Jump to ratings and reviews
Rate this book

PARUT

Rate this book
Siapa sangka, orang yang selama ini dipanggil ayah rupanya hanyalah bekas pengawal peribadi arwah bapa kandungnya. Ky hanya mengetahui kenyataan itu ketika usianya mencecah 17 tahun. Dan lebih menyedihkan lagi apabila mengetahui kematian kedua ibu bapanya adalah disebabkan oleh dendam seorang lelaki yang mempunyai pertalian darah dengannya.
Ky kembali ke kolej yang dibangunkan oleh arwah bapanya dengan satu niat. Dia mahu membongkarkan kejahatan Dato’ Harman yang telah membolot harta kekayaan peninggalan datuknya. Kehadiran Ky telah menarik perhatian Asyraff, anak tiri Dato’ Harman. Ada sesuatu yang misteri tentang gadis itu yang memaksa Asyraff untuk terus menyiasat.

424 pages, ebook

Published August 30, 2019

3 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Ada Haris

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (13%)
4 stars
9 (24%)
3 stars
16 (43%)
2 stars
6 (16%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
793 reviews106 followers
September 16, 2019
2.85 bintang

1. Hadiah dari Fixi sempena Hari Kebangsaan 2019. Terima kasih Fixi!

2. Antara 3 buah buku yang dihadiahkan itu, saya memilih untuk membaca buku ini dahulu. Pertama, sebab premis yang menarik. Kedua, sebab rata2 pembaca juga memilih buku ini dan memberi feedback yang menarik. So, darjah keterujaan tu bertambah.

3. Okay, saya berjaya habiskan tapi bukan dalam masa jangkaan saya.

4. Rupanya ada 2 bahagian cerita dalam buku ni. Cerita yang hampir sama dan hampir tiada kaitan kecuali watak2nya yang intertwined.

5. Part 1 is too idealistic. Everything were going too smoothly. Sorry to say, the story just run along following the initial plot. Part yg illogical pun banyak. Nampak sangat just guna imaginasi and little-to-none research. Kena lebih banyak membaca ya. Buku2 fixi yang ditulis oleh penulis senior boleh dijadikan rujukan.

6. Part 2 is a bit better. Terkejut jugak saya guna premis yang sama untuk 2 cerita berlainan. Mula2 tu ingatkan culprit yang sama, barulah ada kaitan. But no, they were 2 different cases but with the same method.

7. Characteristics utk watak2 macam kurang selari dengan situasi. Kurang matang is an understatement la. Kurang emosi mungkin. Especially in Luthfi case.

8. Untuk buku ni, rasanya label 'Untuk Pembaca Matang' tu tak sesuai. Patutnya lebih kepada buku Remaja/Young Adult fiction. Because of the lack of depth.

9. Banyakkan membaca. Membaca itu jambatan ilmu ✌️✌️
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 6, 2019
Hadiah ‘hari jadi’ daripada Fixi untuk pembaca Malaysia.
Jadi, aku mula dengan yang ini.

Full review: 6/09/19

1. Betul-betul fast paced. Naratifnya memang ‘berjalan’ laju, tak leh dibawa berbincang haha. Quite good sebab genre sebegini memang tak perlukan adegan cerita yang meleret-leret. Dan, pada pembaca yang laju rasanya naskhah ini bisa dihabiskan dalam beberapa jam.

2. Kerana ianya adalah genre kegemaranku, maka aku merasakan alur ceritanya terlalu mudah ditebak. Tiada twist yang mengujakan -- means thrill pun tidak se-boom yang aku mahukan.

3. Lebih suka Bahagian 2 -- idea yang ini aku rasa lebih baik daripada cerita Ky. Mungkin kerana perkembangan watak Luthfi agak solid. Dan, watak protagonisnya memadai seorang. Cuma motifnya tidak begitu jelas, seperti ada yang tergantung. Adegan aksi kelihatan lebih teratur daripada Bahagian 1; yang mana scene kebetulannya terlalu nampak dibuat-buat.

5. Ending. Hmm, macam biasa ending keluaran Buku Fixi -- begitulah. Aku dah bersiap-siaga daripada mula *smirk*

6. Few typo error & grammar yang boleh dibaiki sekiranya ia diterbit ke dalam bentuk fizikal.

Tahniah penulis! Kalau ada karya baharu pasti aku akan beli.
Terima kasih Fixi, kerana ‘hadir’ untuk beri warna dalam dunia buku Malaysia.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
September 11, 2019
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. @bukufixi memberikan tiga ebook percuma. Aku memilih untuk membaca Parut memandangkan genre aksi/misteri adalah genre kegemaran.

Fast paced sungguh naskhah ini. Aku baca naskhah ini dalam masa 3 jam. Banyak bab pendek dan ini memudahkan pembacaan kerana sesungguhnya aku sangat gemar akan naskhah yang mempunyai bab yang pendek. Setiap bab berakhir dengan pertanyaan dan inilah punca naskhah ini boleh dihabiskan dalam masa singkat saja. Sifat ingin tahu berkobar-kobar.

Naskhah ini terbahagi kepada dua bahagian dan ada kaitan antara kedua-dua bahagian tersebut.

Bahagian 1
Pengenalan dan perkembangan setiap watak dibawa dengan kemas oleh penulis seperti watak Ashraf dan Mia. Aku suka dengan watak utama, Ky, yang tangkas bertarung, menyusun strategi dan tidak mengikut kata hati yang menyimpan dendam. Cuma aku rasakan plot cerita untuk bahagian ini agak mudah, tidak ada twist atau thrill yang sangat mengujakan. Pembacaan laju sebab nak tahu apa yang terjadi saja.

Bahagian 2
Aku lebih sukakan cerita Luthfi dalam bahagian ini. Plot cerita dan adegan aksi lebih baik. Plan balas dendam lagi teratur walau boleh diramal.

Aku tak puas hati dengan ending. Boleh dikatakan tergantung kerana kepingan puzzle masih belum lengkap disusun. Harap ada kesinambungan cerita Luthfi.

Kesimpulannya, naskhah ini membawa cerita aksi/misteri yang straightforward saja. Senang nak faham, tidak terbelit-belit dan melarat. Gaya penulisan boleh diterima dan kelakar juga pada sesetengah babak. Teruskan menulis ya!

Rating: 3.7 🌟

instagram.com/siriusiqa








Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
September 5, 2019
Karya bertema jenayah dan aksi. Naratif bergerak dalam frame realiti dan imbas semula. PARUT dengan cerita balas dendam dan dengki. Agak berharap penulis selitkan sedikit kelainan pada naratif supaya tak klise sangat dengan cerita balas dendam yang biasa kita dengar/baca. Dua kisah berkaitan dalam PARUT dibahagikan kepada dua naratif, dengan dua watak utama. Watak-wataknya ada on and off dengan peranan masing-masing.

Bahagian 1
Bila dah tahu pasal hubungan Ky (macam mana nak sebut nama Ky ni? Kai? Kay? Ki?) dan Saiful juga tentang Dato' Haziq dan Dato' Harman, jadi dah boleh agak jalan cerita PARUT nak ke mana. Tak berapa gemar dengan cereka dialog di bahagian ini-- kaku dan kadang rasa tergesa-gesa. Perkembangan naratif sangat fast-paced, sebahagiannya seperti tak masuk akal dan rasa macam kena tipu dengan kebetulan tapi jalan ceritanya masih berpaksi pada motif jadi ia tak meleret. Ada bahagian intens dan saspen walau thrill-nya kurang ia masih tidak serabut atau chaos.

Bahagian 2
Permulaan rentak yang bagus, cukup untuk buat aku rasa curious nak tahu hubungan dua watak utama di dua bahagian PARUT. Aku lebih gemar pelan balas dendam di bahagian ini berbanding sebelum, perkembangannya juga smooth walau banyak drama dan salah langkah, tapi aku suka watak dan personaliti Luthfi. Adegan aksi agak okay di sini, perinci dan menarik.

Keseluruhan PARUT walau agak predictable pengakhirannya bagi aku garapan ceritanya straightforward saja. Bahagian misteri dan balas dendam tak susah nak agak, ada editing nama watak yang tak betul, susunan tatabahasa untuk dialog english juga ada yang perlu dibaiki tapi ia masih fairly well written. Tahniah untuk menang saguhati sayembara FIXI musim pertama. Terus menulis, ya! Rating sebenar 3.5 bintang.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
Ceritanya bagi aku biasa-biasa saja. Straightforward, tak ada elemen misterius, tak perlu pikir berat berat. Ia terbahagi kepada dua bahagian, dengan cerita yang sedikit berlainan, sedikit watak tambahan walau masih dengan tema yang sama iaitu balas dendam. Persamaan dua dua bahagian ialah kedua-duanya bergenre aksi yang plotnya bergerak secara laju. Tiada pusing-pusing. Tetapi aksi di bahagian kedua adalah lebih terperinci dan lebih sedap untuk dibaca berbanding dengan aksi di bahagian pertama. Kedua dua cerita juga bertitik tolak daripada kasih sayang keluarga dan dendam yang harus dilunaskan walaupun elemen & emosi kasih sayang di dalam naskhah ini agak mendatar bagi saya.

Dialog yang agak janggal dan tak natural bagi saya, ada tatabahasa dalam dialog English dan typo yang sedikit sebanyak mengganggu pembacaan saya di bahagian kedua. Bagi saya kekuatan di bahagian pertama adalah watak Ky sendiri. Jarang baca cerita yang hero(in) nya adalah perempuan & the fact that she is well-versed in the art of self defence (silat) is pretty impressive. Cerita kedua, walau saya suka dengan adegan aksi dan sedikit elemen misteri didalamnya, saya agak terganggu dengan watak Luthfi - he always had the air of patronizing around him, especially with things that are related to women. Apa-apa pun, walaupun ceritanya agak terikat dengan klise, I still enjoyed reading it. Semoga terus maju, penulis!

Rating sebenar: 2.5/5 bintang.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
August 31, 2019
Fuhhh. Aku suka! Jalan cerita yang menarik dengan penyusunan plot yang baik buat aku rakus membelek halaman demi halaman. Emosi yang dibawakan oleh watak utama juga aku dapat rasai serba sedikit (bila baca ni, tiba-tiba aku teringatkan PESONA, mungkin kerana persamaan dari segi kisah hidup watak utama).
Cumanya, AKU TAK PUAS HATI DENGAN ENDING DIA. Ni boleh menyeksa jiwa aku untuk menunggu. Aku tak pasti tapi aku rasa seperti masih ada kepingan puzzle yang belum lagi terungkai.

Dalam buku ni ada dua bahagian. Keduanya ada persamaan dalam perbezaan. Nak tahu baca sendiri.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 5, 2019
Ceritanya jenis strait foward je.. Tak ada pusing pusing.. Dari awal dah boleh tahu siapa jahat siapa baik.. Tak ada yang tikam belakang ke apa.. Cerita aksi yang menariklah pada Sha..
Profile Image for SS.
515 reviews5 followers
January 22, 2020
Not bad. I love it. Mungkin sebab storyline yang penulis create very straightforward. Of course, genre Parut ni ialah action. Tema dendam kesumat. Haha. Honestly, saya bukan la pengemar buku bergenre action. Tapi once bila dah baca, kalau kena pulak dgn mood masa tu. Laju la baca nya. Lama peram buku ni. So, harini berjaya baca dan habiskan.

Suka baca bila Ky yang pandai bermain senjata, otak dia geliga bila buat plan, aksi aksi dia ketika berlawan. Rasa mcm wow. Ada ke perempuan mcm dia ni? And saya takda jawapan utk itu. And kalau semua perempuan dkt Malaysia ni ada skill bermain senjata dan boleh protect diri sendiri. Rasanya tak byk jenayah yg melibatkan wanita. Gituw! Tiber je.

And bila terbahagi kepada dua bhg. Automatik dah kena pilih mana yang lbh suka. Haha of course la my choice is bhg kedua. Lutfi yang sangat matang dalam pemikiran dan penyiasatan. Rasa mcm detective conan ye dak? Haha. Bhg kedua lebih menyerlah.

Okay la utk bacaan santai. Bahan bacaan yang boleh dikategorikan sbg bacaan yang mudah dihadam. Overall boleh dipuji. Sbb it's not easy at all okay bila kau nak menceritakan/menulis part lawan-lawan dalam penulisan. Sometimes, pembaca tak faham ayat yg cuba nak diterangkan oleh penulis pun blh jd masalah besar jugak. Karang dok repeat je baca. Tapi Parut. Okay.

And all the best utk penulis. Teruskan berkarya dan hasilkan lebih banyak lagi naskah yang menarik. Thanks to FIXI also sebab bagi baca percuma ihiks. 🙊
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
September 2, 2019
Jalan cerita memang menarik sangat. Baca ni dalam masa sehari setengah. Lepas satu muka surat ke satu muka surat memang susah nak berhenti membaca oleh kerana hati nak sangat tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Dan yang buat lagi interested nak baca adalah wataknya yang menggunakan nama Ayu Katherina. Di mana gabungan nama ibu saya (Ayu) dan adik saya (Katherina). Ejaannya yang sama membuatkan saya teruja nak baca.

Tahniah penulis. Akan membeli buku ni apabila sudah berada di kedai buku nanti!
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews16 followers
September 10, 2019
Ikutkan cerita dia biasa-biasa je. Macam slot drama bersiri tv3, cerita datuk-datuk, dendam semua tu. Cumanya ada watak perempuan yang macam Assasin, kalau dalam tv mano dapek eh watak camni. Bukan ada pelakon Malaysia yang pandai berlawan sangat.

Apa yang aku rasa best, plot dia teratur, kemas. Penulisan pun tak membosankan, sedap je baca sampai habis. Penulis pandai grip kita punya pembacaan, elemen suspen sentiasa ada di setiap corner, memang menarik-narik curiosity kita untuk terus baca.

Jadi, itulah sebab aku kasi 4 bintang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
September 9, 2019
Parut ialah sebuah cerita yang agak baik. Ceritanya straight, tak ada sembang-sembang kopi yang meleweh. Cumanya, bila cerita macam ni, kau tak akan dapat tengok perkembangan watak yang menarik. Dendam jadi isu utama dan watak hanya bermain di sekitarnya. Tak ada emosi yang kuat dan tak ada babak yang membekas.

Penceritaan untuk setiap babak pula terlalu cepat bagi aku. Baca sikit dah bertukar babak. Baca sikit, eh babak lain pulak.

Apa-apa pon, tahniah penulis.
Profile Image for Atiqah Azaman.
8 reviews
September 3, 2019
i love the book, it was great for a quick read. it has many chapters but i get that the author just wanted to make it easier to read and get back into and it actually made it more easy to grasp. yes, a slightly unsatisfying ending but only bcs i wanted more. good stuff ♥
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
December 9, 2020
Saya baca ebook version. Kisah penyiasatan yang senang nak hadam. Penyiasatan oleh 2 individu yg memburu pembunuh parents mereka. Ada 2 parts yg saling berkait. Overall OK.
Profile Image for Aisyah Umaira .
133 reviews
December 30, 2019
Ebook pertama dari buku fixi yang aku baca. Thank you sangat-sangat buku fixi sebab bagi free ebook kepada pembaca setia rakyat Malaysia! Firstly, nak ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!! 🇲🇾🇲🇾

Get into the review. Novel Parut dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berkisarkan tentang Khalisya ( Ky ) seorang gadis muda yang mahu membalas dendam kepada bapa saudaranya atas kematian orang tersayang.

Bagi aku, penceritaan bahagian pertama terlalu pantas untuk aku. Penulis nak buka semuanya terus macam patung Matrosyka Rusia. Jadi, teknik plot kejutan dia terlalu banyak. ( macam buat soalan komsas pulak 😂 ) Aku jadi macam nak tak nak je baca bahagian pertama. Rasa nak give up, menyampah pun ada dengan karakter Ky dan Asyraff. Dan ada sedikit pemikiran aku tak boleh terima kelogikan semua teknologi yang Ky pakai dalam siasatannya.

Walau bagaimanapun, tahan sajalah benda tu sebab bila dah sampai bahagian kedua... AURA DIA LAIN MACAM! Kaedah pencerita bahagian kedua lebih mantap berbanding bahagian pertama. Kalau yang sebelum ini benda berlaku dengan sangat pantas, dalam bahagian kedua kita akan bersantai-santai dengan jalan cerita. 😊

Kisah Luthfi bagi aku lebih menarik berbanding kisah Ky. Salah satu sebabnya ialah kerana karakter Luthfi berperangai macam usianya. Matang dan gentleman (gituuu 😌). Siasatan Luthfi juga paling strategik dan boleh diterima akal. Aku tabik dengan penulis kerana mencipta lelaki yang aku takjub ini kyaaaa 😄

Sekian review aku kali ini. Assalamualaikum 🌻
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
September 7, 2019
Why I'm interested in this book at the first place
The third book- done read, of three free ebooks courtesy of Buku Fixi, in conjunction with Hari Merdeka and Hari Malaysia 2019.

What do I think of this book... now that I've done reading it
It's a no-nonsense thriller action story. You want action, you *got* action - in your face.

+
1. Kudos for little to none at all romance backstory.
2. The main characters and their missions pretty much realistic, in my opinion. If you've watched Salt, you get what I meant.

-
1. There too many names to remember throughout, I got confused a lil bit.
2. The ending. *laughs*

Get this
1. Watched or fans of: Revenge (2011), Columbiana (2011) , and Salt (2010).
2. If you love free ebooks :) Only applicable till September 16 2019.
Profile Image for Ain S..
10 reviews
September 3, 2019
Jalan cerita yang sangat menarik, tetapi ada beberapa bahagian yang tertinggal dan agak lompong mungkin disebabkan oleh gabungan dua cerita dalam satu novel. Penamat yang tergesa-gesa menyebabkan wujud kekurangan dalam novel ni. Sejujurnya penceritaan yang tiada kesudahan atau penamat ni amat menyebalkan. Mungkin akan ada sequel tetapi adalah molek kiranya ditamatkan dengan baik dan sambungan mungkin boleh dimulakan dengan permulaan yang tergantung. Bila penamat sesebuah cerita tergantung ni, segala keseronokan membaca sebelumnya semua jadi hambar..

Semuanya adalah pendapat peribadi aku, sebagai pembaca. Semoga penulis terus maju!
Profile Image for Rika.
35 reviews7 followers
June 5, 2020
PARUT ada dua bahagian; bahagian 1 berceritakan kisah Ky dan bahagian 2 pula kisah Luthfi. Kedua-dua kisah menggunakan plot yang sama, iaitu membanteras orang jahat yang telah menzalimi mereka.

Kedua-dua cerita bergerak pantas, jujur memang laju perjalanan plot sehingga tahap klimaks. Satu teknik yang bagus untuk pembaca yang gemar plot sebegini, boleh baca habis dalam satu hari. Plot juga menggunakan unsur penyiasatan dan misteri.

Penggunaan watak-watak yang menarik. Bahagian satu menggunakan Ky, watak perempuan sebagai watak utama yang aktif manakala Asyraff, sebagai penyokong. Terdapat sedikit unsur cinta tetapi tidak diketengahkan. Bahagian dua melibatkan seorang penyiasat persendirian, Luthfi, yang menyelinap masuk ke dalam syarikat untuk membongkar pembunuhan ahli keluarganya.

Kesimpulan, sebuah buku yang menarik dan boleh sekadar bacaan ringan. Dalam erti lain, plot boleh didalami lebih lanjut untuk meningkatkan unsur klimaks.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 20, 2022
Ceritanya sangat straightforward, antagonis bukan misteri dari awal. Terbahagi kepada 2 bahagian yang bertema sama - dendam. Aku lebih suka Bahagian 2, cerita dan aksi lebih teratur. Cuma kehadiran watak dari bahagian sebelumnya macam tak memberi impak sangat. Adakah akan ada sambungannya?
Profile Image for Ameerah Hilmi.
30 reviews
March 15, 2024
Buku bacaan ringan, senang dibaca dan jalan cerita yang menarik. Tapi lebih sesuai untuk pembaca yang umur-umur remaja gitu.
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
November 28, 2019
Secara ringkasnya, Parut merupakan kesan yang ditinggalkan tragedi berdarah terhadap dua orang individu berbeza.

Sesuai dibaca untuk mereka yang gemarkan tema;
- Girl in action
- Dendam
- Penyiasatan
- Aksi
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
February 4, 2020
bacaan kedua tahun ini. dalam sehari je dah habis. fuhh. laju. ceritanya seronok. kene dengan jiwa lah genre ni kiranya. saya suka. tuje. k dah. haha. tapi rasanya macam ada sambungan kan? sebab endingnya tergantung.

p/s: saya suka nama Khalisya Amira. comel gittew 😘
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.