Jump to ratings and reviews
Rate this book

Teroris Bahasa

Rate this book
Dianggarkan terdapat 7000 bahasa di dalam dunia. Ada diantaranya sedang nazak. Dilaporkan dalam National Geographic bahawa dalam setiap 2 minggu, satu bahasa atau sistem penulisan akan lupus serta merta dari muka bumi. Kaput macam itu sahaja. Dibunuh oleh orang-orang yang sepatutnya menjaga, lidah-lidah yang sepatutnya menuturkannya...

128 pages, Paperback

Published March 1, 2020

12 people want to read

About the author

Saharil Hasrin Sanin

17 books113 followers
SAHARIL HASRIN SANIN ialah seorang penulis, ilustrator, dan visual artist berasal dari Pontian, Johor, dan kini bergiat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor, Hadiah Sastera Berunsur Islam, serta lain-lain pengiktirafan. Biodata: http://bit.ly/biodata-saharil

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (41%)
4 stars
19 (52%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for hans.
1,178 reviews152 followers
August 25, 2021
Aku dah pernah baca esei Teroris Bahasa ini di buku New Malaysian Essays 1 sebelum ini dan naskhah ini adalah edisi kemas kini daripada penulis.

Teroris Bahasa tentang naratif sureal penulis yang mengagumi bahasa dan mahukan seekor ikan babel macam dalam Hitchhiker's Guide.

"Ketika kamu membaca ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh."

Ganjil. Tapi Saharil memang selalu ganjil.

Pengolahan ceritera antara fiksi (atau memang kisah benar?) dan fakta tentang penulis yang sedang menunggu kawannya, Azlan yang lambat sampai. Dia duduk minum kopi dengan seorang Apek di kafe tepi jalan pada hari sambutan Merdeka. Mereka nak sambut Merdeka dengan menjadi teroris linguistik. Sambil berbual, sambil berdebat dan seloroh tentang bahasa (tapi monolog dalam kepala sajalah). Tertarik dengan kajian penulis pasal 'pic'. Betapa jauhnya perjalanan perkataan itu dari 'parsa' ke 'persicum malum' hingga akhirnya menjadi 'pic'.

Penulis banyak mempersoal (hal positif dan negatif) tentang penggunaan bahasa campur/ilmu cedok dan perkembangan bahasa itu sendiri-- tentang penggunaan istilah-istilah berbeza untuk sesuatu perkataan; kadang kurang sedap didengar, kadang penggunaan bahasa Inggeris lebih bagus bunyinya dan kadang kewujudan istilah baru adalah untuk melindungi kecarutan istilah lain (pseudo-bersih). Mana yang tabu atau paradoks, mana yang lebih sesuai dengan eufemisme atau guna metafora/simbolisme dan emoji saja (aku teringat buku Dentang sebab buku itu kaya emoji-emoji).

Dari debat pasal bahasa hingga ke makna mimpi sampai ke kisah dikejar orang gila dan Azlan jadi alien. Penceritaannya bersahaja dengan selitan ilustrasi seritma dengan hujah dan mengikut abjad pada 26 halaman verso agak menarik dan sinikal. Naratif hal bahasa yang selang seli dengan perbualan 3 orang sahabat-- lucu, tragis dan sangat ilmiah. Kisah 'politik bahasa' di Malaysia dan hal penulisan jawi antara bahagian kegemaran aku.

Saharil tak pernah tewas buat aku jatuh cinta dengan penulisan beliau. 5 bintang, okay!
Profile Image for ~:The N:~.
852 reviews56 followers
October 5, 2020
https://cepuaksara.wordpress.com/2020...

Saya memang peminat Saharil sejak dahulu. Dan beliau ialah seorang yang cool, jadi ulasan buku ini mungkin biased.

Buku ini ialah versi kemas kini daripada esei Saharil yang pernah diterbitkan dalam New Malaysian Essays 1 terbitan Matahari Books tahun 2008. Esei ini satu-satunya esei dalam bahasa Melayu dalam buku tersebut. Saya ada buku itu tapi entahlah di mana, saya malas nak cari. Jadi saya Google sahajalah kulit buku tersebut.

Saya perasan ada kisah-kisah yang dicoretkan dalam esei itu yang saya pernah baca di tempat lain contohnya kisah Rachel dan payudaranya itu saya pernah baca dalam majalah Eh! entahlah tahun bila. Tapi itu tak jadi hal, sebab tulisan Saharil memang sedap, baca banyak kali pun tak apa.

Oleh kerana ini ialah edisi kemas kini, terdapat beberapa isu baharu yang dimuatkan dalam buku ini termasuklah isu tulisan jawi yang akan diperkenalkan di sekolah dan juga tentang hasrat kerajaan (terdahulu) untuk mengembalikan PPSMI. Meskipun sebenarnya isu-isu tentang bahasa yang diketengahkan agak berat, namun cara penyampaian Saharil yang witty dan bersahaja (signature penulisan beliau sebenarnya) menjadikannya ianya santai. Saya dapat selesaikan buku ini pun dalam dua jam sahaja (kot?)

Sedikit kecewa sebenarnya kerana terdapat kesalahan tatabahasa dalam buku ini, malah tajuknya ‘kemaskini’ itu pun sudah tersilap dieja rapat, dan saya juga dapat mengesan typo. Saya sedikit alergik dengan kesalahan sebegitu terutamanya jika ditemui dalam buku (walaupun buku ini berkaitan dengan teroris). Saharil, lain kali kalau mahu jadikan saya pembaca pruf untuk karya-karya seterusnya, saya sudi. Sila pm tepi.

Oleh kerana tiada yang sempurna dalam dunia ini, saya cuma berikan 4/5. Terima kasih.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
April 14, 2021
Saya baca buku ini dengan sekali duduk. Jarang jumpa novel-esei sebegini.
Profile Image for Hadi Muss.
148 reviews20 followers
August 30, 2021
Aku kerut dahi juga lah baca buku ni. Bukan sebab tak suka tapi banyak benda 'absurd' tapi 'make sense' dalam karya Saharil yang ini. Buku ni Saharil bawa topik bahasa yang secara globalnya banyak pupus akibat marcapada (tibah sangat guna perkataan tu) dunia yang semuanya terpengaruh dengan bahasa asing; lagi-lagi bahasa Inggeris.

Buku ini lompat-lompat ceritanya. Sekejap dia cerita mimpi berunsur kanibalistik, sekejap dia kena ligan dengan Clementino sekejap kembali lepak di kedai tepi jalan tapi aku tak kisah sebab penulisan berhalal tuju. Pi mai pi mai sampai juga tujuannya.

Owh ya, buku ni kena sangat dengan tema bulan Ogos, bulan kemerdekaan. Selamat Hari Kebangsaan Rakyat Malaysia!
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
March 9, 2022
Ketika ulasan ini dibaca, ada bahasa yang sedang mati dibunuh.

Tulisan SHS memang menyeronokkan. Saya suka ide yang diketengahkan; tak terlalu rigid dengan acuan lama, dalam masa yang sama masih memartabatkan sastera lokal. Illustrasi yang menemani teks amat comel dan lucu.
Profile Image for Norshafarina Faharuddin.
295 reviews5 followers
October 1, 2022
"Ketika kamu membaca buku ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh..."

Ungkapan ini akan sentiasa berulang-ulang ketika buku ini dibaca.
Pada saya , buku ini buku ilmiah tetapi disampaikan dalam bentuk hiburan. Ianya sarat dengan informasi termasuk pendapat-pendapat yang diutarakan oleh penulis sendiri ataupun dari figura-figura terkenal.
Sketsa yang diselitkan di dalam penulisan ini juga lucu.
Secara keseluruhan, saya sangat berpuashati.

"Ketika kamu membaca ini, ada bahasa yang sedang mati dibunuh..."
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
September 4, 2020
Buku ini mengupas isu yang telah berzaman-zaman ada tentang bahasa.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
August 22, 2021
Saya sangat menggemari Saharil bagi penulisan kreatifnya (bukan tak minat esei dia, cuma jarang jumpa esei tulisan Saharil. Tak larat nak beli majalah dbp). Saya tidak pasti esei sebenarnya memang masuk di bawah kategori penulisan kreatif atau akademik. Tapi esei novel karya Saharil ini saya sangat pasti bahawa ia di bawah kategori penulisan kreatif. Terlalu banyak isi yang membicarakan berkenaaan bahasa secara umumnya, Bahasa Melayu secara khususnya. Ada isi yang kita biasa dengar dan banyak juga yang jarang kita dengar apatah lagi jika jarang membaca. Apapun, isinya sangat mudah dibaca dan dihadam, dengan cara penyampaian yang sangat unik bagi sebuah kategori esei. Rujukan rujukannya juga turut dinyatakan (walaupun mungkin lebih elok jika diletakkan bibliografi). Pendapatnya bagi Bahasa Melayu juga sangat kukuh dan sangat diterima. Selain sebagai bacaan serius yang dibaca bagi mendapatkan pengetahuan berkenaan bahasa dan Bahasa Melayu, buku ini juga masih mampu untuk dibaca sebagai sebuah bacaan santai bagi mereka yang tidak sanggup menghadap isi isi berat (sama ada malas atau tidak sampai dek otak).
Profile Image for Ariza.
98 reviews27 followers
September 2, 2021
Kita perlu jadi teroris bahasa untuk bahasa kita tak mati begitu saja. Kita/orang yang patut menjaga bahasa pula jangan jadi teroris bahasa supaya bahasa kita tak mati begitu sahaja. Orang yang menjaga/melindungi bahasa ni merangkum 'orang atas', 'orang media' dan orang ramai. Ada kuasa masing-masing.

Tapi kalau ni semua mimpi macam mana?
Kalau mimpi dengan satu tragedi bunuh dan makan mayat saudara sendiri. Tak kelakar wei.

Antara sedar dan tidak menjadi teroris.
Teroris jenis yang mana anda pilih?

Semoga aku tak mimpi dan bangun-bangun jadi alien. Ngeri dan sedih juga.

Janganlah bahasa melayu hilang di dunia.
Profile Image for shahiraabiddin.
6 reviews15 followers
June 9, 2022
Buku ni membuat aku berfikir mmmm betul jugak tu, terutama pasal cedok-mencedok, dan macam mana slanga, bahasa rojak, singkatan semua tu pun termasuk dalam perkembangan bahasa juga. Misi 3 orang kawan dalam buku ni pun mengingatkan aku pada emak (cikgu BM) yang selalu bising dalam kereta bila nampak signboard, nama jalan,nama bandar/taman baru yang guna bahasa Inggeris.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews