Jump to ratings and reviews

Projek Seram: GUA

Kupersembah korban yang kuseru... / KORBAN HITAM

Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan mengganggu dirinya. Tidak semena-mena Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia diganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang sebuah gua.

Ia mengalir di dalam urat nadi... / SUARA

Jeritan suara nyaring sering mengganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka terbang ke Negara China semata-mata untuk mencari gua suara maut itu. Seorang demi seorang rakan-rakan Randy hilang setelah terdengar suara nyaring berkumandang di dalam gua itu.

Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya! / JIN

Karim telah ditangkap oleh tentera Jepun bagi dijadikan buruh paksa. Namun, dia berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam sebuah gua yang dikaitkan dengan kemunculan seekor makhluk yang menakutkan. Sebaik sahaja dia keluar dari gua itu, Jepun telah menyerah kalah. Tetapi makhluk itu masih mengganas. Ramai penduduk kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Dalam masa yang sama, Karim dihantui dengan penampakan aneh lagi menggerunkan. Petaka yang melanda seolah-olah tidak berkesudahan.

Paperback

First published January 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Suzani Nadzir

9 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (35%)
4 stars
10 (35%)
3 stars
5 (17%)
2 stars
1 (3%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,571 reviews1 follower
September 16, 2019
Tiga cerita yang mengancam dari tiga penulis yang bertemakan Gua..
Garapan yang berbeza namun berjaya menyampaikan rasa pada Sha yang membaca.. Cerita pertama mengisahkan ajaran sesat yang mengagungkan syaitan hingga sanggup mengorbankan ahli keluarga sendiri.. Cerita kedua pula mengenai cinta dua insan yang terpisah angkara mereka yang dengki hingga membawa ke generasi terkini.. Cerita akhir sekali agak menggetarkan kerana berlaku akibat meminta bantuan selain dari Allah..
Ketiga-tiganya menarik..
Profile Image for singa is reading.
79 reviews1 follower
August 27, 2023
tak best.tak seram.tak menarik. kcuali story ketiga.quite interesting yet cliche.

nak buang duit? boleh beli buku ni. simple.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books391 followers
June 28, 2021
Eqbal Mohaydeen punya cerita memang mantap! Lagi dua penulis tu bolehlah.
Profile Image for Syamim.
43 reviews
May 24, 2026
Projek Seram Gua

1. Korban Hitam by Suzani Nadzir - 4 ⭐️

Jalan cerita straight forward. Ada plot twist sikit. Tapi overall okay. Enjoyable.

2. Suara - Ebriza Aminuddin - 2 ⭐️

Untuk saya cerita ni agak tak smooth dan sedikit melompat-lompat. Jalan cerita dah ada. Cuma mungkin gaya penceritaan boleh diperhalusi lagi.

3. Jin - Eqbal Mohaydeen

Saya paling suka cerita ketiga. Garapannya kemas, gaya bahasanya seronok dibaca. Biat saya tertanya-tanya dan nak tau whats next. Best.
Profile Image for Starlit Stories by S.
120 reviews1 follower
September 29, 2025
Buku ni asalnya aku beli sebab ada nama Eqbal Mohaydeen je. Lepas baca Hotel Sans Devily memang suka sangat gaya penulisan beliau. And then nama Suzani Nadzir pun menarik perhatian sebab aku ada baca Projek Seram: Muzium sebelum ni, memang lurve sangat. Untuk Gua aku kasi 5 bintang. Aku suka keseluruhan cerita yang ada dalam buku ni. Coverpage dia pada aku ok ok la. Tak seseram Muzium and material coverpage macam glossy gitu, oklah.

Cerita pertama, Korban Hitam amat tragis menyayat hati. Rasanya memang ini signature Suzani Nadzir kot, and aku suka cerita macamni. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam tulisannya juga buatkan aku study sekali. Contoh macam menyerikan. Aku pun tak sure actually mengerikan ke yang dimaksudkan ataupun memang daripada perkataan nyeri tu.

Berpalut - diliputi
Bocong - kendi
Jangkahan - gerakan kaki melangkah

Cerita ni actually pasal Suria yang kerap bermimpi didatangi ular. Dia rasa mimpi tu real sangat siap rasa kesakitan sekali lepas terjaga. Lepastu ditimpa masalah kulit.. Ceritanya intriguing dan buat aku berteka teka siapa yang sembah setan ni. Ada rahsia yang tersingkap sejak sekian lama.

Next, cerita bertajuk Suara karya Ebriza Aminuddin berkisar Randy yang kerap mimpikan seorang perempuan misteri. Pabila diceritakan kepada rakan-rakannya, mereka nekad  menjejaki sebuah gua suara maut di China. Walaupun tempat tersebut tersorok dan bukanlah kawasan pelancongan, kedegilan mengatasi segalanya. Dorang siap camping pulak kat situ. Mereka kerap diganggu dengan nyanyian merdu perempuan misteri. Part ni aku bayangkan lagu dia macam lagu iklan Mixue 😂

Seorang demi seorang kawan Randy hilang lalu Randy mula berang dan cuba bersemuka dengan perempuan misteri, Mei Xiang. Segalanya terbongkar. Fuh seronok baca sebab ada elemen time travel, kelahiran semula, cinta, dendam dan airmata.

Next, Jin karya Eqbal Mohaydeen. Latar masa cerita pada sekitar tahun 1942, era penjajahan Jepun. Dan pada ketika itu, selain Jepun, ada sesuatu yang membelenggu kampung tersebut. Karim kerap diganggu dan mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan makhluk terkutuk yang mendiami gua berpuaka. Siapakah yang memulakan semula perjanjian dengan mereka? Siapa pula wanita tua yang setia menjaga gua sehingga ke zaman kini? Benarlah penantian suatu penyeksaan. Aku tak jangka twist cerita ni tapi aku suka penamatnya.
Profile Image for Fatimah Manaf.
93 reviews6 followers
January 16, 2021
Bertemakan gua, cerita-cerita seram kali ini menarik, memenuhi tema, kreatif dan memberi kesan kepada imaginasi pembaca. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan, narator dan teknik tersendiri.

#SuzaniNadzir memaparkan perbuatan khianat daripada ajaran sesat menjadikan mangsa tidak berdosa sebagai korban untuk tujuan pemujaan. Ternyata, manusia mampu berpura-pura baik dan membantu sedangkan disebaliknya, mereka juga berupaya menganiaya dan kejam terhadap orang lain.Paparan kisah gua di China melibatkan watak bukan Melayu sebagai protagonist sangat menarik daripada #EbrizaAminnudin. Mitos dan kepercayaan masyarakat Cina berjaya diketengahkan dengan baik dan informatif melalui dendam, khianat, karma dan kelahiran semula. Begitu juga dengan pertembungan dua alam berbeza yang memaparkan konflik keesaan kepada Tuhan, kesan negatif mengharapkan bantuan makhluk selain Allah yang memberi kesan buruk terhadap hubungan antara Suami dan anak hingga terpisah puluhan tahun.#EqbalMohaydeen turut memaparkan persoalan amalan salah dan sesat di kalangan manusia hingga menggadaikan iman, jiwa dan keluarga tersayang. Cerita ini memberi kesan paling seram dalam buku ini.

Secara keseluruhannya, Projek Seram Gua sangat menginsafkan, seronok dibaca, merangsang daya imaginasi dan mood seram. Aku harap makin banyak karya begini dihasilkan oleh penulisnya dan Siri buku ini terus terbit dengan tema-tema lain. #fatimahmanaf #timahreviewbuku #malaysiamembaca
Profile Image for Hamidah Effendi.
699 reviews11 followers
April 10, 2025
Projek Seram – Gua (Kali Ini)

Buku ni menampilkan tiga kisah berbeza yang berkait dengan "gua", tapi yang paling menarik — ia bukan sekadar seram biasa. Lebih kepada misteri, suspen dan elemen thriller yang mengangkat sisi gelap manusia.

Cerita pertama ada plot twist yang mantap. Aku hampir salah teka siapa dalangnya. Cerita kedua pula berkisar tentang pembunuhan yang meninggalkan banyak persoalan dan tuntutan keadilan. Cerita terakhir paling menyentuh — mengingatkan aku pada kisah sebenar lelaki yang hilang semasa maraton di hutan. Sedih bila bayangkan isteri dan anak yang menunggu.

Tema utama dalam buku ini jelas: manusia sanggup buat apa saja demi kuasa, sampai sanggup berpakat dengan syaitan. Kesian bila orang yang tak bersalah jadi mangsa.

Kalau korang suka cerita gelap yang buat kita fikir semula tentang pilihan hidup, buku ni wajib cuba. Bukan terlalu seram, tapi cukup buat bulu roma meremang — dengan cara yang berbeza.
Profile Image for sansuriya82.
189 reviews2 followers
February 27, 2025
Projek Seram: Gua ialah sebuah novel yang mengumpulkan tiga cerita seram bertemakan gua, ditulis oleh Suzani Nadzir, Ebriza Aminnudin, dan Eqbal Mohaydeen.
1. Korban Hitam: Suria diganggu oleh kelibat wanita dan kanak-kanak lelaki selepas berpindah ke Kampung Gua Rastali. Gangguan semakin teruk dengan kemunculan ular hitam dan penyakit kulit misteri.
2. Suara: Randy dan rakan-rakannya terbang ke Guilin, China, untuk mencari gua yang dikatakan membawa maut melalui suara nyaring. Satu per satu mereka hilang selepas mendengar suara tersebut.
3. Jin: Karim melarikan diri dari tentera Jepun dan bersembunyi di sebuah gua. Selepas keluar, dia dihantui makhluk menakutkan yang menyebabkan kematian penduduk kampung secara misteri.

Antologi ini sesuai untuk peminat genre seram yang gemar eksplorasi misteri berkaitan gua dan kisah-kisah yang menggabungkan unsur mistik serta ketegangan.
Profile Image for NikZah.
32 reviews
June 22, 2025
3 Kisah tentang gua.

Kisah pertama: Korban Hitam
Kisah berkenaan ajaran sesat yang cuba dihidupkan semula. Permulaan cerita agak keliru dengan timeline yang berubah-ubah tapi semakin lama kisah semakin menarik dan mula faham. Kadang-kadang geram juga dengan watak Suria yang bertangguh untuk pergi dari situ walaupun dah diberi warning tapi rupa-rupanya ada plot twist yang tak disangka-sangka. Pengakhiran kisah ni boleh dikatakan ada sedikit debaran. Adakah 'ia' akan kembali?
Profile Image for Mommy Farah.
370 reviews15 followers
October 27, 2022
3 kisah mistik berlatarkan gua. Paling best kisah KORBAN HITAM dan JIN. Kedua-dua cerita ada plot twist yang tak dapat diteka. Love it!
Profile Image for Beverley.
33 reviews
March 10, 2025
Cerita kedua & ketiga bagus tetapi cerita pertama tidak seberapa, sedikit boring.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews