bila aku baca buku ni aku rasa cepat je aku swipe phone.

Dan apa yang aku suka lagi adalah penulis pandai meng-describe scene2 aksi tanpa memeningkan kepala. Bagi aku benda ni penting sebab deskripsi aksi yang serabut merupakan satu benda yang annoying. Tapi aku agak tak suka bila penulis menceritakan mengenai permainan yang mereka perlu main. Bagi aku terlampau cepat sehingga rasa suspen tu kurang.

Untuk emosi watak2 dalam buku ni aku tak kisah sangat. Sebab cerita macam ni tak perlukan permainan jiwa sangat, as long as jantung kau dup dap dup dap laju waktu baca dan rasa ingin tahu siapa dalang sebenar yang tinggi, bagi aku dah okay dah.

Namun begitu, ada juga beberapa benda yang aku macam kurang sikit. Contohnya, ada beberapa twist dalam ni yang bagi aku dicampak sebegitu saja tanpa a good story build up. Ada twist yang menjadi, ada twist yang tak seberapa - yang sebenarnya memerlukan penulis untuk bagi klu pada awal penceritaan.

Selain tu aku tak boleh terima watak Petra sebagai prof, sebab dia baru 30 kot...... Dan aku juga macam tak boleh terima relationship Petra dengan Fiona. Lecturer dengan student? Bagi aku agak menggelikan... Tapi ni bagi aku je la, orang lain maybe okay.

Apapun tahniah kepada penulis kerana berjaya debut bawah buku fixi!
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
Prolog yang sangat menarik dan kemas. Ia bikin saya berdebar-debar dan tak sabar hendak meneruskan pembacaan. TOKSIK merupakan sebuah psikologi thriller yang mengisahkan tentang Petra dan 12 orang peserta lain yang terperangkap didalam sebuah permainan realiti Arena. Jika anda sukakan konsep The Hunger Games dan SAW, anda mungkin akan suka dengan naskhah ini. Kekuatan TOKSIK terletak pada penceritaan penulis yang sangat teliti terutamanya pada babak yang ‘gory’ dan latar tempat yang sangat terperinci yang membuatkan saya dapat membayangkan banyak benda dalam penulisan beliau. Cuma mungkin ada babak yang sedikit meleret terutamanya bila sentuh bab ‘kebarangkalian’ dan ‘falsafah’ Petra. Meleret sebab saya rasa saya tak nampak motif dan apa pentingnya terhadap perkembangan cerita. Apa-apa pun, this is still a fairly good story. Tahniah dan semoga makin sukses, penulis!
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
September 6, 2019
Dari blurb dah nampak idea plot akan ke mana. Prolognya menarik dan thrill, buat aku ada ekspektasi tinggi dengan naratif TOKSIK, berharap ada kelainan dan twist yang bagus. Watak utamanya agak intelektual, bermain dengan falsafah, ideologi dan psikologi. Karakter lain banyak bagi kejutan dan hal-hal tak disangka, cukup sebagai pelengkap naratif. Perkembangan cerita walau agak meleret dengan fokus kepada personaliti watak utama, point cerita masih bergerak dalam bingkai idea. Ia tak mendatar, sentiasa ada perubahan mood pada penceritaan TOKSIK. 21st Arena yang berulang-ulang-- kena suntik, hilang akal, main game, kalah mati, menang kena kurung dan dibawa ke pusingan seterusnya. Berlandas nasib dan usaha untuk kekal waras, ada adegan cemas dan saspen, usaha selamatkan diri, pergaduhan dan hilang kepercayaan (aku suka bahagian ini). Kredit buat penulis sebab sangat tertib susun bahasa dan ayat-- ini penyelamat kepada semua fikiran 'Petra' yang asyik dengan kebarangkalian, teori dan persepsi.

Boleh jangka twist-nya berkaitan siapa, memang dari awal aku dah boleh agak sebab penulis dah letak hint. Cuma bila tahu tujuan utama, aku rasa cara mereka pilih terlalu exaggerating. Penjelasan akhir sangat draggy bagi aku, agak serabut macam nak letak semua teori bersama Fiona. Permainan emosi dan teka-teki yang samar, dan itu sajalah jalan senang untuk matikan karakter.

Anyway, ia masih misteri saiko thriller yang menarik. Tahniah kepada penulis untuk menang saguhati Sayembara FIXI Musim Pertama. Rating sebenar 3.4 bintang!
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
February 4, 2020
boleh dikatakan, ai suka genre and jalan cerita ni. ingatkan jalan ceritanya ala ala movie truth or dare. cuma ada twist sikit lah. still, i like. cuma ending dia ai pening sikit. indra petra indra petra fiona. aaaaaa. and part teka teki tu jugak haha. but overall, good reads 👍👍👍
Profile Image for Rose.
5 reviews18 followers
September 2, 2019
3.5 Stars setepatnya.

Buku ni merupakan buku pertama yang aku pilih untuk baca kerana blurb yang menarik. Kisah tentang petra yang join satu game yang menawarkan 2.1 milion sebagai ganjaran. Sebenarnya teringat dekat ada satu cerita di wattpad dulu, idea yang sama gameshow yang berkaitan nyawa, tapi apa entah kesudahan cerita pasal game tu sudahnya. Huhu. Baiklah, back to the topic,
Walaupun aku pilih untuk baca cerita ni dulu, tapi permulaan yang agak slow buat aku beralih ke cerita fixi yang lain iatu parut, hehe.
Kenapa aku cakap slow? Sebab terlalu banyak falsafah yang buat aku fikir, ada kena mengena ke? Mungkin sebab aku tak berapa faham teori-teori yang dikemukakan oleh petra.
Permainan2 yang digambarkan sangat wow bagi aku, sangat detail dan menarik. Rasa macam aku juga turut berada dalam permainan dan ingin melepaskan diri. Githuw. Tapi sebelum plot twist berlaku pun, aku terfikir, apa motif diorg buat semua ni? Dan bila plot twist, aku masih terfikir, apa yang diorg dapat dengan adakan simulasi ni? Sesiapa dapat terangkan?
Dan bahagian di muka surat terakhir,
Aku je ke rasa yang sebenarnya, petra (atau indra) sebenarnya tak gila? Dan dia tak pernah bunuh sesiapa? Atau aku pun berhalusinasi? Hahaha, someone help, kalau tak, tak tenang aku. Sebab aku yakin petra (or indra) takkan terjun macamtu je dari tingkap hospital. Apapun, tahniah kepada penulis! Karya yang mengagumkan dan berilmiah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hareez Md.
3 reviews
September 1, 2019
The strength of this novel is based on the READER. Because at the end, it's how we digest and interpret what we want to believe and accept.

The theory of ideas and reality, past memories that shape our present identity, this novel's premise revolves around the concept of human's perception of concrete reality and constructed memories.

Kudos to the author for this amazing concept! Definitely my kind of book (dealing with riddles, psychological aspects, philosophical debate and questions about life).

Worth reading. Thumbs up.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
September 4, 2019
Segar. Aku dah tak baca buku dalam sebulan lebih, reader's block. Tapi buku ini mampu buatkan aku tak duduk senang nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Yang lagi menarik, aku salah dalam menjangkakan plot twistnya, sesuatu yang amat jarang berlaku. Power!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 21, 2022
Dari prolog lagi kita sudah disajikan dengan sesuatu yang agak gore. Boleh agak ianya bukan cerita yang biasa-biasa. Suka dengan sebahagian plotnya, ada yang bergerak laju. Cuma sedikit pelik dengan watak yang sekadar nak membantu tu, segala yang dilaluinya seakan betul. Endingnya agak rushing bagi aku. Macam ada plothole.
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
September 27, 2019
Why I'm interested in this book at the first place
The second book I've done read, of the three free ebooks courtesy of Buku Fixi, in conjunction with Hari Merdeka and Hari Malaysia 2019.

What do I think of this book... now that I've done reading it
What a mind-fuck. This book is spooky gory throughout, but the ending.. what the heck. Toksik is not for the faint hearted. It just oozing with bloodcrumbs (yes, I made up the word just because). If this book to be adapted into movie in the near future, I'll watch it.

+
1. The details of the mind games.
2. The depth of the mind-fucks towards the end of the book. The twists!
2. I'm amazed by the attention to the detail to some of the gory scenes in a couple of chapters.

-
1. The ending. What the heck? It shouldn't end like that. *laughs* Is there a second book to this?
2. Come to think of it, the prologue chapter doesn't make sense, as to what is the connection to the rest of the story. Was it intentional?

Get this
1. This book will get you hooked in one sitting, trust me.
2. Watched or fans of: Saw franchises, The Hunger Games (2012), Battle Royale (2000), Black Mirror's A White Christmas episode, 1960's The Twilight Zone series.
3. If you love free ebooks :) Only applicable till September 16 2019.
66 reviews3 followers
July 13, 2021
Sambil belek-belek kat website esentral, tertarik dengan sinopiss ni di https://www.e-sentral.com/book/info/2...' terus add to cart and buy! jalan cerita yang menarik dan macam-macam plotwist ada pulak teka-teki dalam cerita memang best. Recommended!
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
September 19, 2019
Perjalanan cerita bermula bila Petra dan Fiona menerima undangan ke satu pertandingan -- permainan -- yang akhirnya membawa kedua-dua mereka dan 11 orang lagi perserta untuk melalui sebuah permaianan dengan tingkat yang hanya membawa kepada maut untuk setiap peserta; dengan cara kematian yang tiada perikemanusian. Namun permainan itu hanya akhirnya menjadi satu permainan yang sudah ditetapkan untuk seorang peserta itu Petra. Segalanya lebih mencelarukan akal minda dan jiwa, bilamana pada akhirnya tiada seorang daripada peserta yang telah terkorban dalam permainan sadistik itu yang mati.

Konspirasi, simulasi atau apapun yang sedang terjadi hanya membawa kepada kenyatan secara teori -- jadi bagaimana dengan realiti.

_____

Toksik pada saya ialah sebuah penulisan yang bijak -- penulis melaksanakan setiap kejadian dengan sangat tersusun dan sangat berjaya dalam mewujudkan sebuah permainan yang 'deadly'.

Jalan cerita berjaya membawa pembacaan saya penuh dengan rasa ingin tahu, dan membuatkan saya turut sama mencipta sebuah teori kepada apa pun yang akan berlaku seterusnya sepanjang pembacaan. Saya beranggapan mungkin cerita ini adalah berkenaan dengan ujian senjata biologi dan eksperimentasi yang memilih mangsa secara rawak. Dengan anggapan itu sudah mampu membuatkan saya berasa thrilled. Tetapi semuanya adalah sebaliknya dengan twist yang dicipta.

Dan sekarang sebenarnya saya mewujudkan lebih banyak teori dalam kepala bila penulis mengakhirkan cerita ini dengan sebuah kematian yang barangkali membawa sama sebuah fakta untuk teori saya.

Siapa yang gila, siapa yang benar. Mungkin semuanya hanya bergantung kepada kesimpulan kita sendiri masing-masing.
Profile Image for khu.
24 reviews
May 22, 2024
Wow for me, plot twist buku ni memang terbaik. Sampai ke sudah aku tak pasti yang mana satu realiti atau teori. Tapi aku follow Fiona dan percaya yang semua itu realiti. Kalaulah betul tu semua realiti, memang kesian dekat "Petra".
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
February 25, 2020
Permainan yang menentukan hidup dan mati. Kematian yang penuh dengan seksaan. Klu yang diberikan kepada pemenang mempunyai maksud tersendiri. Hanya seorang sahaja perlu memecahkan kod dan memahami segala-galanya.

Pada mulanya aku ingatkan kisah ni akan sama macam kisah-kisah game survival yang lain. Yang menang akan mendapat ganjaran ataupun tiada seorang yang akan hidup. Pengakhiran bukan seperti yang dijangka, 'ada udang di sebalik batu'.

Namun kebenaran dan kepalsuan sukar diterjemahkan. Siapa yang betul dan siapa yang salah.
Profile Image for Norliyana.
59 reviews35 followers
September 10, 2019
Rating sebenar 3.6 bintang. Naskhah ni mengingatkan saya kepada filem Saw. Walaupun boleh agak pengakhiran macam mana (seriously I don't like the ending like that), saya masih tertarik dengan gaya penceritaan dan bahasa yang digunakan. Unsur ganas dan gory dalam buku ini yang buatkan jalan cerita bergerak pantas dan elemen ini yang saya suka.

Side note: Petra is so annoying in here, I don't even know why haha.

Saya rekomen buku ini kepada pembaca yang gemarkan genre gory thriller. Good luck in your future endeavour, writer!
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
September 27, 2019
Novel ini sedikit sebanyak mengingatkan aku pasal movie The Hunger Game. Sebab dalam setiap game, hanya seorang sahaja yang akan jadi pemenang (baca: hidup). Buku ni fast pace. Dan unsur saspens dan teka-teki tu banyak, sampai aku tak boleh berhenti baca novel ni. And plot twist dia, lain macam wei hahaha!

Sampai aku habis baca pun, aku masih tertanya-tanya. Siapa betul, siapa salah? Siapa dalang, siapa mangsa? Pandai betul penulis mempermainkan hati dan perasaan aku.

Good job author! Harap dapat hasilkan nashkah yang berkualiti di masa akan datang.
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
September 9, 2023
Aku sangat suka gaya penceritaannya, stail dan lenggok bahasa digunakan, dan alur plot novel ni. Plot twist banyak aku tak jangka hingga ke muka surat terakhir sekali pun. Mungkin ada masa aku masih mengharapkan klu-klu yang diberi lebih complicated :) Tapi melihat pada penghujung cerita, ada kebarangkalian untuk dijadikan series, but who knows?

Kudos untuk penulis! Anda sudah menjadi salah satu penulis yang akan saya nantikan karya seterusnya.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
September 28, 2019
Jalan cerita yang baik dan tersusun. Cuma agak kabur masa ending sebab ada teori realiti emosi semua tu. Ada unsur-unsur macam dalam filem Saw, Misteri Delaila dan Shutter Island. Thank Fixi bagi ebook free.
112 reviews3 followers
September 9, 2019
Cerita ni ada beberapa missing pieces yang sangat besar. Sengaja ke apa ni? Untuk sambungan?
Profile Image for Rizwan Halim.
1 review1 follower
November 6, 2019
Storyline yg menarik, fast-paced but mostly, ending dia totally mindfuck. Good job writer!
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.