Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sebelum Kita Bernikah

Rate this book
"Bila nak kahwin?"

"Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik, mungkin memang sudah tiba masa untuk dia bernikah.

Adakah perlu ada calon dulu, baru persiapkan diri?

Atau persiapkan diri dulu, baru cari calon?

***

Buku ini bukan mahu membahaskan tentang bercinta sebelum atau selepas nikah. Ia hadir sebagai bimbingan buat kita menguruskan perasaan, di saat kita mencari cinta sehinggalah menempuh alam rumah tangga.

Buku ini sesuai untuk mereka yang:
1. Berniat untuk bernikah.
2. Sedang merancang dan mencari panduan pernikahan.
3. Merasakan dirinya sudah jatuh cinta dan mahu mengambil langkah seterusnya.

299 pages, Mass Market Paperback

First published September 1, 2019

16 people are currently reading
123 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

65 books865 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (56%)
4 stars
32 (32%)
3 stars
9 (9%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
July 20, 2021
Buku ini sangat bagus dan banyak input bermanfaat mengenai urusan cinta dan persiapan untuk mendirikan rumah tangga.

Antara bacaan yang terbaik dan bermanfaat untuk diri saya tahun ini!
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 10, 2021

"Kerana apabila kita tidak boleh mencapai kesempurnaan, bermakna kita akan sentiasa ada sesuatu untuk diusahakan sehingga kematian kita, sehingga ke akhirnya."

Sebelum Kita Bernikah ini dah lama ada dalam wishlist, cuma aku lah yang ragu-ragu nak beli. Tapi bila dah baca bulan lepas, aku sedikit menyesal ya. Sebab Sebelum Kita Bernikah ini pada aku sebuah buku yang solid dengan pengisian dan praktikal.

Buku ini walaupun ditulis dari pengalaman peribadi penulis, namun buku ini bukanlah berformatkan cerpen ya. Pengalaman peribadi yang diformatkan sebagai panduan umum tentang proses sebelum berkahwin yang sangat padat dengan topik-topik yang penting & menarik. Penerangan yang ringkas tetapi padat serta jelas. Straightforward tak meleweh. Baca topik itu, itu lah huraian dia. Sangat praktikal dan ssetiap hujah yang dijadikan rujukan penulis kekal relevan apabila penulis menyesuaikan dengan keadaan sekarang

Antar topik-topik yang menarik perhatian adalah seperti: Kenapa kita jatuh cinta dan mahu menikah? Apabila Kita Ditolak, Sebuah fasa bernama pertunangan, Kita dan ibu bapa... walaupun sebenarnya kesemua topik yang dikongsikan memang sangat penting dan menarik.

Pengalaman membaca Sebelum Kita Bernikah ini jadi lebih nyaman apabila penulisan penulis yang merai dan menghargai pembaca,dalam memberi cadangan kepada pembaca untuk hampir setiap topik yang dibincangkan, pasti diakhiri dengan memberi ruang kembali kepada pembaca untuk menentukan keputusan mengikut keadaan dan sesuai.

Highly recommended! Pada aku buku ini sangat sesuai untuk semua pembaca tak kira usia yang pasti, kalau ada niat untuk berkahwin, ya dipersilakan untuk dapatkan buku ini. Tahniah kepada Hilal Asyraf. Semoga terus menulis dan menghasilkan penulisan yang berkualiti.
Profile Image for 'Izzati.
12 reviews1 follower
April 10, 2020
Saya amat bersetuju apabila penulis ada menyatakan bahawa pembinaan rumah tangga itu telah bermula sejak sebelum kita merancang untuk bernikah lagi. Pembinaan satu rumahtangga itu bermula dengan pembinaan diri kita. Bagaimana kita mengurus diri, mengurus emosi, merancang hala tuju kehidupan dan sebagainya.

Kebanyakan pasangan mengharapkan pasangannya itu mampu untuk melengkapi hidupnya. Begitu juga diri ini. Justeru, masing-masing perlulah menguasai kebolehan mengurus emosi supaya sama-sama bijak mengawal emosi untuk fokus kepada memahami pasangan kit. Hal ini bertujuan untuk menyempurnakan tugas lengkap-melengkapi itu dengan baik.

Hakikatnya, rumah tangga ini bukanlah hanya berkisarkan kita bersama pasangan kita sahaja. Tapi ia juga melibatkan ibu bapa kita juga. Oleh itu, penting untuk kita menyantuni ibu bapa kita dengan selalu berbincang perihal perancangan kita. Ibu bapa mana yang tidak mahu yang terbaik buat anak mereka bukan?

Selain itu, pembinaan rumah tangga juga adalah asas pembinaan generasi yang akan datang. Sama ada generasi itu akan menjadi generasi yang berkualiti atau hanya satu lagi generasi yang bakal menjadi buih-buih di lautan. Sentiasalah memperbaiki diri dengan menuntut ilmu. Proses memperbaiki diri ini takkan pernah berhenti sehingga kita mati.

Akhir kata, buku ini bukan hanya untuk yang mahu merancang untuk bernikah sahaja, tapi sesuai untuk semua. Dari permulaan lagi, penulis ada memberi panduan tentang bagaimana mahu memilih pasangan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya buku ini dapat memberikan kita gambaran langkah yang perlu kita lakukan apabila tiba masanya nanti. :)

Semoga yang membaca karya ini dipermudahkan urusan. Demi membina generasi berkualiti pada masa yang akan datang!

والله اعلم
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for M. Zul.
18 reviews2 followers
August 23, 2021
Konteks yang disampaikan oleh penulis adalah terlalu umum dan diolah dengan tidak berfokus menyebabkan pembacaan saya menjadi tidak bertumpu. Seakan membaca buku teks.

Namun, pemilihan gaya penulisan yang menggunakan bahasa yang tidak rojak sepanjang penulisan dalam buku ini harus dipuji.
Profile Image for Khairul Amirin.
17 reviews1 follower
December 25, 2019
Buku ini memberi motivasi kepada insan yang ingin merancang untuk melayari bahtera keluarga. Betapa perlunya persiapan dari segenap aspek, mental, rohani dan material. Agar kehidupan yang dikemudi dapat mengharungi ombak yang melanda dengan tabah.

Jika kita mencari yang sempurna, tiada yamg sempurna melainkan Dia, justeru berganglah dengan tali 'Tuhan' agar bahtera yang bakal dikemudi dapat belayar dalam panduan dan bimbinganNya
Profile Image for Hadiah.
6 reviews3 followers
February 24, 2021
Sebelum Kita Bernikah 💍

Buku ni sebenarnya tak pernah terlintas pun dihati nak beli & baca. 😂 Mungkin disebabkan sy seorg pelajar, & merasakan isu rumah tangga ini tdk perlu utk sy ambil tahu. Macam,

" alah bila aku dah ada ditempatnya, tahula aku nak settlekan macam mana."

Sy fikir sy tahu bagaimana utk menguruskan cinta, tapi malangnya tdk sama sekali. Bab cinta sy kosong.

Satu hari tu Allah takdir kan sy utk membelinya. Dannnnn serius2 sy suka sgt dgn buku ni.Terima kasih Hilal Asyraf krn menulis buku ini.

Dlm buku ini ada 28 bab kesemuanya, diulas dgn baik dan mudah difahami. Disetiap akhir bab penulis membuat kesimpulan dlm kotak spy kita nampak isi yg hendak disampaikannya.

Dlm bab yang terakhir adalah Mencapai Kesempurnaan.

Sebagaimana yg kita tahu manusia dan sempurna itu memang tdk akn pernah ada. Kerana yg sempurna itu hanyalah Allah SWT shj.

Jadi " apabila kita tidak boleh mencapai kesempurnaan, bermakna kita akn sentiasa ada sesuatu utk diusahakan sehingga kematian kita, sehingga ke akhirnya ".

Kesungguhan melaksanakan yg terbaik itulah yg Allah SWT minta kita usahakan.

Dalam kita menginginkan pasangan yg baik, sebenarnya diri sendiri yakni kitalah yg perlu menjadi soleh & solehah dahulu.

Nampak klise bukan, tapi sebenarnya inilah yg perlu kita hidupkan. Bukan omong² kosong semata². Ia perlu dibuktikan dgn tindakan.

Berusaha memperbaiki diri ke arah yg lebih baik, agar nanti kita dpt mendidik diri dan keluarga kita menjadi keluarga yg diredai Allah.

Ini kerana cinta yg sebenar itu adalah apabila kita berhajat utk membawa org yg kita cintai itu ke Syurga Allah SWT.

Dalam menguruskan rumah tangga ini kita perlukan kematangan, kewarasan akal utk mengemudi rumah tangga dgn baik.

Dan kematangan itu dtgnya dari ilmu& pengalaman.

Dalam buku ini juga penulis mengulas ttg persoalan sekufu. Sekufu yg paling penting adalah keinginan utk sama² belajar saling memahami, sabar, berlapang dada ats perbezaan, saling nasihat menasihati dan sama² mempunyai keinginan utk menambah baik kualiti peribadi, memperbaiki kekurangan antara satu sama lain. Semoga sy dpt pasangan yg begini.

Kerana akhirnya, kita mahu semuanya berkumpul di syurga sana . ❤️✨
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
May 28, 2020
Sangat praktikal. Wajar dibaca oleh anak muda yg sudah mula punya perasaan untuk bernikah. Penulis menyediakan panduan yg boleh kita ikuti dalam memulakan dan mempersiapkan langkah. Juga, memandu cara fikir kita tentang perkahwinan itu sendiri.
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
April 11, 2021
“Kita akan memandang dan bertindak terhadap cinta mengikut acuan definisi yang kita fahami, maka kenal pasti apa definisi cinta yang benar.”

“Cinta yang sebenar adalah apabila kita berhajat untuk membawa orang yang kita cintai itu ke syurga Allah SWT.”
(halaman 32)

“Dr. Sol Gordon menggariskan bahawa resepi perkahwinan yang berjaya ialah keakraban, mudah bergurau, dan komunikasi. Bahkan, Dr. Sol Gordon menyatakan hubungan seksual pun hanya jatuh ke tempat kesembilan atau kesepuluh. Bukan keutamaan dalam resepi perkahwinan berjaya.”
(halaman 40)

“Jangan rasa telah cukup. Ini adalah sebuah rasa yang hanya akan membinasakan diri kita. Untuk menjadikan kembara cinta kita segar dan rumah tangga kita terus harmoni, adalah penting untuk kita terus-menerus rasa dahaga dan lapar terhadap ilmu.”
(halaman 262)

“Percintaan atau rumah tangga kita pasti akan diuji dan diduga. Kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan, dan kehidupan itu kembarnya adalah ujian.”
(halaman 281)
Profile Image for booksofbells.
267 reviews7 followers
February 16, 2023
Sebuah perkongsian yang menarik dan inshaallah dapat membantu sedikit sebanyak bagi rakan-rakan pembaca untuk menyediakan diri sebelum berumahtangga. Kebanyakan kupasan hanyalah sekadar di lapisan teratas; terlalu umum dan tidak begitu spesifik. Buku ini akan menjadi lebih menarik jika disertakan dengan contoh-contoh situasi atau huraian yang boleh mengaitkan pembaca dengan isi kandungan buku. Terdapat juga fakta-fakta yang disertakan, dijelaskan dengan baik, dan juga bimbingan yang serasi dengan pembaca yang baru berjinak dalam membaca buku-buku motivasi. Walaupun begitu, saya dapat rasa buku ini boleh menjadi salah sebuah panduan awal dalam persiapan sebelum bernikah. Namun, perlu di tambah lagi dengan buku-buku dan ilmu laim supaya lebih mantap.
1 review
August 12, 2020
Buku yang sangat sesuai dibaca bagi yang belum berkahwin atau yang dalam persiapan untuk melangsungkan perkahwinan. Buku ini membuka mata dan hati untuk mengetahui realiti sebenar kehidupan berumahtangga, bukan sekadar bercinta bahkan menyedarkan tentang tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mendirikan rumahtangga.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
October 16, 2020
Buku ini banyak memberi input baru pada saya terutamanya berkaitan istikharah.
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
September 1, 2022
Pernah tak korang angan-angan "wedding" or "love story" korang ala-ala cinderella - "and they live happily ever after" 😆 Sebab Dayana pernah, selalu tengok cerita macam tu buatkan Dayana impikan "Prince Charming" gitu 😂
_
Tapi, kita harus sedar bahawa alam percintaan dan perkahwinan bukanlah bukanlah 'fairytale', kehidupan berumah tangga adalah satu tanggungjawab besar dan berat yang harus dipikul oleh pasangan suami isteri, dan ia merupakan satu proses seumur hidup yang penuh dengan ujian dan tribulasi sesudah akad nikah (tak adanya "happily ever after" & "the end"😭)

🔖 Buku ini banyak menekankan kepentingan NIAT & KEMAHIRAN KOMUNIKASI dalam usaha membina rumah tangga. Tanpa niat yang sebenar (mencari keredaan Tuhan), pasangan suami isteri akan susah untuk bertahan dan bersabar tatkala rumah tangga mereka diuji.

🔖 Buku ini turut menjelaskan kepentingan melibatkan keluarga terutamanya IBUBAPA kita dalam proses perkahwinan, sebaiknya SEAWAL proses nak berkenalan/taaruf dengan calon pilihan hati. Bagi Dayana, keberkatan ibubapa amatlah penting dalam kehidupan kita sebagai anak-anak, Walaupun kita bebas memilih pasangan sendiri

🔖 Dayana juga suka dengan tips yang dikongsikan oleh penulis berkaitan apa yang perlu dilakukan apabila kita suka seseorang. Buku ini memberikan panduan cara nak "guide" perasaan kita dengan betul.
-
📌Ramai yang mungkin beranggapan 'couple' adalah cara untuk mengenali seseorang dan bukanlah satu kesalahan/dosa. Islam tidak menidakkan keperluan manusia hidup berpasang-pasangan, namun Islam mengajar cara-cara yang dibolehkan untuk membina hubungan dengan si 'dia' berlandaskan syarak.

▶️Buku ini sesuai dibaca oleh semua termasuk para remaja yang dalam fasa ingin ber'couple', nak kahwin, dah jatuh cinta tapi tak tahu nak buat apa.

Bagi Dayana, media massa telah banyak mengaburi pemahaman kita tentang cinta yang sebenar. Oleh itu, buku ini dapat membuka minda kita tentang kehidupan sebenar dalam perkahwinan dan membuat kita berfikir lebih jauh dan matang akan perkara sebenar yang perlu diambil kira dalam memilih calon suami/isteri - dan bukan sekadar menilai rupa paras & kekayaan.
10 reviews
June 16, 2021
Buku yang sangat baik untuk dirujuk,Hilal Asyraf telah menyunting semula buku ini dan hasilnya banyak kita tahu tentang proses yang patut kita buat terutamanya dalam kita membuat first move dalam "approach" seseorang untuk menjadi pasangan kita . Penulis banyak memberikan gambaran berkenaan kehidupan semasa perkahwinan dan perancangan yang harus dibuat .Yelah.. perkahwinan bukanlah untuk seronok sahaja , tetapi untuk membina keluarga yang Taqarub kepada Allah dan mencari Keredhaan-Nya .

Perkahwinan bukan mudah kawan-kawan.
Dimana kita berada di dunia yang kian mencabar ini,kita harus bijak dalam menguruskan segala aspek sebelum mendirikan rumahtangga .

Antara persediaan yang saya boleh kongsikan adalah dari segi spiritual,mental dan material . Perkara ini penting supaya kita benar sudah siap menghadapi cabaran yang akan datang. Walaubagaimanapun , tidaklah bermakna kita tunggu sehingga sempurna akan tetapi kita cuba melakukan persiapan yang sebaiknya agar kita dapat berkahwin serta mempunyai usaha dan matlamat yang jelas .

So bacalah buku ini ,sangat menarik !
Profile Image for Ezan Ezany.
57 reviews
July 10, 2021

“Ujian tidak akan sesekali terhenti, melainkan dengan kematian.”

This quote make me goosebumps 🥺 This book been in my tbr list since it goes viral in twitter saying that everyone should read this book (to someone who still not married yet). Feeling macam ada someone yang bagi nasihat untuk memulakan sesuatu ikatan bila baca buku ini 🤓 Pengunaan kosa kata & bahasa yang sangat lembut oleh penulis. I really love the way the writer explain one by one on each topic & related it with islam. After all, kita kena membina diri menjadi yang terbaik sebelum perkahwinan lagi, bukan mahu berkahwin baru nak start jadi baik. Noted☝🏻
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
December 28, 2020
Rasa ingin terus menuju ke arah alam pernikahan? Belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga? Belum ada calon?

Inilah sebuah buku yang sesuai untuk dibaca jika anda menghadapi masalah diatas. Penulis menyediakan beberapa kaedah untuk persiapan seseorang sebelum terjun ke arah alam perkahwinan. Buku yang bukan sahaja menyajikan persediaan bagi bakal pengantin bahkan menyampaikan nasihat untuk dipegang dalam melayari bahtera alam perkahwinan.
Profile Image for Razin Zainal.
11 reviews
Read
December 15, 2022
Saranan daripada sahabat baik untuk mempertimbangkan opsyen perkahwinan di dalam senarai turutan perkara yang perlu dibuat membuatkan saya memilih untuk membaca buku ini sebaik sahaja dibeli. Ternyata, pembelian yang berbaloi buat saya yang mesih naif mengenali apa yang perlu dilakukan sebagai seorang lelaki jika ingin mahu berkahwin.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
August 13, 2021
Benarlah seperti yang tertulia di sinopsis. Buku ini sememangnya telah memberi garis panduan yang sangat jelas bagi orang bujang seperti saya dalam hendak menguruskan perasaan cinta dan hendak bernikah. Terima kasih, pengarang.
2 reviews
July 15, 2023
It was a good read. Sesuai utk semua pembaca. Tak kidah yg bujang ataupon yg dah berkahwin. Thank you to the author for this great book! ✨
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 8, 2020
Alhamdulillah, buku yang banyak beri input berguna pada saya.


Pengisian yang santai, bahasa yang mudah difahami dan setiap bab diakhiri dengan kesimpulan.
22 reviews5 followers
May 30, 2020
I got distracted with the font colour for the header of the book which are red while the book cover is blue. I think the font colour should be blue also. Or maybe they chose red as the font colour for the header as read is always used to symbolise love, however, maybe the cover should be red as well.

Overall it is a very good book. It help me to give insight of what it takes for a marriage like emotional management, money and lead to & tell me things that I have to prepare or to do before marriage in order to have a good marriage. Hopefully I am motivated enough to do all the preparations before marriage & or at least set my mind into it so that my action will follow
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.